PTPTN akhirnya mengakui yang mereka tidak mampu lagi membiayai atau memberikan pinjaman 100% kepada para pelajar IPT. Semuanya kerana kegagalan mereka mengutip hutang yang sepatutnya dikutip RM15 bilion tetapi yang mampu dikutip hanya RM8 bilion sahaja. Tabung dana tersebut, terpaksa dihadkan supaya lebih ramai pelajar IPT yang memperolehi kemudahan tersebut.
Para pemimpin PKR dan DAP serta-merta mengejek PTPTN dan ketidakupayaan kerajaan untuk memenuhi tabung pinjaman tersebut. Sekaligus mewujudkan persepsi baru kononnya Malaysia di bawah kepimpinan Najib Abdul Razak sedang bankrap!
Sesuatu yang sebenarnya amat melawakkan...
Tentu kita masih ingat bagaimana PKR dan DAP menghasut para pelajar IPT agar tidak membayar semula pinjaman PTPTN kerana kononnya ia adalah HAK setiap pelajar di negara ini. Dan sudah tentulah, hasutan-hasutan seperti itu amat berjaya dan diterima bulat-bulat, kononnya dana PTPTN adalah hak setiap pelajar di negara ini walaupun PTPTN memberikan kelonggaran bagi pelajar-pelajar cemerlang dalam akademik dengan menukarkan pinjaman mereka kepada biasiswa yang sudah tentu tidak perlu dibayar kembali.
Hakikatnya, jumlah pelajar IPT Cina mengatasi jumlah pelajar IPT Melayu yang berjaya menukarkan pinjaman kepada biasiswa. Malahan, pelajar-pelajar IPT dari kaum India juga jauh lebih berjaya berbanding pelajar-pelajar IPT Melayu dalam isu ini.
Siapa yang harus dipersalahkan?
Bab tidak mahu membayar hutang, sekaligus merentap dan merompak hak-hak pelajar-pelajar IPT generasi baru untuk meneruskan pelajaran, merupakan kesalahan dan pengkhianatan sosial oleh pelajar-pelajar yang terpengaruh dengan dakyah PKR itu, tetapi yang melakukan kesalahan lebih besar sudah tentulah PTPTN itu sendiri.
Dasar Mahathir yang mahu mewujudkan lebih banyak pusat-pusat pengajian tinggi kononnya untuk meramaikan pemegang kelulusan tinggi atas alasan meningkatkan takah pendapatan sebenarnya tidak lebih daripada memperniagakan institusi pendidikan tinggi. Nampaknya juga, Najib TIDAK BEGITU BERANI untuk mereformasikan industri yang membanyakkan pemegang kertas tetapi tidak mampu melahirkan generasi terpelajar yang berkualiti.
ANIS SHAFIQAH yang menjadi jurucakap Gerakan Tangkap MO1 merupakan antara manifestasi kegagalan dasar pendidikan dan sistem yang diamalkan sekarang. Beranggapan mereka adalah terpelajar semata-mata kerana mereka adalah pelajar universiti sedangkan kursus yang diambil amat meminimakan kepakaran seperti yang dilahirkan dari Fakulti Bahasa dan Linguistik, sebenarnya merupakan satu lambakan yang tidak bernilai.
Dan kerana lambakan itulah, lahirlah budak-budak universiti tongong seperti Anis Shafiqah dan kawan-kawan sealiran dengannya!
Seharusnya PTPTN hanya memilih kursus-kursus tertentu untuk diberikan pinjaman. Kursus-kursus 'sampah' seperti yang banyak disediakan oleh kolej-kolej swasta, tidak seharusnya diberikan kemudahan itu. Apatah lagi, kebanyakan peminjam yang liat membayar hutang PTPTN mereka datangnya daripada aliran-aliran 'sampah' itu.
Aliran-aliran seperti Fakulti Bahasa dan Linguistik seharusnya diminimakan pelajar-pelajarnya agar yang benar-benar dikeluarkan adalah mereka yang boleh memberikan sumbangan kepada masyarakat selain pembangunan bahasa dan linguistik itu sendiri. Biasiswa pula hanya diberikan kepada pelajar-pelajar yang mengekalkan kecemerlangan akademik mereka, bukannya menyerahkan wang negara buta-buta kepada golongan yang tidak reti bersyukur dan beranggapan bahawa ITU ADALAH HAK MEREKA!
Kegagalan PTPTN mengutip semula pinjaman mereka, seharusnya membuka mata pembuat-pembuat dasar. Pinjaman pendidikan tinggi seharusnya hanya diberikan kepada kursus-kursus berteknologi tinggi selain teknikal dan vokasional. Bukannya melibatkan fesyen, kulinari, perhotelan, dan seangkatan dengannya.
Malaysia seharusnya melahirkan para pelajar yang berkualiti bukannya yang berangan-angan tinggi. Memang benarlah yang sistem pendidikan Malaysia termasuklah pengajian tingginya tidak berkualiti memandangkan yang mampu dilahirkan terutama daripada generasi pelajar Melayu-Bumiputera adalah manusia seperti ANIS SHAFIQAH dan kawan-kawannya yang bergiat cergas dalam gerakan anarkisme.