Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label abdul rahman dahlan. Show all posts
Showing posts with label abdul rahman dahlan. Show all posts

Wednesday, December 13, 2017

RAHMAN DAHLAN NAK SAMAN? SAMANLAH, RAFIZI RAMLI SIKIT PUN TAK TAKUT!!!



Rafizi Ramli tidak ada cara lain kecuali memperakui yang dia sebenarnya bukan sahaja seorang penipu tetapi juga seorang penfitnah tegar. Semuanya bermula apabila Rafizi Ramli sendiri 'tersilap' membuat tekaan dalam keterujaannya untuk membuktikan yang Ekspo Negaraku adalah satu pembaziran.

Ironinya, Rafizi turut mengakui, dia tidak pernah mengunjungi ekspo tersebut.

Abdul Rahman Dahlan dan Razlan Dahlan yang menjadi mangsa fitnah Rafizi telah membuat kenyataan bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap Rafizi Ramli.

Di sebalik hakikat bahawa dia memang seorang penfitnah dan pembohong besar, Rafizi Ramli dilihat enggan meminta maaf walaupun pada masa yang sama, telah mengakui kesalahannya. Bahkan demi ego dan maksud yang lebih tersirat membabitkan dua buah syarikatnya yang sangat bergantung harap kepada sumbangan orang ramai sebagai punca pendapatan, Rafizi Ramli mencabar kedua-dua 'bin Dahlan' itu menyamannya.

Ramai yang melihat tindak tanduk Rafizi itu sebenarnya didorong oleh 'kejayaannya' mengutip RM1.5 juta dalam tempoh beberapa hari sahaja sebelum ini untuk membantunya membayar saman Pengerusi Eksekutif NFCorps yang berjumlah RM300,000.

Rafizi dilihat sedang berhadapan dengan pelbagai masalah termasuklah di dalam PKR. Berbanding ketika dia merangka Langkah Kajang yang akhirnya menyaksikan Anwar Ibrahim berjaya disumbat ke dalam penjara dan Wan Azizah terlepas peluang menjadi Menteri Besar Selangor, malah PRK Kajang yang menaikkan Wan Azizah, turut dikecam kerana membuang wang rakyat semata-mata untuk memuaskan hati Rafizi Ramli.

Maka tidak hairanlah Rafizi terpaksa bergantung kepada syarikat persendiriannya berbanding PKR yang telah menjadi medium awalnya. Dalam apa-apa aktiviti pun, Rafizi cuba mengelak daripada menggunakan PKR sebaliknya cuba menaikkan syarikatnya, Invoke dan KEIPP yang konon-kononnya membekalkan tenaga kerja kepada Invoke.

Justeru, Rafizi perlu meneruskan kerjaya politiknya dengan menggunakan kaedah yang paling pantas iaitu membuat dan mencipta fitnah.

Cuma kali ini, Rafizi terjerat dengan fitnah yang diciptanya. Namun sebagai orang yang pernah mendapat laba daripada fitnah yang merupakan sebahagian daripada pekerjaannya, Rafizi pasti akan menggunakan masalah ini sebagai kaedah mencari wang yang lebih mudah dan pantas.


Tuesday, August 8, 2017

ABDUL RAHMAN DAHLAN KANTOIKAN PENIPUAN LIM GUAN ENG SEKAIL LAGI SEHINGGA MEMAKSA LIM GUAN ENG BUAT SERANGAN PERIBADI!!!



Benci betul Lim Guan Eng dengan orang Melayu dan beragama Islam. Kalau boleh, dia mahu satu dunia tahu dan mengiktiraf, orang Melayu dan orang Islam adalah spesies manusia paling bodoh di dunia. Orang Melayu dan orang Islam tidak boleh diberikan apa-apa tanggungjawab kerana mereka bukan sahaja tidak pandai tetapi juga cenderung untuk melakukan penyelewengan serta rasuah.

Manakala dia pula adalah sesuci-suci makhluk. Dia tidak pernah melakukan rasuah. Dia tidak pernah menyeleweng. Dia tidak pernah menipu, malah dia sangat telus menjaga rakyat.

Sebagai orang politik, Lim Guan Eng tidak akan menyatakannya secara berterus-terang. Tetapi simbolik dan metafora daripada kenyataan-kenyataan serta perbuatannya jelas kecenderungan sikap perkaumannya yang sangat menebal. 

Melayu baginya tidak lebih daripada alat untuk berkuasa. Sama sepertimana Melayu menerima kaum lain sebagai sebahagian daripada warganegara negara ini sebelum merdeka dahulu yang kemudian dianggap sebagai satu hutang budi besar Melayu kepada bukan Melayu di negara ini, walaupun hakikatnya adalah sebaliknya!


Bagaimanapun, Lim Guan Eng yang sedang berhadapan dengan isu rasuah dan salahguna kuasa, selain sangat sibuk mencari jalan bersama-sama para peguamnya untuk mengelak daripada dibicarakan atas tuduhan rasuah dan salahguna kuasa, atau seboleh-bolehnya menangguhkan seberapa lama perbicaraan tersebut, sudah melakukan kesilapan besar. Dia tidak mampu menutup pembohongan, kecurangan, kepincangan dan kelemahannya dalam pentadbiran serta pengurusan kewangan.

Selama beberapa minggu dan terutama sekali selepas Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2016 dikeluarkan untuk awam, Lim Guan Eng bermegah-megah kerana hutang Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Kerajaan Pusat telah berkurangan sebanyak 95%. Lim Guan Eng sergera mendabik dada kononnya, kejayaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengecilkan jumlah hutangnya itu adalah daripada dasar pentadbiran yang telus, cekap dan berakauntabiliti (CAT). 

Apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga merupakan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Abdul Rahman Dahlan membidas dan menafikan hujah megah Lim Guan Eng, anak Lim Kit Siang itu naik angin. Abdul Rahman kemudiannya mencabar agar penstrukturan air Pulau Pinang yang menyebabkan 95% hutang Kerajaan Negeri diserap oleh Kerajaan Pusat didedahkan kepada awam, Lim Guan Eng kemudiannya memperlekeh-lekehkan Abdul Rahman Dahlan dan menyindir agar Abdul Rahman masuk ke kelas perakaunan kerana baginya Abdul Rahman tidak tahu mengira. 

Namun, sebelum itu, Guan Eng mengakui bahawa 95% pengurangan hutang Pulau Pinang adalah ekoran bantuan daripada Kerajaan Persekutuan, bukannya disebabkan oleh pentadbiran dan urus tadbirnya yang hebat. Apatah lagi urustadbir yang dibangga-banggakan Lim Guan Eng menelan perbelanjaan operasi tahunan secara konsisten melonjak sehingga 500% berbanding tahun 2008.

Lim Guan Eng malu apabila Abdul Rahman mendedahkan, tanpa bantuan Kerajaan Persekutuan dan perjanjian penstrukturan air 2011, hutang Kerajaan Pulau Pinang bukan sahaja tidak dapat dikurangkan sebanyak 95% bahkan akan meningkat tiga kali ganda dari jumlah asal. 

Setiausaha Agung DAP itu sebenarnya cuba menipu dan tidak mahu rakyat Pulau Pinang serta para penyokongnya tahu, bahawa hutang Kerajaan Pulau Pinang pada tahun 2010 adalah sebanyak RM687.8 juta. Berikutan perjanjian penstrukturan air pada 2011, Kerajaan Persekutuan telah mengambilalih hutang RM655.24 juta daripada jumlah tersebut, menjadikan bakinya hanya RM32.55 juta atau pengurangan sebanyak 95%. 

Lim Guan Eng juga tidak mengambil kira bahawa sebagai sebahagian daripada perjanjian penstrukturan air 2011 itu, Kerajaan Persekutuan turut menyalurkan dana berbentuk geran berjumlah RM1.2 bilion untuk memperluaskan Empangan Mengkuang. 

Seandainya penstrukturan air pada 2011 itu dibatalkan atau tidak ada, hutang Kerajaan Pulau Pinang akan menjadi RM687.8 juta dan Pulau Pinang perlu membayar kembali geran berjumlah RM1.2 bilion. Secara tidak langsung hutang Kerajaan Pulau Pinang akan menjadi RM1.887 juta (RM1.8 bilion) atau hampir tiga kali ganda dari hutang RM687.8 juta sedia ada.


Ini bukan kali pertama, Abdul Rahman Dahlan mengantoikan Lim Guan Eng sebagai seorang pembohong yang suka bercakap besar dan gemar mencuri hasil kerja orang lain untuk dinamakan atas namanya, sebaliknya sudah berkali-kali. Dari isu Taman Manggis, rumah PPRT dan mampu milik sehinggalah ke Terowong Dasar Laut Pulau Pinang, yang cuma mampu dijawab oleh Lim Guan Eng hanyalah dengan cara menyerang peribadi Abdul Rahman Dahlan dan langsung tidak menjawab isu sebenar.

Lebih tepat lagi, kesemua soalan dan isu yang dibangkitkan oleh Abdul Rahman Dahlan ke atas Lim Guan Eng, tidak dapat langsung dijawab atau ditangkis oleh si pembohong besar bernama lim Guan Eng itu.

Barangkali kerana sudah dapat 'makan' Abdul Rahman Dahlan, manakala pembohongannya tentang urustadbir CAT yang dibangga-banggakan itu sebenarnya adalah penipuan paling besar, sebaliknya Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah DAP tetap hidup kerana bantuan Kerajaan Persekutuan, Lim Guan Eng menghalakan serangan dan perlecehannya terhadap PAS pula. 

Ini adalah kerana beberapa orang pemimpin PAS telah mengadakan pertemuan bagi mendapatkan penjelasan berhubung 1MDB daripada CEO 1MDB sendiri, Arul Kanda. Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut serta dalam pertemuan tersebut bahawa PAS berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan, menyebabkan Lim Guan Eng tercabar.



Pertanyaannya, "PAS faham ke?" adalah satu pertanyaan yang sebenarnya bertujuan untuk menghina walaupun sebenarnya yang terhina adalah dirinya sendiri. 

Tentu ramai yang masih ingat bagaimana dia memberikan alasan 'tidak tahu dan tidak maklum' tentang harga dan nilai semasa hartanah yang telah mengheretnya ke mahkamah kerana dia adalah seorang akauntan, bukannya jurunilai hartanah... dan sekarang, dia memperlekehkan orang lain yang tidak sespesies dengannya?


Tuesday, November 29, 2016

TERGOLEK LAGI!!! GILIRAN ABDUL RAHMAN DAHLAN PULA SELESAIKAN KES DENGAN MALAYSIAKINI DI LUAR MAHKAMAH!!!



Itulah yang sering berlaku...

Pemimpin-pemimpin UMNO tersangat baik hati, lemah lembut, sangat prihatin dan sangat mengambil mudah walaupun mereka difitnah, dimalukan dan ditohmah....

Abdul Rahman bukanlah yang pertama. Dah ramai, termasuklah Najib Abdul Razak sendiri...

Setiap kali kemenangan mereka ke atas portal pro-DAP seperti Malaysiakini hampir tercapai, bahkan ke atas para pemimpin PKR dan DAP, setiap kali itulah, peguam-peguam atau penasihat undang-undang mereka akan membuat satu U-TURN yang sangat teruk, yang kemudian tanpa mereka sedar, menyebabkan para penyokong semakin meluat.

Bukan meluat kerana mereka akhirnya terbukti benar atau pihak seperti Malaysiakini dan pemimpin PKR atau DAP meminta maaf serta 'menarik kembali' kenyataan fitnah yang telah dibuat, tetapi kerana TERLALU LEMBIK dan TIDAK SAMPAI HATI untuk meneruskan prosiding saman fitnah.

Lim Guan Eng atau mana-mana pemimpin DAP dan PKR yang mendapat peluang seperti ini, pasti tidak akan berhenti sekerat jalan. Mereka tidak akan berhenti setakat permohonan maaf dan penyelesaian di luar mahkamah. Sebaliknya seperti apa yang berlaku ke atas UTUSAN MALAYSIA, NST dan TV3, prosiding diteruskan sehinggalah ketiga-tiga entiti yang kerap menjadi sasaran itu, diarahkan oleh mahkamah agar membayar gantirugi bernilai ratusan ribu kalau tidak pun jutaan ringgit kepada para pemimpin DAP dan PKR serta PAN.

Apa yang kembang dan megahnya dengan permohonan maaf oleh Malaysiakini?

Apa kenyataan yang ditarik balik sedangkan kenyataan, pembohongan dan fitnah tersebut telah pun berlaku malah digunakan oleh sekalian ramai sebagai hujah?

Kenapa mudah sangat lembut hati dengan puak-puak seperti Malaysiakini yang sudah pasti akan mengulangi perbuatan mereka, kalaupun bukan kepada Abdul Rahman Dahlan tetapi kepada kepimpinan yang lain?

Mengapa mudah sangat menerima permohonan maaf mereka yang hanya bertujuan untuk menyelamatkan diri, bukannya kerana insaf dengan fitnah yang dilakukan?

Adakah kerosakan yang telah mereka lakukan boleh diselesaikan hanya dengan permohonan maaf sahaja?

Tidak hairanlah mengapa Lim Guan Eng dengan mudah mendabik dada, claim kredit pada kerja yang bukan dilakukannya, bahkan membangga-banggakan dirinya kononnya dialah yang terbaik dan apabila pihak media membongkarkan pembohongannya, dia akan menyaman media-media itu sehingga akhirnya media-media itu bukan sahaja menyembahnya bahkan akan membayar pampasan berjuta-juta ringgit.

Mengapa Abdul Rahman Dahlan dan kepimpinan UMNO tidak secekal Lim Guan Eng?

Kelembutan dan toleransi yang ditunjukkan oleh Abdul Rahman Dahlan, percayalah... tidak akan membantu sama sekali!

Malaysiakini tetap juga menabur fitnah demi kepuasan hati taukeh-taukeh mereka!

Abdul Rahman Dahlan dan Malaysiakini mencapai persetujuan untuk penyelesaian luar mahkamah dalam kes Malaysiakini menfitnah Abdul Rahman Dahlan dengan artikel 'Minister, 'go back to kampung'' pada 6 November tahun lepas. (RUJUK SINI)


Wednesday, November 16, 2016

RAHMAN DAHLAN PUN AKAN BAGI KEMAAFAN KEPADA MALAYSIAKINI UNTUK MEMUDAHKAN PORTAL SOROS ITU TERUS MENFITNAH?!!!



Malaysiakini adalah portal Soros yang memutarbelitkan setiap berita sama ada tajuk, mahupun isi kandungannya demi kepentingan DAP dan pembangkang. 

Sudah beberapa kali pemimpin-pemimpin UMNO mengambil tindakan undang-undang ke atas Malaysiakini dan mereka berjaya. Tetapi Malaysiakini berjaya melepaskan diri dengan PERMOHONAN MAAF, AKUJANJI TIDAK AKAN MENGULANGI PERBUATAN SERUPA dan sebagainya. Daripada fitnah yang perlu dibayar pampasan ratusan juta ringgit, akhirnya Malaysiakini 'dibebaskan' begitu sahaja. Dan Malaysiakini pun kembali mengulangi perbuatan mereka, walaupun mungkin pada pemimpin yang sama tetapi taktik serupa untuk pemimpin UMNO-BN yang lain. 

Nampak gayanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan juga sedang mengulangi perkara yang sama untuk Malaysiakini apabila proses mediasi antaranya dengan Malaysiakini dan wartawan Geraldine Tong ditetapkan pada 28 November nanti.

Pada 13 Januari 2016, Rahman yang ketika itu adalah menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan memfailkan saman fitnah terhadap Malaysiakini berhubung artikel dan video yang diterbitkan di laman portal itu.

Rahman yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno dan ahli Parlimen Kota Belud mendakwa artikel serta video yang diterbitkan tanpa kebenarannya itu tidak mencerminkan intipati asal sebaliknya ia disunting seolah-olah plaintif mengarahkan masyarakat di bandar pulang ke kampung.

Dalam pernyataan tuntutannya, dia mendakwa pada 6 November 2015, defendan secara semborono dan dengan niat jahat menerbitkan atau menyebabkan kenyataan fitnah dan palsu yang merujuk kepadanya, di laman web www.malaysiakini.com yang bertajuk “Minister’s ‘go back to kampung’ notion draws contempt”.

Abdul Rahman mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud dirinya tidak mempedulikan kesusahan yang dialami masyarakat berikutan kenaikan kos sara hidup, tidak menggalakkan masyarakat untuk mencari pendapatan di bandar dan tidak sensitif terhadap isu semasa yang memberi kesan kepada masyarakat awam.

Plaintif menuntut ganti rugi am, teruk, teladan, kos, faedah serta relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.


Thursday, September 8, 2016

MALAYSIA AKAN BANKRAP SEBAB HUTANG? 103.4% TAHUN 1985, MALAYSIA TAK BANKRAP PUN!!!



1. Kebelakangan ini, terdapat mesej-mesej mengelirukan yang tersebar menerusi Whatsapp tentang ekonomi negara kita yang mencetuskan kegelisahan di kalangan rakyat negara ini. 

2. Kebanyakan mesej tersebut tertumpu kepada Hutang Kerajaan semasa, yang mana nisbah Hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah 53.4% pada 30 Jun 2016. Kadar nisbah ini menunjukkan berapa banyak hutang kerajaan berbanding saiz KDNK.

3. Kegelisahan berlaku dan tuduhan-tuduhan dibuat memandangkan nisbah tersebut menghampiri had 55% yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Seandainya kadar tersebut melepasi had yang dibuat, Malaysia berada dalam masalah besar. 

Beberapa mesej yang tidak bertanggungjawab malahan telah menuduh Malaysia akan menjadi bankrap sekiranya kita melepasi had 55%.

4. KDNK merupakan ukuran nilai semua barangan serta perkhidmatan akhir yang dikeluarkan dalam tempoh tertentu. Dalam bahasa yang lebih mudah, KDNK boleh diterjemahkan sebagai saiz ekonomi kita. 

5. Hasil dari tahun-tahun di mana pertumbuhan ekonomi baik - terutama sekali semenjak tahun 2009 - KDNK tahunan Malaysia semasa dianggarkan pada kadar RM1.2 trilion pada 30 Jun 2016 iaitu 17 kali lebih besar berbanding saiz ekonomi negara ini pada tahun 1986 dan 3 kali ganda lebih besar berbanding saiz ekonomi negara ini pada tahun 2003. 

Secara logiknya, jikalau ekonomi negara kita meningkat, secara tidak langsung membolehkan negara meningkatkan kadar hutang dengan syarat-syarat tertentu berbanding pada masa lepas di mana pendapatan negara tidak tinggi.

6. Nisbah Hutang Berbanding KDNK semasa adalah 53.4%, walaupun tinggi berbanding tahun 40.1% pada tahun 2007, ia masih di bawah kadar bolehurus.

7. Tahap ini tidak terlalu tinggi jikalau dibandingkan dengan tahap masa lampau seperti dalam tempoh antara 1980 sehingga 1985 apabila nisbah Hutang Berbanding KDNK meningkat dari 44% menjadi 103.4% dan kekal di atas tahap 55% sehingga tahun 1994.

8. Oleh kerana, amat tidak munasabah sekiranya Malaysia melepasi tahap 55% Hutang Berbanding KDNK, Malaysia akan menjadi bankrap atau negara ini akan berhadapan dengan masalah besar seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. 

Sekiranya kita tidak menjadi bankrap pada 103.4% dalam tahun 1985, bagaimana pula kita akan bankrap pada kadar 55%?

8. Tahap hutang negara ini perlu dilihat dalam kaitannya dengan pendapatan dan tidak hanya berdasarkan kepada jumlah mutlak.

Sebagai contoh: Seorang individu yang pendapatan tahunannya adalah RM120,000 akan berasa selesa untuk meminjam RM60,000 bagi membeli sebuah kereta berbanding individu lain yang pendapatannya cuma RM6,000 setahun tetapi mempunyai hutang sebanyak RM7,000.

Contoh ini secara kasarnya menunjukkan situasi saiz ekonomi dan tahap hutang negara ini pada tahun 2016 berbanding tahun 1985.

9. Pada tahapa semasa 53.4%, Malaysia disenaraikan pada tangga 71 tertinggi daripada 178 buah neara. 70 buah negara yang memiliki nisbah tertinggi berbanding Malaysia termasuklah negara-negara seperti Jerman, Jepun, Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Singapura. 

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, nisbah Hutang Berbanding KDNK adalah bolehurus dan ekonomi negara kita masih lagi menikmati kadar pertumbuhan 5% untuk tahun 2015 dan 4.1% untuk pertengahan tahun 2016.

10. Walaupun harga komoditi semasa yang rendah, kesan-kesan BREXIT dan keadaan ekonomi global yang tidak menentu, kerajaan Malaysia tidak bercadang untuk melepasi tahap 55% dan akan terus menguruskan kewangan dengan secara berhemah dan bertanggungjawab.

11. Rakyat Malaysia dan parti-parti politik tertentu seharusnya mengelak daripada menyebarkan maklumat yang salah atau terlibat dalam taktik menakut-nakutkan yang mengakibatkan hilang keyakinan para pelabur dan konsumer ke atas ekonomi negara ini. Perbuatan sebegitu adalah mensabotaj ekonomi negara sendiri. 

Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, tidak akan berkongsi atau menyebarkan maklumat-maklumat dan propaganda salah. 

12. Secara keseluruhannya, rancangan transformasi kerajaan kini terbukti berjaya dengan polisi-polisi yang baik yang sekarang menunjukkan keputusan yang kukuh. Semua rakyat Malaysia seharusnya memberikan tumpuan kepada kejayaan tersebut memandangkan negara ini berjaya dikemudi dalam keadaan keadaan ekonomi global yang tidak menentu kini.

13. Saya tidak ragu-ragu bahawa Perdana Menteri dan kerajaan ini akan terus memastikan Malaysia terus menikmati pertumbuhan ekonomi, mengutamakan kesejahteraan rakyat dan terus membangunkan Malaysia ke status negara berpendapatan tinggi.


Pengarah Komunikasi Strategik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri


Thursday, June 9, 2016

LIM GUAN ENG DAN 'SYARIKAT SEKUTUNYA', CZBUCG TAK BERANI KE SAMAN ABDUL RAHMAN DAHLAN?



9 Jun 2016

1. Saya mengambil maklum kenyataan YB Lim Hock Seng bahawa beliau sudah menjawab semua soalan dalam tiga kenyataan saya sebelum ini (berkaitan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang).

2. Untuk memperbetulkan beliau, saya ingin nyatakan yang saya mengeluarkan empat kenyataan media berhubung isu ini. Kenyataan terakhir adalah pada 24 Mei 2016. Pada 25 Mei, YB Lim Hock Seng mengadakan sidang media dan membuat satu lagi kenyataan. Dalam kenyataan itu, beliau mengatakan itu adalah kali terakhir jawapan diberi kepada soalan-soalan saya.

3. Ingin saya tegaskan, kenyataan YB Lim kononnya beliau sudah menjawab semua soalan saya adalah tidak tepat dan agak mengelirukan. Bercakap berbelit-belit tidak sama dengan memberi jawapan memuaskan terhadap persoalan yang saya bangkitkan.

4. Saya ingin mengambil beberapa contoh khusus daripada sidang media YB Lim pada 25 Mei lalu.

5. Tiga kali saya bertanya sama ada benar tanah yang diberi kepada Consortium Zenith-BUCG (CZBUCG) dijual serta-merta atau setuju untuk dijual pada harga antara RM845 kaki persegi (kps) hingga RM1,300 kps. Saya turut menyertakan bukti berkaitan perjanjian itu.

6. Tanpa memberikan penjelasan sepatutnya, YB Lim bersungguh-sungguh menegaskan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) membuat penilaian ke atas tanah dimaksudkan pada kadar RM475 kps - dan itu saja penjelasannya. Selepas didesak buat kali keempat, YB Lim memberi jawapan mengejutkan iaitu sebarang penjualan tanah antara CZBUCG dan pihak ketiga adalah `transaksi sulit’.

7. Saya mendapati jawapan ini sebagai tidak bertanggungjawab kerana kerajaan DAP Pulau Pinang sudah membuat pembayaran dan bersetuju memindahkan tanah kerajaan negeri kepada syarikat swasta. Syarikat berkenaan dengan pantas menandatangani perjanjian untuk menjual tanah terbabit kepada syarikat lain pada harga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding penilaian JPPH. Ini adalah penilaian sama yang disifatkan YB Lim sebagai nilai tanah berkenaan. Beliau memperlekehkan desakan saya dengan merujuk penjualan itu sebagai `transaksi sulit’.

8. Satu lagi contoh ialah apabila saya menyatakan Kerajaan Pulau Pinang seolah-olah membayar keseluruhan kos pembinaan projek, namun dibenarkan mengutip konsesi tol selama 30 tahun. Saya tegaskan, aturan ini tidak pernah dilakukan dalam mana-mana perjanjian konsesi di Malaysia - atau di dunia.

9. Apabila ditanya sama ada keseluruhan kos pembinaan dibayar menerusi pemindahan tanah, YB Lim memberi jawapan berbeza. Awalnya beliau berkata, ia disebabkan Kerajaan Pulau Pinang tidak memiliki kepakaran untuk menyelenggara terowong berkenaan. Bagaimanapun, dalam sidang media berasingan, beliau dilaporkan berkata, syarikat terbabit turut menampung kos pembinaan dan memerlukan hasil kutipan tol sebagai pulangan pelaburan.


10. Selepas terus didesak, Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng, melakukan pusingan-U apabila mengumumkan projek terowong dasar laut itu mungkin dibatalkan untuk menyelamatkan RM2 bilion dan sedia mengetepikan kutipan tol selama 30 tahun jika Kerajaan Persekutuan meluluskan pembinaan jambatan ketiga.

11. Perkembangan ini sememangnya amat aneh. Awalnya, YAB Lim menuduh Kerajaan Persekutuan tidak meluluskan jambatan ketiga. Bagaimanapun, apabila Menteri Kerja Raya menafikan Kerajaan Pulau Pinang ada membuat permohonan, YAB Lim memberi alasan tidak berani mengemukakan permohonan.

12. Selepas itu, YAB Lim menulis surat kepada Perdana Menteri dan bukannya Kementerian Kerja Raya (mengikut proses lazim) bagi memohon kelulusan membina jambatan ketiga. Bagaimanapun, beliau enggan mengemukakan sebarang dokumen untuk menyokong permohonan tersebut. Surat permohonan yang menjadi modal politik ini, ditambah dengan keengganan beliau menyertakan dokumen bagi menyokong permohonan membawa kepada kesimpulan bahawa YAB Lim tidak jujur dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu.

13. Menurut YAB Lim, Kerajaan Pulau Pinang terpaksa melaksanakan tol 30 tahun pada kadar sama dengan Jambatan Kedua Pulau Pinang sebagai langkah tidak mensabotaj Jambatan Kedua Pulau Pinang. Kini, beliau mencadangkan pembinaan jambatan ketiga tanpa tol. Apakah ini bermakna pendirian beliau sudah berubah dan tidak kisah `mensabotaj’ Jambatan Kedua Pulau Pinang?

14. Sikap berdolak-dalik Kerajaan Pulau Pinang dan percanggahan jawapannya membuatkan saya terpaksa mengulangi semua soalan ini. Ramai pemerhati beranggapan semua soalan ini tidak dijawab dengan sepenuhnya.

15. Walaupun dalam sidang media itu YB Lim Hock Seng menyatakan tidak akan menjawab soalan saya lagi, saya ingin menegaskan bahawa soalan-soalan saya sebelum ini seperti dalam kenyataan bertarikh 24 Mei 2016 belum dijawab hingga ke hari ini. Anda boleh merujuknya di sini:https://www.facebook.com/rahmandahlan.my/posts/836822423116036.

16. Selain beberapa soalan saya, Datuk Huan Cheng Guan daripada Parti Cinta Malaysia turut membuat laporan SPRM berhubung Terowong Dasar Laut yang dicadangkan itu. Dalam laporannya, beliau mendapati kos berjumlah RM208.8 juta bagi kajian kejuruteraan terhadap tiga laluan berkembar (sepanjang 20.3 km) yang dinyatakan adalah 11% lebih tinggi daripada kos pembinaan. Ini adalah hampir lima kali ganda lebih tinggi berbanding had 2.54% dalam skala kadar diwartakan yang dipersetujui antara Lembaga Jurutera Malaysia dengan Kementerian Kerjaraya.

17. Soalan Datuk Huan juga perlu dijawab. Rakyat memerlukan penjelasan telus.

Tamat

Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Strategik Komunikasi
Barisan Nasional



Tuesday, May 24, 2016

SELEPAS RM305 JUTA DIBAYAR UNTUK TIGA KAJIAN, PROJEK TEROWONG DASAR LAUT DIGUGURKAN DAN DIGANTIKAN JAMBATAN PULAK?!!!



Duit dah dibayar kepada syarikat kroni. Jumlahnya bukan sedikit... beratus juta ringgit. Dan ianya duit rakyat Pulau Pinang. Gambaran awal yang diberikan cukup hebat. Kononnya bakal menarik lebih ramai pelabur ke negeri itu.

Tetapi setelah tiga kajian dibayar RM305 juta, sehingga kini tiada sebarang pembinaan dibuat, Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang mula mencari helah setelah pembayaran mudah itu dipersoalkan oleh banyak pihak.

Guan Eng tiba-tiba sahaja mendapat idea tentang Jambatan Pulau Pinang Ketiga sedangkan Jambatan Pulau Pinang Kedua pun, tidak banyak digunakan oleh kenderaan. Malahan ada pihak yang mengatakan, jumlah kenderaan yang menggunakan khidmat feri tua Pulau Pinang jauh lebih banyak berbanding Jambatan Pulau Pinang Kedua.

Justeru apabila tiba-tiba sahaja Guan Eng bercakap besar, kononnya Kerajaan Negeri mampu mendanai pembinaan jambatan ketiga itu, ramai yang melihat cakap besar tersebut sebenarnya tidak lebih daripada sekadar cubaan melarikan diri daripada pelbagai skandal kewangan yang dihadapi oleh Guan Eng.


Selain skandal rumah banglo Jalan Pinhorn yang dibeli murah untuk 'ditukarkan' dengan urusniaga tanah Taman Manggis yang sepatutnya dibina rumah mampu milik atau yang berkaitan dengannya, Guan Eng juga diasak dengan isu pembayaran tiga kajian terowong dasar laut bernilai RM305 juta yang kemudian cuba dinafikan dan dinyatakan bahawa bayaran yang dibuat cuma RM20 juta. (RUJUK SINI)

Hilang cerita tentang terowong dasar laut, sekarang timbul cerita Jambatan Pulau Pinang Ketiga yang surat permohonannya baru dihantar oleh Lim Guan Eng. Guan Eng mempublisitikan Jambatan Pulau Pinang Ketiga itu, malah berkata, selepas diluluskan, baru Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menghantar pelan lakaran kejuruteraan dan arkitektur.

Itulah yang dipersoalkan oleh Abdul Rahman Dahlan.


Abdul Rahman Dahlan mempersoalkan mengapa tiba-tiba sahaja idea tentang Jambatan Pulau Pinang Ketiga muncul menggantikan Terowong Dasar Laut yang bukan sahaja menimbulkan persoalan rakyat kebanyakan kerana urusniaganya tetapi juga turut dipersoalkan oleh ADUN-ADUN Pakatan sendiri di DUN Pulau Pinang.

Guan Eng diperingatkan supaya tidak berbohong apabila menyatakan Kerajaan Persekutuan telah menolak permohonan pembinaan jambatan tersebut dan itu yang memaksa Kerajaan Negeri membina Terowong Dasar Laut dengan 30 tahun konsesi tol sedangkan siasatan dan pemeriksaan mendapati, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah menghantar apa-apa permohonan atau cadangan membina Jambatan Pulau Pinang Ketiga. (RUJUK SINI)

Selepas Kerajaan DAP begitu beria-ia mempertahankan projek terowong dan konsesi tol sepanjang 4 tahun lepas dan telah membayar RM305 juta untuk tiga kajian yang mereka katakan, telah hampir siap, ramai yang terkejut apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang tiba-tiba sahaja menggugurkan projek terowong untuk digantikan dengan projek Jambatan Pulau Pinang Ketiga.

Sedangkan Exco Pulau Pinang, Lim Hock Seng pula menyatakan, sekiranya projek terowong itu benar-benar telah digugurkan, wang sebanyak RM305 yang dibayar untuk tiga kajian, HANGUS begitu sahaja.

Kenyataannya ialah, laporan PAC Pulau Pinang tentang Projek Terowong Dasar Laut telah dua kali ditunda, sekaligus menimbulkan kemarahan di kalangan ADUN-ADUN PKR semasa Persidangan DUN baru-baru ini, memberi isyarat mengapa keputusan menggugurkan projek terowong tersebut digugurkan secara tiba-tiba.


Thursday, May 12, 2016

RAHMAN DAHLAN TERUS ASAK LIM GUAN ENG DENGAN SKANDAL TANAH RM305 JUTA... DAN LIM GUAN ENG, MENYOROK TAKUT!!!



Saya sedia maklum bahawa YAB Ketua Menteri telah menolak untuk berhubung dengan saya secara terus dan bergantung kepada Exco YB Lim Hock Seng untuk menjawab soalan saya. Walau bagaimanapun, saya akan mengambil kira ianya adalah jawapan rasmi dari pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pertama, terima kasih kerana mengesahkan apa yang telah saya katakana – dimana jumlah keseluruhan bagi kajian kemungkinan, rekabentuk lengkap dan penilaian impak kepada alam sekitar adalah RM305 juta, dimana saya andaikan hampir keseluruhannya adalah kertas kerja.

Tidak ada langsung dalam sidang mahupun kenyataan media saya; yang boleh didapati di laman Facebook milik saya, kenyataan bahawa RM 305 juta digunakan hanya untuk kajian kemungkinan berkenaan. Oleh yang demikian, MalaysiaKini dan YB Lim Hock Seng sepatutnya lebih berhati-hati daripada membuat andaian bahawa angka yang telah saya nyatakan untuk kajian kemungkinan tersebut adalah salah.

Ia boleh menjadi tajuk berita yang hangat namun ia juga boleh menyebabkan terjadinya salah salah yang membawa berniat buruk.

------------

Soalan 1:
Sekali lagi anda telah tersalah anggap terhadap saya. Saya tidak bertanya sama ada KESEMUA RM6.34 bilion bagi projek berkenaan dianugerahkan berdasarkan tender terbuka tetapi saya mengatakan secara terperinci jika kos tiga kajian yang bernilai RM305 juta tersebut dianugerahkan secara tender terbuka

Kita semua sedia maklum bahawa kesemua projek tersebut telah dianugerahkan kepada Consortium Zenith-BUCG Sdn Bhd (CZBUCG).

Namun, kenyataan Bursa Malaysia mengenai Astral Supreme Bhd yang bertarikh 15 Ogos 2013 mengatakan bahawa kajian kemungkinan dan reka bentuk terperinci yang menelan belanja RM270 juta telah dianugerahkan oleh CZBUCG kepada usahasama antara pemegang saham terbesarnya, Zenith Construction bersama syarikat Astral Supreme Bnd.

Lebih menarik lagi, seorang individu yang terlibat itu bukan sahaja Direktor dan pemegang saham Astral Supreme Bhd malah beliau juga pemegang saham terbesar Wira Syukur (M) Sdn. Bhd, dimana syarikat berkenaa merupakan pemegang saham terbesar Zenith Construction Sdn. Bhd.

Satu tahun kemudian, Astral Supreme ditamatkan perkhidmatannya dan alas an yang diberi ialah Astral “tidak mampu mencari konsultan yang berupaya untuk melaksanakan projek”.

Dari kenyataan Bursa ini mencadangkan bahawa CZBUCG sebenarnya menganugerahkan majoriti dari RM305 juta untuk kajian kepada pemegang-pemegang sahamnya dan hakikat bahawa Kerajaan Pulau Pinang mengelak daripada soalan saya sama ada kajian-kajian tersebut telah ditenderkan, adakah adil untuk menyatakan jawapan bagi persoalan itu adalah tidak?

Pihak kerajaan Pulau Pinang juga seakan-akan tidak mengendahkan kebimbangan saya mengenai penganugerahan kepada syarikat yang sama untuk bertanggungjawab keatas kajian yang menentukan sama ada projek mereka sendiri boleh menangani sebarang kemungkinan serta mesra alam sekitar atau tidak. Adakah ini mempunyai sebarang konflik mahupun konflik kepentingan?

-----------

Soalan 2
Saya sedia maklum akan kenyataan Kerajaan Pulau Pinang bahawa ketiga-tiga kos untuk kajian berkenaan ialah 5.54% dari keseluruhan kos pembinaan.

Namun, soalan saya ialah mengapa kos kajian kemungkinan bagi tiga jalan raya yang berhubung boleh berjumlah RM31 juta sedangkan terowong bawah laut yang lebih kompleks dan berisiko hanya RM20 juta?

Jumlah kos sebanyak RM51 juta untuk kajian kemungkinan sahaja dan RM305 juta untuk keseluruhan tiga kajian tersebut masih boleh dianggap satu angka yang besar untuk melakukan sesuatu kajian dan saya sedia maklum bahawa kerajaan Pulau Pinang tidak menyatakan untuk bekerjasama dengan Kementerian Kerja Raya yang menawarkan bantuan bagi mengurangkan kos mereka dan memastikan projek tersebut berjalan seiring dengan masa yang diperuntukkan dimana saya sendiri mengesyorkan kepada kerajaan Pulau Pinang untuk mempertimbangkannya.

Kerajaan Pulau Pinang juga membetulkan kenyataan saya dengan mengatakan jumlah keseluruhan yang dibayar setakat tarikh ini ialah RM133 juta dan bukannya RM139 juta. Namun, jumlah yang sebetulnya berjumlah RM138,971,572.61 yang dipetik dari kenyataan saya telah diserahkan oleh wakil PKR Pulau Pinang, YB Cheah Kah Peng menyatakan angka berkenaan adalah seperti yang tertulis dalam laporan PAC yang diserahkan kepada beliau dan 5 ADUN mendapati bahawa agak sukar untuk mewajarkan kos yang tinggi tersebut.

Oleh yang demikian, kerajaan Pulau Pinang telah membuat kesalahan – sama ada di dalam laporan PAC mahupun penjelasan mereka. Atau mungkinkah YB Cheah memetik jumlah yang salah?

----

Soalan 3:
Terima kasih kerana mengesahkan bahawa RM133 juta telah pun dibayar walaupun semua kajian masih belum selesai dan pembayaran dibuat mengikut kemajuan proses kajian tersebut.

Saya maklum bahawa kerajaan Pulau Pinang telah membiaya proses kerja yang dilakukan oleh CZBUCG berkenaan projek ini, di mana saya akan bangkitkan semula di soalan 7.

----

Soalan 4:
Sekali lagi saya berterima kasih kepada kerajaan Pulau Pinang kerana mengesahkan bahawa walaupun kajian kemungkinan ini mendapati projek berkenaan tidak sesuai untuk dilaksanakan, tiada sebarang bayaran akan dibayar semula kepada kerajaan negeri.

--

Soalan 5:
Kerajaan Pulau Pinang mengatakan tidak terdapat sebarang kelewatan pada projek ini walaupun mereka mengaku bahawa kajian yang dijalankan belum selesai sepenuhnya untuk 3 tahun akan datang, walaupun pihak konsortium mengumumkan kajian tersebut akan selesai menjelang April 2014, walaupun hakikatnya salah satu daripada pihak yang dianugerahkan untuk melakukan kajian kemungkinan dan kajian reka bentuk telah ditamatkan perkhidmatan selepas satu tahun atas alasan kekangan konsultan walaupun kerja-kerja pembinaan masih belum dimulakan.

Saya akan menerima apa yang diperkatakan oleh kerajaan Pulau Pinang terhadap jadual projek ini memandangkan ia sangat dirahsiakan – sama seperti fasiliti kesihatan perlancongan Taman Manggis yang masih lagi kekal sebagai tanah kosong selepas enam tahun.

Bolehkan kerajaan Pulau Pinang berkongsi mengenai jadual projek yang asal sehingga ke hari ini?


----

Soalan 6:
Walaupun ia mampu untuk membiayai sepenuhnya kos pembinaan sebanyak RM6.34 bilion, kerajaan Pulau Pinang menyatakan pihak CZBUCG tidak mampu untuk menanggung kos penyelenggaraan Terowong Pulau Pinang dan kerana itulah mereka dibenarkan untuk mengutip bayaran tol selama 30 tahun.

Apa yang lebih membimbangkan ialah kerajaan negeri menyatakan bayaran tol ditetapkan sama dengan kadar bayaran di jambatan kedua Pulau Pinang dengan alasan kerajaan negeri tidak mahu pihak operasi jambatan kedua menanggung kerugian.

Alasan berkenaan tidak dapat diterima atas tiga sebab:

1)Kadar tol di jambatan kedua adalah tetap berdasarkan pihak operasi yang akan mengutip bayaran tol untuk kos penyelenggaraan jambatan dan bagi mendapatkan balik kos pembinaan jambatan.

Namun, pihak operasi Terowong Pulau Pinang tetap akan mengenakan kadar tol yang sama walaupun tidak perlu mendapatkan kos pembinaan semula memandangkan kerajaan negeri telah membiayai kos keseluruhan projek tersebut.

Adakah kerajaan negeri nampak akan perbezaan yang ketara itu?

2) Untuk mengatakan bahawa kerajaan negeri mengenakan kadar tol kerana tidak mahu pihak operasi jambatan kedua menanggung kerugian samalah seperti hospital awam yang dimiliki kerajaan mengenakan kadar yang sama dengan yang dikenakan oleh hospital swasta kerana tidak mahu hospital sawsta menanggung kerugian. Adakah alasan ini boleh diterima sama sekali?

Mengenakan kadar tol adalah bertentangan dengan manifesto Pakatan. Sekarang apabila kerajaan DAP mengesahkan konsensi selama 30 tahun, adakah DAP bersedia untuk mengaku bahawa mereka tidak lagi menolak pengutipan kadar tol?

----

Soalan 7:
Kerajaan Pulau Pinang mengatakan nilai tanah sebesar 110 ekar yang dikenal pasti sebagai bayaran kepada CZBUCG untuk projek berkenaan pada tahun 2014 ialah RM475 per kaki persegi sahaja.

Namun, berdasarkan tiga perjanjian yang telah ditandatangani oleh Ewein Bhd untuk membeli 60 ekar daripada tanah berkenaan yang merupakan gantirugi atau bakal menjadi gantirugi kepada CZBUCG oleh Kerajaan Negeri, dengan harga RM3.14 bilion.

Pengumuman Bursa pada 12 Jun 2014 menunjukkan perjanjian pertama telah ditandatangani mempunyai laporan penilaian bertarikh 31 Disember 2013 yang mana tanah tersebut bernilai RM840 sekaki persegi. (RUJUK SINI

Pengumuman kedua bertarikh 28 Disember 2015 juga menunjukkan persamaan nilai tanah pada harga RM840 sekaki persegi. (RUJUK SINI)

Pengumuman ketiga Bursa bagi pembelian 50 ekar tanah ini dengan jumlah nilai RM2.831 bilion dari CZBUCG bertarikh 15 Januari 2016 menunjukkan tanah tersebut dinilaikan pada RM1300 sekaki persegi. (RUJUK SINI)

Oleh kerana itu, penilaian bagi 110 ekar tanah pada harga RM475 sekaki persegi pada 2014 yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi penjelasan mereka, adalah jauh dari nilai pasaran sebagaimana yang tertera dalam ketiga-tiga perjanjian Ewein Bhd. 

Tambahan pula, Kerajaan Pulau Pinang dan CZBUCG telah berkata, jumlah harga efektif bagi projek tersebut tidak akan mencecah RM20 bilion sewaktu disiapkan pada 2025 (yang terawal) tetapi tidak memberikan jangkaan pada kos spesifik. 

Memandangkan susah unutk mereka menjawab, mungkin cara terbaik adalah dengan pertanyaan:

Sekiranya harga bagi 110 ekar tanah hari ini adalah antara RM845 sekaki persegi sehingga RM1300 sekaki persegi, berdasarkan kepada lokasi utama berhadapan dengan laut, berapa harga tanah tersebut yang dapat anda fikirkan pada tahun 2025?

Gambaran tersebut akan memberikan idea tentang kos sebenar projek ini. 

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga berkata, CZBUCG perlu menanggung kos beberapa kajian dan awalan kos pembinaan. Sekaligus menunjukkan bahawa pembayaran menerusi meningkatkan nilai aset seperti tanah utama adalah diwajarkan. 

Bagaimanapun, berdasarkan kepada jawapan untuk soalan nombor 3, adalah adil untuk menyatakan bahawa CZBUCG telah diberikan gantirugi berdasarkan tempoh masa yang telah ditetapkan dan berdasarkan kepada tiga perjanjian yang dinyatakan, adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengesahkan yang CZBUCG telah menjual tanah tersebut kepada Ewein Bhd bagi mendapatkan sebahagian bayaran pendahuluan?

-----

Ini adalah persoalan-persoalan yang ramai rakyat di Pulau Pinang dan NGO bertanya tentang projek ini selama beberapa tahun lepas dan saya percaya, ia membabitkan kepentingan awam yang memerlukan pertanyaan perlu dibuat secara betul.  

Saya mengharapkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan YAB Ketua Menteri menjawab kenyataan media ini. 


Abdul Rahman Dahlan
Ketua Komunikasi Strategik BN

Sunday, April 24, 2016

BOSAN DENGAN PERANGAI LIM GUAN ENG YANG MACAM TERBERAK DALAM SELUAR, ABDUL RAHMAN DAHLAN MINTA GUAN ENG SERETNYA KE MAHKAMAH!!!



Barangkali sudah bosan kerana Lim Guan Eng asyik menyalak dan meroyan kerana debat mereka terpaksa ditangguhkan, Abdul Rahman Dahlan mencabar Lim Guan Eng agar menyamannya ke mahkamah demi mempercepatkan penelanjangan skandal Guan Eng.

Pelbagai pihak termasuklah PDRM dan SPRM telah mendesak agar perdebatan antara Lim Guan Eng dan Abdul Rahman Dahlan yang membabitkan skandal tanah Taman Manggis dan hartanah Jalan Pinhorn yang diperolehi oleh Lim Guan Eng dengan harga murah selain pembabitkan Phang Li Koon, dibatalkan dengan alasan, perdebatan tersebut mengganggu siasatan pihak berkuasa.

Berbanding kes-kes yang lain terutama yang membabitkan Kerajaan dan pemimpin Kerajaan UMNO-BN, SPRM dilihat terlalu lambat, malah hampir tidak menunjukkan progres langsung dalam kes membabitkan Lim Guan Eng-Phang Li Koon dan DAP.

Mungkin kerana keterbatasannya selaku Menteri Kabinet, maka Abdul Rahman mencabar Lim Guan Eng untuk menyamannya atas dakwaan menfitnah selepas Lim Guan Eng mengejek-ejeknya konon, takut hendak berdebat.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, Lim Guan Eng menunjukkan sikap 'samseng jalanan yang tidak bertamadun' berbanding sebagai seorang Ketua Menteri yang berintegriti.

"Sekiranya dia fikir, pendedahan yang saya buat adalah satu penipuan, saman sajalah saya kerana buat fitnah. Saya dengan penuh gembira akan bertemunya di mahkamah, Sebagai samseng jalanan, dia bijak menggunakan kedudukan saya dan saranan IGP serta SKMM, kononnya saya pengecut," kata Abdul Rahman yang merupakan Ahli Parlimen Kota Belut dalam Twitternya.

Jawapan Abdul Rahman itu adalah ekoran dakwaan Lim Guan Eng kononnya Abdul Rahman perlu mengaku bahawa dia telah kalah dan takut untuk berdebat secara langsung dengannya.

Debat yang sepatutnya dilangsung antara kedua-duanya membabitkan tanah skandal Taman Manggis dan hartanah di Jalan Pinhorn, telah dibatalkan atas nasihat serta desakan panel SPRM dan Ketua Polis Negara.


Sunday, April 10, 2016

LIM GUAN ENG CARI HELAH UNTUK ELAK DEBAT DENGAN ABDUL RAHMAN DAHLAN WALAUPUN KELIHATAN SANGAT ANGKUH!!!



Perang Twitter antara Abdul Rahman Dahlan dengan Lim Guan Eng semakin menarik. Dan lebih menariknya lagi ialah apabila Lim Guan Eng masih cuba berbohong dan terkantoi kering apabila dia mengakui perbuatan yang tidak dilakukannya.

Lim Guan Eng sendiri telah menetapkan tarikh iaitu sehingga 16 April untuk berdebat dengan Abdul Rahman Dahlan. Bagaimanapun, Abdul Rahman memberitahu yang dia mempunyai urusan kerja sepanjang minggu ini apabila terpaksa menghadiri program yang telah diatur lebih awal.

Ternyata, anak lelaki Lim Kit Siang itu semakin menjadi-jadi lagaknya. Dia mengungkit kononnya, dia mampu memendekkan lawatan rasminya ke China semata-mata untuk berdebat. Namun Abdul Rahman Dahlan segera membalas, Lim Guan Eng bukannya balik awal untuk berdebat kerana tiada sesiapa pun mencabarnya berdebat pada ketika itu sebaliknya kerana isu skandal banglo dan hartanah di Jalan Pinhorn sedang hangat diperkatakan.

Persetujuan RTM dan Media Prima untuk menyiarkan perdebatan secara langsung antara Lim Guan Eng dan Abdul Rahman Dahlan, menambahkan lagi kehangatan pra-debat yang bakal berlangsung.


Pengakuan dan pendedahan yang dibuat oleh Datuk Tang, pemilik KLIDC tentang peranan Phang Li Koon, serta kaitan antara KLIDC dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Lim Guan Eng menerusi Phang Li Koon, telah disiarkan secara meluas oleh media sosial dan media massa, khususnya akhbar-akhbar berbahasa Cina yang selama ini banyak membantu publisiti kepada Lim Guan Eng dan DAP.

Pendedahan dan pengakuan itu sendiri telah melemaskan Lim Guan Eng kerana ia merupakan percanggahan dengan SD yang dibuat oleh Phang Li Koon dan dibacakan oleh Phee Boon Poh dalam satu sidang media.

Dek kerana itulah, Lim Guan Eng barangkali memberikan arahan agar skandal banglo dan hartanahnya di Jalan Pinhorn tidak dimasukkan sekali dalam debat tersebut, sekalipun ianya merupakan isu penting yang merupakan kunci kepada urusniaga tanah Taman Manggis yang didedahkan lebih awal oleh Abdul Rahman Dahlan.


Monday, March 28, 2016

RAHMAN DAHLAN INGATKAN GUAN ENG, JANGAN PERBODOHKAN RAKYAT... TAK CUKUP LUAS UNTUK PPRT TAPI CUKUP LUAS UNTUK PROJEK MEWAH?



Mengapa tanah yang dianggap terlalu kecil untuk didirikan sebuah projek rumah kos rendah 17 tingkat diatasnya, cukup pula luasnya untuk sebuah hospital 30 tingkat dan sebuah hotel?

Menciap di Twitter semalam, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Abdul Rahman Dahlan melahirkan rasa bingung dengan cara pemikiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mengatakan tanah kerajaan itu dijual kepada syarikat swasta kerana ia tidak cukup luas untuk projek perumahan rakyat.

Walaubagaimanapun, keluasan tanah PPR Fasa 1 dan Fasa 2 itu sekiranya dijumlah adalah 4.92 ekar, lebih besar daripada saiz minimum dua ekar untuk pembinaan projek rumah kos rendah.

“Mengapa LGE merasakan keluasannya terlalu kecil?

“DAP tegas mengatakan 1.1 ekar tanah itu terlalu kecil untuk PPR tetapi sebenarnya ini adalah Fasa 2, iaitu sambungan kepada projek asal. Bukan projek baharu.”


Rahman berkata DAP berlaku tidak jujur sekiranya menafikan hakikat ini, lebih-lebih lagi apabila Guan Eng “menyedari” tanah Taman Manggis itu dimaksudkan untuk perumahan kos rendah.

Terletak di simpang Jalan Burma dan Jalan Zainal Abidin di George Town, plot kontroversi itu dijual kepada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Sdn Bhd melalui tender terbuka pada 2011.

Sebelum ini, ketika mempertahankan penjualan tanah itu, Guan Eng berkata kerajaan negeri berpendapat keluasan tanah itu terlalu kecil untuk projek PPR, yang kemudiannya dipindahkan ke tanah 11 ekar di Jalan SP Chelliah.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dipercayai telah memberi kebenaran merancang kepada KLIDC untuk membina sebuah hotel dan hospital swasta 30 tingkat diatas tanah itu.- FMT


Saturday, March 26, 2016

ABDUL RAHMAN DAHLAN BERAKSI LAGI... LIEW CHIN TONG DAN NG WEI AIK TERTELAN TAIK SENDIRI!!!




Nampaknya Abdul Rahman Dahlan sudah pun menemui rentak untuk
membuatkan para pemimpin DAP yang selama ini cukup gagah, cukup hebat, cukup berani dan cukup angkuh di media-media sosial. Walaupun mungkin Abdul Rahman Dahlan bersendirian manakala para pemimpin UMNO-BN lain, terutama yang berkaitan dengan IT dan Multimedia, masih lagi terpinga-pinga mengharapkan kamera televisyen, kamera wartawan dan mikrofon wartawan, namun faktor tersebut langsung tidak menjejaskannya. 

Selepas bertikam lidah dengan Lim Guan Eng yang dibantu oleh Gobind Singh Deo dan Kashturi Patto di sidang Parlimen beberapa hari lepas, apabila Guan Eng cuba mengelak Abdul Rahman Dahlan daripada membuat pendedahan yang lebih panas berhubung skandal tanah PPR Taman Manggis yang telah dijual oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada KLIDC yang kemudian hendak pula dijual kepada pihak asing, Abdul Rahman Dahlan terus aktif berperang dengan para pemimpin DAP yang sedang berusaha menyejukkan punggung Lim Guan Eng.

Liew Chin Tong dan DAP cuba memanipulasi Twitter dan media sosial dengan mengatakan serangan ke atas Lim Guan Eng adalah serangan jahat berkonspirasi. Antara alasan yang mereka berikan, ialah Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri tidak mengetahui tentang nilai tanah memandangkan dia hanyalah Ketua Menteri, bukannya penilai hartanah atau agen hartanah. 

Satu pembohongan yang amat nyata!

Sebagai Ketua Menteri dan Exco Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah Kerajaan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Lim Guan Eng telah menjual tanah-tanah kerajaan bernilai lebih RM10 bilion.

Kerana itulah, mesej yang dibalas oleh Abdul Rahman Dahlan kepada Liew Chin Tong seolah-olah meletakkan garam di atas luka. Konspirasi yang dinyatakan oleh Liew Chin Tong mewakili para pemimpin DAP lain yang cuba membela Guan Eng hanyalah menggambarkan kelam-kabut dan kehilagan kata-kata dalam kelompok pro-Guan Eng sendiri. 



Sepatutnya Abdul Rahman Dahlan turut menambah, konspirasi BN jugalah yang menyebabkan banglo Lim Guan Eng tidak mempunyai kolam renang dan Lim Guan Eng adalah seorang akauntan, bukannya seorang penilai hartanah.


Friday, March 25, 2016

RAHMAN DAHLAN BERAKSI LAGI... BULLDOG DIBELASAHNYA DENGAN FAKTA KHIR TOYO HANYA DOKTOR GIGI!!!



Di sebalik desakan Guan Eng agar Abdul Rahman Dahlan meminta maaf kepadanya kerana menggelarkannya sebagai PEMBOHONG di dalam Dewan Rakyat, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu tetap aktif beraksi dan membalun semula kepala Guan Eng dan konco-konconya.

Kalau sebelah pagi tadi Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik atau gelaran yang banyak diberikan, bulldog kerana layanan serta air muka yang ditunjukkan tatkala mengangkut tong gas seorang peniaga reatoran muslim yang bukan sahaja dihalau tetapi restorannya cuba disita pada tahun 2010, memberikan alasan dan hujah bangang, sebelah petang pula, kebangangan si bulldog disindir Abdul Rahman Dahlan yang kini dijadikan sasaran serangan Guan Eng kerana pendedahan dan serahan bukti kepada SPRM bukan sahaja bakal memanaskan punggung Guan Eng malah bakal membuka pintu penjara buat kali kedua untuk anak lelaki Lim Kit Siang itu.

Alasan 'terbaik' yang mampu diberikan oleh Wei Aik adalah mengulangi bahawa Guan Eng tidak mengetahui nilai hartanah yang dibelinya kerana dia hanyalah akauntan dan Ketua Menteri bukannya agen hartanah. Fakta tentang jawatan Exco Tanah yang disandangnya tidak disebut langsung.

Kata Abdul Rahman Dahlan, sepatutnya Khir Toyo juga tidak didapati bersalah kerana Khir Toyo hanyalah seorang doktor gigi serta Menteri Besar malah Khir Toyo juga bukanlah Exco Tanah seoerri Guan Eng.

Awal hari ini, Ng Wei Aik menggesa rakyat Pulau Pinang agar berdiri teguh menyokong Lim Guan Eng dan tidak mempercayai segala yang didedahkan oleh Barisan Nasional yang dianggap sebagai propaganda tidak berasas.

Rahman Dahlan menolak hujah Ng Wei Aik dan merujuk kepada kes bekas Menteri Besar Selangor yang sedang menjalani hukuman penjara selama setahun oleh Mahkamah Persekutuan pada September tahun lepas kerana membeli dua lot tanah dan banglo di Shah Alam dengan harga RM3.5 juta pada tahun 2004 daripada sebuah syarikat yang telah membayar RM6.5 juta untuk hartanah berkenaan.

"Menurut AP Tanjung, LGE adalah seorng akauntan bukannya penilai atau agen hartanah. Menariknya Ketua Menteri seperti tahu nilai semua tanah-tanah yang lain kecuali rumahnya!

"Saya mahu bertanya kepada AP Tanjung, bolehkah Khir Toyo kita katakan tidak tahu nilai sebenar rumahnya memandangkan dia hanyalah seorang doktor gigi?" Tanya Rahman Dahlan lagi.

"AP Tanjong seharusnya mengingatkan LGE tentang salahlaku. Malah dia juga seharusnya  memberitahu LGE agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan nama rakyat Pulau Pinang (untuk menutup perbuatan curangnya)," katanya lagi.


Thursday, March 24, 2016

DOUBLE BLOW BUAT GUAN ENG... ABDUL RAHMAN DAHLAN DEDAHKAN KLIDC JUAL TANAH TAMAN MANGGIS KEPADA PIHAK LAIN DENGAN HARGA RM20 JUTA!!!



Lim Guan Eng barangkali tidak pernah menyangka dia akan berhadapan dengan situasi segetir sekarang. Sangkanya kepompong yang dibina mengelilingnya dan diperkukuhkan pula dengan pembohongan, penipuan dan menuding jari kepada orang lain apabila terkantoi, akan terus menyelamatkannya.

Siang semalam, sedar yang dia akan dipanggang dengan isu banglo dan hartanah yang dimilikinya dengan kadar harga diskaun 60% daripada harga pasaran, sekaligus menyalahi peraturan dan undang-undang kepada penjawat awam, tiada sebarang berita yang menunjukkan Lim Guan Eng menjawab, mencelah mahupu sebaliknya  dan melarikan diri sebarang sebarang persoalan tentang isu itu terutama sekali daripada wartawan sepertimana yang dilaporkan oleh media. (DI SINI) Dia juga tidak berani berdebat dan berbahas di dalam Dewan sekalipun Shabudin Yahaya turut ada sama.

Walaupun diberitakan, Lim Guan Eng akan lari ke China semula, namun malam tadi, menerusi siaran langsung Sidang Dewan Rakyat, menunjukkan Lim Guan Eng hadir. Dan jelas, dia mahu berkonfrontasi dengan Abdul Rahman Dahlan yang disangkanya boleh dijadikan 'makanan mudah'.

Tekanan dan provokasinya selain gangguan yang dibuatnya bersama-sama Gobind Singh Deo dan Kashturi Patto serta Hanipa Maidin, membuatkan penggulungan dan pendedahan yang sepatutnya dibuat oleh Abdul Rahman Dahlan, tertunda selama 40 minit sehingga akhirnya Lim Guan Eng diusir dari Dewan kerana melanggar Peraturan Mesyuarat.


Taktik buruk Lim Guan Eng itu telah dijangka. Abdul Rahman Dahlan berulang kali memberitahu Speaker agar tidak menghalau Lim Guan Eng kerana ada beberapa persoalan yang perlu dijawab dan diterangkan oleh Lim Guan Eng. Namun Lim Guan Eng bertindak melakukan provokasi demi provokasi ke atas Speaker.

Pendedahan yang dibuat oleh Abdul Rahman Dahlan, amat mengejutkan. Selama ini, tidak ramai yang tahu bahawa tanah yang asalnya diperuntukkan untuk rumah PPR di Taman Manggis, telah dijual oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai KLIDC di mana pemegang saham utamanya mempunyai kaitan rapat dengan bekas pemilik banglo Guan Eng.

Dalam pendedahan tersebut, Abdul Rahman memberitahu, sebuah syarikat swasta yang membeli tanah tersebut untuk pembinaan hospital swasta dan hotel mewah, tidak berbuat demikian. Sebaliknya menjual tanah tersebut kepada pihak ketiga dengan harga RM20 juta.

Segala pendedahan itu adalah berdasarkan dokumen yang diterima pihaknya dan dia akan menyerahkan dokumen itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.

 “Saya telah dapat maklumat tentang dokumen yang menunjukkan cubaan Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) untuk menjual tanah ini kepada pihak ketiga, dokumen ini diberikan oleh pihak tertentu dengan bukti jelas semuanya ada di sini di mana KLIDC membeli tanah dengan harga RM11 juta dan menjual dengan harga RM20 juta, dan saya tak teragak-agak untuk memberi kepada SPRM.


 “Apa yang nyata di sini, KLIDC tidak berminat untuk membangunkan tanah tersebut,” katanya pada sesi penggulungan usul menjunjung kasih, titah Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

Ahli Parlimen AMANAH Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Rawa sewaktu mencelah menyatakan sokongan terhadap pendirian Abdul Rahman yang ingin menyerahkan dokumen tersebut kepada pihak berkuasa dan berharap agar ia disiasat dengan telus.

Sebelum itu, kekecohan di Dewan Rakyat bermula apabila Guan Eng menuntut Abdul Rahman menarik balik kenyataan yang dibuatnya minggu lalu, bahawa Guan Eng seorang pembohong. Abdul Rahman mempertahankan diri dengan mengatakan maksud kenyataan beliau ialah bahawa kenyataan Guan Eng mengenai kadar rumah mampu milik berharga RM400,000 ditetapkan oleh kerajaan pusat sebagai satu pembohongan.

Namun, Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud menegaskan bahawa tindakan Guan Eng itu sering memerangkap dirinya sendiri lantaran sentiasa mengeluarkan fakta yang tidak berpaksikan kenyataan.

“Kalau saya kata dia bohong, saya dimarah, tapi dia keluarkan fakta yang tak betul kata rumah PPR kerajaan persekutuan putuskan dengan harga RM400 ribu, rakyat Pulau Pinang marah, tapi bila orang Pulau Pinang marah, dia cari orang yang boleh dituding jari, paling senang adalah ini adalah arahan kerajaan persekutuan.

“Tapi dia lupa yang dia hanya memerangkap diri dia sahaja daripada setiap fakta yang dikeluarkan, dia dah kata dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tanah itu akan diletakkan untuk membina PPR, tapi akhirnya diguna untuk tujuan benda lain pula,” ujarnya.

__________________________________ ###_____________________________________


Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mendakwa beliau memiliki dua dokumen Perjanjian Jual Beli (S&P) berkaitan tanah yang diperuntukkan untuk projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) di Taman Manggis, Pulau Pinang.

Beliau mendakwa dua dokumen itu menyatakan bagaimana tanah itu yang kini dimiliki sebuah syarikat swasta iaitu Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) cuba dijual kepada pihak ketiga dengan harga RM20 juta. 

"Kedua-dua S&P ini ada dalam tangan saya, yang diberikan oleh orang-orang tertentu dan dalam percubaan untuk menjual tanah ini, dua perjanjian S&P ini begitu terperinci sekali. 

"Siap ada semuanya di sini yang telah menyatakan penjual meminta harga RM20 juta maknanya dia beli RM11 juta dia nak jual RM20 juta," katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, malam tadi. 

Katanya, dua dokumen itu adalah baharu dan beliau tidak teragak-agak untuk menyerahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat. Abdul Rahman berkata, berdasarkan kandungan dokumen itu, ia jelas menunjukkan bahawa KLIDC yang membeli tanah itu daripada kerajaan negeri tidak berminat untuk membangunkannya. 

"Saya serahkan kepada SPRM dan pihak yang memberikan dokumen ini kepada saya kalau diperlukan untuk ditemu ramah, sudah tentu mereka juga perlu dipanggil untuk memberi keterangan," katanya. 

Menjelas lanjut, Abdul Rahman berkata dokumen itu turut menyatakan mengenai satu pembayaran membabitkan RM17 juta yang perlu dibayar kepada empat syarikat. 

Tanah di Taman Manggis itu seluas 4.937 ekar (1.99 hektar) diperuntukkan untuk pembinaan PPRT yang mana sebanyak 2.872 ekar (1.162 hektar) telah dibangunkan untuk projek itu, manakala selebihnya sepatutnya digunakan untuk pembangunan projek sama bagi fasa kedua. 

Bagaimanapun, tanah selebihnya itu kemudiannya telah dijual kepada KLIDC yang pada awalnya bercadang untuk membina sebuah pusat rawatan swasta sahaja namun ditukar kepada pembinaan pusat rawatan swasta berserta lot komersial. - BERNAMA


Wednesday, March 23, 2016

ABDUL RAHMAN DAHLAN HERO DEWAN RAKYAT MALAM INI SEHINGGA MEMBUATKAN BLOK PEMBANGKANG KOSONG KECUALI MUJAHID DAN SAM KETOT!!!



Bagi sesiapa yang mengikuti siaran langsung Sidang Dewan Rakyat di SINI, sudah pasti tahu apa yang telah berlaku ketika Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Abdul Rahman Dahlan cuba membuat penggulungan. Selama lebih 40 minit, dia bukan sahaja diganggu, bahkan umpanan Abdul Rahman Dahlan untuk Lim Guan Eng menjawab tentang tanah Taman Manggis Fasa II yang telah dijual oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, KLIDC dan kemudian KLIDC pula tidak berminat untuk memajukan tanah tersebut serta cuba menjual pula tanah berkenaan kepada pihak-pihak lain, juga berjaya dikekang apabila Lim Guan Eng dan kawan-kawannya dihalau keluar dari Dewan.

Dalam babak kedua, Ngeh Kor Ham cuba menimbulkan persoalan baru tetapi kemudian memilih angkat kaki apabila jawapan-jawapan daripada Abdul Rahman Dahlan, Noh Omar bahkan Ahli Parlimen Simpang Renggam bagaikan tukul besi yang menghentak kepalanya. Ngeh Kor Ham cuba mencabar Abdul Rahman mengulangi pendedahannya bahawa KLIDC tidak berminat untuk memajukan tanah Taman Manggis Fasa II sebaliknya lebih berminat untuk menjualnya kepada pihak asing, termasuklah kepada sebuah syarikat yang didaftarkan di Samoa.

Sepanjang provokasi yang dilakukan oleh Lim Guan Eng bersama-sama Kashturi Patto dan Gobind Singh Deo dan sesekali dicelah oleh Hanipa Maidin yang berlagak seperti budak-budak, Abdul Rahman Dahlan jelas sangat tenang dan hanya tersenyum. Butiran dua dokumen yang cuba dibacanya, berulang-ulang kali dihalang oleh jerit pekik Lim Guan Eng, Gobind Singh dan Kashturi Patto.

Akhirnya kedua-dua dokumen tersebut dibacakan dan ternyata, tidak bersalahan sama sekali tindakan Lim Guan Eng, Gobind Singh Deo dan Kashturi Patto kerana isi kandungan dokumen tersebut, jelas membuktikan yang Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah DAP-Guan Eng sememangnya penipu.

Mujahid Yusof yang merupakan antara dua Ahli Parlimen Pakatan yang masih tinggal (seorang lagi Sam Ketot), cuba memerangkap Abdul Rahman Dahlan dengan cerita kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah pun menggantikan tanah di Taman Manggis Fasa II dengan sebidang tanah yang lebih luas di Jalan Chelliah.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya segera memperbetulkan fakta songsang Mujahid Yusof dengan mendedahkan bahawa tanah di Jalan Chelliah itu sememangnya telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada era Barisan Nasional lagi, bukannya selepas DAP mengambilalih.

Bera muka Mujahid Yusof dengan jawapan tersebut.

Apa-apa pun, malam ini, Abdul Rahman Dahlan tidak sahaja berjaya memerangkap Lim Guan Eng untuk membodohkan diri sendiri, bahkan untuk mendedahkan bahawa DAP tidak pernah mempunyai perancangan untuk rakyat marhein melainkan untuk syarikat-syarikat kroni dengan berselindung di sebalik nama rakyat.

Sesuatu yang cuba disorokkan oleh Lim Guan Eng sehingga terpaksa mencari helah, melakukan provokasi dan menggunakan helah lapok agar dihalau keluar dari Dewan dan kemudian cuba mendapatkan simpati dengan mengadakan sidang media.

Bravo Abdul Rahman Dahlan!!!


 
Blogger Templates