Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label perhimpunan umno. Show all posts
Showing posts with label perhimpunan umno. Show all posts

Thursday, December 1, 2016

KECOH SELEPAS PERSIDANGAN AGUNG UMNO HENTAM MAHATHIR.. CAP BUNGA TAK PUAS HATI!!!



Bekas-bekas UMNO yang sekarang ini ralit mengulit dan mengasapdupakan Mahathir meluahkan sakit hati mereka apabila Mahathir menjadi sasaran dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Capang barangkali telinga mereka mendengar bagaimana Mahathir yang mereka sanjung dan mereka ketahui, amat disanjung sewaktu berada di dalam UMNO dahulu, kini menjadi karung sampah yang diisi pelbagai gelagat, lakonan dan amalannya yang selama berada di dalam UMNO, ditutup kejap-kejap agar tidak mengaibkan UMNO.

Kata mereka, persidangan agung UMNO seharusnya membawa masalah rakyat yang perlu diselesaikan oleh UMNO bukannya menghentam Mahathir. Malah UMNO seharusnya mengingati dan mengenang semula jasa-jasa Mahathir kerana UMNO yang ada pada hari ini adalah UMNO yang ditubuhkan oleh Mahathir.

Mereka lupa barangkali, pada tahun 1987-88, Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab memecahbelahkan UMNO dengan menjadi Team B sebagai sasarannya. Hanya kerana kelompok beberapa orang pemimpin yang masih bersama-samanya, termasuklah Najib Abdul Razak, Mahathir kekal dengan jawatan Presiden tetapi masih rasa tidak selamat sehinggalah akhirnya 'memutuskan' bahawa UMNO asal perlu diharamkan apabila pengasas-pengasas dan pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu memilih untuk bersama-sama Tengku Razaleigh Hamzah, bukan bersama-samanya.

Mahathir memang tidak memecat mana-mana penentangnya, tetapi Mahathir melupuskan terus parti asal, sekaligus memecat keseluruhan ahli UMNO. Dia tubuhkan UMNO Baru dan hanya yang menyokongnya sahaja menjadi ahli UMNO  manakala yang menentang dan terpecat pula,  menyertai Semangat 46 yang ditubuhkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Selepas itu, apa yang tidak diumpat keji terhadap Tengku Razaleigh Hamzah dan Semangat 46. Kemudian apabila UMNO berpecah lagi dalam isu Anwar Ibrahim. Dan sekali lagi Anwar Ibrahim dan gerombolan PKRnya pula menjadi sasaran kecaman selain PAS.

Puak penyanjung UMNO mengakui budaya kecam itu bermula dari zaman Mahathir tetapi mereka cuba menghalalkannya dengan mengatakan, Mahathir jauh lebih baik berbanding Najib kerana Najib ada SIMPAN RM2.6 DALAM AKAUN PERIBADI.

Yang tidak mereka katakan ialah, pada tahun 1998 sehinggalah 2003, pelbagai pendedahan tentang Mahathir menyimpan lebih banyak dari RM2.6 bilion dalam akaun peribadi dan proksi telah dibuat termasuklah oleh Barry Wain, penulis buku Malaysian Maverick, tetapi berbanding Najib, Mahathir bukan sahaja tidak memberikan reaksi menerusi jawapan, bahkan cuba menyorokkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang dipaparkan oleh Barry Wain dengan mengharamkan buku berkenaan daripada dibaca dan ditatap oleh rakyat Malaysia.

Untungnya, pada waktu itu, media sosial tidak sehebat seperti sekarang. Jadi, Mahathir 'terselamat'. Hanya yang pernah membaca pendedahan yang dibuat oleh Barry Wain dengan pendedahan lebih RM100 bilion yang telah disonglap oleh Mahathir menerusi pelbagai kaedah termasuklah proksi dan projek penswastaan serta konsesi, berasa hairan, mengapa Mahathir masih terselamat meskipun dalam isu Bank Negara Malaysia kehilangan lebih RM30 bilion merupakan bukti nyata penyelewengan Mahathir.

Ada Akuan Bersumpah... ada laporan polis... ada laporan kepada BPR (sebelum SPRM) tetapi seperti dalam kes Perwaja Steel dan isu yang membabitkan saham untuk menantu Rafidah Aziz, ada campurtangan daripada Pejabat Perdana Menteri untuk menyenyapkan berita tersebut.

Sekarang, mereka meraung kononnya Mahathir tidak pernah berbuat curang kerana dia tidak pernah didedahkan, tidak pernah menyimpan RM2.6 bilion untuk peribadi memandangkan Mahathir tidak pernah mengaku dan mereka sendiri tidak pernah mendengar apa-apa pendedahan tentang itu.

Namun mereka yang aktif menentang Mahathir pada tahun 1998-2003 tahu, dakwaan tersebut hanyalah untuk menyedapkan hati perut sendiri sahaja!

Ia samalah seperti persoalan, mengapa Mahathir tidak pernah berani berhadapan dengan Barry Wain walaupun ketika kecoh tentang pengharaman bukunya, Barry Wain meminta untuk bersemuka dengan Mahathir. Malah Mahathir tidak pernah berani menyaman Barry Wain pun kerana pendedahan-pendedahan berkenaan.

Sedangkan lama sebelum itu, Musa Hitam dan Tengku Razaleigh yang cuba dimusnahkan oleh Mahathir, telah menyaman penulis buku The Challenger, Syed Hussin Al-Attas dan menang saman fitnah ke atas penulis serta bekas pengasas Labu Peram yang terkenal itu.


Saturday, December 12, 2015

LEMBIK TENGKUK LAGI!!! DAH TAHU WARTAWAN MALAYSIAKINI DAN THE MALAYSIAN INSIDER MENCURI, KENAPA BENARKAN MEREKA MASUK PWTC LAGI?



Pelik sungguh UMNO ini....

Kerana yo-yo dan flip-flop itulah, UMNO akhirnya dijadikan bahan lawak dan jenaka, manakala para pemimpinnya yang sangat mudah lembut hati, sentiasa dijadikan bahan melucah dan melepas geram.

Hari ini, satu lagi gelagat yo-yo dipertontonkan. Sedangkan sepatutnya tindakan keras dan tegas perlu diteruskan, sekaligus memberi amaran dan isyarat kepada golongan berkenaan agar memastikan mereka tidak memutarbelitkan dan menggiat UMNO serta para pemimpinnya.

Tapi entahlah...

Awal pagi tadi, wartawan-wartawan daripada portal berita atas talian Malaysiakini dan The Malaysian Insider tidak dibenarkan memasuki PWTC. Menurut Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Mansor, para wartawan tersebut telah diarahkan meninggalkan PWTC apabila beberapa orang daripada mereka didapati telah mengambil penyata kewangan UMNO tanpa izin.

Dia turut memarahi para wartawan itu yang kerja mereka hanyalah untuk memutarbelitkan berita-berita daripada acara-acara dan majlis yang mereka buat liputan.

Petang ini, para wartawan yang sama, dibenarkan memasuki kembali PWTC untuk membuat liputan yang putar belit dan penuh dakyah songsang yang halus dan terang-benderang, sekaligus menyakitkan hati.

"Kami benarkan mereka masuk tetapi mereka perlu beretikalah," kata Ku Nan.

Sejak bila para wartawan milik George Soros dan Tong Koii Ong itu beretika ketika membuat liputan?

Dalam ucapan bukan lagi bercakap tentang 'kenali musuh' tetapi nampaknya, musuh depan mata, terlepas juga kerana persona status kewartawanan mereka.

Seuntung mana UMNO hasil daripada liputan pemberitaan Malaysiakini dan The Malaysian Insider yang banyak menipu dan memutarbelitkan berita-berita tentang UMNO dan Kerajaan?

Kenapa para pemimpin dan keputusan-keputusan urus setia UMNO biasanya bersifat LEMBIK TENGKUK?


Friday, December 11, 2015

KENA BOO, KUT YER PUN, JANGAN NAFIKAN JASA MAHATHIR MEMBANGUNKAN NEGARA INI!!!



Insiden perwakilan dari Perak kena boo oleh perwakilan semasa sedang berucap apabila menyatakan kejayaan hari ini adalah kejayaan UMNO, bukannya kerana insan bernama Mahathir, mendapat perhatian yang 'agak luar biasa'.

Ia samalah seperti ucapan Fathul Bari yang menyentuh tentang Sirah An-Nabawi yang kemudiannya dihentikan oleh Timbalan Pengerusi Tetap UMNO memandangkan dalam sirah yang dibacakan itu, memperkatakan tentang fitnah yang dibuat terhadap Syaidatina Aisyah r.a dan sikap Ibu Kaum Muslimin dan Mukminat itu terhadap pembawa fitnah.

Agak ganjil juga apabila alasan yang diberikan, kisah Syaidatina Aisyah r.a difitnah berzina, jangan diceritakan kerana ianya mengaibkan, padahal kisah tersebut diceritakan sendiri oleh Allah Taala dalam Surah An-Nur ayat 11 sehingga 26, bahkan baginda Rasulullah s.a.w turut memperkatakannya dalam hadis-hadis sahih.

Sesiapa pun akan faham bahawa apa yang dimaksudkan oleh Fathul Bari adalah kesan fitnah dan perpaduan, namun tindakan menghentikan ucapannya dengan alasan 'mengaibkan keluarga Rasulullah s.a.w' sebenarnya membuka lebih banyak ruang kemusykilan serta persoalan yang lain.

Begitu juga apabila Perwakilan dari Perak kena boo...

Mungkin dia cuba menyanggah apa yang diperkatakan oleh Tun. Kata Mahathir, UMNO yang berjaya bukan pemimpin, akhirnya dia terbabas sehingga diaibkan oleh perwakilan yang mendengar dan menonton ucapannya.

Baik perwakilan dari Perak itu mahupun Mahathir barangkali terlupa bahawa UMNO adalah 'benda mati', bukan makhluk hidup yang Allah Taala memberikan sifat-sifat kepadanya. UMNO digerakkan oleh manusia di dalamnya.

Justeru, sesiapa pun memimpin UMNO, sepanjang pentadbiran UMNO di Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia, mereka telah mencatatkan jasa-jasa yang tersendiri.

Jasa Mahathir kepada negara ini amat banyak. Jangan dinafikan. Daripada sebuah negara berorientasikan pertanian dan sumber alam, Malaysia menjadi pengeksport digital dan elektronik dunia walaupun tiada satu pun produk keluaran anak tempatan dihasilkan secara global.

Daripada jalanraya yang dibina oleh Jabatan Kerja Raya, sekarang ini dibina oleh konsesi yang memperolehi hak dan kawalan harga yang disambung-sambung kontraknya dari 25 tahun dan seterus-seterusnya menerusi penjualan syarikat kepada syarikat yang baru ditubuh.

Daripada bangunan-bangunan berstatus pra-Perang Dunia Kedua, sekarang ini mempunyai bangunan antara tertinggi di dunia yang pemilikan Melayu-Bumiputeranya tersangat boleh dikira dengan hujung jari jumlahnya dan hartanah yang harganya sekadar mampu dipandang dan dibanggakan tetapi tidak boleh dimiliki.

Daripada menggunakan api pelita kepada api elektrik yang tarifnya bergantung kepada kedermawanan pemilik-pemilik IPP yang mempunyai pengaruh besar kepada TNB yang telah diswastakan walaupun ianya adalah penyumber tunggal tenaga di Semenanjung.

Daripada hanya mendengar bunyi deruman enjin kereta daripada basikal yang dikayuh atau motosikal yang dibeli secara ansuran daripada Boon Siew Honda, sekarang ini sudah berbaris-baris kereta di laman rumah murah atau rumah-rumah pangsa sesak yang para pemiliknya mengeluh mereka sekarang ini berada dalam keadaan serba susah.


Kalau pada zaman Mahathir, segala projek hanya berlegar-legar di kalangan orang tertentu, bahkan sehingga sekarang pun, hanya beberapa orang itu sahajalah yang mempunyai segala-galanya di Malaysia - dari beras sehinggalah kontrak membina lapangan terbang sebagai balasan atas dana-dana politik mereka - perubahan sedang dilakukan secara beransur-ansur sehinggakan perubahan tersebut akhirnya mencetuskan dan mendorong kepada gerakan menjatuhkan Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Jangan dinafikan jasa Mahathir kepada pembangunan negara ini. Dia ada caranya yang tersendiri yang difikirkan pada zamannya amat sesuai dan tidak akan diungkit oleh generasi selepas kepimpinannya. Apa yang dilakukan pada zamannya adalah betul dan telah meletakkan negara ini pada landasannya sehinggakan golongan buta huruf pun berasa mereka lebih pandai daripada orang lain walaupun pada akhirnya, yang menanggung segala perbelanjaan dan keuntungan besar kepada kelompok yang membantu modal kepadanya adalah rakyat marhein yang kebanyakannya dibutakan oleh pandangan dan kebanggaan kosong sendiri!

Namun menambahbaik daripada kerugian jangka panjang daripada dasar-dasar Mahathir sepanjang 22 tahun juga perlu diberikan sokongan. Sampai bila negara ini hanya berlegar-legar di kalangan spesies contohnya seperti YTL, Berjaya, Ananda Krishnan dan Robert Kuok. Spesies tersebut sudah menguasai negara ini dari sekecil-kecil butiran tepung sehinggalah kepada tangga gaji rakyat dan upah rakyat Malaysia.

Ini Malaysia... dan Malaysia adalah hak milik rakyatnya, khususnya kaum pribumi dan bumiputera yang telah bermandi darah, menumpahkan segala keringat dan kesetiaan semenjak wujudnya ketamadunan pertama di wilayah ini lebih dua alaf lalu!

Bukannya milik beberapa orang kapitalis super kaya yang menyedut setiap titis darah dan mencairkan setiap inci daging rakyat negara ini....


Thursday, December 10, 2015

BAJU BIRU LA... BAJU MERAH LA... YANG PASTI, ELOK SAJA MAHATHIR MELENGGAK TERSANDAR DI KERUSI DENGAN NAJIB BERUCAP PENUH BERAPI-API!!!



Ada Baju Biru, ada Berani Kerana Benar, ada Baju Merah.. ada si tolol, ada si bengap, dan tidak kurang juga ada si bebal!

Tapi akhirnya yang kelihatan cumalah, mundar-mandir mempamerkan batang tubuh yang tidak berapa berlekuk dan berbentuk, melainkan tidak ubah seperti guni beras basah sedang bergerak!

Melihat aksi-aksi para penyokong yang kelihatan bersemangat untuk mencetuskan provokasi dan kekecohan, boleh membuatkan kita ralit.

Di tengah-tengah laungan kononnya, nak mempertahankan Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Tun Mahathir daripada kena 'boo', kerumuman seperti anak-anak seluang di sekeliling ketulan tahi hanyut, membuktikan betapa tidak matangnya mereka yang menggelarkan diri sebagai penyokong UMNO. Apatah lagi, sebahagian daripada muka-muka muda yang beria-ia dan bersungguh-sungguh itu kelihatan terlalu mentah, bahkan besar kemungkinan belum lagi mendaftar sebagai pengundi pun!


Gelagat tak boleh belah! Dan mereka tidak segan silu mempamerkan kebengapan masing-masing di Facebook... dengan penuh bangga menyiarkan gambar-gambar untuk dikutip dan disebarkan...

Lebih sibuk daripada penyibuk!

Tetapi akhirnya ia samalah sepertilah yang berlaku dalam setiap pilihanraya... yang begitu beria-ia, akhirnya terkulai. Kalau kalah, salahkan orang sana orang sini. Kalau menang, claim kredit diri sendiri walaupun ada kalanya merompak usaha orang lain.

Sesuatu yang tidak pernah berubah dan ianya tidak tertakluk kepada UMNO sahaja, sebaliknya ini adalah penyakit yang kerap melanda semua parti politik.


Ketika para penyokong masing-masing sibuk mengatur pelbagai rancangan untuk mempertahankan para pemimpin pujaan masing-masing, dan mereka pula berada di luar Dewan atau di tingkat bawah, berhadapan sesama sendiri sambil menyukat lengan, atau menumbuk telapak tangan sendiri, bagaikan naga terjentik telur, para pemimpin yang dikatakan bertelagah elok sahaja bertemu berpelukan, bersalam-salaman dan berbual mesra sambil bertukar-tukar senyuman.

Haram tak sekutik para pemimpin pujaan mempertahankan para penyokong mereka yang pada bila-bila masa sanggup menanggalkan baju di badan dan mengukur kekuatan penumbuk kalau tidak pun keras lidah masing-masing.

Dan kerana itulah, Allah Taala sendiri menetapkan bahawa marhein kekal sebagai marhein kecuali mereka berubah dan berfikir, bahkan menembusi langit sekiranya mereka mampu dengan ilmu masing-masing!!!

Aloha!!!


WALAWEIIII!!! NAJIB TAK MAHU DUDUK SEBELAH MUHYIDDIN? BIAR BETUL!!!



Gambar susun atur kedudukan saf kepimpinan UMNO menjadi viral dan sedang diperkatakan. Dan yang lebih menariknya, orang UMNO sendiri pun sangat terkesan dengan gambar tersebut sambil mengangguk-angguk kononnya, Najib tidak bikin serupa cakap.

Kata mereka, kalau benar Najib 'gentleman' seperti yang diperakuinya, mengapa kedudukan Muhyiddin dipisahkan.

Kata mereka lagi, kalau benar Najib jenis besar hati dan berlapang dada, tentu hal sebegini yang dapat ditonton dan dilihat oleh perwakilan UMNO mahupun orang bukan UMNO, baik di dalam Dewan Merdeka mahupun menerusi media sosial dan media massa, tidak akan berlaku.

Najib tentu akan duduk atau didudukkan sebelah dengan Muhyiddin Yassin.


Sebabnya, Muhyiddin Yassin adalah Timbalan Presiden UMNO. Najib pula adalah Presiden UMNO. Timbalan mesti duduk sebelah-menyebelah, Bukannya dipisah-pisahkan seperti di dalam gambar yang tertera.

Kata mereka lagi, kalau bukan Najib yang tidak berani duduk bersebelahan dengan Muhyiddin tentu Urus setia yang terlebih sudu dari kuat. Tentu kerana niat mengampu dan membodek serta menjilat yang tahapnya sangat luar biasa.

Dan ada pula yang cuba menjadi 'orang baik-baik' dengan menyatakan, tidakkah tindakan itu akan merenggangkan lagi hubungan antara Presiden dan Timbalan Presiden.

Begitulah apabila persepsi sudah mengakar umbi. Kebenaran tidak akan dapat dicerna oleh otak dan pemikiran yang sihat.



Kedudukan serta susun atur seperti yang dilihat dan diperkatakan itu sebenarnya sudah dibuat bertahun-tahun lamanya. Ianya bukan baru pada tahun ini. 

Hanya kerana sekeping gambar dan persepsi yang telah ditanam dalam kepala...


Wednesday, December 9, 2015

HIDUP MELAYU!!! HIDUP MELAYU!!!... SI MARHEIN TETAP JUGA MARHEIN BILA PERWAKILAN POLITIK MEREKA SIBUK NAK BESARKAN TEMBOLOK SENDIRI!!!



Kalau nak tengok LANGAU-LANGAU BERKEPALA BESAR yang toraks dan abdomen mereka berbentuk sekata, silalah ke PWTC sekarang. Tak perlu masuk dewan perhimpunan pun untuk melihat muka-muka yang sedang berkumpul dengan agenda tersendiri walaupun sebenarnya, kebanyakan daripada mereka melihat inilah peluang untuk menjadikan nasi yang mereka makan berwarna emas.

Pun begitu, masih ada segelintir penyokong setia yang datang dari jauh, sama ada dibawa oleh Ketua masing-masing dalam rombongan atau pun yang datang dengan inisiatif sendiri yang berasa sangat bangga kerana menjadi sebahagian daripada UMNO, yang berasa mereka menanam saham budi dalam UMNO yang menjadi medium untuk pembangunan dan kesejahteraan negara, masih mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada Perhimpunan Agung UMNO tahun ini. Mereka inilah yang masih kekal dengan sangkaan-sangkaan baik kepada kepimpinan, kepada pentadbiran dan pengurusan parti, yang menyokong secara naif dan masih juga mempercayai retorik-retorik yang didendangkan dalam Perhimpunan.

Yang nyata jumlah golongan ini tersangat kecil dan terus mengecil walaupun pada masa yang sama, saban tahun, kita akan dapat melihat wajah-wajah baru yang datang ke PAU di PWTC.

Kebanyakan yang datang, mempunyai dan telah mengatur agenda-agenda tersendiri. Yang kecewa, terancam, mahukan perhatian, mulut mahu ditutup dan kocek minta diisi, akan menonjolkan diri sebagai penentang arus dan mula beretorik tentang perjuangan. Kononnya mereka memperjuangkan integriti, ketelusan, kebebasan dan permasalahan rakyat. Jadi jangan hairan apabila ada yang tiba-tiba melonjakkan diri sebagai wakil pengimbang dan kemudian membuat laporan 'tidak rasmi' menggunakan nama anonymous di media-media sosial bagi membenarkan hasutan kumpulan yang disokongnya.

Ada yang datang dengan agenda untuk mengintai ruang dan peluang lebih baik dengan menggunakan kaedah ampu dan bodek. Mereka ini kebanyakannya tidak peduli pun dengan permasalahan rakyat di kawasan masing-masing. Tidak peduli pun dengan daftar pengundi baru kerana beranggapan mereka tidak ditugaskan untuk itu dan muka mereka juga sangat susah untuk dilihat di kawasan masing-masing.

Mereka menjadi pembela kepimpinan sekarang kerana mereka melihat inilah peluangnya untuk naik tinggi, menyingkirkan musuh separti, mencalonkan diri sebagai calon parti untuk PRU atau untuk pemilihan akan datang. Dan mereka ini kebanyakannya paling banyak mundar-mandir bertemu dan bergelak tawa dengan para perwakilan.

Justeru itulah kita akan melihat ada yang dengan segera menggunakan nama Presiden dan Perdana Menteri untuk menonjolkan diri termasuklah berlagak seperti Ketua Keselamatan lantikan sendiri.

HIDUP MELAYU! HIDUP MELAYU!

Kita akan mendengar laungan itu berulang-ulang kali dalam tempoh beberapa hari ini. Malah kita juga akan menyaksikan air mata tumpah ke pipi bagaikan kesedaran sudah menikam kalbu. Seolah-olah masing-masing sudah mencapai maqam nasuha.

Hakikatnya... keadaan tidak banyak berbeza. Yang beria-ia hari ini, mempunyai agenda sulit tersendiri. Yang begitu membangkang dan berlagak seolah pejuang zuhud yang naif pula sedang memperjuangkan tokey-tokey besar yang sedang menggelepiar untuk menaikkan semua harga barangan dan perkhidmatan di mana mereka adalah pemegang konsesinya.

Anehnya mereka sekarang ini berlagak sebagai tok alim yang sangat abid. Yang mula bercakap tentang Keadilan Tuhan, tentang Allah Yang Maha Pendengar, tentang puasa nazar, tentang solat hajat dan tentang padang mahsyar tanpa sedikit pun berasa takut atau segan pada muhasabah diri yang sangat daif. Tentang wang berjumlah sekian-sekian yang masuk ke akaun kepimpinan utama tanpa mereka tahu, tentang mempersoalkan ke mana wang tersebut dibelanjakan tetapi pada masa yang sama, mereka sendiri menyimpan kejap, ke mana peruntukan kementerian-kementerian yang digunakan tetapi langsung tidak menunjukkan sebarang bekas dan bukti, sehingga ada pula yang jatuh ke dalam laut kerana melalui jeti reput.

Puak marhein sepatutnya hanya melihat drama dan agedan HIDUP MELAYU! ini sambil bertepuk tangan tanpa perlu terlajak ingin menjadi kelompok tersebut.

Perlu diingat, apabila golongan kaya bergaduh sesama mereka, marhein akan dipergunakan untuk dikorbankan sedangkan pergaduhan tersebut sebenarnya langsung tiada kena mengena dengan pembelaan ke atas marhein.


WARTAWAN BUKAN ISLAM TIDAK DIBENARKAN BUAT LIPUTAN PROGRAM DI PAU PWTC!!!



Patutlah wartawan banyak wartawan bukan Melayu yang merungut di PWTC kerana tidak dibenarkan masuk. Rupa-rupanya sudah ada arahan yang tidak membenarkan wartawan-wartawan bukan Islam menyertai PAU atau sebahagian program dalam PAU pada tahun ini. 

Pegawai-pegawai keselamatan yang diletakkan di pintu masuk program yang dianjurkan oleh Puteri UMNO bertajuk DIAN atau DAULATKAN ISLAM AGAMA NEGARA, telah menapis kemasukan wartawan dengan bertanyakan sama ada mereka Islam atau sebaliknya. Seterusnya memberitahu bahawa program tersebut hanya untuk orang Islam sahaja. (RUJUK SINI)

Ketika ditanya mengapa orang bukan Islam tidak dibenarkan membuat liputan acara tersebut memandangkan ia boleh digunakan untuk mempromosikan Islam di kalangan generasi muda, termasuklah berhadapan dengan ancaman ke atas Islam, perwakilan hanya berkata, "Tiada alasan spesifik. Kami hanya mahu orang Islam sahaja berada di dewan memandangkan mereka lebih faham. Bukan Islam tidak boleh kerana pemahaman mereka sangat berlainan."


Puteri UMNO sudah beberapa kali dikenakan oleh wartawan-wartawan bukan Islam, khususnya dari Malaysiakini, The Malaysian Insider, bahkan Boo Su Lyn yang pernah menyamar sebagai ahli Puteri UMNO, sekarang ini menjadi jurnalis di Malay Mail, menyelinap masuk ke program Puteri UMNO dan kemudian mencipta karangan yang telah memutarbelitkan isu sebenar, sama ada kerana kurang kefahaman atau sememangnya disengajakan. (RUJUK SINI)


 
Blogger Templates