Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label najib abdul razak. Show all posts
Showing posts with label najib abdul razak. Show all posts

Friday, December 20, 2019

SUMPAH LAKNAT NAJIB HARI INI... SIAPA AGAKNYA YANG AKAN TERKENA ULAH DAN TULAH KESAN SUMPAH LAKNAT ITU!!!



Berdasarkan jadual, hari ini selepas Solat Jumaat, Najib Abdul Razak akan membuat sumpah laknat atau mubahalah untuk mengisytiharkan dirinya tidak bersalah selepas pembunuh Altantuya Shaariibu menuduh Najib Abdul Razak memberikan arahan 'tembak untuk bunuh' kepadanya.

Ritual Islam yang berasaskan kepada Ayat 61 dalam Surah Al-Imran itu, akan dilaksanakan di Masjid Jamek Kampung Baru. 

Apa itu Sumpah Laknat atau MUBAHALAH?

Sumpah laknat secara harfiahnya bermaksud 'sumpah melaknat' atau sumpah yang dibuat oleh seorang Muslim kepada Allah Taala, meminta petunjuk-Nya dalam bentuk laknat ke atas pihak atau orang yang menuduhnya berbohong atau melakukan fitnah. 

Dalam Undang-Undang Syariah Malaysia, Sumpah Laknat Mubahalah tidak diterima pakai walaupun pentadbiran agama berbeza dari satu negeri ke negeri yang lain. 

Sumpah laknat berbeza daripada sumpah yang dibuat dalam mahkamah syariah. Sumpah di mahkamah-mahkamah syariah biasanya membabitkan kes-kes pertikaian perwarisan harta di kalangan ahli keluarga di mana mereka bersumpah dengna nama Allah bagi kenyataan yang telah mereka buat. 

Bagaimana seseorang melaksanakan 'sumpah laknat'?


Sumpah laknat tidak hanya terhad di Malaysia, malahan ia diamalkan di seluruh dunia, terutama di negara-negara Islam. Dalam istilah Bahasa Arab, sumpah laknat adalah mubahalah. Tiada sebarang ritual standard yang telah ditetapkan oleh Islam walaupun perkara ini disebut di dalam al Quran.

Ulama-ulama Islam mempunyai perbezaan pendapat tentang bagaimana ritual mubahalah dilaksanakan. Namun dalam beberapa kes, orang Islam yang melakukan sumpah laknat ini akan bersumpah dengan nama Allah dan dengan memegang al Quran atau Surah Yassin. 

Pada tahun 2019, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Zulkifli Mohamad menulis dalam laman sesawangnya bahawa bersumpah dengan al Quran 'adalah dibenarkan', selagi mana sumpah tersebut dilaksanakan dengan nama Allah terlebih dahulu. (RUJUK SINI)

Kebanyakan ulama bersetuju bahawa mubahalah kali pertama disebut menerusi Ayat 61 Surah Ali Imran yang terjemahannya adalah seperti berikut: 

"Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): "Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta." 

Ayat tersebut turun kepada Nabi Muhammad s.a.w selepas delegasi Nasrani dari Najran menolak ajaran Nabi Muhammad s.a.w yang mana antara lain adalah tentang Nabi Isa a.s (atau Jesus) yang juga merupakan salah seorang nabi serta rasul dalam Islam. Islam mengajarkan bahawa Nabi Isa a.s adalah seorang utusan Allah Taala, seorang manusia bias adan bukannya Anak Tuhan sebagaimana yang diimani oleh kaum Nasrani. 

Bagaimanapun delegasi Nasrani dari Najran itu memperlekehkan ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Pad aketika itulah Nabi Muhammad s.a.w mengusulkan agar mubahalah dilaksanakan bagi membuktikan baginda bercakap besar. Ketakutan kerana tanda-tanda kerasulan dan kenabian terdapat pada Nabi Muhammad s.a.w, delegasi Nasrani tersebut enggan bermubahalah dan kemudian berdamai dengan baginda. 

Ramai ulama bersetuju bahawa mubahalah hanya boleh dilakukan sebagai jalan akhir, selepas kedua-dua pihak buntu selepas masing-masing memberikan bukti-bukti kukuh untuk membuktikan mereka adalah yang benar. 

Sesetengah ulama pula berpendapat, mubahalah hanya boleh dilaksanakan untuk perkara-perkara membabitkan kebenaran agama atau akidah dan tidak boleh digunakan untuk perkara-perkara keduniaan. 

Sesetengah ulama pula berpendapat mubahalah, sama seperti sumpah biasa di mahkamah-mahkamah syariah, hanya boleh dilaksanakan sebahagian daripada prosiding perundangan dalam mahkamah-mahkamah syariah dan diadili oleh hakim syariah. 

Lebih afdal sekiranya, mubahalah membabitkan dua pihak - yang dituduh dan yang kena tuduh - dengan kedua-dua belah pihak bersumpah dengan nama Allah yang pihak lawan akan mendapat laknat sekiranya mereka berbohong. 

Di Malaysia, sumpah laknat merupakan antara ritual yang digunakan dalam kaitan dengan skandal seks, sama ada untuk mengesahkan yang dituduh itu tidak bersalah atau yang dituduh itu melakukan sepertimana yang dituduh.


Pada 5 Ogos 1997, Azizan Abu Bakar telah membuat sumpah laknat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bahawa dia adalah mangsa hubungan sejenis (homoseksual) dengan Anwar Ibrahim yang pada ketika itu memangku jawatan Timbalan Perdana Menteri. 

Pada tahun 2011, trio terkenal 'Datuk T' yang membabitkan Abdul Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay Abdullah dan Shuib Lazim berkata, mereka pada bila-bila masa sanggup menjalani sumpah mubahalah dan di mana-mana termasuklah di Makkah untuk menegaskan bahawa video seks yang mereka tularkan, sememangnya membabitkan Anwar Ibrahim.

Pada April 2011, Shazryl kemudiannya bersumpah laknat dalam sebuah masjid di Sentul selepas solat Jumaat dengan kehadiran ramai dengan ketiga-tiga mereka hadir sambil mengenakan rompi anti peluru di bawah baju Melayu yang mereka pakai. 

Dalam satu kejadian yang lebih menggemparkan, pada Ogos 2008, bekas pembantu Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan membuat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan di mana dia secara rinci menggambarkan apa yang telah dilakukan dan berlaku kepadanya. 

Dalam sidang media pada Mei 2013, Saiful berkata, dia telah membuat sumpah laknat sekali lagi di Makkah. Menurutnya, tiada apa-apa yang berlaku kepadanya sekaligus membuktikan dia tidak bersalah. (RUJUK SINI)

Lain-lain sumpah laknat yang mendapat perhatian termasuklah: 

Sumpah laknat oleh Syed Rosli Syed Harman Jamalullail yang bercita-cita hendak menjadi Ketua Pemuda UMNO tetapi kalah di tangan Khairy Jamaluddin pada 23 September 2013.

Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin yang mencabar Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhammad Baderudin Ahmad untuk bersumpah laknat namun tidak disahut oleh Mufti Kedah. Asri mendakwa dia telah difitnah oleh Mufti Kedah sebagai penyebar ajaran Wahabi. Kejadian berlaku pada November 2013.

Disember 2017, penyanyi Noorshila Amin dan anak perempuannya Nurrul Admiena Norrizan membuat sumpah laknat dalam linangan air mata di hadapan orang ramai. Anak beranak tersebut bersumpah yang mereka tidak menipu wang lapan orang artis yang lain. Penuduh mereka, pelakon Lana Nodin bagaimanapun tidak hadir. 

Jun 2018, Khairuddin Abu Hassan mencabar Ahmad Zahid Hamidi membuat sumpah laknat selepas Zahid secara bersumpah dengan nama Allah yang dia telah dirayu untuk bertemu dengan Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia selepas PRU-14.


Friday, December 13, 2019

RANGKUMAN TIGA HARI PERBICARAAN SRC INTERNATIONAL SEBELUM PEGUAM KERAJAAN MINTA TANGGUH SELEPAS KEHABISAN SOALAN TERHADAP NAJIB!!!



Perbicaraan SRC International Sdn. Bhd membabitkan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6, Najib Razak akan bersambung pada Rabu hadapan selepas diminta oleh DPP V. Sithambaram. Alasan yang diberikan oleh V. Sithambaram adalah, dia memerlukan lebih banyak masa untuk meneliti keterangan Najib Razak.

Selama tiga hari berturut-turut, Tommy Thomas dan pasukan pendakwarayanya kelihatan seperti tidak tentu arah dan tidak tentu punca. Tommy Thomas yang suatu ketika dahulu, cukup berazam untuk memastikan Najib didapati bersalah dan dipenjarakan atas semua tuduhan yang dihadapinya, dilihat seperti langsung tidak bersedia dengan fakta-fakta kes.

Pada 10 Disember 2013, ketika menyoal Najib, Tommy Thomas bertanyakan mengapa, Najib melantik dirinya sendiri menjadi Menteri Kewangan. Pertanyaan Tommy Thomas itu sebenarnya merupakan satu perangkap untuk menunjukkan Najib sebenarnya mempunyai agenda menyonglap duit SRC International dari awal lagi.


Najib kemudiannya menjawab, dia mempunyai pendidikan ekonomi, merupakan bekas Menteri Besar Pahang, Timbalan Menteri dan menteri-menteri penuh pelbagai kementerian. Najib percaya, dia mempunyai keupayaan, kebolehan dan kelayakan untuk memajukan ekonomi negara.

Pada ketika itulah, Najib memberikan fakta-fakta dan data-data berupa nombor.

Menurut Najib, semasa dia menjadi Menteri Kewangan, aset bersih Khazanah telah naik dari RM33 bilion menjadi RM116 bilion. Aset PETRONAS pula telah naik menjadi setengah trillion dan mempunyai rezab tunai sebanyak RM173 bilion yang kemudian digunakan oleh Kerajaan Pakatan sesuka hati mereka.

Ketika dia menjadi Menteri Kewangan juga, Ringgit Malaysia turut stabil, KDNK meningkat 5.9% pada tahun 2017, kebajikan rakyat terbela, pembangunan infrastruktur turut mantap selain peningkatan pelaburan asing ke dalam negara yang juga semakin bertambah.

Sekaligus, Najib memberikan peluang kepada Tommy Thomas untuk mempertikaikan angka-angka dan fakta-fakta tersebut seluas-luasnya. Malangnya, Tommy Thomas langsung tidak pertikaikan dan nafikan kata-kata Najib itu.

Malah apabila Najib berkata, ketika dia menjadi Menteri Kewangan, ekonomi negara tumbuh lebih pantas dan pesat berbanding 4 negara Harimau Asia (Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Korea Selatan), Tommy Thomas juga tidak nafikan atau menggunakan fakta-fakta Lim Guan Eng mahupun Mahathir.






Lebih-lebih lagi apabila Najib memberitahu, dia bukanlah Perdana Menteri pertama yang juga menjadi Menteri Kewangan memandangkan trend tersebut telah dimulakan oleh Mahathir, kemudian diteruskan oleh Abdullah Badawi dan Najib sendiri.

Yang mampu Tommy Thomas katakan ialah, pengkritik-pengkritik Najib mungkin berbeza pandangan berbanding fakta-fakta dan data-data yang diberikan oleh Najib. Namun apabila Najib berkata, KDNK negara menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan itu merupakan satu fakta, Tommy Thomas terkedu dan hilang akal.

"Ini bukanlah tempat untuk membincangkan hal itu." Itu sahaja yang mampu dikatakan oleh Tommy seolah-olah dia sudah hilang segala upaya untuk terus memerangkap Najib.


Pada hari yang sama, mahkamah turut diberitahu, pada tahun 2010, Najib telah bertemu dengan Raja Abdullah dan diberitahu bahawa Raja Saudi itu akan memberikan sumbangan politik. Najib kemudiannya memaklumkan kepada Bank Negara Malaysia dan AMBANK.

Money trail menunjukkan akaun Najib ada menerima sumbangan terus daripada akaun rasmi Kementerian Kewangan Riyadh, akaun Putera Faisal bin Turki serta selebihnya melalui beberapa akaun syarikat berjumlah sekitar USD1.05 bilion atau lebih kurang RM4 bilion pada 2011 sehingga 2013.

Pada tahun 2014, Najib turut menerima sejumlah wang berjumlah £9.46 juta lagi.




Justeru, dengan sepengetahuan itulah, segala perbelanjaan politik, sosial, CSR dan kebajikan yang dibuat oleh Najib pada tahun 2011 sehingga PRU-13 serta pada tahun 2014, Najib menganggap wang tersebut adalah sumbangan politik daripada Raja Abdullah menerusi akaun AMBANK yang dibuka khas untuk menguruskan sumbangan derma berkenaan.

Berdasarkan perbelanjaan Najib dari 'akaun 906' dan '898', dari Ogos 2013 sehingga Mac 2015, hanya 0.4% sahaja digunakan untuk perbelanjaan peribadi walaupun secara jelas, Raja Abdullah menyatakan kegunaan sumbangan baginda itu adalah sepenuhnya mengikut kehendak Najib seperti yang tertera dalam suratnya.

Majoriti perbelanjaan adalah 45% untuk parti politik, 39.3% untuk kegunaan sosial CSR, 13.7% untuk kebajikan NGO, 0.1% untuk menaik tarafkan kediaman di Langgak Duta dan Seri Kayangan manakala 1.5% pula merupakan hadiah permata di De Grisigano kepada pasangan pemimpin Qatar.

Joanna Yu Ging Ping


Ung Su Ling, bekas CEO YR1M - Najib kata, pemindahan RM42 juta ke dalam akaun peribadinya, telah merosakkan reputasinya. (BACA SINI)


Bagaimanapun, tanpa pengetahuan Najib, Jho Low secara senyap-senyap, dengan bantuan beberapa orang pegawai AMBANK yang memberikan maklumat tentang akaun-akaun Najib serta beberapa orang pegawai anak-anak syarikat berkaitan 1MDB yang bersekongkol dengan Jho Low telah memasukkan sejumlah RM42 juta ke dalam akaun Najib di luar pengetahuannya, malahan disembunyikan daripada pengetahuannya sebelum maklumat berkenaan dibocorkan kepada Wall Street Journal untuk disensasikan.

Perkara tersebut terdedah setelah saksi pendakwaraya sendiri, Joanna Yu Ging Ping memberitahu bahawa dia mengikut arahan Jho Low untuk menyembunyikan maklumat kewangan menerusi penyata-penyata bank dari akaun AMBANK Najib serta tidak menghantarnya ke rumah Najib di Taman Duta.

Ketika ditanya oleh peguambela Najib ketika itu, Harvinderjit, Yu bersetuju dan mengesahkan arahan Jho Low dan keakurannya. (RUJUK SINI)

Pendedahan di mahkamah pada 26 Julai 2019 itulah yang membuatkan Najib mengambil keputusan untuk menyaman Joanna Yu Ging Ping, AMBANK, AMBANK Islamic Berhad berkenaan akaun '694', '880', '898' dan '906' kerana telah membocorkan maklumat kepada pihak buat diberikan kebenaran iaitu Jho Low selain melakukan transaksi di luar pengetahuan pemilik akaun.

Malah Joanna Yu juga disaman kerana tidak menghalang amaran 'red flags' terhadap akaun Najib sekaligus turut menghalang Najib daripada dimaklumkan tentang perkara tersebut.

Berdasarkan bukti perbualan Blackberry Messenger, beberapa arahan telah diambil daripada Jho Low menyebabkan Bank Negara Malaysia turut tidak mengeluarkan amaran 'red flags' anti penggubahan wang haram.

Yu bertindak memberi nasihat tentang kelulusan cek di bawah akaun '694', '880', '898' dan '906' serta telah mengambil langkah-langkah untuk menyembunyikan penyata akaun-akaun bank itu daripada pengetahuan Najib Razak. (RUJUK SINI)


Pada 1 Julai 2019, bekas Pengarah SRC International Sdn Bhd (SRC), Datuk Suboh Md Yassin, tidak menolak kemungkinan tandatangannya dipalsukan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu, Nik Faisal Ariff Kamil, pada surat pindahan wang ke dalam dua akaun anak syarikatnya.

Suboh, dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi, berkata demikian selepas pihak pembelaan membuat perbandingan tiga jenis tandatangan Suboh dengan menggunakan projektor slaid di mahkamah.

Tiga jenis tandatangan itu tertera pada dokumen pengesahan keterangan saksi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), surat pindahan wang SRC ke akaun dua anak syarikat dan tandatangan diturunkan Suboh pada dua kertas pagi tadi untuk dibuat perbandingan. (RUJUK SINI)

Pada 6 Julai 2019, sebuah NGO Gerakan Tuntut Malaysia menerusi aktivisnya, A'zlan Muhammad Abu Bakar telah membuat laporan polis dan mendakwa saksi ke-42 pendakwaan, Suboh Md Yasin secara terbuka mengakui 17 tandatangan di dalam Arahan Perbankan yang dihantar kepada Bank AMBANK Islamik melibatkan pemindahan wang berjuta-juta ringgit bukanlah tandatangannya. 

Dalam laporan polisnya juga, A'zlan mendakwa keterangan Suboh itu menunjukkan dokumen yang mempunyai tandatangan-tandatangan palsu berkenaan adalah bertujuan untuk 'mengenakan' Najib. (RUJUK SINI)



Tujuh dokumen yang mengandungi tandatangan palsu dan pihak peguambela Najib memohon untuk mendapatkan khidmat pakar tulisan tangan dari Australia yang kemudian dibantah oleh pasukan Peguam Negara. 

Ketujuh-tujuh dokumen bukti pendakwaan palsu itu itu ialah P277, P497 (3-4), P530 (2-9), P501, D534, D535 dan P510
P277 - pemindahan 29 Disember 2014;
P497 - minit MKD terhadap 1MDB;
P530 - minit EGM dan resolusi pemegang saham khas;
P501 - minit MKD pada 17 Disember 2012 mengarahkan bagaimana dana SRC perlu digunakan;
D534 - dokumen MKD
D535 - kelulusan utk SRC dapatkan pinjaman RM2 bilion tambahan daripada KWAP
P510 - Minit MKD meluluskan pindaan terhadap M&A SRC.

Menariknya, pasukan Tommy Thomas bukan sahaja membantah usaha Najib untuk mendapatkan khidmat pakar tulisan tangan dari Australia, malahan Tommy Thomas juga membantah Najib menggunakan Bahasa Melayu dan meminta keseluruhan perbicaraan dijalankan dalam Bahasa Inggeris. (RUJUK SINI)

Keseluruhan perjalanan pemeriksaan balas oleh pasukan pendakwaan boleh diikuti DI SINI dan DI SINI.


Menariknya, perbicaraan dan pemeriksaan balas oleh pasukan Tommy Thomas terhadap Najib Razak yang sepatutnya lebih menyenangkan dan lebih mudah, seakan-akan menemui jalan buntu. Lebih menarik apabila Tommy Thomas dan pasukan pendakwaannya kelihatan seperti sudah kehabisan soalan untuk ditanya sehinggakan pembabitan Najib mengekalkan kuasa Dr. Mahathir pada Pemilihan Agung UMNO 1987 turut ditanya.

Permohonan pasukan Tommy Thomas yang mewakili Kerajaan Malaysia untuk menangguhkan sesi perbicaraan dan pemeriksaan balas itu sehingga Rabu hadapan untuk mengkaji jawapan Najib yang direkod dalam 'kitab' setebal 243 muka surat telah dibenarkan oleh hakim, Nazlan Ghazali.

Anehnya, hakim yang sama hanya memberikan masa selama 11 hari untuk pasukan Najib menemuramah 66 orang saksi dan tidak boleh ditangguh. Malahan untuk mengkaji pengesahan tandatangan pun ditentang selain penentangan terhadap permintaan peguam-peguam Najib untuk meminta keterangan daripada beberapa orang yang disiasat SPRM yang ditolak oleh hakim. 


Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaharu, Najib Razak berjaya mendapatkan dokumen PetroSaudi yang diserahkan oleh Xavier Justo kepada SPRM menerusi perintah mahkamah. Dokumen-dokumen tersebut penting bagi membuktikan yang Tarek Obaid, Patrick Mahony dan Jho Low telah berkomplot untuk menipu dan mengenakan Najib Razak. Ini juga kerana terdapat bukti perbualan yang merancang bagaimana mereka mahu menipu untuk memberikan laporan palsu kepada Najib Razak. 


Sunday, November 10, 2019

BELA DIRI ATAU DIBEBASKAN, MAHATHIR DAN PAKATAN SUDAH PASTI AKAN GUNAKAN ISU PERBICARAAN SEMAKSIMUM MUNGKIN UNTUK WUJUDKAN PERSEPSI!!!



Penulis: Dr. Shamsher Singh Tind

Esok, jam lebih kurang pukul 10.00 pagi, Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur akan membuat keputusan sama ada:

(A) Bossku dilepaskan dan dibebaskan daripada 7 pertuduhan melibatkan wang RM 42 juta milik SRC International Sdn Bhd; atau

(B) Bossku dikehendaki membela diri.

Berikut adalah sedikit maklumat yang saya nak kongsi bersama friend-friend saya supaya membantu mereka faham isu ini:

1. Mahkamah akan membuat keputusan (B) sekiranya pihak pendakwaan berjaya membentuk kes prima facie berkenaan dengan kesalahan yang dinyatakan dalam pertuduhan, dan keputusan (A) sekiranya pihak pendakwaan tidak berjaya berbuat demikian. Harap maklum bahawa setiap pertuduhan adalah berasingan walaupun dibicarakan bersama. Ini bermakna, Bossku boleh dilepaskan dan dibebaskan dalam satu atau beberapa pertuduhan, dan diarahkan untuk membela diri dalam baki pertuduhan yang lain.

2. Menurut seksyen 180(4) Kanun Prosedur Jenayah, kes prima facie dibentuk apabila pihak pendakwaan telah berjaya mengemukakan keterangan yang kredibel untuk setiap elemen kesalahan yang dinyatakan dalam pertuduhan, yang sekiranya tidak dipatahkan atau diberi penjelasan mengakibatkan tertuduh disabitkan kesalahan.

3. Dalam kata lain, Mahkamah hanya boleh mengarahkan Bossku membela diri sekiranya Mahkamah bersedia untuk menjatuhkan hukuman ke atas Bossku andai kata Bossku mendiamkan diri selepas dipanggil untuk membela diri. Mahkamah tidak boleh memanggil Bossku untuk membela diri hanya kerana ingin tahu apa yang Bossku tahu.

4. Dalam pendakwaan jenayah, tertuduh mempunyai hak untuk mendiamkan diri, dan hak ini tidak boleh diketepikan melainkan Mahkamah benar-benar berpuas hati bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan yang dinyatakan dalam pertuduhan.

5. Mahkamah masih boleh melepaskan dan membebaskan Bossku selepas mengarahkan beliau membela diri. Sebagai contoh, Anwar Ibrahim dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur selepas diarahkan membela diri (https://www.malaysiakini.com/news/186050). Ini kerana undang-undang dengan jelas menyatakan bahawa tertuduh layak dilepaskan dan dibebaskan sekiranya berjaya mewujudkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan, walaupun gagal membuktikan pembelaannya.

6. Pendek kata, sekiranya Bossku diarahkan membela diri, itu dengan sendirinya tidak bererti bahawa Bossku bersalah. Bossku hanya bersalah sekiranya Bossku gagal membuktikan pembelaan dan, dalam masa yang sama, gagal mewujudkan keraguan yang munasabah dalam kes pendakwaan, di akhir perbicaraan. Ingat, innocent until proven guilty!

7. Satu lagi, Peguam Negara masih boleh menarik-balik pertuduhan walaupun Mahkamah telah memanggil Bossku untuk membela diri. Benda ini pernah berlaku baru-baru ini (https://www.bharian.com.my/…/rafizi-ramli-dilepas-dibebas-s…).

P.S. Dr Mahathir dari awal lagi dah berkali-kali membuat kenyataan media bahawa Bossku adalah pencuri. Dan Dr Mahathir ini pernah dituduh campur-tangan dalam urusan badan kehakiman. Tuan-tuan pernah baca apa yang dinyatakan oleh Hakim Ian Chin (https://www.thestar.com.my/…/justice-ian-chin-tells-of-thre…)? 

Saya harap perkara itu jika benar tidak berlaku kali ini.

Sunday, February 24, 2019

DAP ARAHKAN TENTERA SIBERNYA PERHEBATKAN SERANG PERIBADI NAJIB UNTUK ELAK RAKYAT PERSOAL KE MANA WANG NEGARA DIBELANJAKAN!!!



Isyarat mula dihantar oleh pakar-pakar strategi dan propaganda DAP kepada tentera-tentera siber serta penyokong-penyokong mereka. Serangan terhadap Najib Abdul Razak perlu dipertingkatkan dan diperhebatkan supaya DAP tidak ketinggalan daripada sokongan rakyat, dan supaya Pakatan Harapan terus wujud di dunia ini.

Serangan peribadi terhadap Najib Abdul Razak telah membolehkan Pakatan Harapan menjadi kerajaan hari ini. Namun kerana Najib Abdul Razak itu jugalah, Kerajaan Pakatan Harapan seperti tidak dapat keluar dari kepompong, 'HANYA PANDAI BERCAKAP TAK PANDAI BEKERJA', apabila keadaan semua sektor terutama ekonomi dan kewangan negara semakin teruk dan semakin merudum.

Ong Kian Ming yang merupakan Timbalan Menteri MITI menyebut tentang Operatif Propaganda DAP yang kini perlu mencari kaedah yang lebih efektif untuk mencipta dan menyebarkan propaganda efektif bagi membentuk persepsi rakyat. Operatif Propaganda DAP atau lebih dikenali sebagai RBA yang sebelum PRU-14 cukup aktif, kini sudah tidak aktif selepas Pakatan menang dan setelah sebahagian besar daripada mereka didedakkan, diberi ganjaran serta jawatan yang lumayan dan selesa di dalam Kerajaan terutama sekali di Kementerian Kewangan.


Begitu juga apabila Liew Chin Tong yang kini merupakan Timbalan Menteri Pertahanan dan Pengarah Pendidikan Politik DAP, turut menyeru jentera mereka yang sedang mabuk kuasa sekarang supaya menggandakan usaha propaganda di media-media sosial.

Dan sudah pastilah, propaganda yang dimaksudkan oleh pemimpin-pemimpin DAP itu adalah SERANG NAJIB!

Kerajaan Pakatan sekarang ini dilihat tidak ubah seperti BADUT apabila penjelasan demi penjelasan yang dibuat oleh Najib Abdul Razak tentang dasar-dasar dan polisi-polisi Kerajaan Pakatan sekarang, sememangnya ditunggu-tunggu oleh rakyat. Lebih daripada itu, akibat pendedahan dan penjelasan yang dibuat oleh Najib Abdul Razak, Kerajaan Pakatan Harapan terpaksa melakukan PUSINGAN U beberapa kali dalam keputusan yang telah mereka buat.


Terbaru adalah tentang REIT, iaitu satu usaha menzalimi rakyat dengan memastikan rakyat bayar lebih bagi membolehkan kroni terus mendapat keuntungan menerusi pemajakan bangunan hospital kerajaan dan lapangan terbang antarabangsa di seluruh negara.

DAP sedar, semakin dibiarkan Najib 'bebas' seperti sekarang terutama di media sosial, semakin banyak tembelang, penipuan dan kezaliman yang dirancang, akan terdedah. Najib dilihat menjadi penghalang utama rancangan Kerajaan Pakatan Harapan yang berpusat di Kementerian Kewangan untuk menyakau wang dan harta rakyat atas nama MENYELAMATKAN MALAYSIA.

Para pemimpin DAP juga sedar, faktor dan fenomena Najib Abdul Razak telah membangkitkan satu gelombang besar di kalangan rakyat. Walaupun Najib Abdul Razak ditimpa dengan berpuluh-puluh tuduhan jenayah komersial, namun ada hal lain yang lebih penting yang rakyat kisahkan.

PERUT DAN KOCEK RAKYAT!

Tinjauan di Semenyih dan Cameron Highland adalah petunjuk penting.


Rakyat tidak peduli pun dengan kes-kes mahkamah Najib Abdul Razak. Kes-kes berkenaan sedang diuruskan oleh mahkamah dan mereka juga yakin, satu atau dua kes sekurang-kurangnya akan disabitkan kesalahan terhadap Najib Abdul Razak. Dan mereka juga tahu, Pakatan akan memasukkan Najib Abdul Razak ke dalam penjara atas alasan, bersalah.

Dengan rakyat sedang melihat sistem kehakiman, PDRM, SPRM dan segala agensi penguatkuasaan kini dicampurtangan oleh kerajaan secara bebas, termasuklah dalam kes terbaharu melibatkan Fong Si Wai dan Papagomo, kes-kes melibatkan Najib Abdul Razak akan berakhir di penjara sama ada secara hakikatnya Najib bersalah atau sebaliknya.

Rakyat kini mempersoalkan dasar-dasar dan polisi-polisi Kerajaan Pakatan Harapan yang lebih cenderung membunuh dan menzalimi rakyat marhein. Dengan Bajet 2019 yang merupakan bajet terbesar dalam sejarah Malaysia, dengan penghapusan segala bentuk bantuan dan insentif untuk rakyat marhein, dengan pemotongan pelbagai peruntukan, dengan penjualan segala aset dan penjarahan rezab negara, dengan kenaikan cukai dan pengenalan cukai-cukai baru, dengan kenaikan kos sara hidup yang tidak munasabah dan segala macam tekanan ekonomi serta kewangan rakyat marhein yang lain, rakyat mula mempersoalkan kewajaran kewujudan Kerajaan Pakatan Harapan itu sendiri.


Ke mana semua wang negara yang 'dijimatkan' oleh Kerajaan Pakatan, sedangkan Hutang Negara pula dilihat semakin meningkat jauh lebih tinggi dalam tempoh 9 bulan berbanding 9 tahun!

Apa yang dibelanjakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan menerusi Bajet terbesar mereka sedangkan rakyat pula tidak mendapat satu manfaat pun?

Apakah DEFLASI merupakan dasar terbaharu Kerajaan Pakatan Harapan yang berharap DEFLASI akan menurunkan harga barang kerana di dalam buku teks mata pelajaran Ekonomi, memang itulah definisi DEFLASI?



Najib hanyalah sebabak daripada kehidupan, tapi rakyat adalah faktor utama dalam negara ini. Tumpuan DAP untuk menyerang Najib bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah yang membelenggu mereka kesan daripada kebodohan, kealpaan, kelalaian dan kelemahan Kerajaan Pakatan Harapan, mungkin akan berjaya dalam tempoh singkat tetapi yang pasti, Kerajaan Pakatan Harapan tidak boleh bertahan lama.

DAP perlu sedar, rakyat bukanlah bodoh seperti yang mereka sangkakan. Dan rakyat bukanlah tidak pandai menilai serta mencari maklumat tanpa perlu bergantung kepada propaganda dan persepsi yang dilaksanakan oleh jentera propaganda DAP.

Wednesday, February 13, 2019

CABARAN AZMIN KEPADA NAJIB, BUKAN SAHAJA DISAMBUT OLEH NAJIB TETAPI JUGA RIBUAN ORANG RAMAI YANG BERKERUMUN DI TESCO SEMENYIH!!!



Tiba-tiba TESCO Semenyih jadi tempat kerumuman ramai manusia!

Semuanya gara-gara kehadiran Najib Abdul Razak, mantan Perdana Menteri.

Malam tadi, bakal Timbalan Perdana Menteri, Azmin Ali dengan sombong dan bongkaknya ketika merasmikan Bilik Gerakan Wanita Pakatan Harapan PRK Semenyih mencabar Najib datang dan menunjukkan diri di Semenyih. Katanya, dia sendiri akan mengejar Najib Abdul Razak.


Lebih daripada itu, kata Azmin, Melayu Semenyih tidak sama seperti Melayu Cameron Highland yang 'peghak' melihat Najib. Melayu Semenyih juga tidak sama seperti Melayu Pekan yang memberikan kemenangan dan majoriti besar kepada Najib dalam PRU-14 lalu. Melayu Semenyih adalah Melayu pekan yang menurut Azmin, lebih bijak dan lebih berfikiran intelektual.

Tetapi apa yang berlaku malam tadi, jauh berbeza daripada apa yang dikatakan oleh Azmin Ali. Azmin Ali sendiri tidak kelihatan langsung di Tesco Semenyih untuk mengejar Najib Abdul Razak seperti yang diikrarkannya.


Ribuan orang membanjiri pusat membeli belah itu, luar dan dalam. Malah sebelum ketibaan Najib lagi, di luar Tesco, orang ramai sudah sedia menunggu.

Azmin gelarkan Najib sebagai 'PENCURIKU' tapi di Tesco Semenyih, Najib bertukar menjadi 'PENCURI HATIKU'. Tagline itu juga nampaknya bermaharajalela di LIVE FBnya selain 'BOSSKU' yang dilaungkan oleh orang ramai dan ditulis oleh pengkomen LIVE FB.



Berdasarkan sambutan orang ramai di Semenyih yang bakal menyaksikan pilihanraya kecil DUN Semenyih ekoran kematian penyandangnya, Najib benar-benar seorang 'pencuri'. Bagaimanapun, lebih tepat kalau dikatakan Najib adalah pencuri hati rakyat.

Sukar untuk Pakatan Harapan dan Kerajaan yang diterajui oleh Pakatan untuk menafikan, rakyat semakin bosan dan muak dengan gelagat bodoh sombong mereka sekarang. Terlalu banyak kesilapan yang dilakukan oleh Pakatan, sama ada kerana mereka tidak berpengalaman atau barangkali kerana mereka terlalu seronok menjadi kerajaan.



Pada masa yang sama, rakyat mulai mempersoalkan dasar-dasar dan polisi Pakatan Harapan terhadap rakyat, khususnya orang Melayu yang dijadikan hamba undi untuk Pakatan. Terlalu banyak hak dan peruntukan untuk orang Melayu dirampas dan diserahkan kepada kaum lain, termasuklah Bantuan Sara Hidup 2019 yang menggantikan BR1M, yang sekarang ini melalui pelbagai prosedur dan borang yang perlu diisi selain perlu beratur di LHDN semata-mata untuk mendapatkan bantuan yang tidak seberapa.

Laungan 'Bossku', 'Malu Apa' dan 'Hidup' selain takbir 'Allahu Akbar' memenuhi udara sebaik-baik sahaja Najib tiba di pekarangan Tesco Semenyih pada jam lebih kurang 8:40 malam tadi.

Apa lagi yang Azmin nak katakan? Azmin tak mahu turun ke Tesco Semenyih untuk buktikan dia lebih mampu menarik perhatian dan kerumunan orang ramai ke? Kan dia pernah jadi Menteri Besar Selangor yang hebat?





Monday, February 4, 2019

KERANA FENOMENA 'APA MALU BOSSKU', PARA PEMIMPIN PAKATAN BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA PEGUAM NEGARA UNTUK MENANGI HATI RAKYAT SEMULA!!!



Fenomena 'Malu Apa Bossku' terus menular. Bahkan penularannya sehingga ke luar negara. TV3 dalam siaran secara langsung Anugerah Juara Lagu malam tadi pun, tidak segan silu melaungkan 'Malu Apa Bossku' dengan disambut tepuk sorak penonton.

Dan 'Malu Apa Bossku' merupakan perwakilan tubuh badan Najib Abdul Razak sendiri. Slogan itu adalah slogan bekas Perdana Menteri itu. Dan rakyat secara keseluruhannya menyambut slogan tersebut dengan gembira dan bersemangat, jauh berbeza daripada tanggapan awal para pemimpin Pakatan Harapan yang mahu rakyat membenamkan Najib Abdul Razak buat selama-lamanya.

Kini 'Bossku' sudah menjadi fenomena. Sudah menjadi gelombang besar. Sudah mula menimbulkan
kebimbangan di kalangan pemimpin-pemimpin utama Pakatan dan meresahkan penyokong-penyokong kuat Pakatan Harapan.

Kalau ada pun pemimpin Pakatan seperti Mahfuz, Saifuddin Nasution, Lim Kit Siang, bahkan Dr. Mahathir sendiri pun yang memperkecil-kecilkan fenomena Najib Abdul Razak, ia tidak lebih daripada cubaan menutup malu dan kebimbangan.

Laporan polis yang dibuat oleh lima orang penyokong PPBM di Langkawi ekoran percutian Najib di Langkawi, sudah cukup untuk menunjukkan fenomena 'Bossku' amat menakutkan.

Lain yang dirancang dan dilaksanakan, lain pula hasil yang ditunjukkan!

Para pemimpin tertinggi Pakatan boleh terus membuat self-denial tentang fenomena 'aneh' ini. Tetapi sesuatu yang mereka tidak boleh nafikan ialah, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, lelaki yang mereka cuba perosokkan ke dalam penjara, telah mencipta gelombang besar ke mana sahaja dia pergi dan di mana sahaja dia berada.

Lebih ironi, Najib dan 'Bossku' mendapat momentum luar biasa di media-media sosial, platform yang dikuasai oleh Pakatan khususnya DAP semenjak tahun 2008 lagi.


Contoh terbaik ialah, gambar dia sedang makan nasi lemak bungkus bersama beberapa orang penduduk tempatan di sebuah warung di Langkawi telah mendapat 104,000 LIKES. Malah dalam tempoh lima minit selepas status tersebut dimuatnaik sahaja, LIKES yang tercatat sudah melebihi 10,000. Jumlah yang jauh mengatasi daripada mana hantaran individu yang lebih popular seperti Neelofa mahupun Siti Nurhaliza apatah lagi Dr. Mahathir.

Kehadiran dan kedatangan Najib di 'kandang singa' yang dianggap kubu kebal musuh utamanya, Dr. Mahathir, ternyata lebih menakutkan penyokong-penyokong Mahathir sendiri.

Pasar Malam Langkawi yang menjadi lokasi Najib mencari apam balik, tiba-tiba sahaja diserang keriuhan. Orang ramai mengambil kesempatan bersalam, bersentuhan, bergambar, malahan tidak melepaskan peluang memeluk bekas Perdana Menteri Malaysia itu. Lelaki yang pernah dilihat sebagai 'golongan bangsawan' atau aristokrat, jauh lebih bersikap selamba berbanding Ahli Parlimen Langkawi yang sentiasa menjarakkan diri untuk bersama-sama rakyat marhein.

Ramai yang menjangkakan, akibat fenomena dan gelombang besar di Langkawi, Najib bakal berhadapan dengan beberapa lagi tuduhan jenayah komersial selepas Tahun Baru Cina ini. Sebabnya, sebelum ini pun, itulah yang berlaku. Setiap kali rakyat mula memberikan perhatian kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh Najib di media sosial, setiap kali itulah juga, Najib akan dikehendaki hadir di mahkamah untuk mendengar tuduhan-tuduhan baru.



Sudah ada seruan agar pemimpin Pakatan mencontohi Najib. Ambiga Sreevanesan yang merupakan orang yang disebut oleh Clare Rewcastle-Brown sebagai pemberi maklumat dalam kes fitnah PAS dan Presiden PAS berkata, para pemimpin Pakatan seharusnya menukar cara mereka memerintah negara sekarang. Pakatan katanya, perlu menunaikan segala janji yang dibuat pada PRU-14 lalu. (RUJUK SINI)

Peperangan politik di media sosial ini sememangnya adalah antara Najib dengan para pemimpin Pakatan. Sesuatu yang Dr. Mahathir gagal tandingi. Dr. Mahathir masih terkongkong dalam stigma konvensional dan cara lama. Dan dia sudah terlalu tua untuk mahir seni peperangan politik cara baru.

Mahathir masih lagi dilihat terlalu bergantung kepada media-media cetak dan portal-portal atas talian tradisional sedangkan audiens sudah pun beralih kepada media sosial yang lain.

Namun persoalannya kini ialah, berapa lama fenomena "Bossku" boleh bertahan? Adakah sehingga April, iaitu ketika kes Najib mula diperdengarkan dan dibicarakan di mahkamah? Dengan 42 kes jenayah sivil yang difailkan oleh Peguam Negara yang tidak berani mengadakan sidang media, dan kemudian beberapa kes diminta tangguh kerana pihak pendakwaraya belum bersedia atau siasatan belum lengkap, atau kertas pendakwaan belum dibuat, adakah fenomena 'Bossku' dan kegagalan Peguam Negara itu sendiri bakal merencatkan peluang Azmin Ali menjadi Perdana Menteri?



Sunday, January 27, 2019

NAJIB SERANG LIM GUAN ENG LAGI... KADAR MAKANAN DI SBP DAN TARIF ELEKTRIK YANG DINAIKKAN SERTA REBAT YANG DIMANSUHKAN!



Antara yang menjadi kepantangan besar kepada para pemimpin Pakatan, khususnya Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang adalah Najib Abdul Razak.

Setiap kali Najib menulis di media sosialnya, sama ada di Twitter apatah lagi di Facebook, tulisannya seakan-akan ditunggu oleh ramai 'peminatnya'.

Namun yang paling pasti, ramai yang tertunggu-tunggu, apa lagi isu yang akan disebut dan dibangkitkan oleh Najib.

Kerana setiap kali Najib membangkitkan sesuatu isu, setiap kali itulah, Lim Guan Eng akan sibuk membuat u-turn dan cuba memperbetulkannya semula. Seolah-olah Najib telah membuka tembelang dan temberangnya, dan demi menutup tembelang serta temberang tersebut, Lim Guan Eng yang seringkali cuba menunjukkan dia seorang yang bijak, terpaksa ikut cakap Najib.

Paling ketara adalah tentang harga minyak apabila Najib membangkitkan isu bagaimana Lim Guan Eng menyebat duit rakyat menerusi harga minyak yang sepatutnya telah diturunkan ekoran penurunan harga dunia. Pada ketika itu, harga minyak RON95 yang dijual di Malaysia adalah RM2.20 seliter, harga yang sama ketika harga minyak dunia masih mahal ketika kali terakhir Najib bergelar Perdana Menteri.


Ketika harga minyak dunia telah turun lebih rendah, sepatutnya harga kepada rakyat Malaysia juga perlu direndahkan. Tapi Lim Guan Eng mengekalkan harga RM2.20 menjadikan rakyat terpaksa membayar lebihan RM0.30 bagi setiap liter yang dibeli. Sekaligus membolehkan Kerajaan merompak lebih RM200 juta setiap minggu selama tiga bulan.

Malu kerana terdedah pembohongan dan rompakan dilakukan, akhirnya Lim Guan Eng terpaksa menggunakan kaedah yang telah pun diperkenalkan oleh Najib iaitu pengapungan harga mingguan.

Dan Najib tidak berhenti setakat itu sahaja.

Terkini, Najib membangkitkan isu, ketika Sekolah-Sekolah Persendirian Cina memperolehi lebih RM12 juta tanpa melalui prosedur kewangan negara dan tanpa dibentangkan untuk mendapatkan persetujuan Ahli Dewan Rakyat, pelajar-pelajar di Sekolah Berasrama Penuh yang majoritinya adalah Melayu-Bumiputera pula terpaksa berhadapan dengan pemotongan belanja makan. 

Apakah kali ini Dr. Maszlee Malik yang merupakan Menteri Pelajaran yang lebih dikenali sebagai Menteri Kasut dan Stokin Hitam akan memberikan jawapan sama seperti jawapan tentang peruntukan gelap untuk sekolah-sekolah persendirian Cina itu iaitu, potongan tersebut tidak dibuat menerusi kementeriannya?

Najib turut membangkitkan tentang rebat caj bil elektrik RM20 yang telah dimansuhkan dan pengguna berkenaan yang sebelum ini tidak perlu membayar bil, di bawah pentadbiran Lim Guan Eng, perlu mengeluarkan belanja lebih. Terutama sekali apabila pada Mac nanti, tarif elektrik akan dinaikkan!


Thursday, September 14, 2017

PEMIMPIN TOLOL SEPERTI MUKHRIZ MAHATHIR DAN MAHFUZ OMAR TIDAK TAHU, PELABURAN MALAYSIA DI AMERIKA SYARIKAT BERJAYA ELAKKAN BENCANA EKONOMI KE ATAS NEGARA INI!!!




'Pakar-pakar' perdagangan, pelaburan dan kewangan DAP tidak banyak bunyi kali ini. Tony Pua, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sekadar bercakap tentang perbelanjaan negara bagi menghantar Perdana Menteri dan delegasinya ke Rumah Putih. Mereka masih tidak bercakap tentang pelaburan-pelaburan baru Malaysia, khususnya menerusi KWSP dan Khazanah di Amerika Syarikat. Mereka juga belum lagi bercakap tentang pembelian pesawat-pesawat baru Boeing untuk MAS sekaligus mewujudkan laluan baru untuk syarikat penerbangan negara itu yang mengalami kerugian besar semenjak berada di bawah pentadbiran Dr. Mahathir.

DAP sebaliknya lebih teruja untuk mengulas tentang perlantikan Halimah Yacob, wanita Melayu pertama dilantik sebagai Presiden Singapura yang dilihat mampu membantu DAP mendapatkan kepercayaan dan undi Melayu pada PRU-14 nanti.

Perlantikan Halimah Yacob sebagai Presiden Singapura bagaimanapun dicemari bantahan dan protes ekoran pemilihan yang berat sebelah serta kuota LIMA PENGGAL untuk Melayu naik sebagai Presiden di negara tersebut. Apatah lagi jawatan Presiden Singapura sekadar satu kosmetik legislatif memandangkan seluruh kuasa di negara pulau tersebut terletak di tangan Perdana Menteri.

Ulasan-ulasan negatif tentang pelaburan-pelaburan baru Malaysia di Amerika Syarikat hanya datang daripada mereka yang tidak pernah peduli operasi sebenar KWSP dan Khazanah serta MAS. Kalau ada pun ulasan-ulasan separuh masak, datangnya daripada pemimpin-pemimpin PKR seperti Azmin Ali dan Rafizi Ramli yang mencobek fakta untuk diputarbelit dan dibohongi serta dikelirukan bagi kepentingan politik mereka.


Isu penambahan modal pelaburan KWSP di Amerika Syarikat sedang dijadikan isu oleh puak-puak Pakatan. Begitu juga dengan pembelian pesawat-pesawat Boeing yang baru. Mereka mengaitkan pembelian pesawat-pesawat baru tersebut dengan wang KWSP bagi mewajarkan tuduhan dan fitnah mereka.

Sedangkan pelaburan KWSP di Amerika Syarikat hanyalah sebahagian daripada 29% jumlah keseluruhan pelaburan global oleh badan berkenaan. Pelaburan global KWSP telah menyumbangkan 73.9% pada suku tahun pertama 2017 yang berakhir pada 31 Mac 2017. (RUJUK SINI)

Pelaburan Malaysia ke Amerika Syarikat juga merupakan satu lagi 'helah' diplomatik Najib Abdul Razak yang sebenarnya jauh lebih baik berbanding pentadbiran Dr. Mahathir yang terpaksa membeli besi-besi buruk di Gurun Arizona untuk mengambil hati pentadbiran Reagen dan Bush. Persoalan mengapa Najib Abdul Razak dan MAS memilih Boeing berbanding Airbus mempunyai kaitan dengan kempen-kempen kasar dan sekatan terhadap minyak kelapa sawit di Perancis dan Eropah.

Malaysia berhadapan dengan surplus atau lebihan perdagangan besar dengan Amerika Syarikat. Laporan pada 7 bulan pertama 2017 menunjukkan import Malaysia hanyalah kira-kira USD7.8 bilion dari Amerika Syarikat manakala eksport Malaysia ke negara itu adalah USD21 bilion. Surplus yang tercatat dengan Amerika Syarikat adalah sebanyak USD13.2 bilion.


Awal tahun ini, atau lebih tepat lagi Mac, Trump telah mengenalpasti Malaysia sebagai salah sebuah daripada 16 kelompok 'penipuan perdagangan' dan telah menandatangani arahan bagi menghalang lambakan dan mengenakan denda perdagangan ke atas Malaysia. (RUJUK SINI)

Tidak ramai yang sedar sekiranya tindakan itu diambil oleh pentadbiran Donald Trump ke atas Malaysia, negara ini bakal berhadapan dengan bencana ekonomi.

Pengumuman Najib Abdul Razak bahawa Malaysia telah melabur dan banyak membeli dari Amerika Syarikat, sudah pasti akan mengendurkan ketegangan dagangan yang diinisiatifkan oleh Trump. Pentadbiran Trump sekiranya menguatkuasakan penalti dan undang-undang anti lambakan ke atas Malaysia, pastinya akan memberi kesan terhadap eksport Malaysia ke Amerika Syarikat yang kerugiannya mencecah puluhan bilion Dolar Amerika Syarikat setiap tahun.

Pastinya Malaysi tidak mahu kehilangan eksport ke negara yang merupakan kuasa ekonomi terbesar dunia itu? Dan yang pastinya, Najib tidak mungkin boleh memujuk Amerika Syarikat datang melabur ke Malaysia sekiranya Amerika Syarikat terus-menerus merungut dan memprotes surplus atau lebihan dagangan yang terlalu memihak kepada Malaysia.

Apa yang dilakukan oleh Najib Abdul Razak sebenarnya merupakan salah satu daripada caranya menyelamatkan ekonomi Malaysia, selain menyelamatkan gaya hidup mewah kebanyakan rakyat Malaysia. 

Yang pastinya, duit tidak akan beranak dengan sendirinya, melainkan perlu dilaburkan untuk dibiakkan. Dan itulah yang dilakukan oleh Najib berbanding BAIL-OUT syarikat-syarikat anak dan kroni seperti yang dilakukan oleh Dr. Mahathir menggunakan wang KWSP atau pun menjahanamkan dan merugikan MAS semata-mata untuk menutup kerugian besar perjudian FOREX!!!


Friday, August 18, 2017

BILA YDP PAS KAWASAN PERMATANG PAUH MAKAN BERSILA BERSAMA NAJIB ABDUL RAZAK, WAN AZIZAH PULA DISERANG SAKIT PERUT!!!



Tidak menghairankan langsung apabila pemimpin-pemimpin PKR kelam-kabut cuba memujuk dan melembutkan hati Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Tidak menghairankan juga bilamana Wan Azizah, Presiden PKR sanggup menebalkan muka dengan mengatakan, PKR sudah bersedia untuk menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan PAS. Dan tidak menghairankan juga PKR dilihat cuba menderhaka terhadap DAP dan tidak menghiraukan PAN apatah lagi Cap Bunga dan Mahathir.

Lawatan sambil kerja Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO ke Permatang Pauh yang merupakan kubu kuat PKR, memberikan impak yang sangat besar. Segala maruah dan air muka PKR, terletak di Parlimen Permatang Pauh. 

Permatang Pauh samalah seperti Pekan. Mesti dipertahankan dengan apa cara sekalipun. Tidak boleh tidak kerana di situlah terletak maruah Presiden parti dan Ketua Umumnya.

Cuma berbeza dengan Pekan, kekuatan PKR di Permatang Pauh terlalu bergantung kepada PAS Permatang Pauh. Apabila PAS menyatakan mereka sudah putus tahaluf siyasi dengan PKR, ia adalah satu bencana besar kepada PKR. Walaupun pada mulanya, PKR cuba meyakinkan diri mereka sendiri kononnya mereka boleh berdiri tanpa tongkat PAS, akhirnya mereka terpaksa mengakui bahawa tanpa PAS, PKR tidak akan ke mana-mana. Malah mungkin akan pupus terus dari arus perdana politik Malaysia.

Ketika diberitahu bahawa Najib akan berada di Permatang Pauh untuk program Majlis Kenduri Pemimpin Bersama Rakyat di Poleknik Seberang Perai, PKR kelam-kabut menyusun flashmob untuk memalukan Najib. 

Kalau dahulu, ketika PAS masih bersama-sama PKR, flashmob pasti akan berjaya, terutama di sarang besar seperti Permatang Pauh, namun kali ini flashmob yang cuba dibuat, tidak lebih daripada perkumpulan budak-budak main konda-kondi, yang kemudian berakhir dengan penahanan 15 orang daripada mereka oleh PDRM.


Mereka yang ditahan ialah Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai, Ong Jing Cheng dan ahli Pemuda PKR, Fahmi Zainol yang kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bukit Mertajam di Bandar Perda untuk soal siasat.

Sebelum ditahan polis, ahli-ahli PKR itu membawa sepanduk dan menyebarkan risalah yang antara lain kandungannya mendesak Najib membebaskan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan di Sungai Buloh atas kesalahan meliwat bekas pembantunya.

Sesuatu yang menarik ialah apabila Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan turut duduk bersila dengan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak dalam program berkenaan. Omar hadir untuk meraikan kehadiran Najib di kawasan Parlimen Permatang Pauh. 

Yang pastinya, kehadiran Yang Dipertua PAS Kawasan itu pasti akan menghiris hati dan perasaan para pemimpin PKR terutama sekali Presiden PKR apabila bekas rakan sekutu di kubu kuat dia dan suaminya, meraikan kehadiran musuh besar mereka, Najib Abdul Razak. 

Sesuatu yang menarik ialah apabila Majlis Kenduri Bersama Rakyat di Politeknik Seberang Perai itu turut mencatatkan kehadiran teramai iaitu 21,380 orang. 

Cubaan sabotaj oleh PKR gagal sama sekali. 

Lebih menarik lagi ialah apabila Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, turut meraikan kedatangan Najib Abdul Razak. 

Thursday, July 13, 2017

'PENUMPANG FEEDER BUS MRT' KECAM FITNAH MALAYSIAKINI KONONNYA PENUMPANG DIHALAU KE BELAKANG BAS UNTUK BAGI RUANG NAJIB DAN ROSMAH!!!



Malaysiakini dan kecenderungannya untuk menghasilkan berita-berita yang memperlekehkan Malaysia, khususnya dan menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap kerajaan, bukanlah sesuatu yang luar biasa. Malaysiakini dalam setiap pemberitaannya akan cuba menyelitkan nilai-nilai ini seboleh-boleh mungkin walaupun berita yang dilaporkan itu hanya dua perenggan.

Semalam, Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan isteri bersama-sama anggota rombongan mencuba laluan MRT terbaru. Dan salah satu acara adalah dengan menaiki feeder bus.

Malaysiakini dalam laporannya menyatakan, ahli-ahli rombongan telah diminta mengosongkan kerusi pada bahagian hadapan bagi membolehkan Perdana Menteri dan isterinya menaiki bas tersebut.

Dengan kata-kata lain, persepsi yang diberikan oleh Malaysiakini ialah Najib dan Rosmah bermuka-muka dan tidak dipedulikan oleh pengguna-pengguna bas yang lain. Malaysiakini turut memberikan gambaran bahawa bas yang dinaiki oleh Najib dan Rosmah itu adalah bas awam yang berkhidmat sebagai feeder bagi perkhidmatan MRT. (RUJUK SINI)

Hakikatnya adalah amat berlainan daripada gambaran yang diberikan oleh Malaysiakini. Apatah lagi program berkenaan adalah program tertutup dan tiada media yang dipelawa bersama-sama.

Fitnah yang dilakukan oleh Malaysiakini, kemudiannya dibidas oleh seorang Netizen yang juga merupakan salah seorang daripada anggota rombongan di dalam bas berkenaan. 


Memperkenalkan dirinya sebagai William Cheah, dia mengakui, dia bukannya seorang yang berminat dengan politik tetapi amat benci dengan berita palsu semata-mata untuk mensensasikan sesuatu isu.

Menurutnya, dia dan isterinya, Yilyn Chan berada di dalam bas itu. Malah, dia juga merupakan 'komuter' yang telah ditempatkan di kerusi belakang sekiranya itulah yang cuba diberitahu oleh portal berusia 18 tahun itu yang mendapat dana daripada George Soros, bahkan salah seorang pegawai Soros turut ditempatkan di dalam Malaysiakini bagi memantau aktiviti Malaysiakini agar selari dengan kehendak Soros Foundation. 



William Cheah menambah, orang yang menulis berita tersebut barangkali tidak tahu atau sengaja cuba mengelirukan pembaca. Ini adalah kerana bas berkenaan adalah sewa khas dan semua kerusi telah ditulis nama. Semuanya telah dirancang dengan teratur. William dan isterinya memang ditempatkan di kerusi belakang tetapi mereka gembira kerana serba-serbinya selesa. 

Tiada sesiapa pun yang menolak mereka ke belakang hanya untuk memberi ruang kepada Perdana Menteri dan isterinya, sepertimana yang cuba ditohmahkan oleh Malaysiakini. 

Menurutnya lagi, Najib dan Rosmah adalah hos yang terbaik. Ketika William melintasinya dan terhoyong-hayang, Najib telah memegangnya dan bertanya sama ada dia tak apa-apa. Najib juga menyapa dan bertanya pendapat dengan semua orang di dalam bas tersebut. Malah turut memainkan lagi Ed Sheeran menerusi Spotify untuk menghiburkan mereka semua.

William turut menyindir Malaysiakini agar mencari fakta sahih terlebih dahulu. Ini adalah kerana laluan MRT yang dicuba itu belum dibuka kepada pihak awam lagi. Sebaliknya hanya tetamu yang diundang!

"So what phantom commuters are you talking about??? Like the 40K Bangladeshi voters you can't seem to find or the Blackout that never happened? Or seriously...A Kajang Move that was so full of holes that even a whale could swim through? This is #therealkajangmove." 

Menurutnya, dia gembira dengan pengalaman berharganya bersama-sama Perdana Menteri mencuba satu lagi sistem pengangkutan awam yang menjadi mercutanda kejayaan Malaysia. Namun apa yang dilakukan oleh Malaysiakini, amat memalukan dan tidak seharusnya dilakukan oleh sebuah portal berita yang kononnya memberikan maklumat kepada rakyat.

"Never have I been so disgusted by media than today. You don't deserve to live beyond 18 years. I wish I could say you were low class but then that would be complimenting you. You don't have any class whatsoever."
William Cheah mengakhiri rasa meluatnya terhadap sikap Malaysiakini dengan berkata, rakyat dan masyarakat pembaca sebenarnya mahukan pihak media yang akan menyalurkan maklumat-maklumat benar bagi membolehkan rakyat membuat pilihan. Namun apabila media seperti Malaysiakini memilih berita palsu, mereka sebenarnya telah mengkhianati semua orang.

Setiap orang, terutama media bertanggungjawab untuk berlaku jujur atau sekurang-kurangnya tidak berbohong sewenang-wenangnya.

 
Blogger Templates