Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label dap buat onar. Show all posts
Showing posts with label dap buat onar. Show all posts

Friday, July 21, 2017

DAP BERANG SELEPAS KP ROS TIDAK TERJEBAK DENGAN TAKTIK 'UMPAN PEREMPUAN' YANG DIPRAKTIKKAN DAP!!!



Menyalak-nyalak para pemimpin DAP khususnya Lim Guan Eng apabila ROS enggan melayan kehendak mereka untuk berjumpa dan kemudian dimanipulasikan oleh DAP.

Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) Datuk Mohamad Razin Abdullah sebaliknya berkata, urusan dengan DAP hanyalah menerusi surat sahaja.

ROS telah menghantar sepucuk surat pada 2013 yang meminta agar DAP mengadakan semula pemilihan CECnya setelah terbukti, wujudnya perwakilan hantu bagi tujuan memenangkan Lim Guan Eng. Bagaimanapun, DAP tidak mengendahkan surat tersebut dan cuba tunjuk keras kepala konon-kononnya mereka lebih besar daripada ROS. Hanya setelah hampir PRU-14 dan DAP besar kemungkinan tidak akan dibenarkan bertanding dengan lambang sendiri, barulah DAP kelam-kabut dan cuba menyalahkan ROS.

DAP cuba menggambarkan ROS hanya bertindak ketika hampir PRU-14 sedangkan surat pemberitahuan oleh ROS kepada DAP telah dihantar pada April 2013 lagi.


Salah seorang pemimpin DAP yang merupakan ADUN Kampung Tunku, Lau Wen San berkata, ROS mengambil masa selama lebih empat tahun atau 1,338 hari dan masih belum memaklumkan secara rasmi kepada DAP tentang keputusan dan hasil siasatan ROS.

Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook berkata, semenjak pemilihan semula CEC pada 29 September 2013, ROS tidak pernah sama sekali memberikan notis bertulis kepada DAP berkenaan syarat atau arahan yang telah dilanggar oleh parti tersebut.

Arahan ROS agar pemilihan semula menggunakan daftar perwakilan sebelum pemilihan CEC pada 15 Disember 2012 berdasarkan Perlembagaan DAP sendiri tidak dipatuhi, sebaliknya DAP yang dikuasai oleh Lim Guan Eng cuba membodoh-bodohkan semua pihak.





Sekarang, mereka menyalahkan ROS walhal dalam surat tersebut terang dan jelas apa yang dikehendaki oleh Perlembagaan DAP sendiri, yang dituntut oleh ROS agar dipenuhi, termasuklah nama pengundi hantu yang menjadi perwakilan dalam pemilihan CEC itu.

Justeru tindakan Ketua Pengarah ROS untuk tidak melayan 'sesi minum kopi' DAP yang menggunakan Teresa Kok sebagai umpan, sebenarnya jauh lebih baik kerana 'sesi minum kopi' tersebut sebenarnya adalah SALAH SATU BUDAYA RASUAH... sama ada RASUAH KESERONOKAN atau pun RASUAH UGUTAN.

Puak yang berasakan mereka lebih agung daripada mana-mana undang-undang dan akta di negara ini, sewajarnya tidak dilayan secara toleransi. Ajaran keras yang perlu mereka ingati, hanyalah dengan perlaksanaan undang-undang yang tegas.

Kalau UMNO sendiri pernah diharamkan dan kemudian dihidupkan semula, apa istimewanya DAP yang tidak perlu mengikut undang-undang negara? Adakah mereka fikir, dengan memiliki rangkaian rumah urut dan pusat hiburan, maka taktik mengumpan perempuan untuk melembutkan hati penguasa akan berkesan sepanjang masa?


Friday, July 29, 2016

PUSINGAN KEDUA RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA LIM GUAN ENG OLEH SPRM, MEMBUATKAN DAP MAHU PRN DIPERCEPATKAN!!!



Drama di Pulau Pinang membabitkan Lim Guan Eng-DAP-PKR masih lagi berlangsung. Di peringkat Pusat, pertelagahan antara Latheefa Koya dan Tony Pua yang dikatakan sebagai 'berbincang' oleh Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Besar Selangor, juga mendapat perhatian memandangkan kedua-duanya bertelagah secara terbuka menggunakan medan sosial.

Desas-desus juga semakin kuat, Anthony Loke, Ahli Parlimen Seremban akan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Justeru untuk itu, PKR perlu bersetuju dengan kehendak DAP untuk membolehkan DUN Pulau Pinang dibubarkan dan Anthony Loke bertanding di salah satu DUN di Pulau Pinang.


Pada masa yang sama, SPRM sedang melakukan 'lawatan' ke beberapa jabatan kerajaan yang berurusan dengan Jawatankuasa One-Stop-Centre Penang Island City Council (OSC) selain mengambil beberapa dokumen dari jabatan-jabatan kerajaan tersebut. Malah beberapa orang pegawai SPRM juga dikesan memasuki KOMTAR yang menempatkan pejabat Ketua Menteri. Sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa pusingan kedua tuduhan rasuah dan salahguna kuasa membabitkan Lim Guan Eng telah pun bermula.

Di Selangor, isu DEIG yang telah senyap, kembali ditimbulkan. Bukan daripada orang UMNO tetapi daripada kelompok pro-Pakatan Harapan sendiri yang anti-pentadbiran Azmin Ali. Kehilangan sejumlah besar wang bernilai RM7.65 bilion menggunakan syarikat berharga RM2, walaupun telah dinafikan oleh Azmin Ali namun penafian dan penjelasan yang dibuatnya di Sidang DUN pada Ogos 2015, menunjukkan ada sesuatu yang sedang disembunyikan.


Justeru itulah, Nurul Izzah, Naib Presiden PKR merangkap anak perempuan sulung Anwar Ibrahim cuba mencari jalan tengah dengan menyatukan semua kelompok yang bertelagah dalam Pakatan Harapan agar melupakan tentang persoalan-persoalan mereka, sebaliknya bersatu dengan isu 1MDB yang dilihat boleh menekan Najib Abdul Razak dan UMNO-BN.

Pilihanraya Negeri Pulau Pinang merupakan antara penyelamat Lim Guan Eng yang mampu difikirkan oleh DAP. Walaupun beberapa orang pemimpin DAP turut terlibat dalam mempopularkan dan memomok-momokkan tentang 1MDB tetapi kedudukan Lim Guan Eng yang terpalit dengan skandal rasuah dan salahguna kuasa terutama sekali membabitkan hartanah di seluruh Pulau Pinang, mampu membuatkan DAP kembali menjadi sebuah parti yang tidak popular di kalangan masyarakat Cina.

Dek kerana itulah, DAP memerlukan satu mekanisme yang membolehkan mereka terus memegang kuasa di Pulau Pinang, sekaligus 'membetulkan' semula kesilapan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dan pada masa yang sama, memastikan tabung mereka tetap penuh dan tidak terjejas kerana keyakinan yang terhakis di kalangan 'para pelabur'.

Bagaimanapun, PKR yang tahu kemenangan dan kejayaan mereka sebelum ini banyak bergantung dengan PAS, tidak yakin PRN adalah penyelesaiannya. Kebimbangan PKR bahawa mereka akan kehilangan banyak kerusi di Pulau Pinang, bertambah ekoran sambutan untuk parti tersebut semakin menipis. Apatah lagi di dalam PKR sendiri wujud peperangan sesama sendiri yang menyaksikan banyak muka-muka muda yang diperkenalkan oleh Anwar Ibrahim, dicantas dan sesetengahnya dipetisejukkan.


PAN pula tidak boleh diharap walaupun di sebalik gah dengan publisiti kononnya telah berjaya merampas ahli-ahli PAS, PAN sebenarnya tidak mempunyai pengikut baru. Malah tidak mempunyai kekuatan pada peringkat akar umbi.

Di sebalik gembar-gembur tentang 1MDB dan Malaysian Official No.1, Penang Official No.1 pula nampaknya semakin gentar biarpun mendapat bantuan dan sokongan daripada bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohammad.

Mungkin kegementarannya akan semakin ketara apabila ramai pegawai Imigresen yang ditangkap kerana terlibat dalam penyalahgunaan kuasa selain pemergian satu rombongan pihak berkuasa ke Hong Kong, yang menjadi DESTINASI POPULAR Guan Eng dan Betty Chew!!!


Thursday, December 31, 2015

DAP TIDAK MAMPU JAWAB DAKWAAN DR. ZUHDI MARZUKI MENGENAI BANTUAN USD300 JUTA DARI ISRAEL, TERPAKSA KALIH KEPADA UMNO!!!



Lim Guan Eng jangan cakaplah... memang senyap terus.

Lim Kit Siang?

Dia pura-pura pekak dan kononnya itu bukan masalah.

Tony Pua?

Tony Pua masih mencari-cari isu baru yang boleh dibangkitkan untuk menutup isu DAP dan Israel yang lebih awal didedahkan oleh orang DAP sendiri sebelum PRU-13 dahulu lagi.

Pendedahan yang dibuat oleh Dr. Zuhdi Marzuki bukannya pendedahan baru. Dr. Zuhdi hanya memperbaharui fakta yang cuba ditutup dan diselindungi oleh DAP daripada pengetahuan orang ramai, samalah seperti PKR dan Anwar Ibrahim cuba menyembunyikan pelbagai bentuk kewangan dan taktikal selain sokongan moral daripada pelbagai agensi yang mempunyai kaitan dengan Zionis Amerika Syarikat dan Jerman. (RUJUK SINI)

Cubaan DAP untuk menipu kononnya kesemua dananya berasal daripada jualan meja makan malam, kutipan derma dan potongan gaji langsung tidak terpakai memandangkan jumlah yang dibelanjakan oleh DAP sepanjang tahun 2008-2015 secara kasarnya mengatasi jumlah yang mampu dikutip. Tiada sesiapa pun yang percaya, hatta mayat reput dalam liang lahad, bahawa segala perbelanjaan dan kewangan DAP datangnya daripada sumber-sumber berkenaan.

Ditambah pula dengan berkembang biaknya industri lendir dan maksiat di kawasan-kawasan yang DAP kuasai!

Dr. Zuhdi Marzuki mengulangi pertanyaan daripada dakwaan bekas Pegawai Khas Lim Guan Eng sendiri iaitu Mohamed Razali Abdul Rahman yang sehingga kini tidak dijawab-jawab oleh DAP.

Dari MyMassa:

“Dakwaan yang dilontarkan oleh Mohamed Razali tentang hubungan DAP dan Israel ini lebih serius, malah apa yang didedahkan itu lebih mengancam keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam di Malaysia.

“Mohamed Razali melontar tiga dakwaan serius yang sehingga hari ini tiada penafian yang jelas dari DAP. Tiga dakwaan tersebut termasuk DAP didakwa ditawarkan dana PRU Ke-13 sebanyak USD300 juta (RM1.2 billion) oleh Israel,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, Mohamed Razali turut mendedahkan seramai 17 pemimpin DAP dilatih oleh pakar perisikan Israel untuk menjadi pakar strategi kerana beliau antara yang menjalani latihan tersebut.

Katanya lagi, Mohamed Razali turut mendedahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel, dan Mohamed Razali antara yang mengambil maklum urusan pertemuan tersebut.

“Mohamed Razali mendakwa sebuah pengkalan tentera Israel baru akan diwujudkan di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya.

Tidak menjawab pertanyaan tersebut, DAP menerusi Ketua DAPSY Perak, Howard Lee Chuan How menggunakan taktik sedia ada iaitu mengaitkan Zuhdi dengan UMNO. Zuhdi segera dijadikan sebab untuk mengaitkan UMNO dengan Israel pula sedangkan yang jelas menyokong Israel adalah DAP terutama menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik Nga Kor Ming beberapa hari lepas ekoran keengganan Kerajaan Malaysia memberikan visa kepada dua pelayar Israel untuk menyertai pertandingan kapal layar di sini.

Pertanyaan Zuhdi tidak dijawab. Dakwaan Mohamed Razali tidak pernah dibalas, malah Mohamed Razali sendiri tidak pernah diheret ke mahkamah untuk disaman walaupun saman fitnah adalah salah satu daripada rukun wajib DAP.

Zuhdi jadi mangsa dan pengalihan isu telah dibuat oleh DAP... DAP dalam duk sibuk dana politik orang lain, langsung tidak berani menjawab berhubung isu dana politik yang mereka sendiri terima.


Saturday, December 20, 2014

POLITIKKAN ISU PEKERJA BANGLADESH, DAP TAKUT BANGLA ULANGI PERANGAI CINA DAP DI MALAYSIA!!!


Sejak akhir-akhir ini seringkali kita dengar rungutan segelintir masyarakat berkenaan isu 12,000 warga Bangladesh yang bakal dibawa masuk ke Sarawak sebagai tenaga kerja.

Semestinya rakyat tempatan berasa agak tergugat kerana warga Bangladesh tersebut akan dibayar dengan gaji yang rendah sekaligus sedikit mengganggu trend pendapatan tenaga kerja warga tempatan.

Warga tempatan yang selesa dan boleh memilih tempat pekerjaan masing-masing terutama dalam sektor perindustrian atau perladangan bakal berhadapan dengan risiko peluang pekerjaan apabila mereka berpendapat apabila ada 12,000 warga Bangladesh yang pertama, pastinya akan ada puluhan ribu lagi bakal dibawa masuk seterusnya.

Mungkin juga jika diambil dari sudut yang lain, masalah majikan bakal selesai apabila sebelum ini mereka berhadapan dengan masalah tenaga kerja tempatan yang meminta gaji tinggi tetapi tidak mendapat memenuhi atau mencapai sasaran menyiapkan satu-satu projek.

Mengapa pula DAP mempolitikkan isu ini?

Jika kita balik semula dengan sejarah kemasukan warga Cina suatu ketika dulu ke Malaysia, kebimbangan warga asal amatlah tinggi pada masa tersebut. Bermacam andaian muncul, keresahan warga tempatan semakin tebal; bimbang warga tempatan disaingi warga Cina yang bakal masuk.

Akhirnya terbukti, dari asalnya sebagai tenaga kerja dan sekarang mereka telah menguasai ekonomi Malaysia. Kelihatan warga tempatan lebih ramai bekerja untuk warga Cina yang mana dahulu mereka cuma tenaga import untuk bidang tertentu sahaja.

Maka dari itulah kita mendapat jawapan mengapa DAP sekarang amat risau dengan kehadiran 12,000 warga Bangladesh ke Sarawak; mereka khuatir suatu hari nanti warga Bangladesh akan mengikut jejak mereka dan menjadi pesaing ekonomi warga Cina.

Namun kita kena berhati-hati dengan permainan politik yang diperjuangkan oleh DAP sekarang; mereka menyebarkan khabar buruk berkenaan kemasukan Bangla ke Sarawak namun secara diam-diam mereka sudah ada strategi mengimport lebih banyak tenaga kerja dari China sebagai alibi "kalau kerajaan boleh bawa masuk Bangla, kenapa kami tidak boleh membawa masuk lebih ramai warga China untuk gaji yang lebih rendah?".

Sekali lagi warga tempatan bakal menjadi mangsa permainan politik DAP!
 
Blogger Templates