Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label nizar jamaluddin. Show all posts
Showing posts with label nizar jamaluddin. Show all posts

Tuesday, April 11, 2017

IDRIS AHMAD NASIHAT NIZAR JAMALUDDIN SEDAR DIRI, DIA MENANG DI KAWASAN MELAYU 63% BUKAN KAWASAN CINA MAJORITI!!!



Idris Ahmad dalam Facebook peribadinya  menulis: 

Ada seorang wakil rakyat yang membawa lari kerusi PAS kata wakil Rakyat PAS yang kianat bukan dia yang kianat. Sebab wakil Rakyat PAS menang kerana orang bukan Islam undi. Dia pula menang kerana orang bukan Islam undi, bukan kerana orang PAS undi. Dia menang kerana orang undi Pakatan Rakyat bukan kerana undi PAS.

Saya senyum apabila berita ini sampai kepada saya. Saya jawab,
1. Betullah di setengah tempat seperti di Parlimen Bukit Gantang dengan izin Allah, orang bukan Islam mengundi saya.
2. Saya tanya balik, kalau setakat undi bukan Islam sahaja undi saya dan dia, adakah dia boleh menang.
3. Dakwaan beliau boleh diterima kalau dia bertanding di DUN Aulong Taiping atau Pokok Asam. Ini dia pun bertanding di DUN pengundi Melayu 63 peratus. Mungkin di dalam PRU 14 dengan ehsan Dap beliau bertanding di kerusi tersebut. Itu pun kalau Dap sudi memberi laluan.
4. Adakah lambang parti Pakatan Rakyat ada di dalam kertas undi.
5. Semasa dia lafaz baiah hendak menjadi calon adakah dia Sebut Wallahi Wabillahi Watallahi saya akan patuh kepada arahan pimpinan parti Pakatan Rakyat.
6. Berapa orang tenaga orang bukan Islam yang membantu beliau semasa kempen pilihanraya.
7. Bukankah tenaga PAS yang pergi merayu dari rumah ke rumah. Bukankah Jabatan Amal itu orang PAS. Bukankah pengawal keselamatan calon juga daripada orang PAS. Bukankah yang panjat pokok, gantung bendera orang PAS. Bukankah orang PAS yang manjadi perayu undi di bangsal panas daripada pagi hingga ke petang. Kadang-kadang terpaksa berlawan dengan jentera Umno pada hari mengundi. Bukankah yang penjadi PACA di dalam bilik mengundi juga orang PAS.

Tiba-tiba boleh mendakwa dia menang bukan kerana PAS. Cukuplah kamu meletakkan garam di tempat luka orang PAS dengan melarikan kerusi. Lebih baik diam, makan kenyang-kenyang elaun wakil rakyat, tetapi janganlah menghiris perasaan petugas PAS yang ikhlas. Petugas PAS tidak meminta upah dan belas kasihan, cuma mereka minta kejujuran, perkhidmatan dan santunan sahaja. Ahli PAS ikhlas, mereka hanya mendengar arahan dan wala' daripada pimpinan. Ingat! doa ahli marhain PAS yang ikhlas, insyAllah mustajab.

Rasa-rasanya, semua orang tahu, yang dimaksudkan oleh Idris Ahmad adalah bekas Menteri Besar Perak yang masih meroyan dan masih tidak dapat melupakan detik-detik indah dia bergelar Menteri Besar Perak iaitu Nizar Jamaluddin yang merupakan ADUN Changkat Jering.


Wednesday, June 8, 2016

MERENG DAN BIADAP SI NIZAR LAMBAI, BUKAN SAHAJA HISHAMUDDIN DAN ZAHID HAMIDI MARAH, PEMIMPIN PARTI DIA SENDIRI PUN JAUHKAN DIRI!!!



Kehilangan kuasa dan kemewahan telah membuatkan hampir kebanyakan orang jadi gila meroyan. Apatah lagi jikalau kuasa tersebut pada waktu yang langsung tidak diduga dan disokong pula oleh sekelompok manusia yang mahu mengkuda-kudakannya.

Itulah yang berlaku kepada Nizar Jamaluddin.

Dia menjadi Menteri Besar Perak selepas Ngeh Kor Ham tidak layak kerana Ngeh Kor Ham adalah seorang Cina dan bukan beragama Islam sedangkan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak mensyaratkan sebaliknya.

DAP tidak berpuas hati kerana kewujudan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak itu, tetapi akhirnya terpaksa mengalah dengan helah menaikkan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar tetapi semua jawatan Exco mereka sapu bersih. Nizar Jamaluddin sekadar proksi dan boneka yang digerakkan oleh Ngeh dan Nga, bercakap pun kalau disuruh Nga dan Ngeh selain meluluskan pelbagai tuntutan dan kemahuan DAP Perak.

Februari 2009, Nizar hilang kuasa. Perak kembali ke tangan BN. Nizar Jamaluddin jadi tidak tentu arah. Lawak-lawak jenaka seperti persidangan di bawah pokok, lawan tarik kerusi dan jubah, enggan keluar dari rumah rasmi dan sebagainya, menjadi tontontan rakyat. Dan kemuncaknya ialah apabila sebilangan ahli PAS yang dipercayai kini sudah pun menjadi ahli PAN, bergolek dan menelentang di atas jalan raya untuk menghalang kereta DYMM Sultan Perak dengan harapan, perlantikan Menteri Besar dari BN tiak berlaku.

Semenjak itu, Nizar Jamaluddin terus gila dan mereng. Untuk tempoh yang sangat lama, dia mengekalkan panggilan dirinya sebagai MB.

Pada PRU lalu, Nizar mereng lagi. Kegilaan dan ketidakwarasannya terbukti apabila dia menuduh Najib telah berkonspirasi dengan Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara selain SPR untuk menipu dalam keputusan PRU-13. Najib saman Nizar. Nizar yang pada mulanya beria-ia kata dia ada bukti, tetapi di mahkamah dia memohon maaf kepada Najib dan menarik balik tuduhannya walaupun tuduhan tersebut telah pun menimbulkan persepsi yang menyenangkan DAP.

Dalam PRK Kuala Kangsar, penyakit mereng Nizar kembali menyerang. Nizar bukan sahaja menghina keluarga Allahyarham bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar tetapi dia juga mengangkat dirinya setaraf wali yang menerima 'pesanan' Allah Taala agar dia menjatuhkan kerajaan Najib Abdul Razak kerana Najib dan Zahid dikatakannya sebagai orang yang bertanggungjawab membuatkan dia kehilangan jawatan Menteri Besar Perak.


Sedar penyakit mereng Nizar akan membuatkan PAN Perak malu besar, tiada seorang pun pemimpin PAN Perak yang sudi bersama-sama Nizar. Nizar bersendirian dan pendapatnya dikatakan pendapat peribadinya. (RUJUK SINI)

Maknanya, kalau nak bertaubat, Nizar mereng a.k.a Nizar Lambai kena taubat sorang-sorang.

Wednesday, October 28, 2015

AMBOI BAIKNYA HATI NAJIB!!! BUAT FITNAH, BERIA-IA NAK KE MAHKAMAH, TAPI SUDAHNYA DIBEBASKAN DENGAN MEMINTA MAAF SAJA?!!!



Nizar Jamaluddin, manusia sarkas yang telah diprojekkan oleh DAP untuk menjadi badut, terutama selama 11 bulan DAP berkuasa di Perak berMenteri Besarkan Nizar Jamaluddin, rupa-rupanya hanya membuang masa mahkamah dan mempermain-mainkan proses perundangan.

Kes yang sepatutnya lebih mudah diselesaikan pada peringkat awal dengan permohonan maaf secara terbuka, terpaksa menjalani proses perundangan tetapi berakhir dengan benda yang sama iaitu MINTA MAAF dan NAJIB PUN MEMAAFKAN NIZAR JAMALUDDIN!!!

Kita membayangkan jikalau Najib dan Nizar bertukar kedudukan. Rasa-rasanya sekarang ini, Najib tidak cukup tanah dikerjakan. Rasa-rasanya tidak ada perkataan yang boleh digunakan untuk menggoreng rentung Najib dan seluruh keluarganya. Najib sudah pasti akan digambarkan sebagai manusia bajingan yang cukup laknat dan hina kerana terpaksa meminta maaf kepada Nizar kerana telah melakuan fitnah.


Sudah tentu jugalah pihak yang paling aktif sekarang adalah DAP dengan muka Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham ada di mana-mana mengejek dan mempermain-mainkan permohonan maaf Najib.

Tentu anda masih ingat ketika Najib meminta maaf bagi sebarang kesilapan pentadbiran lalu. Permohonan maaf itu telah dipolitikkan oleh para pemimpin DAP, PKR dan para penyokong mereka.

Malangnya dalam kes Nizar Jamaluddin menfitnah Najib, tidak pula jadi begitu. Sebaliknya, dengan mudah, tanpa banyak publisiti Nizar dibebaskan dengan hanya permohonan maaf di mahkamah.

Tidak menghairankan bagaimana Najib tidak bernasib baik kerana kemurahan hatinya itu tidak mengubah sebarang tanggapan dan persepsi negatif yang telah ditanam oleh para pakar saraf DAP dan PKR. Tanpa sedikit pun menceritakan tentang apa yang telah dilakukan oleh Najib kepada Nizar, si gila yang mahu menderhaka demi kecintaannya kepada Ngeh dan Nga, DAP terus mencari-cari isu yang boleh digunakan untuk menghentam Najib Abdul Razak.

Kenapalah Najib tidak terus menyaman Nizar Jamaluddin?


Orang seperti Nizar Jamaluddin dan gerombolannya tidak boleh diajar dengan budi bahasa. Mereka hanya boleh diajar dengan denda yang berat dan membuatkan mereka tertungging dengan jubur menghadap langit.

Kesilapan terbesar orang Melayu dan para pemimpin mereka ialah, TERLALU BAIK HATI di mana akhirnya BAIK HATI itu akan dibalas dengan cara limpahan najis dari puncak kepala ke hujung jari kaki.

Najib melakukan perkara yang sama!

Tengoklah, Nizar Jamaluddin tidak akan mengambil masa yang lama untuk membalas tindakan Najib dengan fitnah demi fitnah yang disambut tepuk tangan oleh para pemimpin DAP pujaan dan kecintaannya!!!


Monday, April 13, 2015

NIZAR JAMALUDDIN TERGOLEK DARI JAWATAN YANG DIPERTUA PAS KAMPAR KERANA SURAT LAYANG?



Berita tentang kekalahan besar Nizar Jamaluddin sebagai Yang Dipertua PAS Kampar, jawatan yang disandangnya selama 7 penggal atau lebih kurang 14 tahun, amat mengejutkan. Sekaligus memberi tamparan kepada Mat Sabu, Husam Musa dan semua Anwaristas Pro-Pakatan dalam PAS selain penyokong-penyokong DAP/PKR.

Pada 21 Mac, bekas Menteri Besar Perak dan Ketua PAS Perak, Nizar Jamaluddin telah memberikan kenyataan bersama dengan para pemimpin Pakatan lain termasuklah pemilik Rumah Putih Ipoh dan tokey balak Hulu Kelantan, Nga Kor Ming bahawa Pakatan Rakyat menolak hudud sebagai bukan sebahagian daripada manifesto Pakatan Rakyat. (RUJUK SINI)

Nizar turut menyatakan, 'kepimpinan PAS perlu berubah.' (RUJUK SINI)

Seiringan dengan kenyataan Nizar itu, Dewan Ulama PAS Perak telah menunjukkan kepada Nizar, siapa sebenarnya lebih berkuasa dengan mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Dewan Ulama PAS Perak telah hilang keyakinan kepada Nizar. (RUJUK SINI)

Hasilnya, dalam pemilihan PAS Kampar semalam, Nizar kehilangan jawatan yang disandangnya selama bertahun-tahun. Kekalahan tersebut cukup memalukan memandangkan dia kalah di tempatnya sendiri dengan imej sebagai bekas Menteri Besar dan Pengerusi Pakatan Rakyat Perak. (RUJUK SINI)

Situasi ini jelas membuktikan bahawa kumpulan Ulama dan kumpulan pro-Hadi di dalam PAS amat berkuasa dan sebarang cubaan untuk menggulingkan mereka, akan menghasilkan kekalahan yang memalukan. 

Amat malang bagi Mat Sabu, Lim Guan Eng, Husam Musa, PASMA-DAP, dan terlebih-lebih lagi malang kepada Pakatan Rakyat dan pembenci Hadi. 

Jikalau bersandarkan kepada beberapa kekalahan golongan PASMA, tidak mustahil sekiranya Husam Musa dan Mat Sabu akan kalah teruk dalam pemilihan PAS Pusat sekiranya mereka masih berani untuk bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Dan tidak mustahil juga, pemimpin-pemimpin PAS yang pro-Anwar seperti Khalid Samad dan Hanipa Maidin serta lain-lain akan menghadapi tekanan luar biasa dalam tempoh beberapa minggu ini. 

Jikalau tekanan berterusan, tidak mustahil sekiranya mereka meninggalkan PAS dan menyertai PASMA yang kemudian didaftarkan sebagai parti politik. 

Mungkin ada baiknya jikalau para penyokong PKR dan DAP mencari alternatif lain berbanding berusaha untuk menyingkirkan Hadi Awang sebagai Presiden PAS.


LIM SIAN SEE


Tuesday, March 24, 2015

NIZAR JAMALUDDIN MASIH LAGI BERANGAN-ANGAN NAK JADI MENTERI BESAR PERAK DAN AKUR DENGAN KEHENDAK NGEH-NGA!!!



Tahun 2008 sehingga Februari 2009 mencatatkan sejarah paling menarik di Perak apabila seorang anak Melayu yang datang dari parti PAS, yang ceramahnya begitu hebat dengan unsur-unsur agama, tetapi apabila dilantik sebagai Menteri Besar Perak, dia hanyalah seorang barua yang seronok menjadi boneka melakukan pelbagai kerja untuk DAP atau lebih tepat lagi Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham. Tidak ada sebarang usahanya sepanjang 11 bulan sebagai Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin bertindak untuk kebaikan PAS, sebaliknya Nizar hanya memilih untuk memberikan pelbagai kelebihan dan keistimewaan kepada Nga-Ngeh dan DAP sehinggakan status tanah pajakan pun dijadikannya 999 tahun semata-mata kerana kehendak DAP.

Puak-puak PKR dan DAP sekarang ini cuba menjadikan UMNO sebagai kambing hitam mereka dalam isu hudud. UMNO dituduh sebagai pengatur politik hudud yang dibentangkan oleh PAS Kelantan dan kemudian disokong sebulat suara oleh DUN Kelantan, termasuklah dari kalangan UMNO dan wakil tunggal PKR.

DAP menerusi Lim Guan Eng menuduh UMNO telah berjaya memperdayakan Abdul Hadi Awang sehingga mengikut kehendak UMNO dan kemudian melemahkan Pakatan Rakyat.

UMNO yang dahulunya dituduh sebagai taghut, penentang al Quran, penentang Islam dan hukum hudud, kini dituduh sebagai dalang sebenar pembentangan hukum hudud di DUN Kelantan dan RUU di Parlimen. UMNO yang dahulunya ditentang, ditohmah, difitnah dan dikeji kerana menyatakan hudud masih belum boleh dilaksanakan selagi umat Islam di negara ini belum bersedia dari segi mental, ilmu, kesedaran, kemantapan akidah mahupun kekuatan ekonomi, sekarang ini dikatakan sebagai penyokong hudud dan dalang kepada keputusan PAS?

Keputusan yang dibuat oleh Nizar Jamaluddin, menunjukkan PAS sedang diambang kepupusan kesan daripada tahaluf siyasi dengan DAP. Hakikat yang selama ini ditolak oleh PAS sendiri, sedang terbentang di hadapan mata. Walaupun pada masa yang sama, mereka masih cuba menafikan peranan yang dimainkan oleh DAP dan kemusnahan dari dalam menerusi agen-agen DAP yang menyamar sebagai pemimpin PAS.

Apa lagi yang mereka boleh katakan apabila Nizar Jamaluddin secara terbuka menyatakan, kalau Pakatan Rakyat memerintah Perak kembali, undang-undang hudud tidak akan dilaksanakan di Perak?

Adakah itu juga kerja UMNO? Adakah Nizar Jamaluddin, Ngeh Kor Ham dan Nga Kor Ming dibayar oleh UMNO untuk mengeluarkan kenyataan tersebut?

Ahli-ahli PAS yang selama ini begitu taksub dengan DAP dan enggan menerima hakikat sebenar, sepatutnya sudah membuka mata dan menyedarkan diri mereka sendiri daripada lamunan dan mimpi-mimpi indah yang diberikan oleh DAP selama ini.

PAS tidak berguna barang seduit pun, melainkan untuk kemudahan DAP!!!

Tak sedar-sedar jugak lagi? UMNO juga yang dipersalahkan?


 
Blogger Templates