Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label kenaikan harga barang. Show all posts
Showing posts with label kenaikan harga barang. Show all posts

Monday, March 4, 2019

MENJELANG RAMADAN DAN AIDILFITRI, SEBIJI TELUR AYAM BAKAL MENCECAH HARGA RM1.00 SEBIJI... TAHNIAH KERAJAAN PAKATAN!!!



Pada 17 Disember 2018, Salahuddin Ayub si Menteri Pertanian dengan penuh bangga memanggil sidang media dan membariskan pegawai-pegawai kanan kementeriannya untuk mengumumkan yang Kerajaan Pakatan telah berjaya menurunkan harga telur RM0.02 sebiji.

Maka berkokoklah sekalian penyokong Pakatan kononnya, hanya pada zaman Pakatan memerintah Malaysia, harga barang telah berjaya diturunkan. Maka lebih kuat kokok Menteri-Menteri Melayu Pakatan dalam usaha menyokong Lim Guan Eng dan Tony Pua bahawa SST sebenar-benarnya menurunkan harga barang.

Apabila orang ramai menyatakan perkara sebenar bahawa harga telur itu sebenarnya tidak turun sebagaimana yang diumumkan oleh menteri, bahkan harganya terus naik, Menteri KPDNHEP Saifuddin Nasution pula dengan penuh lagak berkata, rakyat sepatutnya menyalurkan maklumat tersebut kepada kementeriannya, bukannya bising-bising di media sosial.

Dan mungkin kerana sudah malu kerana dia menipu, Lim Guan Eng akhirnya memberitahu bahawa dia tidak pernah berjanji SST akan menurunkan harga barang. Tony Pua yang dengan penuh bangga berkata dalam Dewan Rakyat pada 7 Ogos 2018 berkata, SST akan menurunkan harga barang, terus senyap sampai ke hari ini. (RUJUK SINI)

Pakatan Harapan bermula dengan pelbagai janji lunak untuk rakyat Malaysia. Namun apa yang mereka lakukan selepas mereka berjaya mengambilalih kerajaan ialah terus memberikan pelbagai alasan tidak munasabah dan sentiasa menyalahkan Kerajaan terdahulu bagi setiap kegagalan mereka.

Mungkin Pakatan Rakyat terlalu melihat rakyat Malaysia ini bodoh dan jahil. Justeru, bagi mereka, rakyat Malaysia mudah diperbodoh-bodohkan dan ditemberang.

Hakikatnya rakyat sedar, kenaikan harga barang tidak boleh ditahan-tahan. Harga barang tidak pernah turun seperti yang cuba digambarkan oleh Pakatan Harapan atau lebih tepat lagi DAP ketika mereka berkempen untuk berkuasa sebelum PRU-14.

Namun kenaikan mendadak harga barangan selepas DAP dan Pakatan berkuasa, bukanlah kerana faktor Permintaan dan Penawaran, sebaliknya kerana kelemahan dan ketamakan Kerajaan Pakatan sendiri.

Mengikut data rasmi Kementerian Pertanian sendiri, harga telur ayam melonjak lebih 100% dalam tempoh 10 bulan Pakatan Harapan memerintah Malaysia.

Sebelum PRU-14, harga di ladang untuk telur gred AAA hanyalah RM0.27 sen manakala harga gred c pula adalah RM0.24 sen.

Namun minggu lepas, harga telur gred AAA di ladang sudah mencecah RM0.43. Manakala telur gred C pula naik ke RM0.40 sebiji.

Itu harga di ladang. Sudah tentulah harga runcit lebih mahal dari harga yang tertera pada data rasmi Kementerian Pertanian. Lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman yang kebanyakan penduduknya kais pagi makan pagi.

Telur ayam selain ikan bilis kini merupakan makanan wajib di kalangan rakyat berpendapatan rendah ekoran harga barang yang melambung naik. Nampaknya, Kerajaan Pakatan Harapan tidak langsung berasa belas dan kasihan terhadap golongan miskin sehinggakan makanan mereka pun dinaikkan harga dan menjadi mahal.

Sekaligus menunjukkan dan membuktikan bahawa Menteri Pakatan berbohong. Kerajaan Pakatan juga adalah penipu.

Mungkin disebabkan itulah mereka tidak berasa bersalah langsung menipu manifesto, memiliki sijil tipu dan terus menipu untuk menikmati kadar gaji tinggi yang dibayar oleh rakyat Malaysia kepada mereka.

Sebelum ini, Saifuddin Nasution berjanji yang pihaknya akan melakukan siasatan berhubung kenaikan harga KFC tahun lepas?

Mana hasil siasatan itu? Apa yang sudah berlaku? Kalau Lim Guan Eng dengan terowong dasar laut Pulau Pinangnya, mungkinlah kut siasatan susah nak dibentangkan sebab kertas kajian tak siap-siap lagi walaupun bayaran RM305 juta telah dilunaskan, takkan Saifuddin dengan siasatan harga KFC pun masih tidak lengkap-lengkap juga?

Kalaulah makanan asas seperti telur pun tidak dapat dikawal harganya, macam manalah Pakatan masih ada muka hendak bercakap tentang kawalan harga atau memperjuangkan nasib rakyat?

Nak jaga telur pun, tak lepas... kata Najib Abdul Razak! (RUJUK SINI)


Thursday, November 16, 2017

KARTEL SUDAH BAGI AMARAN, HARGA IKAN, KERANG DAN SAYUR AKAN NAIK MENDADAK!!!



Walaupun pergantungan Malaysia, khususnya di Semenanjung kepada makanan laut domestik agak rendah berbanding import, namun penguasaan kartel ke atas pengedaran dan pemborongan barangan makanan amat kuat. 

Kartel sebenarnya tidak perlu memberikan sebarang alasan untuk menaikkan harga agar mengurangkan pembekalan ke pasaran. Mereka boleh berbuat sesuka hati apatah lagi pihak berkuasa khususnya KPDNKK terlalu takut untuk bertindak terhadap mereka. Dalam sebarang masa, KPDNKK akan mencari-cari alasan yang paling sesuai untuk mewajarkan tindakan kartel. 

Kartel menguasai segala-galanya, dari pemborongan sehinggalah ke pengedaran. Mereka membeli pada harga murah, kemudian menggunakan kuasa monopoli yang membabitkan pengangkutan dan berselindung di sebalik pelbagai persatuan, untuk menetapkan harga tinggi yang tidak boleh ditolak oleh pengguna. 

Pengguna di Malaysia sebenarnya tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan terpaksa menggunakan khidmat yang dipaksa oleh kartel ini.

Walau bagaimanapun, sama seperti perniagaan-perniagaan kapitalis lain, kartel di Malaysia masih lagi memberikan pelbagai alasan untuk mewajarkan tindakan mereka menaikkan kadar harga. 

Terbaru, beberapa kartel yang terbabit dalam industri perikanan memberi amaran, harga ikan dan hasil laut dijangka naik kerana alasan monsun dan musim tengkujuh. 

Walaupun sebahagian besar hasil laut yang digunakan oleh rakyat Malaysia khususnya di Semenanjung berasal dari Thailand dan Indonesia, manakala hasil-hasil laut Malaysia pula dihantar ke Singapura untuk dieksport ke negara-negara lain termasuklah Hong Kong, alasan monsun itu akan digunakan untuk mewajarkan kenaikan. 

Persatuan Nelayan Pantai Remis contohnya berkata, harga kembung akan meningkat antara RM5 dan RM10 sekilogram, manakala sardin pula akan meningkat dari RM4 kepada RM7. Koperasi Nelayan Kuala Sepetang pula berkata, kerana musim hujan, penangkapan ikan jatuh mendadah berbanding tahun-tahun lepas. Persatuan Nelayan Johor Selatan pula berkata, orang tengah atau pemborong adalah penyebab harga ikan meningkat semasa musim tengkujuh. (RUJUK SINI

Ironinya, harga ikan dan sayur di Singapura langsung tidak terjejas dengan musim tengkujuh seperti alasan yang diberikan di Semenanjung Malaysia. 

Sepatutnya pihak berkuasa mengeluarkan lebih banyak AP untuk mengimport lebih banyak hasil laut ke pasaran bagi menstabilkan harga, bukannya hanya menerima alasan-alasan yang diberikan oleh pihak kartel. Dan sepatutnya pasaran di Malaysia perlu lebih terbuka berbanding sekarang yang dikawal dan dimonopoli oleh kartel-kartel yang berselindung di sebalik nama persatuan.

Atau barangkali sudah sampai masanya pihak berkuasa didesak untuk mendedahkan kepada siapa AP dan permit diberikan?

Thursday, July 9, 2015

TAKKAN KPDNKK SETAKAT AKUI HARGA 4 JENIS BARANGAN KAWALAN TERMASUK DAGING LEMBU TEMPATAN DAN DAGING KERBAU IMPORT MENINGKAT LEBIH TINGGI!!!



Harga maksimum borong dan runcit empat jenis barangan kawalan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini adalah lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Antara barangan yang mengalami kenaikan adalah daging lembu tempatan, daging kerbau import, bawang merah kecil (India) dan bawang putih (China).

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Azmi Lateh berkata, keempat-empat barangan itu menunjukkan kenaikan harga antara RM1.50 dan RM2 berbanding tahun lalu.

Menurutnya, penetapan harga itu berdasarkan beberapa faktor antaranya permintaan tinggi pada musim perayaan selain kos pengeluaran dan operasi, pertukaran mata wang serta mengikut kesesuaian harga pasaran semasa.

“Harga empat jenis barangan mengalami sedikit kenaikan tahun ini kerana beberapa faktor antaranya pertukaran mata wang dan penawaran yang tinggi.

“Namun terdapat juga barangan yang diturunkan harga seperti ikan kembung termasuk ikan mabung ditentukan lebih rendah pada tahun ini iaitu RM11 sekilogram berbanding RM12 pada tahun lalu,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan skim kawalan harga musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 2015 peringkat negeri, di sini hari ini.

Antara barangan kawalan pada tahun ini adalah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, telur ayam gred B, telur ayam gred C, cili merah, tomato, kelapa biji, kelapa parut, bawang besar import dan ubi kentang (China) dengan harganya dikekalkan.

Jelas Azmi, harga barangan itu dapat dikekalkan kerana bekalannya stabil dan mencukupi untuk menghadapi musim perayaan ini.

Tambahnya, biarpun harga barangan ditetapkan pada harga maksimum namun peniaga digalakkan untuk menjual barangan terpilih pada harga le­bih rendah sekiranya harga yang diperoleh lebih rendah. (SUMBER)


Sunday, June 21, 2015

KPDNKK OII.... HARGA BARANG-BARANG BUKAN MAIN MAHAL NI!!!



GST dijadikan alasan.

Puasa dijadikan alasan.

Cuaca dijadikan alasan.

Dan tidak kurang juga ada yang bagi ALASAN TERBODOH iaitu 1MDB untuk menaikkan harga barang jualan mereka!!!

Pergilah ke pasar, pergilah ke kedai, malah pergilah ke bazar-bazar Ramadhan yang bersepah-sepah di seluruh negara. Janganlah hanya melenggak di hotel-hotel untuk makan bufet yang ditaja sahaja.

Tanya harga dan selidikilah harga barangan. Anda pasti akan terpaku.

Kecualilah kalau anda bukannya jenis tahu membeli barang basah sebalikya hanya tahu mentekedaghah!

Masa kecoh-kecoh harga barang hari itu, kerap jugalah berita tentang operasi KPDNKK untuk memastikan para peniaga tidak mencatut harga. Itu pun pasal orang ramai memekak dan mengaitkan GST sebagai punca kenaikan harga barangan.

Tetapi seperti dalam kes-kes yang lain, penguatkuasaan tidak pernah berpanjangan. Cukup sekadar untuk diterbitkan dan disiarkan oleh media untuk memperlihatkan KPDNKK buat kerja, selepas itu, KPDNKK pun kembali bercuti.

Apakah KPDNKK tidak peka dan tidak tahu tentang kenaikan harga barangan yang sedang berleluasa sepanjang minggu ini? Apakah pegawai-pegawai di KPDNKK itu sekadar merenung Excel dan Presentation untuk mereka membuat kesimpulan, HARGA BARANGAN ADALAH STABIL?

Jangan pula hendak gunakan alasan 'TIDAK CUKUP KAKITANGAN' seperti yang biasa digunakan, kemudian memberikan alasan, TIADA KENAIKAN sebab tidak banyak laporan kepada KPDNKK.

Rungutan demi rungutan orang ramai, bukannya sering dihantar ke website KPDNKK. Sebaliknya para pegawai dan anggota-anggota penguatkuasa KPDNKK perlu sendiri turun ke bawah untuk menyiast dan membuat tinjauan bagi mendapatkan gambaran sebenar.

Tak payahlah pula buat pengumuman sebelum melaksanakan operasi pencatutan, yer? Itu nampak macam nak suruh pihak yang mengawal harga barang, bersedia untuk menurunkan harga semasa operasi dilancarkan.

Sudah masuk hari keempat Ramadhan, harga barang semakin meningkat dan dipercayai, peningkatan akan lebih memeritkan menjelang minggu kedua puasa kerana sambutan hariraya Aidil Fitri yang bakal tiba.

Sudahlah sempadan dan perairan negara pun mudah ditembusi oleh lanun dan penjenayah, harga barang dan bekalan mentah barangan pengguna pun, susah nak dikawal oleh pihak berkuasa.

Apa sudah berlaku Malaysia ni?

Agensi ada pelbagai tetapi semuanya berkongsi alasan, 'KAMI TIDAK CUKUP KAKITANGAN'!!!


Thursday, June 11, 2015

JEMUAN 'ATTENTION SEEKER' MERANGKAP TUKANG NUJUM TUDUH KASTAM ARAHKAN PENIAGA NAIKKAN HARGA BARANG!!!



Seorang penulis blog mendakwa pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menasihatkan peniaga supaya menaikkan harga barang untuk mengurangkan beban kos operasi.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin mendakwa, seorang peniaga yang juga rakannya telah memaklumkan kepadanya tentang perkara itu.

Dakwanya, pegawai kastam menyuruh rakannya menaikkan sedikit harga makanan untuk mengurangkan beban operasi dan menstabilkan keuntungan apabila GST dilaksanakan.

“Seorang rakan menceritakan pengalamannya ketika didatangi oleh pegawai kastam. Pegawai kastam itu telah memintanya menaikkan sedikit harga makanan yang dijualnya berbanding sebelumnya.

“Peniaga itu keliru dengan saranan menaikkan harga makanan kerana ia seperti dengan sengaja meletakkan dua beban kepada pengguna iaitu kenaikan harga barangan dan cukai GST sebanyak enam peratus,” tulisnya menerusi shahbudindotcom.blogspot.com.

Shahbudin yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan berkata, pengalaman yang diceritakan peniaga itu menunjukkan terdapat peniaga telah diperkudakan.

“Apakah perbuatan meminta peniaga menaikkan harga barangan itu merupakan dasar dan dalam pengetahuan kerajaan atau hanya merupakan kes terpencil saja?,” soalnya.

Katanya, kerajaan hanya menyalahkan peniaga menaikkan harga barang apabila rakyat mengadu, tetapi tidak pernah mengaku kelemahan pelaksanaan sistem pencukaian kepenggunaan itu.

“Semua kesalahan mengenai kenaikan harga barang hanya ditujukan kepada peniaga dan belum pernah lagi kerajaan mengakui mereka ada kesilapan atau kelemahan dalam pelaksanaan GST,” tulisnya. 



Sunday, May 3, 2015

BODOH TAK BERTEMPAT... GST DISERANG, PENIAGA TAMAK DIBIARKAN BERMAHARAJALELA!!!



Apabila harga minyak naik, para peniaga berkata, kos import mereka meningkat dan kerana itulah, harga barang perlu dinaikkan. Tetapi apabila harga petrol turun, harga barang tetap juga tidak turun.

Apabila Ringgit melemah, para peniaga berkatakos import telah meningkat. Dan kerana itulah, harga barang dinaikkan. Tetapi apabila Ringgit mengukuh (seperti mana yang berlaku pada tahun 2011), harga barang tetap juga tidak turun.

Apabila tarif elektrik dinaikkan, para peniaga berkata, kos import telah meningkat dan kerana itulah harga barang perlu dinaikkan. Tetapi apabila tarif elektrik diturunkan, harga barang tetap juga tidak turun-turun.

Apabila gaji kakitangan awam dinaikkan, para peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang dan mereka mengekalkan harga tinggi. Semasa musim perayaan, para peniaga menggunakan alasan permintaan tinggi, sekaligus mendorong harga tinggi dan harga tinggi itu pun kekal tidak turun-turun.

Kesemua yang di atas telah berlaku selama bertahun-tahun dan telah terbukti.

Terdapat 3 soalan mudah yang diharap, boleh dijawab.

1) Mengapakah harga meningkat dan tidak pernah turun-turun?
2) Pada tahun berapakah dalam sejarah Malaysia, harga sesetengah barangan atau perkhidmatan telah diturunkan atau tidak pernah meningkat?
3) Apa punca sebenar kenaikan harga?


Kalaupun kerajaan menghapuskan GST hari ini dan seterusnya, malah kembali menggunakan SST, harga barang dan perkhidmatan tidak akan turun sama sekali, malah akan semakin meningkat.

Ramai daripada kita yang menentang GST dan menjadikan GST sebagai punca serta alasan kenaikan harga barang. Kita mungkin betul tetapi punca sebenarnya adalah ketamakan dan keserakahan peniaga serta pemonopoli. Kita marahkan kerajaan kerana menguatkuasakan GST tetapi kita langsung tidak berani mengusik peniaga-peniaga tamak dan pemonopoli yang sentiasa mencari-cari alasan untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.

Peningkatan harga berlaku sepanjang sejarah dan jawapan kepada kenaikan tersebut adalah kerana gaji dah upah selain permintaan.

Adalah TERLALU AMAT MUSTAHIL kerajaan mengawal kenaikan harga pada sepanjang masa. Yang pasti, apabila orang ramai mempunyai lebih banyak wang, kenaikan gaji berlaku, permintaan selain peningkatan populasi dan kenaikan taraf hidup dalam populasi, kenaikan harga akan berlaku.

Keadaan ini sudah berlaku semenjak 100 tahun lalu, 50 tahun lalu, 10 tahun lalu dan ia akan berterusan 10 tahun akan datang, 50 tahun akan datang dan 100 tahun akan datang.

Apa yang kerajaan mampu lakukan ialah mengawal kenaikan harga tidak munasabah, bukannya sebarang peningkatan harga.

Para peniaga dan pengguna yang sebenarnya harus memainkan peranan mereka dalam mengekang kenaikan harga dengan cara yang lebih munasabah. Para peniaga perlu bertanggungjawab dan kenaikan harga secara wajar sekiranya perlu. Dengan berlaku jujur dan memberikan harga munasabah, para peniaga sendiri akan 'dihadiahkan' jumlah jualan yang besar dan lebih ramai pelanggan setia, malahan akan bertambah maju pada jangka panjang.

Sekiranya harga yang ditawarkan terlalu tinggi, para peniaga sendiri sebenarnya yang mengajak lebih banyak persaingan apabila lebih ramai yang akan melibatkan diri dengan perniagaan serupa. Sudah pastinya akan ada golongan yang mahu membuat untung.

Para pelanggan sebaliknya perlu lebih bijak mencari kedai-kedai dan jenama-jenama alternatif sekiranya sesetengah kedai atau jenama tiba-tiba sahaja menaikkan harga. Para pengguna tidak seharusnya membiarkan para peniaga berfikiran bahawa mereka bebas menaikkan harga dengan terus menyokong perbuatan dan amalan tamak mereka, kemudian merungut dan menyalahkan kerajaan.

Malah para pengguna juga perlu lebih bijak menggunakan saluran-saluran yang ada untuk membuat aduan sekiranya mengetahui terdapat peniaga yang terlibat dalam pencatutan, sekaligus membolehkan mereka disiasat oleh pihak berkuasa dan dikenakan tindakan.

Apabila kita membayar pada harga tinggi, kita sebenarnya membenarkan para peniaga tamak untuk terus menaikkan harga. Apabila kita menyalahkan kerajaan kerana kenaikan harga, walhal kita sendiri yang menyokong para peniaga tamak, kita sebenarnya yang bodoh dan perlu dipersalahkan, bukannya kerajaan.

Didik diri sendiri dahulu sebelum menyalahkan pihak lain, terutama sekali kerajaan!!!

LIM SIAN SEE


Monday, April 27, 2015

BAGUS!!! PERANG HARGA TESCO DAN MYDIN... TAPI TESCO TETAP KALAH!!!


Nampaknya ada impak dari pendedahan saya bulan lepas tentang manipulasi harga pasca GST yg dilakukan oleh beberapa pasaraya gergasi di Malaysia. TESCO, Giant dan Big Aeon JUSCO ternyata tewas di tangan Mydin yang menawarkan harga yg amat berpatutan dan tambahan pula mereka (Mydin) menyerap GST.

Tinjauan terbaru saya mendapati TESCO berusaha menurunkan harga barangan bagi menyaingi harga barangan Mydin. Sabun pencuci Joy misalannya diturunkan harga secara drastik setelah pendedahan dilakukan sebelum ini. Apakah penurunan harga ini signifikan atau tidak, saya serahkan kepada pengguna utk menilainya.

Berikut adalah harga beberapa barangan yg saya survey secara rawak bagi tujuan perbandingan.


1. Beras Taj Mahal (5 kg)
TESCO: RM 32.99
MYDIN: RM 34.90
Beza: -RM 1.91


2. Sabun pencuci Joy
TESCO: RM 9.95
MYDIN: RM 8.45
Beza: RM 1.50


3. Sabun pencuci Dynamo (4.4 kg)
TESCO: RM 19.99
MYDIN: RM 18.60
Beza: RM 1.39

4. Sabun pencuci Dynamo (refill-1.7 kg)
TESCO: RM 9.95
MYDIN: RM 8.99
Beza: RM 0.96


5. Shieldtox (800ml X 2 unit)
TESCO: RM 18.90
MYDIN: RM 18.90
Beza: Sama

6. Sardin tin jenama TC Boy 180g
TESCO: RM 5.79
MYDIN: RM 5.85
Beza: -RM 0.06


7. Sardin tin jenama Marina 425g
TESCO: RM 5.89
MYDIN: RM 5.40
Beza: RM 0.49

8. Sardin jenama TC Boy 425g
TESCO: RM 7.45
MYDIN: RM 6.20
Beza: RM 1.25

9. Sos Cili Jenama Life (Jumbo size 725g)
TESCO: RM 3.99
MYDIN: RM 4.25
Beza: -RM 0.76

10. Quaker Oat 1.2kg
TESCO: RM 15.99
MYDIN: RM 12.90
Beza: RM 3.09

11. Minyak masak jenama Naturel 3kg
TESCO: RM 22.99
MYDIN: RM 25.65
Beza: -RM 2.66

Nota: Barangan2 makanan bertin dan sabun pencuci adalah antara barangan yg dikenakan GST. Harga yg dipaparkan adalah harga termasuk GST.

Walaupun harga ditawarkan TESCO kelihatan semakin kompetitif (tidak cekik darah seperti sebelum ini), anda akan tetap mendapat penjimatan sebanyak RM 3.29 sekiranya anda berbelanja di Mydin.

Sebenarnya ini yang kita mahu. Persaingan harga yg kuat bagi memenangi hati pengguna. Jika diluar negara, para pengguna akan boikot pasaraya yg mahal hingga mereka tunduk kepada kehendak pengguna.

Terpulang kepada rakyat Malaysia (terutamanya penduduk bandar spt saya) pasaraya mana antara kedua pasaraya gergasi ini yang menjadi pilihan destinasi berbelanja.

Namun secara peribadi, saya lebih suka berbelanja di pasaraya yg tidak mengambil kesempatan seperti Mydin dan yg menawarkan harga yg berpatutan. Dalam keadaan MYDIN menyerap GST, mereka masih mampu memberikan penjimatan keseluruhan berbanding TESCO.

Namun demikian MYDIN perlu meneliti semula harga beberapa barangan seperti minyak masak dan beras yang menunjukkan perbezaan yang agak ketara dengan TESCO menawarkan harga yg lebih murah.

Kesimpulannya: Nice try TESCO...try harder. (SUMBER)
 
Blogger Templates