Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label harga barangan. Show all posts
Showing posts with label harga barangan. Show all posts

Friday, January 1, 2016

HARGA MINYAK... LOGIK YANG DAH JADI TAK LOGIK... TAKDAK PUN PENURUNAN HARGA YANG LAIN-LAIN!!!



Kalau ikut logik Rafizi Ramli serta sekelompok besar rakyat Malaysia yang berasa mereka tersangat pakar kerana bebas memberikan komen dan pendapat di Facebook, kenaikan harga minyak akan mendorong peningkatan harga barang gunaan. Manakala harga bahan bakar yang rendah pula, akan mengekalkan harga barangan pada kadar yang lebih rendah.

Logik dan realiti dunia ialah, tiada sebarang penurunan harga akan berlaku walaupun harga bahan bakar menjadi langsung tidak bernilai. Sebabnya, para peniaga, pengeluar dan peruncit akan menggunakan faktor-faktor kos untuk meningkatkan harga mereka.

Hukum semulajadi manusia adalah jelas... Andaian Ceteris Paribus tidak mungkin akan berlaku. Apa yang berlaku adalah FALLACY OF COMPOSITION.

Begitu jugalah dengan kesan penurunan harga minyak atau bahan bakar dengan penurunan harga barangan.

Hujah-hujah tolol Rafizi Ramli terlalu menguasai emosi masyarakat Malaysia. Walau diterangkan bahawa harga barangan dan perkhidmatan walaupun mungkin ada peratusan pengaruh harga bahan bakar, jumlahnya terlalu kecil, sebaliknya harga barangan dan perkhidmatan ditentukan bukan oleh kuasa pasaran sebaliknya menerusi penguasaan, sama ada dalam bentuk monopoli, oligopoli mahupun Perfect Competition.

Di Malaysia sekurang-kurangnya, hukum 'Prices as an Allocation System' tidak mungkin berlaku. Harga barangan tidak ditentukan oleh pengeluar mahupun konsumer, sebaliknya ditetapkan oleh kumpulan atau entiti seperti persatuan pengeluar. Dan pemimpin-pemimpin entiti itu pula mempunyai 'peruntukan' dalam bidang politik negara.

Dalam bahasa yang lebih mudah, tak payahlah bermimpi tentang EQUILIBRIUM PRICES di Malaysia kerana segala faktor tidak akan diambil kira kerana penguasaan ke atas orang-orang politik itulah sebenarnya yang menyebabkan harga-harga barangan dan perkhidmatan melonjak seperti sekarang. Orang politik pula akan bermain silap mata, saling menyalahkan sesama sendiri dan mengalihkan kemarahan orang ramai daripada dalang sebenar kepada orang-orang politik yang didanai oleh entiti-entiti penentu harga itu.


1 Januari 2016, Kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan harga terbaru bahan bakar bagi bulan ini yang menyaksikan penurunan harganya.

Bagaimanapun, seperti yang dijangka, harga barangan tidak akan menurun sebagaimana logik hujah Rafizi Ramli dan para pengikutnya. Sebaliknya harga barangan dan perkhidmatan kekal meningkat sekaligus akan menyebabkan orang ramai di Malaysia yang kurang menggunakan akal, bising-bising dan menyalahkan kerajaan di bawah kepimpinan Najib Abdul Razak.

Ia samalah seperti kekecohan yang berlaku sekarang ini. Kita melihat dua kumpulan orang politik saling berhentam antara satu sama lain. Namun jikalau kita amat-amati, sebenarnya yang berhentam adalah dalang-dalang penentu harga sedang menggunakan bidak-bidak mereka yang terdiri daripada orang-orang politik untuk memastikan, mereka terus menghirup setiap titisan darah rakyat Malaysia.

Sampai bila sebenarnya rakyat Malaysia yang kuat merungut tetapi tidak pandai menggunakan otak untuk melihat hakikat sebenar, siapa yang sedang menghirup darah mereka, tetapi berjaya mengalihkan otak mereka dengan menyalahkan pihak lain?

Emosi rakyat Malaysia mudah dipermainkan dan kerana itulah, walaupun telah merdeka lebih setengah abad, rakyat Malaysia masih lagi menjadi abdi kepada ketololan mainan kapitalis!!!


Monday, December 21, 2015

NAIK HARGA SEBAB TENGKUJUH... PAK MENTERI, TOLONGLAH BERHENTI DARIPADA MEMBERIKAN ALASAN SEPARUH TOLOL!!!



Kelmarin Astro Awani paparkan keresahan masyarakat sekitar lembah Klang tentang kenaikan mendadak harga barang dapur. Kami kongsikannya di artikel berikut.

https://www.facebook.com/wargaprihatin/photos/a.201867952785.170933.176792972785/10154398755882786/

Pagi ini pendedahan itu diperluaskan lagi hampir ke seluruh negara termasuk Melaka, Terengganu dan Sabah. Kali ini ia tidak sahaja mencungkil fakta kenaikan harga barang dapur, tetapi juga meninjau kenaikan harga kelengkapan sekolah anak-anak.

Kenaikan mendadak hampir sekali ganda bagi harga ikan dan ayam amat membebankan. Itu boleh lagi diterima dengan alasan tengkujuh. Apabila bekalan ikan berkurang, harga ayam dan sayur turut naik kerana permintaannya mendadak naik bagi menggantikan ikan.

KEPERLUAN SEKOLAH NAIK JUGA KERANA TENGKUJUH??

Fenomena ini agak membingungkan. Rata-rata ibubapa yang diwawancara menyatakan kekesalan yang menyedihkan. Ada yang sebak, jelas menampakkan wajah sedih dan tertekan, terutamanya yang perpendapatan rendah dan mempunyai ramai anak yang masuk ke sekolah baru.

Alasan tengkujuh tidak relevan lagi untuk kenaikan hampir sekali ganda bagi barang keperluan sekolah ini. Padahal ini barang perlu yang wajar 'dikawal' harganya.

Jika dikatakan kerana GST 6%, sepatutnya harga akan turun kerana cukai SST telah dihapuskan. Peniaga juga tidak perlu menaikan harga kerana mereka boleh klaim semula kos GST bahan mentah dan perkhidmatan perniagaan mereka dari kerajaan. Pembayar sebenar GST adalah golongan terakhir, iaitu masyarakat pengguna, khususnya majoriti marhaen miskin seperti kita.

Jika dikatakan nilai matawang turun juga hanya sekitar 30% sahaja. Walaupun tidak semua keperluan sekolah adalah barangan impot, namun boleh diterima juga kerana bahan mentahnya masih diimpot. Tetapi tidaklah sampai dibebankan kepada pengguna semua 30% kenaikan akibat kejatuhan matawang itu. Kos tempatan yang tiada kena mengena dengan matawang juga ikut dinaikkan sama.

Soalnya sekarang, dari manakah puncanya sehingga kenaikan harga yang ditanggung pengguna sekarang ini hampir sekali ganda jadinya?

Inilah yang diutarakan oleh Nana Penang dalam PAU baru-baru ini. Malangnya isu berat yang amat menekan rakyat ini hanya disambut dengan gelak ketawa sampai menepuk-nepuk meja....

https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10154379733192786/

Apabila ditanya Pak Menteri... maka dengan longlai dijawab, "kita tak boleh buat apa-apaaaa....!!! Ini semua salah peniagaaaaa...!! depa yang naikkan harga"

"Woiii... hang menteri ada kuasa... GUNALAH KUASAAAA...!!", Kata Nana.

Kami hamba rakyat yang dilanda kesempitan ini Insya-ALLAH akan cuba ubah cara hidup kami. Selagi boleh berpuasa akan kami cuba. Akan kami cari dan kutip segala kangkung, paku pakis dan dedaun hutan yang boleh kami makan.... Akan kami cuba gantikan pokok bunga di pasu dan tanam apa yang boleh dimakan.

Tetapi kami masih berharap agar pihak pemerintah BERGEGAS PANTAS untuk mencari jalan terbaik bagi mengurangkan bebanan ini. Gunakan akal, kuasa siasah dan kalkulator untuk mengira bebanan rakyat yang sedang melanda.

Sedarlah bahawa di samping kenaikan harga barang, peluang kerja juga semakin berkurang dan pembuangan pekerja semakin banyak. Kesan langsung daripada situasi ini ialah perlakuan jenayah yang semakin bertambah.

Lihatlah begitu banyak kes-kes ragut, curi dan rompakan yang sedang viral di sana sini. Dari lelaki, perempuan, tua muda semua mula terlibat sama. Dari pecah rumah dan curi tabung masjid di malam hari, sampai kepada kes ragut berdepan dan rompakan nekad di siang hari.

Semuga ada usaha yang bersungguh-sungguh untuk meredakan kegawatan ini. Kami semua akan terus bersabar, terus berdoa dan akan terus berusaha selagi terdaya.

WARGA PRIHATIN




Sunday, February 1, 2015

BOIKOT PENIAGA CINA-DAP NAIKKAN HARGA: MENTERI MACAM ISMAIL SABRI INILAH YANG DIPERLUKAN, TAK BANYAK RETORIK TAPI BERTERUS-TERANG!!!



Memang ramai yang akan sakit hati dengan kenyataan terbaru Menteri Pertanian, Ismail Sabri yang sedang viral. Memang berterus-terang. Memang berani dan sememangnya memperkatakan benda yang dirasai oleh denyut nadi rakyat.

Sudah dua kali harga minyak diturunkan. Sudah beberapa kali juga Kementerian Pertanian menerusi Ismail Sabri memberikan isyarat bahawa Kementerian Pertanian akan melakukan sesuatu sekiranya golongan pemborong, pengilang, orang tengah dan peruncit tidak menurunkan harga makanan dan perkhidmatan, namun nampaknya 'amaran' yang diberikan oleh Kementerian Pertanian dan menterinya, tidak menakutkan mereka langsung.

Malah, berita-berita terbaru seperti lambakan padi dan beras yang berlaku di utara walaupun pada msa yang sama, terdapat permintaan tinggi untuk pengimportan beras dari negara asing kononnya untuk memenuhi keperluan dan permintaan domestik, membuktikan bahawa ada permainan tertentu yang sedang dilakukan oleh golongan yang amat berkuasa dalam pasaran makanan dan perkhidmatan itu.

Mungkin juga kerana KPDNKK yang pernah diterajui oleh Ismail Sabri dahulu, kini tidak lagi berfungsi dan seperti tidak wujud dan menterinya juga lebih banyak mendiamkan diri, maka golongan yang menguasai jaluran serta wilayah pemasaran dan pembekalan, berlagak seolah-olah mereka adalah kepala gangster yang memaksa para pengguna tunduk kepada kehendak mereka.

Maka disebabkan itulah juga, tiada sebarang penurunan harga barang makanan dan perkhidmatan yang ditunjukkan. Kalau harga makanan dan perkhidmatan tidak diturunkan, maka jangan haraplah surcaj api dan air juga akan diturunkan sebagaimana terbukti menerusi peningkatan surcaj air di Pulau Pinang pada kadar hampir 100% berbanding surcaj yang dikenakan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum digulingkan oleh Lim Guan Eng.

Teguran Ismail Sabri tentang ketidakpekaan serta kurangnya kesedaran di kalangan pengguna Islam tentang mutu makanan dan minuman di kedai-kedai makan atau restoran-restoran makanan segera seperti Kopitiam atau Old Town yang sudah beberapa kali terdedah bahawa kehalalannya ditarik balik atau diragui, memang tepat!

Selain KPDNKK, kuasa sebenar adalah pada pengguna sendiri. Kalau produk-produk Bumiputera kurang dibenarkan masuk ke pasaran oleh para pemborong dan pengedar dengan alasan takutkan persaingan, mengapa tidak para pengguna menggunaka kuasa mereka, menyekat pula produk-produk makanan berharga mahal dan MENGAJAR PUAK-PUAK INI agar menurunkan harga!!!

Mengapa hanya mereka sahaja yang pandai nak mengajar dan menekan? Sampai bila kita hendak rasa tertekan dan terancam?

Lim Guan Eng dan Rafizi Ramli serta Tony Pua kata para peniaga Cina akan menghentikan aktiviti perniagaan kalau harga yang mereka kenakan diancam, MAKA ELOKLAH KITA PULA TUNJUKKAN bahawa penutupan dan penghentian aktiviti-aktiviti perniagaan itu, AMAT DIALU-ALUKAN bagi membolehkan mereka yang tahu tanggungjawab sosial selain mencari keuntungan tanpa menyusahkan penguna, mengambilalih aktiviti perniagaan para peniaga Cina!!!

Jom kita tunjukkan kepada puak kiasu yang cuba menggunakan harga makanan dan perkhidmatan sebagai cara menaikkan kemarahan rakyat kepada kerajaan ini!!!!


Tuesday, January 6, 2015

MANA SUARA RAFIZI RAMLI? MANA SUARA PUAK YANG KATA HARGA MINYAK TURUN, HARGA BARANG PUN TURUN?


Masa harga bahanapi dinaikkan, ramai yang memekak. Dan sememangnya perlu dibisingkan kerana kenaikan harga minyak bermakna golongan BIAWAK dan PEMBANGKAI akan segera mengambil kesempatan untuk menaikkan harga semua barang dan perkhidmatan.

Sudah dua kali harga bahanapi diturunkan harga. Tetapi tidak ada barangan dan perkhidmatan yang diturunkan harga. 31 Disember 2014, Rafizi Ramli dan PKR mahu mengadakan demonstrasi di Dataran Merdeka untuk menuntut kerajaan menurunkan harga petrol dan diesel dengan maksud, untuk menurunkan harga barang.

Tetapi apa yang berlaku selepas penurunan harga yang diumumkan seminggu sebelum 31 Disember 2014 ialah tiada sebarang desakan atau tuntutan agar para peniaga termasuklah pemborong, pembekal dan pengilang menurunkan harga barangan serta perkhidmatan. Bahkan harga terus memuncak dan meroket.

Kementerian Pertanian dan Asas Tani serta menterinya telah pun bercakap tentang harga bahan makanan termasuklah sayur-sayuran. Kementerian dan menterinya menyatakan kawalan dan pemantauan akan dibuat. Apatah lagi dengan musim hujan, memjadikan faktor mengapa sayur-sayur dan bahan pertanian berharga mahal.

Bagaimana pula dengan KPDNKK?

Tiada sebarang pengumuman dan tiada juga sebarang pemberitahuan!

Barangkali kerana banjir menyebabkan banyak pihak khususnya pihak berkuasa agak kurang menitik beratkan atau mengambil peduli tentang harga barang yang sedang meroket. Atau boleh jadi juga puak kapitalis yang sedang melihat banjir sebagai peluang buat untung, terlalu berkuasa terutama sekali di kalangan orang-orang politik.

Bila lagi nak sedar, penurunan harga minyak tidak akan mempengaruhi penurunan harga barang makanan, bahkan akan meroketkannya dengan pantas menerusi pelbagai faktor yang sengaja diada-adakan?


Wednesday, December 31, 2014

HARGA RON95, RON97 DAN DIESEL TELAH DITURUNKAN... MANA DAP DAN PKR? KENAPA TAK MEMEKAK?


Antara alasan paling kerap diberikan oleh PKR dan DAP apabila berlaku perubahan harga bahan api ialah kenaikan harga barang. Walaupun mereka sedar bahawa hakikat kenaikan harga barang, biarpun mempunyai kesan daripada kenaikan harga bahanapi, tetapi di Malaysia ia terlebih unik kerana kenaikan harga barang dan perkhidmatan sebenarnya bukanlah disebabkan perubahan harga minyak tetapi kerana ketamakan dan kehalobaan pihak pemborong, orang tengah dan peruncit.

Menariknya, persatuan-persatuan perniagaan kebanyakannya menyokong kuat DAP dan Pakatan Rakyat. Setiap kali musim pilihanraya atau ketika timbul isu-isu tertentu, mereka akan segera memainkan peranan untuk membangkitkan kemarahan rakyat kepada Kerajaan dengan cara menaikkan harga dengan memberi alasan, kenaikan tersebut adalah wajar kerana kenaikan harga bahan api.

Nah, sekarang, harga bahanapi dan bahan bakar telah diturunkan. Adakah harga barangan dan perkhidmatan juga akan diturunkan?

Sudah tentu tidak kerana mereka akan kekal dengan pendapat bahawa kenaikan harga barang dan perkhidmatan hanya SEHALA iaitu naik dan tidak akan turun-turun.

Sekarang, mari kita tengok pula muka Rafizi Ramli, syaitan berupa manusia yang cukup kuat menghasut dan cuba membuktikan yang dia adalah seorang yang bijak serta berwawasan. Kononnya dia seorang jurukira yang hebat dan tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun.

Apakah dengan penurunan harga minyak ini, DAP dan PKR terutama sekali Rafizi Ramli akan mengetuai kempen menurunkan harga barangan menerusi pemaksaan ke atas pengilang, pemborong dan orang tengah yang menjadi nadi serta sumber kewangan utama DAP? Apakah Rafizi Ramli yang banyak mendapat 'projek' daripada kaum pemonopoli akan memberanikan diri untuk menentang pengupah-pengupahnya selama ini?

Atau dia akan lebih senang mendabik dada kononnya, kerajaan akhirnya terpaksa menurut desakannya dengan menurunkan harga minyak pada paras di bawah RM2.00 walaupun sebenarnya penurunan tersebut sudah dijangka memandangkan harga minyak dunia telah menurun sekaligus turut menurunkan kos penapisan minyak sekalipun tidak serendah seperti harga minyak mentah dunia?

Yang pasti, kaum yang paling banyak memekak tentang kenaikan harga barang dan perkhidmatan kerana kenaikan harga minyak, tidak akan buka mulut kali ini tentang harga barang dan perkhidmatan, sebaliknya mereka hanya akan mendabik dada kononnya mereka berjaya menekan kerajaan

Saturday, November 29, 2014

HARGA MINYAK AKAN TURUN? RON95 TURUN 3 SEN ISNIN NANTI?


Salinan surat ini sedang viral di Facebook. Bagaimanapun, berita rasmi masih belum diperolehi.

Sama ada harga minyak turun atau sebaliknya, ia tidak akan menurunkan harga barang dan perkhidmatan dan penurunan sebanyak 3 sen itu tidak akan memberikan impak yang besar kepada semua harga barangan dan perkhidmatan.

Kecuali kenaikan 3 sen yang akan melonjakkan harga barangan dan perkhidmatan yang dikawal dan dikuasai oleh kartel dan pemopoli, kerajaan tidak akan dapat berbuat apa-apa, baik untuk mengawal mahupun memaksa penurunan harga.

RON95 dan diesel diapungkan harganya mengikut pengapungan terkawal selepas kerajaan memutuskan untuk tidak lagi memberikan subsidi kepada bahan api dalam keputusan yang sudah tentunya dilakukan secara terpaksa.

Turunnya harga minyak tidak akan membantu mengurangkan tentangan dan kebencian kepada kerajaan sekarang. Mungkin Najib Abdul Razak bernasib malang kerana mewarisi sebuah kerajaan lemah yang dirosakkan oleh Abdullah Badawi dan para pegawainya, anak serta menantunya.

Harga minyak bukan lagi penentu sebaliknya perhatian diberikan sekarang kepada perubahan harga barangan dan perkhidmatan. Selagi agensi terbabit gagal mengawal dan menguatkuasakan defisit serta inflasi, selagi itulah Najib akan terus terpaksa menanggung kesan buruk walaupun pada masa yang sama, selaku Perdana Menteri dia tidak mempunyai kuasa besar untuk menentukan harga pasaran.

Bahanapi utama telah diapungkan harganya. Adakah kerajaan yang ada pada hari ini juga akan terapung-apung?
 
Blogger Templates