Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label zairil khir johari. Show all posts
Showing posts with label zairil khir johari. Show all posts

Wednesday, April 11, 2018

ZAIRIL KHIR JOHARI YANG BARU BERTUNANG DENGAN DYANA SOFYA PUN GENTAR DENGAN PRU-14 KERANA SKANDAL RASUAH LIM GUAN ENG!!!



Kalau Lim Guan Eng terkenal dengan kes rasuah, pembohongan, cakap besar dan klaim kredit untuk kerja orang lain, salah seorang pemimpin DAP yang terkenal kerana dirinya sendiri adalah Zairil Khir Johari, anak tiri bekas Menteri Kabinet Malaysia era Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Zairil terkenal kerana perkahwinan dan hubungannya dengan Dyana Sofya yang kini telah pun bergelar tunangannya. Beberapa keping gambar intimnya bersama-sama Dyana Sofya sebelum ini tersebar secara meluas di Internet walaupun Zairil menafikan itu adalah gambar-gambarnya. Manakala Dyana Sofya pula menyifatkan gambar-gambar tersebut telah mengganggu privasinya.

Keberadaan Zairil dalam DAP adalah untuk menunjukkan wujudnya Melayu dalam hierarki tertinggi DAP yang dikuasai sepenuhnya oleh konco-konco Lim Guan Eng yang cukup terkenal dengan rasa jengkel mereka terhadap Islam, Melayu dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu. Walaupun telah ditegaskan bahawa Zairil bukannya seorang Melayu sebagaimana yang cuba ditonjolkan oleh DAP, Lim Guan Eng dan konco-konconya tetap memperkenalkan Zairil sebagai salah seorang pemimpin Melayu di dalam DAP. 

Kali pertama Zairil bertanding adalah pada PRU-13 tahun 2013 di Parlimen Bukit Bendera menggantikan pakar strategi DAP, Liew Chin Tong yang berpindah ke Kluang. Tidak banyak yang dilakukan oleh Zairil ketika menjadi Ahli Parlimen Bukit Bendera, malahan suaranya di Parlimen ketika Sidang Dewan Rakyat juga tidak kedengaran. Zairil hanya terkenal kerana masalah peribadinya.

Tidak dapat dipastikan sama ada Zairil Khir Johari akan dikekalkan di Bukit Bendera atau akan dipindahkan ke Parlimen lain, memandangkan DAP sedang giat menyusun atur para pemimpinnya, terutama yang dilihat mempunyai potensi untuk menang. 

DAP bergantung penuh kepada populariti seseorang calon, bukannya mutu atau kebolehan untuk berkhidmat kepada rakyat bagi mencapai kemenangan dalam PRU. 

Menurut Zairil, walaupun DAP Pulau Pinang mempunyai kelebihan ekoran kontroversi penambahan kawasan yang turut memperlihatkan perubahan nama dan kewujudan kerusi-kerusi baru, tetapi ianya bukanlah faktor selamat untuk DAP pada PRU-14 nanti. 

Bukit Bendera seperti yang diakuinya secara tradisionalnya merupakan kawasan kubu kuat GERAKAN, salah sebuah komponen Barisan Nasional. Sebelum DAP merampas Bukit Bendera pada tahun 2008, Bukit Bendera diwakili oleh bekas Setiausaha Agung GERAKAN, Chia Kwang Chye selama tiga penggal berturut-turut.

Pada tahun 1999, Lim Kit Siang telah bertanding di Parlimen Bukit Bendera dan mengalami kekalahan.

Menurut Zairil, tidak mustahil sekiranya para pengundi Bukit Bendera tidak memilih DAP kali ini sebaliknya memilih BN. Malah menurutnya juga, sukar untuk menjangkakan berapakah kerusi yang mampu dimenangi oleh DAP setelah pada tahun 2013 berjaya memenangi 19 kerusi daripada 40 kerusi DUN Pulau Pinang.

Zairil Khir Johari sebenarnya hanya menyuarakan kebimbangan ekoran petunjuk tentang mood para pengundi terutama sekali pengundi-pengundi tradisional DAP ekoran pelbagai isu yang membabitkan Lim Guan Eng dan DAP, selain rasa tidak puas hati tentang kehadiran Dr. Mahathir dalam Pakatan Harapan. 

Dr. Mahathir adalah musuh utama DAP dan sekarang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan di mana DAP adalah parti dominan.

Manakala Lim Guan Eng pula berhadapan dengan tuduhan dan kes mahkamah membabitkan rasuah, penipuan wang rakyat dan penyalahgunaan kuasa walaupun pada masa yang sama, memberitahu satu dunia betapa bersihnya dan bencinya dia kepada rasuah.


Thursday, April 20, 2017

HILANG KATA-KATA DENGAN GAMBAR 'PASANGAN BERCIUM', GUAN ENG PILIH UNTUK BUAT-BUAT BODOH DAN ENGGAN MENGULAS!!!



Kalau bab orang lain, terutama apabila membabitkan pemimpin UMNO, belum tegak kepala, Lim Guan Eng sudah pun mengeluarkan kecaman dan kutukan seolah-olah dia adalah seorang yang sangat bermoral dan penuh etika. Dia tidak akan membuang banyak masa untuk mengeluarkan kecaman dan memburuk-burukkan peribadi pihak lawan. Bahkan dia tidak akan membuang banyak masa untuk membuat ceramah dan kempen untuk membuktikan bahawa keseluruhan UMNO dan BN itu adalah kebobrokan, rosak, curang dan khianat. 

Tetapi apabila kena ke batang hidung sendiri, lebih-lebih lagi terhadap orang kesayangan sendiri, Lim Guan Eng jadi kura-kura yang menyembunyikan kepala di dalam cengkerang. 

Itulah yang berlaku apabila Lim Guan Eng berkata, dia tidak akan memberikan sebarang komen berhubung gambar-gambar kontroversi yang membabitkan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari. Apatah lagi pasangan Zairil di dalam gambar tersebut adalah Dyana Sofya, orang kesayangan bapanya, Lim Kit Siang.

Lim Guan Eng sebenarnya cuba mengawal kerosakan dan kemerosotan pengaruh DAP yang lebih teruk apabila memilih untuk tidak membuat sebarang ulasan berhubung gambar-gambar tersebut.

Ironinya, orang yang paling kuat memanipulasikan undang-undang pun, tidak berani mengambil tindakan tersebut. 

Sehingga setakat ini, walaupun sudah tiga kali isu yang sama melanda Zairil Khir Johari, malah tiga kali juga dia berdalih kononnya gambar-gambar tersebut adalah palsu dan pemalsuan tersebut bertujuan untuk merosakkan imejnya, tiada laporan polis yang dibuat setakat ini. 

Insiden pertama pada Oktober 2014, Zairil dan Dyana menafikan mereka adalah orang di dalam beberapa keping gambar yang dimuatnaikkan ke Internet. Mereka hampir hendak membuat sidang media, di mana selepas itu mereka akan membuat laporan polis, tetapi membatalkan sidang media tersebut pada saat-saat akhir. Kedua-duanya juga tidak membuat laporan polis berhubung dua klip video yang dimuatnaikkan di Internet.

Seandainya benar gambar-gambar dan video-video tersebut adalah palsu, laporan polis akan membolehkan polis menyiasat menerusi kaedah forensik untuk menentukan kesahihanya.

Namun sekiranya polis mendapati, gambar-gambar tersebut adalah tulen dan orang di dalam gambar itu adalah Zairil dan Dyana sendiri, sudah pasti mereka akan didakwa membuat laporan palsu yang akan dihukum di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara tidak kurang enam bulan atau didenda sehingga RM2000 atau kedua-duanya sekali. 

Sebagai alternatif, kedua-duanya boleh membuat Akuan Bersumpah yang gambar-gambar tersebut tiada sebarang kaitan dengan mereka. Tetapi hukuman di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan kerana membuat Akuan Bersumpah palsu jauh lebih berat dan boleh membawa hukuman penjara tidak kurang 7 tahun atau didenda atau  kedua-duanya sekali. 

Sesuatu yang menarik ialah, betapa hebatnya PEMALSU GAMBAR berkenaan seandainya ia adalah gambar-gambar palsu seperti yang didakwa oleh Zairil Khir Johari. Hebatnya kerana mereka tidak memberikan tumpuan kepada pemimpin-pemimpin barisan hadapan sebaliknya hanya memangsakan pemimpin-pemipin barisan ketiga seperti Zairil dan Dyana. Hebat kerana pemalsu tersebut sangat 'baik hati'. 

Lim Guan Eng sepatutnya menasihati Zairil untuk membuat laporan polis atau Akuan Bersumpah.

Yang pasti, sekiranya orang seperti Zairil mampu berbohong begitu mudah seperti dalam kes gambar-gambar ini walaupun telah didedahkan berkali-kali dan bukti-bukti gambar serta video amat meyakinkan, bermakna Zairil mampu berbohong untuk apa-apa sahaja, termasuklah darah Melayu dalam tubuhnya. 

Pengundi yang waras sudah tentu tidak akan memilih Ahli Parlimen yang terang-terang berbohong tanpa rasa bersalah. Para pengundi beragama Islam, sudah tentu tidak akan merestui perangai seperti yang ditunjukkan oleh Dyana Sofya dan Zairil Khir Johari kerana ia bertentangan dengan agama mereka. 

Pengundi-pengundi wanita pula, sudah pasti tidak akan memilih seorang suami yang curang atau wanita yang menggoda suami orang yang telah pun mempunyai anak.

Justeru tidak mustahillah mengapa Lim Guan Eng memilih untuk tutup mulut!


ZAIRIL BUKA MULUT DAH, TAPI MACAM BIASA, DIA NAFI DAN KATA GAMBAR-GAMBAR TU SEMUANYA PALSU!!!



Apa yang dilakukan oleh Zairil Khir Johari dengan Dyana Sofya sebenarnya adalah urusan mereka sendiri. Sama ada mereka menyalahi undang-undang negara, mahupun adat resam, itu adalah bukanlah perkara besar bagi masyarakat Malaysia yang semakin terbuka dan semakin jauh meninggalkan adat budaya yang telah dianggap kuno dan menyalahi adat budaya LGBT.

Namun sebagai orang politik yang seringkali digembala dan dicanang-canangkan sebagai contoh teladan, gelagat kedua-duanya sentiasa menjadi perhatian. Dengan kata lain, mereka telah menjadi public figure yang sudah tentu tertakluk kepada undang-undang dan etika tidak bertulis.

Alasan dan dalih yang diberikan oleh Zairil Khir Johari kononnya gambar-gambar yang tersiar, semuanya adalah PALSU semata-mata, adalah alasan yang sangat lemah.


Orang ramai sebenarnya tidak peduli dengan masalah rumahtangga Zairil dan isterinya atau hubungannya dengan Dyana Sofya sehingga menyebabkan gambar-gambar intim di dalam kereta muncul buat kali pertama di Internet. Orang ramai juga tidak peduli sama ada Zairil dengan Sofya Dyana sudah bernikah secara sah tetapi dibuat secara senyap-senyap atau sebaliknya.

Tetapi apabila gambar-gambar keintiman mereka di tempat awam, terdedah, sudah tentulah reaksi yang diberikan adalah pelbagai terutama sekali yang bersifat negatif.

Dyana Sofya sudah pun membuat pengakuan walaupun secara tidak langsung bahawa wanita di dalam gambar tersebut adalah dirinya. Bagaimanapun, dia menyifatkan gambar-gambar tersebut sebagai salah satu serangan peribadi ke atasnya dan dia mengecam budaya serangan peribadi sebegitu walaupun pada masa yang sama, dia sendiri banyak terlibat dalam serangan peribadi ke atas individu lain, termasuklah ke atas Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak.

Peliknya, dalam hal ini, Zairil Khir Johari yang juga merupakan Pengerusi DAP Kedah memilih untuk menjadi bacul dan penakut. Walaupun sudah kali ketiga gambar-gambar lelaki yang SANGAT-SANGAT MENYERUPAINYA muncul di Internet, kesemuanya ditanggapi sebagai GAMBAR-GAMBAR PALSU. Malah klip video yang bermutu rendah menggunakan kamera telefon juga dikatakannya sebagai palsu. (RUJUK SINI)


Apakah sebenarnya yang ditakuti oleh Zairil Khir Johari? Takut dimarahi Lim Guan Eng? Takut kehilangan semua jawatan? Takut kehilangan kelayakan sebagai calon sepertimana yang berlaku kepada Dyana Sofya apabila Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming memberikan isyarat dia bukanlah calon DAP yang dikehendaki lagi?

Atau sebenarnya, memang tabiat Zairil Khir Johari tidak akan mengaku apa yang telah dibuatnya walaupun terkantoi teruk, sepertimana dia masih tidak mengaku, dia sebenarnya adalah anak tiri arwah Pak Khir dan dia sendiri tidak mempunyai setitik darah Melayu pun?

Zairil Khir Johari sepatutnya menjadi lebih jantan seperti Chua Soi Lek, bekas Presiden MCA yang berterus-terang bahawa lelaki 'perkasa' di dalam sebuah klip video menjelang pemilihan parti tersebut, adalah dirinya. Bukannya terus membuat penafian dan kemudian menuduh kesemua gambar-gambar tersebut adalah palsu!

Mungkin Zairil Khir Johari sebenarnya sekadar meneladani perangai Lim Guan Eng yang tidak akan mengaku sebarang kesalahannya walaupun terkantoi, sebaliknya dengan segera menuduh dan menyalahkan orang lain.


Wednesday, April 19, 2017

GANGGUAN PRIVASI, KATA DYANA SOFYA DAN IBUNYA, MANAKALA ZAIRIL DIAM, EKORAN TERSIARNYA GAMBAR MENYERUPAI MEREKA!!!



Semalam, netizen rata-rata melihat gambar-gambar yang telah dimuatnaikkan di Facebook dan membuat pelbagai spekulasi. Dua individu di dalam gambar tersebut menyerupai Zairil Khir Johari, Ahli Parlimen Bukit Bendera dan Dyana Sofya, calon DAP dalam PRK Teluk Intan. Kedua-duanya merupakan pemimpin muda DAP yang mensasarkan orang Melayu khususnya golongan muda untuk menyokong DAP.

Gambar-gambar tersebut turut menjadi bahan troll netizen.

Salah satu daripada gambar tersebut, memperihatkan pasangan berkenaan sedang bercium manakala gambar yang lain pula menunjukkan wanita berkenaan minum dari sebiji gelas yang menyerupai gelas wain.

Sekurang-kurangnya terdapat 12 keping gambar gelagat pasangan berkenaan di lokasi yang sama.

Tidak diketahui bila dan di mana gambar-gambar tersebut dirakamkan.

Ini adalah kali ketiga gambar pasangan tersebut menjadi tular.

Menurut New Straits Times, Zairil tidak menjawab panggilan telefon dan mesej Whatsapp. Manakala Dyana Sofya pula dalam status di Facebooknya berkata, ini adalah kali ketika serangan peribadi dibuat dalam tempoh dua bulan.

"Saya berasakan pilihanraya umum semakin hampir. Tidak kira siapa di dalam gambar-gambar atau video yang mana saya dituduh terlibat, ini adalah pencerobohan privasi dalam kehidupan seseorang. Saya sedih dengan budaya politik kita sampai ke tahap ini. Saya tidak ada masa untuk melayan jenis serangan peribadi sebegini. Saya lebih menfokuskan kepada kerja saya dan khidmat saya kepada rakyat, terutama rakyat Teluk Intan."


Sementara itu, turut dilaporkan ialah ibu Dyana Sofya, Yammy Samad yang berang dengan pihak yang merakamkan gambar-gambar tersebut yang disifatkannya sebagai menceroboh privasi anaknya untuk berbuat sekehendak hati.

Pada Oktober 2014, Zairil menjadi tajuk berita apabila gambar seorang lelaki yang menyerupainya sedang bercumbuan dengan seorang wanita di dalam kereta. Wawnita berkenaan mempunyai wajah yang terlalu seiras dengan Dyana.

Awal bulan lepas, dua klip video muncul, di mana salah seorang lelaki dipeluk di dalam sebuah kelab dan kedua-duanya berpelukan seperti pasangan kekasih.

Ada pihak yang berpendapat, gambar-gambar tersebut sengaja dimuatnaikkan dan ditularkan untuk mengalihkan tumpuan serangan ke atas Lim Guan Eng yang sedang berhadapan dengan tuduhan rasuah dan salahguna kuasa.

Ada pula yang berpendapat, Zairil dan Dyana sengaja ditugaskan untuk menunjukkan Akta Mahkamah Syariah tidak berkesan langsung dan pihak berkuasa tidak berani bertindak terhadap mereka, bahkan gambar-gambar tersebut sengaja dimuatnaikkan bagi tujuan memberi sokongan kepada perjuangan Liberal dan LGBT terutama selepas serangan Rafizi Ramli ke atas Nasharuddin Mat Isa yang dilihat mewakili COMANGO, iaitu gabungan NGO-NGO yang memperjuangkan murtad dan LGBT.


Tuesday, April 18, 2017

EH EH, MUKA MEREKA MACAM ZAIRIL KHIR JOHARI DAN DYANA SOFYA LA... MESRANYA MEREKA!!!



Katakan ini semua fitnah semata-mata!

Katakan ini semua tidak benar sama sekali!

Katakan, ini semua edit menggunakan photoshop, alasan klise yang seringkali digunakan apabila terkantoi.


Atau katakan, ini semua adalah gambar orang lain, yang berwajah hampir serupa, yang berbentuk badan serupa tapi bukan saya!

Tidak mungkin mereka, kerana mereka adalah penyelamat Malaysia, malahan merupakan sebahagian daripada ahli-ahli DAP beragama Islam yang menentang RUU355.



Tidak mungkin mereka, kerana mereka adalah pemimpin DAP apatah lagi mereka bakal diletakkan sebagai calon-calon mewakili DAP di kawasan-kawasan majoriti Melayu-Islam.

Lagipun si perempuan itu, semasa kempen PRK Teluk Intan, dia berselendang, berbaju kurung, bahkan bertelekung bersolat bersama-sama ibunya dan gambar-gambar tersebut digunakan secara meluas oleh DAP untuk menunjukkan betapa zuhudnya si perempuan berkenaan walaupun gambar-gambarnya sebelum itu hanya mengenakan skirt pendek.


Friday, March 10, 2017

SEMUA BUKAN SALAH ZAIRIL, TAPI UMNO DAN TERBAHARU, PAS!!!



Dua klip video yang tular di media sosial menampilkan wajah dan tubuh seorang lelaki yang sangat mirip dengan Zairil Khir Johari @ Christopher Ross Lim, benar-benar menggugah hati pegawai khas Lim Guan Eng yang cuba jadi Melayu dan sentiasa berkata, dia adalah Melayu walaupun sebenarnya tidak!

Setelah penafian yang dibuat oleh Zairil Khir Johari @ Christopher Ross Lim dipersoalkan oleh media-media berbahasa Cina yang sebelum ini terkenal dengan sokongan mereka terhadap DAP, selain reaksi sedih daripada isterinya yang turut disiarkan oleh media-media berbahasa Cina terbabit, Zairil cuba mengalihkan perhatian menggunakan kaedah biasa, iaitu menyalahkan pihak lain.


Dengan sokongan daripada para pentaksub yang juga sudah kering idea bagaimana mahu menyelamatkan Zairil walaupun sebenarnya klip video tersebut sebenarnya 'TIDAK APA-APA', UMNO dipersalahkan. Kononnya UMNO telah menggunakan teknik cut-and-paste untuk mencipta klip video tersebut bagi memalukan Zairil.

Tiada salahnya mempersalahkan UMNO kerana Zairil kalau tak boleh kencing pun, itu adalah salah UMNO!

Itu adalah ajaran dan dogma yang telah ditanam kukuh oleh Lim Guan Eng, sama seperti ajaran ketua komunis kepada rakyat atau pengikut mereka, mereka adalah superior, untouchable dan maksum. Sama seperti kepercayaan para komunis bahawa Mao Tze Tung, Stalin, bahkan Chin Peng adalah perwira dunia.

Menariknya, Zairil tahu mengapa dia 'diserang'. Katanya, dia tidak boleh dipersalahkan kerana prestasi merudum pasukan bolasepak negeri Pulau Pinang. Katanya, dengan hanya bermodal kecil, persatuan tidak boleh membeli dan memiliki pemain-pemain yang hebat. Jadi, kesimpulannya ialah, sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang, dia tidak bolehlah dipersalahkan.




Kemudian, dia marahkan PAS yang terus berkeras untuk tidak mahu bekerjasama dengan DAP. Kata Zairil, kalau PAS tidak berminat untuk menang, lebih baik tidak perlu masuk PRU. Atau dengan kata lain, As lebih baik berhenti daripada menjadi parti politik.

Kemenangan PAS menurut persepsi Zairil, hanya akan muncul sekiranya PAS berada di bawah arahan dan telunjuk DAP. Apabila PAS enggan bekerjasama atau tunduk di bawah arahan DAP, maka PAS akan kalah. Dalam bahasa yang lebih mudah, kalau tak mahu berada di bawah DAP, PAS kna berhenti dari jadi parti politik.

Itu ler pasal Zairil bersungguh-sungguh 'mempertahankan' diri dengan membuat pelbagai penafian bangang walaupun sebenarnya penafiannya semakin menjengkelkan!!!

Thursday, March 9, 2017

AKAI SI ZAIRIL... DIA YANG KESEDAPAN, UMNO PULA YANG DIPERSALAHKAN BILA VIDEO DIA MENARI DENGAN DYANA SOFYA MENJADI TULAR!!!



Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari @ Christopher Ross Lim yang juga merangkap Pengerusi badan pemikir DAP menggunakan dana negeri, Penang Institute selain berjawatan selaku Presiden Persatuan Bola sepak Pulau Pinang yang sedang dikecam teruk ekoran prestasi pasukan negeri yang sangat mencorot, diasak dengan pelbagai isu termasuklah isu terbaharunya, dua klip video dia berhibur di sebuah kelab malam bersama-sama Dyana Sofya, calon DAP semasa PRK Teluk Intan dahulu.

Walaupun memang terpampang jelas mukanya, Zairil cuba menafikan lelaki di dalam klip video tersebut adalah dirinya. Malahan, dia menuduh UMNO sebenarnya yang telah cuba merosakkan nama baiknya dengan mencipta klip video tersebut.

Alasan yang diberikan oleh Zairil untuk menutup aibnya, amat lemah dan memalukan walaupun dia adalah pengerusi sebuah badan pemikir yang konon-kononnya hebat dalam membina kerjaya Lim Guan Eng selaku bakal Perdana Menteri Malaysia.

"Pemimpin pembangkang itu menafikan dia adalah orang yang dimaksudkan di dalam klip video viral yang menunjukkan seorang anak muda menari di dalam sebuah kelab.

"Ianya bukan saya, betul-betul mengarut. Mereka karang cerita-cerita karut tentang saya hampir setiap hari. Ia seolah-olah tidak berakhir," kata Zairil berdasarkan artikel berbahasa Cina itu.

Di bawah adalah dua klip video yang sedang tular di media-media sosial termasuklah di Facebook dan WhatsApp.








Monday, December 29, 2014

TUNTUT PULAU PINANG 'DIMERDEKAKAN', ZAIRIL SEPATUTNYA DIKENAKAN TINDAKAN KERAS DI BAWAH UNDANG-UNDANG!!!


Walaupun yang dinyatakan dan dicadangkan adalah PULAU PINANG DIBERIKAN TARAF AUTONOMI, hakikatnya ramai yang dapat melihat apa sebenarnya yang diinginkan menerusi kenyataan Zairil Khir Johari. Kenyataan yang sangat bahaya itu, sebenarnya merupakan satu lagi usaha terdesak DAP untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat Cina kepada parti tersebut ekoran kejatuhan mendadak sokongan masyarakat yang menjadi tonggak kekuatan DAP.

Pembohongan dan pemerdayaan selain ketidakupayaan Lim Guan Eng dan DAP mengotakan janji setelah dua penggal diberikan kepada DAP untuk memerintah dan mentadbir Pulau Pinang lebih baik berbanding pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini, telah memualkan ramai penyokong DAP dan Lim Guan Eng sendiri. Gerakan untuk menjatuhkan Lim Guan Eng untuk digantikan dengan seorang pemimpin DAP yang mempunyai sokongan akar umbi di Pulau Pinang yang kuat.

Gerakan penggulingan Lim Guan Eng telah dibuat semasa kempen CEC membabitkan Karpal Singh sekali. Kematian Karpal Singh bagaimanapun, menutup cerita dan rancangan penggulingan tersebut.

Namun yang paling berkesan adalah Guan Eng dan DAP dipersoalkan tentang FDI ke Pulau Pinang yang merosot sangat teruk selain defisit belanjawan yang sangat besar, menyebabkan sesuatu perlu dilakukan untuk mengalihkan perhatian.

Bermula dengan isu kalimah ALLAH, kini DAP memulakan satu lagi cubaan menerusi STATUS AUTONOMI (RUJUK DI SINI dan DI SINI) untuk Pulau Pinang ketika negara sedang bergelut dengan musibah banjir yang sedang melanda Pantai Timur, kini menjalar ke beberapa buah negeri di Pantai Barat dan beberapa kawasan rendah di Sabah.

Mungkin ramai yang melihat artikel tulisan Zairil Khir Johari sebagai 'TIDAK APA-APA' kerana ia sekadar satu persoalan dan hujah berkaitan siyasah. Namun jauh di dalam maksud sebenar, artikel dan saranan Zairil Khir Johari itu sebenarnya mengandungi hasutan agar wujud gerakan mengeluarkan negeri-negeri dari Persekutuan Malaysia dan setiap negeri bergerak sendiri, diuruskan sendiri dan penghapusan kuasa pusat yang menurutnya, 'SUDAH BERLEBIHAN'.

Ini gerakan yang sebenarnya amat merbahaya. Apatah lagi dengan status negeri Pulau Pinang sendiri yang sebenarnya 'NEGERI DI DALAM NEGERI' dengan nilai pajakan kepada Kedah yang perlu dibayar oleh negeri tersebut setiap tahun, tidak mengikut nilai semasa hanya kerana SEMANGAT PERSEKUTUAN MALAYSIA.

Status Pulau Pinang sangat bergantung kepada tuntutan Negeri Kedah. Kalau Kedah menuntut Pulau Pinang untuk dijadikan salah satu daripada daerahnya, Kerajaan Persekutuan tidak dapat berbuat apa-apa. Bahkan Lim Guan Eng dan DAP besar kemungkinan akan kehilangan segala status mereka, termasuklah status sebagai sebuah parti politik.

Ketiadaan Akta Keselamatan Dalam Negeri telah digunakan sepenuhnya oleh DAP menerusi suara Zairil Khir Johari untuk memulakan provokasi dan polemik yang bakal mencetuskan krisis yang jauh lebih besar berbanding banjir. 'KENYATAAN BAIK' yang dikeluarkan di dalam organisasi media rasmi DAP, tidak dapat menyembunyikan niat sebenar DAP yang mahu mengulangi 'kejayaan' Lee Kuan Yew merampas sebuah negeri Melayu untuk dijadikan negeri bermajoriti Cina dengan Melayu adalah warganegara kelas ketiga yang dikenakan pelbagai kuota.

Negeri Kedah perlu bertindak dengan menuntut peningkatan pembayaran pajakan bersesuaian dengan tahun baru dan tidak lagi bersandarkan kepada nilai pada tahun 1800. Kalau tidak, Pulau Pinang perlu sama seperti Dinding dan Pangkor yang dikembalikan kepada Perak dengan menghapuskan statusnya sebagai sebuah negeri.

Hasutan-hasutan subversif seperti yang dilakukan oleh Zairil Khir Johari perlu dihentikan segera.

Mana MENTERI DALAM NEGERI?


Sunday, December 21, 2014

ZAIRIL 'CHRISTOPHER LIM' KHIR JOHARI KATA DR.MAHATHIR SEBENARNYA PENGEMIS TERDESAK, BUKAN MELAYU!!!


Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari meluahkan rasa sedihnya, apabila seorang pemimpin terhormat seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, merendahkan diri sehingga menggambarkan senario yang bukan sahaja mustahil, bahkan penuh tipu muslihat.

Dia berkata demikian, susulan laporan media yang memetik bekas Perdana Menteri itu sebagai berkata, masyarakat Melayu sudah hilang dominasi dan telah diremehkan sehingga menjadi ‘pengemis’ kepada orang Cina.

Dr Mahathir dilaporkan sebagai berkata: “Sekarang UMNO, PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan PAS perlu meminta sokongan daripada DAP untuk memenangi pilihan raya umum. Apabila kita menjadi pengemis, kita tidak lagi mempunyai kuasa.”

Zairil sebaliknya berpendapat, orang Melayu sebenarnya berada di kemuncak dalam semua aspek.

“Daripada segi politik, setiap jawatan penting kerajaan, daripada Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan, 12 daripada 13 Menteri Besar terdiri daripada orang Melayu.

“Dominasi Melayu juga sangat jelas dalam institusi-institusi negara, seperti badan kehakiman, pasukan polis, perkhidmatan awam dan tentera.

“Jika itu tidak mencukupi, Melayu juga membentuk majoriti penduduk Malaysia, selain mencatatkan kadar kesuburan yang satu setengah kali lebih daripada orang Cina.

“Ini bermakna orang Cina dan kaum-kaum lain semakin mengecil dari segi populasi penduduk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Daripada segi ekonomi pula, Ahli Parlimen Bukit Bendera itu berpendapat, meskipun pemilikan ekuiti Melayu pada tahun-tahun awal Dasar Ekonomi Baru mungkin dalam digit tunggal, pemilikan itu telah berkembang pesat sejak beberapa dekad lalu.

Katanya, menurut Bank Pembangunan Asia, ekuiti yang dimiliki syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada permodalan pasaran Bursa Malaysia dan penanda aras pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI), masing-masing berada pada kadar 36 peratus dan 54 peratus.

Ini bermakna sebahagian besar ekonomi Malaysia dikuasai GLC yang secara umumnya dikuasai orang Melayu.

“Dan jika semua di atas tidak mencukupi, kedudukan istimewa Melayu juga termaktub dalam perlembagaan.

“Selain itu, bukan sahaja sebarang pindaan perlembagaan yang melibatkan kedudukan Melayu memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen (yang dalam erti kata lain memerlukan sokongan penuh Melayu), ia juga memerlukan kelulusan Raja-raja Melayu.

“Jaminan ini bermakna, tidak akan ada sebarang ancaman terhadap orang Melayu di negara ini. Siapa sebenarnya yang terancam?” soalnya.

Bagi Zairil, kumpulan yang berdepan risiko kehilangan kuasa adalah UMNO, khususnya selepas prestasi buruk mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13, tahun lepas.

“Dengan hanya memenangi 47 peratus undi popular, gabungan parti politik yang diterajui UMNO itu merupakan kerajaan tanpa mandat popular.

“Berikutan prestasi pilihan raya yang mengecewakan, UMNO telah pun melutut dan menjadi pak turut kepada kumpulan nasionalis sayap kanan, seperti PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) dan ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia).

“Bukti yang paling jelas adalah tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membuat pusingan U terhadap janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan,” katanya.

Tambahnya, akibat tidak berdaya menangkis tekanan daripada sayap kanan, dan tanpa mempunyai agenda ekonomi jelas dalam menghadapi masalah nilai ringgit yang semakin lemah, harga komoditi merosot serta prospek inflasi dan penggunaan domestik yang bakal mengecut, berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015.

Jadi, tidak menghairankan UMNO dan Dr Mahathir terpaksa menjaja ketakutan serta memilih cara terdesak untuk memulihkan sokongan yang merosot, katanya.

 
Blogger Templates