Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label hina islam. Show all posts
Showing posts with label hina islam. Show all posts

Monday, March 4, 2019

LAPORAN-LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT, ADAKAH CHOW JACK YANG MENANGIS TERESAK-ESAK DIHUKUM PENJARA SETAHUN PADA 2014, MERUPAKAN ALVIN CHOW YANG KATA NABI MUHAMMAD S.A.W MAKAN BABI?!!



Beberapa laporan polis berhubung penghinaan ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan Islam telah dibuat oleh pelbagai pihak di serata Malaysia.

Dalam perkembangan terbaharu, seorang lelaki yang menggunakan akaun FB atas nama Alvin Chow bukan sahaja telah menghina Melayu tetapi juga lebih teruk menghina Nabi Muhammad s.a.w dan Islam.



Kenyataan-kenyataan menghina ke atas Nabi Muhammad s.a.w, Islam dan Melayu semakin ketara dan menjadi-jadi selepas Pakatan Harapan menjadi kerajaan pada 9 Mei 2018. Kejayaan Pakatan yang didominasi oleh DAP walaupun Perdana Menteri dan Timbalan Perdananya Melayu, dianggap sebagai kejayaan mengalahkan kuasa Islam dan umat Islam di Malaysia.

Walaupun Kerajaan Pakatan Harapan terutama sekali DAP cuba menafikannya, tetapi sikap dan reaksi para pengikut mereka di bawah jauh berbeza dari yang pemimpin atasan nafikan.




Media sosial yang berada di bawah kuasa SKMM menjadi medan utama menghina Nabi Muhammad s.a.w, Islam dan Melayu. Ketiadaan tindakan penguatkuasaan yang berkesan daripada SKMM yang berada di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang menterinya adalah Gobind Singh Deo, Timbalan Pengerusi DAP, seakan-akan menjadi baja kepada kaum provokasi berkenaan.

Agak menarik bila Gobind Singh dan SKMM lebih berminat hendak mengambil tindakan terhadap golongan yang menentang kerajaan DAP-Pakatan berbanding golongan yang melakukan provokasi supaya berlaku pertumpahan darah seperti Alvin Chow.


Untuk ingatan, pada 9 September 2014, pemilik akaun FB atas nama Chow Jack atau nama sebenarnya, Chow Mun Fai telah dihukum penjara maksimum setahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menggunakan aplikasi Facebook bagi menghantar komen dengan niat menyakiti hati orang Islam pada Jun 2014. Komentarnya di Facebook pada bulan puasa 2014 telah mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini apabila dia menghina Ramadan dan Aidilfitri.

Chow Jack didakwa menghantar komentar itu di akaun Facebooknya, di The Kuala Lumpur Performing Arts Centre Sentul Park, Jalan Strachan, Sentul jam 10.30 pagi, 12 Jun 2014. Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya.Tertuduh didakwa menerbitkan satu penerbitan yang menghasut di Facebook miliknya pada masa, tarikh dan tempat yang sama. Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.

Chow Jack yang menghidap penyakit TB dan menerima bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, telah menangis teresak-esak ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dan ketika hukuman dijatuhkan.


Melihat wajah Alvin Chow seperti yang ditularkan oleh netizen, mengingatkan kita kepada Chow Jack kerana mereka mempunyai iras-iras wajah yang sama.

Adakah Chow Jack yang telah dihukum penjara selama setahun pada 2014 dan menangis teresak-esak dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya, merupakan orang yang sama dengan Alvin Chow yang sekarang ini berasa sudah cukup kuat kerana yang memerintah Malaysia sekarang bukan lagi Barisan Nasional sebaliknya DAP-Pakatan?


Dalam satu perkembangan yang lain, seorang netizen yang menyokong Ahli Parlimen Wangsa Maju, Tan Yew Kee meminta agar netizen tidak mengaitkan Alvin Chow dengan Ahli Parlimen itu walaupun gambar mereka ditularkan di Internet.

Menurutnya, Ahli Parlimen Wangsa Maju dari PKR itu sudah tentu tidak menyokong kenyataan provokasi perkauman dan agama seperti yang dikeluarkan oleh Alvin Chow.


Monday, February 25, 2019

UMAT ISLAM DI MALAYSIA SEMAKIN RESAH, TINDAKAN PIHAK BERKUASA TERHADAP PENGHINA ISLAM DILIHAT TERLALU SAMBIL LEWA!!!



Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan telah menjelaskan bahawa seorang lelaki Cina berusia 68 tahun yang telah menghina Nabi Muhammad s.a.w, isteri baginda dan agama Islam, telah pun direman selama tiga hari bermula dari 20 Februari sehingga 22 Februari. Bagaimanapun, disebabkan faktor umur dan komplikasi kesihatan, lelaki Cina tersebut dibebaskan dengan jaminan polis. (RUJUK SINI)

Sebanyak 478 laporan polis telah dibuat berhubung penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w dan isteri baginda oleh Fong Sing Wai.

Ketua Polis Negara turut memaklumkan yang PDRM sebenarnya telah membuka tiga kertas siasatan. Selain Fong Sing Wai, turut disiasat adalah Sarkar Tanesan, dan Sally Yen. 11 laporan polis melibatkan Sarkar Tanesanh dan lelaki berusia 21 tahun tersebut telah pun ditangkap dan ditahan pada 21 Februari lalu.

Kes membabitkan Sally Yen pula adalah kes pada tahun 2013. Pihak berkuasa bagaimanapun gagal mengesan pemilik akaun Facebook terbabit, malahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia juga gagal membuat pengesahan identiti Sally Yen.


Hakikatnya, penghinaan terhadap Islam dan tokoh-tokoh Islam berlaku semakin kerap dan dan semakin biadap selepas kemenangan Pakatan Harapan sebagai Kerajaan Persekutuan dan menguasai pentadbiran beberapa buah kerajaan negeri.

Toleransi yang ditunjukkan selama ini, telah disalahanggap sebagai satu kelemahan dan satu keperluan bagi mana-mana pihak untuk berkuasa dan menang dalam Pilihanraya di Malaysia. Walaupun terdapat undang-undang, bahkan sudah ada yang telah dijatuhi hukuman kerana menghina dan cuba mencetuskan provokasi agama, namun kebanyakan berita tersebut dilihat sebagai remeh dan tidak penting.

Sudah dua malam berturut-turut terutama di Pulau Pinang dan Ipoh, beberapa demonstrasi dan himpunan dibuat menyatakan rasa kesal terhadap sikap dan tindakan pihak berkuasa Malaysia yang dilihat sambil lewa, cuai dan kurang bertanggungjawab terhadap golongan yang dengan sengaja cuba melanggar Seksyen 298A Kanun Keseksaan (atas alasan agama menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau pemusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan, pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain).


Keresahan di kalangan umat Islam di Malaysia berhubung dengan perkembangan mutakhir ini dapat dilihat secara ketara di mana-mana. Ironinya, pihak berkuasa dan kerajaan pula dilihat bersikap acuh tak acuh dan seolah-olah beranggapan umat Islam di Malaysia sama seperti kaum Rohingya di Burma yang bukan sahaja tidak dapat bertindak, malahan suara mereka juga tidak didengar.

Penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w, isteri-isteri baginda, para Sahabat r.a, Islam bahkan lebih utama terhadap Allah SWT merupakan perkara besar dalam Islam dan dalam kalangan umat Islam. Sekiranya pihak berkuasa tidak membendung dan menangani masalah ini dengan bijak, pastinya sesuatu yang lebih besar akan menimpa negara ini.

Apatah lagi dengan gambaran yang diterima oleh rakyat sekarang bila mana pihak berkuasa dilihat lebih melindungi golongan yang suka menghina Islam berbanding mengambil tindakan tegas berdasarkan kepada peruntukan undang-undang sedia ada.



Saturday, January 27, 2018

'JANGAN SOROK MASALAH 1MDB DALAM KELAMBU KAABAH'... TIDAK HAIRANLAH MAHFUZ OMAR PANAS DALAM PAS!!!



Yang bercakap secara bodoh dan sembrono adalah Mahfuz Omar.

Mahfuz mengeluarkan kenyataan yang kemudiannya dipetik oleh beberapa portal termasuklah Malaysian Insight dan Malaysiakini dengan tajuk, 'JANGAN SOROK MASALAH 1MDB DALAM KELAMBU KAABAH'.

Dan sama seperti masalah yang dihadapi oleh wartawan serta editor Sinar Harian yang bukan sahaja tidak faham Bahasa Inggeris tetapi bebal serta buta Bahasa Inggeris, yang mengambil secara terus daripada portal yang cukup terkenal dengan putar belit berita daripada landasan sebenar, Free Malaysia Today, Mahfuz Omar menambahkan lagi elemen-elemen bodoh yang boleh membuatkan seluruh keturunannya tidak punya muka kerana malu dengan aibnya. (RUJUK SINI)

Mahfuz dalam kenyataannya itu berkata, 'pengakuan Najib tentang kegagalan 1MDB' sudah pasti tidak tahu dan tidak faham tentang perbezaan antara perkataan 'GOVERNANCE' dengan 'GOVERNMENT' yang dituturkan oleh Najib.

Dalam ucapannya semasa Invest Malaysia 2018, Najib mengakui tentang 'KEGAGALAN URUSTADBIR 1MDB' tetapi Free Malaysia Today telah mengalihbahasakan sebagai 'KEGAGALAN KERAJAAN' yang kemudian dipetik oleh Sinar Harian dan seterusnya, golongan yang buta Bahasa Inggeris seperti Mahfuz Omar mempercayai pembohongan tersebut.

Teori Mahfuz sangat mudah... kalau benar Najib tidak bersalah dan kalau benar Sarawak Report serta Wall Street Journal telah melakukan fitnah terhadap 1MDB serta dirinya, mengapa tiada sebarang tindakan saman terhadap entiti-entiti tersebut.

Dan seperti si bebal-si bebal lain yang hanya membaca tajuk tetapi tidak faham isi, Mahfuz turut mempersoalkan tentang ketiadaan tindakan terhadap DOJ walaupun DOJ Amerika Syarikat telah pun 'menggugurkan' kes 1MDB walaupun pada peringkat awal,Mahfuz menyertai golongan subversif lain bersorak sakan apabila ada ura-ura DOJ mahu mengenakan tindakan terhadap 1MDB dan Najib Abdul Razak.

Kata Mahfuz lagi, beberapa negara telah pun mengenakan tindakan terhadap 1MDB walaupun sebenarnya sama seperti si bebal lain, Mahfuz tidak faham perkataan 'syarikat yang ada kaitan dengan 1MDB' berbanding 1MDB.

Mungkin disebabkan kebebalannya, ketidakfahamannya tentang dasar serta polisi undang-undang membabitkan media yang berbeza di Malaysia dan Amerika Syarikat, terlalu bodoh untuk faham bagaimana takutnya Clare Rewcastle-Brown untuk datang menyerah diri di Malaysia bagi dikenakan tindakan dan berhadapan dengan undang-undang anti-fitnah Malaysia selain di Amerika Syarikat sendiri, terlalu jarang kes-kes membabitkan saman ke atas media walaupun terang-terang menfitnah kononnya atas dasar keterbukaan dan kebebasan bermaklumat melainkan atas isu-isu hakcipta dan paten, Mahfuz Omar memilih sesuatu yang lebih signifikan dengan orang Islam, sekaligus mendedahkan kejahilan dan kemurakabannya hanya semata-mata untuk menghentam musuh politiknya iaitu Najib Abdul Razak.

Atas sebab itulah Mahfuz tanpa rasa bersalah dan konon-kononnya berlagak sinis, menuturkan kata-kata jahil, 'JANGAN SOROK MASALAH 1MDB DALAM KELAMBU KAABAH'.

Monday, September 11, 2017

PERNAH DIPENJARAKAN 16 BULAN KERANA HINA ISLAM, DAVID OROK TETAP TIDAK SERIK DAN TIDAK TAKUT!!!



David Orok pernah menimbulkan kegemparan dan kemarahan ramai pada Julai 2014 apabila bukan sahaja menghina Nabi Muhammad s.a.w tetapi juga menghina Islam dan cuba mencetuskan ketegangan antara kaum serta agama, khususnya di Sabah.

Pendedahan demi pendedahan tentang David Orok dan gerombolannya yang merupakan sebahagian daripada 'pasukan' UBF pimpinan Jeffrey Kitingan yang pada masa itu beranggapan politik kebencian seperti itu boleh memberikan kemenangan besar kepada STAR dan UBF pimpinannya, termasuklah pendedahan tentang ahli keluarga David Orok, rumah, bahkan kenderaan yang digunakannya, membuatkan David Orok ketakutan. Penyokong-penyokongnya seperti Doris Jones dan Desmond Yongkor yang kuat menyokong pemisahan Sabah dari Malaysia, cuba mempertahankan tindakan David Orok.

Akhirnya David Orok memohon maaf secara terbuka.

46 laporan polis telah dibuat terhadap David Orok. Pihak berkuasa bertindak mengheret David Orok ke muka pengadilan kerana menghina Islam. Pada mulanya dia tidak mengaku bersalah tetapi kemarahan orang ramai termasuklah rakyat Sabah terhadapnya yang sangat memuncak, akhirnya membuatkan David Orok mengaku bersalah dan memohon maaf.

15 September 2015, David Orok dijatuhi hukuman penjara 18 bulan kerana menghina Islam. Peguamnya meminta agar hukuman diringankan kononnya David Orok telah insaf dan tidak akan mengulangi lagi kesalahannya. (RUJUK SINI) dan (SINI)

Lama beritanya tidak kedengaran. Malah masyarakat Malaysia khususnya yang beragama Islam seperti sudah melupakan perbuatan bedebah David Orok.

4 hari lepas, berita tentang David Orok muncul kembali. Apa yang berlaku kepadanya pada tahun 2014 sehingga 2015 sedikit pun tidak menjerankannya. Cuma kali ini dia menukar taktik. Dia bersandarkan kepada Siti Kassim, pejuang LGBT yang akan menghalalkan apa-apa sahaja, termasuklah melihat agama Islam sebagai batu penghalang dalam usaha memperjuangkan LGBT dan gaya hidup tidak beragama.

Siti Kassim dalam satu kenyataan, mempertikaikan tentang ibadah korban yang menurutnya tidak terdapat di dalam al Quran. Polemik seperti itu sudah pasti amat mudah menjadi sensasi dan mendapat perhatian ramai. (RUJUK SINI)


Sambil menyokong kenyataan Siti Kassim, David Orok menuduh Nabi Ismail a.s sebagai anak luar nikah Nabi Ibrahim a.s menerusi Siti Hajar yang asalnya merupakan pesuruh kepada Siti Sarah, isteri pertama Nabi Ibrahim a.s, David Orok cuba mencetuskan kontroversi menerusi penekanan cerita-cerita Bible yang cuba menghilangkan jejak Kedar dan Gunung Sela yang jelas merujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Kedar merupakan salah seorang anak Nabi Ismail a.s dan dari Kedar, Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan. Dalam Bible (Isaiah 42:11) menyatakan dengan jelas kaitan berkenaan. (RUJUK DI SINI)

Menjelang PRU-14, isu-isu sensitif seperti ini akan terus digunakan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab dalam usaha untuk mendapatkan undi dan sokongan. Pada masa yang sama, menimbulkan ketegangan dan permusuhan antara kaum serta agama. Justeru, pihak berkuasa dan orang ramai seharusnya lebih tuntas bertindak untuk menangani gejala negatif seperti ini bagi mengelakkan sesuatu yang lebih buruk berlaku di negara ini.


Monday, June 5, 2017

PROGRAM JERUSALEM'S JUBILEE BATAL, TAPI MEREKA SUDAH PASTI CARI AKAL LAIN UNTUK TERUS BUAT PROVOKASI!!!



Penganjur Jerusalem's Jubilee yang mahu meraikan kejayaan Israel menawan tanah-tanah Palestin dan membunuh rakyat Palestin dalam Perang 6 hari pada tahun 1948 di Cheng, Melaka pada 15 sehingga 18 Jun nanti, telah mengambil keputusan membatalkan program tersebut setelah mendapat nasihat dan diminta berbuat demikian oleh Polis Melaka.

Usaha penganjuran program 'All Malaysian Golden Gate Nations Revival Convocation (AMGGNRC)' dibuat oleh Elim Freedom, Melaka's Pastor Fellowship, Calvary Life Assembly Chinese, AMGGRC Facilitator Council dan YHWH's Asia House of Prayer of All Nations (YAHOPFAN) dengan kerjasama dan perkongsian dengan Jerusalem House of Prayer for All Nations (JHOPFAN).

Pagi tadi, Ketua Menteri Melaka, Idris Haron menolak penganjuran program berkenaan di Melaka, malah menurutnya, tiada sebarang kelulusan dan permohonan penganjuran program juga tidak pernah dibuat oleh penganjur.


Beberapa pihak cuba menggambarkan bahawa program Jerusalem's Jubilee hanyalah program bercorak keagamaan bagi penganut agama Kristian. Bagaimanapun, perayaan kejayaan Israel tersebut tidak ada sebarang kena-mengena dengan agama Kristian, bahkan Kristian dan Yahudi tidak pernah aman antara satu sama lain sepertimana yang ditunjukkan di Palestin. Kezaliman Israel yang berfahaman Zionis, merata termasuklah ke atas umat dan tempat-tempat suci Kristian.

Zionis merupakan musuh umat Islam dan musuh umat Kristian secara keseluruhannya. Bagaimanapun, pensimpati cuba menjadikan sambutan ulangtahun kejayaan Zionis Israel sebagai penakluk dan penjajah itu, sebagai topeng bagi masyarakat Kristian di negara ini.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah bertujuan memprovokasi dan mahu membuktikan kepada dunia Zionis bahawa Malaysia dan umat Islam negara ini telah ditakluk serta dijajah. Dengan gelagat para pemimpin mereka yang berselindung di sebalik parti politik, khususnya DAP, kempen liberalisme, pluralisme dan pemaksaan ke atas umat Islam agar tunduk dan patuh kepada apa-apa sahaja tuntutan mereka, mahu dibuat.


Seruan Ngah Kor Ham supaya umat Islam dibenarkan murtad dan kemudian mengulangi seruannya itu di dalam Dewan Rakyat, merupakan antara contoh terbaik bagaimana mereka terus berusaha memprovokasi dan kemudian mahu membuktikan betapa ganas dan jumudnya umat Islam di negara ini.

Dengan 52 laporan polis dan pembatalan program berkenaan, pihak berkenaan sudah pasti akan memanjangkan tohmahan dan fitnah ke atas umat Islam dengan bantuan daripada segolongan umat Islam sendiri yang berlagak lebih liberal daripada liberalisme.

Maka benarlah seperti yang difirmankan oleh Allah Taala di dalam al Quran yang antara lain maksudnya:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." (Maksud ayat 120, Surah Al Baqarah)

Wednesday, May 31, 2017

MEREKA BERAJA DI MATA BERSULTAN DI HATI KERANA MELAYU ITU SENDIRI!!!



Sekali lagi DYMM Sultan Selangor menzahirkan kemurkaan baginda apabila Ahli Parlimen Subang Jaya R. Sivarasa secara sengaja dan dengan sedar, mencampuri urusan dan hal ehwal agama Islam apabila dia menerima jemputan untuk menjadikan sebuah masjid di Kampung Melayu Subang sebagai medan politik untuk menunjukkan liberalisme dan toleransi.

Sebelum ini, DYMM Sultan Selangor telah berulang-ulang kali menitahkan agar institusi masjid dan surau di seluruh Selangor, tidak dijadikan sebagai medan politik, lebih-lebih lagi yang melibatkan bukan Islam.

Bagaimanapun, titah baginda itu bukan sahaja tidak dipedulikan malah terus diperolok-olokkan dari semasa ke semasa.

R.Sivarasa sebenarnya hanyalah golongan yang mengambil kesempatan. Dia tidak akan berpeluang untuk mengganggu hal ehwal agama Islam kalau tidak kerana umat Islam itu sendiri yang menjemputnya.

Itulah yang berlaku.


Walaupun R.Sivarasa memberikan alasan pada mulanya, konon dia adalah wakil Menteri Besar dan kemudian memberi lagi alasan yang dia hanyalah memberi ucapan pendek di hadapan mimbar masjid, kesempatan tersebut tidak akan diperolehinya jikalau AJK Masjid benar-benar faham tentang tanggungjawab mereka terhadap masyarakat, bukannya terhadap parti politik.

Ada juga yang berhujah kononnya zaman Nabi s.a.w dahulu, ada juga kaum kafir yang masuk masjid tetapi yang mereka tidak mengambil kira, orang kafir berkenaan tidak pernah berucap keada umat Islam di hadapan mimbar masjid dan mengajar hal ehwal dunia terutama yang membabitkan hal-hal Islam. Kalau ada pun, dalam satu peristiwa, Nabi s.a.w mencabar mereka bermuhabalah atau bersumpah laknat apabila kaum Nasrani Najran cuba memperolok-olokkan baginda dengan ketuhanan Jesus mereka.

Peristiwa tersebut tercatat di dalam ayat ke-61 Surah Al-Imran.

Justeru apabila AJK Masjid berkenaan dengan rela hati membenarkan R.Sivarasa yang kita ketahui tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal ehwal Islam tetapi hanya mahu mendapatkan undi dan sokongan daripada pengundi-pengundi beragama Islam dengan cubaan menunjukkan kononnya dia prihatin tentang Islam, tindakan mereka sebenarnya bukan sahaja melanggar titah perintah DYMM Sultan Selangor tetapi sebenarnya memperolok-olokkan sikap yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w terhadap kaum kafir yang menggunakan masjid untuk kepentingan mereka.

Semua itu tidak akan berlaku sekiranya kalau tidak orang Melayu yang gila nak jadi liberal itu yang berperangai gila!

Saturday, April 22, 2017

ISLAM AGAMA SUPREMACIST YANG SUKA PAKSA BUKAN ISLAM - BISHOP PAUL TAN CHEE ING!!!



Figura agamawan Kristian, Bishop Emeritus Dr. Paul Tan Chee Ing mendakwa bahawa Islam adalah agama yang bersifat ‘supremacist’ yang suka memaksa golongan bukan Islam untuk patuh pada sekatan-sekatannya. 

Beliau memetik arahan kerajaan negeri Kelantan yang mahu premis-premis perniagaan, termasuk yang dimiliki golongan bukan Islam memberhentikan perniagaan selama 10 minit ketika waktu Maghrib sebagai ‘bukti’ bagi dakwaannya. 

Beliau dilaporkan mengeluarkan pendapat sedemikian dalam sebuah artikel yang disiarkan oleh portal liberal Malaysiakini yang berjudul “Bishop: Kelantan ruling is proof incontrovertible“ baru-baru ini. 

Mantan Ketua Gereja Melaka-Johor itu juga mendakwa bahawa, sebahagian orang Islam sengaja melakukan muslihat atau mereka sememangnya tidak berapa memahami ajaran agama mereka sendiri – iaitu agama Islam adalah agama ‘supremacist’ yang mahu mengenakan larangan-larangannya ke atas golongan bukan Islam. 

“We were flabbergasted at the evidence that some Muslims don’t quite get the drift of their religion or are engaging in deliberate deception – which is that theirs is a supremacist religion which will seek to impose its strictures on non-Muslims.” 

Paul Tan mendakwa bahawa selama ini, golongan bukan Islam hanyalah bersikap amat skeptik terhadap janji palsu para penyokong usaha untuk memartabatkan perundangan Islam yang mengatakan bahawa perundangan itu tidak akan dipaksakan ke atas golongan bukan Islam. 

“Selama ini, kami telah mendengar dengan begitu skeptik janji-janji golongan yang mahu memartabatkan perundangan Islam bahawa, perundangan ini tidak akan dikenakan ke atas golongan bukan Islam,” terangnya. 

“Arahan kerajaan negeri Kelantan supaya kedai-kedai golongan bukan Islam ditutup sewaktu solat Maghrib pada masa ini adalah bukti yang tidak boleh dinafikan lagi bahawa perundangan Muslim, jika dibenarkan untuk dikuatkuasakan, pasti akan dikenakan juga ke atas golongan bukan Islam di Malaysia,” dakwa Paul Tan lagi. 

Paul Tan suatu ketika dulu pernah membangkitkan kemarahan umat Islam dengan dakwaan beliau bahawa Syariah adalah visi totalitarian masyarakat yang membenarkan diskriminasi terhadap bukan Islam, mengamalkan ketidakadilan jantina, membenarkan perkahwinan di bawah umur dan mengamalkan kebencian terhadap bangsa Yahudi.

Wednesday, April 19, 2017

HAPUSKAN AGAMA ISLAM DARI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, KATA KASSIM AHMAD!!!



Suatu ketika dahulu dia merupakan orang yang lantang menentang hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang disifatkannya sebagai dongeng dan sengaja diada-adakan. Dia merupakan antara penggerak utama Gerakan Anti-Hadis, gerakan yang sehingga ke hari ini masih lagi wujud, bahkan diimani oleh sebahagian besar pembaca dan pengkaji al Quran terjemahan.

Bagaimanapun, Kassim Ahmad agak bernasib baik kerana dia sentiasa diselamatkan oleh Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, merangkap Menteri Dalam Negeri waktu itu. 

Buku-bukunya walau bagaimanapun, banyak yang diharamkan bagi mengekang pengaruh anti-hadis daripada menular dan tumbangnya kerajaan yang dipimpin oleh Mahathir apabila semakin ramai yang berjaya mengaitkan Mahathir dengan Kassim Ahmad.
 
Kassim Ahmad pernah diminta untuk bertaubat pada Februari 2014 ekoran kenyataan kontroversinya yang menghina Nabi s.a.w , para Sahabat r.a, Imam As-Syafie dan hadis-hadis dalam sebuah forum yang berkisar tentang pemikirannya. (RUJUK SINI)  

Nampaknya selepas baik sakitnya, Kassim Ahmad kembali semula membuat kenyataan kontroversi. Kali ini, Kassim Ahmad mendesak agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi menghapuskan Islam sebagai Agama Persekutuan. 

Dia juga mendesak agar pihak kerajaan tidak campur tangan dalam hal ehwal agama kerana menurutnya, kaedah pentadbiran Islam di negara ini hanya membawa kepada konflik agama. 


Kassim Ahmad, tokoh anti-hadis yang pernah mendakwa hadis-hadis Nabi sebagai ajaran palsu dan menyeleweng daripada ajaran Islam, dilaporkan telah mengeluarkan pendapat sedemikian oleh The Malaysian Insight, kelahiran semula portal berita The Malaysian Insider (TMI) yang telah diharamkan kerana telah melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. (RUJUK SINI

Kassim Ahmad, individu yang pernah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya atas dakwaan menghina agama Islam turut mendesak, “Kita perlu meminda Perlembagaan, agama persekutuan dalam Perlembagaan mesti dikeluarkan. Kerajaan mesti adil, negara tidak mempunyai agama, (hanya) rakyat mempunyai agama.” 

Menurutnya, urusan pentadbiran agama perlu ditadbir secara autonomi oleh penganut-penganut sendiri, tidak seperti sekarang di mana hal ehwal urusan agama Islam ditadbir oleh negeri. Kuasa pentadbiran agama Islam negeri-negeri adalah di bawah naungan Raja-Raja setiap negeri sebagai Ketua Agama Islam masing-masing, dan Yang di-Pertuan Agong untuk negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, sesuai dengan yang diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan. 

“Kita orang Islam, kita uruskan ugama Islam secara autonomi. Sendiri. Tak ada kena mengena dengan kerajaan,” tegas Kassim Ahmad. “Setiap penganut agama mempunyai kuasa autonomi, mereka perlu menguruskan diri mereka sendiri. Justeru, perkara pertama perlu dilakukan adalah Perlembagaan kita perlu secara drastik disemak semula menurut Piagam Madinah yang merupakan perlembagaan bertulis pertama. Umat Islam … mereka secara autonominya menjaga hal agama mereka sendiri, penganut Buddha menjaga agama mereka sendiri, Kristian juga menjaga agama mereka sendiri,” tambahnya lagi.

Monday, May 23, 2016

HINA DAN TERHINA!!! SAR DAN TAHFIZ HANYA DAPAT RM40,500, SJKC DAN MUBALIGH DAPAT RM328,000 DAN SJKT DAPAT RM289,000!!!



Melayu, Bumiputera dan Umat Islam selama-lamanya dipandang bodoh serta mudah diperdayakan oleh HAIWAN-HAIWAN DAP serta tentera-tentera propaganda mereka.

Baru-baru ini, macai-macai dan para penyokong DAP yang terdiri daripada budak-budak Melayu tongong, menyebarkan sekeping gambar dengan penuh kecintaan kepada Lim Guan Eng. Berita tersebut bukan sahaja dihebahkan, bahkan dijadikan hujah tentang mengapa orang Melayu, Bumiputera dan umat Islam perlu mencintai Lim Guan Eng lebih daripada segala-galanya.

Kononnya Lim Guan Eng dan pentadbiran DAPnya di Pulau Pinang tidak mengamalkan dasar pilih kasih. Gambar ini adalah buktinya, konon Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberikan peruntukan kepada sekolah-sekolah agama, tahfiz dan guru-guru agama sedangkan Kerajaan Persekutuan tidak berbuat begitu.

Walhal wang yang digunakan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang itu sebenarnya adalah wang peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk SAR dengan sebahagian besarnya tidak pula diserahkan oleh Kerajaan DAP kepada SAR. Bukan itu sahaja, Kerajaan DAP tidak pernah mengisytiharkan jumlah peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk sekolah-sekolah agama rakyat yang disalurkan kepada mereka.

Namun yang lebih menarik dan tidak diberitahu oleh Lim Guan Eng mahupun Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang ialah perbezaan besar pemberian Kerajaan Negeri kepada SAR, Tahfiz dan guru-guru SAR dengan SJKC, SJKT dan Mubaligh.

Dalam kes ini, berbanding RM40,500 yang diperuntukkan kepada SAR dan Tahfiz, SJKC dan Sekolah Mubaligh memperolehi peruntukan sebanyak RM328,000 manakala SJKT pula memperolehi peruntukan sebanyak RM289,000.

Tindakan DAP dan Lim Guan Eng membodoh-bodohkan Melayu, Bumiputera dan umat Islam di Pulau Pinang serta di seluruh Malaysia ini dijalankan secara halus tetapi cukup berkesan.

Anehnya, masih ramai orang Melayu, Bumiputera dan umat Islam yang terus terpedaya dengan Lim Guan Eng dan DAP!!!


Tuesday, January 12, 2016

PELAJAR MELAYU GAY DI KANADA, BERDOA AGAR IBU BAPANYA TERIMA KENYATAAN, DIA ADALAH GAY DAN ATHEIST!!!



Hazim Ismail berkata, dia berharap ibu bapanya boleh menerima hakikat yang dia adalah seorang gay dan atheist. Malah mereka mesti menerima kenyataan bahawa, keadaan dirinya itu tidak akan mengubah apa-apa pun di dunia ini.

Berita tentang dia yang terpaksa mengemis bantuan daripada masyarakat untuk dia meneruskan pengajiannya di Kanada serta ibunya yang telah memotong bantuan pengajian kepadanya, telah menjadi salah satu daripada berita menarik di media sosial.

Hazim Ismail secara terbuka mengakui bahawa dia adalah seorang pengamal seks sejenis dan tidak lagi mempercayai kewujudan Tuhan. Sekaligus menyebabkan segala bantuan pengajiannya selama ini tersekat, dan dia menyalahkan masyarakat serta ibu bapanya yang tidak berfikiran terbuka.

Tidak itu sahaja, Hazim Ismail juga menyatakan dia takut untuk pulang ke Malaysia kerana bimbang natijah daripada pengakuan keadaan dirinya.

Dalam hal perhubungan dengan keluarganya, Hazim Ismail berkata, dia tidak banyak tahu dan langsung tidak dihubungi oleh keluarganya.

"Mereka memerlukan masa untuk berubah," katanya tanpa rasa bersalah sedikit pun.

Kumpulan G25, Laywers for Liberty, PKR dan DAP yang begitu bersungguh-sungguh mahukan kelompok gay dan atheist diterima dalam masyarakat Malaysia, malah menghalang mana-mana undang-undang yang menghukum mereka, seharusnya tampil untuk membela Hazim Ismail.

Apatah lagi dengan bekalan nama HAZIM ISMAIL yang jelas merupakan seorang Melayu dan menjadi Melayu bererti mewakili Islam, memandangkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan menyatakan begitu, pastinya akan menarik perhatian daripada kumpulan-kumpulan yang mensasarkan Melayu-Islam untuk matlamat mereka.

Anehnya, mereka tidak pula tampil dan menjadi pejuang barisan hadapan sekalipun beberapa orang Ahli Parlimen dari DAP menentang keras undang-undang syariah Malaysia ke atas para penganutnya!




Monday, December 14, 2015

FARIDA G25 BERTEGAS, UNDANG-UNDANG KHALWAT MENCABULI PRIVASI ORANG RAMAI!!!



Kumpulan G25 mempertahankan kenyataannya mengenai undang-undang khalwat dengan mengatakan bahawa ia adalah satu ilustrasi terhadap pendiriannya tentang kepolisan moral.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman webnya pada Sabtu, kumpulan itu menyatakan kebimbangan ke atas kenyataan yang dibuat oleh beberapa pegawai agama dan individu lain yang mengutuk atau mengeluarkan ancaman terhadap Datuk Noor Farida Ariffin ekoran komen yang dilakukannya Ahad lalu pada sidang akhbar selepas forum Islam dalam Demokrasi Perlembagaan anjuran G25.

“Kami ingin menegaskan bahawa kenyataan mengenai undang-undang khalwat hanyalah ilustrasi pendirian kami berhubung kepolisan moral yang merupakan salah satu isu yang diketengahkan dalam surat terbuka kami yang dialamatkan kepada Perdana Menteri bertarikh 7 Disember 2014.

“Kami juga telah menimbulkan kebimbangan kami dalam surat terbuka mengenai keadaan semasa di mana badan-badan agama seolah-olah menegaskan bahawa pihak berkuasa menjalankan tugas di luar bidang kuasa mereka, di mana mereka mengeluarkan pelbagai fatwa yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan melanggar proses demokrasi syura dan di mana mereka yang mempunyai pandangan berbeza mengenai isu-isu agama dituduh sebagai anti-Islam, anti-monarki dan anti-Melayu dan yang paling penting, di mana penggunaan Akta Hasutan kekal sebagai satu ancaman berterusan untuk menutup mulut sesiapa sahaja yang mempunyai pandangan berbeza.

“Perkembangan ini menjejaskan komitmen Malaysia terhadap prinsip-prinsip demokrasi dan kedaulatan undang-undang, menyemai ketaksuban dan tidak bertoleransi, dan mencetuskan peningkatan kebimbangan terhadap keamanan dan kestabilan negara.”

Kumpulan itu mengulangi bahawa tujuan sidang akhbar Ahad lepas adalah untuk menerangkan dan menghuraikan kenyataan dan deklarasi G25 dan cadangan badan perundingan untuk mengharmonikan undang-undang Syariah dan Perlembagaan Persekutuan.

Pada majlis itu, jurucakap G25 Noor Farida juga berkata kumpulan itu kekal menentang undang-undang Syariah yang menceroboh ke dalam kehidupan peribadi orang ramai, memberikan undang-undang khalwat sebagai contoh dan menambah Malaysia merupakan satu-satunya negara Islam yang mempunyai undang-undang seperti itu. (PERAK TODAY)


Friday, December 11, 2015

G25 DIKECAM... SEMASA BERGELAR ELITIS PENJAWAT AWAM, TIDAK MAIN PERANAN DALAM PERKEMBANGAN SYIAR ISLAM, SELEPAS PENCEN, NAK HAPUSKAN INSTITUSI ISLAM DI MALAYSIA!!!



KENALI G25

1. Tan Sri Datuk Abdul Rahim Bin Haji Din, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri.
2. Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Luar Negeri.
3. Tan Sri Dr Aris Othman, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Kewangan.
4. Tan Sri Dr Ismail Merican, bekas Ketua Pengarah, Kementerian Kesihatan.
5. Tan Sri Dato' Mohd Sheriff bin Mohd Kassim, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Kewangan.
6. Tan Sri Dato' Dr Mustaffa Babjee, bekas Ketua Pengarah, Perkhidmatan Veterinar.
7. Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia.
8. Tan Sri Dr Yahya Awang, Pakar Bedah Kardiotorasik dan Pengasas, Institut Jantung Negara.
9. Datuk Seri Shaik Daud Md Ismail, bekas Hakim Mahkamah Rayuan.
10. Datuk Abdul Kadir bin Mohd Deen, bekas Duta.
11. Datuk Anwar Fazal, bekas Penasihat Kanan Serantau, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).
12. Datuk Dali Mahmud Hashim, bekas Duta.
13. Datuk Emam Mohd Haniff Mohd Hussein, bekas Duta.
14. Datuk Faridah Khalid, wakil Suara Wanita.
15. Datuk Latifah Merican Cheong, bekas Penolong Gabenor, Bank Negara.
16. Lt. Jen (B) Datuk Maulob Maamin, bekas Leftenan Jeneral ATM.
17. Datuk Noor Farida Ariffin, bekas Duta.
18. Datuk Ranita Hussein, bekas Pesuruhjaya Suhakam.
19. Datuk Redzuan Kushairi, bekas Duta.
20. Datuk Dr Sharom Ahmat, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia.
21. Datuk Syed Arif Fadhillah, bekas Duta.
22. Datuk Zainal Abidin Ahmad, bekas Ketua Pengarah, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia.
23. Datuk Zainuddin Bahari, bekas Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
24. Datin Halimah Mohd Said, bekas Pensyarah, Universiti Malaya dan Presiden, Association of Voices of Peace, Conscience and Reason (PCORE).
25. Puan Hendon Mohamad, bekas Presiden Badan Peguam Malaysia.


Monday, October 5, 2015

BOO SU-LIN... BILA LAGI NAK DIAMBIL TINDAKAN EKORAN ARTIKELNYA YANG JELAS MENGHASUT?



Bekas wartawan The Malaysian Insider yang terkenal apabila berjaya menyusup masuk dalam mesyuarat Pergerakan Puteri UMNO Malaysia (SINI) dan kemudian melaporkan berita putar belit, kemudiannya beralih arah ke The Malay Mail pula, juga terkenal sebagai seorang pejuang hak wanita dan bangga memperkenalkan dirinya sebagai seorang Atheist (RUJUK DI SINI), barangkali seronok apabila, sehingga setakat ini, dia tidak pernah dikenakan sebarang tindakan undang-undang ekoran perbuatannya.

Kali ini, dia cuba mempertikaikan sesuatu yang berada di luar had sebagai seorang wartawan apabila memperkatakan BETAPA TIDAK RASIONALNYA Perlembagaan Persekutuan terutama yang membabitkan Artikel 11(4) yang tidak membenarkan mana-mana pihak bukan Islam mendakwahkan umat Islam untuk keluar dari agama mereka.


Dan yang lebih menarik pula, sidang pengarang The Malay Mail benar-benar menyokong artikel tersebut tanpa sedikit pun rasa bersalah biarpun pada masa yang sama, mereka juga sedar, penerbitan itu bersalahan dan bertentangan dengan Akta Hasutan 1948 mahupun Akta Komunikasi dan Multimedia dan Akta Percetakan serta Penerbitan.

Sudah dua kali sebenarnya Boo Su-Lyn menulis dan menyiarkan artikel yang mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan melibatkan kedudukan Islam dan umat Islam di negara ini. Artikel pertama adalah pada 2 Oktober lepas yang antara lain menyatakan Perlembagaan Persekutuan pada Artikel 11(4) telah digunakan oleh Kerajaan Malaysia untuk menghalang rakyat Malaysia daripada memikirkan faedah diri dengan mengharamkan penerbitan buku berbahasa Melayu (RUJUK SINI).



5 Oktober sekali lagi Boo Su-Lyn mencabar undang-undang negara apabila menyatakan orang Islam di Malaysia telah dikawal sepenuhnya oleh kerajaan tentang apa yang mereka boleh fikir, boleh makan, orientasi seks yang perlu dituruti dan sebagainya. (RUJUK SINI)

Mengapa agaknya wartawan ini dibiarkan kurang ajar dan biadap? Apakah kerana dia seorang Atheis yang tidak mempercayai mana-mana agama dan kewujudan Tuhan, maka dia tidak tertakluk dengan mana-mana undang-undang yang termaktub?

Atau adakah kerana dia seorang wartawan yang sudah tentu akan mendapat sokongan daripada DAP dan kelompok anti kerajaan, maka dia dibenarkan mempertikaikan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan?

Kalau itulah yang berlaku, mengapa tiada sebarang tindakan undang-undang yang diambil kepadanya?

Atau sebenarnya Perlembagaan Persekutuan hanya wujud untuk mengabsahkan kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara, tetapi tidak diamalkan dan dikuatkuasakan kerana takutkan undi lari?




'KAKI ALLAH TERAJANG ADAM DAN HAWA'... POHON PIHAK BERKUASA SIASAT PENERBITAN YANG BERPUSAT DI JOHOR INI!!!



Antara lain, buku tersebut mengandungi ilustrasi yang menunjukkan:

1. Kaki Allah yang menyerupai kaki manusia sedang menendang Adam dan Hawa dari syurga.
2. Sepasang Dewi Tanah dan Dewa Lelaki sedang melahirkan 3 orang manusia.

Mungkin bagi agama Kristian atau Katholik, isi kandungannya tidak salah dan bertentangan tetapi penerbit seharusnya lebih peka dan memberitahu bahawa buku yang berorientasikan pelajar-pelajar peringkat rendah itu, sebenarnya adalah untuk bahan bacaan pelajar-pelajar beragama Kristian sahaja.

Tanpa label seperti yang dituntut oleh undang-undang, tidak salah kalau dikatakan Penerbitan Pelangi berniat dan secara sengaja mahu memasarkan buku tersebut secara terbuka kepada semua orang, termasuklah umat Islam.



Persoalannya sekarang, adakah kerana wujudnya tentangan terhadap undang-undang di Malaysia yang tidak membenarkan penggunaan Kalimah ALLAH bagi bukan beragama Islam, dan kelonggaran undang-undang tersebut di Sarawak dan Sabah, maka, penerbitan yang berpejabat di Johor itu, bebas berbuat sekehendak hati?

Pihak berkuasa seharusnya menjalankan siasatan dan mencari motif sebenar syarikat penerbitan yang banyak memperolehi projek-projek pembekalan daripada Kerajaan itu!... KLIK BULETIN 247 UNTUK PERINCIANNYA!


Sunday, September 27, 2015

RUMAH PELACURAN DI MAKKAH... SAIFUL NANG TERUS TERKESIMA APABILA DIASAK, DI MANA LOKASI PELACURAN SEBAGAIMANA DAKWAANNYA!!!



Semalam, kecoh di media sosial apabila seorang photographer terkenal negara, Saiful Nang, memuat naik status yang menyentuh isu maksiat di Tanah Haram.

Status dari Saiful Nang itu mendapat kecaman hebat dari orang ramai sehinggakan sampai ke hari ini masih ramai mengutuk tindakannya di laman Facebook rasmi beliau.

Berikutan dari status ini, seorang pengguna Facebook, Mohd Danial Madani tampil menjawab kembali apa yang ditulis oleh Saiful Nang.


Menurut Danial, beliau telah bertanya Saiful Nang secara peribadi tentang perkara ini melalui aplikasi Whatsapp dengan tujuan ingin mendapatkan penjelasan tujuan Saiful Nang memuat naik status tersebut.

Jawapan Penuh Dari Danial

MENJAWAB BALIK STATUS SAIFUL NANG - AIB TANAH HARAM

Saya telah berhubung dengan beliau di whatsapp sebelum melakukan status ini untuk meminta penjelasan terakhir sebelum saya menulis apa-apa tentang statement atas status beliau. Saya akan fokus tentang tanah haram dan Negara Arab Saudi secara umumnya. Seperti mana tulisan beliau yang saya copy terus dari status beliau:

"Tahukah anda, terdapat banyak rumah pelacuran di Tanah Haram? (Sila berjalan di kampung-kampung di sekitar Tanah Haram anda akan dapat lihat sendiri secara tersembunyi?"

Saya yakin ramai orang Islam yang membaca tulisan ini samada yang pernah datang ke tanah haram Mekah atau belum akan rasa terkilan kerana dengan berani beilau menyebut perkara seperti ini didepan orang awam dan dibaca oleh ratusan ribu orang. Persoalan awalnya untuk tujuan apa didedahkan kepada orang awam?

Saya telah bertanya beliau apa motif status ini?
Jawab beliau:

"Supaya manusia sedar islam sudah masa untuk dibangkitkan bukan terus menerus dalam kebatilan yang nyata dihadapan mata"

Persoalanya apakah dengan cara menulis status itu adalah cara yang betul dan paling baik serta menjadi jalan untuk membangkitkan Islam? Apakah semua perkara yang kita tahu kita perlu beritahu? Dan apakah medan FB adalah tempat yang sesuai untuk menceritakan segala-galanya lebih-lebih lagi berkaitan keaiban tanah haram yang mulia?

Saya tanya lagi, apakah nama kampung yang banyak tempat pelacuran tu?
Jawab beliau:

"Tahan pemandu teksi badwi.. tanyakan sahaja tempat pelacuran disekitar perkampungan (saya tidak tulis nama kampung) dan sebuah lagi kampung jika nak ke arafah akan melaluinya. Saya pernah dengar perkara itu dan saya tanyakan orang biasa disana dan ramai mereka juga yang tahu"
Jika kita diteliti tulisan beliau seakan-akan beliau pernah pergi sendiri dan melihat, walhal beliau hanya tanya orang biasa disana (mekah) dan minta saya tanya pemandu teksi badwi. Ini jelas menunjukkan beliau tidak pernah pergi dan nampak sendiri, atau jika pernah pergi sekalipun atas tujuan apa? dan bagaimana tergamak boleh sampai ke sana dan ambil tahu keburukan-keburan tanah haram? Sepanjang saya bermuamalat dengan jemaah umrah dan haji tiada yang ringan mulut mereka mahu bercerita perkara-perkara buruk apatah lagi mahu mencari-cari keburukan dan menceritakan bila sampai ke tanah air. Na'uzubillah.

عن حفص بن عاصم رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " كفى بالمرء كذبا أن يحدّث بكل ما سـمع
Daripada Hafs bin 'Asim radiallahu 'anhu, berkata Rasulullah saw: "Cukuplah seseorang itu dianggap seorang penipu jika dia menceritkan apa sahaja yang dia dengar. (HR Muslim)

Jika ia benar sekalipun, ia tidak wajar disebarkan kerana akan menimbulkan fitnah yang besar dan mengelirukan perasaan orang awam tentang kebaikan tanah haram.

الفتنة نائمة لعن الله من أيقظها
"Fitnah itu sifatnya seperti sesuatu yang tidur, dan laknat Allah atas mereka yang mengejutkannya"

Kami sebagai pelajar yang duduk tanah haram pun tidak sanggup nak tahu, dan nak dengar apatah lagi menceritakan kepada orang awam kerana tiada keperluan bahkan mewujudkan perasaan benci dan sangka buruk kepada tanah suci haram. Kami tahu ada kelemahan-kelemahan atau kekurangan yang berlaku di tanah haram atau Arab Saudi yang kami nampak didepan mata sendiri, tapi kami anggap itu ialah dosa atau keburukan yang tidak dapat dielak seperti sikap orang arab yang kasar dan lain-lain, tidak pula kami mahu tangkap gambar-gambar buruk atau menyibukkan dengan bercerita tentangnya. Ini tugas kita untuk menjaga aib ini dari orang Islam sendiri atau musuh-musuh Islam.

Saya tanya beliau kenapa ambil khabar hanya dari bertanya sahaja? JIKA benar apakah wajar untuk memburukkan nama bumi haramaian di status FB? Kenapa tidak bertindak memberi teguran terus kepada pihak berkuasa?

Jawab beliau:
"Saya berani cakap kerana saya takut memfitnah tanah haram jika itu tidak benar. "All the best kami ada cara kami untuk kembalikan islam pada islam, tuan buat cara tuan, jika tujuannya sama kita akan berselisih lagi nanti"

Apakah jika tidak berani memfitnah tanah haram menjadi harus dan perlu untuk mengaibkan tanah haram? Mengaibkan tanah haram itu kenapa boleh jadi berani? Kenapa tidak diadukan kepada pihak berkuasa, samada polis sendiri, badan-badan dakwah seperti badan amar makruf nahi mungkar, maktab-maktab yang berkaitan dan banyak lagi jalan untuk berkongsi maklumat dengan tujuan mencegah kemungkaran. Bukankah itu lebih baik? Menutup aib dan menegur secara senyap. Jika tidak lebih baik DIAM dan cegah dalam hati bukan beritahu semua orang! dan bukankah lebih MENDAMAIKAN dari menyibukkan lidah menceritakan keburukan. Saya tidak dapat pastikan tentang "banyaknya" rumah pelacuran seperti yang beliau dakwa, dan saya tak nak tahu perkara-perkara buruk seperti itu. Jika ada wajib untuk simpan dan berdosa memberitahu tanpa tujuan yang jelas.

Buat pengetahuan pembaca, kerajaan Arab Saudi telah melakukan terbaik dalam urusan dakwah, banyak buku-buku agama disebarkan secara percuma dan poster-poster dakwah ditampal serta pamplet-pamplet diedarkan secara percuma untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Situasi seperti ini dirasai oleh kami sendiri yang hidup disini. Selain itu ada kereta yang meronda dikawasan pekan untuk mengajak masyarakat solat dan segera tutup kedai untuk menunaikan solat. Saya tidak pernah rasa situasi seperti ini di Malaysia malah beberapa negara yang saya pernah singgah, iaitu waktu solat dihormati sepenuhnya dan masjid dipenuhi untuk menunaikan solat dan kedai-kedai ditutup kesemunya. Subhanallah. Apakah ini bukan sesuatu yang baik dan wajar ditiru dan diikuti dan dijadikan tauladan yang baik buat semua umat Islam?

Apakah sehingga sekarang kita masih tidak sedar bahawa SYIAH LAKNATULLAH selalu memburuk-burukkan nama ARAB SAUDI bagi kepentingan nafsu dan agenda mereka? Apakah kita masih jahil bahawa IRAN sentiasa mengambil peluang untuk memburuk-burukkan negara Ahlus Sunnah seperti Arab Saudi? Bacalah kenyataan-kenyataan fasad dan batil mereka seperti yang dalam akhbar. MEREKALAH sebenarnya yang menjadi orang tengah yang memecah belahkan kaum muslimin sunni. Mereka mencari apa sahaja jalan untuk memburukkan Arab Saudi terutamanya Mekah dan Madinah agar kaum muslimin timbul rasa benci, sangka buruk dan bertelagah sesama sendiri. Hayatilah surah al-Hujurat ayat 6 yang mana Allah mengarahkan kita memeriksa (tabayyun) apa sahaja berita yang datang dari orang fasiq agar kita tidak menyesal kerana menyebarkannya.

PERSOALAN TERAKHIR:

1. Kenapa beliau menulis status diwaktu ini yang mana dunia sedang mencari-cari keburukan Kerajaan Arab Saudi dalam isu haji, ini akan menyebabkan kemarahan orang lain yang susah memahami isu dengan baik dan menyebabkan ramai orang salah faham. Apakah beliau menyimpan sesuatu dendam?

2. Apakah tanah haram itu sifatnya mensucikan? apakah semua yang duduk ditanah haram mesti kena suci dari dosa? apakah langsung tiada pelaku maksiat di zaman Nabi saw, bahkan ramai melakukan syirik menyembah berhala di kota Mekah ketika Nabi saw masih hidup? Apakah tugas dan yang dilakukan Nabi saw ketika itu?

Tidakkah beliau tahu dizaman Nabi saw ada seorang lelaki yang kuat minum arak dan telah dihukum tetapi Nabi saw tetap melarang para sahabat melaknatnya kerana kata Nabi saw

لا تلعنوه فالله ما علمت أنه يحب الله ورسوله
"Janganlah kalian melaknati beliau, demi Allah aku mengetahui bahawa beliau mencintai Allah dan Rasul" (HR Bukhari)

3. Apakah Kerajaan Arab Saudi perlu jadi sempurna sentiasa dimata beliau tanpa sedikit pun kekurangan dan kelemahan yang pasti akan berlaku? Apakah tugas orang Islam bila mengetahui kekurangan seseorang? apakah mengaibkan? menambah rosak? menjatuhkan?

عن المبارك قال : كان الرجل إذا رأى من أخيه ما يكره أمره في ستر , فيؤجر في ستره , ويؤجر في نهيه , فأما اليوم فإذا رأى أحد ما يكره استغضب أخاه وهتك ستره
Berkata Ibn Mubarak:
"Dulu, seseorang apabila melihat pada saudaranya terdapat hal yang dibenci diapun memerintahkannya atau melarangnya dengan sembunyi, sehingga dia diberi pahala atas teguran secara sembunyi dan larangannya (dari sesuatu yang tidak disenangi). Adapun hari ini, apabila seseorang melihat apa yang dia benci, dia membuat saudaranya marah dan dia sebarkan aibnya(saudaranya)."

Persoalan saya apakah dengan status itu akan menambah baik? atau menambah kebencian sesama muslim?

4. Apakah wujud negara yang maksum atau sunyi dari segala maksiat, dosa, dan jenayah? Apakah Mekah dan Madinah telah dijamin maksum oleh Allah dan Rasul bahawa penduduknya akan bersih dari dosa!

5. Apakah beliau dikatakan tidak bertanggungjawab jika andaikata beliau ada pekerja-pekerja yang berdosa dan melakukan jenayah walhal beliau telah melakukan terbaik untuk menjaga pekerja-pekerja beliau. Situasi yang sama, maka apakah Kerajaan Arab Saudi tidak melalukan apa-apa tindakan, arahan dan gerak kerja bagi membasmi jenayah di Arab Saudi khususnya di Mekah dan Madinah jika wujud juga rakyatnya yang melakukan jenayah?

6. Tulisan beliau di status:
"Tanah itu dahulu pernah kotor dan pernah disucikan oleh nabi muhammad saw. Dan ia boleh sahaja kotor kembali pada hari ini. Suci bermakna tiada setitikpun kekotoran. Bagaimana air susu segelas dikatakan suci walaupun hanya sebutir tahi cicak jatuh ke dalamnya. Kita sendiri tidak sanggup minumnya walaupun nisbah tahi cicak dan susu itu hanya kurang dari 0.5% sahaja"
Ini adalah qiyas (anologi) yang fasid, bagaimana air susu boleh diqiyaskan dengan sesebuah negara?

Apakah Tanah suci itu bermakna tiada kekotoran maksiat dalamnya? Jadi jika begitu cara fikirnya iaitu tidak sanggup minum susu yang jatuh tahi cicak, maka apakah beliau tidak sanggup juga ke tanah haram atas sebab rumah pelacur dan keburukan-keburukan lain?

7. Beliau menyatakan dengan jelas, terdapat BANYAK rumah pelacuran ditanah haram. Dimanakah bukti banyak tersebut?

Kesimpulan saya untuk isu ini, saya tidak menafikan kebaikan beliau dan ada kritikan-kritikan dalam status beliau sebelum ini yang baik dan boleh difikirkan oleh rakyat Malaysia tetapi TIDAK untuk status ini. Bahkan kami pernah berhubung sebelum ini untuk saya kongsi maklumat berkaitan Universiti Islam madinah kepada beliau TETAPI untuk isu ini saya anggap beliau tersasar jauh dan seperti yang saya sebutkan "BUKAN SEMUA PERKARA KITA KENA TAHU DAN BUKAN SEMUA PERKARA YANG KITA TAHU KITA KENA BERITAHU" - Jangan cuma jadi ahli untuk semua perkara! Contohilah akhlak lidah Imam Malik yang tidak malu untuk menjawab " Ana La Adri " saya tidak tahu walhal beliau adalah Imam Darul Hijrah!

Rasulullah saw bersabda:

من حسن اسلام المرء تركه ما لايعنيه
"Antara kebaikan Islam seseorang itu ialah ia meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat buatnya" (HR Termizi)

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فليقل خيرا أو ليصمت
"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau DIAM" (HR Bukhari dan Muslim)

Semoga Allah menjadikan kita dalam kalangan mukmin yang jauh dari hasad, dendam dan sukakan kebencian sesama muslim. Moga Allah pimpin terus hati kita untuk jadi 'agent' ISLAH dan sentiasa memberi nasihat demi Maslahat kepentingan kesatuan Umat Islam dengan cara yang betul. Saya bersedia berjumpa beliau untuk menyambung silaturrahim kerana kita masih ada banyak kerja untuk Islam dan Umat Islam kearah mengajak manusia kepada tauhid, akhlak dan Ilmu yang sahih.

Wallahu'alama bissawab

"Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia" ( Ali-Imran: 96)

Mohd Danial Madani,
Sabtu 26 September,
Jeddah KSA

Siakapkeli.my 
 
Blogger Templates