Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label khalid ibrahim. Show all posts
Showing posts with label khalid ibrahim. Show all posts

Tuesday, April 4, 2017

TIDAK BERMORAL KE AZMIN ALI SAMPAIKAN KHALID IBRAHIM PERSOAL MORALNYA!!!!



Suka saya nyatakan kepada Dato’ Menteri Besar bahawa sikap moral hendaklah digunapakai secara menyeluruh di dalam pentadbiran dan pengurusan negeri. Jika beliau kononnya mengenakan nilai moral yang tinggi di dalam isu pemberian pampasan bernilai RM2.7juta, beliau juga perlu mempunyai sikap yang sama dalam hal yang lain termasuk dalam isu yang jauh lebih besar yakni pembayaran kepada SPLASH.

Saya ingin bertanya adakah ianya bermoral bagi seorang Menteri Besar (MB) itu bersungguh-sungguh untuk mendapat kembali wang pampasan RM2.7 juta kepada bekas pegawai namun bersungguh-sungguh pula untuk membuat bayaran RM3 billion kepada SPLASH meskipun taksiran asal hanya RM250juta?

Adakah ianya bermoral bagi seorang MB membelanjakan ratusan juta ringgit membayar juruperunding undang-undang dan kewangan serta jurunilai semata-mata mahu menyediakan satu laporan yang menjustifikasikan lebihan bayaran kepada SPLASH?

Adakah ianya bermoral bagi beliau selaku MB mengalihkan beban kesalahan kepada Kerajaan Persekutuan di atas kelewatan beliau menyelesaikan penstrukturan semula industri air Selangor setelah gagal mendapat dana untuk membayar lebihan RM2.7 billion kepada SPLASH?

Adakah ianya bermoral bagi seorang MB yang sengaja tidak mahu mengenakan atau menyemak semula “bulk service rate” terhadap SPLASH sedangkan perkara tersebut boleh beliau laksanakan sementara menunggu penyelesaian pengambilalihan yang mana beliau amat sedar dengan kegagalan beliau berbuat demikian SPLASH telah menikmati keuntungan melebihi RM400juta setahun sejak 2014 sehingga 2016 dan akan berterusan sehingga penyelesaian tercapai?

Dan adakah bermoral bagi seorang MB membiarkan pembayaran terlampau tinggi kepada SPLASH yang akhirnya hanya akan meningkatkan tanggungan hutang negeri sehingga RM3 billion dan kenaikan tarif air kepada rakyat Selangor?

Dalam pada saya amat pasti rakyat Selangor dapat memberi jawapan yang betul kepada persoalan di atas, saya yakin Menteri Besar Selangor tidak berani untuk berdepan dengannya.

Dalam isu moral dan pembayaran ke atas Splash hingga meningkatkan beban negeri dan rakyat, saya yakin pimpinan dari PAS dan mungkin Umno boleh membincangkan dengan mendalam dan terperinci.

Rakyat Selangor memang menyokong MB dan kepimpinan negeri jika berpandukan kepada rating yang dikeluarkan Agensi yang dibiayai kerajaan negeri, justeru adalah menjadi tanggungjawab moral bagi MB memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat Selangor dan berhenti mengisi tembolok syarikat konsesi apatah lagi jika mengamalkan sikap tidak bermoral dengan menyelam sambil meminum air dengan turut sama menikmati habuan laba.

YB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM

Thursday, November 10, 2016

KHALID IBRAHIM TAK DIBENARKAN JAWAB TUDUHAN DAN PEMBOHONGAN AZMIN ALI DI SIDANG DUN!!!



Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mempersoal adakah kerajaan negeri akan menggunakan simpanan wang rizab yang dimiliki mereka untuk membayar pampasan sebanyak RM2.7bilion kepada Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH).

Ini kerana Khalid menjangkakan adalah mustahil untuk kerajaan Pusat meluluskan sejumlah pinjaman yang besar untuk membuat pembayaran berkenaan.

"Kalau pembelian bernilai RM2.7 bilion ini berlaku maka kerajaan negeri terpaksa menambahkan peruntukan sebanyak RM2 bilion, siapa yang akan beri wang dan dari mana datangnya wang tersebut untuk membuat pembayaran. Kerajaan Negeri tidak boleh meminjam melainkan kelulusan Kementerian Kewangan.

"Saya tidak tahu samada Menteri Kewangan akan luluskan. Tapi kalaulah dia mengambil jalan untuk membayar RM2 bilion ini melalui Rizab negeri, sekarang ada di tahap RM3.3 bilion maka akan tinggal RM1.3 bilion.

"Wang yang kita kumpul begitu lama sekarang sudah dibayar kepada SPLASH dan rakyat Selangor akan persoalkan perkara ini," katanya ketika mengadakan sidang media di kediaman beliau hari ini.

Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali hari ini di DUN Selangor sekali lagi bertegas bahawa Khalid yang memulakan tawaran RM2.9 bilion kepada SPLASH untuk mengambil alih aset syarikat konsesi air itu.

Azmin juga menyifatkan Khalid sebagai berbohong kepada rakyat apabila terus berkata bahawa beliau hanya menawarkan jumlah pampasan pada SPLASH hanya RM250 juta ketika menjadi menteri besar.

Khalid sudah menghubungi pejabat DUN Selangor untuk menetapkan tarikh bagi menjawab tuduhan yang dilemparkan Azmin terhadapnya. Bagaimanapun, permohonannya ditolak Speaker DUN, Hannah Yeoh.

Menurut ADUN Pelabuhan Klang itu lagi, beliau bersedia untuk berdepan dengan rakyat bagi menjelaskan sekaligus menafikan tuduhan Azmin terhadapnya.

"Saya bersedia berhadapan dengan rakyat Selangor untuk menerangkan saya tidak setuju dengan harga tambahan ekoran tawaran lebih RM2 bilion ini dan dibayar kepada SPLASH demi penyusunan semula industri air.

"Tidak betul (dakwaan Menteri Besar), saya tidak pernah menyatakan bahawa saya akan membeli ekuiti SPLASH dengan harga RM2.7 bilion. Saya hanya menyatakan mengikut kiraan setelah kita buat kajian harga yang kita tawarkan selepas menolak RM700 juta dividen yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut.

"Tawaran kita untuk ekuiti ialah RM250 juta, tetapi kita juga membayar semua hutang-hutang dalam syarikat SPLASH itu berjumlah RM1.5 bilion," katanya lagi.

Sebelum ini Khalid menawarkan nilai pengambilalihan SPLASH hanya RM250 juta selepas mengambil kira liabiliti yang ditanggung syarikat itu, namun ditolak syarikat konsesi itu dengan menegaskan nilai syarikatnya berjumlah RM2.5 bilion setakat 31 Disember 2013 dan jika dikira tempoh konsesi 16 tahun yang perlu dilupus, syarikat itu bernilai RM3.9 bilion.

Sebaik sahaja Azmin dilantik menggantikan Khalid, ADUN Bukit Antarabangsa itu dikatakan hampir bersetuju untuk membayar jumlah pampasan yang dituntut SPLASH iaitu RM2.7 bilion, peningkatan sebanyak RM2.45 bilion daripada tawaran asal.

Khalid menyifatkan sebagai satu pembaziran wang rakyat jika kerajaan negeri pimpinan Azmin akur dengan jumlah yang dituntut SPLASH itu.

Untuk rekod, kerajaan Persekutuan memohon kerajaan negeri Selangor menangguh rundingan pengambil alihan aset SPLASH selama enam bulan lagi bagi pihaknya melantik badan penilai bebas antarabangsa ke arah memuktamadkan proses berkenaan.



Monday, November 7, 2016

KESIAN AZMIN ALI!!! DIA TIDAK BOLEH JAWAB KENAPA DIA BAYAR RM2.45 BILION UNTUK BELI SPLASH SAMPAI TERPAKSA SENTUH PINJAMAN BANK ISLAM KHALID IBRAHIM!!!




Azmin Ali jadi kelam-kabut dan kembali ke sifat asalnya, 'menghentak-hentak kaki' apabila bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim menuduh Azmin mengkhianati rakyat Selangor apabila bersetuju membayar 10 kali ganda iaitu RM2.7 bilion untuk membeli SPLASH berbanding RM250 juta yang ditawarkan oleh Khalid Ibrahim sewaktu dia memegang jawatan Menteri Besar.

Pertanyaan Khalid Ibrahim bagaimanapun, tidak dijawab langsung oleh Azmin Ali. Sebaliknya Azmin Ali bertanyakan soalan yang sudah pun diputuskan oleh mahkamah sebagai satu fitnah dan kesanggupan PKR serta Saifuddin Nasution yang pada waktu itu merupakan Setiausaha Agung PKR untuk mengakui, mereka hanya menfitnah Khalid.


Tuduhan ke atas Khalid Ibrahim membabitkan pinjaman dari Bank Islam merupakan antara sebahagian daripada tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh PKR dan Pakatan dalam dokumen setebal 91 muka surat ke atas Khalid Ibrahim.

PKR turut meminta maaf tanpa syarat di mahkamah kepada Khalid Ibrahim dan mengakui bahawa segala tuduhan ke atas Khalid Ibrahim adalah tidak berasas dan berjanji tidak akan mengulanginya kembali.


Ternyata, isu pembelian dengan harga 10 kali ganda yang kembali disebut oleh Khalid Ibrahim, membuatkan Azmin Ali terpaksa mengitar semula pembohongan Rafizi Ramli dan PKR hanya untuk menyelamatkan dirinya sendiri. Bahkan Azmin Ali telah melakukan penghinaan ke atas keputusan mahkamah kerana kembali mengulangi tuduhan tersebut.

Semuanya hanya kerana dia cuba mengalihkan isu yang dibangkitkan oleh Khalid Ibrahim di mana salah satu penerima manfaat menerusi pemilikan 30% SPLASH adalah seorang penyokong PKR dan merupakan pengarah Institut Rakyat milik PKR.


Isu pembelian SPLASH dengan harga RM250 juta berbanding RM2.70 bilion itulah yang menyebabkan Rafizi Ramli memulakan Langkah Kajang bagi menggulingkan Khalid Ibrahim. Walaupun pada awalnya, Rafizi Ramli cuba menafikan, tetapi akhirnya terbukti bahawa Langkah Kajang hanyalah tentang menjatuhkan Khalid Ibrahim yang enggan berunding dan mengendurkan pendiriannya dalam isu pembelian SPLASH dan Tanah Wetland. (RUJUK SINI)


Saturday, November 5, 2016

GILIRAN KHALID IBRAHIM PULA BUBUH PAKU KAT DAHI AZMIN ALI YANG KUAT BOHONG DAN SALAHKAN ORANG LAIN!!!


Keputusan untuk membayar Splash lebih RM2.45billion daripada yang sepatutnya adalah mengkhianati kepercayaan rakyat Selangor.

5 NOVEMBER 2016

Kerajaan Negeri Selangor di antara 2008 dan 2014 tidak pernah menawarkan RM2.975 bilion untuk mengambil alih ekuiti syarikat konsesi air Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash) seperti yang didakwa oleh Menteri Besar Selangor semalam.

Dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, seperti yang dilaporkan oleh SelangorKini dan Free Malaysia Today, adalah tidak benar, mengelirukan dan cubaan jelas untuk mengalihkan perbincangan mengenai keputusan pentadbiran beliau untuk membayar ekuiti Splash RM2.7billion iaitu 10 kali lebih tinggi daripada tawaran asal berjumlah RM250.6 juta.

Semasa saya menjadi Menteri Besar, kerajaan negeri melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah membuat beberapa cadangan kepada keempat-empat syarikat konsesi dengan jumlah tawaran seperti yang disenaraikan di bawah:

1) RM5.709 bilion pada 13 Feb 2009 untuk pengambilalihan aset dan ekuiti
2) RM9.218 bilion pada 25 Jun 2009 untuk pengambilalihan aset dan ekuiti
3) RM9.227 bilion pada 6 Jan 2011 untuk pengambilalihan aset dan liabiliti
4) RM9.6516 bilion pada 20 Februari 2013, 21 Nov 2013, 26 Feb 2014, 1 Ogos 2014 dan 12 Sept 2014. Jumlah ini melibatkan 2 bahagian:

> RM1.978 bilion bagi pembayaran ekuiti berdasarkan pulangan 12% setahun kepada ekuiti dengan pemotongan mana-mana bayaran dividen, jika ada.
> RM7.6749 bilion bagi liabiliti yang diambilalih

Seperti yang dinyatakan di atas, kaedah penilaian yang digunakan untuk setiap kumpulan adalah berbeza dan atas sebab inilah nilai tawaran setiap kumpulan berbeza. Dalam tawaran terakhir, kami telah menggunakan kaedah pembayaran ekuiti berdasarkan pulangan 12% setahun kepada ekuiti serta potongan mana-mana dividen yang telah dibayar.

Kami merasakan ini adalah adil memandangkan terma tersebut telah dinyatakan di dalam Perjanjian Penswastaan air yang ditandatangani oleh semua syarikat konsesi termasuk Splash.

Kami tidak pernah bercadang pada bila-bila masa untuk membayar RM2.9billion hanya untuk bayaran ekuiti Splash seperti yang didakwa oleh Menteri Selangor. Walaupun kita menggunakan beberapa kaedah penilaian yang berlainan, nilai ekuiti tidak banyak berbeza. Dalam tawaran terakhir, kami merasakan tawaran yang berpatutan untuk Splash adalah RM250.6juta untuk bayaran ekuiti serta menanggung hutang sejumlah RM1.564 billion

Splash mempertikaikan tawaran mengambil alih ekuiti berdasarkan 12% ROE setahun serta pemotongan pembayaran dividen. Pada hakikatnya Splash telah membayar RM725.4 juta kepada pemegang sahamnya sebagai dividen manakala Syabas tidak pernah mengeluarkan dividen dan inilah sebab utama mengapa nilai pembayaran ekuiti antara kedua-dua syarikat itu sangat berbeza.

Berkenaan dakwaan kononnya saya telah cuba menyembunyikan tawaran RM2.975billion kepada Splash yang sebenarnya tidak wujud, saya ingin menyatakan bahawa tidak ada sebab untuk saya berbuat demikian

Semua keputusan berkenaan air telah dibentangkan kepada EXCO dan Dewan Negeri Selangor apabila perlu. Tambahan pula, memandangkan proses penstrukturan semula air melibatkan beberapa syarikat tersenarai di pasaran, segala butiran tawaran perlu dimaklumkan kepada Bursa Malaysia dan pihak berkuasa yang berkenaan.

Di samping itu, pejabat Mentei Besar yang saya terajui sering mengadakan sidang akhbar setiap kali ada perkembangan baharu dan telah mengeluarkan ratusan kenyataan media berkenaan air. Kami juga menganjurkan siri taklimat untuk ADUN dan Ahli Parlimen yang juga telah mengambil bahagian dalam taklimat awam diseluruh Selangor untuk memberi kesedaran awam tentang isu rakyat.

Kami juga telah memberi pembentangan komprehensif kepada Dewan Negeri Selangor dan saya yakin pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam penyediaan pembentangan juga akan bersetuju.

Sungguh mendukacitakan apabila kerajaan negeri hari ini seolah-olah tidak mahu meneruskan amalan baik dipelopori pentadbiran terdahulu dan natijahnya, rakyat hari ini dikejutkan dengan pendedahan bahawa kerajaan negeri telah pun membuat keputusan untuk membayar RM2.7 billion kepada Splash seperti yang disahkan oleh EXCO negeri Selangor YB Zaidy Abdul Talib yang juga telah membayangkan bahawa jumlah tersebut telah ditolak oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Sekali lagi, saya ingin menegaskan bahawa nilai keseluruhan pengambilalihan industri air tidak boleh melebihi RM9.65 bilion kerana ia akan memberi kesan kepada tarif air di masa hadapan dan usaha untuk mengurangkan air tidak terhasil di Selangor.

Saya kira tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa keputusan untuk membayar Splash lebih RM2.45billion daripada yang sepatutnya adalah mengkhianati kepercayaan rakyat Selangor.

ABDUL KHALID IBRAHIM
AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK
ADUN PELABUHAN KELANG


Friday, August 14, 2015

PKR, RAFIZI DAN SAIFUDDIN ISMAIL NASUTION KENA TROL DENGAN 'PERMOHONAN MAAF HARI RAYA' KHALID IBRAHIM!!!




"dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) adalah seorang yg korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salahlaku dan tidak layak menjadi MB Selangor.

Bagi pihak PKR dan saya secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta TANPA SYARAT memohon maaf kpd TSKI.

Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kpd TSKI dan mahkamah yg mulia ini bhw kenyataan2 tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan dpd menyadatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan2 dlm dokumen tersebut dan apa2 kenyataan yg berkaitan dgn dokumen tersebut."-

Saifuddin Nasution
Ex-Secretary General, PKR.



Puak-puak PKR terutama sekali penyokong Rafizi Ramli cuba memutarbelitkan perkara sebenar daripada kes saman Khalid Ibrahim ke atas PKR dan Saifuddin Nasution serta Rafizi Ramli. Malaysiakini pula cuba memutarbelitkan perkara sebenar dengan menggambarkan pada peringkat awal kononnya Khalid Ibrahim telah menarik kembali saman tersebut dan kes itu selesai begitu sahaja

Hakikatnya, kes itu berjalan seperti yang diketahui. Puak PKR terutama sekali Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution serta PKR secara keseluruhannya adalah MESIN FITNAH yang tidak akan mengaku bersalah kecuali setelah mereka diheret ke mahkamah.

Dan bagi melepaskan diri, mereka rela memohon maaf serta penyelesaian luar mahkamah berbanding berhadapan dengan perbicaraan yang akan menelanjangkan segala perkara.

Perkara yang sama juga pernah dilakukan oleh Nurul Izzah yang disaman oleh Raja Nong Chik kerana membuat fitnah dan cerita bohong untuk menang sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai pada PRU-13 lalu. Nurul Izzah yang berhadapan dengan saman besar, memilih untuk meminta maaf di luar mahkamah sebagai jalan penyelesaian serta memodalkan air mata dan kemut muka minta belas kasihan.


Rafizi Ramli yang berhadapan dengan saman Rosmah Mansor kerana menfitnah berhubung CINCIN RM24 JUTA pula memberikan alasan, dia HANYA BERGURAU.

Khalid Ibrahim telah difitnah dengan teruk pada PRK Kajang yang diorkestrakan untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim dan mengalihkan isu apabila Mahkamah Agung memutuskan bahawa Anwar Ibrahim bersalah kerana JENAYAH LIWAT. Cubaan untuk menjadikan Anwar Ibrahim dan kemudian isterinya, Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor mendedahkan niat jahat PKR yang menjadikan fitnah sebagai inspirasi utama mereka.

Untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim dengan bantuan DAP, pelbagai isu rasuah dan salahguna kuasa telah dituduh Khalid Ibrahim melakukannya. Kononnya PKR mempunyai pelbagai bukti berbentuk dokumen untuk menunjukkan yang Khalid Ibrahim melakukan rasuah dan salahguna kuasa. Tetapi sampai sudah, tidak ada dokumen yang dimaksudkan. Sebaliknya yang dilakukan oleh para peguam PKR ialah meminta agar kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah dengan PKR, Rafizi dan Saifuddin memohon maaf.

Sebagai balasan, mereka akan meminta maaf kepada Khalid Ibrahim dan mengakui bahawa mereka telah menfitnah Khalid Ibrahim.


Menariknya, untuk tutup malu, mereka cuba menggambarkan kononnya kes tersebut berakhir dengan masing-masing meminta maaf dan mengakui kesalahan masing-masing. Kononnya juga, PKR mempunyai bukti yang Khalid Ibrahim telah meminta maaf secara peribadi kepada Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution serta PKR secara keseluruhannya kerana telah mengheret mereka ke mahkamah.

Hakikatnya, permohonan maaf Khalid Ibrahim hanyalah permohonan maaf biasa mengikut adat orang Melayu apabila menyambut Syawal!!!

Sampai macam ni pun, mereka masih juga melakukan fitnah untuk pujuk diri sendiri!!!


Thursday, April 2, 2015

KHALID IBRAHIM BERSUARA, MEMBELASAH AZMIN ALI DEPAN MUKA DAN MENYURUHNYA LETAK JAWATAN SEBAGAI MENTERI BESAR SELANGOR!!!



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihatkan Mohamed Azmin Ali meletak jawatan Menteri Besar Selangor sekiranya gagal menyelesaikan masalah rakyat terutama penstrukturan semula air di negeri itu.

Beliau berkata, Azmin perlu berundur supaya Kerajaan Selangor diketuai oleh individu yang lebih layak, pakar dan berpengalaman yang setaraf dengan status Selangor sebagai negeri termaju.

Abdul Khalid menegaskan beliau tidak berminat untuk dilantik semula sebagai Menteri Besar tetapi bertanggungjawab menegur demi kepentingan rakyat dan negeri Selangor apatah lagi Sultan Selangor telah bertitah supaya kerajaan negeri segera menyelesaikan penstrukturan air yang telah tertangguh sejak sekian lama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas Pelabuhan Klang itu menjelaskan, sikap berdolak-dalih Azmin dalam menyelesaikan permasalahan air telah menyusahkan rakyat yang terpaksa berdepan gangguan bekalan air.

“Selepas Perjanjian Utama dimeterai antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, persetujuan dicapai untuk membina paip air daripada Sungai Pahang ke Loji Semenyih tanpa sebarang bayaran.

“Namun, pendirian berubah-ubah yang diambil kerajaan negeri sekarang menghalang projek ini dilaksanakan dan akibatnya pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia menghadapi gangguan bekalan air yang teruk sejak beberapa bulan yang lalu,” katanya ketika membahas Ucapan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Sultan Selangor dalam Sidang Dewan Negeri Selangor, pada Khamis.

Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bebas Bandar Tun Razak mengulangi desakan supaya kerajaan negeri kekal dengan tawaran pampasan RM9.65 bilion untuk pengambilalihan air daripada syarikat konsesi kerana jumlah itu telah memberi keuntungan yang munasabah kepada konsesi terlibat.

Beliau berkata, agak melucukan apabila Azmin mengaitkan kedudukan kewangan kerajaan Persekutuan hampir bankrap menyebabkan perjanjian air tidak dapat diteruskan.

“Hakikatnya penstrukturan semula industri air di Selangor tiada kaitan sama sekali dengan semua ini kerana ia telah termaktub dalam Akta Perkhidmatan Industri Air 2006,” katanya.

Tindakan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menukar dasar pelaksanaan dan sistem tender terbuka untuk projek kerajaan selepas dua bulan memegang jawatan amat meragukan kerana dibuat secara tergesa-gesa.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Azmin menukar dasar tender terbuka dengan alasan penganugerahan tender kepada sebut harga termurah merbahaya.

Bagaimanapun beliau yang juga bekas Menteri Besar Selangor mempersoalkan keputusan yang dibuat kerajaan negeri bagi menyokong tindakan yang diambil yang kononnya lebih baik dari dasar yang diamalkan di zaman pentadbirannya.

Beliau bimbang langkah berkenaan akan menyebabkan wujud lebih ramai golongan ‘rentier’ atau orang tengah yang mengaut keuntungan atas angin dan golongan kapitalis kroni seperti yang berleluasa di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

“Malang bagi rakyat Selangor kerana tiada lagi harapan yang tinggal untuk mereka, seolah-olah mandat besar yang diberi rakyat pada PRU13 disia-siakan begitu saja,” katanya ketika membahaskan Ucapan Menjunjung Kasih Sultan Selangor pada sidang Dewan Negeri Selangor.

Abdul Khalid berkata, tender terbuka yang diperkenalkan pada 2008 di bawah pentadbirannya yang menekankan konsep nilai bagi wang telah berjaya menghapuskan peranan orang tengah dan menjimatkan wang rakyat lebih RM100 juta setiap tahun, di mana ia dipulangkan semula kepada rakyat untuk program-program kebajikan.

Beliau berkata, pendekatan baharu tender terbuka yang dibuat Azmin itu telah gagal meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam terutama melibatkan pengurusan sisa pepejal, pencemaran alam dan ekosistem yang meningkatkan kes denggi. (SUMBER)

Saturday, March 14, 2015

KHALID IBRAHIM MENGAMUK!!! BILA SPRM DAN SELCAT NAK SIASAT RASUAH SERTA SALAHGUNA DALAM PENSTRUKTURAN AIR SELANGOR?!!!



Bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim telah mendesak agar pihak berkuasa menyiasat tuduhan rasuah dan salahguna kuasa dalam perjanjian penstrukturan semula air antara Kerajaan Negeri Selangor dengan Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, ini adalah untuk memastikan rakyat Selangor tidak membayar lebih dari RM9.65 bilion yang telah dipersetujui untuk mengambilalih kesemua konsensi air di negeri itu dari Kerajaan Persekutuan.

"Saya menggesa semua pihak yang terlibat untuk tidak teragak-agak bagi memulakan siasatan ke atas semua tuduhan tuduhan rasuah dan salahlaku (dalam urusan membeli semula syarikat-syarikat konsensi).

"Rakyat Selangor tidak boleh dipaksa untuk membayar lebih dari harga yang telah ditetapkan iaitu RM9.65 bilion yang telah dipersetujui," katanya dalam Dewan Rakyat.

Berucap ketika membahaskan titah Yang Di-Pertuan Agong, Ahli Parlimen Bebas Bandar Tun Razak itu menyatakan pihak berkuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu mempertingkatkan usaha untuk menggempur rasuah dan salahguna kuasa.

Menandatangani perjanjian air yang dilihat sebagai sesuatu yang kontroversi dengan Kerajaan Persekutuan berhubung pengambilalihan konsesi air di selangor merupakan tindakan terakhir Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Beberapa hari lepas, Khalid Ibrahim mendakwa Kerajaan Selangor secara mengejut telah memberikan lesen operasi kepada SPLASH tetapi kemudian dinafikan oleh SPLASH. (RUJUK SINI)



Friday, March 13, 2015

PKR SEDANG TEMBERANG, KONONNYA SELANGOR NAK BAGI AIR PERCUMA, TETAPI KERAJAAN PERSEKUTUAN YANG HALANG... MALANGNYA KHALID IBRAHIM PULA BUKAK RAHSIA!!!



Mantan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim membuka rahsia besar Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Azmin Ali yang sedang cuba bermain dengan sentimen rakyat.

PKR sekarang ini, dalam ceramah-ceramah dan sembang-sembang kedai kopi mereka menyatakan, kononnya Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya mahu memberikan air percuma kepada semua rakyat Selangor, tetapi dihalang oleh Kerajaan Persekutuan yang asyik menuntut hutang air.

Jadi, terpaksalah Pakatna Rakyat Selangor terpaksa mengenakan bayaran walaupun untuk memudahkan rakyat, diberikan 20 meter padu air secara percuma.

Namun Khalid Ibrahim yang sekarang ini merupakan Ahli Parlimen BEBAS, menyelar sikap beretorik dan berdrama Azmin Ali. Bekas Menteri Besar itu menyelar tentang usaha Azmin Ali cuba bermain sentimen menerusi keputusannya enggan berunding dengan Kerajaan Persekutuan membabitkan industri air Selangor.

Menggunakan alasan kononnya mahu menjaga kedaulatan Selangor kerana yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat Selangor adalah TANAH yang kononnya 'akan dirampas' oleh Kerajaan Persekutuan, Khalid Ibrahim sama seperti Maximus Ongkili menyelar Azmin Ali kerana tidak faham terma dan kandungan perjanjian yang dibacanya.

Malah Khalid Ibrahim turut menyatakan, kegagalan penstrukturan air Selangor akan menyebabkan syarikat-syarikat konsensi air menuntut pampasan bernilai RM2 bilion dari Kerajaan Negeri Selangor, sekaligus akan menaikkan tarif air sebanyak 52% sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang konsensi.

Inilah yang dinamakan UBAH dan INI KALILAH!

Nak sangat UBAH dan nak sangat INI KALILAH!... Sekarang, barulah seragam antara Pulau Pinang dengan Selangor kerana Pulau Pinang lebih awal menaikkan tarif airnya tanpa banyak cerita dan tanpa banyak publisiti.

Bayangkanlah kalau kerajaan-kerajaan negeri Barisan Nasional yang berkelakuan seperti Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, PKR dan DAP sekarang ini pasti tidak senang duduk kerana memenuhi acara ceramah dan kempen hasutan agar Barisan Nasional ditentang.

Malah tidak mustahil juga, Kuala Lumpur setiap masa akan dipenuhi demonstrasi dan tunjuk perasaan!!!


KHALID IBRAHIM AMBIL KESEMPATAN DESAK SPRM SIASAT PENSTRUKTURAN AIR SELANGOR BERHARGA MAHAL DI BAWAH AZMIN ALI DAN TEROWONG BAWAH LAUT LIM GUAN ENG!!!



Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyarankan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap Projek Penstrukturan Semula Industri Air di Selangor secara keseluruhannya yang dianggarkan mencecah RM20 bilion.

Beliau berkata, ini kerana memandangkan saiz industri air Selangor dan wujudnya potensi untuk meraih keuntungan berlebihan oleh pemegang konsesi berat sebelah.

“Saya mendesak agar semua pihak berkenaan tidak berlengah-lengah lagi memulakan siasatan terbuka terhadap segala dakwaan rasuah atau penyelewengan.

“Jangan sampai akhirnya rakyat Selangor terpaksa membayar melebihi “price tag” keseluruhan yang telah dipersetujui sekian lama iaitu RM9.65 billion,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan perbahasan Titah Ucapan Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Khalid yang merupakan Ahli Parlimen Bebas- Bandar Tun Razak turut yakin rakan-rakan Ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat seperti Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bersetuju tanpa bantahan terhadap cadangan beliau.

Dalam pada itu, Khalid juga mahu perkara yang sama dilakukan terhadap Projek terowong bawah tanah kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Dengan cara ini, dakwaan-dakwaan “nakal” kemungkinan terdapat unsur rasuah, penyelewengan atau salah laku melibatkan dana awam dalam projek terowong bawah tanah kerajaan negeri Pulau Pinang yang dikatakan bakal dibiayai secara tunai dan pemindahan milik 110 ekar tanah negeri kepada pemegang konsesi projek boleh disiasat dan diaudit segera.

“Saya percaya hanya dengan penjelasan yang benar, tepat dan komprehensif serta hasil siasatan rapi, bebas dan berkecuali sahaja dapat menidakkan dakwaan serong sesetengah pihak dan memperbetulkan tanggapan negatif rakyat,” katanya.


Tuesday, February 10, 2015

WALAUPUN DIHINA DAN DIPERLEKEHKAN, KHALID IBRAHIM TETAP BERSIKAP GENTLEMAN DENGAN KELUARGA ANWAR IBRAHIM!!!



TAK TAHULAH SAMA ADA KHALID IBRAHIM SEBENARNYA MEMADANKAN MUKA ANWAR IBRAHIM SETELAH DIA DIANIAYAI OLEH ANWAR IBRAHIM DAN PKR.

NAMUN UCAPAN YANG DIBUATNYA MENERUSI FACEBOOK, MENYERLAHKAN SIKAP BUDIMAN KHALID IBRAHIM!

SELAIN MENGANIAYAI SAIFUL BUKHARI AZLAN, KHALID IBRAHIM JUGA MERUPAKAN ANTARA MANGSA KEBUASAN, KERAKUSAN DAN KESERAKAHAN ANWAR IRAHIM DAN KELUARGANYA!!!



 
Blogger Templates