Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label ahmad maslan. Show all posts
Showing posts with label ahmad maslan. Show all posts

Monday, December 28, 2015

ISU 2 KERJA SUDAH MELARAT DAN LARI DARI KONTEKS SEBENAR, KATA MAT MASLAN YANG TERUK DIGIAT DAN DISINDIR WARGA NETIZEN!!!



Isu #2kerja disifatkan sudah terlampau melarat dan lari daripada konteks asal seperti yang disyorkan pada awalnya.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tajuk yang digunakan beberapa media juga perlu ditukar agar selari dengan ucapannya dalam satu ucapan di Johor Bahru baru-baru ini.

"Saya kata kerja sedia ada ditambah perniagaan online. Itu yang cerita asalnya. Sekarang sudah melarat macam-macam," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.


Dalam satu majlis baru-baru ini, Ahmad berkata, kementeriannya mengesyorkan semua agensi kerajaan yang berurusan dengan usahawan mikro, kecil dan sederhana agar memberi fokus kepada perniagaan dalam talian.

Jelasnya, perniagaan atas talian, pemasaran elektronik atau e-dagang dilihat akan menjadi trend perdagangan masa depan.

Ujarnya lagi, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) juga menyediakan geran tertentu kepada kumpulan usahawan berkenaan.

Isu #2kerja mendapat pelbagai reaksi termasuk daripada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Kata Presidennya, Datuk Azih Muda, produktiviti kakitangan awam yang melakukan dua kerja dibimbangi akan terjejas kerana melakukan tugasan melebihi kemampuan diri.





Terdahulu di dalam Twitter, Ahmad memberitahu dia juga mempunyai tiga kerja iaitu Ahli Parlimen Pontian, Timbalan Menteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Ketua Penerangan UMNO.

"JIka kerja sedia ada waktu siang, boleh business online waktu malam dan hujung minggu asal tak jejas prestasi, boleh tambah pendapatan," katanya ketika dipetik dari laman Twitternya. - AWANI


Thursday, July 30, 2015

AHMAD MASLAN SANGKAL DAKWAAN MUHYIDDIN, RM2.6 BILION DIMASUKKAN KE AKAUN PERIBADI NAJIB ABDUL RAZAK!!!



Datuk Ahmad Maslan menafikan dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengakui dana berjumlah RM2.67 billion dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya.

Beliau yang baru dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak benar.

“Tidak betul. Tidak ada pengaliran (wang ke akaun Perdana Menteri) dan sebagainya. Sebenarnya Presiden parti telah berikan taklimat kepada kami Ahli Majlis Tertinggi tentang perkara itu.

“Beliau tidak pernah menggunakan wang 1MDB masuk ke dalam akaunnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Makan Malam Perdana dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera di Menara Matrade pada malam Rabu.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan Muhyiddin dalam sebuah video yang mendakwa Najib mengakui RM2.67 billion dimasukkan ke dalam akaunnya.

Dalam masa sama, Ahmad Maslan menyindir Muhyiddin kerana mengatakan Barisan Nasional (BN) akan kalah jika pilihan raya diadakan dalam waktu terdekat.

“Kalau orang tanya saya jika esok pilihan raya boleh atau tidak Barisan Nasional menang, saya menjawab esok tidak lagi pilihan raya..itu jawapan saya.

“Esok persiapan untuk pilihan raya. Kalau ada pimpinan mengatakan, jika esok pilihan raya Barisan Nasional akan kalah, saya berpandangan berbeza. Esok tidak ada pilihan raya. Pilihan Raya mungkin 2018.

“Oleh itu persiapan perlu dibuat dengan pemantapan parti dan jika kita bersatu pembangkang berpecah belah..yang bersatu akan menang, yang berpecah belah akan kalah. Oleh kerana itu jangan kita berpecah belah,” katanya.

Muhyiddin baru-baru ini ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras berkata, BN akan tewas sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diadakan dalam masa terdekat ini.

“Saya nak bercakap benar, memang kalau ikut perkiraan saya, kalau esok pilihan raya, kita tidak mungkin boleh menang, kerana sudah ada kajian yang dibuat oleh banyak pihak,” kata Muhyiddin. (SUMBER)


Wednesday, July 1, 2015

TROL: MINYAK NAIK RM0.10 TAPI KFC RAMAI JUGA ORANG. BEBAN DI MANA? - AHMAD MASLAN!!!




Tak tahulah mana punya maarop dah buat lawak...

Kalau kenyataan itu untuk menaikkan darah dan membuatkan kepala berasap, si pembuat kenyataan yang menggunakan nama Ahmad Maslan, cukup berjaya.

Kalau kenyataan itu sekadar satu gurauan dan lawak jenaka, ia adalah satu langkah yang sangat buruk. Kenyataan itu tidak melegakan, bahkan boleh mencetuskan kemarahan yang lebih besar kepada Ahmad Maslan dan Kerajaan, terutama sekali kepada Najib Abdul Razak.

Walaupun ada kebenaran dalam kenyataan tersebut, bab-bab ini tidak akan diambil kira. Pembaziran makanan serta bahan bakar umpamanya, tidak pernah dituding kepada diri sendiri, sebaliknya kepada kerajaan.


Ahmad Maslan telah menafikan, kenyataan itu dikeluarkannya. Malangnya, penafiannya tidaklah seviral kenyataan yang disifatkannya sebagai fitnah itu. Makin ramai yang percaya, itu kenyataan tulen Ahmad Maslan memandangkan Menteri terbabit kerapkali terbabit dalam melangkau sempadan ketika membuat kenyataan.

Lagipun selepas gagal membalun kerajaan pada Mac sehingga Mei kerana harga minyak tidak dinaikkan, kenaikan pada Jun yang kemudian disusuli pada Julai, perlu dipergunakan sepenuhnya untuk menghentam kerajaan.

Sudah ada cakap-cakap yang kerajaan sebenarnya tidak mampu mengawal harga kerana desakan persatuan-persatuan pengusaha pam minyak sepertimana kerajaan tidak mampu mengekang kekuasaan TELCO yang enggan menurunkan harga kad pra-bayar. Kerajaan hanya pelaksana kepada kehendak persatuan yang lebih berpengaruh dan vokal.


Naik RM0.10 ke, naik RM10.00 ke, ianya tidak akan mengubah sebarang persepsi yang telah tertanam dalam minda. Turun RM0.10 ke atau RM10.00 sekalipun, seperti sebelum-sebelum ini, bahagian yang lain pula akan dicari untuk dijadikan buah mulut dan sasaran kecaman.

Cuba BACA DI SINI

Nama pun, rakyat Malaysia.... siapa suruh kerajaan muakan dan manjakan sangat rakyat Malaysia. Sekarang terimalah keadaan rakyat Malaysia yang serba manja.


Sunday, April 26, 2015

MULIANYA HATI AHMAD MASLAN... MEMAAFKAN ORANG YANG MENGHINA MUKANYA SEBAGAI 'TAIK BABI'!!!



Hanya berselang 9 hari selepas melakukan penghinaan ke atas Ahmad Maslan dan 8 hari selepas mewajarkan tindakan pihak tertentu menghina ibu Ahmad Maslan yang mendorong Ahmad Maslan mengungkapkan kata-kata terbaik, Abdul Halim Hamid meninggal dunia....

"Hinalah saya, kritiklah saya... tapi jangan hina ibu saya. Ibu saya hanya seorang penoreh getah yang sudah tua."

Abdul Halim Hamid yang terlibat dalam satu kemalangan dan koma sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, dua hari sudah.

Ahmad Maslan ketika ditanya reaksinya berhubung penghinaan yang dilakukan oleh Abdul Halim Hamid yang merupakan bapa kepada Adam Adli, hanya tersenyum dan menganggap, penghinaan ke atasnya adalah perkara lumrah terutama dari kalangan orang Pakatan.

Bagaimanapun, apabila diberitahu kematian Abdul Halim, Ahmad Maslan jelas terkejut.

"Saya maafkan dia. Saya telah maafkan dia."



Memaafkan si mati adalah budaya orang Melayu. Juga suruhan dalam agama. Menariknya, kemaafan hanya dipohon oleh ahli keluarga ketika jenazah sedang dalam perjalanan ke liang lahad. Malah lebih menarik lagi, budaya Melayu juga akan memberikan KEMAAFAN SECARA PERCUMA mengenangkan si pembuat kesalahan telah meninggal dunia. Dan kerana KEMAAFAN SECARA PERCUMA itulah, ramai yang mengambil kesempatan dan mengambil mudah kerana beranggapan, apabila mereka mati, maka semua orang akan memaafkan mereka.

Semoga, kejadian ini menjadi pengajaran kepada kita semua....




Thursday, April 16, 2015

AHMAD MASLAN MENGAMUK IBUNYA DIGELAR 'BABI'... SABAR TOK, SEMUA ORANG PUN MENGAMUK KALAU IBU MEREKA DIGELAR BEGITU!!!




Bukit Mertajam: “Boleh kata apa sahaja kepada saya, malah dengan gelaran paling buruk juga tidak menjadi masalah, tetapi jangan sesekali mengutuk ibu saya,” kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang meluahkan rasa kesal dan sedih selepas pihak tidak bertanggungjawab menggelarkan ibunya dengan panggilan khinzir.

Beliau sedar pelbagai tohmahan dan gelaran tidak baik diberikan kepadanya serta tersebar melalui media sosial oleh pihak tertentu yang marah dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang didakwa membebankan.

Katanya, tidak kurang ada pihak memutar belit kenyataannya hingga isu berkenaan tersebar melalui media sosial menjadi bahan jenaka masyarakat di negara ini.

“Jangan kaitkan ibu saya dengan GST kerana beliau langsung tidak ada kena-mengena dengan perkara ini dan untuk pengetahuan, ibu saya penoreh getah yang buta huruf, namun tahu membaca al-Quran.

“Walaupun hanya menoreh getah, ibu dan arwah ayah saya menjalankan tugas mendidik saya dan adik-beradik lain dengan baik hingga kami semua berjaya seperti sekarang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Taklimat GST dan Isu Semasa Bersama Guru dan Pegawai/ Kakitangan Sokongan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pauh Jaya, di sini, semalam.

Ahmad berkata, beliau kesal apabila kenyataannya dalam ceramah mengenai GST di hadapan lebih 2,000 pelajar Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, baru-baru ini diputar belit.

Menjelaskan perkara itu, beliau berkata, apa diucapkannya memasak sendiri lebih jimat kerana barangan mentah dijual di pasaran tempatan tidak dikenakan cukai GST.


“Apa saya maksudkan memasak sendiri lebih jimat, namun kenyataan itu diputar belit hinggakan ada mengatakan saya mencadangkan pelajar memasak di asrama untuk berjimat.

“Sebagai individu pernah tinggal di asrama, saya tahu peraturan tidak dibenarkan memasak di asrama, namun bagi pelajar tinggal di luar kampus tidak menjadi masalah bagi mereka mengamalkan rutin itu,” katanya.

Beliau berharap selepas ini setiap laporan bakal diterbitkan disemak kesahihannya termasuk penyebaran gambar melalui laman sosial kononnya dia memakai jam berjenama Rolex.

“Sebenarnya itu jam jenama Swatch, saya tidak pernah ada jam Rolex seperti didakwa dan jam dipakai sekarang hasil pemberian ahli keluarga sempena sambutan ulang tahun kelahiran.

“Diharapkan selepas ini pelapor berkenaan bersikap lebih adil dan tidak mengulas sesuatu isu atau perkara yang saya ucapkan secara tidak tepat,” katanya.

 
Blogger Templates