Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label tun dr. siti hasmah. Show all posts
Showing posts with label tun dr. siti hasmah. Show all posts

Friday, November 24, 2017

ISU TUDUNG, SITI HASMAH SEBENARNYA CUBA NAK KENEN KEPADA ROSMAH MANSOR TANPA SEDAR, DIA BOGELKAN SUAMINYA SENDIRI!!!



Di kalangan netizen, seperti sudah ada mutual understanding bahawa Tun Dr. Siti Hasmah tidak perlu dilibatkan dalam apa-apa juga bentuk propaganda memandangkan dia bukanlah figur politik, walaupun pada masa yang sama, beberapa pihak terutama dari kalangan penentang-penentang Mahathir dari era Reformasi hujung 90-an banyak membuat pendedahan tentang pembabitan dan campurtangan Siti Hasmah dalam pembahagian harta kekayaan negara, berdasarkan kedudukan adik-beradik dan anak-anaknya.

Sebelum ini pun, baik DAP, PKR, PAS apatah lagi di kalangan orang UMNO, nama Siti Hasmah langsung tidak disebut dan dikaitkan dengan apa-apa sahaja INDUSTRI KLEPTOKRASI, KRONI dan NEPOTISME yang diamalkan oleh Mahathir.

Namun keadaan mulai berubah apabila Mahathir dan anak lelakinya, Mukhriz melaksanakan operasi menggulingkan Najib Abdul Razak. Mengambil kesempatan daripada imej Siti Hasmah yang dilihat bersih, isteri Dr. Mahathir itu dipergunakan untuk menyerang Rosmah Mansor, isteri Najib Abdul Razak yang seringkali dianggap sebagai sisi lemah Najib Abdul Razak.

Sekali dua Siti Hasmah menyerang Rosmah Mansor yang kemudian disambut oleh suami dan anaknya untuk dijadikan bahan kempen di pentas-pentas ceramah, Siti Hasmah masih lagi tidak diusik. Tetapi apabila berkali-kali Siti Hasmah yang beranggapan dia adalah isteri dan ibu mithali, netizen mula mengeluarkan pelbagai pendedahan yang turut melibatkan gaya hidup anak-anak, cucu-cucu, adik beradik bahkan kaum keluarganya secara besar-besaran.

Daripada tidak disentuh, Siti Hasmah sendiri yang seolah-olah meminta agar dia diserang bagi mengalihkan tumpuan serangan ke atas Dr. Mahathir dan Mukhriz Mahathir.

Kenyataan terbaharu Siti Hasmah tentang rambut dan tudung, sebenarnya lebih terarah kepada serangan terhadap Rosmah Mansor. (RUJUK SINI)

Banyak pihak di Malaysia, amat memandang berat kepada penggunaan tudung dan menutup rambut yang disifatkan sebagai asas menutup aurat di kalangan wanita walaupun mereka tidak pernah menegur tentang pemakaian tudung tetapi baju dan seluar yang dikenakan pula, ketat dan sendat.

Bagaimanapun, dalam keterujaannya untuk mengenakan Rosmah Mansor, Siti Hasmah seperti meletakkan beban kesalahan kepada suaminya sendiri. Menurutnya, suaminya tidak suka dia bertudung dan memalingkan muka ke arah lain apabila dia mengenakan tudung.

Sebagai seorang wanita yang terpaksa mengenakan rambut palsu sepanjang masa, tudung dan menutup rambut bukannya satu kewajipan lagi memandangkan rambut palsu tidak termasuk dalam kategori aurat pun. Bahkan ada larangan bagi pemakai rambut palsu mahupun yang menyambung rambut menggunakan rambut palsu untuk tujuan memanjangkannya. (RUJUK SINI)


Friday, July 1, 2016

KENYATAAN YANG DIBUAT TUN SITI HASMAH ADALAH TANDA KESERABUTAN DAN KETIDAKTENTU ARAH TUN MAHATHIR!!!



Tun Dr. Mahathir besar kemungkinan telah tertipu dengan maklumat-maklumat daripada orang di sekelilingnya tentang keadaan semasa terutama sekali membabitkan isu-isu besar. Sekalipun sebagai bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir mungkin masih mempunyai akses kepada sumber-sumber maklumat yang biasa diperolehinya semasa dia bergelar Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, hakikatnya sebagai bekas Perdana Menteri, akses tersebut telah menjadi second-class. Lebih ramai yang mahu menggunakan Tun Dr. Mahathir bagi kepentingan mereka berbanding perjuangan untuk rakyat sepertimana yang didakwa.

Tiada lagi cerita tentang Justo oleh Tun Dr. Mahathir. Tiada juga maklumat-maklumat baru tentang salahguna serta seleweng wang rakyat menerusi 1MDB kecuali hujah-hujah basi yang dibolak-balikkan dan diperbaharui menerusi kenyataannya, bukan faktanya.

Sesuatu yang tidak pernah dilakukannya sepanjang dia menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO!

Apabila Dr. Mahathir mula menyerang peribadi Najib Abdul Razak, isteri dan anak Perdana Menteri Malaysia masakini, itu sahaja sudah menunjukkan dia sangat terdesak untuk terus memperjuangkan apa yang disuapkan oleh orang sekelilingnya yang berasa mereka akan memperolehi laba lebih besar sekiranya, Najib tunduk kepada desakan Tun Mahathir.

Ironinya, Tun Mahathir langsung tidak menuntut untuk kepentingan dirinya, juga bukan untuk rakyat kebanyakan sepertimana yang didakwa oleh orang di sekeliling Tun, tetapi untuk kepentingan sekelompok manusia termasuklah taukeh-taukeh kapitalis yang telah melahap besar sepanjang 22 tahun Tun Mahathir mentadbir negara ini. Mereka telah memberikan hutang kepada Tun Dr. Mahathir untuk menjadikan negara seperti sekarang, dan sekalipun negara telah membayar semula hutang-hutang mega yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir menerusi pelbagai projek-projek bernilai ratusan bilion ringgit, namun mereka tetap tidak berpuas hati. Mereka tetap mahu membolot segala-galanya.

Dan itulah yang kita dapat lihat bagaimana Tun Dr. Mahathir telah dipergunakan walaupun sepatutnya Tun Dr. Mahathir sudah berehat dan mengecapi kejayaan negara menerusi usaha-usahanya.

Adat dunia, apabila kita mencerca orang lain, maka akan ada orang lain pula yang mencerca kita. Akan ada orang yang mencungkil serta mengorek sejarah silam kita serta menghamburkannya untuk tatapan masyarakat masakini.

Itu yang berlaku kepada Dr. Mahathir sekarang sehinggakan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah mengeluh bagaimana orang UMNO tidak lagi menghormati suaminya. Tun Dr. Siti Hasmah menuduh Najib tidak menghormati Dr. Mahathir. Tun Dr. Siti Hasmah membangkitkan hubungan kekeluargaan yang rapat antara keluarganya dengan keluarga Najib.

Namun Tun Siti seperti terlupa langsung tentang perbuatan Mahathir yang langsung tidak menunjukkan hormat kepada hubungan kekeluargaan itu. Mahathir tidak sahaja menyerang Najib secara peribadi dan di luar konteks profesional, bahkan menyerang isteri Najib dan anak perempuan Najib, walaupun pada masa yang sama, Najib tidak pula memperkatakan apa-apa tentang Mahathir, tidak menyerang Tun Dr. Siti Hasmah mahupun mengusik anak perempuan Mahathir dan anak-anak lelakinya yang kaya raya. Beberapa projek kerajaan khususnya yang membabitkan minyak dan gas masih lagi diperolehi oleh syarikat anak lelaki Mahathir.

Lebih malang, Mahathir menggunakan fitnah-fitnah pembangkang yang dia sendiri tahu, tidak benar seperti pembunuhan model Mongolia yang merupakan perempuan simpanan rakan Najib, pembelian cincin RM24 juta dan sebagainya. Dalam satu majlis di Pasir Gudang pada Ogos 2015, Mahathir memanggil Najib sebagai bangsat. Tidak cukup dengan perkataan bangsat, Mahathir turut menggelarkan Najib sebagai NAJIS, memomok-momokkan nama yang telah diberikan oleh ibu bapa Najib kepada batang tubuhnya.

Anehnya, Najib langsung tidak mengulangi perangai serta perbuatan Mahathir ke atas Tunku Abdul Rahman Al-Haj yang bukan sahaja diberikan pelbagai gelaran bahkan dihina sehingga ke penghujung hayatnya hanya kerana Tunku tidak mengiktiraf UMNO yang diwujudkan oleh Mahathir sebagai UMNO asal tahun 1946.

Melihat kepada sambutan orang ramai terhadap Tun Dr. Mahathir yang amat tidak memberangsangkan walaupun di sebalik sembang tentang ketokohannya, nasihat yang disampaikan adalah Dr. Mahathir perlu mengheret Tun Dr. Siti Hasmah yang mengalami masalah penglihatan yang teruk semenjak 10 tahun lampau ke sana ke mari dalam ceramahnya bagi mendapatkan simpati dan sokongan. Dr. Mahathir perlu membawa Tun Siti Hasmah yang perlu dipapah dan dipimpin untuk melangkah bagi mendapatkan perhatian daripada orang ramai.

Tun Dr. Siti Hasmah yang jauh lebih uzur berbanding Tun Dr. Mahathir, dipaksa untuk menjadi umpan agar orang ramai mahu mendengar apa yang disuarakan oleh Tun Dr. Mahathir. Dan hakikatnya, di sebalik penghormatan rakyat negara ini terhadap Tun Dr. Siti Hasmah, majoriti tetap berasakan, Tun Dr. Siti Hasmah tidak sewajarnya diheret ke dalam kancah konflik membela kroni dan tembolok segelintir manusia di sekeliling Tun Dr. Mahathir seperti yang cuba dilakukan sekarang oleh bekas Perdana Menteri itu.

Kesedihan yang dilemparkan oleh Tun Siti Hasmah sebenarnya sudah cukup untuk melambangkan betapa terdesaknya puak ProTun yang tidak mampu lagi keluar daripada kepompong fantasi mereka sendiri. Sukar benar untuk mereka membiarkan Tun Dr. Mahathir dan Tun Siti Hasmah berehat pada usia tua mereka.

Sedangkan pada masa yang sama, pasangan tersebut tetap juga tidak  memberikan impak yang besar, sebaliknya lebih ramai pula yang mengeji dan mencaci mereka... sesuatu yang amat-amat menyedihkan kerana kedua-duanya tidak bersalah, sebaliknya yang bersalah adalah golongan berkepentingan yang mengheret mereka dan berlindung di belakang mereka untuk menekan Najib agar mereka diberikan keistimewaan mengaut khazanah negara!!!

Siapa sebenarnya yang menghina Tun Dr. Mahathir dan keluarganya kalau bukan orang-orang sekelilingnya yang mengaku mereka adalah penyokong Tun!



 
Blogger Templates