Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label ketua pemuda mca. Show all posts
Showing posts with label ketua pemuda mca. Show all posts

Friday, August 28, 2015

CHONG SIN WOON, TIDAK SEKADAR KENA LETAK JAWATAN DARI KABINET TETAPI JUGA ISYTIHAR MASUK DAP!!!



BERSIH 4.0 adalah agenda DAP.

Itu adalah sesuatu yang pasti.

Malah penggerak-penggerak BERSIH juga adalah orang-orang dan para penyokong DAP yang cuba menyamar kononnya mereka tidak partisan.

Cerita tentang sebilangan pemimpin dan ahli MCA bekerjasama, bahkan bersekongkol dengan DAP pada dua PRU lalu juga bukanlah sesuatu yang ajaib. Di beberapa kerusi Parlimen, wakil-wakil MCA tidak pun bekerja lebih kuat berbanding wakil-wakil dari MCA sendiri walaupun yang bertanding adalah calon MCA.

Contoh terbaik ialah di Parlimen Pandan yang akhirnya dimenangi oleh Rafizi Ramli sekalipun sebelumnya merupakan kubu kuat Ong Tee Kiat yang dimusuhi oleh bekas Presiden MCA, Chua Soi Lek.

Duri dalam daging melibatkan beberapa orang pemimpin MCA sudah lama dikenalpasti tetapi mereka tidak pernah berani mengisytiharkan diri secara terang-terangan. Sebaliknya mereka terus berada di dalam MCA, malah menerima tawaran sebagai anggota kabinet walaupun hati dan perasaan mereka sebenarnya adalah untuk DAP.

Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon telah membuat kenyataan bahawa MCA akan membenarkan ahli-ahlinya menyertai demonstrasi BERSIH 4.0. Pada masa yang sama, BERSIH 4.0 pula telah mengesahkan yang bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin bersetuju untuk menyertai demonstrasi mereka.

Bagaimanapun, kenyataan BERSIH 4.0 tidak boleh dipercayai memandangkan mereka sebelum ini telah menipu kononnya PDRM telah membenarkan mereka berdemonstrasi menerusi satu siri perbincangan panjang, walaupun sebenarnya tidak ada perbincangan sebaliknya PDRM telah memanggil mereka untuk memberitahu bahawa demonstrasi BERSIH 4.0 tidak boleh diadakan. BERSIH 4.0 kemudiannya mengugut bahawa mereka tidak akan menghiraukan polis dan larangan serta undang-undang. (BACA DI SINI)

Justeru kenyataan mereka bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bersama-sama mereka boleh dipertikaikan, memandangkan BERSIH 4.0 nanti 98% adalah Cina DAP! Apatah lagi Muhyiddin sekarang berada di luar negara dan hanya akan pulang pada 1 September nanti.

Setiausaha Agung MCA, Ong Ka Chuan telah mengeluarkan kenyataan menyanggah Ketua Pemuda MCA yang teringin bersama-sama DAP itu walaupun sekarang ini merupakan Timbalan Menteri dalam kabinet Najib.

Sudah elok sangatlah Chong Sin Woon yang langsung tidak membantu partinya untuk mengukuh dan mendapat tempat di kalangan para pengundi Cina agar keluar dari MCA dan meletakkan semua jawatannya dalam Kerajaan dan MCA. Elok sangatlah kalau dia segera menyertai DAP, kemudian mengenakan baju T kuning dan berarak di jalanraya di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur pada 29 dan 30 Ogos nanti.

Atau barangkali elok sangatlah kalau Perdana Menteri menunjukkan ketegasannya dengan memecat Chong Sin Woon daripada jawatan dalam kabinet yang disandangnya. Tidak guna menyimpan perosak dan pemalas seperti Chong Sin Woon tetapi berlagak seolah-olah sangat berpengaruh dan MCA akan pincang tanpanya.


Monday, February 2, 2015

KETUA PEMUDA MCA YANG BEBAL TAHAP CENGKADAK KULUP. PATUTLAH MCA GHUYUB!!!



Chong Sin Woon yang menggantikan Wee Ka Siong sebagai Ketua Pemuda MCA, rupa-rupanya tidak cukup cerdik dan tidak cukup faham mantiq yang dibuat oleh Menteri Pertanian, Ismail Sabri membabitkan pemboikotan ke atas 'peniaga-peniaga Cina' sehingga melabelkan Ismail Sabri sebagai SANGAT RASIS!

Fahamnya barangkali Cina itu bermaksud dia dan puaknya, padahal secara jelas dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Ismail Sabri, para peniaga Cina yang dimaksudkanya adalah DAP!

Dan barangkali juga Chong Sin Woon tidak pernah belajar dari sejarah.

Pilihanraya 1969 menyaksikan MCA kalah teruk apabila turut bermain dan berkongsi sentimen yang sama dengan DAP. Kerusi-Kerusi bandaran yang ditandingi oleh MCA, kesemuanya kalah teruk dan selepas 1969, MCA tidak pernah bangkit semula. Kebanyakan kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi oleh MCA di seluruh negara adalah dengan bantuan para pengundi Melayu-Bumiputera dan India. MCA sudah terlalu lama kehilangan sokongan daripada orang Cina sendiri.

Namun masih ramai pemimpin MCA yang tidak tahu hendak meletakkan PRIORITY bagi menjamin kemenangan calon-calon mereka. Chong Sin Woon sekalipun turut bergelar SENATOR, ternyata lebih seronok bergabung dengan DAP menyerang apa-apa sahaja kenyataan yang dilihat secara luaran sebagai serangan ke atas Cina.

Bukankah Cina juga merupakan masyarakat pengguna di negara ini? Dan bukankah Cina juga merupakan majoriti peniaga di negara ini? Bukankah Cina yang menguasai bidang pengedaran dan pemasaran barangan serta perkhidmatan pengguna? Malah bukankah begitu ketara, Cina yang menjadi majoriti menyalahkan Kerajaan kerana kenaikan harga walaupun sebenarnya yang menaikkan harga adalah para peniaga mereka sendiri?

Mengapa Chong Sin Woon dan para pemimpin yang SEOTAK dan SEAKAL dengannya tidak memikirkan perkara tersebut sebaliknya terperangkap dengan mainan politik RASIS gaya DAP?

Apakah ego sebagai Cina terlalu besar, sehingga Chong Sin Woon terpaksa menafikan yang MCA bekerjasama dengan UMNO dan MCA mendapat tempat kerana sokongan daripada UMNO? Apakah susah untuk MCA terima bahawa orang Cina sendiri telah lama mencampakkan MCA bukan kerana MCA menjadi BUDAK SURUHAN UMNO tetapi kerana MCA kalah di kerusi-kerusi bandaran di tangan DAP? Apakah buta sudah mata Chong Sin Woon untuk melihat DAP menghina MCA kerana MCA hanya boleh menang dengan undi Melayu, bukan dengan undi Cina walaupun MCA adalah sebuah pertubuhan atau parti berorientasikan Cina? Apakah bodoh sangat Chong Sin Woon untuk menyedari fakta bahawa dengan 62% daripada keseluruhan rakyat Malaysia, MCA perlu mengikut arus jikalau hendak menang, bukannya bergantung kepada 15% komposisi Cina di Malaysia yang hampir keseluruhan mereka menjadikan DAP sebagai parti agungan mereka?

Sepatutnya Chong Sin Woon memenangi hati pengundi Melayu terlebih dahulu bagi memudahkan mereka memenangi kerusi-kerusi yang ditandingi dengan melakukan tekanan ke atas para peniaga Cina yang secara terang-terang berpihak kepada DAP, bukannya menyertai mereka untuk kelihatan menekan Melayu bagi memastikan DAP berkuasa!!!

Apa bebal sangat Ketua Pemuda MCA nih?


 
Blogger Templates