Serangan ke atas UMNO telah berjaya menggunakan isu 1MDB, Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor. Kini serangan menggunakan modus operandi yang sama terhadap PAS pula dilakukan.
Rafizi Ramli dilihat mengetuai serangan tersebut dengan memanipulasi gambar sekeping cek dan 'bukti' yang dipaparkan oleh Clare Rewcastle-Brown kononnya Editor Sarawak Report tersebut telah dibayar oleh PAS dan Hadi Awang untuk membubarkan kes saman fitnah di London.
Rujuk:
Berturut-turut kali Rafizi memuatnaikkan status Facebooknya sehingga 'terlupa' sudah masuk waktu Solat Jumaat ketika dia bertekak di ruang komen dengan pengkomen-pengkomen yang mempertikaikan hujah-hujahnya.
Dan seperti biasa, Rafizi Ramli akan cuba menunjukkan dia lebih pandai dari orang lain apabila akaun Bank Islam yang dikatakan menjadi penyalur dana tersebut dimiliki oleh RAMELI BIN MUSA yang baginya merupakan PROKSI PAS dan Hadi Awang untuk pembayaran kepada Clare.
Semuanya bermula apabila netizen mempertikaikan kewujudan akaun tersebut apabila nombor akaun yang dipaparkan oleh Clare, telah dinafikan kewujudannya oleh Bank Islam sendiri.
Paling ketara ialah apabila netizen mempertikaikan mengapa orang yang menandatangani cek tersebut, dihitamkan. Begitu juga dengan tandatangan dan nombor akaun sebenar seperti yang tercatat pada bahagian bawah cek tersebut dihitamkan.
Namun yang paling menarik sekali ialah, tulisan pada cek tersebut dikaitkan secara langsung dengan Anwar Ibrahim. Dan kebetulan pula, Anwar Ibrahim yang beria-ia berucap dalam ceramah PRK DUN Semenyih, dia mempunyai bukti iaitu sehelai kertas hitam yang didakwanya sebagai bukti.
1) Pelik sungguh .. cek kononnya dari TGHA ialah kepada Tetuan Americk Sidhu bukannya kepada Editor Sarawak Report .. sepatutnya Americk Sidhulah yang membuat pengesahan bahawa cek berkenaan sememangnya dari TGHA untuk tujuan pembayaran penyelesaian kes saman fitnah luar mahkamah antara PAS/TGHA dengan Editor Sarawak Report.
2) Macam mana Sarawak Report boleh dapatkan salinan cek berkenaan sedangkan ianya diberikan kepada Tetuan Americk Sidhu???
3) Mengapa beberapa butiran amat penting dihitamkan dari pengetahuan dan penilaian umum seperti siapa tanda tangan dan nombor akaun bank cek berkenaan??
4) Dimana pengesahan dari Bank Islam pengesahan yang cek berkenaan kepunyaan TGHA dan dibayar kepada Americk Sidhu???
5) Cuba perhatikan tulisan cek berkenaan .. macam pernah kenal dan nampaklah sebelum ini siapa punya tulisan??? Tapi dimana ya??? Tulisan siapa ya???
Kelakarnya, peguam Americk Sindhu yang namanya terpapar pada cek Bank Islam pun tak berapa berani nak defend dan mengaku dia telah menerima wang berkenaan, sebaliknya menyerahkan kepada Maybank pula untuk menjawab bagi pihaknya.






































