Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label kejahatan pkr. Show all posts
Showing posts with label kejahatan pkr. Show all posts

Wednesday, March 22, 2017

PENGARAH STRATEGIK PKR BERTERUS-TERANG NAK SABOTAJ EKONOMI MALAYSIA KALAU PAKATAN TAK DIBENARKAN BUAT FITNAH DI INTERNET!!!



Pensabotaj ekonomi negara banyak menggunakan media sosial selain media konvensional dan ceramah-ceramah serta kempen-kempen road-tour. Persepsi dan fitnah dibuat sesuka hati seperti Lynas, Rapid Pengerang, 1MDB dan sebagainya. 

Sokongan daripada jentera propaganda melibatkan media akhirnya membiakkan masyarakat yang berfikiran negatif sepanjang masa tetapi sentiasa berasakan mereka sangat bijak. Golongan ini kemudiannya menggunakan media-media sosial seperti FB untuk memanjangkan tohmahan dan fitnah yang dibuat oleh pensabotaj ekonomi negara tanpa sedar, mereka sebenarnya sedang mengancam kelangsungan hidup mereka sendiri.

Akhbar-akhbar berbahasa Cina telah digunakan oleh DAP sebagai medium utama untuk mencipta panik di kalangan masyarakat Cina dengan tujuan mengekalkan kebencian kepada Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh Melayu-Bumiputera.

Namun kini apabila beberapa akhbar utama berbahasa Cina mengambil pendekatan tidak lagi mesra dengan DAP terutama sekali Lim Guan Eng dan kepimpinannya, pergantungan penuh kepada road-tour dan media-media sosial melibatkan Internet semakin bertambah. 

Ketiadaan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta toleransi dan keterbukaan keterlaluan yang ditunjukkan oleh kepimpinan negara, telah digunakan dan dimanipulasikan sepenuhnya oleh golongan pensabotaj ekonomi negara itu. 

Dan menariknya, mereka langsung tidak berasa bersalah dan malu walaupun telah didedahkan sebagai pensabotaj ekonomi negara menerusi pembabitan serius mereka menggunakan Internet. 

Oleh sebab itulah, Pengarah Strategik PKR, Sim Tze Tzin yang juga merupakan Ahli Parlimen Bayan Baru dalam kenyataan rasminya pada 7 Ogos 2015 (RUJUK SINI) menyatakan, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mensabotaj ekonomi Malaysia menerusi penghantaran petisyen kepada semua syarikat Fortune 500 sekiranya Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Najib Abdul Razak mengenakan sekatan terhadap pensabotaj negara yang menyalahgunakan kemudahan Internet.

Selain itu, menurutnya lagi, pihaknya juga akan menghantar MSC International Advisory Panel termasuklah Bill Gates bagi membolehkan komuniti perniagaan dunia akan memulaukan Malaysia. Apabila komuniti perniagaan dunia memulaukan Malaysia, negara ini akan muflis. 

Sim Tze Tzin berterus-terang tentang kecenderungannya untuk memusnahkan negara ini sekiranya segala fitnah, tohmahan, pembohongan dan sabotaj yang mereka usahakan menerusi Internet disekat oleh Kerajaan. 

Sudah sewajarnya Kerajaan dan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pensabotaj ekonomi negara tanpa sebarang tolak ansur seperti yang ditunjukkan sekarang. Tolak ansur dan toleransi atau keterbukaan keterlaluan seperti yang diamalkan sekarang, tidak akan mengurangkan bahkan semakin memberi semangat kepada mereka untuk melihat negara ini musnah dan hancur bagi membolehkan mereka berkuasa. 


Monday, March 13, 2017

ADUN PKR BATU UBAN KATA, 'ISLAM AGAMA KEGANASAN'... KEMUDIAN MINTA MAAF!!!



Cukup mudah!

Cakaplah apa sahaja... bangkitkanlah kemarahan apa-apa sahaja! Hinalah agama Islam dan Melayu sesuka hati!

Cuma jangan orang Melayu atau Islam mengata apa-apa tentang bukan Melayu atau agama bukan Islam!

Sebagai contoh, katakan agama Hindu hanyalah merupakan satu falsafah yang kemudian telah diselesewengkan oleh sami-sami yang mencari keuntungan dan kemudian dicampur pelbagai adat-adat mengarut sehingga akhirnya dijadikan sebagai satu kepercayaan atau akidah.

Pastinya, kenyataan di atas akan menimbulkan kemarahan yang bukan kecil. Pastinya juga kemarahan itu boleh bertukar mencetuskan kekacauan berdarah di India dengan gerombolan ekstremis Hindu mencari keretapi yang dinaiki oleh orang Islam dan kemudian membakar bahkan merobohkan masjid seperti yang berlaku di Ayodhya, India pada tahun 1992 dalam usaha ekstremis Hindu ingin berkuasa, dan mereka memang berkuasa selama 6 tahun dengan kaedah itu.

ADUN Batu Uban mengeluarkan kenyataan yang sama sekali melambangkan KEBODOHAN, KEBANGANGAN serta KESENGAJAANNYA untuk mencetuskan kemarahan, bahkan mencetuskan pergaduhan berdarah akibat agama apabila mengeluarkan kenyataan di Twitter, 'FIRSTLY, ISLAM WAS NEVER A RELIGION OF PEACE'.

Raveentharan Subramaniam barangkali lupa bahawa dia berada di Malaysia. Di Malaysia, agama rasmi Persekutuan adalah ISLAM. Umat Islam merupakan UMAT MAJORITI.

Bukan sahaja dia hidup dan berkeluarga di Malaysia, bahkan menjadi peguam, kaya raya dan mencari rezeki hidup di kalangan umat Islam di Malaysia, di kelilingi dengan ISLAM yang dikatakan sebagai AGAMA GANAS.


Adakah setiap masa dia DIGANASI OLEH UMAT ISLAM di negara ini? Adakah anak-anak dan keluarganya telah diancam bakar atau kuil atau tokong atau pejabat guamannya dibakar atau diketuk sampai hancur seperti di Ayodhya, India pada tahun 1992?

RAVEENTHARAN SUBRAMANIAM fikir Malaysia ini seperti Ayodhya, India yang menyaksikan ekstremis Hindu merobohkan sebuah masjid hanya atas alasan 'LENGAI' kononnya di situ tapak kelahiran dewa mereka, dan sekarang ini masih berusaha untuk merebut tapak tersebut untuk membina sebuah kuil bagi membuktikan kebenaran mereka? (RUJUK SINI)

Permohonan maaf yang dibuat oleh Raveentharan Subramaniam sebenarnya sudah terlambat. Mungkin dia hanya berbuat begitu dengan memberikan alasan tentang Zakir Naik tetapi bagi seseorang yang masih berasakan, dia bukanlah rakyat Malaysia tetapi mencari makan, bahkan menjadi wakil rakyat di Malaysia, dia tidak bodoh dengan mengeluarkan kenyataan seperti itu apatah lagi dia sendiri adalah seorang peguam.



Wednesday, March 23, 2016

PEMIMPIN PKR TUDUH PDRM SEBAGAI SAMSENG BERLESEN SEBAB TURUNKAN IKLAN 'BEBASKAN ANWAR'!!!



Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang menuduh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai samseng berlesen kerana menurunkan tiga buah papan iklan Bebas Anwar di negeri Selangor.

Setiausaha Pengelola PKR Pulau Pinang, Lee Khai Loon berkata, samseng berlesen berkenaan kini menjadi alat politik pihak tertentu dalam negara.

“Tindakan polis tersebut tidak professional malahan seolah-olah sama dengan samseng yang berlesen.

“Papan iklan yang telah mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) telah diturunkan oleh pihak polis dengan sekelip mata sahaja,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Papan iklan gergasi Bebas Anwar di pasang oleh PBT di sekitar Selangor yang ditadbir oleh PKR sejak beberapa bulan lalu.

Ia bertujuan menghasut pemikiran orang ramai kononnya bekas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihukum penjara selama lima tahun tidak bersalah.

Papan iklan itu juga bertujuan mendorong persepsi negatif orang ramai ke atas sistem perundangan dan kehakiman negara.

Anwar yang juga bekas Ketua Pembangkang dihukum penjara selepas didapati salah meliwat seorang lelaki lain iaitu pembantu peribadinya.

Khai Loon mendakwa, tindakan PDRM menurunkan iklan itu merupakan campur tangan bidang kuasa PBT dalam proses kelulusan dan penguatkuasaan papan iklan.

Dakwanya, insiden tersebut juga menunjukkan kuasa polis yang terlalu besar sehingga Ketua Polis Negara boleh mengambil tindakan dengan sesuka hati.

Beliau memberi peringatan kepada PDRM bahawa pihak asing telah menyifatkan pemenjaraan Anwar melanggar undang-undang antarabangsa dan mendesak beliau dibebaskan segera.

“Segala hukuman yang dikenakan ke atas Anwar adalah tidak adil dan zalim. Kerajaan Malaysia perlu bebaskan Anwar dengan segera agar,” dakwanya. – mynewshub.cc


Friday, August 14, 2015

PARTI PENFITNAH PKR MAHU SAMAN DAN MENANG KE ATAS SURUHANJAYA PILIHANRAYA DENGAN CARA FITNAH... MAMPUKAH MEREKA?



PKR dan Nurul Izzah pada 12 Ogos lalu menyatakan mereka akan menyaman Najib dan Barisan Nasional. Alasannya kerana melakukan kesalahan pilihanraya apabila RM2.6 bilion telah digunakan sebagai dana pilihanraya. Turut disaman adalah 1MDB, UMNO dan SPR.

Menariknya, Nurul Izzah sendiri menang di Parlimen Lembah Pantai dengan melakukan fitnah dan penipuan sebagaimana pengakuannya dalam permohonan maaf secara terbuka sebagai cara penyelesaian luar mahkamah dalam kes saman melibatkan calon BN untuk Parlimen Lembah Pantai, Raja Nong Chik.

Maka bersoraklah para pengikut PKR walaupun hakikatnya, inilah kerja mereka. Kerja fitnah yang kemudian dihiasi dengan tindakan undang-undang. Kerja-kerja merapu dan fitnah yang hanya mahu mendapatkan publisiti dan kemudian dijadikan modal serta bahan ceramah politik mereka sehingga PRU-14.

Hari ini, PKR terpaksa merafak sembah dan memohon maaf kepada Khalid Ibrahim, orang mereka sendiri yang telah mereka fitnah dan malukan. Mereka tetap menang kerana Khalid menerima permohonan maaf dan kes fitnah itu selesai begitu sahaja walaupun sebenarnya ramai yang mahu melihat PKR dibicarakan kerana menfitnah.

Menariknya, mereka dengan pantas menyatakan persetujuan bahawa segala dokumen yang dikatakan bukti Khalid menyeleweng, rasuah dan salahguna kuasa itu sebenarnya adalah dokumen palsu yang tidak ada nilai langsung untuk dijadikan bahan bukti di mahkamah.

Itulah kerja PKR.


Sudah lama PKR mahu menang pilihanraya ikut jalan belakang. Sudah beberapa kali mereka mengadakan demonstrasi besar-besaran bermodalkan Anwar Ibrahim untuk menggulingkan kerajaan. Tetapi gagal.

Kemudian mereka melakukan kerja-kerja pemburukan ke atas pelbagai agensi kerajaan terutama sekali SPR. Mereka berharap, apabila imej SPR berjaya diburukkan kemenangan yang diraih oleh Barisan Nasional pada PRU-13 akan dipertikaikan dan sistem pilihanraya serta keputusannya akan ditolak. PKR kemudian akan berjaya merampas takhta kerajaan tanpa perlu bersusah payah lagi.

Malangnya, mereka hanya merancang, tetapi perancangan Allah Taala adalah sebaik-baik perancangan.

PKR tidak sembunyi-sembunyi lagi untuk memaksa SPR mengikut telunjuk mereka, sebagaimana kejayaan mereka menolak SISTEM BIOMETRIK sebaliknya menggunakan dakwat kekal yang tidak menjamin langsung, pengundi yang menggunakan kad pengenalan Malaysia itu benar-benar rakyat dan pengundi.

Mereka akan mengaitkan apa-apa sahaja untuk menghalalkan perbuatan fitnah mereka. Perhatikanlah bagaimana mereka cuba mengaitkan SPR dengan 1MDB. Mereka cuba menimbulkan persepsi bahawa SPR telah dibeli oleh 1MDB untuk menyatakan bahawa Barisan Nasional adalah pemenang PRU-13. Selagi SPR tidak mengikut telunjuk mereka, selagi itulah SPR akan dikaitkan dengan apa-apa sahaja termasuklah wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Najib Abdul Razak dan akaun tersebut ditutup selesai PRU-13.

SPR sebenarnya adalah sebuah badan bebas yang seringkali dikambinghitamkan dan dikaitkan dengan Barisan Nasional dan UMNO. Mereka cuba kaburi kelemahan mereka dan kegagalan mereka menjatuhkan UMNO-BN menerusi persaingan sihat.

Cara termudah adalah dengan membuat fitnah ke atas badan yang mengendalikan pilihanraya di Malaysia iaitu Suruhanjaya Pilihanraya atau SPR.

Itulah juga yang berlaku dalam kes persempadanan semula di Sarawak. Mereka dan DAP menerima dengan penuh gembira keputusan Mahkamah Tinggi Sarawak apabila keputusan berpihak kepada merkea, tetapi apabila apabila Mahkamah Rayuan tidak membuat keputusan yang menyebelahi mereka sebaliknya PKR, mahkamah dikutuk dan dikeji.

Beberapa kes membuat fitnah melibatkan pemimpin-pemimpin PKR, menyerlahkan perangai sebenar mereka dan kecintaan besar mereka kepada fitnah. Mereka amat bergantung kepada fitnah untuk terus hidup dan menghidupkan isu.

Hari ini, mahkamah dan keputusan telah membuktikan PKR memang kuat fitnah. Jadi, bukanlah perkara besar pun apabila mereka bertindak mahu menyaman Barisan Nasional, SPR, 1MDB dan Najib Abdul Razak.

Mereka perlukan fitnah untuk terus hidup!

Sayangnya SPR tidak pernah mengheret mereka ke muka pengadilan kerana melakukan fitnah. Kalau diheret, sudah pasti apa yang berlaku di mahkamah melibatkan Khalid Ibrahim dan PKR, akan dapat kita tengok ulangannya.


Tuesday, August 4, 2015

OOOO.... PATUTLAH SIBUK BANGLA 40 RIBU, RUPA-RUPANYA PKR YANG SIMPAN PENDATANG ASING!!!



Sebelum ini, sudah heboh kisah ada sebilangan pemimpin PKR yang menyimpan warga asing dan pendatang tanpa izin. Beberapa pendedahan telah dilakukan, bagaimanapun, tiada susulan tindakan daripada pihak berkuasa mahupun pendedahan-pendedahan yang lebih detail ibarat DETECTIVE CONAN.

Disebabkan pendedahan tersebut tidak 'lengkap' dan kurang menarik minat kerana ianya tidak melibatkan para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, akhirnya cerita-cerita tentangnya hilang begitu sahaja.

Blog KINGMAKER membuat satu pendedahan mengejutkan apabila rumah Pengarah Integrasi PKR, Dr. Edmund Santhara diserbu pihak berkuasa dan didapati melindungi 29 orang Pendatang Tanpa Izin (PATI).



Mengapa 29 orang PATI berada di dalam rumahnya?

Adakah Santhara tidak mengetahui tentang kewujudan PATI itu?

Atau adakah Santhara bersiap sedia untuk PRU bagi membuktikan PATI-PATI itu semua adalah Bangla 40 ribu yang dicanang-canangkan oleh PKR selama ini?

Atau adakah kesemua PATI itu hendak diintegrasikan dengan penduduk tempatan, sekaligus membuktikan betapa berkesannya tanggungjawabnya sebagai Pengarah Integrasi PKR?

Apakah Santhara menggunakan gelaran DATUK SERInya untuk menghalalkan perbuatannya membiakkan PATI?

Bukankah PKR seringkali menggambarkan mereka adalah pematuh undang-undang Malaysia dan sentiasa mencari kesalahan UMNO dan Barisan Nasional ke atas undang-undang Malaysia?

Atau adakah ini merupakan satu perbuatan jahat yang bertujuan menfitnah Santhara dan PKR secara khusus memandangkan dalam apa-apa kes sebelum ini, setiap kali bermasalah, PKR terutama sekali Rafizi Ramli akan menyatakan semua itu adalah perbuatan UMNO untuk mengalihkan isu?


Sunday, August 2, 2015

LAKSANAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG KE ATAS AHLI PARLIMEN BAYAN BARU, SIM TZE TZIN YANG TERANG-TERANG MELAKUKAN FITNAH!!!



Tindakan seharusnya dikenakan ke atas Sim Tze Tzin. Orang politik sepertinya seharusnya menjadi contoh dan teladan kepada rakyat awam. Apatah lagi dia adalah seorang Ahli Parlimen. Sepatutnya orang sepertinya tidak menunjukkan contoh bagaimana matlamat menghalalkan cara termasuklah dengan melakukan fitnah.

Sehubungan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri bahawa tindakan tidak akan disusuli terlebih dahulu dengan amaran bagi pihak yang melakukan fitnah dan putarbelit media, Sim Tze Tzin seharusnya dikenakan tindakan bersama-sama dengan Tian Chua kerana objektif mereka sangat jelas iaitu melakukan fitnah dan fitnah tersebut bertujuan untuk mewujudkan ketidaktenteraman dan ketidakstabilan di negara ini.

Kita mengharapkan Menteri Dalam Negeri yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri baru Malaysia tidak mengulangi amaran berulang kali tanpa sebarang tindakan tegas yang amat diperlukan dalam mendisiplinkan dan menjaga keselamatan negara ini daripada sebarang anasir subversif yang tidak lagi menggalas senjata di dalam hutan tetapi sebaliknya menggunakan keyboard komputer atau telefon pintar mereka untuk mewujudkan ketakutan dan ancaman nasional.... SAMBUNG BACAAN DI BULETIN 247


Thursday, March 19, 2015

WAN AZIZAH PATUT TERANGKAN, MENGAPA PEMBINAAN MASJID DI IPD PENAMPANG DITENTANG PKR SELAIN MENGGUNAKAN HUJAH MAHATHIR 1999 TENTANG HUDUD KELANTAN!!!




Wan Azizah mengeluarkan panjang lebar kenyataan berhubung hudud Kelantan yang telah diluluskan oleh DUN Kelantan. Mungkin ramailah penyokong PKR yang kembang kempis dan memuji-muji kecerdikan Wan Azizah mengarang secara panjang lebar penolakan PKR ke atas Hudud Kelantan sambil membelasah UMNO kononnya tidak sepandai Wan Azizah.

Hakikatnya, apa yang ditulis secara panjang lebar oleh Wan Azizah di akaun Facebooknya hanyalah PLAGIAT dan COPY PASTE daripada penjelasan dan penolakan Mahathir pada penghujung 1990-an tentang kewajaran PAS bersabar terlebih dahulu sebelum terburu-buru mahu melaksanakan hudud sebelum banyak perkara lain tidak diselesaikan, terutama sekali melibatkan ekonomi umat Islam di Kelantan.

Namun, di sebalik keriuhan PKR cuba berselindung dengan menggunakan dan memperbaharui alasan Tun Dr. Mahathir, tidak sebutir perkataan pun yang dikeluarkan berhubung BANTAHAN PKR ke atas pembinaan Masjid Al-Fattah Ibu Pejabat Daerah Polis Penampang, Sabah.

Yang kuat membantah adalah ADUN PKR Moyog. Dibantu pula oleh Ahli Parlimen PKR Penampang Darrel Leiking. Dan dengar-dengarnya juga, Majlis Daerah Penampang juga akan mengeluarkan surat mengarahkan pemberhentian sementara pembinaan kerana tidak diberitahu oleh pemaju tentang pembinaan masjid yang sebenarnya penaiktarafan surau lama IPD Penampang kepada masjid bagi membolehkan Solat Jumaat diadakan.

Alasan yang diberikan oleh PKR berhubung bantahan pembinaan masjid tersebut ialah, KAWASAN BERKENAAN BUKANNYA BERMAJORITIKAN UMAT ISLAM tanpa mereka sedar, LEBIH BANYAK RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM didirikan di kawasan majoriti Islam dan ia boleh ditolak ansur oleh umat Islam kerana menghormati penganut agama lain.

Lain halnya dengan PKR!

Baca di BULETIN 247 pendedahan ini..


Tuesday, March 10, 2015

PKR AKAN SAMAN PENJARA KALAU ANWAR KENA DENGGI... KENAPA TAK SAMAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR?



PKR memberi ancaman. Kata mereka kalau Anwar Ibrahim kena denggi mereka akan saman Penjara Sungai Buloh.

Hari tu mereka nak saman Ketua Pengarah Penjara Sungai Buloh sebab tak benarkan Anwar Ibrahim keluar dan menghadiri persidangan Parlimen.

Kini mereka nak saman pulak kalau Anwar dapat denggi kerana Penjara Sungai Buloh dilaporkan banyak nyamuk.

Yang mereka tak cakap, Anwar dah dipindahkan ke sel hospital yang membolehkan dia bersenang-senang dan mendapat kebebasan luar biasa serta keistimewaan yang tidak dinikmati banduan-banduan lain. Sekaligus peluang Anwar untuk kena denggi amat kecil.

Dan yang paling penting, mereka tidak menyatakan bahawa kalaupun Anwar dibebaskan, Selangor adalah pembiak nyamuk aedes dan wabak denggi terkemuka di Malaysia kalau tidak pun di dunia!!!

Logik apa mereka nak saman Penjara Sungai Buloh kerana yang bersalah sebenarnya adalah Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah oleh PKR-DAP. Daripada nak saman Penjara Sungai Buloh ada baiknya kalau mereka saman Kerajaan Negeri Selangor.

Daripada mereka berdemonstrasi di jalanan levih baik kalau PKR memgumpulkan kelambu dan menyedekahkan kepada Penjara Sungai Buloh. Daripada membazir masa pasang lilin di luar penjara, lebih baik mereka beli ubat nyamuk dan dermakan kepada Penjara Sungai Buloh. Setidak-tidak 'LAWAN TETAP LAWAN'  tapi takut dengan nyamuk itu, adalah harga sikit.


Sunday, February 1, 2015

PKR TARGET NILAI RINGGIT DIJATUHKAN SEHINGGA RM3.90 BERBANDING USD1.00 UNTUK JATUHKAN KERAJAAN!!!



Mungkin sudah ramai yang terlupa atau tidak tahu atau barangkali juga sengaja cuba memadamkan fakta sejarah 1997 ini. Namun sejarah tetap sejarah. Walaupun cuba digelapkan, ia tetap kekal sebagai suatu fakta yang tidak boleh diubah-ubah.

Kejayaan George Soros dan kumpulan penyangak matawangnya pada tahun 1997 bermula dengan serangan ke atas mata wang Britain iaitu Pound Sterling kemudian melarat ke Brazil dan Asia Timur. Thailand, Indonesia, Korea Selatan dan Malaysia adalah yang paling terjejas. Namun Asia jugalah yang berjaya mencari jalan menamatkan dengan China memulakan ikatan nilai matawangnya berbanding Dollar Amerika Syarikat. Langkah tersebut kemudiannya dituruti oleh Malaysia di bawah kepimpinan Mahathir, sekaligus mengakhiri penguasaan George Soros setelah tindakan mengikat matawang oleh Mahathir, menyebabkan Soros rugi berbilion-bilion Ringgit dalam perdagangan spekulasi matawang.

Namun ada satu lagi fakta penting yang tidak boleh ditinggalkan memandangkan fakta inilah sebenarnya yang lebih menghangatkan lagi serangan ke atas matawang rasmi Malaysia itu.

Semuanya ini bermula walaupun cuba digambarkan sebagai satu kebetulan atau drama yang dipentaskan oleh Mahathir setelah Perdana Menteri ketika itu mula mengambil serius tentang tuduhan yang dilemparkan ke atas Timbalannya. Dalam usaha mencari kepastian sekaligus membolehkan siasatan dijalankan secara bebas, Mahathir bercuti daripada jawatan Perdana Menteri dan menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Timbalannya pada ketika itu.

Ternyata timbalannya masuk perangkap, sekaligus membenarkan segala tuduhan ke atasnya. Apabila Mahathir balik dari bercuti dan mengambilalih semula jawatan Perdana Menteri, beberapa panggilan telah dibuat ke atas individu-individu yang melemparkan tuduhan ke atas Anwar Ibrahim. Apabila Anwar Ibrahim mengetahui, dia mula kelam-kabut dan mula melakukan serangan serta desakan agar Mahathir segera melepaskan jawatan Perdana Menteri kepadanya.

Beberapa tindakan pantas yang dilakukan, termasuklah memasukkan Anwar Ibrahim ke dalam peti sejuk dan peneguhan MTEN untuk menangani masalah serangan ke atas pasaran saham dan matawang Malaysia, selain ikatan nilai Ringgit dengan Dollar Amerika Syarikat, kembali memulihkan ekonomi dan rejim kewangan Malaysia.

Kes liwat yang dilihat sebagai punca sebenar serangan matawang dan pasaran saham Malaysia, akhirnya dibicarakan. Kehangatan kes perbicaraan tersebut dengan tindakan tegas tanpa sebarang perlengahan dan permainan tunda-menunda, akhirnya memantapkan semula ekonomi dan kewangan Malaysia.


Tahun 2015 juga nampaknya keadaan yang serupa juga sedang berlaku. Dengan watak bernama Ong Tong Kooi yang merupakan 'Bendahari Anwar Ibrahim' mengambilalih tugas dan peranan George Soros, perjalanan ini mula didedahkan menerusi LANGKAH KAJANG yang akhirnya memecah belahkan PKR dan menggawatkan kepimpinan Negeri Selangor.

Walaupun Rafizi Ramli cuba menafikan dokumen LANGKAH KAJANG yang terkangkang, namun sehingga kini, Rafizi Ramli mahupun Saifuddin Nasution tidak berani langsung membuat laporan polis dan meminta polis menyiasat 'pemalsuan' berkenaan. Sebaliknya Rafizi Ramli sekadar mampu menyatakan yang dokumen tersebut palsu dan mentertawakannya tanpa sebarang penjelasan konkrit dan pada masa yang sama menunjukkan kelam-kabut dan ketakutannya.

Seperti yang anda dapat lihat, Fasa Ke-4 perancangan PKR dalam Langkah Kajang yang juga digunakan untuk menjahanamkan Malaysia, ialah dengan menurunkan nilai Ringgit menjadi RM3.90 bagi setiap nilai USD1.00. 'Kejayaan' menghuru-harakan Malaysia pada tahun 1997 dengan penurunan nilai Ringgit menerusi kadar dan nisbah RM4.80 kepada USD1.00, cuba dikembalikan bagi menyelamatkan Anwar Ibrahim daripada kes liwat yang membabitkannya. Namun kejayaan itu berjaya dikekang dengan tambatan Ringgit dengan Dollar pada kadar RM3.80 kepada USD1.00.

Idea yang sama, modus operandi yang sama, namun adakah kali ini Anwar Ibrahim akan berjaya memandangkan Bank Negara sendiri nampaknya lebih mementingkan polisi-polisi IMF dan Bank Dunia yang ditolak oleh Mahathir pada penghujung 1990-an?

Nilai Ringgit sekarang berbanding US Dollar adalah RM3.63!!!




Sunday, January 25, 2015

CHRISTINA LIEW KATA KERAJAAN BN SABAH MENIPU, TETAPI MAHKAMAH PERINTAHKAN DIA BAYAR RM500 JUTA KEPADA ORANG KAMPUNG YANG CUBA DITIPU TANAH MEREKA!!!


Ingat lagi dengan Christina Liew, ADUN PKR Api-Api, Sabah yang telah didapati bersalah kerana menipu penduduk dengan menjual tanah mereka kepadanya dengan dia sendiri bertindak sebagai peguam? (RUJUK SINI)

Penipuaan yang dilakukan oleh Christina Liew bersama-sama dua orang pekerja syarikatnya membabitkan 10,000 ekar tanah, menyebabkan dia, kedua-dua orang pekerjanya (bumiputera) dan syarikatnya diperintahkan untuk membayar hampir RM700 juta kepada sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Sabah.

Khamis lalu, Christina Liew telah dihalau keluar dari DUN Sabah setelah dia mengeluarkan kata-kata 'KERAJAAN PENIPU' dan enggan menarik balik kenyataan tersebut yang dikeluarkan pada perbahasan Bajet Sabah 2015 Isnin lalu biarpun telah diminta berkali-kali.


Christina Liew Budikusuma seringkali memperkatakan tentang kerakyatan warga asing dan hak mereka mengundi di Sabah. Bagaimanapun, Christina Liew sendiri tidak pernah mampu atau berani menjawab tentang status kerakyatannya walaupun terdapat banyak khabar angin yang menyatakan, Christina Liew memang dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Indonesia. Malah Christina Liew juga tidak pernah mahu menerangkan dari mana dia berasal atau latar belakang keluarganya. (RUJUK SINI). Biarpun mengaku malah diperakui oleh penyokongnya yang dia lahir di Tawau, kod 71 pada kad pengenalannya tetap juga menimbulkan keraguan.

Individu inilah juga yang banyak mempertikaikan status tanah bahkan memberikan cadangan bagaimana mahu 'menyelamatkan' tanah adat. Namun yang lebih menarik, berdasarkan kepada keputusan mahkamah yang mensabitkan kesalahan menipu tanah rakyat oleh Christina Liew, dua pekerja syarikatnya dan syarikatnya, isu yang ditimbulkan oleh Christina Liew itu sebenarnya mempunyi konflik dengan kepentingan dirinya. (RUJUK SINI)

Dia menuduh KERAJAAN BARISAN NASIONAL MENIPU tetapi dia tidak pernah dapat menerangkan mengapa pula mahkamah mendapati dia menipu orang kampung termasuklah yang buta huruf dan tidak tahu membaca sehingga dia perlu membayar kembali RM700 juta kepada anak syarikat Kerajaan Negeri Sabah?

Siapa yang menipu sebenarnya?


Thursday, December 18, 2014

ADUN PKR SABAH YANG JUGA MERUPAKAN IMIGRAN CINA DARI INDONESIA TERLIBAT DALAM 'SCAMMING TANAH' DI SABAH!!!


Berita ini langsung tidak disebut atau dipanjangkan oleh para pecacai PKR atau pun Anwar Ibrahim, sebaliknya mereka lebih sibuk dengan pelbagai teori tentang rasuah dan salahguna kuasa melibatkan UMNO-BN yang langsung tidak dapat dibuktikan, sebaliknya sekadar pembohongan demi pembohongan.

ADUN Api-Api yang juga merupakan Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew telah kalah dalam saman bernilai RM557 juta.

Christina, seorang peguam yang juga dipercayai seorang imigran dari Indonesia, telah didapati bersalah kerana terlibat memberi nasihat, berkonspirasi dan mendalangi rakan sekongkolnya yang merupakan defendan pertama, dikenali dengan nama Siti. Menariknya, Siti adalah kakitangan Christina Liew sendiri bersama-sama seorang lelaki bernama Samsuri Baharuddin yang menjadi peguam kepada 819 orang pemilik kebun kecil untuk memujuk mereka menjual tanah seluas 12,000 ekar.

Skim yang melibatkan Christina Liew itu turut membabitkan pekerja-pekerjanya sendiri sebagai pembeli untuk membeli setiap bidang tanah pekebun kecil pada harta RM45,000 untuk setiap lot yang berkeluasan 15 ekar. Dengan kata lain, berharga RM3,000 bagi setiap ekar atau 0.69 sen bagi setiap kaki persegi untuk tanah yang telah dibangunkan dan ditanam dengan kelapa sawit.

Mahkamah telah mendapati, Christina menggunakan kakitangannya untuk bertindak sebagai pembeli tanah-tanah berkenaan manakala perjanjian jual dan beli yang ditandatangani oleh pekebun-pekebun kecil tersebut sekitar tahun 2005 dan 2006 disediakan sendiri oleh Christina Liew walaupun peguam mereka adalah Samsuri Baharudin. Jual beli tanah tersebut telah menyebabkan 819 orang pemilik tanah itu terdedah kepada kesalahan melanggar perjanjian dengan syarikat Kerajaan Negeri Sabah bagi pemilikan tanah berkenaan.

Laporan-laporan berita turut menyatakan, kebanyakan daripada pemilik tanah tersebut telah membuat laporan polis ke atas Christina Liew dan dua orang lagi defendan apabila mereka dipaksa menandatangani surat perjanjian atau menurunkan cop ibu jari pada kertas kosong.

Sejarah tanah dalam kes ini adalah seperti berikut:

Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 1980 telah mewujudkan skim pemilik tanah Bagahak bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan membolehkan golongan miskin memiliki tanah serta membangunkannya. Di bawah skim tersebut, setiap lot tanah seluas 15 ekar diagih-agihkan secara percuma kepada setiap pemilik.

Salah satu daripada syarat yang terkandung dalam skim tersebut ialah setiap orang pemilik perlu membangunkan tanah-tanah mereka sebelum Januari 1987. Sekiranya mereka gagal, Kerajaan Negeri mempunyai hak untuk merampas tanah tersebut dan melantik mana-mana agensi untuk membangunkannya.

Memandangkan kebanyakan pemilik tanah berkenaan gagal memenuhi syarat, Kerajaan Negeri pada tahun 1993 telah melantik Sabah Land Development Board (SLDB) untuk membangunkan tanah-tanah tersebut dengan penanaman kelapa sawit.


Perjanjian pembangunan turut ditandatangani antara SLDB dengan Pemilik Kecil Bagahak pada tahun 1995, di mana SLDB akan membangunkan tanah-tanah tersebut menggunakan wang mereka sendiri yang kemudian ditukarkan sebagai pinjaman kepada pemilik-pemilik tanah yang perlu dibayar dalam tempoh 10 tahun. SLDB telah membelanjakan sejumlah RM47,037,758 untuk membangunkan tanah-tanah tersebut.

Untuk tidak membebankan pemilik tanah dengan bayaran pinjaman, Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 1997 telah memutuskan satu bentuk kerjasama diwujudkan antara pemilik-pemilik tanah dengan Borneo Samudera Sdn. Bhd, anak syarikat kepada syarikat milik Kerajaan Negeri, Sawit Kinabalu.

Di bawah perjanjian tersebut, 11,000 ekar tanah yang telah disuntik ke dalam syarikat perkongsian dan pemilik-pemilik tanh telah diberikan saham dalam syarikat. Menerusi kaedah ini, pinjaman pemilik-pemilik tanah kepada SLDB akan diselesaikan secara penuh oleh syarikat perkongsian dan kerjasama. Perjanjian tersebut telah ditandatangani pada 9 Julai 1998.

Syarikat perkongsian itu telah membayar wang dividen pendahuluan kepada pemilik-pemilik tanah dari tahun 2000 sehingga 2013 yang berjumlah RM49,150 setiap orang.

Jumlah ini jauh lebih tinggi berbanding harga yang dibayar bagi setiap lot oleh pembli yang juga merupakan kakitangan di pejabat guaman ADUN Api-Api.

Mahkamah Tinggi Tawau, Hakim Chew dalam penghakimannya pada 30 September telah mendapatkan Christina Liew dan dua rakan subahatnya bersalah, selain diarahkan membayar ganti rugi sebanyak RM557,641,716.29.

Pada 28 Oktober2014, notis rayuan untuk mengenepikan hukuman telah difailkan oleh Christina Liew.

Pelik tak?

Haram tak ada satu pun tentang kes ini disebut-sebut oleh PKR sebaliknya mereka sangat sibuk dengan isu-isu lain yang digembar-gemburkan, seolah-olah PKR cuba menutup kejalangan Christina Liew!!!
 
Blogger Templates