Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label 1M4U. Show all posts
Showing posts with label 1M4U. Show all posts

Wednesday, July 15, 2015

YANG SEPEMIKIRAN DENGAN ZAHRA, SI PELAKON MTEM TU, INI ADA KERJA KOSONG YANG BOLEH DIISI!!!



WE ARE HIRING!
VACANCY 1
Sales & Marketing Executive, iM4U
Requirements
1. Age between 20-28
2. Smart, young, self-motivated and energetic
3. Good presentation, negotiation and deal closing skills
Send CV to sales@im4u.my with subject - VACANCY: S&M Executive by 31 July 2015
-----------------------------------------------------------------------------------
VACANCY 2
Brand & Promotions Executive, iM4Ufm
Brief Job Description
1. Responsible in planning, executing, and monitoring all radio ad/promotional campaigns.
2. To assist in planning, executing, and monitoring all iM4Ufm branding strategies/brand values and brand direction.
3. To look for opportunities and potential collaborations to brand iM4Ufm in Malaysia's radio industry.
Plus points
Creative
Fun person
Able to work in fast pace
Able to meet tight deadlines
Education background
Bachelors Degree in Mass Communications / Media Studies.
Send your CV to im4ufmradio@im4u.my with subject - VACANCY: B&P Executive by 31 July 2015

Monday, June 22, 2015

KEHADIRANNYA MENGURANGKAN MATA-MATA DAN KAKI-KAKI BIADAP YANG CUBA MENGAMBIL KESEMPATAN KE ATAS KAUM WANITA DI PUSAT PEMINDAHAN KUNDASANG!!!



Semuanya bermula apabila seorang pengguna Facebook menyatakan keinginan dan harapannya agar mangsa-mangsa tanah runtuh dan gempa bumi di Ranau mendapat sedikit keselesaan berbanding berkumpul dan tidur secara berserakan.

Kali pertama 1M4U memperkenalkan khemah untuk mangsa bencana adalah pada ketika banjir besar di Pantai Timur Semenanjung pada penghujung tahun lepas.

Veronica Antin-Gantor menulis di page Friends of Kinabalu Mountain Guides tentang harapannya agar mangsa-mangsa di Dewan Komuniti di Ranau dan Kundasang dibekalkan khemah seperti yang disediakan oleh 1M4U di Kelantan.


Tulisannya di page dan e-mel yang dihantar ke 1M4U, akhirnya dibaca dan dibalas oleh CEO 1M4U. Permohonannya diluluskan. Bantuan khemah seperti yang dihajatkan, dihantar ke Sabah dengan segera.

20 Jun 2015, penghantaran khemah-khemah untuk mangsa telah tiba di Cargo Centre Kota Kinabalu dan dijangka tiba di Pusat Pemindahan Mini Kundasang, Ranau pada jam 2:30 petang hari yang sama.





4:15 petang, hari yang sama, bantuan khemah sementara dan sleeping bags mula diagih-agihkan di Pusat Pemindahan Dewan Mini Kundasang untuk kegunaan lebih kurang 49 buah keluarga. Turut membantu adalah Tentera Udara Diraja Malaysia, Malaysia Airports dan sukarelawan-sukarelawan 1M4U dari Politeknik Kota Kinabalu dan Universiti Malaysia Sabah.

1M4U telah memperolehi khemah-khemah bantuan itu bermula dari Mac tahun lepas dan ianya digunakan sepenuhnya pada musibah banjir besar di Pantai Timur Semenanjung. Kini, khemah-khemah yang sama digunakan untk membantu memberikan sedikit keselesaan kepada mangsa-mangsa gempa bumi dan tanah runtuh di Ranau pula.





Tuesday, May 19, 2015

WALAUPUN KENA TIPU DAP DENGAN JALAN TAK SIAP, PENDUDUK DI KAMPUNG KIDING TETAP GEMBIRA!!!



Sarawak, bagi yang tidak pernah ke negeri itu atau sekadar melepak di Bandaraya Kuching, Miri atau Sibu, pastinya kurang memahami geografi serta geopolitik negeri tersebut. Bahkan tidak kurang juga yang masih melihat Sarawak sebagai sebuah negeri yang dipenuhi hutan belukar, rakyatnya tinggal di atas pokok, bercawat dan membawa sumpit ke merata-rata untuk memburu lotong dan cikah.

Hakikatnya, Sarawak sama seperti negeri-negeri lain di seluruh Malaysia. Bahkan Sarawak jauh lebih pesat membangun berbanding beberapa buah negeri lain, terutama sekali Kelantan walaupun keluasan Sarawak hampir menyamai keluasan 11 buah negeri yang bergabung di Semenanjung. Berbanding di Semenanjung yang kawasan pentadbirannya jauh lebih kecil dan setiap kerajaan negerinya saling berlumba untuk mewujudkan persepsi positif tentang negeri masing-masing, Sarawak pula terlalu luas dan ada bahagian yang langsung tidak dapat ditembusi oleh jalan darat mahupun jalan sungai.

Kerajaan Negeri Sarawak telah melipatgandakan usaha untuk membantu rakyat terutama sekali di kawasan-kawasan pedalaman. Walau bagaimanapun, keluasan serta beberapa kekangan lain, akhirnya melambatkan proses memenuhi semua kehendak rakyat.

Sedar dengan masalah itu, DAP dengan pantas mengambil kesempatan. DAP yang sedang bercita-cita untuk merampas negeri itu dari tangan Barisan Nasional, mula meluaskan pengaruh mereka dengan menjelajah dan cuba menawan hati penduduk serta pengundi di kawasan pedalaman selepas mereka berjaya meneguhkan pengaruh di kawasan-kawasan bandar.

Salah sebuah kawasan pedalaman yang menjadi kawasan strategik untuk DAP memulakan fasa lakonan terbaru mereka adalah KAMPUNG KIDING yang terletak dalam DUN Mambong.



DAP telah memulakan projek pembinaan jalan di Kampung Kiding dan penduduk kampung tersebut amat gembira kerana selama ini, mereka terpaksa menggunakan laluan darat yang cukup sukar terutama pada waktu musim tengkujuh.

Perjalanan dari Kampung Kiding yang terletak di Daerah Padawan ke Kuching adalah hampir dua jam. Tidak terdapat banyak kemudahan asas di perkampungan tersebut termasuklah elektrik dan bekalan air bersih, menyebabkan kebanyakan penduduk kampung berasakan mereka telah diabaikan oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Penduduk terpaksa berjalan sejauh 3 kilometer untuk ke jalanraya paling hampir menggunakan motosikal dan kenderaan pacuan empat roda. Para petani pula terpaksa berjalan sejauh itu untuk membawa produk mereka untuk dijual di pasar. Begitu juga kanak-kanak sekolah terpaksa berjalan sejauh 3 kilometer berulang alik dari sekolah dan rumah.



Permintaan penduduk agar sebatang jalan yang sempurna dibina, khabarnya telah ditolak oleh kerajaan berulang kali kerana kos yang terlalu tinggi.

Kampung Kiding juga tidak mempunyai bekalan elektrik dan liputan telefon.

DAP menerusi Projek IMPIAN SARAWAK mereka dengan bangganya mengumumkan berjaya menyiapkan sebatang jalan dalam tempoh 3 bulan dengan bajet sebanyak RM140,000 selain mendapat tajaan jentera-jentera berat, 53 sukarelawan dari Semenanjung dan Sarawak termasuklah penduduk Kampung Kiding sendiri.

DAP kemudian memberitahu, mereka telah berjaya menyiapkan dan menyempurnakan jalan berturap sejauh 3 kilometer selain berjaya menyiapkan beberapa jambatan untuk menyeberangi sungai.



Malangnya, itu hanyalah salah satu daripada publisiti murahan DAP sahaja. Hakikatnya, DAP tidak menyiapkan jalan berturap sebagaimana yang mereka dakwa. Bahkan mereka langsung tidak menyiapkan mana-mana jambatan sepertimana yang diberitahu kepada awam.

Apa yang DAP lakukan adalah menolak tanah, menabur batu dan simen sebelum ditinggalkan tanpa disiapkan. Jalan sedia ada bertambah daif keadaannya dan penduduk terpaksa membina jalan atau laluan lain memandangkan jalan lama mereka telah 'diubahsuai' oleh DAP menjadi laluan yang langsung tidak selamat digunakan.

Baru-baru ini, sepasukan dari 1M4U telah melakukan lawatan ke Kampung Kiding yang mengandungi 150 orang dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Sarawak serta Sukarelawan dari UNIMAS seramai 10 orang yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Kejururawatan.



Tinjauan mendapati, rata-rata penduduk Kampung Kiding cukup marah dengan tindakan DAP yang hanya inginkan publisiti terutama dengan dakwaan mereka, jalan tersebut berjaya disiapkan dan Larian Impian Kiding dibuat menandakan kejayaan tersebut.

Sukarelawan dari 1M4U dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Sarawak dan penduduk kampung tidak sahaja membuat pemeriksaan kesihatan, tetapi juga turut mengecat gereja yang turut dipolitikkan oleh DAP sebelum ini selain menjalankan kerja-kerja gotong royong yang lain.

Pergantungan kepada populariti dan ketokohan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem semata-mata, tidak akan mendatangkan keberkesanan yang lebih baik, melainkan para pemimpin setempat berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat terutama di kawasan-kawasan luar bandar seperti Kampung Kiding.

3 kilometer dari jalan raya utama ke Kuching sebenarnya tidaklah jauh mana. 60 keluarga yang tinggal di Kampung Kiding, pastinya akan lebih berterima kasih jikalau kemudahan-kemudahan asas untuk mereka seperti elektrik setempat, bekalan air bersih dan sebagainya mudah diperolehi, bukan sekadar mendengar cerita dari luar semata-mata.



Thursday, April 16, 2015

IMPIAN SARAWAK DAP VS S.U.K.A SARAWAK 1M4U!!!


DAP mempunyai perancangan besar ke atas Sarawak. Dengan menggunakan lokasi serta kedudukan geografi Sarawak yang dipisahkan oleh Laut China Selatan dengan Semenanjung, DAP mengharapkan apa-apa sahaja temberang mereka di Sarawak tidak akan diketahui dengan mudah. 

Dengan kata lain, mereka berasa, bebas untuk berbuat apa-apa sahaja, termasuklah memperdayakan penduduk setempat dengan cerita-cerita palsu terutama kononnya, para penduduk dan perkampungan yang mereka jadikan sebagai motif politik, tidak mendapat perhatian daripada mana-mana pihak. 





Bagaimanapun, tanpa banyak publisiti, 1M4U diberitakan sedang aktif membantu masyarakat di Sarawak terutama di beberapa perkampungan yang terletak di pedalaman. 

Diberitakan pada minggu lepas, sukarelawan-sukarelawan 1M4U telah pun berada di Kampung Giam, Pedawan, Sarawak dan bergotong-royong bersama-sama masyarakat setempat membersihkan serta mengecat semula gereja serta beberapa kerja gotong-royong yang lain. 

Berita tentang aktviti 1M4U di Sarawak tidak dilaporkan oleh mana-mana portal berita, mahupun media elektronik dan media cetak. 






Mungkin disebabkan itulah, usaha-usaha murni 1M4U kurang mendapat perhatian dan ada pihak lain yang pantas menyamun kredit, mengaku semua kerja 1M4U sebagai kerja mereka dan kemudian meuar-uarkan kononnya merekalah yang membuat semua kerja-kerja sukarela tersebut dengan IMPIAN SARAWAK mereka. 


Saturday, March 21, 2015

PAKATAN SENTIASA GAMBARKAN ANAK MUDA BERSAMA-SAMA MEREKA, TETAPI 1M4U PULA BUKTIKAN ANAK MUDA LEBIH PRIHATIN DENGAN MASALAH SOSIAL!!!



Setiap kali Pakatan Rakyat khususnya PKR dan DAP menganjurkan program, mereka pasti akan cuba menggambarkan bahawa anak-anak muda Malaysia sangat kuat menyokong Pakatan Rakyat. Anak-anak muda Malaysia juga sangat terangsang dengan gaya berpolitik jalanan dan berdemonstrasi yang lebih terarah ke arah gerakan anarki dan kacau-bilau.

PKR cuba efisien menggambarkan anak muda sebagai golongan bermasalah, pembuat kacau dan pencetus revolusi yang mahu menggulingkan segala sistem yang telah diamalkan di negara ini semata-mata untuk menaikkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Republik.

Manakala DAP pula cuba menggambarkan dan menjadikan anak-anak muda, khususnya Melayu sebagai golongan pencinta Liberalisme, menolak agama sebagai elemen kehidupan sebaliknya agama Islam sebagai candu yang memundurkan Melayu-Bumiputera, kebebasan sosialisme yang berselindung di sebalik nama demokrasi seperti yang berlaku dalam SEKOLAH DEMOKRASI anjuran DAP yang jelas adalah untuk melatih anak-anak muda Melayu sebagai panglima-panglima untuk membela dan mempertahankan Dinasti Lim.


Walaupun kadang-kadang ada juga kedengaran cerita konon-kononnya, PKR dan DAP berjaya mengumpulkan anak-anak muda untuk melakukan kerja-kerja kebajikan, tetapi atas sifat mereka sebagai badan politik, maka kerja-kerja kebajikan tersebut hanyalah bersifat topeng sepertimana dalam program UBAH yang dilaksanakan oleh DAP di Sarawak yang sebenarnya lebih menyusahkan penduduk kampung apabila dinding gereja hanya dicat pada sebelah bahagian untuk tujuan penggambaran, tiang-tiang dinaikkan dan ditampal sticker UBAH untuk menunjukkan DAP bertungkus lumus membantu rakyat di kawasan pedalaman dan dengan 'perasmian' oleh Lim Kit Siang tetapi kemudian tiang-tiang itu dibiarkan begitu sahaja, didirikan tanpa sebarang tujuan. Begitu juga dengan jalan yang kononnya diturap oleh DAP, terbengkalai separuh jalan selepas gambar-gambarnya ketika pembinaan dirakamkan dan diviralkan oleh DAP.

Itu gambaran skeptik yang seringkali dibuat terhadap anak-anak muda Malaysia.

Namun tahukah anda, terdapat sebuah entiti yang telah berjaya menghimpunkan anak-anak muda daripada pelbagai lapisan masyarakat, pelbagai latar budaya, agama dan sosio di bawah satu payung, malah telah melatih mereka untuk melakukan kerja-kerja buat masyarakat tanpa perlu publisiti dan retorik politik.

1Malaysia For Youth atau lebih dikenali sebagai 1M4U begitu aktif beraktiviti tanpa membabitkan elemen politik, retorik dan drama tidak berkesudahan. Hampir setiap minggu, 1M4U menganjurkan aktiviti-aktiviti berbentuk kemasyarakatan yang pada masa yang sama, jauh lebih memberikan manfaat kepada golongan muda berbanding badan-badan politik yang lebih mementingkan kedudukan dan jawatan serta strategi perolehan pihak-pihak tertentu.



Semalam sahaja, 1M4U Street Team dengan kerjasama Persatuan Kindness Malaysia dan sukarelawan Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan program mengedarkan makanan dan juga pakaian terpakai kepada gelandangan kota di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

Sesi pengagihan makanan dan pemberian pakaian dilakukan oleh para sukarelawan Kindness Malaysia dan sukarelawan dari UKM. Makanan yang diagihkan itu dimasak sendiri oleh para sukarelawan pada sebelah petang semalam manakala pakaian-pakaian yang diagihkan pula adalah daripada pakaian terpakai lebihan sumbangan kepada mangsa banjir yang lalu.

Aktiviti-aktiviti sebegini kerap diadakan oleh 1M4U tetapi oleh kerana mereka bukanlah Pakatan Rakyat dan tidak terlibat dengan politik, berbanding NGO-NGO yang didalangi oleh DAP, kuranglah publisiti dan promosi untuk mereka. Malah apabila Pakatan turun membantu orang gelandangan kononnya, kumpulan yang jauh lebih aktif dan lebih berkesan memberi bantuan, langsung tidak disebut dan Pakatan berjaya mewujudkan persepsi kononnya, merekalah yang jadi perintis dan bersungguh-sungguh membantu gelandangan.



Hakikatnya, golongan seperti sukarelawan 1M4U dan beberapa pertubuhan lain seperti Brotherhood yang jauh lebih rajin dan lebih kerap membantu, tidak melibatkan permainan politik, orang politik mahupun bertujuan politik, bergerak lebih pantas. Keahlian mereka dari kalangan anak muda jauh lebih terbuka dengan pelbagai fikrah termasuklah pro-pembangkang, pro-kerajaan dan atas pagar menganggotai pertubuhan-pertubuhan tersebut untuk berkhidmat secara sosial dan sukarela kepada masyarakat yang memerlukannya.


Sunday, January 4, 2015

TAKDER KHEMAH, BISING... 1M4U BAGI KHEMAH PUN MEMEKAK JUGA! MEMANG JENIS TAK RETI BERSYUKUR!!!


Tahun lepas, disebabkan masing-masing rasa mereka sangat Islamik dan takut keislaman mereka terjejas kerana terpaksa bercampur secara darurat akibat banjir, mereka mempersoalkan mengapa Kerajaan dan agensi-agensi terbabit tidak menyediakan khemah kepada mangsa-mangsa banjir. Mereka menyalahkan pusat-pusat pemindahan yang mencampuradukkan lelaki perempuan, kanak-kanak dan orang tua tanpa sebarang sekatan.

Konon-kononnya takutkan pergaulan bebas!

Konon-kononnyalah...




Kemudian sebuah NGO telah menyediakan khemah untuk mangsa-mangsa banjir di Dungun. Bergegas puak-puak kopiah putih berbaju hijau pi selfie kat depan khemah-khemah tu dan kemudian mendakwa merekalah yang punya kerja sampai mangsa-mangsa banjir dapat khemah. Bila perkara sebenar didedahkan, mereka terus menyorok kepala dan buat-buat bodoh.

Mac 2014, IM4U mengambil inisiatif menyediakan khemah-khemah untuk mangsa-mangsa banjir. Korea, Jepun dan China menjadi pilihan untuk mendapatkan khemah serta sleeping-bag bagi mangsa-mangsa banjir.


27 Disember 2014, 1M4U memperkenalkan khemah-khemah atau petak-petak untuk mangsa banjir lebih selesa berkumpul bersama-sama keluarga mereka di pusat pemindahan. Pusat pemidnaahan pertama yang diberikan khemah-khemah ini adalah pusat pemindahan Sekolah Menengah Pengkalan Chepa (1). Walaupun ia merupakan petak-petak standard yang turut digunakan di negara-negara maju, ada juga suara-suara sumbang yang mempertikaikan khemah-khemah tersebut kerana kononnya tidak berbumbung, orang boleh tengok perempuan tidur, tidak selesa untuk suami isteri tidur bersama dan sebagainya.


Bayangkan dalam keadaan bersesak-sesak di sebuah pusat pemindahan. Kita di negara tropika sekalipun musim hujan melanda. Haba badan mangsa-mangsa banjir selain haba di ruang dalam pusat pemindahan itu sendiri sudah cukup untuk membuatkan kanak-kanak kecil yang cukup ramai di pusat-pusat pemindahan rimas. Apatah lagi pusat-pusat pemindahan bukannya pusat-pusat pemindahan kekal.

Ada yang bertanya dengan penuh jahil apa yang 1M4U buat semasa banjir. Sama ada mereka baghal atau sebaliknya, hanya mereka yang lebih tahu memandangkan 1M4U kerap kali mempromosikan permintaan untuk mendapatkan lebih ramai sukarelawan.


Terbaru, khemah-khemah yang dipertikaikan oleh keyboard cyberwarrior tetapi amat dihargai oleh mangsa-mangsa banjir, telah dihantar ke penempatan sementara mangsa banjir Institut Kemahiran Mara (IKM) Pekan, Pahang.

Yang bengap super mega, kalau nak tahu apa yang 1M4U buat, elok layari DI SINI.


Saturday, January 3, 2015

BARANGAN BERIKUT DAN SUKARELAWAN DIPERLUKAN OLEH 1M4U... JOM DERMA!!!

Mangsa-mangsa banjir memerlukan barangan seperti makanan, keperluan asas, dan ubat-ubatan. Bantuan dan dermaan anda amat dihargai.

Rujuk senarai dibawah jika korang mahu menderma. Mereka sangat memerlukan barangan di dalam senarai ini.
***LIST UPDATE***

- Makanan kering / segara/ beras/ (High priority)
- Reflo machine with 100 strip and lancet.
- Barangan persekolahan untuk kanak-kanak. (Beg sekolah, peralatan belajar, baju sekolah)
- Barangan bayi
- Pakaian dalam



Barangan tersebut boleh didermakan di pusat pungutan iM4U yang bertempat di lokasi berikut:

Pusat Simulasi,
Kompleks Sukan Negara,
Bukit Kiara.
(Dibuka 24 jam sehari)

Founder’s Lab
45-2A, Lorong Ara Kiri 1,
Kompleks Lucky Gardens,
Bangsar, 59100
Kuala Lumpur
(Dari 9pagi hingga 9mlm)

Kami juga masih memerlukan tenaga kerja di lokasi di atas. Walk-in dan bantu kami sebagai sukarelawan!!!

Thursday, December 25, 2014

1M4U JUGA TURUN HANTAR BANTUAN MANGSA BANJIR... MANGSA AKAN LEBIH SELESA DENGAN KHEMAH!!!

Alhamdulillah...

Tahun lepas, semasa banjir di Terengganu dan Kelantan, kecohlah tentang kecacatan dan ketidakprihatinan pihak berkuasa terhadap mangsa-mangsa banjir yang dibiarkan berkaparan laki betina di pusat-pusat pemindahan. Satu-satunya NGO yang turut menyediakan bantuan khemah untuk keluarga-keluarga yang berpindah ke pusat-pusat pemindahan adalah Persatuan Wartawan di Dungun. Menariknya, ada pihak dari PAS bergambar di hadapan khemah-khemah tersebut dan mengakui, merekalah yang menyumbangkan khemah-khemah itu kepada mangsa-mangsa banjir.

Bila rahsia sebenar bocor, puak-puak PAS mencari helah lain untuk menutup malu.

Tahun ini, 1M4U mengambil inisiatif itu untuk memberikan bantuan yang lebih baik berbanding bantuan-bantuan sebelum ini. Kepada mangsa banjir di Kelantan, 1M4U akan berada di lokasi-lokasi di bawah untuk menghulurkan bantuan bersama-sama sukarelawan.

Jumaat, 3.00pm-10.00pm, 26 Dec 2014 (Lokasi Utama)
Sekolah Kebangsaan Bunohan, Kampung Bunohan, Tumpat 16200, Kelantan

Antara barangan yang akan diedarkan:
- Sleeping Bag
- Tent
- Tshirt
- Nasi Lemak, Nasi Goreng Nasgera
- Borang Penerimaan

Sabtu, 9.00am – 6.00pm 27 Dec 2014
Lokasi
9.00am – Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat 2, 16200, Tumpat, Kelantan
11.00am - Sekolah Kebangsaan Geting, Jalan Stesen, 16200, Tumpat Kelantan
1.00pm - Sekolah Menengah Kebangsaan Geting, Jalan Stesen, 16200, Tumpat Kelantan
3.00pm - Sekolah Kebangsaan Chabang 4, Kampung Chabang 4, 16210, Tumpat Kelantan
5.00pm - Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1, Belakang Masjid Pengkalan Kubor, 16080 Kelantan
7.00pm – Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2, Jalan Kota Bharu, 16200, Tumpat Kelantan

Thursday, November 13, 2014

SUKARELAWAN UNTUK HARI KANAK-KANAK SEDUNIA DI KIDZANIA DIPERLUKAN SEGERA!!!


iM4U sedang mencari 15 sukarelawan untuk program Hari Kanak-kanak Sedunia 2014.

Tugasan sukarelawan:
Menemani dan menjaga anak-anak yatim melakukan aktiviti di KidZania

Tarikh: 22 November 2014 (Sabtu)
Masa: 9 pagi – 3 petang
Lokasi: KidZania, Mutiara Damansara

Emelkan nama penuh, kad pengenalan dan nombor telefon anda ke volunteer@im4u.my
(Subjek: Universal Children’s Day)
 
Blogger Templates