Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label pkr-dap. Show all posts
Showing posts with label pkr-dap. Show all posts

Friday, November 24, 2017

PKR NAK BERDEPAN DENGAN LIM GUAN ENG PASAL PERUNTUKAN BANJIR? KEJAP LAGI, PEKUP TELUR LER TUH... MANA BERANI!!!



Dalam satu kenyataan media daripada Pengerusi PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, PKR Pulau Pinang menyelar tindakan Lim Guan Eng dan DAP yang merampas hak serta mandat yang telah diperolehi oleh ADUN PKR Kebun Bunga, Cheah Kah Peng. 

Cheah Kah Peng telah dinafikan haknya oleh Lim Guan Eng yang kemudian menyerahkan hak tersebut kepada ADUN Pulau Tikus dari DAP, Yap Soo Huey.

Sekatan peruntukan bantuan mangsa banjir kepada ADUN Kebun Bunga telah disekat oleh Lim Guan Eng. Sebaliknya dalam satu kenyataan yang lain, Lim Guan Eng sendiri yang mahu memberikan peruntukan tersebut bersama-sama ADUN Pulau Tikus, dengan alasan wujudnya 'perubahan prosedur dalaman'. (RUJUK SINI)


"Perubahan prosedur dalaman diperlukan untuk memastikan semua mangsa banjir dapat didaftarkan secara komprehensif. Tumpuannya adalah untuk membantu mangsa-mangsa banjir dan perubahan dalaman adalah penting untuk memastikan mereka mendapat manfaat daripada program RM105 juta Pulau Pinang Bangkit Kembali," kata Lim Guan Eng sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini. 

Lim Guan Eng dan pentadbiran negeri Pulau Pinang terkenal kerana 'menghilangkan' ratusan juta kalau tidak pun berbilion duit rakyat Pulau Pinang menerusi pelbagai projek tidak masuk akal seperti Laporan Kebolehlaksanaan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang serta mengecat laluan sesikal dan pejalan kaki.


DAP dan Lim Guan Eng sekarang ini sedang bergelut untuk mendapatkan keyakinan para pengundi Pulau Pinang ekoran ketiadaan bantuan daripada Kerajaan Negeri untuk mangsa-mangsa tanah runtuh dan banjir besar yang telah mengorbankan hampir 20 nyawa. Kedua-dua insiden berkenaan berlaku dalam selang masa yang agak rapat.

ADUN Kebun Bunga dan empat ADUN PKR lain sebelum ini berselisih pendapat dengan Lim Guan Eng setelah mengambil sikap berkecuali dalam pengundian usul UMNO untuk menghentikan semua projek penambakan laut pada 2015. Pendirian kelima-lima ADUN PKR itu telah membuatkan Lim Guan Eng berang dan menuduh kesemua mereka menyokong UMNO dan Barisan Nasional. (RUJUK SINI) 



Akibat daripada itu, Lim Guan Eng telah memecat Cheah yang ketika itu memegang jawatan Pengarah Penang Hill Corporation. Cheah pada 10 November turut mempersoalkan pengkorporatan Penang Botanic Gardens.

Sebenarnya cukup mudah untuk tahu mengapa Lim Guan Eng mengambil tindakan sebegitu rupa terhadap ADUN-ADUN PKR. 

Lim Guan Eng hilang kepercayaan terhadap ADUN-ADUN PKR yang sering membocorkan rahsianya. ADUN-ADUN PKR dilihat tidak begitu menyokongnya bahkan seringkali mendahului rakyat seperti ADUN Penanti, Dr. Norlela Ariffin yang telah menyebabkan kilang haram di Sungai Lembu dan Exco kesayangannya, Phee Boon Poh dikenakan tindakan undang-undang.

Memandangkan PRU-14 semakin dekat, Lim Guan Eng perlu mengurangkan risiko terhadap diri dan kerajaan negeri pimpinannya. Maka dia terpaksa menggunakan ADUN Pulau Tikus yang dirasakan mampu menjilat dan menyokongnya dengan memberikan alasan tidak wajar. 

Lim Guan Eng dan alasan-alasan tidak masuk akalnya, bukanlah sesuatu yang asing!

Sama seperti dia cuba menafikan bantuan daripada Kerajaan Pusat kepada Pulau Pinang dalam insiden banjir besar walaupun bantuan Kerajaan Pusat jauh berkali-kali ganda lebih besar berbanding bantuan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang masih belum muncul-muncul dan masih lagi pada peringkat pendaftaran mangsa-mangsa banjir sahaja!

RUJUK SINI untuk melihat senarai dan jumlah bantuan Kerajaan Pusat kepada Pulau Pinang.


Tuesday, August 22, 2017

PEREBUTAN KERUSI DUN KULIM DAN GURUN SEMAKIN HANGAT ANTARA PKR DENGAN DAP!!!



Keinginan DAP yang disuarakan oleh Lim Kit Siang agar PKR menyerahkan kerusi DUN Gurun dan Kulim untuk ditandingi oleh DAP pada PRU akan datang, terus menimbulkan kemarahan di kalangan pemimpin-pemimpin kanan PKR. 

Pada PRU-13 lalu, kerusi DUN N.22 Gurun ditandingi oleh Leong Yong Kong dari BN dan Salma Ismail dari PKR. Leong Yong Kong memperolehi undi sebanyak 11,411 berbanding Salma Ismail berbanding 10,115. Leong Yong Kong memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 1,296 undi. 

Manakala bagi kerusi DUN N.35 Kulim, Barisan Nasional diwakili oleh Chua Thiong Gee. Manakala PKR diwakili oleh Chu Maw Nian. Turut serta dalam pertandingan tersebut adalah calon dari BERJASA, Mohd Junip Huzayin. Chua berjaya memperolehi 14,384 undi, manakala Chu pula berjaya memperolehi 13,741. Calon BERJASA hanya mampu memperolehi 898 undi. Chua dan BN menang dengan majoriti 643 undi. 

Komposisi kaum di DUN N.35 Kulim adalah Melayu 60%, Cina 22%, India 16% dan lain-lain kaum 2%. Manakala di DUN N.22 Gurun pula, Melayu adalah 56%, Cina 24%, India 18% dan lain-lain kaum 2%.

Secara keseluruhan berdasarkan komposisi pemilih mengikut kaum di seluruh Kedah, Melayu seramai 76%, Cina pula 16%, India 6% dan lain-lain kaum 2%.

Pada PRU-12, calon PKR, Lim Soo Nee (PKR) berjaya merampas DUN Kulim dari BN yang diwakili oleh Lim Lee Choo dengan majoriti 1,244 undi. Gurun bagaimanapun menyaksikan calon PKR yang diwakili oleh B. Kalaivanan kalah kepada calon BN Dr. Leong Yong Kong dengan majoriti 1,554 undi. 

Statistik itulah yang membuatkan Lim Kit Siang sangat yakin, seandainya DAP yang bertanding di kedua-dua kerusi tersebut, calon-calon BN akan berjaya dikalahkan dengan mudah. Perkiraan Lim Kit Siang amat mudah, selain undi solid daripada masyarakat Cina, DAP sudah berjaya memperolehi undi daripada Melayu terutama dari kalangan serpihan PAS yang kini bernaung di bawah PAN serta ahli-ahli Parti Cap Bunga.

Mungkin kerana itulah, Pengerusi PKR Kedah, Dr. Azman Ismail berkata, PKR Kedah bersikap terbuka dengan cadangan Penasihat DAP itu supaya DAP dibenarkan bertanding di Kerusi N.22 Gurun dan kerusi N.35 Kulim dalam usaha Pakatan Harapan untuk membentuk Kerajaan Negeri menggantikan UMNO-BN.

Bagaimanapun, PKR yang diketahui amat tamak untuk bertanding dan meletakkan calon, menerusi Naib Presidennya, Tian Chua menyelar pembahagian kerusi itu. Menurut, sebarang pembahagian kerusi perlu dibincangkan secara tertutup di meja rundingan dan tidak dibincangkan secara terbuka menerusi media bagi mengelakkan gambaran negatif parti-parti komponen Pakatan Harapan sedang bergaduh berebut kerusi.

'Nasihat' Tian Chua itu tidak ditujukan secara khusus kepada sesiapa, tetapi jelas, bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan politik semasa, sudah tentulah mereka yang membicarakan secara terbuka tentang tuntutan kerusi tersebut adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Johari Abdul.

Tuntutan terbuka Lim Kit Siang ke atas kerusi N.22 dan N.35 yang sebelum ini ditandingi oleh PKR, membuatkan Johari Abdul naik angin. Sebelum itu, Johari Abdul secara terbuka menyatakan, 'PKR mahu bertanding sekurang-kurangnya 16 kerusi DUN di Kedah. Dia sendiri akan bertanding di kerusi N.22 Gurun agar dia boleh dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baru sekiranya PKR menang paling banyak kerusi di Kedah pada PRU-14.

Gelagat serta kenyataan-kenyataan yang keluar dari mulut Lim Kit Siang, Tian Chua, Johari Abdul dan Dr. Azman Ismail sebenarnya cukup menarik sekaligus menyaksikan pertembungan hangat antara PKR-DAP dalam perebutan kerusi untuk ditandingi. 

Kita belum lagi dengar cerita PAN dan Parti Cap Bunga di Kedah pula. Yang pasti keempat-empat parti sedang berebut dan saling cuba cantas mencantas antara satu sama lain!

 
Blogger Templates