Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label proton. Show all posts
Showing posts with label proton. Show all posts

Thursday, June 15, 2017

MAHATHIR TETAP DESAK KERAJAAN GUNA DUIT RAKYAT BAIL OUT PROTON!!!



Mahathir dan budaya bail-out terutama membabitkan syarikat-syarikat kroninya, sudah sinonim. Sepanjang 22 tahun pentadbirannya, bertrilion duit Petronas, KWSP, KWAP, Tabung Haji dan sebagainya digunakan untuk tujuan tersebut. Manfaat daripada bail-out itu hanya dinikmati oleh segelintir orang yang rapat dengannya sahaja termasuklah anak-anaknya sendiri seperti dalam kes MISC.

Selepas bail-out, Mahathir akan memaksa rakyat membayar kembali menerusi cukai dan tol sepertimana yang berlaku dalam projek konsesi lebuhraya dan ERL yang dimiliki oleh YTL Group yang menggunakan modal dari Bank Pembangunan dan Tabung Haji.

Dari segi pandangan, Malaysia kelihatan maju tetapi dari segi kekuatan kewangan, Malaysia boleh dikocak pada bila-bila masa. Itulah yang berlaku pada krisis kewangan 1997-1998 yang menyaksikan banyak perniagaan gulung tikar, pelabur-pelabur lari keluar dari Malaysia, kadar inflasi meningkat, faedah terpaksa dinaikkan, bank-bank digabungkan dan akhirnya, ikatan nilai Ringgit dan USD terpaksa dibuat, namun tidak banyak mengubah struktur kewangan dan perbankan negara. Ekonomi negara terus merudum tetapi Mahathir bernasib baik kerana pada zamannya, media semuanya dikawal dan diancam dengan penguatkuasaan undang-undang yang sangat ketat.

Orang yang bertanggungjawab menghentikan semua kegilaan Mahathir menggunakan wang rakyat adalah Abdullah Badawi. Tetapi Abdullah Badawi akhirnya berjaya digulingkan oleh Mahathir yang pada waktu itu masih lagi mendapat kepercayaan daripada kebanyakan penyokong Barisan Nasional.

Transformasi ekonomi seterusnya dilakukan oleh Najib Abdul Razak yang mengambilalih pentadbiran daripada Abdullah Badawi. Najib bukan sahaja melupuskan legasi Mahathir, bahkan bertindak mengambil semula kebanyakan legasi tersebut dan menghentikan bayaran daripada rakyat untuk kelompok kroni Mahathir yang mengakibatkan Mahathir mengamuk dan melancarkan serangan ke atas Najib dengan bantuan PKR, DAP dan PAN menggunakan isu rakyat, walaupun isu sebenarnya adalah proksi dan kroni.

Dalam entri terbaharu di blognya, Mahathir mendakwa penjualan saham-saham Proton kepada syarikat automotif dari China, Geely adalah didorong oleh 'dendam kesumat' sehingga kerajaan dengan sengaja mengabaikan maruah negara.

Mahathir cuba bermainkan dengan sentimen maruah walaupun pada zamannya dahulu, Proton, EON, Perwaja dan sebagainya, diserahkan kepada pihak asing untuk diuruskan walaupun kesemuanya mendatangkan kerugian. Tiada pula timbul perkataan 'maruah' oleh Mahathir kerana wang rakyat akan disalurkan untuk syarikat-syarikat tersebut tetapi keuntungannya dinikmati oleh pihak asing.

Kata Mahathir, kerajaan sebenarnya mampu untuk menanggung kerugian dialami syarikat automatif tempatan itu dan tidak perlu menjual kepentingan Proton kepada Geely jikalau tidak menggunakan cukai yang dikutip unutk membeli sokongan rakyat.

Itulah kerja Mahathir selama 22 tahun. Kerajaan boleh bail-out tetapi kemudian kerajaan mengutip balik secara pemaksaan daripada rakyat dan kekayaan negara hanya dinikmati oleh kelompok istimewa yang dianugerahkannya.

Mei lalu, DRB-Hicom, syarikat milik taikun perniagaan, Syed Mokhtar Al-Bukhary mengumumkan penjualan 49.9 peratus sahamnya dalam Proton kepada Geely, gergasi automotif China.

Justeru, apa lagi yang Mahathir memekak dan menyalak memandangkan Proton bukanlah sebuah syarikat kerajaan. Malahan, Kerajaan tidak lagi mempunyai 'golden shares' di dalam Proton. Saham-saham dan kepentingan yang dijual atas alasan perniagaan adalah milik Syed Mokhtar Al-Bukhary. Dalam bahasa yang lebih mudah, salakan Mahathir kononnya saham-saham tersebut dijual kerana 'dendam kesumat' kerajaan (baca: Najib) sebenarnya adalah pembohongan semata-mata memandangkan ia adalah milik Syed Mokhtar Al-Bukhary dan keputusan tersebut dibuat kerana perniagaan selain tiada kena-mengena dengan kerajaan langsung.

Proton dari awal penubuhannya pada tahun 1983, sentiasa bergelut dengan masalah kewangan dan keadaan tersebut meruncing semenjak beberapa tahun kebelakangan ini sehingga memerlukan bantuan dan suntikan kewangan daripada kerajaan walaupun Proton telah dimiliki sepenuhnya oleh Syed Mokhtar Al-Bukhary.


Friday, May 26, 2017

ISU PROTON: MAAF LA MAHATHIR... NASIONALISME DAN AIR MATA BUAYA DAH TAK LAKU, ORANG DAH TAHU 'RAHSIANYA'!!!



Pukau dan sihir Mahathir tentang 'nasionalisme' sudah semakin sampai ke penghujungnya. Semakin ramai yang membuka mata dan tidak lagi tersihir buta-buta dengan dendangan nasionalisme tetapi pada masa yang sama, kroni-kroninya mengaut keuntungan besar daripada hasil pukau dan sihir tersebut.

'Tangisan' Mahathir kononnya kerana sedih PROTON telah berpindah menjadi milik China sebenarnya bukan sahaja tidak berasas bahkan menyembunyikan sifat tamak halobanya yang selama ini bijak disembunyikan di sebalik kononnya 'nasionalisme'.

Semenjak tahun 2012 lagi, PROTON bukan lagi syarikat kerajaan, sebaliknya milik DRB-HICOM yang merupakan milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang dibantu oleh kerajaan kerajaan kerana nostalgia dan sentimen semata-mata, bukan untuk mengaut keuntungan dan memajukan industri automotif negara.

Kerjasama dengan Geely dari China, kini membolehkan DRB-HICOM dan PROTON sendiri berdiri di atas kaki sendiri berbanding menyedut berbilion wang cukai rakyat negara ini hanya untuk sebilangan kroni Mahathir yang menggunakan PROTON sebagai kawah duit.

Semakin ramai yang membuka mata, PROTON rugi bukan kerana produknya tetapi kerana ia dihasilnya menggunakan wang negara, hanya untuk kepentingan kemewahan sekelompok manusia tertentu sahaja dengan rakyat Malaysia 'dipaksa' menerima 'produk tin milo' yang berharga mahal dan tidak setimpal. Dan kerana itulah, produk PROTON tidak pernah berkembang keluar dari negara ini walaupun telah wujud lebih 30 tahun.

Kalau kita teliti apa yang gelagat dan reaksi Mahathir berhubung PROTON, satu perkara sahaja yang ditunjukkan oleh Mahathir iaitu kebimbangannya semua kemudahan penjarahan akan terhenti dan semakin menyusahkan.

Tahun lepas atau lebih tepat lagi Oktober 2016, Mahathir mengadu bahawa 'peniaga kenalannya tidak dibenarkan mengadakan perniagaan dengan PROTON. (RUJUK SINI)

Kemudian pada Februari 2017, Mahathir kata dia terbuka dengan pelaburan syarikat China di dalam PROTON asalnya kepentingan vendor-vendor PROTON terjaga. (RUJUK SINI)

Mei 2017, Mahathir menangis kerana apa yang dibimbanginya benar-benar berlaku (RUJUK SINI). PROTON bergerak di atas landasaan perniagaan yang betul dan tidak lagi menjadi kawah duit untuk kroninya.

PROTON sebenarnya dibangunkan oleh Mahathir dengan perkongsian 70% HICOM dan 0% Mitsubishi. Mungkin bagi Mahathir, 30% pegangan oleh Jepun bukanlah menjual negara tetapi 49.9% pemilikan syarikat dari China pula dianggap sebagai menjual negara?

Jualan PROTON mulai merudum pada 2003 ketika Mahathir masih lagi Perdana Menteri dan dia adalah penasihat PROTON. Kedudukan PROTON telah dipotong dua tahun kemudian oleh PERODUA iaitu pada tahun 2005.

2012, PROTON bukan lagi syarikat kerajaan apabila ianya dijual kepada Syed Mokhtar. Mahathir tidak pernah komplen tentang jualan tersebut, malahan para penyokongnya menyifatkan pemilikan PROTON oleh Syed Mokhtar akan melonjakkan lagi syarikat berkenaan.

Malahan, Mahathir dalam temuramahnya pada 12 Disember 2011 berkata, PROTON harus dijual kepada DRB-Hicom - syarikat yang baginya diuruskan dengan baik dan mempunyai kapasiti untuk menukar PROTON dari sebuah syarikat rugi kepada syarikat untung tanpa menjejaskan vendor-vendor yang dipertahankan Mahathir. (RUJUK SINI)

Ketika itu, Mahathir masih lagi Penasihat dan kemudian dilantik sebagai Pengerusi PROTON.

Mahathir hanya melepaskan jawatan pada 2016 apabila PROTON membuat kerugian besar dan gagal membayar para pembekalnya sekaligus menyebabkan puluhan tenaga kerja berhadapan dengan risiko pembuangan.

Kerajaan terpaksa masuk campur dengan pemberian pinjaman mudah RM1.5 bilion yang digunakan oleh PROTON untuk menyelesaikan masalah dengan para pembekal. Pada 2016, PROTON kerugian RM1.4 bilion dan kedudukannya di pasaran telah diambilalih oleh HONDA. Sekali lagi Kerajaan terpaksa mencucuk RM1.7 bilion pinjman bag membolehkan syarikat tersebut hidup dan para pekerjanya masih ada bergaji.

Secara keseluruhannya, kerajaan telah meyalurkan RM3.1 bilion untuk bail out kegagalan Mahathir. Dan sekarang, apabila syarikat swasta yang Mahathir minta kerajaan jual PROTON kepada mereka, menjual pegangan 49.9% kepada rakan kongsi asing untuk terus hidup, Mahathir kata dia mahu menangis dan menyalahkan kerajaan?

Ironinya, anaknya merupakan pengedar Porsche di Malaysia. Mengapa bapa yang konon-kononnya seorang nasionalisme, anaknya pula langsung tidak mahu menjual produk PROTON?


Wednesday, February 22, 2017

LUKAKAN HATI RAKYAT MALAYSIA KONON.... SEBENARNYA LUKAKAN HATI KELUARGA MAHATHIR YANG TELAH SEDUT SETIAP KEUNTUNGAN PROTON SELAMA INI!!!



Mungkin masa dia berkuasa dahulu, cakapnya akan ditanggapi dan dipropagandakan sebagai bersifat SANGAT PATRIOTIK!

Main-main ke kalau seorang yang hebat seperti Mahathir melahirkan kerisauannya berhubung sebuah syarikat yang kerapkali dikaitkan sebagai syarikat negara, bahkan menjadi lambang kejayaan industri automotif negara, apabila syarikat berkenaan bakal menjadi milik negara asing.

Tetapi dahululah...

Sekarang, kaedah yang Mahathir gunakan, sudah tidak terpakai. Generasi sekarang bukannya generasi bongok yang menelan bulat-bulat apa yang keluar dari mulut pemimpin terutama sekali apabila lebih banyak rahsia yang selama ini terpendam, sudah pun diketahui.

Kebimbangan yang dilahirkan oleh Mahathir berhubung nasib Proton, dilihat tidak lebih daripada kebimbangannya berhubung keberadaan dan survival syarikat kroni yang menyedut keuntungan Proton selama syarikat itu wujud.

Seperkara yang tidak dikatakan oleh Mahathir ialah, Proton bukan lagi syarikat negara, sebaliknya dimiliki oleh Syed Mokhtar Al-Bukhari menerusi syarikatnya, DRB-HICOM. Mahathir sendiri yang mahukan Proton dimiliki oleh DRB-HICOM. Kemudian, Mahathir sendiri yang mendesak agar kerajaan memberikan geran dan pinjaman mudah yang bernilai berbilion-bilion ringgit untuk syarikat tersebut.

Di dalam blognya, Mahathir kata, dia kecewa Proton akan dijual kepada syarikat asing, sekaligus menyebabkan pembekal barangan (vendors) kepada Proton akan hilang mata pencarian. Mahathir cuba membuat manipulasi kononnya, dia boleh terima Proton mempunyai rakan strategik tetapi kecewa kerana pegangan ke atas syarikat tersebut dijual kepada syarikat asing.

Walhal, seperti yang diketahui, Proton tidak dijual sepenuhnya kepada syarikat asing sebagaimana yang didakwa oleh Mahathir. Malah antara syarat yang diberikan oleh Kerajaan ketika menghulurkan pinjaman mudah sebanyak RM1.6 bilion kepada Proton yang dimiliki oleh DRB-HICOM ialah, mencari rakan strategik bagi memulikan Proton yang telah dirosakkan dengan teruk oleh Mahathir.

Semenjak sepuluh tahun lalu, Proton berusaha mencari rakan strategik. Tujuannya ialah untuk membolehkan Proton menembusi pasaran antarabangsa secara lebih tuntas selain membawa masuk kepakaran automotif yang lebih baik berbanding sekarang.

Barangkali ramai yang tidak tahu bagaimana Mahathir sentiasa mencari jalan menggagalkan kerjasama dengan syarikat asing menerusi pelbagai syarat dan pandangan tidak masuk akal menyebabkan syarikat-syarikat besar termasuklah Volkswagen (2007) terpaksa melupakan Proton. 

Dan bukan juga rahsia, Mahathir sebenarnya tidak pernah berniat untuk mempertingkatkan industri automotif atau memajukan Proton sebaliknya berusaha melindungi syarikat-syarikat kroninya yang telah lama menghisap keuntungan dari Proton. Antara syarikat tersebut adalah Yasmin Jurumuda Sdn. Bhd. yang dimiliki oelh anak saudaranya, Rahmat Abu Bakar yang diberikan konsesi lumayan bermula dari tertubuhnya Proton.

Tulisan Mahathir kononnya vendor dan pembekal komponen akan tutup kedai, selain ramai pekerja yang akan kehilangan pekerjaan dan kapasiti kejuruteraan Malaysia yang akan merosot, adalah cubaan untuk menyelamatkan kedudukan syarikat-syarikat kroninya yang bakal ditendang atau keuntungan mudah mereka dikerat. Kebimbangannya konon, Malaysia akan kekal sebagai negara dunia ketiga tidak ubah seperti sebuah propaganda gagal.

Setelah lebih 30 tahun, Proton masih bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan. Selama lebih 30 tahun juga, Proton tidak memberikan sebarang impak kepada bidang kejuruteraan bertaraf global. Malah selama lebih 30 tahun juga, Proton masih gagal menembusi pasaran antarabangsa. Kalau ada pun, hanya sedikit di sana sini  yang dijual dengan harga di bawah pasaran berbanding harga yang ditawarkan di dalam negara. Tanpa pembelian lokal, Proton barangkali sekarang ini sudah boleh mengira keuntungan daripada jualan besi buruk, sama seperti Perwaja yang juga rosak di tangan Mahathir!

Dan kalaulah tidak dibantu oleh kerajaan, pastinya syarikat-syarikat kroni Mahathir seperti Jurumuda juga sudah lama tutup kedai.

Hakikatnya, kebimbangan Mahathir sebenarnya ialah, kehilangan besar kepada keluarga Mahatir sendiri apabila Proton dipegang oleh syarikat asing. Sudah pastilah, pembekal sedia ada yang tidak kompetitif dan hanya MENTEKEDAGHAH kerana sifat kroninya, akan digantikan dengan syarikat-syarikat baharu yang lebih baik. Inilah sebenarnya yang amat dibimbangi oleh Mahathir.

Ironinya, Mahathir cuba menyalahkan Najib Abdul Razak walaupun Proton adalah milik DRB-HICOM sepenuhnya. Kalau pemiliknya, Syed Mokhtar Al-Bukhari membuat keputusan untuk menjual Proton sepenuhnya, apa kena-mengena dengan Najib pula?

Untung betul sesiapa yang menjadi kroni Mahathir... walaupun negara lingkup dan wang negara diculalangkitkan, mereka tetap terbela dan tidak mengalami kerugian!!!


Monday, October 17, 2016

PROTON RUGI RATUSAN JUTA RINGGIT SETAHUN, SYARIKAT PEMBEKAL ANAK SAUDARA MAHATHIR PULA CATAT UNTUNG BERATUS JUTA DARI PROTON!!!



MALAYSIAKINI juga tidak mahu ketinggalan mengingatkan tentang kedurjanaan Mahathir dalam 'mencuri' dan 'merompak' hasil negara untuk dibahagi-bahagikan sesama ahli keluarganya. Walaupun Malaysiakini dikenali sebagai salah satu media pro-DAP, tetapi nampaknya dendam lama tetap tidak dapat dihilangkan. (RUJUK SINI)

Dalam salah satu artikelnya, Malaysiakini menyiarkan tentang ahli-ahli keluarga Mahathir yang telah memperolehi berbilion ringgit dari Proton sahaja.

Artikel berkenaan bagaimanapun, tidak merujuk kepada mana-mana daripada tiga orang anak lelaki Mahathir. Ketiga-tiga orang anak lelaki Mahathir berakhir dengan menjadi pemilik majoriti dalam syarikat-syarikat senaraian awam berlainan dengan kekayaan peribadi bernilai ratusan juta ringgit kalau tidak pun berbilion ringgit.

Syarikat senaraian awam seperti OPCOM (Mukhriz), merupakan pembekal kabel fiber optik kepada Telekom. Manakala Konsortium Perkapalan (Mirzan) merupakan pengangkutan utama bagi Perwajar, Tenaga Nasional dan Petronas manakala Kencana Group (Mokhzani) secara eksklusif berurusniaga dengan Petronas.

Hampir keseluruhan perniagaan mereka adalah dengan kerajaan atau dengan GLC.

Bagaimanapun, Mahathir menafikan terlibat dalam semua urusan ini dan hanya mendakwa, ketiga-tiga orang anaknya adalah ahli perniagaan yang berbakat dan berjaya tanpa sebarang bantuan daripadanya!!!

Anehnya, anak-anak bekas-bekas Perdana Menteri lain, tidak mempunyai bakat sebesar anak-anak Mahathir. Terpilih sungguh anak-anak Mahathir!

Salah sebuah syarikat yang dirujuk oleh Malaysiakini yang mempunyai kaitan dengan Proton adalah Yasmin Group yang bermula sebagai pembekal tunggal anti-karat kepada Proton semenjak bermulanya operasi Proton. Kedudukan tersebut kekal sehingga ke hari ini.

Sebagai komponen utama, produk anti-karat mereka digunakan pada setiap kereta dan model Proton selain dijual.

Ini yang terdapat di dalam laman sesawang Yasmin Group.

"Apabila Malaysia memulakan projek kereta nasionalnya pada tahun 1982, Dato' Paduka Rahmat Abu Bakar melihat potensi untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif pelopor ini. Pembabitan firma ini dengan Proton Holding telah berlangsung selama lebih 20 tahun, menerusi Yasmin Jurumuda (sebelum ini dikenali sebagai Jurumuda Sdn. Bhd), syarikat utama anti karat Malaysia."

Yasmin Group dan syarikat-syarikat berkaitan dengannya menjadi konglomerat multi-million yang sangat berjaya dengan catatan perolehan tahunan berjumlah RM228 juta dan menyasarkan peringkat antarabangsa sebagai entiti perniagaan utama.

Pengasas dan pemilik Yasmin Group adalah Rahmat Abu Bakar yang berasal dari Kedah. Dia adalaha menantu Puan Rafiah Mohamad, kakak sulung Tun Dr. Mahathir.

Selain daripada Rahmat Abu Bakar, Timbalan Pengerusi Yasmin Jurumuda adalah Kias bin Rahmat.

Kias bin Rahmat adalah orang kedua dalam Proton ketika Proton di bawah Hicom dan ketika Proton bermula. Dia merupakan pengurus kilang dan dianggap sebagai salah seorang eksekutif pengasas Proton.

Kias kemudiannya diangkat menjadi orang nombor dua dalam Proton sebagai Pengarah Eksekutif tetapi meletakkan jawatan pada tahun 2006 ketika Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri. Dia kemudiannya menyertai Yasmin Group sebagai Penasihat Kumpulan dan juga sebagai Timbalan Pengerusi.

Masihkah boleh dinafikan, yang Yasmin Group mendapat manfaat besar daripada bapa saudara pengasasnya, Tun Dr Mahathir, malah jauh lebih besar daripada Proton yang saban tahun mencatatkan kerugian beratus juta setahun sedangkan syarikat yang menjadi pembekal tunggal anti-karatnya pula mencatatkan keuntungan ratusan juta ringgit? (RUJUK SINI)


Tuesday, June 14, 2016

BEBAS DARIPADA CAMPURTANGAN TUN DR. MAHATHIR, NAJIB RAZAK HARAP PROTON LEBIH CEMERLANG, BUKANNYA SEKADAR HARAPKAN GERAN!!!



Buat kali pertama setelah sekian lama, Najib menyentuh tentang Tun Dr. Mahathir dalam PROTON dan kali ini, nadanya lebih tegas dan lebih keras.

Sekaligus bagi golongan yang remaja atau dewasa pada tahun 80-an, mengembalikan semula ingatan dan nostalgia mereka tentang hubungan antara Tun Dr. Mahathir dengan Allahyarham Tunku Abdul Rahman.

Najib benar-benar mengikut ajaran dan acuan Mahathir. Malah dia lebih menyerupai Mahathir kecuali tindakannya lebih halus berbanding Mahathir yang kasar tetapi Mahathir bijak menyembunyikan tangan dan pembabitannya namun seseorang yang lain perlu menanggung perbuatannya itu. Najib jauh lebih mirip Mahathir berbanding anak kandung Mahathir sendiri, Mukhriz yang sekarang ini hilang lagi. Tindak-tanduk Najib menyerupai tindak-tanduk dan kelicikan Mahathir walaupun berbanding Mahathir, Najib berhadapan dengan masalah yang lebih terkini dan lebih canggih.

Salah satu sebab Mahathir melalak dan menyalak adalah kerana PROTON. PROTON yang ditubuhkan lebih 30 tahun lalu, masih lagi gagal menjana keuntungan mahupun menapak dalam dunia dan industri permotoran dunia. PROTON masih lagi pemain amatur dalam dunia permotoran. PROTON masih tidak dapat membanggakan industri automatif Malaysia di mata dunia walaupun PROTON dikatakan telah mencipta beberapa kejayaan.

Mahathir sebelum ini menuntut agar PROTON yang bukan lagi merupakan syarikat milik negara kerana telah dibeli oleh individu yang juga merupakan konco rapat Mahathir, diberikan geran atau pinjaman mudah daripada kerajaan, kononnya untuk R&D. Apabila kerajaan tidak terus memberikan sebagaimana yang dimahukan, bermulalah masalah yang berlarut-larutan dan semakin dibesar-besarkan dengan beberapa isu lain.

Secara logiknya, PROTON sudah tidak sepatutnya wujud lagi kerana menanggung kerugian yang sangat besar serta langsung tidak mendatangkan hasil, walaupun suatu ketika, model-model keluarannya laris. Atau PROTON wujud tanpa perlu bergantung kepada kerajaan seperti mana syarikat-syarikat automatif lain di dunia ini, yang bergelut dan berusaha memastikan syarikat mereka tidak tergelincir daripada landasan perniagaan dengan mengambil pelbagai langkah memajukan syarikat.

Bukannya mendesak dan bergantung kepada GERAN ATAU PINJAMAN MUDAH KERAJAAN!

Bukan cerita rahsia, campurtangan keterlaluan, kegopohan Mahathir dan tergesa-gesanya tindakan serta dasar dan polisi syarikat, menyebabkan PROTON langsung tidak berdaya saing.

Kini, Mahathir telah keluar dari PROTON dan dia kena berkorban demi menyelamatkan PROTON daripada dimusnahkan oleh ketamakan dan kehalobaannya sendiri.

Najib walaupun merupakan copy-cat Mahathir dalam bentuk yang lebih lembut, tidak membalas dendam terhadap Mahathir sebagaimana Mahathir menghapuskan FIMA (Syarikat Perusahaan Makanan Malaysia) yang dia jadi Pengerusi selepas diterima masuk ke dalam UMNO semula oleh Tun Abdul Razak.

PROTON kembali dibantu dan kata Najib, PROTON kini bebas dari campurtangan Mahathir. PROTON sudah mempunyai hala tujunya yang tersendiri dan diharapkan mampu cemerlang menerusi sedikit bantuan kerajaan.

Yang tidak dikatakan oleh Najib ialah, atau yang paling perlu dilakukan ialah, MEMBERSIHKAN PROTON DARIPADA KONSESI VENDOR KRONI yang menyebabkan bukan sahaja PROTON berharga mahal tetapi juga menjadikan PROTON sebagai lubuk laba golongan tertentu sahaja!


Sunday, June 12, 2016

KERAJAAN JUGA TANGGUNG PROTON? 30 TAHUN MENYONYOT WANG CUKAI, TAK CUKUP-CUKUP LAGI KE?



Dah lebih 30 tahun Perusahan Otomobil Nasional beroperasi. Bukan makin bertambah maju, sebaliknya semakin menambah masalah. Bukan sahaja hutang melebihi liabiliti, produk-produk yang dihasilkan pula, langsung tidak mendapat pujian daripada komuniti kenderaan dunia walaupun di Malaysia, hanya semangat cintakan negara sahaja yang masih menyaksikan Proton dapat menjual unit-unitnya, sedangkan kualitinya sentiasa dipertikai.

Media automatif antarabangsa memberikan gred yang sangat rendah dan memalukan untuk Proton. Lebih memalukan lagi ialah apabila kisah Proton tidak untung-untung, turut menjadi bahan sendaan walaupun hakikatnya, Proton ditubuhkan untuk mencetuskan keuntungan bukannya sekadar syarikat R&D automatif semata-mata. (RUJUK SINI)

Dari zaman awal Proton yang diterajui oleh Eric Chia sehinggalah Proton diambilalih daripada sebuah syarikat milik kerajaan kepada milik swasta oleh Syed Mokhtar, yang diperkatakan, bahkan menjadi salah satu punca marahnya Mahathir kepada Najib ialah, SOFT LOAN atau GERAN dari Kerajaan bernilai berbilion ringgit untuk Proton.

Begitu punya perniagaan.... budak tadika yang tak dapat beza apa itu stereng dan apa itu tayar pun, boleh berniaga!

Tiada inisiatif Proton walaupun CEO dan Pengerusinya adalah orang hebat, orang unggul, negarawan ulung, bahkan maksum dan sangat bergeliga otaknya, untuk untung, melainkan semata-mata untuk mendapatkan geran dan pinjaman mudah daripada kerajaan sahaja. 

Bukan rahsia lagi Kerajaan Najib akhirnya meluluskan pinjaman mudah PROTON bernilai RM1.6 bilion dengan beberapa syarat pada minggu ini.

30 tahun, PROTON boleh diibaratkan sebagai bayi tua yang masih menetek dengan ibu tumpangnya. Masih tidak puas-puas menetek walaupun bantuan telah diberikan berpuluh-puluh bilion.

PROTON oo PROTON... bila kau nak untung?

Atau lebih baik tutup sahajalah PROTON tu atau jualkan kepada pihak yang teringin membelinya tanpa peduli dengan nostalgik Tun Mahathir....

Mahu lidah orang tua tu panjang sampai ke perut kerana asyik menceceh pemusnahan PROTON yang merugikan kroni-kroninya...


Monday, April 4, 2016

PERLETAKAN JAWATAN OLEH TUN MAHATHIR, DEDAHKAN KEDUDUKAN PROTON YANG TERLALU KRITIKAL!!!



Terdapat sedikit keraguan bahawa Proton kini sedang mengalami masalah yang agak kritikal.

Pelaburan tempatan Proton ternyata menjunam dari 74% kepada 15% pada 2015 sementara nilai eksport juga jatuh kepada tahap yang agak merunsingkan. Pada tahun sebelum Tun Mahathir memegang tampuk sebagai Pengerusi Proton, nilai tersebut adalah 21%.

Pada tahun 2001, Proton telah berjaya menjual sebanyak 215,000 keretanya, namun jumlah jualan jatuh kepada 158,657 unit pada 2011 dan hanya 102,175 unit berjaya dijual pada tahun lepas.

Jualan semakin direkod rendah bermula pada Jan 2016 iaitu hanya sebanyak 7,743 unit jika dibandingkan dengan 8,900 unit tahun lepas dan 15,806 pada Jan 2012.

Manakala, jualan pada Feb 2016 menunjukkan penurunan angka yang lebih jatuh iaitu hanya 5947 unit berjaya dijual jika dibandingkan dengan 8254 pada Feb tahun lepas, 11459 pada 2013 dan 11,559 pada 2012.

Pada 2011, Proton mempunyai rizab sebanyak RM4.8billion namun pada Mac 2015, rizab ini berkurangan sehingga RM1.8b kerana menampung kerugian semenjak DRB-Hicom mengambil alih.

Tahunan kewangan Proton berakhir pada bulan Mac setiap tahun dan status tahunan kewangannya pada 2015 menunjukkan kerugian nilai sebanyak RM646 juta (jumlah yang sama dengan kerugian 1MDB pada penyata kewangan tahunan 2014 dan kedua-duanya mempunyai panel auditor yang sama!).

Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai Pengerusi dan Penasihat Proton sebaik sahaja tempoh kewangan tahunan ditutup pada Mac 2016 yang mana Proton berkemungkinan mempunyai nilai kerugian lebih dari RM1billion kerana kejatuhan unit yang terjual.

Kerugian tersebut bukan sahaja boleh menyebabkan Proton kehilangan rizabnya, namun ini memberi risiko yang tinggi kepada seluruh DRB-Hicom group.

Pembekal-pembekal Proton juga sedang mengalami masalah dalam mendapatkan bayaran semula daripada Proton.

Proton kini mempunyai 30,000 unit kenderaan yang masih belum dijual dan telah mencuba menjual kereta mereka kembali kepada pembekal sebagai satu cara untuk membayar hutang-hutang mereka, namun tidak berhasil.

Beberapa hari yang lepas, Menteri MITI iaitu Dato’ Sri Mustapa Mohamed telah mengeluarkan kenyataan amaran bahawa Proton kini berada dalam keadaan bahaya dan menyatakan bahawa MITI telah memberikan pinjaman kecemasan sebanyak RM100 juta kepada pembekal-pembekal Proton tahun lepas.

YB Menteri MITI juga menyatakan bahawa Proton telah memohon geran kecemasan sebanyak RM 1.5b daripada pihak kerajaan dalam usaha untuk menyelamatkan syarikat.

Ini tidak termasuk dengan nilai bantuan sebanyak RM14b yang telah disalurkan kepada Proton setiap tahun.

Namun begitu, kerajaan kini mempunyai masa yang sukar untuk membuat keputusan tersebut, berikutan tiada jaminan bahawa kadar kerugian syarikat Proton akan berkurangan namun dana awam sebanyak RM1.5b diberikan dalam kadar yang segera, atau

membiarkan sahaja Proton dan pembekal-pembekalnya untuk bungkus dan hampir 60,000 akan hilang pekerjaan.

Tun Mahathir seolah-olah lepas tangan ketika Proton hampir jatuh dan berada dalam keadaan paling kritikal yang mana ianya juga boleh mengheret Kumpulan DRB-Hicom ke kancah yang sama.

Apabila status kewangan tahunan Mac 2016 dibentangkan nanti, kita akan menyaksikan keadaan sebenar Proton dan sama ada ia telah jatuh ke status bangkrap secara fizikalnya ataupun tidak.

Agak pelik untuk menyaksikan Mahathir menghentam Najib sepanjang 2014 dan 2015 atas isu kerugian 1MDB, sedangkan Proton juga mengalami krisis kerugian dengan amaun RM2b!

Bukankah ironi sekiranya difikirkan apabila rationalisasi 1MDB telah lengkap dan kembali menjana keuntungan, kini masalah tertumpu kepada Proton “milik Mahathir”.



Sunday, September 27, 2015

PROTON TAK BOLEH JADI PRO-TUN YANG HIDUP DALAM EGOISME... DARI TAHUN 1985, TAKKAN MASIH NAK BERTONGKAT JUGA?



Tun Mahathir dalam temubualnya dengan The Edge Digital yang dimiliki oleh Tong Koii Ong dan Ong Kay Tat menyatakan, Proton sedang berhadapan dengan masalah kerana kerajaan tidak lagi melindungi Proton, malah menuduh kerajaan 'menentang Proton'.

Bagaimanapun, Mahathir tidak pula menerangkan apakah perlindungan dan bantuan spesifik kerajaan kepada Proton. Tidak pula Mahathir memberitahu, apakah yang perlu kerajaan lakukan untuk membantu Proton sebagaimana yang dihajatinya.

Menurut artikel tersebut, penyata kewangan terakhir pada 2013 menunjukkan Proton kerugian RM821 juta dengan jualannya adalah RM7.7 bilion. Penyata Kewangan tahun 2014 bagaimanapun, tidak diperolehi dan diberikan.

Proton kini telah dimiliki oleh DRB Hicom. Pembabitan kerajaan di dalam syarikat automotif negara itu hanyalah dalam bentuk GOLDEN SHARE.

Rengekan Tun Mahathir itu sebenarnya menunjukkan Proton semakin tidak berdaya saing. Rata-rata rakyat Malaysia bangga dengan Proton walaupun sebahagian daripada mereka, tidak menggunakan, membeli atau pernah memiliki kereta yang dihasilkan oleh Proton walaupun mereka menyalak-nyalak menyokong Proton. Dan lebih ramai yang memperkatakan tentang Proton, yang menggunakan kereta-kereta Proton sebagai kereta pertama, kedua atau ketiga.

Untuk kenderaan-kenderaan asing yangdibawa masuk dan dijual di negara ini, kerajaan telah mengenakan cukai eksais, eksais import, dan GST. Perlindungan apa lagi yang diperlukan oleh Proton sebagaimana maksud kenyataan Mahathir?

Antara dua fungsi Proton iaitu membolehkan rakyat negara ini memiliki kereta atau mencatatkan keuntungan, ke mana arah sebenar Proton? Kalau benar Proton ditubuhkan untuk mencatatkan keuntungan, seharusnya inovasi dan kreativiti pentadbiran dan pengurusan Proton sekarang, mengatasi EGOISME besar yang mereka anuti.

PERODUA, yang orientasinya sama dengan Proton - Proton dengan Mitsubishi manakala Perodua dengan Daihatsu - mampu mencatatkan keuntungan dari setahun ke setahun. Mengapa pula Proton tidak boleh? Apakah alasan, lebih ramai pengganggur yang akan dihasilkan menerusi pemotongan kos, menyebabkan Proton menerusi Penasihatnya, merengek-rengek yang kerajaan tidak membantu Perusahaan Otomobil Nasional itu?

Kalau kerana tanggungjawab sosial sepertimana yang diumumkan ketika pelancaran Proton Saga pada tahun 1985 dahulu, mengapa pula merungut tentang kerugian?

Proton tidak boleh mengikut jejak langkah MAS yang telah sekian lama mencatatkan kerugian tahun demi tahun.

EOGISME MEMBUNUH!!!

Berbanding model-model sebelum ini, Proton mempunyai kereta-kereta yang lebih baik seperti Preve, Suprema dan Iriz. Sekaligus menunjukkan Proton mempunyai masa hadapan dan berdaya saing, ditambah pula dengan dasar kerajaan ke atas penjualan kenderaan-kenderaan asing di negara ini.

Takkanlah Mahathir juga sama seperti Lim Guan Eng yang beranggapan dan sentiasa mendabik dada, peruntukan daripada Kerajaan Pusat adalah PROFIT ENTITI?


 
Blogger Templates