Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label pota. Show all posts
Showing posts with label pota. Show all posts

Wednesday, April 8, 2015

CERITA BELAKANG TABIR BAGAIMANA PAKATAN GAGAL KUMPUL SEMUA AHLI PARLIMEN UNDI TOLAK POTA GAGAL!!!



Dalam kehebatan Pakatan Rakyat yang kononnya berjuang untuk mewujudkan sebuah Malaysia baru, akhirnya terserlah mereka adalah pembohong dan hanya pandai bercakap. Malah keazaman Perdana Menteri dan pentadbiran negara untuk memastikan keselamatan rakyat, penduduk, industri, ekonomi serta kewangan negara selain sosial terjamin, dua hari lepas Parlimen telah meluluskan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) tanpa sebarang pindaan.

Jumlah undi yang diperolehi bernisbah agak besar iaitu 79 menyokong dan 60 menentang.

Hanya 79 undi yang menyokong untuk rang undang-undag tersebut. Bagaimana dengan Pakatan yang telah memenangi 89 kerusi Parlimen pada PRU tahun 2013 lalu - sekarang hanya tinggal 86 kerusi selepas PKR memecat Abdul Khalid Ibrahim, selepas kalah di PRK Teluk Intan yang sebelum itu disandang oleh wakil DAP, Seah Leong Peng dan yang terbaru, kes liwat yang menyebabkan Anwar dipenjarakan selama lima tahun dan hilang kelayakan di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Bagaimanakah Pakatan Rakyat yang konon-kononnya sangat berkomitmen, kehilangan 26 orang Ahli Parlimen mereka daripada debat dan undi menentang POTA?

Sering berlagak dan angkuh dengan sokongan 52% rakyat Malaysia sebelum ini, apa yang berlaku adalah amat memalukan kerana Pakatan Rakyat telah mengkhianati rakyat yang mempercayai mereka!

Hanya 31% daripada keseluruhan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hadir di Dewan Rakyat ketika POTA dibahaskan dan diluluskan. Dengan kata lain, Pakatan Rakyat telah menghampakan para penyokong mereka sendiri kerana kemalasan dan sikap acuh tidak acuh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sendiri.

Walaupun jikalau kesemua 86 orang Ahli Parlimen mereka muncul dan BN masih boleh mengatasi dengan lebih ramai Ahli Parlimen BN masuk dan mengundi, sekurang-kurangnya Pakatan masih boleh mendakwa mereka telah memberikan sepenuh komitmen dan bersungguh-sungguh sepertimana yang mereka dakwa selama ini.

Setakat ini, apa yang mereka boleh katakan ialah....

"Maaflah... Saya terpaksa ponteng kerana.... (masukkan apa-apa sahaja alasan bodoh yang sudah biasa kita dengar dalam ruang kosong)."

Ini bukanlah kali pertama. Insiden ini pernah berlaku ketika pindaan Akta Pencegahan Jenayah pada setahun setengah yang lalu apabila ketidakhadiran mereka turut dikecam oleh penyokong-penyokong sendiri. (BACA DI SINI)

Namun sudah pastilah Ahli-Ahli Parlimen Pakatan tidak peduli pun dan tetap juga tebal muka walau dimarahi dan dikecam oleh penyokong-penyokong mereka. Mereka tidak pernah akan belajar daripada kesilapan lampau kerana para pengikut mereka yang bebal akan terus-menerus bebal serta terus dilanda kebingungan selain tetap mempercayai bahawa Ahli-Ahli Parlimen Pakatan benar-benar berjuang untuk mereka.

LIM SIAN SEE




Tuesday, April 7, 2015

AKHIRNYA 'ADIK I.S.A' TELAH DILULUSKAN USULNYA DAN AHLI PARLIMEN PKR-DAP MENGAMUK DENGAN AHLI PARLIMEN PAS SEBAB TIDAK HADIR!!!



Akhirnya setelah tiga kali undi bahagi, RUU POTA (Akta Pencegahan Keganasan) diluluskan. Perbahasan sampai ke dinihari dan kemenangan akhirnya diperolehi oleh blok Kerajaan.

Menariknya, PKR dan DAP sepakat menuduh PAS sengaja mensabotaj 'kemenangan' Pakatan dalam isu tersebut apabila 8 orang Ahli Parlimen PAS tidak hadir untuk memberikan undi kepada Pakatan DAP-PKR.

Pakatan sebelum ini berusaha bermati-matian dan dengan sebarang cara agar pembentangan usul POTA tidak dapat dibuat di Parlimen. Mereka mendakwa POTA 2015 akan dijadikan alat politik oleh kerajaan, sekaligus menunjukkan mereka takut dengan bayang-bayang sendiri kerana kebanyakan masalah, berpunca daripada keghairahan kempen dan perang saraf mereka.

Matlamat POTA adalah untuk membanteras keganasan. Tiada sepatah pun perkataan di dalam rang undang-undang tersebut mengizinkan digunakan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang berbeza ideologi politik.


Apabila dikuatkuasakan nanti, POTA akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)  selain melengkapi undang-undang negara sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Kanun Keseksaan yang mana kedua-duanya hanya boleh digunakan oleh kerajaan selepas jenayah dilakukan.

POTA boleh digunakan sebelum satu tindakan keganasan dilakukan.

Asas penggubalan POTA adalah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013, justeru, dakwaan bahawa rang undang-undang tersebut diciplak atau dikitar semula daripada ISA 1960 disifatkan tidak berasas sama sekali.

Penguatkuasaan POTA akan memberi kuasa yang lebih kukuh kepada pihak berkuasa untuk menghalang pengaruh kumpulan militan Negara Islam (IS) di negara ini.


Monday, March 30, 2015

POTA MULA DIBENTANGKAN, PARA PEGUAM PAKATAN RAKYAT BAKAL HILANG AKAL SEBAB SUSPEK BOLEH DITAHAN SELAMA 59 HARI!!!



Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Rang undang-undang tersebut yang akan membolehkan pihak berkuasa melakukan tahanan pencegahan dibentangkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Suspek boleh ditahan sehingga 59 hari sebelum dibawa Lembaga Pencegahan Keganasan yang mana boleh dikenakan hukuman penahanan selema dua tahun.

Ekoran itu juga, tempoh penahanan juga boleh diperbaharui.

Bagaimanapun, lembaga itu mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada penahanan itu mempunyai asas dan mengarahkan individu itu dibebaskan jika perlu.

Akta itu juga mencegah penahanan daripada mengganggu mahkamah dengan matlamat untuk membuat permohonan semakan kehakiman atau habeas corpus.

Ahli lembaga terdiri darpada pengerusi, timbalan pengerusi dan antara tiga hingga enam menjadi anggota lemabaga, yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk berkhidmat selama tiga tahun.

Pengerusi memerlukan kelayakan undang-undang dan sekurang-kurangnya 15 tahun pengalaman di lapangan tetapi tidak memperincikan kriteria bagi anggota yang lain.


 
Blogger Templates