Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label wan azizah. Show all posts
Showing posts with label wan azizah. Show all posts

Thursday, July 27, 2017

TEMBERANG WAN AZIZAH KONONNYA NAK WUJUD RCI SIASAT MAHATHIR HANYA UNTUK PUJUK AHLI PKR DAN DAP YANG MASIH TAK SUKAKAN MAHATHIR!!!



Dua hari lepas, Wan Azizah dilaporkan berkata, sekiranya Pakatan Harapan berjaya memenangi PRU-14 akan datang, sebuah RCI akan diwujudkan untuk menyiasat salah laku Mahathir. Dengan kata lain, segala tindak-tanduk Mahathir yang telah menyebabkan Anwar Ibrahim kehilangan peluang sebagai Perdana Menteri Malaysia, akan dibicarakan dan kemudian Dr. Mahathir akan dihukum.

Ada lagi 'nasi tambah' daripada para pentaksub kononnya, RCI itu juga akan mengembalikan harta-harta rakyat yang telah dirompak oleh Mahathir menerusi kroni dan keluarganya.

Dr. Mahathir sekarang ini adalah Pengerusi Pakatan Harapan di mana Wan Azizah adalah Presiden Pakatan Harapan.

Tidak ramai yang memberikan perhatian serius kepada kata-kata dan pengumuman yang dibuat oleh Wan Azizah. Ini adalah kerana Wan Azizah bukanlah seorang ahli politik yang berkaliber. Dia hanya bergantung kepada suaminya yang merupakan banduan jenayah liwat yang sedang menjalani hukuman penjara serta air mata. Biarpun Wan Azizah sendiri merupakan ADUN Kajang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, tidak banyak benda yang dilakukannya di kedua-dua kawasan yang dia adalah wakil rakyat. Sebaliknya, Wan Azizah kerap kali tidak tahu apa-apa tentang Permatang Pauh dan Kajang.

Dalam PKR sendiri, perselisihan antara Wan Azizah dengan Azmin Ali bukanlah rahsia lagi. Azmin Ali dilaporkan sudah tidak menghormati Wan Azizah lagi. Manakala Wan Azizah yang mendapat sokongan daripada puak-puak DAP, turut meninggikan suara kepada Azmin Ali yang dilihat terlalu pro-Mahathir, bahkan berusaha me'Mahathir'kan PKR selepas namanya disebut-sebut sebagai bakal PM ke-7 sekiranya Pakatan Harapan berjaya memenangi PRU-14.

Azmin Ali dan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor digelar sebagai 'Kartel Min'. Sebahagian daripada pentaksub menyifatkan Azmin Ali sebenarnya sedang berusaha untuk mendapat tempat di dalam UMNO tanpa perlu menyertai UMNO dengan harapan, sekiranya UMNO-BN berjaya menawan Selangor, kedudukannya selaku Menteri Besar tidak akan terjejas.

Pengumuman dan ikrar Wan Azizah itu sebenarnya tidak lebih daripada sandiwara semata-mata. PKR dan Wan Azizah sendiri sedang bergelut dengan tentangan dari dalam PKR sendiri, khususnya golongan yang terlibat dalam reformasi dan demonstrasi jalanan 1998.

Tidak sahaja PKR, DAP turut bergelut untuk menerangkan kepada para pengikut, pengundi dan penyokong mereka bahawa Mahathir sebenarnya tidak ada nilai di dalam Pakatan Harapan melainkan untuk digunakan bagi tujuan menarik undi Melayu demi menggulingkan Najib Abdul Razak dan UMNO-BN sepertimana yang dicatatkan oleh Hew Kuan Yau di dalam laman Facebook peribadinya.


Dengan kata-kata lain, pengumuman tersebut hanyalah usaha untuk mengepung dan memastikan para penyokong PKR dan DAP selama ini, tidak menyelar kepimpinan Pakatan Harapan terutama dari PKR dan DAP yang sebelum ini kuat menentang Mahathir, bahkan Mahathir adalah faktor utama kewujudan dan kesepakatan mereka, tetapi sekarang telah menjadi sebaliknya.

Sesuatu yang pasti ialah, Mahathir sendiri sudah tentu mempunyai perancangan jangka panjangnya yang tersendiri. Tidak mungkin dia akan menyua tengkuknya secara mudah untuk disembelih oleh bekas musuhnya. Lebih-lebih lagi dengan nadanya yang mulai berubah ke arah 'penyatuan Melayu'.

Dan hal ini dapat dibuktikan menerusi rombongan Pemuda Pakatan Harapan yang datang menyembah Mahathir di pejabatnya di Yayasan Perdana hari ini...

Monday, May 15, 2017

KERANA TEMUBUALNYA DENGAN AL JAZEERA, KEM PRO-AZMIN DALAM PKR BALAS DENDAM KUTUK WAN AZIZAH DAN PKR PRO-DAP!!!



Temubual Wan Azizah dengan Al-Jazeera masih lagi diperkatakan...

Walaupun dipuji melambung oleh Saifuddin Nasution serta juak-juak Anwar Ibrahim yang lain, tetapi sebahagian besar, terutama yang pro-Azmin Ali mengutuk rapat Wan Azizah yang jelas tidak menampakkan langsung kewibawaan dan pendirian sebagai seorang Presiden parti apatah lagi sebagai ADUN dan Ahli Parlimen selain Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. 

Wan Azizah dalam temubualnya berkata, dia hanyalah sandaran bagi suaminya. Semua jawatan yang ada padanya, adalah untuk Anwar Ibrahim. Dia hanyalah wakil dan proksi Anwar Ibrahim yang sedang di dalam penjara menjalani hukuman akibat jenayah liwat.

Isteri Anwar Ibrahim itu menyatakan kesediaannya untuk menjadi  Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan yang ditunjangi oleh DAP memenangi PRU-14 nanti. Sekaligus mengenepikan cita-cita Dr. Mahathir untuk meletakkan anak lelakinya, Mukhriz sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah berusaha seboleh mungkin untuk memburuk-burukkan Najib Abdul Razak walaupun pada masa yang sama, Mahathir juga sedar, anak lelakinya itu tidak mempunyai sebarang kebolehan selain daripada menjadi PENGANTIN. 

Bagaimanapun, kesediaan Wan Azizah itu tertakluk kepada persetujuan daripada DAP selain ia hanyalah pegangan sementara kerana baginya yang lebih layak menjadi Perdana Menteri adalah suaminya, Anwar Ibrahim yang lebih bijak bermain retorik dan putar belit. 

Wan Azizah kemudiannya 'menggemparkan' kem pembangkang yang diketuai oleh DAP apabila menyatakan, dia bersetuju dengan hukuman hudud dijalankan di Malaysia, sekaligus menyokong PAS yang merupakan musuh utama DAP dan Lim Guan Eng sekarang ini. 

Dalam temubualnya itu, PKR Presiden itu berkata, perlaksanaan hukuman hudud di Malaysia boleh dijalankan apatah lagi Pakatan DAP belum lagi menolaknya secara total sekiranya berjaya menawan Putrajaya pada PRU akan datang. 

Dalam RUU355 sebelum ini, Ahli-Ahli Parlimen PKR terlibat dalam menolak usul tersebut, sekaligus menyebabkan PAS menerusi Muktamar Ke-63 telah membuat usul memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR. Walaupun pada saat-saat akhir, Anwar Ibrahim menerusi sepucuk surat menyatakan sokongan PKR kepada RUU355, namun suara Rafizi Ramli serta blok PKR yang lebih pro-DAP menenggelamkan suara pemimpin agung PKR di dalam penjara itu. PAS sendiri melihat surat sokongan Anwar Ibrahim kepada RUU355 sebagai usaha terdesak pada saat-saat akhir setelah wakil-wakil Parlimen dari UMNO menyokong sebulat suara usul persendirian berkenaan.

Kenyataan Wan Azizah berkenaan sokongan PKR kepada hukuman hudud, dilihat PAS sebagai salah satu cara 'pujukan' agar PAS tidak meninggalkan PKR terkontang-kanting. PKR amat memerlukan PAS terutama sekali di Selangor. Kata-kata Wan Azizah itu, dilihat sebagai satu cubaan untuk memastikan PAS tidak bertahaluf siyasi dengan UMNO kerana PKR secara dasarnya masih bersama-sama PAS memperjuangkan hukuman hudud, walaupun akta bagi hukuman takzir yang lebih ringan dan hanya melibatkan umat Islam di Malaysia iaitu Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) ditentang keras oleh PKR. Malahan Rafizi Ramli ketika sidang Parlimen olok-olok untuk membahaskan usul tersebut menyatakan, sekiranya RUU355 diluluskan, para hakim mahkamah syariah akan berhadapan dengan risiko rasuah, sekaligus menyebabkan dia bakal mengatur tangga mahkamah kerana melakukan perbuatan fitnah.

Dalam program UpFront yang disiarkan oleh Al Jazeera pada hari Jumaat lepas, pengacara, Mehdi Hassan telah bertanyakan tentang beberapa isu kepada Dr. Wan Azizah termasuklah hukuman hudud, rejam dan potong tangan. 

Dalam reaksinya, Wan Azizah berkata, 'Hudud tidak akan dilaksanakan kecuali semua setelah semua perkara membabitkan keadilan telah diambil kira."

Apabila ditekan lebih lanjut tentang situasi di mana hukuman rejam mungkin akan diterima, Wan Azizah berkata, "Tidak akan berlaku dalam masa terdekat."

Wan Azizah dalam temuramah itu kemudiannya berkata, hudud adalah hukuman Tuhan. Bagaimanapun apabila ditanya lagi, Wan Azizah kemudiannya mereka-reka dan mengubahsuai hukuman Tuhan yang dimaksudkannya.

Begitu juga ketika ditanya hubungan antara PKR dengan PAS dan Hukum Hudud. Menurutnya, "Kami mahukan undi pada peringkat akar umbi."

Salah seorang pemimpin kem Wan Azizah yang juga merupakan Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin atau lebih dikenali sebagai Sam Ketot,  Ahli Parlimen Bukit Katil berkata, kenyataan Wan Azizah berhubung hukuman hudud itu merupakan 'pendirian parti'. 

Menurutnya, Wan Azizah tidak membuat kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti ketika mereka menentang usul persendirian RUU355 yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bulan lalu di Parlimen. 

"Kami hanya kaan menyokong sekiranya wujud keadilan dalam setiap aspek kehidupan," kata Shamsul Iskandar Mohd Akin yang dilaporkan, tidak pernah berada di Parlimen yang diwakilinya selepas memenanginya pada PRU-13 lalu. 

Bagaimanapun, seorang lagi Naib Presiden PKR yang tidak akan bertanding pada PRU-14 nanti kerana didapati bersalah oleh mahkamah akibat menfitnah, Tian Chua berkata, secara umumnya, PKR tidak menjadikan hudud sebagai satu keutamaan. 


Thursday, March 23, 2017

LAMA TAK BERMESRA DENGAN SUAMI, WAN AZIZAH PUN DAH JADI NYANYUK DAN PENIPU!!!



Wan Azizah cuba memujuk PAS dengan mengimbau kenangan dia dan Allahyarham Fadhil Nor. Bukan main lagi dia memuji Allahyarham Fadhil Nor dan PAS yang pada waktu itu kuat menyokongnya dan kemudian membolehkan PKR dan DAP memperolehi lebih banyak kerusi Parlimen pada Pilihanraya 1999 tetapi pada masa yang sama, PAS mengalami penyusutan. (RUJUK SINI)

Kelam-kabut di kem PKR semakin terasa apabila beberapa PAS Kawasan mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan PKR yang mahu bekerjasama dan dijajah oleh DAP. PAS mengambil pendekatan untuk memutuskan hubungan dengan PKR mahupun Cap Bunga yang enggan berganjak daripada bersama-sama DAP.

Wan Azizah barangkali sengaja buat-buat lupa mengapa PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP.

DAP mengecam PAS, bahkan menghalau PAS keluar dari Pakatan Rakyat kecuali di Selangor kerana bimbang Exco dan pemimpin DAP kehilangan kuasa memandangkan PAS mempunyai 15 kerusi DUN di Selangor. Ketiadaan PAS di dalam Kerajaan Negeri Selangor sekaligus menyebabkan PKR dan DAP kehilangan kuasa.

Tentangan DAP selain hasutan yang dibuat oleh DAP agar Akta Mahkamah Syariah diperlekehkan, menjadi isu besar memandangkan Akta Mahkamah Syariah TIADA KENA MENGENA langsung dengan yang bukan Islam termasuklah para pemimpin DAP yang sudah tentu bukannya berbangsa Melayu dan beragama Islam!

Sebelum ini, Akta Mahkamah Syariah langsung tidak dipedulikan oleh DAP. Tetapi dek kerana gerakan LGBT dan Liberalisme yang mana DAP merupakan dalang dan pendokong utama semakin kuat, RUU355 yang bertujuan meminda hukuman-hukuman lapok yang terdapat di dalam Akta Mahkamah Syariah, telah ditentang oleh DAP dengan alasan itu adalah HUKUM HUDUD dan HUKUM HUDUD itu akan memberi kesan kepada bukan Islam di Malaysia.

PKR termasuklah Wan Azizah tidak pernah menyokong PAS mahupun peningkatan taraf Akta Mahkamah Syariah menerusi RUU355, tetapi bersungguh-sungguh memujuk PAS untuk tunduk sujud kepada DAP walaupun pada masa yang sama, Lim Kit Siang telah menyatakan ISLAM ADALAH PENGHALANG dan parti-parti pembangkang di negara ini tidak boleh sama sekali berpendirian Islam.

Alasan yang diberikan hanyalah, UNTUK MENUMBANGKAN UMNO-BN.... tetapi kata-kata Lim Kit Siang dan penentangan terhadap Akta Mahkamah Syariah yang tidak sepatutnya dicampuri oleh puak-puak kafir DAP, tidak pula Wan Azizah sentuh.

Kenapa?


Monday, February 13, 2017

DIPERINTAH BAYAR RM70,000 KERANA FITNAH FELDA, WAN AZIZAH HILANG KERUSI DUN KAJANG DAN PARLIMEN PERMATANG PAUH?!!



Jumlah denda yang dikenakan kepada Wan Azizah dan dua yang lain kerana memfitnah FELDA hanyalah RM70,000. Jumlah tersebut terlalu kecil berbanding kerosakan yang telah dilakukan oleh Wan Azizah, Syed Husin Ali dan penulis artikel Rusnizam Mahat.

Dinisbahkan dengan masa selama 7 tahun sebelum keputusan Wan Azizah dan dua orang itu melakukan fitnah, jumlah denda yang dikenakan sebenarnya terlalu kecil dan langsung tidak berbaloi dengan kerosakan serta kejahatan yang telah dilakukan.

Secara tidak langsung, daripada kerosakan dan kerugian yang beratus juta ringgit kesan daripada fitnah yang dibuat, gantirugi yang diputuskan oleh mahkamah, hanyalah RM10,000 setahun. 

Tidak hairanlah mengapa para pemimpin PKR seperti Rafizi Ramli langsung tidak takut dan jeran dengan tindakan undang-undang. Mungkin mereka berasakan mahkamah akan 'menyebelahi' mereka sekiranya diheret ke mahkamah. 

Wan Azizah dan kedua-dua orang telah disaman berhubung dua artikel dan tuduhan fitnah oleh PKR pada tahun 2010 yang bertajuk, "FELDA Bankrap' dan 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan 3 Individu' yang disertai sekeping gambar yang disertakan kapsyen 'Kontrovers'. 

Pembohongan dan penipuan serius selama 7 tahun rupa-rupanya hanya bernilai RM70,000 atau kurang RM10,000 setahun, kurang separuh daripada elaun dan gaji tidak bercukai bulanan Ahli Parlimen. 

Perkara yang sama berlaku kepada Rafizi Ramli yang didenda RM300,000 kerana membuat fitnah ke atas NFC 'Lembu Dalam Kondo' yang mengambil masa selama 5 tahun untuk diselesaikan. Rafizi hanya perlu membayar RM60,000 setahun sedangkan pada masa yang sama, industri tersebut telah diranapkan dan kerugian kepada NFC bernilai berbilion Ringgit.

Perkara seperti ini tidak sepatutnya berterusan berlaku, bahkan ia seperti memberikan sokongan dan galakan kepada para penfitnah terutama di kalangan pembangkang untuk meneruskan perbuatan jahat mereka. 

Sama ada hakim atau mahkamah awam, seharusnya mengenakan denda dan penalti yang lebih berat atau memberikan keputusan kehakiman secara lebih pantas dalam tempoh 6 bulan atau kerajaan perlu mengubah atau memperkukuhkan undang-undang bagi memudahkan kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap jenayah fitnah, termasuklah hukuman penjara yang perlu dijalani terutama sekali bagi golongan yang memperemehkan kepercayaan terhadap institusi awam atau mensabotaj ekonomi negara.

Jumlah wang dan masa yang telah digunakan oleh kerajaan untuk membuat penjelasan mahupun menafikan fitnah-fitnah liar Pakatan jauh lebih tinggi berbanding denda yang dikenakan. Apatah lagi rakyat Malaysia hanya mengetahui perkara sebenar 5 atau 7 tahun kemudian.

Apa pun, satu perubahan drastik perlu dilakukan atau pembangkang dan penfitnah akan berterusan menipu dan membuat pelbagai tuduhan liar. Apabila keputusan seperti yang diputuskan hari ini dibuat, kerosakan sudah pun berlaku dan sudah pun terlambat untuk memperbetulkannya semula.

Pagi tadi, Mahkamah Tinggi memerintahkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua yang lain membayar ganti rugi berjumlah RM70,000 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan anak syarikatnya berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah pada 2010.

Timbalan Pendaftar Norfauzani Mohd Nordin membuat keputusan itu dalam kamarnya ketika taksiran ganti rugi dengan dihadiri peguam Nor Emelia Mohd Iszeham mewakili plaintif manakala peguam Francis Pereira mewakili Dr Wan Azizah, Senator Dr Syed Husin Ali dan penulis artikel tersebut Rusnizam Mahat selaku defendan.

Pada 17 Okt 2014, Mahkamah Tinggi membenarkan saman Felda dan anak syarikatnya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd selaku plaintif terhadap ketiga-tiga defendan berhubung penerbitan dua artikel fitnah dalam akhbar PKR ‘Suara Keadilan’.

Nor Emelia ketika ditemui pemberita berkata mahkamah memerintahkan kesemua defendan membayar ganti rugi sebanyak RM70,000 sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan.

Mahkamah turut memerintahkan kesemua defendan membayar faedah 8 peratus dari tarikh penghakiman pada 17 Okt 2014 hingga penyelesaikan kes itu hari ini.

Pada 16 Ogos 2010, Felda dan anak syarikatnya memfailkan saman RM200 juta terhadap ketiga-tiga defendan atas dakwaan menyiarkan dua artikel yang memfitnah Felda dalam Suara Keadilan.

Felda mendakwa artikel itu, masing-masing disiarkan pada 22 dan 29 Jun 2010 bertajuk ‘Felda Bankrap’ dan artikel berserta gambar bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan Tiga Individu’ menjejaskan imej mereka.

Pada 30 Sept 2014, bekas editor ‘Suara Keadilan’, Dzulkarnain Taib, yang merupakan seorang daripada defendan, memohon maaf kepada Felda dan anak syarikatnya berhubung penerbitan dua artikel itu.

Beliau menyatakan bahawa artikel itu adalah palsu dan diterbitkan oleh ‘Suara Keadilan’ dengan tujuan untuk memperkecilkan pihak plaintif dan menjejaskan reputasi mereka.


Wednesday, June 22, 2016

BERANIKAH MAHATHIR SAHUT CABARAN WAN AZIZAH UNTUK SERTAI POLITIK?



Sepatutnya Mahathir sudah bersara dari politik. Sembang kononnya dia bercakap demi kepentingan negara, adalah sembang kosong kerana semua usaha yang dilakukannya hanya untuk kepentingan sekelompok manusia tertentu di negara ini. Mahathir bersuara kerana menjaga kepentingan mereka, bukan kerana kepentingan rakyat majoriti.

Untuk merealisasikan suaranya, Mahathir menggunakan saluran pembangkang. Sebab, sebagai orang yang berpengalaman, Mahathir juga tahu, pembangkang lebih diminati untuk acara bising-bising.

Kerana itulah, Mahathir dengan menggunakan gelaran Negarawannya, cuba berpaut kepada ketua-ketua dalam parti-parti pembangkang terutama sekali Lim Kit Siang.

Deklarasinya dengan Kit Siang telah dijadikan penyebab untuk menjadikan dia sebagai Ketua Pembangkang secara tidak rasmi walaupun pada masa yang sama, berulang-ulang kali dia bagitahu dia bukannya orang parti, non-partisan dalam bahasa yang lebih moden.

Namun sebagai non-partisan, Mahathir dan perjuangannya tidak akan ke mana-mana. NGO-NGO yang ada di belakangnya juga walaupun kononnya tidak partisan, tetapi akhirnya tergolek juga di kaki pemerintah walaupun sukar untuk mereka mengakuinya.

Namun untuk menguasai pembangkang sekaligus menjadi Ketua Pembangkang, Mahathir perlu menyertai mana-mana parti pembangkang. Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar Ibrahim merangkap Presiden PKR mencabar Mahathir untuk menyertai mana-mana parti politik kalau benar berhajat untuk menjadi Ketua Pembangkang dan mengepalai serangan ke atas Najib Abdul Razak.


Sekali imbas, kita nampak Wan Azizah bimbang sekiranya Mahathir lebih popular darinya sebagai ketua pembangkang. Tetapi kalau diperhalusi, takkanlah seorang negarawan ulung seperti Mahathir hanya menjadi macai pembangkang tetapi tidak menyertia mana-mana parti pembangkang. Mungkin benar Mahathir tidak mahukan kedudukan dan pangkat tetapi di dalam sebuah negara Melayu yang mengamalkan adab dan adat resam Melayu, sudah tentulah orang yang berkedudukan seperti Mahathir tidak akan dibiarkan berada di peringkat bawahan.

Mahathir telah keluar UMNO. Acah-acah untuk mengajaknya masuk UMNO balik, dibalasnya dengan memberikan syarat Najib perlu dijatuhkan. Sedangkan sudah terbukti, pengaruh Mahathir semakin menipis, segala kerja-kerjanya dahulu, mulai dipertikai dan didedahkan.

Jadi, cabaran Wan Azizah agar Tun Mahathir menyertai mana-mana parti politik, memang tepat pada masanya. Kalau benar Mahathir nak menumbangkan Najib, dia perlu bergabung dengan pembangkang dengan gabungan yang sebenar-benarnya. Bukannya sekadar main acah-acah seperti sekarang.

Soalnya sekarang, selepas Mahathir menolak untuk menubuhkan parti politik baru sepertimana dia menubuhkan UMNO Baru yang kini katanya dikuasai oleh Najib, beranikah Mahathir menyertai mana-mana parti pembangkang di Malaysia?

Atau Mahathir hanya berani dengan deklarasinya sahaja?


Tuesday, March 22, 2016

ELEH KAK WAN 'SEPAT KERING'... BAB GUAN ENG, KEMAIN LAIN AKAK BELA YER, TUNGGU SPRM LER APA BAGAI... BAB 1MDB, AKAK TAK TUNGGU PULA PAC!!!



Kalau kata bangang, nampak sangat biadap dan kurang ajar, terutama kepada orang tua yang digelarkan suaminya sebagai SEPAT KERING. Lagipun sebangang-bangang dia pun, dia berjaya juga menipu Tun Dr. Mahathir yang dianggap sebagai manusia paling bijaksana di Malaysia dalam Deklarasi Mahathir-Kit Siang hari tu.

Tetapi hujahnya untuk membela Lim Guan Eng dalam isu banglo RM2.8 juta yang disusuli dengan tanah tapak PPRT yang kemudian dirampas dan dijual kepada syarikat kroni, sangat melucukan, bahkan tidak sepatutnya dituturkan oleh seorang Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Sebagai manusia yang mengakui dan mendabik dada kononnya menentang kemungkaran rasuah dan penyelewengan serta salahguna kuasa, sikap double-standard yang ditunjukkan dalam isu yang membabitkan Guan Eng, mendedahkan Wan Azizah sebenarnya tdak mempunyai sebarang prinsip, sebaliknya hanya berpendapat, apa-apa sahaja yang berkaitan UMNO dan BN adalah RASUAH, manakala yang membabitkan rakan-rakan sekonconya adalah FITNAH.

Wan Azizah masih lagi mengulangi tentang 1MDB dan RM2.6 bilion yang dilabelkannya sebagai RASUAH dan SALAHGUNA KUASA. Walhal sebagai Ahli Parlimen, dengan pembentangan kertas siasatan membabitkan 1MDB serta RM2.6 di Parlimen nanti, tidak seharusnya dia mendahului PAC dan SPRM.

Dalam kes Lim Guan Eng amat jelas ada elemen rasuah dan salahguna yang berlaku, terutama kaitan antara bekas pemilik banglo yang sudi menjual banglo pada harga murah, jauh lebih murah dari nilai pasaran dengan tanah PPRT yang kemudian telah ditukarkan menjadi tapak pembinaan klinik pakar pergigian, hotel dan suite servis menerusi syarikat yang memperolehi tanah berkenaan.

Kenyataannya, "Dia (Lim) sedang disiasat oleh SPRM, saya rasa kita patut tunggu sebab moral berkait dengan 1MDB dan RM2.6 bilion lebih besar," (RUJUK SINI) adalah sesuatu yang melucukan kerana dalam isu 1MDB dan RM2.6, SPRM dan PAC tidak ditunggu pun, malah tiada sesiapa dari kalangan mereka yang menghormati 'peraturan' dan 'etika' seperti yang dimahukan oleh Wan Azizah untuk Lim Guan Eng.

Menyatakan bahawa apa yang berlaku kepada Lim Guan Eng merupakan satu serangan berbentuk politik, sama ada Wan Azizah mabuk ketum atau barangkali terlebih minum air stokin, Lim Guan Eng sendiri adalah orang politik. Jadi, apa-apa yang berlaku atau dilakukanya adalah satu bentuk politik. Menyalahkan pihak lawan kerana menggunakan kelebihan tersebut, merupakan satu kebodohan nyata yang bukan sahaja wajar dihindari, bahkan tidak boleh langsung dipelajari.

Kalau nak tunggu siasatan SPRM, maka mengapa Wan Azizah dan kawan-kawannya dari blok pembangkang sudah tidak sabar-sabar untuk menunggu pembentangan laporan siasatan PAC mengenai 1MDB dan derma politik RM2.6 bilion yang telah banyak diperkatakan, bahkan diperakui oleh pihak Arab Saudi bahawa ianya adalah derma daripada mereka untuk Najib. Malah pengakuan Muhyiddin Yassin dalam sebuah klip video berhubung komplot menggulingkan Najib sebagai Perdana Menteri juga, amat jelas ia adalah satu tradisi di kalangan parti-parti politik Malaysia.

PKR sendiri tidak pernah berani bercakap tentang derma politik yang mereka terima daripada pelbagai pertubuhan termasuklah NED,George Soros mahupun CIA sepertimana yang banyak didedahkan sebelum ini. Ketiadaan desakan bersungguh-sungguh daripada pihak UMNO-BN agar SPRM masuk campur menyiasat sumber kewangan PKR terutama sekali sepanjang tahun 2008-2013 yang memperlihatkan PKR berbelanja besar, lebih-lebih lagi di Sarawak, menyelamatkan PKR daripada menerima nasib seperti Lim Guan Eng.

Jadi, Wan Azizah seharusnya mengelak daripada mengaitkan segala-galanya dengan politik kerana dia sendiri bermain politik dalam semua isu!!!



Monday, November 30, 2015

WAN AZIZAH PUJI KHAIRUDDIN KELUAR LOKAP TERUS INSAF, TAPI LUPA LAKINYA DUA KALI MASUK PENJARA KERANA TAK RETI-RETI NAK INSAF!!!



"Bila kena tahan (lokap), kena denggi mungkin beliau (Khairuddin) sudah insaf," demikian respon Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail apabila ditanya tentang kenyataan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang menyokong gesaan supaya bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada penjara.

Mengulas lanjut, Azizah mengulangi pendirian beliau sebelum ini bahawa Anwar tidak bersalah dan perlu dibebaskan.

"Anwar tidak bersalah sepatutnya dibebaskan, berilah keadilan bukan sahaja pada Anwar dan keadilan untuk warganegara Malaysia termasuk YB yang dikenakan Sosma macam pendakwaan terpilih tidak sepatutnya terjadi," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu Khairuddin dalam satu kenyataan mengatakan bahawa beliau menyokong penuh mana-mana daya usaha untuk membebaskan Anwar dari penjara Sungai Buloh.

‎Katanya, sudah tiba masanya Anwar berada di luar penjara Sungai Buloh untuk menyemarakkan lagi landskap serta senario politik tanah air. (SUMBER)


Wednesday, November 18, 2015

AHLI PARLIMEN LUMUT LAMA SANGAT DUK KAT LAUT, KATA WAN AZIZAH DALAM PEMBELAANNYA KE ATAS AHLI PARLIMEN LUMUT YANG TERANSANG MELIHAT PAKAIAN ATLET!!!



Kenyataan Ahli Parlimen Lumut, Muhammad Imran Abdul Hamid tentang pakaian seksi atlet yang boleh mendorong kepada zina, telah menimbulkan kemarahan daripada pelbagai kalangan termasuklah golongan feminist.

Pejuang feminis di Malaysia didominasi oleh wanita-wanita DAP dan PKR.

Kenyataan Muhammad Imran yang merupakan bekas Laksamana TLDM yang telah dilucutkan semua gelaran dan faedah kerana masalah tatatertib sebelum terlibat dengan politik dan menjadi ahli PKR, menyebabkan Wan Azizah terpaksa memberikan jawapan paling bodoh!!!

Katanya, kenyataan Muhammad Imran itu tidak seharusnya dipandang berat kerana 'Muhammad Imran sudah terlalu lama berada di laut'.

"Ia adalah mudah untuk bercakap seperti itu. Itu adalah kenyataan yang tidak adil. Tetapi saya tak mahu komen kerana ia akan mendorong kepada sesuatu yang tidak seharusnya dikatakan," katanya dalam sidang media di Parlimen.

"Itu adalah pendapatnya. Dia adalah seorang Laksamana dan telah berada lama di laut."

"Kita melihat pakaian seksi (pada atlet wanita) yang akan mencetuskan rangsangan, kita bimbang ia akan mendorong kepada perzinaan. Saya harap menteri akan melihat perkara ini," Muhammad Imran dipetik sebagai berkata. (RUJUK SINI)

Makin bebal Ahli-Ahli Parlimen PKR ini termasuklah Presidennya sekali!

Apakah kerana Najibmasih lagi Perdana Menteri Malaysia membuatkan Wan Azizah dan Ahli-Ahli Parlimen PKR jadi tidak keruan seolah-olah otak mereka telah dijangkiti virus lembu gila England?


Wednesday, August 12, 2015

IKUTKAN HATI NAK DICARUT-CARUTKAN SAJA... KUT YER PUN NAK BERLAKON, JANGANLAH BANGANG SANGAT!!!



Susah nak cakap dah dengan ahli keluarga Anwar Ibrahim ini!!!

Dua tiga hari lepas, dia kata mujurlah nasib Puan Sri Norainee Abdul Rahman tidak sama sepertinya walaupun nasib suami mereka sama iaitu dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Ramai juga yang bertepuk tangan dan menyokong kenyataannya itu walaupun hakikatnya, Puan Sri Norainee dengan Wan Azizah berada dalam dua keadaan yang berbeza. Suami Puan Sri Norainee hilang jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana gagal bersatu bertindak dalam satu kumpulan. Sedangkan Anwar Ibrahim pula kerana JENAYAH LIWAT dan SALAHGUNA KUASA.

Justifikasi yang dibuat oleh Wan Azizah langsung tidak kena!

Samalah seperti lakonannya makan nasi lemak bungkus dalam LRT atau komuter KTM!


Buta mata atau buta perut sebenarnya bini Anwar Ibrahim ini? Belum dia jadi penguasa, cuma sekadar Ahli Parlimen Permatang Pauh dan ADUN Kajang yang tidak berfungsi, tidak bermakna dia boleh berbuat sekehendak hati di dalam LRT dan komuter.

Terdapat larangan jelas menerusi simbol pada panel kaca mahupun panel atas tentang larangan makan minum, hisap rokok, membawa haiwan peliharaan, berkelakuan tidak senonoh dan beberapa larangan lain terpampang jelas untuk setiap penumpang LRT dan komuter!



Takkan dia tak nampak? Takkan dia buta? Takkan tukang propaganda dan publisitinya tak reti membaca simbol?

Atau barangkali Wan Azizah tak pernah naik LRT atau komuter KTM pun, tetapi terpaksa naik untuk berlakon memandangkan dia adalah antara pelakon terhebat dan pelakon air mata terulung negara ini?

Atau sebenarnya nak tunjukkan, sebagai PKR dan bini Anwar Ibrahim, tiada undang-undang yang perlu dipatuhi, sebaliknya hanya mereka sahaja perlu dipatuhi?


Sunday, July 5, 2015

WAN AZIZAH GUNA TAKTIK LAKI DIA TAHUN 1998 DAHULU UNTUK DESAK PERDANA MENTERI 'BERCUTI' ATAU LETAK JAWATAN DENGAN KERJASAMA AHLI-AHLI PARLIMEN BN-PAKATAN!!!



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini memanggil ahli-ahli Parlimen dari parti pembangkang dan Umno BN dalam satu pertemuan khas diadakan bagi membincangkan keadaan politik terkini dan hala tuju negara.

Beliau berkata, pertemuan itu akan diadakan pada Selasa depan, jam 12 tengah hari di bangunan Parlimen dalam menzahirkan kebolehpercayaan rakyat terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak susulan pendedahan Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

“Saya berharap melalui pertemuan ini, ahli-ahli Parlimen dari semua parti serta NGO dapat menzahirkan satu keputusan yang melambangkan keprihatinan rakyat seluruh negara kepada kebolehpercayaan rakyat terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jumaat lalu, WSJ dalam laporannya mendedahkan penemuan yang mengejutkan mengenai dapatan penyiasat yang mengaitkan pengaliran dana hampir AS$700 juta dari dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke akaun persendirian Perdana Menteri melalui proksi.

Bagaimanapun dakwaan media barat itu disangkal Perdana Menteri sambil menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengambil wang kerajaan untuk kepentingan peribadi.

Mengulas lanjut, Wan Azizah selaku Presiden PKR juga berkata parti-parti pembangkang dan Umno-BN tidak seharusnya berdiam diri mengenai dakwaan berat itu yang kini menjadi kebimbangan rakyat.

“Walaupun kita menanti laporan penuh mengenai kes ini dari semua agensi kerajaan yang bertanggungjawab, namun kita perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan demi memastikan kepentingan rakyat dan negara terjamin,” katanya lagi. (SUMBER)


Friday, June 26, 2015

WAN AZIZAH BUAT LAPORAN QAZAF KE ATAS SHAFEE ABDULLAH BAGI PIHAK ANWAR IBRAHIM!!!



Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan Qazaf terhadap peguam Tan Sri Shafee Abdullah berhubung kenyataan terbuka fitnah liwat terhadap Anwar.

Ia dibuat isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Jumaat.

Dalam laporan yang dibuat, beliau menggesa kenyataan terbuka Shafee disiasat di bawah Seksyen 36 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.


“Pihak kami akan memberi kerjasama sekiranya pihak Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) memerlukan maklumat lebih lanjut,” katanya kepada pemberita di Lobi Pejabat JAIS.

Azizah menjelaskan, pada 17 Februari lalu, Shafee dalam satu program dialog terbuka anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) di Kelana Jaya telah memfitnah secara terbuka bahawa Anwar melakukan liwat ke atas Saiful Bukhari Azlan tanpa menampilkan mana-mana empat orang saksi seperti mana yang diwajibkan undang-undang.


“Laporan ini dibuat demi menegakkan keadilan dan hak Anwar yang telah dijadikan mangsa dengan niat jahat untuk menjatuhkan maruah dan peribadi Anwar.

“Kami ingin menegaskan bahawa jumhur Ulama’ termasuk dari Mazhab Imam Syafie berpandangan bahawa kesalahan liwat adalah diqiyaskan termasuk di bawah kategori zina di mana tuduhan terhadap kesalahan liwat tanpa empat orang saksi merupakan satu jenayah Qazaf,” katanya lagi.

Sementara itu, Peguam Anwar, Fadhlina Sidek berkata laporan dibuat melalui keluarga atau wakil Anwar mengikut arahan JAIS memandangkan Anwar tidak boleh keluar penjara untuk tujuan itu. (SUMBER)


Wednesday, April 22, 2015

BANJIR DI KAJANG, ADUNNYA SIBUK MENGANGKANG DI PERMATANG PAUH!!!



Seperti biasa, setiap kali musibah melanda di kawasan yang diwakilinya, setiap kali itulah juga Wan Azizah Wan Ismail, ADUN Kajang tidak akan muncul. Dia lebih sibuk dengan urusan lain walaupun sebelum menjadi ADUN Kajang, dia juga yang berkempen dengan pelbagai gambaran hebat-hebat tentang dirinya, tentang perjuangannya dan tentang segala-galanya.

Bila dah dapat jadi ADUN, Wan Azizah buru pula kerusi yang lain. Walaupun dia dikatakan telah bersedia untuk menjadi calon PKR bagi PRK Permatang Pauh, tetapi memandangkan amaran serta kata dua yang diberikan kepadanya, membuatkan Wan Azizah memilih untuk mengumumkan pencalonannya pada saat-saat akhir.

Pencalonannya atau anaknya...


Wan Azizah sudah lupa janjinya dengan penduduk dan pengundi Kajang. Dia hilang dan terus menghilang apabila masalah melanda. Untuk cover-up, yang mampu dilakukan oleh Wan Azizah ialah muncul bersama-sama jurugambar dan kemudian berlakon seolah-olah dia sedang bekerja untuk rakyat. Selepas gambar dirakamkan, selepas disiarkan di Twitter dan Facebook peribadinya, Wan Azizah hilang seperti biasa.

Hari ini, banjir muncul lagi di Kajang. Dan seperti biasa, kalau didesak, kesalahan akan diletakkan kepada Barisan Nasional walaupun yang beria-ia berjanji dan kemudiannya menceritakan peruntukan itu ini, sebanyak itu ini adalah dari PKR.


Tapi nak buat macam mana. Kajang memang bakal ditenggelamkan dan kalau terus dibiarkan Kajang berada di bawah Wan Azizah dan PKR, besar kemungkinan Kajang akan bertukar menjadi tasik besar tidak lama lagi.... sama seperti Soddom dan Gomorrah kesan daripada kemurkaan Allah Taala kepada penduduknya yang suka mengamalkan serta membudayakan seks sejenis!!!

Tanda-tanda Kajang bakal menjadi tasik mati, sudah semakin ketara.

Harap-harap Permatang Pauh tidaklah mengalami nasib yang sama seperti Kajang selepas mereka memilih Anwar Ibrahim sebagai wakil rakyat mereka dan kemudian isterinya.


Monday, March 16, 2015

BARU PANGGIL BAGI KETERANGAN JER PUN, BUKANNYA BERDEPAN TALI GANTUNG... WAN AZIZAH MENGGELUPUR NGALAHKAN AYAM DAH KENA SEMBELIH!!!



Drama kalau tak dikaitkan dengan keluarga Anwar Ibrahim, sememangnya tidak sah.

Apakan tidak, bermula dari zaman Anwar masuk UMNO tahun 1982 sehinggalah sekarang, drama-drama melibatkan keluarga ini tidak pernah berhenti. Mereka pernah berjaya dengan Anwar menjadi orang yang paling berkuasa di Malaysia pada tahun 1995-97 walaupun pada ketika itu dia hanyalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Hampir-hampir berjaya mencapai matlamat mengubah catatan sejarah hitam tentang perangai hodoh seksnya pada tahun 1999 dan 2004 tetapi terkantoi apabila mengulangi tabiat buruknya, dan mangsa membuat laporan polis serta mengambil tindakan undang-undang ke atasnya, menyaksikan Anwar kembali masuk penjara untuk hukuman penjara selama 5 tahun.

Kini, salah seorang anaknya, mengikut jejak langkah Anwar Ibrahim. Bermula dengan imej dan label PUTERI REFORMASI, menang di Lembah Pantai pada tahun 2008 dan sebagai Naib Presiden PKR sebelum menang lagi di Lembah Pantai pada tahun 2013 menerusi fitnah-fitnah keras ke atas calon Barisan Nasional, Raja Nong Chik yang berakhir dengan keputusan, Nurul Izzah terpaksa meminta maaf kepada Raja Nong Chik kerana menfitnah sebelum kesnya sempat dibicarakan.

Isunya ialah, Nurul Izzah terlibat dalam menghasut dan melakukan penghinaan ke atas badan kehakiman secara terang-terangan walaupun cuba berselindung di sebalik kekebalan Ahli Parlimen. Laporan polis telah dibuat setelah dia menuduh kelima-lima hakim Mahkamah Persekutuan yang sebulat suara menerima hukuman yang dijatuhkan oleh tiga orang hakim Mahkamah Rayuan, sebagai hakim yang bekerja untuk mengekalkan jawatan dan kedudukan serta kemewahan.

8-0... itu keputusan keputusan hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan ke atas Anwar Ibrahim dengan mengambil kira bukti-bukti serta fakta-fakta yang dibentangkan selain ketiadaan alibi, saksi dan fakta yang dibentangkan oleh belasan orang peguam bela Anwar selain retorik dan permainan cari kesalahan teknikal.

Nurul Izzah sekadar dipanggil memberi keterangan di balai polis. Belum lagi ditangkap tetapi PKR nampaknya sudah pun menggemparkan para penyokong mereka kononnya polis mahu menangkap dan menghumban Nurul Izzah ke penjara.

Wan Azizah cuba menggambarkan yang polis sedang melakukan apa-apa sahaja cara untuk menghumbankan seluruh keluarganya ke dalam penjara, tanpa mahu memberitahu bahawa keluarganya yang menjadi punca segala masalah di negara ini.

Dah mula awal dah untuk mempolitikkan panggilan ke atas Nurul Izzah untuk memberi keterangan. Macam mengharapkan sangat Nurul Izzah dipenjarakan kerana kesalahan menghina perlaksanaan hukuman dan menaikkan sentimen untuk membenci PDRM serta Kerajaan Malaysia!!!

Awal dah mula bergerak...

Sunday, December 21, 2014

ALASAN TERBANGANG WAN AZIZAH SELAKU ADUN KAJANG YANG SEDANG BERHONEYMOON BERSAMA ANWAR DI NEW ZEALAND!!!

Tak susah menjadi wakil rakyat Pakatan Rakyat, khususnya PKR dan DAP. Mereka tidak perlu bekerja, tidak perlu tunjuk muka dan tidak pernah mengusahakan apa-apa untuk rakyat yang diwakili. Cukup dengan menimbulkan isu-isu sensasi sambil mencantikkan isu-isu tersebut dengan perjuangan menentang rasuah, perjuangan menentang penyelewengan, perjuangan rakyat, dan sebarang ungkapan-ungkapan retorik yang lain. Kalau dah terdesak dan terkantoi, cukup dengan menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional kerana setidak-tidaknya para penyokong mereka akan segera bersorak dan berguling-guling di atas lantai kerana mendapat 'hujah' yang paling hebat bagi mereka.

Wan Azizah, Anwar Ibrahim dan ahli-ahli keluarga mereka sekarang ini sedang bercuti dan makan angin di New Zealand. Pada masa yang sama, DUN Kajang yang diwakili oleh Wan Azizah pula terlibat dalam banjir. Permatang Pauh jangan ceritalah... memang Anwar Ibrahim tidak pernah jenguk dan peduli kecuali untuk mengatur strategi memenangkannya dari segi politik serta berceramah dan menghasut. Selain daripada itu, Anwar Ibrahim tidak pernah peduli sekalipun ketika dia masih dalam Kabinet 17 tahun lalu.

Banjir di Kajang yang berselang dalam tempoh yang amat dekat, telah merugikan kebanyakan perniagaan termasuklah perbankan. Namun jawapan yang diberikan oleh Wakil Rakyat Kajang, amat memalukan. Bukan sahaja tidak setaraf dengan kipas hikmat tetapi juga langsung tidak layak berbanding sarung tangan putih yang tersarung menutup parut kesan kezaliman suaminya pada tangan kanannya.

Jawapan yang diberikan oleh Wan Azizah menerusi twitternya, amat menggelikan hati. Sekaligus memperlihatkan betapa bodohnya seorang bekas doktor gigi yang menjadi isteri kepada Anwar Ibrahim sekaligus menyaksikan transaksi pembodohan akibat terlalu mempertahankan suaminya.

Alasan Wan Azizah yang sedang bercuti di New Zealand bersama-sama Anwar Ibrahim tentang banjir yang kerap melanda Kajang:

"Banjir di Kajang biasanya akan surut dalam tempoh setengah jam. Ia tidak sama seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang kadang-kadang berhari-hari tenggelam. Banjir di pekan Kajang akibat sistem sungai dan perparitan yang dibina sejak zaman BN."

Woi nenek kipas!!!


Dah dua penggal Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Projek, kontrak dan tender telah meragut nyawa Teoh Beng Hock, kakitangan Ean Yong Hian Wah yang kemudian cuba disabitkan dengan UMNO dan Barisan Nasional.

Takkan setelah kurang 3 bulan daripada 7 tahun Pakatan Rakyat ambikalih Selangor dan Pulau Pinang, masih lagi alasan menyalahkan Barisan Nasional? Habis tu, Pakatan jadah apa yang dibuat untuk membetulkan 'kepincangan' projek BN setelah mereka ambikalih negeri? Takkan setakat bina kandang babi mega sahaja dan naikkan semua cukai dan premium tanah semata-mata? Lebih daripada itu tak reti?

Secara logiknya, semua masalah melibatkan kekerapan banjir, isu-isu kutipan sampah, perparitan, perkhidmatan PBT, kejatuhan pelaburan negeri, perbelanjaan tidak terkawal, rasuah dan salahguna kuasa kerajaan tempatan, enakmen agama, keadaan jalanraya yang teruk, tidak cukup bekalan air, tidak mempunyai perumahan mampu milik yang cukup... KESEMUANYA ADALAH MASALAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT dan majoriti 2/3 mereka.

Tak perlulah bertaichi dan menyalahkan pihak lain seperti yang dilakukan oleh Wan Azizah dalam kes banjir di Kajang!!!

Thursday, December 11, 2014

BANYAK SANGAT KOMPLEN DIA TAK AMBIL PEDULI KEBAJIKAN PENGUNDI KAJANG, WAN AZIZAH SALAHKAN PENDUDUK KAJANG KERANA BERSIKAP TIDAK MATANG!!!


Pandai juga Wan Azizah buat lawak...

Ingat senang ke nak cari seorang ADUN yang sangat 'berkualiti' seperti Wan Azizah. Bukan sahaja tidak mengaku yang dia mengabaikan pengundi-pengundi di kawasannya iaitu Kajang, bahkan dia telah mendedahkan taktik utama PKR demi meraih sokongan terbesar daripada para pengundi.

Dan itulah sebenarnya yang gagal diaplikasikan oleh hampir kesemua ADUN atau Ahli Parlimen dari Barisan Nasional - kalau mengikut standard Presiden PKR ler!

Wan Azizah yang juga merupakan ADUN Kajang menafikan, penduduk Kajang tidak berpuas hati dengannya, sebaliknya dia menyatakan kesemua penduduk yang ditemuinya menyanjunginya kerana layanan yang diberikannya. Walaupun dia tidak berada di kawasan yang diwakilinya, tetapi penduduk berpuas hati apatah lagi menurutnya, dia mempunyai sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan sehingga tidak mampu menjejakkan kaki ke Kajang.

"Saya ingat kenduri selalunya saya datangnya. Mereka kata, "eh, dia datanglah"... saya tahu mereka tak jangka. Alhamdulillah," beritahu Wan Azizah dengan gembira. (RUJUK SINI)

Wan Azizah bagaimanapun menyatakan, rungutan tentang khidmatnya yang teruk di Kajang selain ketiadaannya untuk ditemui oleh penduduk Kajang adalah disebabkan oleh penduduk Kajang yang tidak cukup matang.

Menurutnya lagi, penduduk Kajang perlu lebih matang untuk menilai khidmatnya di kawasan itu kerana sudah menjadi kebiasaan seorang wakil rakyat mempunyai tanggungjawab lain yang harus dipikul.

Dengan kata lain, Wan Azizah memberitahu, sebagai wakil rakyat, tumpuan kerjanya yang lebih utama bukanlah rakyat yang diwakili, sebaliknya kerja-kerja lain. Jadi, penduduk dan pengundi jangan banyak merungut walaupun wakil rakyat menghilang tanpa dapat dikesan. Wakil rakyat bukanlah tempat mengadu dan bukan juga wakil menyuarakan masalah rakyat, sebaliknya wakil rakyat hanyalah bertindak untuk menjadikan sesebuah parti sebagai pemerintah atau penguasa semata-mata.

Itu maksud Wan Azizah.

Justeru, penduduk dan pengundi Kajang harus belajar mematangkan diri. Mereka tidak boleh merungut dan komplen itu ini tentang Wan Azizah. Sebaliknya mereka perlu berlapang dada kerana Wan Azizah sudah penat berkempen dan berada di Kajang tempoh hari. Kalau nak jumpa Wan Azizah, tunggulah sampai PRU nanti.

Lagipun, sesekali Wan Azizah pergi kenduri di Kajang juga. Wan Azizah memang ada datang di Kajang sesekali, itu pun kerana kenduri. Penduduk dan pengundi di Kajang sahaja yang tidak matang kerana banyak komplen!

Jadi,penduduk Kajang kenalah belajar mematangkan diri. Jangan salahkan Wan Azizah kerana sebagai isteri Anwar Ibrahim apatah lagi sebagai Presiden PKR, dia tidak wajar dituding jari... ADA FAHAM?


 
Blogger Templates