Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label Jakel. Show all posts
Showing posts with label Jakel. Show all posts

Tuesday, April 5, 2016

SI BODOH MANA YANG BELI-BELAH UNTUK DIRI SENDIRI BERJUTA RINGGIT DI JAKEL?



Seperti tidak tentu arah, seperti tidak boleh berfikir secara wajar dan seperti hilang kewarasan semata-mata kerana mahu menyelamatkan Lim Guan Eng yang semakin hampir dengan natijah undang-undang menerusi pelbagai kes salahguna kuasa, rasuah dan penyelewengan. Jikalau setiap hari bukti dan kes yang didedahkan dikira dari segi perundangan, andainya Guan Eng disabitkan dengan kesemua dakwaan tersebut, bukan sahaja Guan Eng akan mengakhiri hayat politik di lantai penjara, bahkan DAP juga akan berkubur terus.


Ahli Parlimen Segambut seperti cacing kepanasan apabila mendengar nama JAKEL TRADING-ROSMAH MANSOR-NAJIB ABDUL RAZAK. Malah lebih mengujakannya ialah apabila mendapat tahu dan maklumat tentang perbelanjaan jutaan ringgit oleh Najib Abdul Razak di Jakel.

Tidak ada benda lain yang mampu digambarkan oleh BANGSA CHEAPSKATE seperti Lim Lip Eng. Baginya Najib Abdul Razak telah membelanjakan wang yang banyak semata-mata untuk membeli pakaian buat isterinya, Rosmah Mansor.


Awal-awal lagi Jakel telah dijenamakan sebagai gedung pakaian mewah walaupun sebenarnya harga produknya tidak pernah lebih tinggi daripada kemampuan membeli marhein. Penjenamaan itu diperlukan untuk mulai menghentam Rosmah dan Najib dalam kes pembelian kain dan pakaian.

Nampak sangat Lim Lip Eng tidak pernah melawat sendiri Jakel untuk menilai harga jualan sebelum bertanya tentang 'pembaziran' yang dilakukan oleh Najib.

Malah dia langsung tidak peduli dengan segala bantuan, derma mahupun sumbangan pakaian atau kain yang dibuat oleh Najib dan Rosmah kepada pelbagai individu, acara mahupun organisasi terutama sekali membabitkan selimut kepada mangsa banjir.


Lim Lip Eng hanya mahu menggambarkan Tosmah Mansor sebagai Imelda Marcos tetapi pada masa yang sama tidak pula berani menggambarkan Betty Chew sebagai Dowager selain mempersoalkan bagaimanakah Betty Chew dan Guan Eng memperolehi kekayaan berjuta-juta ringgit dalam masa yang singkat (7 tahun) sama ada dalam bentuk aset mahupun tunai berdasarkan kepada gaya hidup dan percutian mewah pasangan berkenaan.

CHEAPSKATE seperti Lim Lip Eng barangkali tidak faham bagaimana semua bantuan, derma, sedekah dan sumbangan berfungsi kerana manusia sepertinya hanya memikirkan tentang keuntungan mereka sahaj.

Maka sebab itulah hujahnya tersangat BODOH kedengarannya tetapi pasti akan meracuni dan dihadami oleh sebahagian manusia bodoh lain yang teras mereka adalah kebencian kepada Najib-Rosmah.



Friday, October 16, 2015

ASAL ADA SYARIKAT BUMIPUTERA BELI HARTANAH DI KUALA LUMPUR, MULALAH JARUM FITNAH PUN BERMAHARAJALELA!!!



Isu tanah membabitkan DBKL muncul lagi. Berbeza dengan pembelian tanah-tanah DBKL oleh syarikat-syarikat bukan Bumiputera seperti YTL dan BERJAYA yang hampir menguasai setiap inci tanah Kuala Lumpur, pembelian oleh sebuah syarikat Bumiputera-Islam pula telah menimbulkan kekecohan apabila sekelompok manusia Melayu yang lebih senang kalau syarikat-syarikat bukan Bumi yang menguasai tanah-tanah di Kuala Lumpur, mula menggunakan media sosial untuk melakukan serangan dan fitnah.

Tanah yang dimaksudkan adalah tanah membabitkan tapak Downtown Bandar Tun Razak. Tanah tersebut sebelum ini telah menimbulkan pertelagahan apabila ianya berjaya dibida oleh Jakel Trading pada harga yang lebih tinggi berbanding tawaran yang dibuat oleh pemaju hartanah lain yang sudah pun berjaya memperolehi tanah-tanah mahal sekitar Kuala Lumpur.

Persatuan Pengasih yang telah diberikan hak untuk menyediakan tapak perniagaan di situ, dilihat cuba menimbulkan persepsi bahawa syarikat yang sebelum ini terkenal dengan urusniaga tekstil itu lebih menyukai tanah-tanah di kawasan Melayu. Persepsi tersebut dibuat agar para peniaga di tapak tersebut tidak dipindahkan dan mereka dibenarkan terus berniaga di situ.


Difahamkan lanjutan untuk mereka berniaga, telah dibuat berkali-kali sebelum ini. Ada tolak ansur yang telah diberikan oleh syarikat berkenaan kepada mereka. Bagaimanapun, sikap tolak ansur tersebut nampaknya telah memakan mereka kembali. Tujuan pembelian tapak tersebut, selain daripada mengelakkan jatuh kepada pemilikan bukan Bumiputera, nampaknya seperti memamah kembali usaha-usaha syarikat tersebut.

Jakel Trading seperti yang diketahui, bermula dari bawah dan sama seperti syarikat-syarikat Bumiputera mahupun syarikat-syarikat gergasi bukan Bumiputera seperti YTL, BERJAYA mahupun Ananda Krishnan pemilik Maxis dan Astro, Jakel juga cuba mendapatkan tongkat daripada kerajaan. Bagaimanapun, berbanding syarikat-syarikat gergasi bukan Bumiputera yang sekarang ini menguasai hampir setiap sektor di negara ini terutama sekali hartanah, termasuklah IPP tenaga bebas mahupun lebuhraya, Jakel Trading yang bermula dari sebuah kedai satu pintu sebelum mampu mempunyai aset mahal di Jakel Mall di Jalan Munsyi Abdullah, dilihat lebih banyak bertatih tanpa perjanjian konsesi berat sebelah atau PPA yang wajib dibayar oleh Kerajaan Malaysia.

Stigma yang Melayu-Bumiputera tidak boleh berniaga, tidak mampu berniaga dan perniagaan hanya kerana tongkat UMNO-Kerajaan nampaknya cukup ampuh dan melekat kuat. Justeru, mana-mana syarikat Melayu-Bumiputera yang berjaya dalam perniagaan, pasti akan dilabelkan sebagai ADA PERJANJIAN DENGAN KERAJAAN atau mana-mana entiti kerajaan.

Sedangkan syarikat-syarikat bukan Bumiputera yang berjaya kerana kontrak-kontrak dan kerja-kerja kerajaan, langsung tidak disentuh atau diperkatakan.

Itu nampaknya yang sedang berlaku sekarang.

Kita akan cuba dapatkan butiran lanjut tentang isu ini dalam posting-posting berikutnya dan melihat sendiri bagaimana permainan BUNUH MELAYU OLEH ORANG MELAYU dibuat secara berleluasa dan akhirnya kesalahan diletakkan di bahu Najib dan UMNO!


Tuesday, December 30, 2014

JALAN PERHUBUNGAN MAKIN PULIH, JAKEL TRADING PULA HANTAR BANTUAN KEMANUSIAAN KEPADA MANGSA-MANGSA BANJIR DI PANTAI TIMUR!!!

Jika kelmarin klik sini, syarikat tekstil itu menghantar 3 treler makanan dan keperluan asas untuk mangsa banjir di pantai timur, hari ini mereka menghantar lagi 3 treler makanan dan keperluan asas ke sana, ini menjadikan sudah 6 treler yang sarat dengan makan dan keperluan asas telah di hantar ke negeri pantai timur.

Dalam pada itu, syarikat jakel juga menyeru kepada orang ramai yang ingin menyumbang pelbagai barangan seperti makanan dan keperluan lain supaya menyumbang melalui pihak angkatan tentera, bagi di negeri selangor, pengkalan udara tudm subang adalah pusat pengumpulan.

Bukan apa, ATM melalui detechmen TUDM dan lain-lain mempunyai cukup logistik untuk mengedarkan barangan yang anda sumbangkan itu, kalau yang lain-lain nie takut lambat pulak sampainya nanti...









 
Blogger Templates