Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label dap-pas. Show all posts
Showing posts with label dap-pas. Show all posts

Thursday, March 23, 2017

SELEPAS HINA PAS, LIM GUAN ENG TUKAR TAKTIK... PUJUK PAS SUPAYA BERADA DI BAWAH KUKUNYA DEMI TUMBANGKAN BN PADA PRU-14 NANTI!!!




Pas perlu segera menyatakan pendiriannya sama ada ingin kekal bersama Pakatan Harapan atau bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sekaligus membentuk pakatan baharu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata kegagalan parti itu menyatakan pendirian mereka boleh menyebabkan pengundi hilang keyakinan terhadap Pakatan Harapan.

Tambahnya, tindakan Pas yang mahu memutuskan hubungan dengan PKR di Pulau Pinang baru-baru ini jelas menunjukkan parti itu seolah-olah mahu bekerjasama dengan UMNO dan BN.

Malah Guan Eng berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan berlaku satu pakatan baharu iaitu BN+1 dalam PRU14 kelak.

“Saya rasa apabila mereka bersama UMNO, mereka akan berpisah dengan PKR. Itu kemungkinan yang kita jangka akan berlaku, dan sekiranya Pas berlengah dalam membuat keputusan, ia akan menjejaskan keyakinan dalam kalangan pengundi.

"Pengundi akan tertanya-tanya di manakah pendirian Pas dan memang tidak masuk akal kerana Pas perlu memberi hala tuju yang jelas. Sejak Pas akan bekerjasama dengan UMNO, biarkanlah mereka dengan BN, dan bentuk BN + 1 dan kita perlu memperkasa Pakatan Harapan untuk menewaskan pakatan BN itu nanti.

Setiausaha Agung DAP itu turut berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Pas kawasan Bayan Baru yang mengusulkan mahu memutuskan hubungan kerjasama dengan PKR di kawasan tersebut.

Turut berpendiran sama, Pas Permatang Pauh menyuarakan hasrat untuk memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR selepas mendakwa parti itu tidak menghormati kerjasama yang terjalin antara mereka.

Guan Eng berkata, rundingan kerjasama Pas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkemungkinan tidak akan berlaku .

Ujarnya, ia sangat jelas Pas tidak mahu bekerjasama dengan PPBM selepas parti itu sah menyertai Pakatan Harapan.

“Mereka berkata tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dan masih berbincang dengan PKR Bayan Baru dan Permatang Pauh namun pendirian di Selangor jelas, tidak akan bekerjasama dengan PKR dan DAP,” kata Guan Eng dalam satu sidang media di pejabatnya di Menara Komtar di sini, hari ini.

“Masa akan menjadi penentuan bila parti tersebut akan mengabaikan PKR untuk bekerjasama dengan BN. Saya merasakan kesemua yang berada di dalam pakatan sepatutnya patuh pada yang satu … jika kita hendak menewaskan UMNO dan BN, kita perlu bekerjasama.



Thursday, March 16, 2017

BIAQLAH KALAU PAS TAK MAHU, KATA MAHATHIR SELEPAS PAS KATA TIDAK ADA LAGI KERJASAMA DENGAN CAP BUNGA!!!



Khabarnya para penyokong Mahathir dan Husam Musa kembang punggung kerana ceramah malam tadi, dipenuhi orang di Kota Bharu sekaligus membayangkan masa hadapan yang lebih baik kepada Mahathir-Cap Bunga dan Husam Musa-PAN dalam menghadapi PRU-14 akan datang.

Kelantan dan Terengganu telah dipertanggungjawab sepenuhnya kepada PAN dan Cap Bunga, manakala PKR pula hanya bertindak sebagai parti sokongan memandangkan PKR tidak begitu mendapat tempat sekiranya tidak dibantu oleh PAS.

PAN Kelantan-Terengganu yang diketuai secara tidak langsung oleh Husam Musa sememangnya mahu membalas dendam terhadap PAS kerana keengganan PAS tunduk sujud kepada DAP. Gabungan PAN dan Cap Bunga dianggap sebagai salah satu senjata sulit dan paling ampuh dalam menewaskan PAS yang telah berkubu sekian lama di kedua-dua buah negeri Pantai Timur itu.

Sudah berkali-kali PAS dipujuk untuk menyertai Pakatan Harapan yang diketuai oleh Lim Kit Siang dan DAP. Biarpun DAP masih cuba jual mahal konon-kononnya tidak mengharapkan PAS di dalam Pakatan Harapan, tetapi tindak tanduk dan kegiatan aktif PAN serta Cap Bunga menekan serta memujuk PAS agar menyertai Pakatan Harapan, menunjukkan keterdesakan DAP untuk mendapatkan kerjasama tersebut.

Selama dua penggal PRU, DAP telah menikmati kuasa yang terhasil daripada kerjasama dengan PAS. PAS bukan sahaja telah dijadikan keledai, bahkan anjing DAP dalam usaha DAP memperkukuhkan superioriti dan kekuasaan Dinasti Lim. Apabila PAS berkeras untuk enggan mengikut kehendak DAP terutama dalam isu RUU355 membabitkan Akta Mahkamah Syariah, DAP berasakan PAS akan mudah ditunduk dan dipulas leher.

Malangnya, tanggapan awal Kit Siang dan Guan Eng salah sama sekali. PAS tidak mengalah, sebaliknya PAS menarik diri menyebabkan beberapa demonstrasi besar yang dirancang oleh DAP dan PKR, hambar dan gagal.

PAS menerusi Naib Presidennya yang juga merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Amar mengeluarkan kenyataan keras kepada Cap Bunga.

"Tiada lagi perbincangan apabila Cap Bunga menyertai Pakatan Harapan".

Mahathir faham apa yang dimaksudkan oleh Nik Amar. Disebabkan itulah, dalam kenyataan terbaharunya, Mahathir mengatakan, 'tidak mengapalah sekiranya PAS tidak mahu. Biarkanlah." (RUJUK SINI)

DRAMA TARIK TALI DENGAN LIM KIT SIANG SEBAGAI DALANGNYA.... kita tengok kesudahannya....


Thursday, March 2, 2017

DAP ATUR CAP BUNGA DAN PAN UNTUK BERPERANG DENGAN PAS DI SELANGOR UNTUK TERUS JADI HERO!!!



Kewujudan PAN dan Cap Bunga sebagai parti sekongkol baru DAP-PKR menyebabkan kehadiran PAS yang telah membantu Pakatan Rakyat menguasai Selangor menerusi 15 kerusi DUN bagi membolehkan Pakatan Rakyat memperolehi 44 daripada 56 kerusi DUN pada PRU lalu, dianggap sebagai malukut tepian gantang. 

PAS yang enggan bekerjasama dan berada di bawah DAP kini dikempenkan sebagai musuh utama Pakatan. Bahkan PAS juga dikatakan goyah dan tidak sekuat PRU lepas. 

Kononnya daripada 15 kerusi yang dimenangi oleh PAS, 8 daripadanya iaitu Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaraas, Seri Serdang, Chempaka, Meru, Dusun Tua dan Tanjong Sepat dimenangi dengan sokongan daripada pengundi-pengundi bukan Melayu-Islam. 

Bagaimanapun, DAP tidak pula mengambil kira kemenangan 14 kerusi PKR yang dimenangi kerana pengundi-pengundi Melayu-Islam. Begitu juga dengan beberapa kerusi DUN DAP termasuklah di Teratai yang dimenangi dengan bantuan undi-undi Melayu-Islam.

Akhbar Oriental Daily yang berbahasa Cina berkata, tanpa kerjasama pengundi-pengundi Cina, PAS diramalkan kehilangan 8 kerusi berkenaan. Selain itu, PAS juga bakal berhadapan dengan risiko kehilangan dua kawasan luar bandar iaitu DUN Morib dan Tanjung Sepat.

Beberapa bulan lalu, Tony Pua yang merupakan Pengerusi DAP Selangor berkata, DAP akan 'merampas' kelapan-lapan kerusi DUN berkenaan dari PAS untuk mereka sendiri bertanding. Beberapa orang figura Melayu yang lebih muda, mempunyai perwatakan menarik dan sudah tentunya amat menyanjungi Lim Anak-Beranak telah dipilih sebagai calon mereka. Antaranya termasuklah Rara Othman yang dikatakan bakal dipertandingkan di DUN Dusun Tua.

Begitu juga dengan untuk kerusi DUN Chempaka dan Lembah Jaya, DAP juga akan meletakkan calon mereka. Bagaimanapun untuk dua kerusi ini, PAN dan Cap Bunga turut mengintai peluang memandangkan jumlah pengundi Melayu yang lebih ramai apatah lagi, kedua-dua kerusi berkenaan pernah menjadi kubu kuat UMNO-BN.

DAP dengan kerjasama PKR sebenarnya sedang cuba mewujudkan rasa takut dan ragu-ragu di kalangan PAS Selangor walaupun sebenarnya mereka yang sangat takut sekiranya PAS Selangor terus berpegang kepada pendirian untuk tidak bekerjasama dengan DAP bagi menghadapi PRU-14 akan datang. 

Kedudukan PAN dan Cap Bunga yang sangat lemah serta tidak menarik banyak sokongan, tidak mungkin akan dapat membantu DAP dan PKR walaupun PRK Sungai Besar yang lepas, DAP dan PKR bertungkus lumus membantu calon PAN yang akhirnya memberikan kemenangan besar kepada calon BN, Budiman Mohd Zohdi.

Menjelang April, DAP dan PKR sedang berusaha memberikan tekanan sekuat-kuatnya ke atas PAS dengan cerita 'PENGUNDI-PENGUNDI CINA DAN BUKAN ISLAM' walaupun pada masa yang sama, sebenarnya mereka yang mengharapkan undi-undi Melayu-Islam dari PAS!

Ini adalah kerana, Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hasan berkata, PAS akan mengkaji kedudukannya dalam Kerajaan Negeri Selangor semasa muktamar April ini. Selain membincangkan Tahaluf Siyasi atau kerjasama politik dengan PKR, Nasruddin berkata, PAS juga akan membuat keputusan sama ada mahu terus kekal bersama Kerajaan Negeri atau sebaliknya.

Bererti, jikalau PAS mengambil keputusan untuk keluar dari Kerajaan Negeri Selangor, tidak ada pilihan lain melainkan Azmin Ali terpaksa membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan Pilihanraya Negeri lebih awal - sesuatu yang amat cuba dijauhi oleh PKR dan DAP!

Tekanan demi tekanan terus diberikan kepada PAS demi kelangsungan PAN dan Cap Bunga. Kejayaan meletakkan PAN dan Cap Bunga di mana-mana kerusi yang pernah disandang oleh PAS sebelum ini, sebenarnya akan lebih memantapkan DAP, bukannya Pakatan Rakyat sebagaimana yang difikirkan oleh PKR.


 
Blogger Templates