Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label faekah hussin. Show all posts
Showing posts with label faekah hussin. Show all posts

Monday, June 29, 2015

FAEKAH HUSSIN MUNCUL LAGI DENGAN SERANGAN SINIS KE DAHI AZMIN ALI!!!



Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali didakwa gagal membuktikan keupayaannya mentadbir negeri berkenaan dan perlu memberi laluan kepada pihak yang lebih layak.

Pegawai khas kepada bekas menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Faekah Husin berkata, situasi ini menunjukkan Azmin telah mempersia-siakan peluang yang diberikan kepadanya selama ini.

Katanya, kenyataan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa Azmin hebat mentadbir Selangor dan negeri itu makmur di bawah pentadbirannya adalah bersifat ghairah serta mengampu kerana ia dibuat tanpa fakta atau pun hujah.

"Apakah butiran fakta dan hujah yang boleh mereka kemukakan untuk membuktikan kononnya Selangor lebih maju dan makmur setelah Azmin menjadi menteri besar hanya selama sembilan bulan? Adakah pada mereka maksud 'kemakmuran' ialah bersenang lenang berbelanja wang rezab yang dikumpul pentadbiran terdahulu?

"Azmin telah mempersiakan peluang yang telah diberikan untuk membuktikan keupayaan beliau selama sembilan bulan. Maka tiada jalan lain yang lebih adil dan berfaedah bagi rakyat Selangor melainkan beliau beri laluan kepada yang lebih layak," katanya dalam satu kenyataan media, Isnin.

Faekah berkata, banyak persoalan boleh dibangkitkan apabila Selangor dikatakan makmur di bawah pentadbiran Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu.

Antara yang dibangkitkan termasuklah Selangor yang mencatatkan rekod tertinggi kes denggi, masalah sampah, longkang tersumbat dan projek Lebuhraya Kidex.

"Adakah 'kemakmuran' namanya apabila Selangor kekal menjadi juara negeri tertinggi kes penyakit denggi meskipun habis semua bas sekolah disembur ubat nyamuk?

"Adakah 'kemakmuran' dirasai rakyat apabila kontraktor meraih keuntungan berganda dengan menurap jalan berkali-kali sedang longkang kekal tersumbat dan sampah bertimbunan di bahu jalan dan di taman-taman perumahan?

Beliau turut mempertikaikan mengenai penstrukturan air di Selangor di mana beliau mendakwa Azmin telah meletakkan beban kegagalan memuktamadkan penstrukturan semula industri air ke atas bahu Khalid.

"Adakah dikatakan 'hebat' apabila menteri besar dengan sewenang-wenangnya meletakkan beban kegagalan memuktamadkan penstrukturan semula industri air ke atas bahu mantan menteri besar sedangkan beliau hanya perlu melaksanakan terma dan syarat perjanjian utama yang telah dimeterai hasil rundingan kompleks dan holistik selama lima tahun dalam lebih 60 sesi mesyuarat dan perbincangan di antara kerajaan Negeri dan kerajaan Persekutuan," soalnya lagi.

Katanya, dalam isu ini Khalid telah menyempurnakan aspek paling penting dan rumit dalam proses penstrukturan semula yang melibatkan struktur dan kerangka kewangan setelah menolak perkhidmatan bank pelaburan antarabangsa.

Penolakan itu katanya, sekali gus menjimatkan kerajaan Negeri daripada membayar fi dan caj bernilai sekurang-kurangnya RM20 juta.

Dalam pada itu, beliau turut mengaitkan 'kemakmuran' yang dikecapi bersandarkan kegagalan demi kegagalan Azmin untuk menyelesaikan pelbagai isu berkaitan bekalan air bersih sehingga menyebabkan sekitar 600 penduduk Selangor berarak 'bersenjatakan' gayung dan baldi ke Bangunan SUK di Shah Alam.

Beliau turut mendakwa pegawai Azmin dilaporkan sibuk berbincang di atas dan di bawah meja dengan pelbagai pihak untuk menjayakan projek perumahan dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM10 billion setelah Darul Ehsan Investment Group (DEIG) dtubuhkan.

Mengenai kesudian Khalid untuk kembali menerajui tampuk kerajaan negeri demi memastikan pentadbiran yang telus, berkeupayaan, bertanggungjawab, berintegriti dan bebas rasuah, beliau mengakui tidak terkejut dengan reaksi melatah daripada beberapa pemimpin PKR yang ternyata kurang senang dengan berita itu.

"Seolah-olah siri ulang tayang kepada apa yang berlaku tahun lepas, apabila pemimpin PKR meneruskan "tradisi" mencerca, maki hamun, fitnah dan pembohongan tanpa segan silu atau rasa hormat terhadap bulan Ramadan yang mulia ini," katanya. (SUMBER)

Thursday, April 9, 2015

AZMIN ALI BALAS DENDAM, FAEKAH HUSSIN DIARAHKAN BAYAR BALIK RM2.7 JUTA!!!



Salah seorang pembantu kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah diminta memulangkan semula wang pampasan berjumlah RM2.7 juta.

Faekah Husin berkata, notis tuntutan oleh firma guaman yang dilantik Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) itu amat mengejutkannya.

“Saya telah terima dua notis tuntutan iaitu daripada pihak pengurusan MBI dan firman guaman yang dilantik MBI.

“Bagaimanapun saya keliru kerana notis daripada firma guaman itu meminta saya memulangkan wang pampasan berjumlah RM2.7 juta,” katanya.

Faekah merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI dan pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Abdul Khalid.

Dia yang mewakili 7 bekas pegawai Abdul Khalid yang dipecat berkata, tindakan MBI membawa kes itu ke mahkamah amat dialu-alukan untuk membersihkan nama mereka yang telah didakwa dengan tuduhan tidak berasas.

“Kami mengalu-alukan proses ini untuk membersihkan nama yang telah tercemar. Kami yakin mahkamah akan memutuskan bahawa pembayaran pampasan dilakukan secara sah seperti yang ditetapkan mengikut Skim Pemisahan Sukarela (VSS),” katanya.

Dia mengulas kenyataan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang memaklumkan MBI dalam proses memulakan prosiding mahkamah terhadap lapan bekas pembantu Abdul Khalid kerana enggan memulangkan wang pampasan yang telah diterima.

Beliau berkata, kerajaan negeri tetap berpendirian pembayaran wang pampasan tersebut tidak mengikut prosedur dan melanggar peraturan kewangan negeri.



Friday, November 21, 2014

AZMIN ALI SUDAH SERANG, ADAKAH FAEKAH HUSSIN AKAN BINGKAS PERTAHANKAN DIRI DAN SERANG BALIK SEBAGAIMANA YANG DILAKUKANNYA?


Antara tentera Khalid Ibrahim yang paling ampuh, paling berani dan paling ditakuti ialah yang bernama Faekah Hussin, bekas SETPOL yang kemudian menjadi CEO MBI. Dia yang paling tegar, paling licik dan paling hebat mengatur strategi untuk Khalid Ibrahim, meskipun setelah Khalid Ibrahim akhirnya terpaksa mengalah dan melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor bagi mengelakkan perkara yang lebih besar menimpa rakyat Selangor.

Namun Azmin Ali yang sedar bahawa selagi Faekah Hussin dan beberapa orang bekas pembantu Khalid Ibrahim yang lain tidak dihapuskan, maka selagi itulah Khalid Ibrahim juga tidak dapat diselesaikan. Untuk menyelesaikan Khalid Ibrahim, terlebih dahulu Faekah Hussin perlu dijadikan sebagai pembangkai yang wajib dimalukan. Maruah Faekah Hussin perlu diinjak-injak supaya wanita itu tidak lagi mampu bercakap dan kalaupun bercakap, maka segala kata-katanya tidak akan terpakai.

Faekah sebelum ini telah mengisytiharkan yang dia keluar dari PKR dan memaklumkan bahawa PKR bukanlah sebuah parti yang boleh dipercayai. Itu sahaja sudah cukup untuk menunjukkan bahawa PKR menerusi Azmin Ali akan sanggup melaukan apa-apa sahaja hatta melembutkan batang leher mereka untuk DAP mengubah strata di Selangor sepenuhnya sebagaimana yang dirancang dari tahun 1999 lagi.

Pengumuman Azmin Ali bahawa laporan audit membabitkan pembayaran pampasan kepada lapan orang bekas pembantu Khalid Ibrahim merupakan satu penyalahgunaan kuasa secara terang-terangan, merupakan satu serangan peribadi ke atas Faekah Hussin. Sekaligus ia secara tidak langsung merupakan satu pengisytiharan perang terbuka kepada Khalid Ibrahim dalam usaha Azmin Ali untuk memartabatkan dirinya sebagai Menteri Besar Selangor terhebat, paling bersih, paling benci rasuah dan paling benci salahguna kuasa.

Walau apa pun alasan yagn diberikan oleh kedua-dua pihak - Azmin dan Khalid Ibrahim - semua orang ingin melihat reaksi yang akan ditunjukkan oleh Faekah Hussin yang dikatakan mendapat pampasan hampir RM700,000 dari MBI kerana memilih VSS tidak lama sebelum Khalid Ibrahim benar-benar meletakkan jawatan.

Apakah Faekah Hussin akan berbunyi, bersuara dan mencari jalan bagaimana hendak membuktikan bahawa Azmin Ali merupakan dalang sebenar di sebalik semua 'drama' pampasan tersebut? Atau adakah Faekah Hussin akan menyeret keempat-empat orang Exco Selangor dari PAS yang tinggal menyokong Khalid Ibrahim yang telah meluluskan proposal pembayaran pampasan sebelum 'kabinet' Khalid Ibrahim itu dibubarkan?

Atau Faekah Hussin akan bertindak mendiamkan diri serta mengalah bagi meredaka ketegangan dan berharap, tindakan keras yang akan diambil oleh Azmin Ali hanya melibatkan MBI sekarang tanpa melibatkannya?

Kalau melihat Faekah Hussin yang biasa pastinya akan ada pertentangan. Tetapi dalam hal ini, yang berkuasa adalah Azmin Ali dan Azmin Ali yang biasa pula, adalah seorang yang sangat licik serta sangat hebat mengada-adakan sebarang bukti mahupun fakta.

Mungkinkan Wanita Besi bernama Faekah Hussin akan cair selepas ini?
 
Blogger Templates