Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label idris jusoh. Show all posts
Showing posts with label idris jusoh. Show all posts

Thursday, January 14, 2016

MENTERI CABAR, TUNJUKKAN DAN BUKTIKAN PELAJAR UNIVERSITI KEBULURAN SEPERTI DIDAKWA!!!



Datuk Seri Idris Jusoh menolak tinjauan yang menunjukkan tiga daripada empat pelajar di universiti awam tidak mampu membeli makanan akibat masalah wang.

Menteri pengajian tinggi berkata bancian Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM), yang diterbitkan awal bulan ini, “cacat”.

Beliau juga menggesa pertubuhan itu menunjukkan metodologi tinjauan itu kerana maklumat berbeza diperolehinya daripada institusi pengajian tinggi.

“Hampir mustahil hasil tinjauan MVM seperti itu kerana saya sudah berbincang dengan institusi awam dan swasta, politeknik dan kolej komuniti berhubung hal ini.

“Saya mendapati mereka semua komited dalam membantu pelajar menyelesaikan masalah kewangan,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata pelajar yang berdepan kesukaran sebagaimana digambarkan dalam tinjauan tersebut boleh berjumpa bahagian hal ehwal pelajar untuk bantuan.

Pada 2 Januari lalu, kaji selidik MVM mendapati 57 peratus mahasiswa hanya memperuntukkan RM5 sehari untuk makanan.

Sebanyak 41 peratus hanya makan mi segera, manakala 44 peratus hanya makan “nasi bujang.”

Kajian itu melibatkan 25,632 mahasiswa di enam universiti, termasuk Universiti Tekonologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tinjauan juga mendapati 96 peratus, atau 24,720 mahasiswa, terbeban dengan keadaan ekonomi semasa dan 74 peratus (18,765) pernah berada dalam situasi tidak berduit untuk makan. (SUMBER)

Thursday, August 6, 2015

IDRIS JUSOH NAFI, DIA BUAT KENYATAAN BODOH TAPI TEGASKAN IA ADALAH FITNAH PORTAL DALAM TALIAN!!!



Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Saya mendapat makluman mengenai satu portal menyiarkan kenyataan saya yang telah diputarbelitkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Ingin saya membuat beberapa penjelasan dan penafian bahawa:

1) Kenyataan yang disiarkan dalam blog dan beberapa website berbunyi "Jangan hantar anak ke sekolah kerajaan jika tak suka kerajaan Barisan Nasional".

Hal ini amat berlawanan dengan kenyataan saya yang asal iaitu:

"Kalau ada yang mengatakan bahawa sistem tak baik dan nak hantar anak ke luar negara kita tak halang, tapi saya akan pastikan sistem pendidikan kita bertambah baik".

2) Kenyataan yang diputarbelitkan itu adalah bertujuan untuk mencalarkan nama saya, Kementerian Pendidikan Malaysia (pada masa itu) serta Kerajaan Malaysia.

3) Kenyataan yang disiarkan blog tersebut telah tersebar dalam media sosial dan portal MalaysianInsider yang telah memulakan putar belit tersebut (dan kemudiannya ditukar) pada September 2013. Saya tidak pernah membuat kenyataan itu dalam masa terdekat ini.

Saya harap penjelasan serta penafian ini cukup jelas bahawa saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang bersentimen sedemikian rupa. Diharapkan rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan cerita-cerita sedemikian.

Dato Seri Idris Jusoh
Menteri Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
6 Ogos 2015
 
Blogger Templates