Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label waythamoorthy. Show all posts
Showing posts with label waythamoorthy. Show all posts

Wednesday, March 1, 2017

19 SAMAN TERHADAP KERAJAAN MALAYSIA SEBAB ZAKIR NAIK, TAPI KUMPULAN YANG SAMA TIDAK PERNAH KATA APA-APA TERHADAP TAMIL EELAM DAN TIMBALAN KETUA MENTERI II PULAU PINANG!!!



Diketuai oleh Waythamoorthy Hindraf dan Siti Kassim, 19 saman telah dibuat ke atas Kerajaan Malaysia kerana membenarkan Zakir Naik, pendakwah terkenal yang seringkali membungkamkan mulut dan hujah 'ulama-ulama' Hindu dan Kristian di India dalam program-program bahas.

Alasan yang diberikan dalam 19 saman tersebut adalah, Zakir Naik adalah seorang pendakwah yang menggalakkan ekstremisme dan ketaksuban melampau.

Anehnya, kesemua mereka ini tidak dapat memberikan bukti, melainkan bersandar kepada tindakan di negara India yang mengaitkan Zakir Naik dengan ketaksuban dan ekstremisme menerusi hujah-hujah kumpulan yang banyak menyerang dan membunuh orang Islam, termasuklah merobohkan masjid bersejarah, Masjid Babri pada pertengahan 1980-an lalu.

Islam adalah merupakan Agama Rasmi Persekutuan Malaysia. Undang-undang di Malaysia pula melindungi kelompok masyarakat minoriti yang berlainan agama malah dalam banyak kes, melebihkan mereka berbanding kelompok majoriti sepertimana gelagat yang ditunjukkan oleh Waythamoorthy, HINDRAF dan Siti Kassim sendiri.

Menyaman Kerajaan Malaysia bahkan mendesak Ketua Polis Negara agar mengambil tindakan terhadap Dr. Zakir Naik, merupakan tindakan absurd yang menunjukkan betapa takutnya golongan terbabit kepada cendekiawan Islam yang mampu menjana pemikiran umat Islam ke arah kehidupan yang lebih bermaruah dan sedar tentang agama yang mereka anuti.

Agak aneh kerana kumpulan yang sama, terutama sekali Waythamoorthy dan HINDRAF langsung tidak bercakap apa-apa tentang Tamil Eelam yang mana salah seorang penasihat utamanya adalah Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.Ramasamy. Sedangkan Tamil Eelam telah diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh badan dunia!


Mengapa tiada laporan polis terhadap P.Ramasamy yang pada setiap masa menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kumpulan terbabit, tetapi Dr. Zakir Naik yang mengajar umat Islam agar sentiasa mematuhi ajaran agama Islam yang mementingkan rasa hormat, toleransi bahkan agar tidak menganiayai golongan kafir zimmi, dikenakan sekatan, dihalau keluar dari negara ini dan dikenakan tindakan undang-undang?

Apakah sebenarnya golongan 19 yang membuat laporan polis itu sebenarnya mahu memberikan isyarat bahawa apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam tidak dibenarkan di negara ini, sama seperti penentangan keras mereka terhadap pindaan ke atas Akta Mahkamah Syariah menerusi RUU355?

Mungkin ada baiknya juga kalau laporan polis dibuat ke atas semua individu yang cuba memperemehkan kedudukan agama Islam di negara ini sebagai balasan?


Saturday, January 3, 2015

WAYTHAMOORTHY HINDRAF TAK LEPAS MASUK KUCHING, TERSADAI DI LAPANGAN TERBANG DAN TERUS BENGONG!!!


Berita yang paling mengasyikkan yang kurang diberikan perhatian!!!

Waythamoorthy, Pengerusi HINDRAF yang cukup hebat menuntut pampasan daripada Kerajaan British dan Ratu Elizabeth tetapi kemudiannya ternyata kempen tersebut hanyalah untuk mengembongkan tembolok para pemimpin Hindraf semata-mata, hari ini menyertai sebilangan orang yang dikenakan sekatan perjalanan ke Sarawak.

Penghasut tersebut telah sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 11:30 pagi tadi. Bagaimanapun Imigresen Sarawak telah memerintahkan dia mengambil penerbangan balik ke Kuala Lumpur.

Sehingga jam 12:45 tengah hari, Waythamoorthy bagaikan orang bengong, masih mundar-mandir di Lapangan Terbang Kuching sambil menelefon sana sini minta tolong.

Waythamoorthy sepatutnya membentangkan kertas kerja di Forum Umum tentang Akta Hasutan 1948 petang tadi, mewakili entah siapa!

Sebenarnya Waythamoorthy bukan sahaja dikenakan larangan perjalanan, bahkan sepatutnya kedudukannya dan haknya sebagai RAKYAT MALAYSIA juga perlu dikaji balik terutama dalam pembabitannya menghasut kaum India untuk mempercayai cerita dongengnya yang tidak berpuas hati kerana British meninggalkan datuk neneknya di Tanah Melayu dan enggan menerima mereka sebagai warganegara Britain.

Anehnya, Waythamoorthy dan Hindraf tidak pula memperjuangkan pengembalian kewarganegaraan India... sebaliknya terpekik terlolong tentang kewarganegaraan Komanwel, Malaysia dan Britain!!!




 
Blogger Templates