Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label shafee abdullah. Show all posts
Showing posts with label shafee abdullah. Show all posts

Sunday, May 26, 2019

TINDAKAN TERDESAK TOMMY THOMAS UNTUK PENJARAKAN SHAFEE ABDULLAH DAN NAJIB ABDUL RAZAK BILA DIA DIDAKWA SOROK SURAT SHAFEE DARIPADA PENGETAHUAN HAKIM!!!



Peguam Negara, Tommy Thomas dalam satu tindakan terdesak bagi mempengaruhi hakim agar memenjarakan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, sekaligus memincangkan pasukan pembelaan Najib Abdul Razak, didakwa 'menyembunyikan surat pembebasan dari tuduhan dan kenyataan yang dibuat oleh peguam tersebut pada 8 Ogos tahun lepas.

Tommy Thomas mahu memastikan, hakim yang mendengar permohonan untuk mengenakan Shafee kerana menghina mahkamah, tidak tahu tentang kandungan surat pembebasan dari hukuman yang ditulis oleh Muhammad Shafee.

Itu yang disebut oleh Peguam David Mathews, yang bertindak bagi pihak Shafee. Menurut David Mathews, Tommy Thomas cuba mengenakan Shafee kerana menghina mahkamah menerusi perintah ex-parte bagi memastikan hakim yang mendengar permohonan tersebut tidak akan tahu kandungan yang terdapat surat pembebasan dari tuduhan dan kenyataan Shafee pada 8 Ogos. Mathews turut memberikan alasan mengapa perintah ex-parte diajukan oleh Mahkamah Tinggi pada 1 Mac untuk mensabitkan Muhammad Shafee ke penjara kerana menghina mahkamah, perlu diketepikan dan ditolak.

Mathews menegaskan, Peguam Negara sewajarnya menyertakan semua maklumat relevan untuk pertimbangan mahkamah dalam membuat keputusan. Bagaimanapun, Peguam Negara menurutnya, secara sengaja telah menyembunyikan kandungan surat yang ditulis oleh Shafee kepada Ketua Hakim Malaya bertarikh 8 Ogos 2018 dan juga kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Shafee pada hari yang sama di mahkamah terbuka.

Menurut Mathews lagi, salinan surat tersebut telah dihantar kepada hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mengendalikan prosiding terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam perbicaraan penyelewengan RM42 juta wang SRC International Sdn. Bhd. Menurutnya, anak guamnya telah berulang-ulang kali melahirkan kenyataan terhadap hakim Mohd Nazlan dalam mengendalikan kes SRC dalam surat berkenaan.

Kegagalan Peguam Negara untuk memasukkan surat pembebasan dan kenyataan-kenyataan itu merupakan tindakan yang disengajakan, katanya.

"Apabila mahkamah telah menerima surat pembebasan hukuman dan kenyataan-kenyataan itu, kami telah menfailkan bahawa arahan ex-parte tidak boleh dibuat memandangkan Shafee telah menegaskan keyakinannya kepada hakim Nazlan," kata Mathews lagi.

Mathews turut memberitahu tentang soalan-soalan sebenar yang telah ditanya oleh wartawan kepada Muhammad Shafee semasa sidang media selepas perbicaraan SRC Najib pada 7 Februari yang mendorong kepada jawapan yang kemudiannya dianggap sebagai menghina mahkamah oleh Peguam Negara dan mempunyai natijah hukuman penjara ke atas Muhammad Shafee.

Tommy Thomas membuat permohonan ex-parte kepada Mahkamah Tinggi pada Februari bagi prosiding komital terhadap Muhammad Shafee atas kenyataan-kenyataan medianya berhubung kes SRC Najib Abdul Razak. Muhammad Shafee telah dinamakan sebagai defendan tunggal.

Dalam permohonan tersebut, Tommy Thomas berkata, Muhammad Shafee adalah peguambela dan peguamcara yang mewakili Najib yang telah didakwa di Mahkamah Tinggi dengan lebih 40 dakwaan berhubung skandal 1MDB.

Baca Seterusnya DI SINI...


Thursday, June 8, 2017

CUBAAN TERDESAK ANWAR IBRAHIM UNTUK KELUAR DARI PENJARA GUNAKAN FITNAH YANG MEMBODOHKAN RAKYAT MALAYSIA!!!



Ahli Lawyers for Liberty dan PKR, Latheefa Koya memberitahu wartawan bahawa Anwar Ibrahim akan mencabar keputusan bersalah dan pemenjaraannya dengan menggunakan alasan pembayaran RM9.5 juta oleh Perdana Menteri kepada pendakwaraya kes Anwar Ibrahim, Shafee Abdullah. 

Ini bukanlah kali pertama, Anwar Ibrahim cuba membebaskan dirinya daripada penjara selepas didapati bersalah. Dia telah membuat banyak rayuan kepada mahkamah dan kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang memperlihatkan kegagalannya.

Tuduhan Pakatan bahawa Shafee menerima RM9.5 juta daripada Najib Abdul Razak kononnya berlaku pada dua tarikh iaitu 11 September 2013 dan 17 Februari 2014. Jadi menurut mereka, Anwar Ibrahim tidak bersalah!

Untuk ingatan, Anwar Ibrahim buat kali pertama didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 dan kemudian sekali lagi disahkan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015. 

Usaha Anwar terkini itu dijangka akan gagal kerana dia perlu membuktikan: 

1. Sama ada Shafee dibayar sebelum keputusn akhir Mahkamah Persekutuan pada 2015 memandangkan dia menuduh pembayaran dibuat kepada Shafee pada 2013 dan 2014. 

2. Jumlah yang dibayar oleh Najib bagi kes perbicaraan liwat dan Shafee yang juga dikenali sebagai 'Peguam UMNO' tidak ada buat kerja lain untuk Najib atau UMNO sepanjang tempoh 2 tahun itu yang memerlukan pembayaran atau fi tertentu untuk khidmatnya. 

3. Wang yang dibayar kepada Shafee telah berjaya mempengaruhi keputusan tiga orang hakim Mahkamah Rayuan dan 5 orang hakim Mahkamah Persekutuan yang mana kesemua mereka sebulat suara menjatuhkan hukuman bersalah kepada Anwar Ibrhaim. 

Shafee adalah pendakwaraya dan bukannya hakim yang menjatuhkan hukuman. Tugas pendakwaraya adalah membuktikan kesnya adalah betul dan orang yang dituduh bersalah. Hakim adalah pihak yang menjatuhkan mensabitkan dan menjatuhkan hukuman, bukannya pendakwaraya. 

4. Anwar Ibrahim juga perlu menjawab, mengapa dia suka meninggalkan air maninya merata-mrata sehingga boleh 'dicekup' oleh polis. Dia juga perlu menerangkan mengapa dia tidak memanggil 13 orang saksi termasuklah isterinya sebagaimana yang dirancang dari awal. 

Anwar Ibrahim juga tidak berani menjawab mengapa dia tidak berani bersumpah yang dia tidak bersalah. Malahan, Anwar Ibrahim tidak pernah mendedahkan bagaimana dia membayar upah 12 orang peguamnya di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. 

Sebenarnya, semua ini hanyalah cubaan terdesan Anwar Ibrahim untuk mendapat peluang membebaskan dirinya menggunakan apa-apa sahaja alasan yang dilihatnya wajar selain cuba menimbulkan persepsi bahawa sistem mahkamah di negara ini tidak adil dan telah dibeli oleh Najib Abdul Razak.

Kempen dan propaganda yang dilakukan oleh para penyokongnya sekarang, tidak lebih daripada cubaan membodoh-bodohkan rakyat Malaysia menggunakan alasan yang sangat basi dan remeh, hanya semata-mata untuk memastikan Anwar Ibrahim menjadi calon PM ke-7 walaupun, kalau benar Anwar dibebaskan, dia tidak mungkin boleh menjadi calon PM ke-7 kerana larangan undang-undang terhadap bekas banduan yang telah disabitkan dan dihukum penjara lebih dari setahun. 


Tuesday, June 6, 2017

SHAFEE ABDULLAH DIFITNAH DEMI MENSUCIKAN DAN TUKAR FAKTA KONONNYA ANWAR IBRAHIM TIDAK PERNAH MELIWAT!!!



Seperti sudah tidak ada hujah lain, sekali lagi Pakatan mengitar semula isu 1MDB dan SRC. Cuma kali ini lebih 'menarik' apabila cuba mengaitkan Shafee Abdullah yang bertindak sebagai pendakwaraya dalam kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim yang kemudian menyaksikan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun setelah didapati, Anwar Ibrahim bersalah atas tuduhan tersebut.

Sampai bila pun, Pakatan khususnya PKR tidak dapat menerima hakikat, Ketua Umum PKR itu adalah seorang penjenayah liwat yang telah disabitkan berdasarkan bukti dan fakta selain kegagalan pihak peguambelanya yang berjumlah berbelas-belas orang itu untuk menghadirkan saksi dan bukti bagi menangkis dakwaan pihak pendakwa.

Kemelut siapa yang akan jadi calon PM sekiranya Pakatan berjaya menguasai Putrajaya pada PRU akan datang menyaksikan, sesuatu perlu dilakukan untuk membersihkan nama Anwar Ibrahim, sekaligus menariknya keluar dari hukuman penjara.

PKR sampai bila pun beranggapan, tiada sesiapa pun yang lebih layak menjadi Perdana Menteri Malaysia melainkan Anwar Ibrahim.

Walaupun kesemua mahkamah telah membuktikan bahawa Anwar Ibrahim seorang peliwat, PKR dan Pakatan perlu mengalihkan fakta tersebut kepada sesuatu yang lebih sensasi menerusi kaedah konspirasi, teori yang paling digemari oleh Anwar Ibrahim.

Shafee Abdullah adalah mangsa fitnah mereka dengan menggunakan khidmat Sarawak Report, WSJ dan Malaysiakini bagi tujuan tersebut.

Dua hari sudah, Mahkamah Rayuan Syariah menolak rayuan Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan qazaf ke atas Shafee Abdullah yang didakwa menuduhnya meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Asas penolakan tersebut adalah mudah. Hakim memutuskan tuduhan qazaf dalam kes liwat tidak terpakai memandangkan di bawah Seksyen 36, qazaf hanyalah seksyen yang diperuntukkan dalam kes pertuduhan zina antara lelaki dan perempuan.

Anwar dan pasukannya tahu. Itulah sebabnya, sebelum proses rayuan tersebut diputuskan, Shafee diserang terlebih dahulu dengan fitnah dan tuduhan yang amat berat dengan kerjasama Wall Street Journal, Sarawak Report dan Malaysiakini. Tuduhan yang tidak berasas dan cubaan untuk mempertikaikan etika guaman di Malaysia yang dilakukan oleh mereka benar-benar melampau. Apatah lagi secara tidak langsung menuduh kesemua hakim yang terlibat dalam proses tersebut di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan sebagai mengambil 'upah' daripada Shafee Abdullah untuk mengekalkan keputusan Anwar Ibrahim bersalah kerana jenayah liwat!

Laporan-laporan polis yang dibuat kononnya Shafee mengambil wang SRC dan 1MDB dari akaun peribadi Najib Abdul Razak, sebenarnya tidak lebih daripada pembodohan yang cuba dilakukan oleh Pakatan dan PKR. Ini adalah kerana akaun bank milik Najib yang didakwa itu dan cuba dikaitkan dengan transaksi sebanyak RM9.5 juta yang dikatakan mempunyai kaitan dengan 1MDB telah ditutup lebih awal. Namun, Pakatan dan PKR menuduh, akaun tersebut telah digunakan sebanyak dua kali untuk melakukan transaksi kepada Shafee sebulan selepas akaun berkenaan ditutup.


Bermula dengan tuduhan menyonglap duit 1MDB dan SRC sebagai dana politik untuk mengukuhkan UMNO dan Barisan Nasional, kini fitnah terpaksa dipanjangkan ke atas Shafee semata-mata kerana mahu memperlihatkan Anwar Ibrahim suci dan tidak seboleh-boleh mungkin tidak bersalah dan tidak pernah meliwat walaupun fakta adalah sebaliknya!

Di dalam kumpulan-kumpulan WhatsApp, para penyokong Pakatan seboleh mungkin cuba menjadikan dana politik yang membabitkan UMNO dan Najib sebagai satu kesalahan besar. Bagaimanapun, mereka tidak pernah berani bercakap tentang dana politik yang membabitkan DAP, PKR, PAN dan Cap Bunga.

Derma RM2.6B, gegak gempita dikerjakan oleh Pakatan sehingga terpaksa mengaitkan Shafee Abdullah dan kes liwat Anwar Ibrahim yang telah terbukti Anwar Ibrahim memang seorang peliwat berdasarkan fakta dan bukti di mahkamah. 

Tetapi, apabila ditanya 'Bagaimana pula dana politik diterima oleh pembangkang, kenapa tidak ISYTIHARkan? 




Friday, June 26, 2015

WAN AZIZAH BUAT LAPORAN QAZAF KE ATAS SHAFEE ABDULLAH BAGI PIHAK ANWAR IBRAHIM!!!



Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan Qazaf terhadap peguam Tan Sri Shafee Abdullah berhubung kenyataan terbuka fitnah liwat terhadap Anwar.

Ia dibuat isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Jumaat.

Dalam laporan yang dibuat, beliau menggesa kenyataan terbuka Shafee disiasat di bawah Seksyen 36 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.


“Pihak kami akan memberi kerjasama sekiranya pihak Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) memerlukan maklumat lebih lanjut,” katanya kepada pemberita di Lobi Pejabat JAIS.

Azizah menjelaskan, pada 17 Februari lalu, Shafee dalam satu program dialog terbuka anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) di Kelana Jaya telah memfitnah secara terbuka bahawa Anwar melakukan liwat ke atas Saiful Bukhari Azlan tanpa menampilkan mana-mana empat orang saksi seperti mana yang diwajibkan undang-undang.


“Laporan ini dibuat demi menegakkan keadilan dan hak Anwar yang telah dijadikan mangsa dengan niat jahat untuk menjatuhkan maruah dan peribadi Anwar.

“Kami ingin menegaskan bahawa jumhur Ulama’ termasuk dari Mazhab Imam Syafie berpandangan bahawa kesalahan liwat adalah diqiyaskan termasuk di bawah kategori zina di mana tuduhan terhadap kesalahan liwat tanpa empat orang saksi merupakan satu jenayah Qazaf,” katanya lagi.

Sementara itu, Peguam Anwar, Fadhlina Sidek berkata laporan dibuat melalui keluarga atau wakil Anwar mengikut arahan JAIS memandangkan Anwar tidak boleh keluar penjara untuk tujuan itu. (SUMBER)


Thursday, June 25, 2015

SHAFIE ABDULLAH DESAK TONY PUA LETAK JAWATAN AHLI PARLIMEN DAN BERHENTI DARI JADI AHLI PAC SEBAB BERBOHONG!!!



Orang ini amat ditakuti oleh Anwar Ibrahim. Berkali-kali Anwar Ibrahim cuba menyingkirkan orang ini dan berusaha dengan segala macam untuk mengelakkan orang ini daripada menjadi pendakwaraya. Bahkan DAP juga menerusi para pemimpinnya mempersoalkan kewajarannya sebagai pendakwaraya dalam kes liwat Anwar Ibrahim selain memperkecil-kecilkan Peguam Negara yang kata mereka tidak mampu menghalang keinginan orang ini untuk menunjuk kuasa walaupun hakikatnya, memang terdapat peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia yang membolehkan Peguam Negara melantik mana-mana peguam mewakilinya sebagai pendakwaraya.

Setelah sekian lama tidak mendengar ceritanya, hari ini ada juga cerita darinya. Dan kali ini, Shafiee Abdullah mensasarkan Tony Pua, orang yang paling banyak mulut tentang 1MDB. Tony Pua juga adalah orang yang paling banyak mempersoalkan peruntukan negara untuk sistem pertahanan dan keselamatan tetapi senyap sunyi apabila sempadan negara bolos disebabkan kelapukan aset-aset pertahanan, bahkan mengambil kesempatan untuk mencaci dan menghina pasukan serta agensi keselamatan yang gagal menghalang penceroboh.

Menurut Shafee, Tony Pua yang juga merupakan salah seorang anggota PAC, perlu meletakkan jawatannya selaku Ahli Parlimen kerana sikapnya yang bias dan bi-partisan.

Perletakan jawatannya itu bagi membolehkan siasatan ke atas syarikat pelaburan negara itu dijalankan secara lebih adil dan telus tanpa dipengaruhi oleh tekanan-tekanan jahatnya. Malah selain daripada Tony Pua, Shafee juga menggesa agar ahli-ahli panel PAC yang kuat mengkritik dan melemparkan tuduhan buruk ke atas 1MDB, lebih sesuai untuk menjadi saksi berbanding sebagai panel.

Tindakan tersebut adalah perlu bagi menjamin keadilan buat 1MDB tanpa sebarang prejudis daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan penyiasatan PAC.

"Saya perhatikan Tony Pua sebagai ahli PAC telah mengelarkan banyak kenyataan yang akan menjejaskan siasatan ke atas syarikat tersebut. Oleh kerana itu, saya mencadangkan agar dia meletakkan jawatan dari PCA sebagai cara mengembalikan keyakinan awam bahawa siasatan tersebut dijalankan secara telus dan adil," kata Shafee.

Menurutnya lagi, gesaan itu dibuat kerana sebagai peguam dan pendukung keadilan, di atidak mahu PAC dilihat sebagai tidak adil ke atas 1MDB memandangkan kes tersebut mendapat perhatian awam.

"Ahli-ahli PAC termasuklah Tony Pua perlu bersikap sebagai hakim dalam kes ini, dan bukannya dengan membuat tuduhan serta kenyataan-kenyataan awam. Lebih baik mereka menjadi saksi sahaja sekiranya mereka masih mahu mengeluarkan kenyataan-kenyataan sebegitu," kata Shafee lagi. (RUJUK SINI)


Tuesday, February 17, 2015

JOM KITA TENGOK, ADAKAH RAFIZI RAMLI, TIAN CHUA, NURUL IZZAH, NURUL NUHA, NGA KOR MING ATAU LIM KIT SIANG AKAN TURUN BERSEMUKA DENGAN TAN SRI SHAFEE ABDULLAH MALAM NI!!!



Para pecacai Anwar sekarang ini sedang mengambilalih tugas-tugas yang gagal dipikul oleh berbelas-belas orang peguam Anwar Ibrahim sepanjang 7 tahun perbicaraan liwat. Mereka mula menimbulkan pelbagai persoalan yang bagi mereka, merupakan 'missing-link' kepada kes liwat Anwar Ibrahim.

Tidak cukup dengan itu, Rafizi Ramli juga turut mempopularkan pembohongan Nurul Izzah kononnya, Najib Abdul Razak menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim dengan 4 jawatan Menteri kepada kem Anwar dalam Konsensus Nasional sebagai tawaran rundingan.

Malangnya, faktor itu langsung tidak disebut di dalam perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim sungguhpun Anwar Ibrahim dan belasan orang peguamnya berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa tuduhan berkenaan adalah satu KONSPIRASI POLITIK.

Sama setaraf dengan AIR MANI ANWAR dalam dubur Saiful, begitu jugalah tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan pasukan pembelanya boleh mematikan semua hujah dan dakwaan dengan satu fakta sahaja!

Malangnya ia tidak berlaku. Malahan Anwar Ibrahim memilih untuk tidak bersoal jawab kerana bimbang akan dilondehkan oleh Shafee Abdullah.


Malam ini, Shafee Abdullah akan membuat dialog secara terbuka dengan orang ramai. Sekaligus memberikan peluang kepada para penyokong dan konco-konco Anwar Ibrahim untuk bersoal jawab dan menyerang Shafee Abdullah yang menjadi pendakwaraya dalam kes liwat II Anwar Ibrahim di Mahkamah Agung dan Mahkamah Persekutuan.

Mereka bukan sahaja boleh bertanya, mengapa Pejabat Peguam Negara mengupah Shafee Abdullah, sebaliknya bolehlah menanyakan soalan-soalan yang gagal ditanya oleh belasan orang peguambela Anwar Ibrahim termasuklah Mendiang Karpal Singh dan anaknya, Ramkarpal Singh.

Itu pun kalau mereka ada muka dan berani membuktikan yang mereka sebenarnya bukanlah takutkan pelanggan lari, sebaliknya mereka mencari kebenaran. Bukan bermain politik tetapi untuk membuktikan sistem perundangan di negara ini memang pincang sebagaimana yang mereka dakwa.

Jom kita ramai-ramai jadi saksi malam ini!


Sunday, February 15, 2015

MENARIK NIH! SHAFEE ABDULLAH IDAM MAHU LIHAT AMBIGA SREEVANASAN DIHADAPKAN KE MAHKAMAH ATAS TUDUHAN MENGHINA BADAN KEHAKIMAN!!!



Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili kerajaan dalam pendakwaan rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mahu bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan didakwa menghina mahkamah kerana mengkritik badan kehakiman.

Bercakap kepada akhbar Mingguan Malaysia, peguam Umno itu berkata, Ambiga salah apabila mengatakan Barisan Nasional (BN) salah langkah dalam memenjarakan Anwar.

Kenyataan itu menghina mahkamah kerana ia seolah-olah menyatakan kehakiman dan mahkamah sebahagian daripada BN, yang merupakan gabungan parti pemerintah kerajaan persekutuan, katanya.

"Sepatutnya Ambiga didakwa menghina mahkamah kerana dia menyabitkan mahkamah seolah-olah sebahagian BN. Saya cadangkan Peguam Negara ambil tindakan.

"Kalau perkara-perkara begini dikeluarkan, takkan kita tidak boleh jawab? Kalau kita tidak jawab, rakyat masih percaya," beliau dipetik berkata oleh akhbar milik Umno itu.

Ambiga pada 13 Februari mengkritik Shafee kerana terus menyerang Anwar walaupun selepas kes itu selesai dengan keputusan dibuat Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari.

Mahkamah tertinggi itu mengekalkan sabitan kesalahan terhadap Anwar dan hukuman 5 tahun penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Ambiga pada Jumaat berkata Shafee melakukan sesuatu yang tidak pernah dibuat apabila beliau menyerang seorang tertuduh selepas mahkamah menyampaikan penghakiman.

Sejak penghakiman dibuat, Shafee dilihat mengeluarkan kenyataan dan mengadakan temu bual dengan media berhubung kes itu.

Dalam satu temu bual dengan New Straits Times pada Jumaat, peguam Umno itu berkata, sekiranya Anwar memberi keterangan dari kandang saksi, beliau akan pengsan apabila dikemukakan soalan yang bertubi-tubi kerana beliau tidak akan mampu menjelaskan banyak persoalan.

Bercakap kepada Berita Harian pula, Shafee berkata sebagai seorang yang dianiaya, pengadu kes liwat itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, berhak mendapat keadilan memandangkan mahkamah sejak dari mula konsisten mengatakan beliau seorang saksi yang berwibawa dan boleh dipercayai.

Di dalam Mingguan Malaysia hari ini, Shafee berkata beliau berani melafazkan sumpah di masjid atau di tanah suci Mekah berhubung kes itu kerana beliau yakin Anwar sememangnya bersalah meliwat Saiful.

Pengerusi biro undang-undang DAP Gobind Singh Deo berkata Peguam Negara harus menghalang Shafee meneruskan komentar dan kritikan terhadap kes itu kerana ia dianggap melampaui apa yang dikehendaki daripadanya sebagai Pendakwa Raya, baik dari segi undang-undang, mahu pun etika.



SUMBER


MALU DAN TAKUT FAKTA SEBENAR DIKETAHUI, MAJLIS PEGUAM DAN GOBIND SINGH DEO MAHU SHAFEE BERHENTI BERCAKAP TENTANG KES LIWAT ANWAR IBRAHIM!!!



Ini bahagian kelakar dalam perangai peguam!!!

Gobind Singh Deo menjadi peguam Anwar Ibrahim yang kedua yang enggan fakta-fakta sebenar tentang kes liwat tersebut yang menyebabkan kekalahan besar (5-0) di Mahkamah Persekutuan, diperdengarkan dan diperjelaskan kepada umum. Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan, menggesa Peguam Negara campur tangan dan menutup mulut Syafie Abdullah yang merupakan Pendakwaraya dalam kes liwat Anwar Ibrahim di Mahkamah Agung dan Mahkamah Persekutuan. (RUJUK SINI)

Menurut Gobind Singh Deo, adalah tidak adil bagi Tan Sri Shafee menjelaskan kes tersebut kepada umum dengan alasan moral.

Menariknya, sebaik-baik sahaja keputusan Mahkamah Persekutuan diumumkan, haram Gobind Singh Deo tak menegur perbuatan anak-beranak Anwar Ibrahim serta ahli Majlis Peguam sendiri yang mempersoalkan keputusan Mahkamah Persekutuan. Malah tiada juga sebarang teguran atau kecaman yang dibuat oleh para penyokong Anwar yang cuba memutarbelitkan fakta-fakta kes termasuklah kegagalan memanggil 14 orang saksi dan menjelaskan bagaimana air mani Anwar Ibrahim boleh berada sedalam 4 sentimeter dalam dubur Saiful Bukhari Azlan.

Apa sebenarnya yang ditakuti sangat oleh Gobind Singh Deo dan sebahagian besar ahli Majlis Peguam seperti Shahredzan Johan (RUJUK SINI) apabila Shafee buka mulut berbanding temberang-temberang dan siri pembohongan para peguam Anwar Ibrahim?

Adakah kerana mereka bimbang, kerja bersahaja mereka yang menyebabkan Anwar Ibrahim memilih untuk tidak membela diri, sebaliknya berceramah politik, terdedah, sekaligus menyebabkan mereka dipersalahkan oleh para penyokong Anwar Ibrahim sendiri? Atau sebenarnya mereka cukup bimbangkan reputasi sebagai antara belasan peguam yang diupah oleh Anwar Ibrahim, yang sudah tentu bayaran untuk upah mereka bukan kecik-kecik anak, akan terjejas kerana penjelasan fakta oleh Shafee Abdullah, jelas menunjukkan kepincangan dan kedangkalan fakta pembelaan?

KLIK UNTUK BESARKAN

Justeru, Gobind Singh Deo mula menggunakan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen untuk bercakap berbanding sebagai Ahli Majlis Peguam sebagai desakan dan tekanan ke atas Shafee Abdullah. Dan pada masa yang sama, cuba menyembunyikan PERUNTUKAN DALAM PERLEMBAGAAN yang membolehkan Peguam Negara melantik sesiapa sahaja dari kalangan peguam sebagai Timbalan Pendakwarayanya seperti dalam kes Shafee Abdullah sehinggakan ada penyokong Anwar Ibrahim bingung dan bodoh untuk faham mengapa Shafee yang mengendalikan kes liwat ini bukan Peguam Negara sendiri.

Maka tidak hairanlah mengapa bersungguh-sungguh besar Anwar Ibrahim dan pasukan peguambelanya berusaha untuk menyingkirkan Shafee Abdullah daripada menjadi pendakwaraya dalam kes liwatnya di Mahkamah Agung dan Mahkamah Persekutuan. Telah terbukti yang mereka memang takut menerusi cubaan untuk menutup mulutnya daripada mengulas isu tersebut.

Shafee hanya seorang, sedangkan mereka berbelas-belas orang, takkan mereka terlalu takut sehingga perlu meminta Peguam Negara yang menutup mulut Shafee. Sedangkan selama ini, mereka yang mengendalikan semua perkara!

Aneh, kan?


 
Blogger Templates