Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label berita mahkamah. Show all posts
Showing posts with label berita mahkamah. Show all posts

Monday, September 26, 2016

ISY... DAH DIGUGURKAN PULA... HARI TU BERIA-IA SANGAT... SEPATUTNYA LAWANLAH, SEBAB RAMAI NAK TENGOK NAJIB KALAH DI MAHKAMAH!!!



Dari awal lagi telah dikatakan, saman yang difailkan oleh Anina Saaduddin terhadap Tengku Adnan Mansor dan Raouf Jusoh hanyalah lawak slapstick yang dibuat-buat. Tetapi ramai pula yang marah kerana beranggapan, Anina sedang memperjuangkan kebenaran dan mahu mendedahkan petualangan Najib Abdul Razak sekaligus membongkarkan kebobrokan Rosmah Mansor.

Maka bersemangatlah para penyokong yang taksub bahawa Anina akan mencapai kejayaan dan Najib sudah tidak ada cara lain, kecuali membuktikan dirinya sendiri yang dia adalah seorang yang gelojoh, kejam dan rakus.

Tetapi hari ini berita lain pula yang muncul.

Anina Saaduddin menggugurkan dakwaannya terhadap dua pembesar UMNO bahkan bersetuju untuk membayar kos sebanyak RM5,000. Awal bulan ini, Anina telah menfailkan permohonan untuk tidak meneruskan kes saman tersebut dengan alasan dia telah menyertai Parti Cap Bunga.

Pada Disember lepas, Najib dan Abdul Rauf Yusoh telah berjaya mengenepikan saman tersebut. Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Zaki Abdul Wahab berkata, dia tidak mendapati saman tersebut 'jelas dan bertentangan dengan undang-undang.' Menurut Hakim itu lagi, Anina tidak mempunyai kelayakan untuk membawa perkara itu bagi tindakan sivil memandangkan dia bukannya pegawai awam atau pemegang jawatan dalam parti berasaskan kepada Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966.

Pengguguran kes berkenaan bagaimana samalah seperti kes DOJ Amerika Syarikat menggugurkan kes saman Husam Musa dan Matthias Chang terhadap Red Granite, Riza Aziz dan rakan kongsinya serta Jho Low apabila langsung tidak dihebah-hebahkan, bahkan cuba ditutup-tutup oleh puak Cap Bunga.

Cuma satu sahajalah nak tanya, hari tu punya berkobar-kobar dan berdegang-degang cakap, apa sudah jadi?

Sudah tukar ka?

Atau sudah sorok telur ka?



Monday, October 5, 2015

SELEPAS TIGA KALI MINTA MAAF SECARA TERBUKA, HARI INI RAHIM THAMBY CHIK TAK MENGAKU BERSALAH DI MAHKAMAH!!!



Selepas tiga kali memohon maaf kerana menyiarkan posting yang mengatakan DYMM Raja Muda Selangor telah memeluk agama Katholik dan mengaku bersalah, di mahkamah hari ini, bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik menukar pengakuannya sebagai TIDAK BERSALAH pula.

Hari ini, Rahim Thamby Chik mengaku tidak bersalah atas tuduhan hasutan kerana menghina Raja Muda Selangor. Dia telah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan berhubung postingnya di Facebook pada 25 September yang antara lain menyatakan, Tengku Amir Shah telah memeluk agama Khatolik dan menyedihkan umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia.

Selain itu, Rahim Thamby Chik juga didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia dengan 'niat untuk membangkitkan kemarahan'.

Hakim Slamat Yahya menetapkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin untuk kedua-dua pertuduhan itu. Hakim juga telah menetapkan 5 November sebagai tarikh sebutan.

Pendakwaan ke atas Rahim dilakukan oleh Mohd Dasuki Mokhtar manakala Firuz Hussein mewakili Rahim.


Bulan lepas, Rahim telah memuatnaikkan status di Facebook menuduh, Tengku Amir telah memeluk agama Kristian. Istana Selangor kemudiannya mengeluarkan kenyataan dan menyangkal tuduhan tersebut, malah menyatakan status tersebut adalah bersifat hasutan selain mempunyai 'elemen fitnah yang boleh mencetuskan kebencian di kalangan umat Islam kepada Raja Muda dan Sultan Selangor.'

Bekas Ketua Menteri Melaka itu sebelum ini telah membuat permohonan maaf secara terbuka sebanyak tiga kali selepas memuatnaikkan status 25 September itu.... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247


Tuesday, January 13, 2015

LAWYERS FOR LIBERTY GAGAL DAPAT SOKONGAN, KETUA POLIS NEGARA DAN PDRM PULA YANG MENDAPAT SOKONGAN LEBIH MELUAS KERANA TANGKAP ERIC PAULSEN!!!


Tepat sebagaimana jangkaan!

Selain menjadikan kes Encik Zaidi (bekas Mejar yang dipecat serta-merta oleh TUDM semalam), hari ini para pecacai Pakatan Rakyat cuba pula menjadikan kes Eric Paulsen yang nampaknya turut membangkitkan kemarahan PAS, sebagai bahan dan modal politik mereka.

Dengan diketuai oleh Latheefa Koya yang merupakan salah seorang daripada pengasas Lawyers for Liberty bersama-sama Eric Paulsen dan N.Surendran yang dibiayai oleh CIA, para penyokong Pakatan Rakyat dan para peguam yang membarisi Lawyers for Liberty cuba mewujudkan satu gelombang kemarahan rakyat kepada pihak berkuasa, PDRM khususnya.


Malam  ini, satu demonstrasi di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi telah diadakan tetapi tidak mendapat sambutan yang memuaskan. Sedangkan pada masa yang sama, lebih ramai rakyat Malaysia, termasuklah orang Cina dan Kristian sendiri yang menyokong tindakan PDRM menangkap dan mereman Eric Paulsen, malah menguatkuasakan undang-undang ke atas mereka yang cuba melakukan hasutan bagi menimbulkan huru-hara di negara ini sebagaimana yang diimpikan dan dikehendaki oleh CIA, pendana utama Lawyers for Liberty.



Hari Jumaat nanti, Masjid Bukit Aman akan menyaksikan sokongan besar kepada tindakan dan keputusan Ketua Polis Negara yang kelihatan berusaha untuk menguatkuasakan undang-undang yang masih tinggal secebis biarpun pada masa yang sama, beberapa masalah dan halangan lain sedang menanti terutama daripada golongan peguam yang kuat menyokong Pakatan Rakyat. Masjid Bukit Aman akan dibanjiri untuk solat Jumaat sebagai solidariti kepada tindakan PDRM dan KPN khususnya setelah Eric Paulsen dan Latheefa Koya serta beberapa orang peguam dan penyokong LFL menuduh khutbah dan solat Jumaat adalah punca ekstrimisme di negara ini.

Semakin banyak permintaan dan desakan agar PDRM bertindak lebih tegas, bahkan menuntut PEJABT PEGUAM NEGARA untuk tidak lagi mengulangi kes seperti BERSIH 2.0, BERSIH 3.0 dan sebagainya yang hilang begitu sahaja, walaupun secara jelas dan mempunyai terlalu banyak bukti yang dipaparkan menerusi pelbagai medium terutama sekali media sosial tentang hasutan dan gelagat-gelagat subversif.

Saturday, January 10, 2015

ALAHAI LAKI UMMIE AIDA OIII... KAU DAH MUFLIS 14 MEI 2014, JADI FAHAM-FAHAMLAH MENGAPA PENTHOUSE KAU DILELONG PADA 10 JANUARI 2015 OLEH PIHAK YANG BUAT PETISYEN!!!


Nampak sangat pembohong dan pembongaknya!!!

7 Januari lagi, berita tentang rumah mewahnya bakal dilelong dan dia sendiri muflis telah galak diperkatakan dan disebarkan. Sebaliknya hanya pada hari ini sahaja, menurutnya dia baru tahu. (DI SINI)

Khairuddin Abu Hasan, orang yang menjadi sasaran dari kalangan UMNO sendiri kerana laporan polis dan 'niat terselindung' ke atas isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dikatakan terkejut apabila unit kondominiumnya telah dilelong 'tanpa pengetahuannya'.

Menurut Khairuddin, dia hanya mendapat tahu setelah diberitahu oleh beberapa orang blogger hari ini yang penthouse mewahnya yagn dimiliki di Kuala Lumpur akan dilelong dengan harga permulaannya adalah RM2.1 juta.

Menurutnya lagi, lelongan tersebut telah dibuat di Hotel Istana, tetapi dia masih tidak tahu perkembangan selanjutnya daripada lelongan berkenaan.

"Macam mana perkara ini boleh terjadi sedangkan saya tidak dimaklumkan lebih awal, malah saya tidak menerima sebarang surat pun dari pihak bank," katanya kepada Malaysiakini. (RUJUK SINI)

"Pastinya adalah prosedur yang perlu dipatuhi. Saya sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang terlibat," katanya lagi.

Khairuddin bagaimanapun, mengakui dia mempunyai masalah dalam pembayaran pinjamannya tetapi menegaskan yang dia tidak mendapat sebarang amaran dari pihak bank.

Menurut dokumen mahkamah, Khairuddin telah diisytiharkan bankrap atau muflis pada 14 Mei tahun lepas oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Khairuddin turut menegaskan pasukan perundangannya akan mengkaji kes berkenaan yang turut membabitkan syarikat Artisan Fokus Sdn. Bhd sebagai pihak yang membuat petisyen.

Pelelong penthouse mewah Khairuddin yang terletak di Mount Kiara adalah Ng Chan Mau dan Co.
 
Blogger Templates