Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label fuad zarkashi. Show all posts
Showing posts with label fuad zarkashi. Show all posts

Monday, August 17, 2015

HUBUNGAN NAJIB-ISTANA JOHOR: TMJ KATA, FUAD ZARKASHI TAK PERLU CAKAP BENDA YANG DIA TAK TAHU!!!



Tunku Mahkota Johor (TMJ), Brigadier Jeneral Tuanku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bertitah supaya semua pihak tidak membuat spekulasi berkenaan hubungan ayahanda baginda dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Titahnya, sama ada hubungan itu baik atau tidak, hanya baginda dan ayahanda baginda, Sultan Johor, sahaja yang tahu keseluruhan cerita tentang perkara itu.

Baginda mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi yang berkata, tiada masalah antara Sultan Johor dengan Perdana Menteri.

“Ini adalah pendapat saya bahawa seseorang tidak perlu membuat kenyataan tanpa menyedari cerita yang sebenar.

“Jangan membuat spekulasi berkenaan DYMM Tuanku ada masalah dengan Perdana Menteri atau tidak, kerana hanya DYMM Sultan dan saya sahaja yang tahu keseluruhan cerita tentang perkara tersebut.

“Oleh itu, buat masa ini, hanya kita perlu tahu dan tidak ada sebab untuk ia didedahkan kepada umum,” tulis baginda di akaun Facebook Johor Southern Tigers.

Sebelum ini, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mempersoalkan kenyataan Puad itu.

Menerusi blognya, Zainuddin berkata, rakyat hanya percaya (hubungan Istana Johor dan Najib tiada masalah) jika kenyataan itu dibuat jurucakap rasmi Istana Johor. - (FMT)


Sunday, May 24, 2015

SELEPAS TAK JADI TIMBALAN MENTERI PELAJARAN, BARULAH PUAD ZARKASYI NAMPAK MASALAH KEMENTERIAN!!!


Benda ni, dah lama disebut, diulang, dibisingkan dan dilaung-laungkan. Dengar peruntukan daripada Kementerian, besar. Dengar peruntukan yang turun dari Kerajaan Pusat, sangat besar. Ia bukannya masalah selepas Puad Zarkasyi tidak lagi menjadi Timbalan Menteri Pelajaran dan hanya sekadar Ketua Pengarah JASA yang dilantik dan bukannya dipilih. Malah pada zaman Puad jadi Timbalan Menteri pun, benda ni dah disebut-sebut, didedahkan, dan dibisingkan.

Mengapa pada zaman dia jadi Timbalan Menteri Pelajaran, tidak pula memekak seperti sekarang? Kenapa sekarang, baru nak luahkan di media sosial seolah-olah mahu membuktikan yang dia buat kerja?

Masa buat lawatan berjalan kaki, mendaki bukit di Nabawan beberapa tahun lampau dan kemudian terpaksa meminta helikopter sebab dah tak larat jalan kaki, mengapa tak diperjuangkan bersungguh-sungguh?

Ketua Setiausaha Negara semalam menyatakan lebih kurang 5000 kakitangan kerajaan telah didapati bermasalah (BACA DI SINI) dan tindakan ke atas mereka, terlalu ringan dan mudah. Malah ada yang masih disimpan dan dibiarkan walaupun tindak-tanduk mereka semakin menjahanamkan perkhidmatan awam, malah ada yang bertindak menjadi agen politik pihak pembangkang terutama sekali di kalangan guru.

Laporan Ketua Audit Negara saban tahun menunjukkan berlakunya ketirisan, kegagalan di peringkat perlaksanaan, malahan kelambatan bertindak pada peringkat daerah dan negeri walaupun peruntukan telah disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan.


Puad Zarkasyi memekak tentang Menteri dan Timbalan Menteri (ini termasuklah dirinya sendiri sewaktu dia menjadi Timbalan sebelum ini) yang kononnya malas turun padang. Bagaimana dengan pegawai-pegawai pada peringkat PTD, PPD dan JPN? Apakah dengan kedatangan Menteri dan Timbalan Menteri sahaja, maka barulah semua kerja boleh jalan?

Mengapa kakitangan dan pegawai di peringkat-peringkat itu langsung tidak disentuh? Adakah mereka cukup kebal sehinggakan KEMALASAN DAN KECULASAN serta GILA NAK TUNJUK KUASA, kemudiannya dialihkan kepada Menteri dan Timbalan Menteri?

Kebanyakan guru cukup maklum dengan pegawai-pegawai di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri. Ramai juga yang bermasalah dengan PTD di Putrajaya.

Mengapa Puad yang merupakan Ketua Pengarah JASA tidak melihat dan menuju kepada permasalahan sebenar.

Atau lebih senang untuk membalun Menteri berbanding kakitangan awam yang dibayar gaji setiap bulan untuk dilihat sebagai HERO DAN PERWIRA?

Friday, May 22, 2015

ADUHAI FUAD ZARKASHI... TAK FASAL-FASAL KENA UNGKIT BALIK!!!


Kadang kadang rasa kesian pun ada dengan mereka yang bergelar dan berjawatan ni..!

Dulu masa dia pegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelajaran merangkap Pengerusi Jawatankuasa Audit Sekolah Kementerian Pelajaran buat apa?

Bukankah jawatan yang dia sandang adalah mengenalpasti dan menyelesaikan masaalah fizikal sekolah yang perlukan bantuan dan penambahbaikan..!

APa dia pun tak turun seperti mana yang didakwa? Atau KP JASA ni ada tujuan lain?

Sebagai KP JASA..Fuad ada 'pintu' untuk menegur dan membetulkan kesilapan dan kelemahan yang dia sendiri tak pernah mampu selesaikan dulu..!

Sebagai Ahli Majlis Tertinggi tentu lebih luas dan lebih panjang lidahnya untuk menjelir pelbagai isu yang berbangkit..!

Kenapa JASA senyap dalam isu 1MDB? bukan kah isu 1MDB merupakan isu semasa rakyat yang perlu diberikan perhatian? kenapa sampai ke Keningau? Apa sekolah ni baru muncul dari tanah?

Kalau macam ni la standart KP JASA...macam mana nak bantu BN menang pilihanraya..! Kawasan sendiri pun Fuad terlentang..!

Ni namanya pengampu penyapu..! AKai ada ker..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

 
Blogger Templates