Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label aziz bari. Show all posts
Showing posts with label aziz bari. Show all posts

Friday, November 15, 2019

VIDEO AZIZ BARI TULAR LAGI SEKALIGUS TIMBUL PERTANYAAN, BERAPA LAMA PEJA AZUMU MAMPU PERTAHANKAN JAWATAN MB PERAKNYA!!!



Mampukah Peja Azumu bertahan dan mempertahankan jawatan Menteri Besar Perak yang sedang disandangnya sekarang?

Semalam, viral satu klip video yang memperlihatkan Aziz Bari, ADUN DAP Tebing Tinggi yang berkongsi penyakit meroyan dengan Anwar Ibrahim, berusaha memujuk tiga orang ADUN UMNO agar menyokongnya sebagai Menteri Besar Perak yang baru, sekaligus 'memancung' Peja.

Dalam video lima minit yang dimuatnaik di YouTube oleh penulis blog, Raja Petra Kamarudin, Aziz didengar merujuk kepada seorang lelaki PPBM yang bergelar “Haji”, yang memberitahunya mereka mahu menggantikan Faizal.



“Dia cadangkan saya (sebagai menteri besar baru), saya kata ‘okaylah’. Lepas jumpa ada orang yang cukup ini, akan jumpa dengan Tuanku (Sultan Perak),” kata Aziz yang berdepan seseorang yang tidak dikenali.

Dia  juga mendakwa ada bercakap dengan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub bagi mendapat sokongan daripada enam Adun parti itu di Perak.

Katanya, dengan sokongan PKR, dia boleh mendapat sokongan 28 Adun Perak.

Aziz juga berkata rakan-rakan exconya, bekas menteri beasr Mohamad Nizar Jamaluddin serta Asmuni Awi, yang kini bersama Amanah, tidak layak untuk jawatan MB.

Bagaimanapun, Aziz Bari yang diajukan pertanyaan tentang perkara tersebut, menafikannya dan menyifatkan isu 'memancung' Peja itu sebagai isu lama dan dia mempunyai banyak kerja yang perlu dibuat. Malahan menurutnya, dia sedang menantikan masa untuk muncul bersama-sama Peja bagi menjelaskan komplot menggulingkan Peja itu hanyalah khabar angin dan fitnah politik semata-mata. (RUJUK SINI)

Ketika membantu kempen calon PPBM di PRK Tanjung Piai pada 7 November lalu, Peja memberitahu pengundi kononnya dia berseorangan dan bersendirian melawan DAP di Perak dalam mempertahankan hak-hak dan tanah orang Melayu.

Pengakuan Ahmad Faizal itu ditularkan dalam media sosial ketika beliau turun padang berkempen bersama calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Karmaine Sardini.

Rakaman video klip berdurasi dua minit 46 saat itu kemudiannya dimuat naik ke Facebook.




Pengakuan Peja tersebut mengundang kecaman dan serangan bertali arus daripada PKR dan DAP sehingga memaksa Muhyiddin Yassin mengatakan, Peja mengeluarkan kenyataan tersebut berdasarkan pengalaman peribadinya. (RUJUK SINI

DAP menerusi Howard Lee pula mendesak agar Peja dirujuk ke Lembaga Disiplin. Manakala Lim Guan Eng pula menyifatkan Peja sebagai kawan yang bersikap seperti lawan.

Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Perak sekarang ini hanya bergantung kepada belas ihsan ADUN-ADUN UMNO sahaja. Dua orang ADUN UMNO yang kemudiannya melompat menyokong Peja, membolehkan Pakatan menjadi Kerajaan Negeri Perak. 

Saturday, April 7, 2018

PERUBAHAN BESAR-BESARAN DAP PERAK DALAM USAHA MENJADIKAN AZIZ BARI SEBAGAI MENTERI BESAR PERAK YANG BARU!!!



DAP Perak akan mencalonkan Abdul Aziz Bari yang seringkali mereka labelkan sebagai 'Pakar Perlembagaan Negara' bagi membolehkannya menjadi Menteri Besar Perak sekiranya Pakatan Harapan berjaya mengambilalih pentadbiran negeri itu pada PRU kali ini. 

Aziz Bari difahamkan akan diletakkan di DUN Tebing Tinggi menggantikan Ong Boon Piow yang menang buat kali pertama pada tahun 2008 tetapi dikatakan, tidak lagi berminat untuk meneruskan kerjaya politiknya. 

Aziz Bari dilihat sebagai calon yang paling sesuai dan diharapkan dapat menjalin hubungan yang baik dengan Istana Perak walaupun banyak pendapat yang mengatakan, keputusan berkenaan adalah salah. 

Ini adalah kerana sudah beberapa kali Aziz Bari memperlihatkan sikap dan pendirian sebenarnya terhadap Institusi Raja-Raja Melayu. Malahan ketika dia di Selangor, KDYMM Sultan Selangor enggan memperkenankannya untuk menduduki kerusi Ahli Majlis.

Keputusan mencalonkan Aziz Bari turut mendapat tentangan daripada PPBM Perak yang melihat tindakan tersebut sebagai helah DAP untuk menguasai Perak dengan mempergunakan PPBM, PAN dan PKR.

Selain Aziz Bari, berlaku perubahan besar dalam struktur DAP di Perak. 

Sumber membuat spekulasi bahawa Ketua DAPSY Perak Wong Kah Woh akan meninggalkan DUN Canning untuk pendatang baru iaitu Setiausaha DAPSY Jenny Choy. Wong Kah Woh akan mengambil alih kerusi Parlimen Ipoh Timur daripada Thomas Su. 

Ketua Biru Pembangunan Ekonomi DAP Perak Chong Zhemin dipercayai akan bertanding di DUN Keranji  menggantikan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming di Taiping. 

Nga Kor Ming sebaliknya akan bertanding di Teluk Intan dalam usaha untuk menjatuhkan Presiden GERAKAN Mah Siew Keong yang telah memenangi kerusi tersebut pada tahun 2014 dengan mengalahkan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dalam satu pilihanraya kecil. 

Dyana Sofya bagaimanapun, tidak akan dicalonkan kerana pucuk pimpinan DAP menganggap, pencalonannya akan lebih memudahkan pihak lawan ekoran pertunangannya dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari.

Penasihat DAP Perak, Ngeh Koo Ham juga akan meninggalkan Parlimen Beruas untuk menggantikan Ahli Parlimen Kampar Ko Chung Sen yang dipercayai akan bersara. Pembantu Setiausaha DAP Perak, Paul Yong Choo Kiong dijangkakan akan menggantikan Ngeh di Beruas. 

Bagaimanapun, Ngeh akan kekal mempertahankan kerusi DUNnya di Sitiawan.  

Kebimbangan yang diluahkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Perak yang juga merupakan Pengerusi PPBM Perak, Faizal Azumu beberapa hari lalu agar DAP tidak meletakkan calon-calon Melayu mereka di Perak bagi mengelakkan persepsi ramai bahawa DAP sebenarnya berhajat untuk menguasai jawatan Menteri Besar Perak, ternyata benar. (RUJUK SINI)

Walaupun DAP akan bertanding menggunakan logo PKR, sama seperti calon-calon dari PPBM, PKR sendiri mahupun PAN, hakikatnya yang berkuasa sepenuhnya adalah DAP!

 
Blogger Templates