Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label hina perlembagaan. Show all posts
Showing posts with label hina perlembagaan. Show all posts

Tuesday, June 7, 2016

REMAJA MELAYU HINA TMJ DIHUKUM PENJARA SETAHUN, BUKAN MELAYU HINA INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU, BEBAS!!!



Berita tentang seorang remaja yang dihukum penjara selama setahun (maksimum) kerana menghina Tengku Mahkota Johor menerusi Facebook, sangat menarik perhatian.

Walaupun ianya MEMANG PADAN dengan perbuatan remaja tersebut yang didorong oleh semangat anarki, namun keputusan mahkamah dan undang-undang di negara ini mula dipertikaikan.

Antara TMJ, Raja-Raja Melayu dan Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Persekutuan dikatakan merupakan undang-undang tertinggi. Mana-mana negara sekalipun akan mempunyai undang-undang keras terhadap mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan Perlembagaan negara masing-masing. Malahan, banyak negara memperuntukkan hukuman mati kerana mempertikaikan dan melanggar Perlembagaan negara, bererti melancarkan serangan ke atas negara ini walaupun perlanggaran dan pertikaian tersebut tidak melibatkan senjata.

Dalam Perlembagaan Persekutuan terdapat peruntukan-peruntukan jelas tentang Raja-Raja Melayu, tentang Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, tentang kedudukan dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta Agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan.

Dari pertengahan 1960-an, terutama selepas DAP ditubuhkan, peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan khususnya yang membabitkan Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu-Bumiputera telah dipersoalkan. Malahan telah dikempenkan agar kesemua itu dihapuskan dengan alasan, Malaysia adalah sebuah negara majmuk, biarpun kemajmukan negara ini sebenarnya merupakan helah British yang enggan menerima kaum imigran yang mereka bawa untuk industri perlombongan dan perladangan sebagai rakyat negara mereka.

Sehingga tahun 1974, isu-isu melibatkan pemberian kewarganegaraan kepada kaum imigran terus kedengaran.

Kemuncak daripada 'serangan' ke atas Perlembagaan itulah tercetusnya tragedi 13 Mei 1969 yang cuba ditai-chi dan dikungfu oleh DAP kononnya ia adalah kerja-kerja jahat UMNO walaupun hakikatnya yang mencetuskannya adalah keagresifan para pengikut dan penyokong DAP yang berarak kerana berjaya menawan kerusi-kerusi Bandaran khususnya Kuala Lumpur dalam Pilihanraya Umum Ke-3.

Setakat ini, belum pernah lagi kita mendengar mana-mana pemimpin DAP yang mahu menghapuskan Perlembagaan Persekutuan dengan Malaysian Malaysia mereka dihadapkan ke mahkamah dan menerima hukuman sepertimana yang berlaku kepada kumpulan Al-Maunnah dan sebagainya.

Sehingga kini, mereka masih bebas bergerak ke sana ke mari, masih bebas berkempen dan membuat hasutan, malahan mereka sangat berbangga dengan perbuatan mereka kerana pihak berkuasa, tidak berani berbuat apa-apa sepertimana yang dilakukan ke atas para anarki yang menggunakan Facebook sebagai medium untuk melahirkan kebencian kepada institusi diraja.

Itu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini...


Friday, April 22, 2016

CONTOH TERBAIK KIASU YANG TIDAK SEDAR DIRI DAN LUPA DARATAN APABILA PERSOALKAN KEWUJUDAN MELAYU DAN RAJA-RAJA MELAYU!!!




Ketika negara ini bergelut dengan penjajahan, ramai anak watannya yang bukan sahaja berkorban nyawa dan harta, tetapi juga keringat dan darah. Secara rasminya dari tahun 1511 sehingga 1957, terlalu sedikit jumlah bukan anak watan yang mengorbankan segala-galanya untuk negara ini selain daripada mereka yang 'terpaksa' berbuat begitu kerana keterikatan komitmen dengan penjajah.

Namun, segelintir kecil anak-anak pendatang berasakan mereka adalah sebahagian negara ini, apatah lagi berasa bertanggungjawab untuk menidakkan COP KOMUNIS kepada keseluruhan kaum mereka pada zaman darurat terutama sekali selepas Jepun menyerah kalah kepada Tentera Perikatan pada Perang Dunia Kedua.

Pertembungan antara pengaruh Komunis dan Kuomintang, menambah bilangan anak-anak pendatang yang dilahirkan di negara ini untuk menyertai gerakan menentang kuasa-kuasa tersebut sekalipun majoriti mereka, tidak peduli dan tidak kisah pun dengan apa yang bakal berlaku kepada negara ini.

Apabila British memungkiri janji untuk membawa masyarakat yang didatangkan sebagai buruh dari China dan India sebagai rakyat United Kingdom di bawah klausa Kerakyatan Komanwel, mereka masih berharap, British akan mengubah pendirian dan membawa mereka secara pukal ke Britain.

Perjuangan inilah yang dibuat oleh Hindraf yang kemudian mengambil keputusan untuk menyaman Kerajaan British tetapi ia tidak ubah seperti satu lawak jenaka kerana pilihan yang telah diberikan pada zaman itu.


Hanya pada saat-saat akhir, setelah mengetahui British tidak akan menunaikan janji, barulah timbul kekecohan. MCA yang ditubuhkan oleh saudagar-saudagar perlombongan, estet dan bank, bertindak sebagai hero.

Perjanjian dengan British untuk memerdekakan negara ini, melibatkan semua kaum yang ada di negara ini. Secara lembut, British telah memaksa agar kaum Cina dan India perlu disertakan sekali dalam tuntutan kemerdekaan walaupun hakikatnya, majoriti mereka baru dua generasi di negara ini dan sebahagian besar daripada mereka tidak mempunyai taat setia langsung dengan negara ini seperti Chin Peng yang sehingga ke saat akhir hidupnya, dia hanyalah kelahiran Malaya tetapi bukan rakyat Malaysia.

Hanya dengan berbekalkan kepercayaan, kontrak sosial dijalinkan dan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Melayu, Islam, Bumiputera, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai 'hak keistimewaan' yang tidak boleh disentuh dan diubah.

Namun Perlembagaan itu sendiri bersifat tidak kekal menerusi penguasaan majoriti kerusi-kerusi Parlimen. Penguasaan majoriti dua pertiga, membolehkan mana-mana Artikel Perlembagaan diubah dan digubal mengikut kesesuaian pihak yang menguasai keputusan pilihanraya.


Dan penguasaan di Parlimen sahaja, bukanlah faktor tunggal kerana penguasaan dalam bidang ekonomi dan kewangan akan turut mempengaruhi penguasaan di Parlimen. Ini adalah kerana Pilihanraya itu sendiri menelan perbelanjaan yang bukan sedikit. Pihak yang mempunyai kekuatan dan mendapat sokongan kewangan, mempunyai peluang lebih besar untuk menentukan dasar dan polisi negara pada masa hadapan.

Perubahan sikap dapat dilihat secara ketara bermula pada tahun 2008 apabila ada pihak yang berasakan mereka sudah terlalu kuat kerana sokongan kewangan dan penguasaan ekonomi terutama sekali membabitkan keperluan asas pengguna.

Semangat 1955 yang memperlihatkan bagaimana negara ini menerima kerakyatan secara automatik beramai-ramai dan memecahkan rekod Imigresen dunia yang masih tidak terpecahkan oleh mana-mana negara di dunia ini, langsung tidak dipedulikan lagi.

Atau dengan kata lain, buat-buat lupa.

Kini, generasi baru golongan tersebut yang sudah tidak peduli dengan sejarah, malah melihat sejarah negara ini sebagai 'KEBODOHAN LUAR BIASA SEMATA-MATA UNTUK MERDEKA' mempergunakan segala kesempatan untuk mempertikaikan segala-galanya termasuklah peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.


Ketiadaan sebarang tindakan undang-undang ke atas penghina dan orang yang mempertikaikan mana-manabahagian dalam Perlembagaan Persekutuan, membuatkan mereka semakin besar kepala. Tidak sahaja dari kalangan orang awam, orang politik juga tidak berkecuali mempertikaikan kedudukan yang telah dijamin oleh Perlembagaan. Malahan beberapa perkara yang membabitkan kebebasan bersuara dan berhimpun, kebebasan beragama dan sebagainya telah diperbesar-besarkan sehingga perkara sebenar peruntukan tersebut, langsung tidak diperkatakan, sebaliknya RASISME dan ANTI-ISLAM, MELAYU DAN BUMIPUTERA pula mendapat tempat serta lebih dipercayai.

Perhatikan sahaja apa yang ditulis oleh salah seorang daripada mereka yang dipaparkan di dalam artikel ini.

Sikap berlembut kerajaan serta polisi bertoleransi yang keterlaluan sehinggakan Perlembagaan pun boleh diperkotak-katikkan, pasti akan memusnahkan negara ini suatu masa kelak. Sama ada ianya bersifat sejarah yang hanya layak berada di dalam buku teks atau sebagainya sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak, ia adalah teras kewujudan negara ini.

Seandainya teras pun pun boleh diusik dan dan diganggu bermakna, negara ini sedang berada dalam masalah besar dan pada bila-bila masa, pertempuran antara kaum akan tercetus jikalau dibiarkan dan dibiakkan oleh pihak berkuasa.

Kebencian kepada sesebuah parti politik, tidak seharusnya menjangkit kepada kebencian antara kaum dan agama serta teras kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara Bumiputera yang menerima kalangan bukan Bumiputera sebagai warganya dengan mudah dan dilayan dengan sempurna, malahan seperti kata pepatah, anak beruk di hutan yang disusukan!



Friday, March 25, 2016

TERESA KOK MENYALAK LAGI...JADI AHLI PARLIMEN TETAPI BANGANG TENTANG PERJANJIAN MALAYSIA!!!


Sepatutnya, sesiapa sahaja yang hendak atau terpilih sebagai Ahli Parlimen, mereka perlu menjalani satu lagi ujian sebelum benar-benar boleh berada di Parlimen menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen yang membuat usul, berdebat, meminda dan menggubal undang-undang negara ini. Ujian yang membabitkan Perlembagaan, penguasaan lisan Bahasa Kebangsaan dan pengetahuan am yang cemerlang tentang Malaysia adalah wajib lulus.

Mereka juga wajib lulus dalam perkara yang melibatkan Perjanjian Malaysia membabitkan 20 Perkara untuk negeri Sabah dan 18 Perkara untuk negeri Sarawak.

Mana-mana Ahli Parlimen yang telah dipilih dalam sesuatu pilihanraya, gagal dalam ujian tersebut, secara automatik mereka telah gagal untuk menjadi Ahli Parlimen dan seorang calon baru perlu mengambilalih dengan cara pilihanraya semula.

Kalau tidak, sampai bila pun, kita akan berhadapan dengan ketongongan Ahli-Ahli Parlimen yang bukan sahaja bodoh tolol tetapi juga cuba mendoktrinkan ketololan itu menerusi manipulasi yang menjadi-jadi.

Itulah yang berlaku kepada Teresa Kok petang semalam semasa sesi penggulungan di sidang Parlimen. Ketika jawapan tentang perpaduan rakyat Malaysia diberikan oleh Menteri terbabit, Teresa Kok mengambil kesempatan untuk mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri Sarawak melarang dia dan beberapa orang pemimpin pembangkang daripada memasuki negeri Sarawak.

Katanya, tindakan Kerajaan Negeri Sarawak itu bertentangan dengan Perlembagaan dan menyebabkan perpaduan antara Negeri Sarawak dan Sabah dengan Semenanjung akan longgar.

Joseph Kurup yang mewakili kementerian berkenaan segera membidas nyonya itu, larangan tersebut adalah untuk memastikan, kedamaian dan ketenteraman awam di Sarawak tidak akan tercemar. Walaupun dalam bahasa sopan, Joseph Kurup seperti memberitahu Teresa Kok bahawa nyonya itu dan rakan-rakan pembangkangnya yang dilarang memasuki Sarawak untuk berkempen bagi pilihanraya negeri atau kempen politik biasa, adalah pengacau dan penghasut besar.

Perkara 6 dalam Perjanjian Malaysia membabitkan Sarawak, memberi kuasa imigresen kepada Kerajaan Negeri Sarawak untuk menghalang, menghalau atau pun melarang mana-mana individu daripada memasuki Sarawak. Ia adalah autonomi negeri Sarawak yang telah dipersetujui dan tidak boleh dicabul.

Walaupun dalam Perlembagaan Malaysia, Sarawak dan Sabah merupakan antara salah satu daripada 13 buah negeri dalam Malaysia, tetapi Sarawak dan Sabah mempunyai autonomi serta kuasa-kuasa tersendiri yang tidak boleh dicampuri oleh Kerajaan Pusat yang tidak ada pada negeri-negeri di Semenanjung yang sebelum itu membentuk Persekutuan Tanah Melayu.

Sebagai Ahli Parlimen, sepatutnya Teresa Kok hadam tentang hal tersebut dan tidak cuba mempengaruhi orang ramai sambil menyebarkan persepsi kononnya Kerajaan Negeri Sarawak sangat kejam kerana tidak membenarkan dia masuk berkempen dan kezaliman itu pula dipersetujui dan disokong oleh Kerajaan Pusat. Walhal isu sebenarnya adalah Perlembagaan yang tidak boleh dilanggar dan dicabuli.

Sememangnya hendak menjadi Ahli Parlimen DAP, seseorang itu perlu membuang rasa tanggungjawabnya untuk memelihara dan menjunjung Perlembagaan Persekutuan?

Bayangkanlah DAP menjadi Kerajaan Pusat dan Ahli-Ahli Parlimen serta ahli-ahli akar umbinya macam pengganas komunis yang mengganas di merata-rata tempat, hidup tanpa undang-undang dan undang-undang hanyalah untuk orang lain, bukan untuk mereka.

Itulah nasib Sarawak kalau DAP dibenarkan menang!!!


Wednesday, July 1, 2015

BERANI SANGAT ZURAIDAH KAMARUDDIN SELAR ADUN DAP PERLECEHKAN KOD ETIKA BERPAKAIAN... KENA BUANG NANTI, TAHU LER!!!



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han dikatakan tidak menghormati Rukun Negara dan gagal memahami budaya masyarakat negara ini.

Kenyataan itu dibuat susulan status yang dimuat naik wakil rakyat daripada DAP itu, mengenai kebebasan berpakaian ketika berurusan di pejabatnya.

ADUN Telok Ayer Tawar yang juga Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid menyifatkan status yang dimuat naik Sze Han di laman Facebooknya, sebagai percubaan membawa idea liberal ke negara ini.

“Kalau dia (Sze Han) cuba nak bawa pengaruh liberal ini bukan tempat dia, kalau hendak duduk Malaysia dia kena akur dengan budi bahasa kita,” ujarnya ketika di hubungi FMT.

Sementara itu, Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin turut mempersoal kenyataan Sze Ha.

Jelas Ahli Parlimen Ampang itu, perkara berkenaan tidak perlu ditimbulkan kerana masyarakat sendiri sudah sedar tentang cara berpakaian yang sopan ketika hendak melakukan urusan rasmi.

“Apabila ada isu (tatacara berpakaian oleh kakitangan kerajaan), mereka (ADUN Kinrara) seolah-olah ingin menunjukkan protes dengan melakukan tindakan tersebut.

“Perkara itu tidak perlu dijadikan isu sebenarnya, malah tindakan tersebut tak perlu di uar-uarkan kepada orang ramai sebab orang yang nak datang ke sana mereka sudah faham apa yang mereka patut pakai,” katanya.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, ADUN DAP itu tidak sepatutnya memanaskan kembali isu berhubung tatacara berpakaian kerana itu telah reda dan pihak bertanggungjawab sudahpun memberi penjelasan.

“Tindakan itu tidak wajar sebab isu itu sudah reda, malah selama ini rakyat negara kita hidup dengan cara sopan,’ katanya.

Mengulas isu yang sama, Presiden Ikatan Muslim Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, dia tidak pelik dengan kenyataan itu.

Katanya, apa yang dibuat Sze Han itu munasabah dan bersesuaian dengan matlamat perjuangan parti itu yang gemar budaya kotor.

“Kita tahu DAP ini perjuangan mereka bukan sahaja politik tetapi budaya yang tidak senonoh turut diperjuangkannya. Imej parti itu memang macam itu,” sindirnya. (sumber)


Friday, June 26, 2015

POLITIK BULAN PUASA-AIR KENCING DAN POLEMIK BUKAN ISLAM, MENJATUHKAN MARUAH SEKOLAH ALIRAN KEBANGSAAN... KERJA SARAF SIAPA SEBENARNYA?


Penggunaan gambar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana yang dikaitkan dengan isu di sebuah sekolah di Sungai Petani, Kedah menimbulkan kontroversi dan imej buruk kepada pihak sekolah.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Seri Pristana, Rosli Abdullah menjelaskan, gambar yang dikeluarkan portal berita terbabit seolah-olah menyamakan isu itu berlaku di sekolah ini.

Menurutnya, insiden yang berlaku ketika perhimpunan rasmi sekolah terbabit yang meminta murid bukan Islam tidak minum di dalam kelas ketika Ramadan dikaitkan dengan SK Seri Pristana.

“Sebelum ini saya dikejutkan dengan pesanan ringkas melalui aplikasi Whatsaap yang diterima daripada seorang kawan yang jelas terpampang isu berunsur perkauman yang menggunakan gambar sekolah.

“Penggunaan gambar sekolah seolah-olah menunjukkan kejadian itu berlaku di SK Seri Pristana sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan penduduk di kawasan sekitar.

“Saya cukup kesal apabila portal berita itu sewenang-wenangnya guna gambar sekolah kami untuk laporan berita sedemikian,” katanya yang turut membuat laporan di Balai Polis Saujana Utama.

Rosli menegaskan, kejadian terbabit tidak berlaku di SK Seri Pristana dan mahu pihak portal berita terbabit mengeluarkan kenyataan memohon maaf secara terbuka.

“Saya juga ingatkan supaya gambar SK Seri Pristana tidak digunakan sewenang-wenangnya untuk laporan sedemikian kerana menimbulkan persepsi buruk terutamanya kepada ibu bapa,” katanya.

Sebelum ini, ucapan disampaikan dalam perhimpunan rasmi di sebuah sekolah di Sungai Petani, Kedah menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan ibu bapa bukan Islam.

Adun yang dipanjangkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Kedah itu merujuk kepada ucapan pada 21 Jun lalu iaitu 'murid-murid yang bukan Islam diingatkan supaya tidak minum di dalam kelas. Tetapi minum di dalam tandas sekolah. Sekiranya tidak mempunyai air, maka boleh minum air paip ataupun kencing sendiri'.

Ucapan terbabit disifatkan tidak beradab dan kurang sopan sehingga menimbulkan sentimen perkauman dalam kalangan pelajar dan masyarakat bukan Islam. (SUMBER)


Monday, May 4, 2015

APA MASALAH ONG KIAN MIN YANG TAKUT SANGAT DENGAN SYARAT LULUS CALON PILIHANRAYA ADALAH BAHASA MELAYU?



Nama sahaja rakyat Malaysia, tetapi sebenarnya langsung tidak ada rasa hormat kepada Perlembagaan dan peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia. Malah, walaupun seringkali berselindung di sebalik Perlembagaan, hakikatnya DAP dan para pemimpin mereka sebenarnya amat memusuhi Perlembagaan Malaysia.

Cadangan agar bakal-bakal calon Pilihanraya dikehendaki WAJIB SEKURANG-KURANGNYA KREDIT Bahasa Melayu secara lisan dan tulisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia, nampaknya ditentang keras oleh Ong Kian Min yang menganggap, cadangan tersebut sebagai tidak masuk akal dan kurang waras. Malahan, N.Surendran dari PKR pula bertanya apa perlunya calon berbahasa Melayu dengan alasan, keputusan tersebut terletak di tangan pengundi. (RUJUK SINI)

Satu-satunya Bahasa Rasmi di Malaysia adalah Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris pula adalah Bahasa Kedua. Manakala bahasa pertuturan selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diletakkan dalam kategori bahasa ibunda yang dibenarkan dituturkan serta dipelajari secara bebas di negara ini.

Barangkali kerana tidak faham frasa 'dibenarkan guna, dituturkan atau dipelajari', maka Ong Kian Min menganggap Bahasa Melayu sudah tidak lagi berada dalam kedudukan Bahasa Rasmi Kebangsaan. N.Surendran pula barangkali terlupa bahawa ini adalah Malaysia dan walaupun di India, para perwakilan di Parlimen mahupun Dewan Negeri mereka memerlukan setiap perwakilan menguasai Bahasa Kebangsaan sama ada dalam bentuk tulisan apatah lagi lisan.

Mungkin kerana sudah terlalu lemak dan naik ke kepala, baik Ong Kian Min mahupun N.Surendran sudah lupa di mana mereka berada. Mereka sebelum ini banyak memperkatakan tentang Cina dan India tetapi pada masa yang sama, mereka buat-buat tidak sedar tentang peruntukan Perlembagaan Malaysia yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Justeru barangkali itulah sebabnya mengapa, ADUN 'TERBULU-BULU' dari DAP menimbulkan tanda tanya sama ada dia sebenarnya rakyat Malaysia atau sebaliknya kerana penguasaan Bahasa Kebangsaannya terlalu daif!!!


 
Blogger Templates