Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label hamidah osman. Show all posts
Showing posts with label hamidah osman. Show all posts

Tuesday, January 2, 2018

AKHIRNYA MAHATHIR BERPERANG DENGAN WANITA DUA BERADIK DARI PERAK DAN PARA PENYOKONG MAHATHIR DILANDA KEBIMBANGAN LUAR BIASA!!!



Sama ada dalam atau luar negara, para pemerhati politik khususnya pada era Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia seringkali mengulas tentang sikap Dr. Mahathir yang akan melakukan serangan demi serangan secara bertali arus untuk mennutup perbuatan songsangnya, sekaligus membuatkan orang ramai terlupa tentang masalah yang telah diciptanya, atau wang negara dilarikan untuk kroni dan anak-anaknya. Seringkali juga, taktik Mahathir itu berjaya sehingga akhirnya, ramai orang terlupa tentang masalah-masalah besar yang diciptanya bermula dari zaman dia dilantik sebagai Senator pada tahun 1973.

Perhimpunan Agung PPBM Kali Pertama telah diadakan minggu lepas. AGM tersebut mendapat kritikan dari banyak pihak ekoran perlanggaran banyak syarat-syarat serta Perlembagaan PPBM sendiri.


Meskipun jentera propaganda PPBM cuba 'memperbetulkan' kenyataan tersebut dengan menyatakan, AGM PPBM yang dianjurkan di Shah Alam itu adalah sah di sisi undang-undang dengan hujah-hujah dangkal mereka, namun bekas Naib Presiden PPBM yang keluar dari parti tersebut, Dato Hamidah Osman mempersoalkan perjalanan AGM berkenaan.

Berdasarkan kepada perlembagaan PPBM sendiri, AGM perlu dimulakan dengan mesyuarat Cawangan, Bahagian yang kemudian akan melantik perwakilan. Sepanjang tempoh PPBM ditubuhkan, berdasarkan hujah-hujah para penyokong PPBM sendiri, hanya Bahagian Pagoh sahaja yang didaftarkan. Bermakna, perwakilan-perwakilan yang datang ke AGM itu adalah 'perwakilan haram'... trick mudah untuk memudahkan ROS mengharamkan PPBM dan kemudian menyalahkan UMNO-BN kononnya takut dengan Dr. Mahathir dan PPBM sehingga perlu mengharamkan parti berkenaan.

Mahathir tahu, zaman sudah berubah. Trick sebegitu mudah dibaca. Orang ramai juga tidak lagi tertahan-tahan untuk memberikan pendapat berdasarkan pengetahuan mereka.


Dan sedar bahawa salah seorang yang akan menghentam teruk PPBM kerana mengadakan AGM haram adalah bekas orang kuat parti itu yang juga merupakan pengasas PPBM di Perak, Dato Hamidah Osman dan adiknya, Hamizura, Dr. Mahathir terlebih dahulu dalam ucapannya dalam AGM PPBM yang dilihat lebih kepada melepaskan geram terhadap Najib Abdul Razak, mengibaratkan mereka yang keluar dari PPBM adalah 'SAMPAH'.

Mahathir menyerang terlebih dahulu sebelum Hamidah dan Hamizura menyerangnya dan PPBM. Mahathir mengumpan kemarahan orang lain dengan harapan, pelbagai pendedahan tentang penyelewengan dan skandal kewangan negara semasa dia berkuasa dahulu, dilupakan terutama sekali yang membabitkan RCI Forex dan satu lagi RCI yang bakal diadakan, RCI Memali.

Kedua-dua beradik itu telah pun melancarkan dan mengisytiharkan 'perang'. Walaupun kedua-duanya pernah beridolakan Mahathir, malah Dato Hamidah Osman sendiri secara berterus-terang pernah menyatakan, dia mahu melihat Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia, perangai buruk Mahathir menyebabkan kedua-duanya mula mempersoalkan kewibawaan Mahathir sendiri.


Berbanding Mahathir, Hamidah Osman dan adiknya, hanyalah nama kecil. Tetapi cerita bagaimana mereka mewujudkan PPBM di Perak sehingga sanggup membakar jambatan dengan UMNO dan Najib Abdul Razak, adalah cerita besar. Bahkan setelah PPBM wujud di Perak, kedua-duanya diketepikan untuk memberi laluan kepada orang yang tidak pernah peduli pun tentang PPBM, akhirnya menyebabkan PPBM Perak berpecah dan runtuh seperti yang dapat dilihat pada hari ini.

Dalam sejarah, satu-satunya wanita yang Mahathir pernah bergaduh adalah Margaret Thatcher. Sepanjang sejarah kerjaya politiknya, Mahathir terlalu kuat bergantung kepada Wanita. Dari zaman Aishah Ghani sehinggalah ke zaman Rafidah Aziz, Zaharah Sulaiman dan seterusnya Shahrizat Abdul Jalil untuk mengekalkan kuasa dan kedudukannya.

Tetapi sekarang, sejarah juga bakal mencatatkan, Mahathir diserang oleh dua orang wanita yang pernah berbudi kepadanya dan Mukhriz Mahathir!


Wednesday, October 11, 2017

HAMIDAH TETAP SAMAN SADDIQ... KETUA ARMADA BARU SEDAR, PERTEMUAN DIATUR UNTUK KANTOIKAN DIA!!!



Pertemuan antara Syed Saddiq dengan Hamizura Osman telah berlangsung semalam di Cafe Hotel Hilton. Matlamatnya adalah untuk mendamaikan antara Datuk Hamidah Osman, bekas Naib Presiden PPBM yang telah mengisytiharkan diri keluar parti dengan Ketua ARMADA PPBM, Syed Saddiq.

Hamidah bagaimanapun, enggan bertemu Saddiq memandangkan Ketua ARMADA itu masih enggan memohon maaf, apatah lagi proses untuk menyaman Syed Saddiq masih ingin diteruskan.


Sesuatu yang menarik, berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Hamizura Osman, adik Hamidah, dalam pertemuan tersebut, Syed Saddiq telah mengakui, dia sebenarnya telah mendengar maklumat yang salah dari sebelah pihak.

Sekaligus membenarkan cakap-cakap sebelum ini bahawa di dalam parti yang diterajui oleh Mahathir tetapi dipresidenkan oleh Muhyiddin Yassin itu, wujud percanggahan dan perbalahan dalaman yang amat teruk.



Menurut Hamizura, dalam pertemuan tersebut, Syed Saddiq mengakui dia salah faham dan hanya mendengar cerita dari satu pihak ketika berlakunya kemelut PPBM di Perak. Sekaligus tuduhan konon kakaknya adalah parasit UMNO dalam PPBM adalah tuduhan rambang yang dibuat oleh satu pihak yang tidak senang dengan kehadiran Hamidah di dalam parti tersebut.

Kenyataan yang dibuat oleh beberapa portal berita pro-DAP seperti Malaysiakini yang mengatakan Saddiq dan Hamidah telah berdamai, dinafikan oleh Hamizura. Bahkan Datuk Hamidah dalam kenyataannya, menyatakan, cerita antara dia dengan Saddiq masih jauh dari selesai. Malah proses menyaman Saddiq kerana menfitnahnya menerima rasuah dari UMNO juga tetap diteruskan. Apatah lagi, Saddiq sendiri enggan memohon maaf kepada Hamidah dan Hamizura setelah menfitnah dan membuat tohmahan ke atas mereka.





Penafian yang dibuat oleh Hamizura, kemudiannya menarik perhatian para penyokong PPBM. Beberapa pihak secara terang-terangan mendesak agar Saddiq yang mengakui dia hanya mendengar fitnah dan kemudian memanjangkannya agar dipecat dari parti. Manakala beberapa pihak pula mempersoalkan pertemuan tersebut dengan menyifatkannya sebagai tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada parti, sebaliknya memberi kredit kepada orang lain memandangkan Hamidah dan Hamizura telah dilabelkan sebagai 'SAMPAH' oleh Dr. Mahathir.

Barangkali sedar, pertemuan yang diatur oleh seorang ahli PKR yang rapat dengan Hamizura-Hamidah serta pernah terlibat dalam pembohongan tandatangan Deklarasi Rakyat suatu ketika dahulu, hanya memalukannya, Syed Saddiq kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan.


Katanya, sepatutnya pertemuan itu hanya melibatkan tiga orang tanpa wakil-wakil media. Perbincangan itu juga sepatutnya diadakan secara tertutup. Dan apabila Hamizura menggunakan rujuan kepada Majlis Presiden/MPT, menurutnya, sukar untuk dia berbincang secara terbuka kerana dia terikat dan tidak boleh mendedahkan apa yang berlaku dalam MPT.

Saddiq kemudiannya menyalahkan pengaturan media di lokasi. Dek kerana kehadiran wakil-wakil media itu, perbincangan mereka tidak berjalan lancar.



Walaupun pada peringkat persetujuan, tiada terma 'tiada wakil media' namun setelah pengaturan pertemuan tersebut nyata sebenarnya bertujuan untuk memperlekehkannya, Syed Saddiq terpaksa menyalahkan media. Alasan klise bagi seorang ahli politik amatur!

Biarpun portal pro-DAP berusaha untuk membuktikan pertemuan tersebut berjaya, hakikatnya portal pro-DAP itu juga mendedahkan sesuatu iaitu, pertembungan, pergaduhan dan perpecahan dalam PPBM antara kem Mahathir dengan kem Mahyuddin kerana politik cas-keting.


Friday, September 15, 2017

HAMIZURA OSMAN BUKTIKAN CINA DAP TERLALU KEBAL DAN TIDAK BOLEH DIUSIK!!!

 
 
Hamizura Osman, adik kepada Naib Presiden Parti Cap Bunga yang sering menimbulkan kontroversi kerana kelantangannya, menjadi bahan sesahan DAP dan sekutu-sekutu DAP di media-media sosial terutama sekali Facebook.

Dia dikecam hebat setelah mengeluarkan memuatnaikkan satu status yang secara langsung menyentuh DAP yang barisan kepimpinan dan tumpuannya adalah Cina-Cina chauvinist yang sentiasa mencari jalan untuk mempersendakan Islam, orang Melayu bahkan raja-raja Melayu selain bukan sahaja tidak menghormati Bahasa Kebangsaan, bahkan tidak fasih pun bertutur dalam Bahasa Kebangsaan.

Sebelum ini, Hamizura dan kakaknya, Hamidah Osman dicop sebagai 'agen UMNO' dan pengacau dalam parti yang mereka sama-sama tubuhkan dan kembangkan ke Perak. Hamizura dan kakaknya merupakan orang yang paling aktif memperkenalkan Parti Cap Bunga di Perak sebelum mana-mana pemimpin Parti Cap Bunga yang ada sekarang ini berani keluar dari cengkerang UMNO mereka. Kedua-dua beradik itulah juga yang bersusah payah menahan kecaman dan pelbagai tuduhan daripada orang UMNO kerana tindakan mereka yang taksub kepada Mahathir dan kesanggupa membakar jambatan walaupun selama ini hasil hidup mereka diperolehi menerusi UMNO.

 
Namun, apabila Parti Cap Bunga sudah pun bertapak di Perak, kedua-dua beradik itu terutama sekali Hamidah Osman cuba disingkirkan. Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq yang terlalu hijau dan mentah dalam permainan politik berbanding Hamidah Osman, melabelkan Hamidah Osman sebagai PARASIT dan menggesa partinya memecat Hamidah Osman.

Beberapa pihak lain yang rapat dengan Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir turut melakukan desakan yang sama. Tindakan Muhyiddin menaikkan Faizal Azumu atau lebih dikenali sebagai Peja yang merupakan orang suruhan Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi PPBM Perak dengan mengenepikan Hamidah Osman, merupakan langkah halus menyingkirkan Hamidah.

Ketika sambutan ulangtahun pertama PPBM yang diadakan baru-baru ini, Hamidah Osman yang berjawatan Naib Presiden hanya diberikan kerusi penonton, bukannya sebaris dengan barisan kepimpinan utama PPBM.

Kenyataan yang dkeluarkan oleh Hamizura jelas merupakan kenyataan peribadinya tetapi kebimbangan para pemimpin PPBM tentang kemarahan DAP, menyebabkan Hamizura dikecam. Bukan sahaja Hamizura, tetapi Hamidah Osman turut diheret sama.

 
Dari Tariq Ismail sehinggalah ke Ketua Armada Perak, semuanya mengecam Hamizura. Dari golongan yang dikatakan 'media rasmi PPBM' sehinggalah ke golongan WhatsApp, Hamizura dilabelkan sebagai biawak mengkarung!

Semuanya semata-mata kerana bimbang DAP terhentak hati dan enggan bersekongkol dengan PPBM yang pada peringkat penubuhannya mewuar-uwarkan mereka adalah parti orang Melayu yang turut menggunakan nama Pribumi.

Sekaligus gelagat dan kenyataan atau lebih tepat lagi, ketakutan mereka terhadap DAP mengesahkan bahawa DAP adalah tuan sebenar mereka. Mahathir yang dikataka ULTRA Melayu dan Muhyiddin yang pernah menggelarkan dirinya sebagai UMNO TOTOK dahulu, sebenarnya hanya berada di bawah telapak kaki para pemimpin DAP.

 
Tiada satu pun kecaman atau label RASIS dibuat terhadap NGEH KOR HAM dan NGA KOR MING yang mengeluarkan pelbagai kenyataan menghina Melayu dan Islam daripada mulut atau jari golongan yang kuat mengecam Hamizura Osman atas nama RASIS. Mereka tidak berani langsung menempelak sikap chauvinist dan rasis yang ditunjukkan oleh P.Ramasamy atau Hew Kuan Yau, apatah lagi terhadap Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Tapi apabila membabitkan pemimpin Melayu, mereka tiba-tiba sahaja jadi suci dan sangat berfikiran terbuka.

Inilah golongan yang siang malamnya meratibkan dan berzikirkan NAJIB RASUAH tetapi langsung tidak berani buka mulut atau cepat-cepat memadamkan lintasan hati apabila kes rasuah membabitkan Lim Guan Eng dan Phee Boon Poh yang dibawa ke mahkamah.

Munafiqnya!

Tuesday, July 4, 2017

KAK MIDAH TUNTUT TINDAKAN DISIPLIN KE ATAS SYED SADDIQ!!!



Naib Presiden Cap Bunga yang dianiayai oleh partinya sendiri, Datuk Hamidah Osman atau lebih dikenali sebagai Kak Midah, hari ini mungkin sudah tidak dapat menahan sabarnya lagi dengan kerenah serta tingkahlaku Syed Saddiq.

Syed Saddiq merupakan Ketua Armada Cap Bunga yang perasan dia hebat, dia berpengaruh besar, dia kuat dan dia mempunyai peminat yang ramai, pada 28 Mei lalu telah menuduh Kak Midah sebagai DALANG yang terlibat dalam episodnya ahli Cap Bunga Perak keluar beramai-ramai.

Media melaporkan sekurang-kurangnya 1000 orang ahli Cap Bunga Perak telah keluar parti menjadikan Cap Bunga Perak yang diketuai oleh salah seorang bekas pegawai khas Mukhriz di Kedah yang lebih dikenali sebagai Peja, lumpuh.

Kak Midah dan adiknya, Hamizura Osman telah dituduh mendalangi episod tersebut, kononnya tidak berpuas hati Kak Midah tidak dilantik ke jawatan Pengerusi Cap Bunga Perak.

Syed Saddiq turut mengecam dan menuduh Kak Midah yang merupakan bekas Ketua Wanita UMNO Gopeng sebagai hipokrit kerana tidak bersetuju dengan keputusan Muhyiddin Yassin mengikut kehendak Mukhriz yang melantik orang lain sebagai Pengerusi Parti Cap Bunga Perak, dan bukan dirinya.

Datuk Hamidah Osman dan adiknya merupakan antara penggerak dan penaja utama kewujudan Parti Cap Bunga Perak. Hamidah Osman dan Hamizura Osman juga merupakan tenaga penting dalam kempen untuk memperolehi lebih banyak keahlian dan sokongan daripada bekas UMNO Perak.

Bagaimanapun, kekaguman dan keterujaan kerana dapat bekerja secara langsung dengan Dr. Mahathir, tidak mengkagumkan Mukhriz Mahathir yang merupakan Timbalan Presiden Cap Bunga. Sebaliknya, Mukhriz melantik orangnya sendiri, yang tidak berpengalaman dan tidak berpengetahuan untuk mengetuai parti di Perak.

Kak Midah dan Hamizura bagaimanapun, belum membuat keputusan untuk keluar dari parti yang mereka sama-sama bangunkan itu. Tetapi Syed Saddiq yang sedang gila kuasa pula mendesak agar Kak Midah dan adiknya, dikeluarkan dari Parti Cap Bunga sekaligus menimbulkan persengketaan antara mereka sehinggakan Hamizura melabelkan golongan yang beria-ia mahu tunjuk kuasa itu sebagai PARASIT UMNO yang masih membawa budaya lama UMNO ke dalam Cap Bunga.

Menurut Kak Midah, dia akan menulis surat rasmi kepada Lembaga Disiplin Cap Bunga secepat mungkin. Syed Saddiq menurutnya tidak boleh dibiarkan berterusan membuat tuduhan-tuduhan liar dan tidak berasas tanpa menghadirkan bukti.

"Saya harap Lembaga Disiplin akan bertindak ke atasnya kerana sekiranya masalah ini tidak ditangani, sekiranya ahli-ahli parti dibenarkan menyerang sesama sendiri di khalayak awam, parti akan musnah," katanya seperti yang dipetik oleh FMT.


Sunday, June 12, 2016

ALAHAI KAK MIDAH... TAKKANLAH KERANA BERMUSUH DENGAN NAJIB, KAK MIDAH MEMBODOHKAN DIRI SENDIRI!!!



Hari ini Hamidah Osman yang dahulunya merupakan wanita agresif dan sangat terkenal dengan kerja-kerja blackop sehingga akhirnya memakan diri melalui keputusan PRU-13 di DUN Sungai Rapat, berceramah menyokong calon PAN bersama-sama Tun Dr. Mahathir untuk PRK Kuala Kangsar.

Hamidah Osman tidak lagi menjadi ahli UMNO setelah keahliannya dipecat kerana melanggar disiplin parti.

Sebelum dipecat, malah ketika 'kekalutan' kerana kehilangan segala-galanya, banyak khabar-khabar angin membabitkan Hamidah Osman bertiup kencang. Kata mereka, setelah gagal menduduki jawatan Senator seperti yang diidam-idamkannya, Hamidah Osman telah diberikan jawatan sebagai Pengerusi TEKUN. Bagaimanapun, sebagai Pengerusi TEKUN, Hamidah Osman gagal melaksanakan tanggungjawabnya. Malah ada juga yang mengaitkan kegagalannya itu dengan adiknya sendiri.

Ketika berceramah di Chandan Puteri, Kuala Kangsar, dengan kehadiran penonton dan pendengar yang amat memalukan bagi majlis yang dihadiri oleh bekas Perdana Menteri, Hamidah Osman cuba memberikan alasan yang mewajarkan tindakannya menyokong calon PAN. Namun alasan tersebut langsung tidak sepadan dengan kredibiliti serta jawatan-jawatan yang pernah disandangnya sebelum ini.

Menurut Hamidah, Najib perlu digulingkan dan kemenangan di PRK Kuala Kangsar perlu diberikan kepada calon PAN bagi mengelakkan kenaikan kadar GST dari 6% menjadi 8%.

Kata Hamidah lagi, kemenangan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan memberi isyarat kepada Najib bahawa dia boleh menaikkan kadar kutipan GST.

Hamidah Osman cuba membayangkan bahawa Parlimen sudah tidak berfungsi lagi selepas BN berjaya mengekalkan kemenangan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. 222 orang Ahli Parlimen yang lebih 80 orang tidak mampu menentang apabila Najib mahu melaksanakan kutipan GST pada kadar 8%.

Atau Hamidah Osman cuba memperdayakan masyarakat pengundi di Kuala Kangsar kononnya, GSST 8% itu akan dikenakan kepada penduduk Kuala Kangsar?

Chong Chien Jen, Pengerusi DAP Sarawak pada 31 Mac 2016 berkata, kalau BN menang besar di PRN Sarawak, kadar GST akan dinaikkan menjadi 10%. Hari ini pula, Hamidah Osman kata, kadar GST akan dinaikkan menjadi 8% kalau BN menang di Kuala Kangsar.


Bagaimana sekiranya kadar 6% kekal? Mahukah Hamidah Osman bersara terus dari politik, sebaliknya menjaga kepentingan perniagaannya yang diperolehi sepanjang dia bergelar Exco Kanan Perak? 

Adakah dengan penghapusan GST seperti kemahuan kumpulan Protun dan taukeh-taukeh besar yang mendanai pergerakan Tun, maka SST yang mudah dimanipulasi oleh mereka, akan dikembalikan, sekaligus menyebabkan hanya rakyat yang perlu dipertanggungjawabkan untuk mengekalkan kekayaan dan kemewahan mereka?

Hamidah Osman bukanlah nama kecil tetapi tindak tanduknya setelah kehilangan kuasa, jelas bukan sahaja mentalkinkannya tetapi juga sebagai paku terakhir yang menutup kerandanya!


Monday, May 30, 2016

KAK MIDAH KATA, CALON BN DI KUALA KANGSAR ADALAH 'LAWAK JENAKA'!!!



Keputusan Barisan Nasional (BN) mencalonkan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon BN bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar dilihat sebagai satu lawak jenaka pucuk pimpinan parti itu.

Bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata demikian selepas mendapati ramai akar umbi parti itu sendiri tidak bersetuju dengan pencalonan Mastura, balu bekas Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.

Katanya, pencalonan Mastura hanyalah untuk meraih undi simpati rakyat, sekaligus sanggup mengadai perjuangan asal BN sebelum ini yang sentiasa mengetegah calon berkaliber dan mampu berkhidmat untuk rakyat.

“Saya pun tak faham apa strategi BN dengan meletakkan Datin Mastura sebagai calon.

“Strategi meraih simpati itu sudah lari daripada strategi asal UMNO dan BN yang mahu meletakkan calon yang mampu berkhidmat untuk rakyat dan menyumbang tenaga.

“Ia menunjukkan UMNO dan BN sudah tenat sehingga terpaksa guna elemen simpati untuk menarik undi,” katanya yang turut menegaskan Mastura masih tidak cukup pengalaman dalam bidang politik.

Tambahnya lagi, proses berkempen adalah penting untuk calon mengambil tahu dan melihat sendiri permasalahan rakyat demi melakukan perubahan selepas dipilih menjadi Ahli Parlimen.

“Namun, halangan (temph edah) Mastura tidak turun berkempen dikhuatiri akan menjadi kekurangan. Saya juga tidak yakin rakyat akan mengundi calon BN atas dasar simpati. Ini bukan medan mencari simpati dan keadaan Mastura sebagai balu sepatutnya diberi sokongan bukan digunakan sebagai strategi menang pilihanraya,” katanya kepada FMT.

Ekoran itu, Hamidah yang juga bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng turut menjangkakan pengundi Kuala Kangsar akan berubah angin menolak BN dan memilih calon PAS yang dilihat mampu membawa suara rakyat berbanding BN.

“Sokongan rakyat kepada calon pembangkang (PAS) bukan kerana mereka suka pembangkang tetapi mereka tidak suka calon BN. Selain itu, mereka juga tiada pilihan. Situasi dan isu semasa seolah-olah membolehkan calon PAS berpeluang untuk menang.

“Ini ditambah dengan isu Datuk Seri Najib Razak yang semua sedia maklum diikuti kemarahan penduduk Kuala Kangsar yang kebanyakannya penoreh getah dan menanam kelapa sawit di mana harga getah dan kelapa sawit turun sehingga menekan hidup mereka.

“Akar umbi BN juga tidak bersetuju dengan pencalonan Mastura dan mengajak penduduk mengundi calon yang tidak ada edah (pembangkang),” katanya.

Terdahulu, Mastura tampil membuat permohonan maaf kepada seluruh jentera parti kerana tidak dapat menyertai kempen yang dijadual bermula 5 Jun depan.

Mastura, 55, berkata beliau mengambil keputusan itu kerana masih berada dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana yang ditetapkan hukum Islam bila seseorang wanita kematian suami. (FMT)


Sunday, May 29, 2016

KAK MIDAH BAKAL MENYERTAI PRK PARLIMEN KUALA KANGSAR SEBAGAI CALON BEBAS?!!!



Desas-desus semakin bertiup kencang di Kuala Kangsar.

Bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia merangkap bekas ADUN Sungai Rapat dan bekas Ketua Wanita UMNO Gopeng, yang telah dipecat dari UMNO beberapa bulan dahulu kerana tindak-tanduknya yang bertentangan dengan Perlembagaan UMNO.

UMNO dan PAS telah pun mengumumkan calon-calon mereka yang akan bertanding di PRK Kuala Kangsar merebut kerusi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam tragedi helikopter terhempas pada awal Mei lalu. PAN yang digembar-gembur akan turut serta dalam perebutan tersebut, belum menamakan calon mereka sehinggalah hari Rabu minggu hadapan.

Hamidah Osman atau lebih dikenali sebagai Kak Midah dikatakan akan mencalonkan dirinya di Kuala Kangsar. Walaupun dilihat merupakan proksi Tun Mahathir di mana Kak Midah sendiri adalah penyokong kuat Tun Mahathir, bekas Exco Kanan Perak itu dilihat wajar untuk menguji kekuatan dan pengaruhnya di Kuala Kangsar.

Kak Midah kini tidak berparti. Bebas dan tidak terikat dengan mana-mana perlembagaan atau peraturan parti. Kumpulan protun yang seringkali bercakap besar tentang sokongan rakyat kepada Mahathir untuk menggulingkan Najib bolehlah dipergunakan di Kuala Kangsar sebagai jentera parti.

Lagipun, sebagai bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Kak Midah tentu sekali tahu secara terperinci dengan taktik dan teknik yang digunakan oleh tulang belakang UMNO itu. Sekaligus memudahkan Kak Midah untuk mengadaptasi bagi memastikan kemenangannya dalam PRK Kuala Kangsar.

Manalah tahu, nak dijadikan cerita, Kak Midah ada rezeki menang dan bergelar Ahli parlimen. Kalau sudah menjadi Ahli Parlimen, sudah tentu urusan akan menjadi lebih mudah, terutama sekali yang membabitkan syarat-syarat dan tuntutan.

Bagaimanapun, ini sekadar desas-desus sahaja. Tuan punya badan sendiri belum membuat sebarang pengumuman serta keputusan. Negara ini mengamalkan demokrasi. Jadi kalaupun benar desas-desus tersebut, Kak Midah sekadar menjalankan dan memeriahkan amalan demokrasi di negara ini!


Tuesday, November 24, 2015

KAK MIDAH, BEKAS KETUA PENERANGAN WANITA UMNO DAN BEKAS ADUN UMNO SUNGAI RAPAT, DIPECAT DARI UMNO!!!



Salah seorang pemimpin dan ahli UMNO yang seringkali dilihat rapat dengan kumpulan yang menentang Presiden UMNO, selain merupakan antara karektor utama dalam peralihan Kerajaan Negeri Perak pada Januari 2009 dari Kerajaan Pakatan Rakyat kepada Kerajaan UMNO-BN, Datuk Hamidah Osman, telah dilucutkan keahliannya dari UMNO.

Panas lagilah suhu politik UMNO Malaysia, khususnya dari kalangan Pro-Tun yang mana Hamidah Osman adalah salah seorang tenaga penggeraknya.

Berita berkenaan telah disahkan sendiri oleh Hamidah Osman menerusi WhatsApp.



Difahamkan, Majlis Tertinggi UMNO telah dipecat kerana melanggar disiplin parti. Mesyuarat MT juga dibuat di bangunan Parlimen atas alasan bimbang sekiranya ada pengundian berlaku dalam sidang Parlimen.

Selain itu, MT juga membuat keputsan bahawa tiada perasmian serentak Sayap-Sayap parti, sebaliknya perasmian akan dibuat oleh Ketua-Ketua Sayap masing-masing pada persidangan mereka.

SUMBER: BULETIN 247


 
Blogger Templates