Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label air selangor. Show all posts
Showing posts with label air selangor. Show all posts

Thursday, April 2, 2015

KHALID IBRAHIM BERSUARA, MEMBELASAH AZMIN ALI DEPAN MUKA DAN MENYURUHNYA LETAK JAWATAN SEBAGAI MENTERI BESAR SELANGOR!!!



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihatkan Mohamed Azmin Ali meletak jawatan Menteri Besar Selangor sekiranya gagal menyelesaikan masalah rakyat terutama penstrukturan semula air di negeri itu.

Beliau berkata, Azmin perlu berundur supaya Kerajaan Selangor diketuai oleh individu yang lebih layak, pakar dan berpengalaman yang setaraf dengan status Selangor sebagai negeri termaju.

Abdul Khalid menegaskan beliau tidak berminat untuk dilantik semula sebagai Menteri Besar tetapi bertanggungjawab menegur demi kepentingan rakyat dan negeri Selangor apatah lagi Sultan Selangor telah bertitah supaya kerajaan negeri segera menyelesaikan penstrukturan air yang telah tertangguh sejak sekian lama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas Pelabuhan Klang itu menjelaskan, sikap berdolak-dalih Azmin dalam menyelesaikan permasalahan air telah menyusahkan rakyat yang terpaksa berdepan gangguan bekalan air.

“Selepas Perjanjian Utama dimeterai antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, persetujuan dicapai untuk membina paip air daripada Sungai Pahang ke Loji Semenyih tanpa sebarang bayaran.

“Namun, pendirian berubah-ubah yang diambil kerajaan negeri sekarang menghalang projek ini dilaksanakan dan akibatnya pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia menghadapi gangguan bekalan air yang teruk sejak beberapa bulan yang lalu,” katanya ketika membahas Ucapan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Sultan Selangor dalam Sidang Dewan Negeri Selangor, pada Khamis.

Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bebas Bandar Tun Razak mengulangi desakan supaya kerajaan negeri kekal dengan tawaran pampasan RM9.65 bilion untuk pengambilalihan air daripada syarikat konsesi kerana jumlah itu telah memberi keuntungan yang munasabah kepada konsesi terlibat.

Beliau berkata, agak melucukan apabila Azmin mengaitkan kedudukan kewangan kerajaan Persekutuan hampir bankrap menyebabkan perjanjian air tidak dapat diteruskan.

“Hakikatnya penstrukturan semula industri air di Selangor tiada kaitan sama sekali dengan semua ini kerana ia telah termaktub dalam Akta Perkhidmatan Industri Air 2006,” katanya.

Tindakan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menukar dasar pelaksanaan dan sistem tender terbuka untuk projek kerajaan selepas dua bulan memegang jawatan amat meragukan kerana dibuat secara tergesa-gesa.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Azmin menukar dasar tender terbuka dengan alasan penganugerahan tender kepada sebut harga termurah merbahaya.

Bagaimanapun beliau yang juga bekas Menteri Besar Selangor mempersoalkan keputusan yang dibuat kerajaan negeri bagi menyokong tindakan yang diambil yang kononnya lebih baik dari dasar yang diamalkan di zaman pentadbirannya.

Beliau bimbang langkah berkenaan akan menyebabkan wujud lebih ramai golongan ‘rentier’ atau orang tengah yang mengaut keuntungan atas angin dan golongan kapitalis kroni seperti yang berleluasa di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

“Malang bagi rakyat Selangor kerana tiada lagi harapan yang tinggal untuk mereka, seolah-olah mandat besar yang diberi rakyat pada PRU13 disia-siakan begitu saja,” katanya ketika membahaskan Ucapan Menjunjung Kasih Sultan Selangor pada sidang Dewan Negeri Selangor.

Abdul Khalid berkata, tender terbuka yang diperkenalkan pada 2008 di bawah pentadbirannya yang menekankan konsep nilai bagi wang telah berjaya menghapuskan peranan orang tengah dan menjimatkan wang rakyat lebih RM100 juta setiap tahun, di mana ia dipulangkan semula kepada rakyat untuk program-program kebajikan.

Beliau berkata, pendekatan baharu tender terbuka yang dibuat Azmin itu telah gagal meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam terutama melibatkan pengurusan sisa pepejal, pencemaran alam dan ekosistem yang meningkatkan kes denggi. (SUMBER)

Saturday, March 14, 2015

KHALID IBRAHIM MENGAMUK!!! BILA SPRM DAN SELCAT NAK SIASAT RASUAH SERTA SALAHGUNA DALAM PENSTRUKTURAN AIR SELANGOR?!!!



Bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim telah mendesak agar pihak berkuasa menyiasat tuduhan rasuah dan salahguna kuasa dalam perjanjian penstrukturan semula air antara Kerajaan Negeri Selangor dengan Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, ini adalah untuk memastikan rakyat Selangor tidak membayar lebih dari RM9.65 bilion yang telah dipersetujui untuk mengambilalih kesemua konsensi air di negeri itu dari Kerajaan Persekutuan.

"Saya menggesa semua pihak yang terlibat untuk tidak teragak-agak bagi memulakan siasatan ke atas semua tuduhan tuduhan rasuah dan salahlaku (dalam urusan membeli semula syarikat-syarikat konsensi).

"Rakyat Selangor tidak boleh dipaksa untuk membayar lebih dari harga yang telah ditetapkan iaitu RM9.65 bilion yang telah dipersetujui," katanya dalam Dewan Rakyat.

Berucap ketika membahaskan titah Yang Di-Pertuan Agong, Ahli Parlimen Bebas Bandar Tun Razak itu menyatakan pihak berkuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu mempertingkatkan usaha untuk menggempur rasuah dan salahguna kuasa.

Menandatangani perjanjian air yang dilihat sebagai sesuatu yang kontroversi dengan Kerajaan Persekutuan berhubung pengambilalihan konsesi air di selangor merupakan tindakan terakhir Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Beberapa hari lepas, Khalid Ibrahim mendakwa Kerajaan Selangor secara mengejut telah memberikan lesen operasi kepada SPLASH tetapi kemudian dinafikan oleh SPLASH. (RUJUK SINI)



Friday, March 13, 2015

PKR SEDANG TEMBERANG, KONONNYA SELANGOR NAK BAGI AIR PERCUMA, TETAPI KERAJAAN PERSEKUTUAN YANG HALANG... MALANGNYA KHALID IBRAHIM PULA BUKAK RAHSIA!!!



Mantan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim membuka rahsia besar Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Azmin Ali yang sedang cuba bermain dengan sentimen rakyat.

PKR sekarang ini, dalam ceramah-ceramah dan sembang-sembang kedai kopi mereka menyatakan, kononnya Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya mahu memberikan air percuma kepada semua rakyat Selangor, tetapi dihalang oleh Kerajaan Persekutuan yang asyik menuntut hutang air.

Jadi, terpaksalah Pakatna Rakyat Selangor terpaksa mengenakan bayaran walaupun untuk memudahkan rakyat, diberikan 20 meter padu air secara percuma.

Namun Khalid Ibrahim yang sekarang ini merupakan Ahli Parlimen BEBAS, menyelar sikap beretorik dan berdrama Azmin Ali. Bekas Menteri Besar itu menyelar tentang usaha Azmin Ali cuba bermain sentimen menerusi keputusannya enggan berunding dengan Kerajaan Persekutuan membabitkan industri air Selangor.

Menggunakan alasan kononnya mahu menjaga kedaulatan Selangor kerana yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat Selangor adalah TANAH yang kononnya 'akan dirampas' oleh Kerajaan Persekutuan, Khalid Ibrahim sama seperti Maximus Ongkili menyelar Azmin Ali kerana tidak faham terma dan kandungan perjanjian yang dibacanya.

Malah Khalid Ibrahim turut menyatakan, kegagalan penstrukturan air Selangor akan menyebabkan syarikat-syarikat konsensi air menuntut pampasan bernilai RM2 bilion dari Kerajaan Negeri Selangor, sekaligus akan menaikkan tarif air sebanyak 52% sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang konsensi.

Inilah yang dinamakan UBAH dan INI KALILAH!

Nak sangat UBAH dan nak sangat INI KALILAH!... Sekarang, barulah seragam antara Pulau Pinang dengan Selangor kerana Pulau Pinang lebih awal menaikkan tarif airnya tanpa banyak cerita dan tanpa banyak publisiti.

Bayangkanlah kalau kerajaan-kerajaan negeri Barisan Nasional yang berkelakuan seperti Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, PKR dan DAP sekarang ini pasti tidak senang duduk kerana memenuhi acara ceramah dan kempen hasutan agar Barisan Nasional ditentang.

Malah tidak mustahil juga, Kuala Lumpur setiap masa akan dipenuhi demonstrasi dan tunjuk perasaan!!!


 
Blogger Templates