Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label jamil khir baharom. Show all posts
Showing posts with label jamil khir baharom. Show all posts

Wednesday, November 25, 2015

JAMIL KHIR NAFI FITNAH SEKUTU KUFFAR, DUA PEGAWAI TINGGI YAPEIM DIARAHKAN BERCUTI!!!



Fitnah ke atas YAPEIM nampaknya masih tidak berhenti-henti. Sekalipun sudah ada laporan polis, malahan sudah ada tindakan saman fitnah ke atas si pembuat fitnah yang berselindung di sebalik NGO yang ditubuhkan oleh PKR untuk menghancurkan apa-apa sahaja yang bersifat pembinaan sahsiah ummah, namun ia tidak sedikit pun menggentarkan mereka.

Sebaliknya pihak-pihak tersebut cuba menggambarkan mereka sebagai 'PENYELAMAT WANG RAKYAT' sedangkan hakikatnya mereka adalah PEMUSNAH UMAT, terus melakukan fitnah.

Mereka telah berjaya membuatkan lebih 3000 orang penyumbang dana untuk orang miskin, menghentikan penyaluran potongan gaji tersebut kepada YAPEIM tetapi mereka juga sedar, sumbangan daripada potongan gaji sebenarnya tidak banyak membantu mereka untuk meruntuhkan dan membankrapkan YAPEIM kerana sumber kewangan YAPEIM sebenarnya adalah dari punca-punca perniagaan.

Pihak YAPEIM telah mengenalpasti dalang yang berkompromi dan berkonspirasi dengan konco-konco kuffar dengan menggunakan dokumen dalaman YAPEIM yang kemudian digunakan untuk putar belit fakta sebenar dalam menyerang badan tersebut. Tindakan akan diambil. Bagaimanapun, pihak pengurusan YAPEIM tidak menerangkan apakah tindakan undang-undang yang akan diambil ke atas dalang-dalang tersebut yang bersarang di dalam YAPEIM.

Bagi menggambarkan betapa terdesaknya YAPEIM untuk membela 'kemungkaran', satu fitnah telah dibuat kononnya, dua orang pegawai tinggi YAPEIM telah diarahkan bercuti.

Bagaimanapun, berita tersebut dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang teruk difitnahkan oleh sekutu kuffar, Jamil Khir Baharom.

Jabatan Perdana Menteri hari ini menafikan dakwaan berhubung dua pegawai kanan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) diarah bercuti sementara siasatan terhadap yayasan itu dijalankan.
Menterinya, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya akan menubuhkan satu Jawatankuasa Tadbir Urus kepada Yapeim bagi menyiasat perkara itu.
“Berita itu tidak benar. Tidak benar. Kita akan menyiasat perkara ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Fiqh Zakat Antarabangsa 2015, di sini hari ini.
Semalam, TV3 melaporkan kedua-dua pegawai tinggi itu sebagai Pengerusi Yapeim, Datuk Abdul Malek Awang Kechil dan Timbalan Pengerusi Datuk Siti Zaleha Hussin. (SUMBER)

Sementara itu, Ketua Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YAPEIM Datuk Abibullah Samsuddin berkata, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.

“Kalau saya sebutkan (secara mendalam) akan mengganggu siasatan polis dan kita sedang buat siasatan dalaman dan sedang mencari punca daripada mana perkara ini berlaku.

“Ada sedikit keyakinan maklumat ini daripada dalam dan sedikit daripada unsur-unsur luar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi penerangan tertutup anjuran Majlis Profesional Kelantan di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yapeim, Datuk Siti Zaleha Hussien dan Anggota Lembaga Pemegang Amanah Yapeim, Prof. Datuk Mahamad Naser Dis. (BACA SINI)

Tuesday, November 17, 2015

AKHIRNYA AKMAL NASIR NOW KECUT PERUT DAN CUBA TAGIH SIMPATI SEBELUM BERAKHIR HARI RABU UNTUK DISAMAN!!!



Saman adalah satu-satunya ubat paling mujarab untuk menangani fitnah-fitnah PKR dan DAP. Amalan memberikan kemaafan sama ada sebelum dibicarakan, persetujuan luar mahkamah, rundingan mahupun semasa perbicaraan adalah sesuatu yang AMAT TIDAK WAJAR dilakukan.

Jamil Khir Baharom sendiri merupakan antara yang paling kerap difitnah oleh puak-puak PKR. Dan puak yang paling banyak memohon maaf apabila terkantoi walaupun sebelum diheret ke mahkamah bukan main lagi hebat sembangnya, adalah PKR sendiri. Setelah bertahun-tahun membuat fitnah dan menanamkan perkara batil dalam otak para penyokong mereka dan orang awam, akhirnya mereka meminta maaf dan menyatakan bahawa mereka hanya 'bergurau' atau 'salah faham'.

Nampaknya Akmal Nasir juga sedang cuba melakukan perbuatan yang sama.


Dia mula mempersoalkan tentang kewajaran Jamil Baharom menyamannya sebanyak RM10 juta kerana menurutnya, dia hanya 'menjalankan tugas' untuk memastikan dana YAPEIM tidak diseleweng dan disalahurus.

Pada masa yang sama, Akmal Nasir turut mengancam bahawa tindakan Jamil Khir menyamannya akan turut melibatkan 588,930 orang penyumbang YAPEIM (RUJUK SINI).

Sebagai makluman, pada 9 November 2015, Akmal Nasir membuat tuduhan kononnya YAPEIM telah membelanjakan wang berjumlah RM223,000.00 untuk kempen pilihanraya kecil di Parlimen Rompin.

Pada 11 November 2015, Akmal kemudiannya menuduh Presiden dan Timbalan Presiden serta keluarganya menerima pendapatan lumayan yang keselurhannya adalah sebanyak RM154,700 sebulan.

Pada 13 November 2015 pula, Akmal Nasir telah mengeluarkan lagi kenyataan bahawa terdapat satu skandal melibatkan YAPEIM di mana wang sebanyak RM410,978.56 yang sepatutnya digunakan untuk amal jariah TELAH DISALAHGUNAKAN OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI, Jamil Khir Baharom. Akmal Nasir juga menambah bahawa walaupun perjalanan tersebut dikatakn untuk tujuan 'Pemantapan dan Pemerkasaan Kelan Santun YAPEIM', berdasarkan perbelanjaan-perbelanjan yang dicaj dan dibayar oleh YAPEIM, ia adalah bersifat SUKARIA dan langsung tiada unsur amal jariah. Dia turut menyatakan bahawa bayarn dibuat menggunakan wang yang dikhususkan untuk kegunaan anak yatim dan miskin.

Namun keesokannya iaitu pada 14 November 2015, Akmal tampil membuat pembetulan bahawa jumlah yang dibelanjakan adalah sebanyak RM590,000 yang telah dibelanjakan dalam program di Amerika Syarikat dan mendakwa hanya melibatkan 100 orang peserta sahaja.

Pada 16 November 2015, Akmal membuat tuduhan bahawa YAPEIM telah membelanjakan sebanyak RM290,000 bagi penganjuran kursus perkahwinan di Paris yagn dirasmikan oleh Jamil Khir Baharom. Dia menuduh, program tersebut tidak mencerminkan matlamat kebajikan dan amal jariah.

Satu surat tuntutan telah dihantar kepada Akmal dan diterima oleh Pengarah NOW.


NOW bukanlah sebuah badan yang berdaftar selain mempunyai unsur-unsur serta kewangan yang amat meragukan, terutama apabila NOW cuba mengutip derma daripada pihak awam, seolah-olah bertujuan untuk menutup penyaluran wang dari 'sumber tidak diketahui' kepadanya.

Kaedah yang sama dilakukan oleh DAP semenjak sekian lama yang berselindung di sebalik kutipan amal makan malam.

Penerima Surat Tuntutan tersebut seolah-olah menyentap Akmal yang masih cuba menghidupkan saki-baki gertakannya apabila cuba mendedahkan program SANTUN di Paris walaupun akhirnya terkantoi dan terketuk kepala sendiri.


Terbaru, Nik Nazmi, cuba menaikkan sentimen kebencian kepada Jamil Khir dengan menuduhnya akan menggunakan wang zakat sepertimana dalam isu saman qazaf. (BACA DI SINI).

Perlu dimaklumkan bahawa dalam isu saman qazaf, Shamsul Iskandar Mohd Akin atau Sam Ketot akhirnya mengaku telah melakukan fitnah ke atas Jamil Khir Baharom dan memohon maaf di dalam mahkamah bagi mengelakkan kalah dan membayar saman fitnah.


AMBOI, BESARNYA RUMAH JAMIL KHIR DI KAMPUNG BATU MUDA, BATU CAVES... DUIT YAPEIM KE NIH?



Selama ini, perniagaan melibatkan emas dan pajak gadai dibolot oleh suatu pihak semata-mata. Perniagaan dan industri tersebut langsung tidak boleh disaingi oleh sesiapa pun, kerana amalan tutup pintu, selain monopoli yang sangat kuat.

Sebagai contoh, mana-mana kedai emas yang menawarkan harga emas lebih rendah, pasti akan dikenakan tindakan boikot, malah lebih teruk lagi diugut dan menerima pelbagai cemuhan. Harga emas mesti mengikut harga yang telah ditetapkan oleh persatuan yang ahli-ahlinya adalah pemain-pemain konvensional yang berstatus besar dan gah.

Mereka inilah yang memainkan harga emas di pasaran, manakala pemain-pemain kecil pula, perlu ikut telunjuk mereka.

Begitu juga dengan pajak gadai.


Pajak Gadai Islam atau Ar-Rahnu masih baru di negara ini. Jual belinya adalah berdasarkan harga emas semasa, bukannya bersandarkan kepada tawaran oleh penerima pajak seperti yang biasa kita tengok di pajak-pajak gadai Cina!

Sekarang ini, lebih ramai yang menggunakan khidmat pajak gadai Islam untuk mendapatkan modal tanpa perlu ditipu lagi kerana upah simpanan yang lebih rendah serta tarikh luput yang lebih anjal selain keuntungan lelongan yang diperolehi semula, tidak lelap begitu sahaja.

Dengan 220 buah Ar-Rahnu YAPEIM di seluruh negara, tidak termasuk lagi Ar-Rahnu Bank Rakyat, keadaan semasa pajak gadai konvensional memang sangat terjejas. Begitu juga dengan perniagaan emas, apabila YAPEIM sedang mengembangkan sayap perniagaannya menerusi penghasilan emas jongkong YAPEIM dan barang-barang kemasnya sendiri.


Secara tidak langsung, dengan harga yang lebih rendah berbanding penawaran oleh kedai-kedai emas besar sedia ada, termasuklah pengeluar-pengeluar jongkong emas seperti Public Gold dan sebagainya, persaingan sengit sedang diberikan oleh YAPEIM kepada penawaran konvensional.

Justeru, perlu ada sesuatu yang dilakukan untuk menghentikan atau mengurangkan kepercayaan kepada badan-badan seperti YAPEIM. Sekaligus menggagalkan persaingan seperti yang dilakukan dalam industri daging halal apabila kartel-kartel berjaya menggunakan Rafizi Ramli untuk menghapuskan NFCorps atas nama penyelewengan dana awam.

Nak serang terus Ar-Rahnu Yapeim, Emas Yapeim atau Yapeim Mart, nampak sangat maksud serangan yang menggunakan muka Akmal Nasir. Jadi, terpaksalah menggunakan helah penyelewengan dalam maksud mencetuskan rasa tidak percaya kepada YAPEIM selain mempertikaikan sumbangan jariah dengan gambaran ianya telah diseleweng dan dijolikan.


Maka, serangan perlu dibuat ke atas Menteri dan YAPEIM secara individu tanpa menyentuh teras perniagaan dan pendapatan YAPEIM. Bila sudah terlalu sibuk bercakap tentang penyelewengan tersebut, maka secara tidak langsung, maksud untuk menamatkan persaingan kepada kartel-kartel konvensional akan tercapai.

Terbaru, Jamil Khir Baharom diserang lagi menerusi pemilikan sebuah rumah agam yang terletak di Kampung Batu Muda, Batu Caves.

Dengan menyiarkan gambar rumah tersebut, persepsi dicipta kononnya, Jamil Khir telah menggunakan wang YAPEIM untuk membina rumah agam tersebut sekaligus menyalahgunakan kedudukannya sebagai Menteri dan pelindung YAPEIM.

Hakikat sebenar, rumah tersebut telah dibeli daripada lelongan pada tahun 1994 iaitu sebelum Jamil Khir terlibat politik dan masih di dalam perkhidmatan angkatan tentera Malaysia dengan pangkat Major, langsung tidak disebut. Hakikat bahawa rumah dibuat penambahbaikan secara berperingkat-peringkat dan beransur-ansur yang telah memakan masa bertahun-tahun lamanya, juga langsung tidak disebut. Begitu juga dengan bahan-bahan pembinaan yang dibeli sendiri oleh Jamil Khir dengan pembinaan menggunakan tenaga kerja buruh asing tanpa menggunakan khidmat kontraktor, juga tidak disebut atau disentuh.

Persepsi mudah dicipta dan mudah juga dipercayai. Dalam hal ini, persepsi untuk memalukan Jamil Khir Baharom, tidak sahaja terhenti pada tubuh badan dan integritinya, tetapi juga ke atas YAPEIM dan teras perniagaannya.

Dan serangan ke atas YAPEIM melibatkan Akmal Nasir NOW sebenarnya mempunyai M.O yang sangat serupa dengan serangan ke atas NFCorps oleh Rafizi Ramli dalam usaha melindungi kepentingan perniagaan puak-puak tertentu.

SUMBER: BULETIN 247

SIMPOSIUM PERDANA PARIS, YAPEIM SALAH TANG MANA? HABAQ MAI SAT!!!



[SIMPOSIUM PERDANA PARIS 2014 : Dari kacamata Penganjur/Urusetia (Pihak Pelajar)]

1) Tujuan post ini, bukan untuk menyokong atau membantah pendedahan yang dibuat oleh National Oversight & Whistleblowers (NOW). Sebaliknya ia merupakan perspektif peribadi saya sebagai penganjur/urusetia dari pihak pelajar.

2) Sebagai makluman, program 'Simposium Perdana Paris : Isu Perkahwinan, Kekeluargaan , Keusahawanan & Pengurusan' yang akan diulas ini langsung tiada kaitan dengan program ‘Kursus dan Kembara Santun 2014 Kelab Santun Eropah' dan ‘Program Transformasi Warga Santun (TAMRIN) Kelab Santun Eropah’. Simposium Perdana Paris yang telah dilaksanakan merangkumi dua aspek utama ; 'Kursus PraPerkahwinan' dan 'Kursus Keusahawanan dan Pengurusan' yang telah berlangsung pada 26-28 Disember 2014 di Paris.

3) Dalam usaha untuk memperkukuhkan asas-asas keagamaan di kalangan masyarakat Islam dan memberi ruang mendalami cabang ilmu pengetahuan agama, JAKIM mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu program khas di Paris.


4) Menyedari keperluan semasa dan permintaan yang tinggi daripada pelajar Malaysia di luar negara, program ini dirangka bagi membantu memberi kemudahan kepada pelajar menghadiri Kursus PraPerkahwinan sebagai persediaan melangkah ke fasa seterusnya dalam kehidupan, membincangkan isu-isu semasa, memperkasakan diri menghadapi cabaran akidah, syariah dan akhlak serta memupuk silaturahim sesama insan. Dan sijil yang dikeluarkan adalah sah laku seumur hidup.

5) Program kali ini juga menawarkan kursus keusahawanan dan pengurusan yang bertujuan meningkatkan potensi diri dan mengenalpasti bakat untuk menjadi usahawan yang berjaya. Secara tidak langsung, ia dapat membangkitkan dan menanam semangat berdikari serta menyedarkan peserta kepada peluang perniagaan dan memberi pengetahuan asas pengurusan.

6) Program ini dikendalikan oleh Kelab SANTUN-YaPEIM Eropah dengan kerjasama Malaysian Students’ Association in France (MASAF) dan dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Perancis, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dan Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU).


7) Bagi melicinkan perjalanan program, pelbagai kemudahan (pengangkutan, penginapan dan makan minum) telah diberikan kepada para peserta (pelajar Malaysia) yang hadir dari negara-negara berdekatan seperti United Kingdom, Poland, Russia, Ireland dan tidak lupa juga pelajar dari Perancis.

8) Menurut JAKIM, YaPEIM tidak menyalahgunakan wang kerana segala pengeluaran perbelanjaan yang digunakan untuk penganjuran program adalah mengikut tatacara dan peraturan yang telah ditetapkan.

9) Alhamdulillah hampir seramai 10 orang peserta yang hadir telah mendirikan rumahtangga mereka beberapa bulan selepas program ini tamat. Mabruk serta selamat pengantin baru kepada kalian.

10) Selaku penganjur/urusetia program (Pihak Pelajar), saya merasakan program ini merupakan suatu program yang bermanfaat kepada semua pelajar dan berjaya memenuhi objektif yang telah ditetapkan. Dan mungkin dari sudut perbelanjaan, ianya perlu diteliti kembali walaupun tatacara pengeluaran perbelanjaan adalah mengikut peraturan.

11) Akhir kata, biarlah pihak berkuasa (yang bertanggung jawab) menyiasat dan menentukannya. Dan marilah sama-sama kita mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku dan berdoa yang terbaik untuk Malaysia.

16 November 2015

Nik Mohammad Izzul Azfar NIK RAZALI
Timbalan Pengarah Program
SIMPOSIUM PERDANA PARIS 2014

*Rujuk laporan SIMPOSIUM PERDANA PARIS oleh KLN :http://goo.gl/pbRR8Y


Monday, November 16, 2015

FITNAH YAPEIM-JAMIL KHIR BAHAROM TERUS DIPERHEBATKAN APABILA NAJIB GAGAL DITUMBANGKAN MENERUSI UNDI TOLAK BAJET 2016!!!



Rafizi Ramli dalam usaha untuk menghidupkan namanya buat saat-saat akhir sebelum dia 'berehat panjang' dan hilang dari politik Malaysia ekoran tindakan undang-undang melibatkan BAFIA dan beberapa kes fitnah lain, cuba menimbulkan keributan, sekaligus membuat tidak ramai yang akan bercakap tentang kegagalan kempennya menggulingkan Najib daripada jawatan Perdana Menteri menerusi usul tidak percaya dan tolak Bajet 2016.

Pengalihan juga perlu dibuat bagi mengelakkan Lim Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang daripada malu besar setelah mahkamah memutuskan mereka melakukan fitnah dan perlu membayar ganti rugi kepada NST.


Yang menjadi kambing hitam adalah Akmal Nasir, seorang pemuja tegar Anwar Ibrahim yang secara tongong membuat fitnah melulu dan kemudiannya ketakutan apabila surat saman sampai kepadanya, sebelum membangkitkan isu lain pula yang difikirkan mampu diterima dan dihadam oleh para penyokongnya serta sebilangan dari kalangan orang UMNO sendiri.

Agak menarik malam ini ialah Dewan Rakyat telah meluluskan Bajet 2016 untuk bacaan kali kedua dengan 128 orang Ahli Parlimen menyokong manakala 74 pula Ahli Parlimen menentang. Kehadiran Ahli Parlimen BN adalah 121 orang, manakala pembangkang pula adalah 81.

Dengan kata lain, bercampur dengan Ahli-Ahli Parlimen BN, 7 orang Ahli Parlimen pembangkang menyokong Bajet 2016. Sekaligus menggagalkan usaha Rafizi Ramli, Lim Kit Siang dan Wan Azizah untuk menggulingkan Najib Abdul Razak daripada jawatan Perdana Menteri dengan menolak Bajet 2016.


Sementara itu, Akmal Nasir yang dalam laporan polisnya semalam menyatakan, dia mendapat maklumat daripada media sosial dan media massa berhubung 'penyelewengan' di dalam YAPEIM dan hanya bertanya 7 soalan untuk disiasat oleh pihak polis, walaupun pada awalnya, begitu garang kononnya mempunyai pelbagai bukti penyelewengan, hari ini cuba membangkitkan persepsi negatif ke atas program SANTUN YAPEIM di Paris melibatkan para pelajar Malaysia di bawah YAPEIM di Perancis.

Tanggapan yang dibuat ialah seolah-olah lawatan ke Paris adalah salah satu cara membazir wang YAPEIM yang sepatutnya digunakan untuk membantu anak-anak yatim dan orang miskin.



Yang pasti, fitnah-fitnah akan semakin diperhebatkan sepertimana yang berlaku dalam kes NFCorp. Rafizi Ramli akan menggunakan template yang sama. Bezanya kali ini, dia tidak tampil ke hadapan, sebaliknya menggunakan Akmal Nasir yang sedang bercita-cita untuk menjadi Ahli Parlimen Johor Bahru.

Tetapi apa nak diharapkan daripada seorang pemuja tegar Anwar Ibrahim yang buat laporan polis dalam bentuk pertanyaan!


Jangan ikut perangai Akmal Nasir sudahlah... cakap banyak, macam pandai, tetapi akhirnya buat laporan polis dalam bentuk pertanyaan!!!

Dan elok sangatlah sebab SURAT SAMAN pun dah dihantar oleh peguam Jamil Khir kepada Akmal Nasir petang tadi.... segala-gala yang disebutnya, akan dijadikan bukti, apatah lagi ini bukan sahaja saman sivil tetapi juga membabitkan jenayah!!!


DARI BERAPI-API DAN TAK TAKUT MATI ATAU DISAMAN, AKHIRNYA SEKADAR BERANI UNTUK BERTANYA SOALAN!!!



Ini cerita semalam...

Setelah mengetahui Jamil Khir Baharom tidak lagi akan menggunakan pendekatan memberi kemaafan dan mengharapkan keinsafan bagi pihak yang menfitnahnya, budak sotong jelmaan Rafizi Ramli yang sedang mencari dan mencipta nama untuk bertanding di Parlimen Johor Bahru pada PRU akan datang, cepat-cepat membuat laporan polis.

Dengan penuh gah, dengan penuh gagah dan dengan penuh kemegahan, laporan polis dibuat di IPD Dang Wangi, bertemankan wartawan dan para penyokong yang mengharapkan pelbagai dokumen bukti akan ditunjukkan kepada mereka dalam usaha membuat lebih banyak tekanan ke atas Jamil Khir Baharom, sekaligus membenarkan tuduhan bahawa Jamil Khir Baharom makan duit anak-anak yatim untuk berjoli katak dan bermain golf di Amerika Syarikat.

Alih-alih, laporan polis yang dibuat, langsung tidak memperkasakan tuduhan-tuduhannya sebelum ini. Sebaliknya, sekadar bertanya 7 soalan yang sekali lagi cuba memberikan gambaran bahawa adalah salah untuk mana-mana Melayu-Islam mendapat elaun besar daripada pelbagai entiti selain menggambarkan YAPEIM adalah sebuah badan yang menguruskan wang derma jariah yang telah disalahgunakan.


Petang semalam, Jamil Khir Baharom tidak sahaja membuat laporan polis tentang fitnah Akmal Nasir, tetapi peguamnya juga berkata, Jamil Khir Baharom akan mengambil tindakan saman ke atas Pengerusi NOW merangkap anak didik 'sotong' Rafizi Ramli.

Undang-undang negara terdapat akta khusus untuk menangani masalah fitnah iaitu Akta Fitnah 1957. Akta itu membolehkan seeorang dihadapkan ke muka pengadilan sekiranya didapati melakukan perbuatan yang boleh merendahkan diri seseorang pada mata masyarakat; tindakan yang boleh menyebabkan seseorang dicemuh, dihina, dibenci dan dikeji; perlakuan yang boleh merosakkan reputasi dalam jawatan, profesion dan perniagaan seseorang; dan bertujuan merosakkan kredibiliti seseorang.

Jika fitnah itu mengandungi unsur jenayah, tuduhan boleh dikenakan di bawah Seksyen 499 sehingga Seksyen 502 Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-dua-duanya sekali.

Selain itu, mereka yang melakukan perbuatan yang boleh membahayakan keselamatan negara melalui perbuatan menghasut boleh didakwa mengikut kesalahan Akta Hasutan 1948. Di bawah Seksyen 4 (1) (b), jika disabitkan bersalah boleh dikenakan denda sebanyak RM5,000 dan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.


Menariknya, dalam laporan polisnya, Akmal Nasir memberikan kenyataan kononnya, dia mendapat maklumat setelah membaca kenyataan berkenaan isu yang difitnah itu menerusi media massa dan sosial, sedangkan hakikatnya, dialah yang memberikan maklumat dan sidang media kepada media!!!

Mengapa sudah terbelit dengan kenyataan sendiri? Apakah Akmal Nasir mengharapkan akan ada satu lagi sesi meminta maaf setelah masa terbuang bertahun-tahun dengan pengurusan kes tersebut di mahkamah sebagaimana yang dilakukan oleh Sam Ketot, Tian Chua, Nurul Izzah, Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Wan Azizah?

Yang pasti, budak bernama Akmal Nasir sudah tahu, dia terperangkap dengan kegelojohannya membuat fitnah ke atas Jamil Khir Baharom, apatah lagi isu membabitkan Ar-Rahnu Yapeim dan Yapeim Mart, dan Yapeim Gold dilihat sebagai pengancam dan pesaing utama sektor konvensional di mana hanya puak tertentu sahaja menguasainya selama ini. 

Cerita hari ini dan seterusnya, kita akan sambung kemudian...


Saturday, November 14, 2015

AKMAL ENGGAN MINTA MAAF... ADAKAH JAMIL KHIR AKAN SAMAN ATAU BERI MAAF SEPERTI YANG DIBUATNYA KEPADA SAM KETOT?!!!



Ketua PKR Johor Bahru, Akmal Nasir enggan minta maaf kepada Jamil Khir kerana menfitnah sebaliknya mencabar Jamil Khir untuk mengheretnya ke mahkamah.

Konon-kononnya dia mempunyai bukti-bukti kukuh dan Jamil Khir sudah terperangkap, sekaligus membuktikan bahawa para pemimpin UMNO adalah rasuah dan menyelewengkan wang rakyat.

Persepsi dalam kemelut YAPEIM ini mudah... Rafizi dan Akmal Nasir membayangkan wang potongan gaji kakitangan awam yang disumbangkan kepada YAPEIM untuk kerja-kerja kebajikan dan kepentingan umat Islam, telah diseleweng untuk membiayai kehidupan mewah Jamil Khir dan Ahli Lembaga Pengarah YAPEIM.

YAPEIM digambarkan juga sebagai badan yang hanya bergantung sepenuhnya daripada potongan gaji kakitangan awam tanpa sedikit pun, gambaran tentang anak-anak syarikat serta cabang-cabang perniagaan YAPEIM disebut atau disentuh. Malah pendapatan tahunan YAPEIM daripada Ar-Rahnu atau pajak gadai Islamnya sahaja mencecahkan RM100 juta.

Kenyataan angkuh Akmal berbunyi,

"Saya bukanlah orang yang menyeleweng wang tersebut. Saya tidak tahu untuk apa saya harus meminta maaf. Itulah sebabnya saya tampil ke hadapan untuk meminta Jamil menerangkan mengapa dia menggunakan wang tersebut." (RUJUK SINI)

Semalam, dalam kenyataan rasminya, Jamil Khir Baharom menafikan sebarang salahlaku atau penyelewengan wang YAPEIM dan menuntut Akmal Nasir meminta maaf kepadanya dalam tempoh 24 jam atau bakal disaman fitnah.

Ogos 2014, selepas beria-ia kononnya ada bukti, setelah menjelajah ke sana sini menfitnah dan menghasut kononnya Jamil Khir Baharom menentang undang-undang Islam atau memandang undang-undang syariah berkaitan qazaf yang membabitkan kes liwat Anwar Ibrahim.

Setelah pelbagai drama, akhirnya di mahkamah, Shamsul Iskandar Mohd Akin atau lebih dikenali sebagai Sam Ketot hanya memohon maaf kepada Jamil Khir dan kononnya sempena semangat Syawal, Jamil Khir Baharom memaafkan Sam Ketot. (RUJUK SINI)

Kini, perkara yang hampir sama sedang berlaku kembali!

Isu YAPEIM yang didedahkan oleh Rafizi Ramli menggunakan Akmal Nasir ini bukan susah sangat nak difahami.

Isunya di sini adalah SISTEM KEWANGAN ISLAM yang perlu diruntuhkan dengan apa cara sekalipun. Untuk menghancurkan sistem tersebut, perlulah dinaikkan sentimen kemarahan dan ketidakpercayaan kepada mana-mana individu dan badan itu sendiri.

Sudah berkali-kali kita lihat bagaimana DAP berusaha mempertikaikan zakat, hibah zakat mahupun peruntukan untuk institusi agama Islam yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan. Tabung Haji juga sebagai contoh, cuba dimusnahkan dan kredibiliti Tabung Haji cuba diragui dengan menimbulkan persepsi kononnya wang penyimpan telah digunakan untuk membiayai hutang negara seperti dalam kes tanah TRX.

Awal sebelum kewujudan Rafizi Ramli dan Akmal, Lim Kit Siang mengetuai serangan ke atas PNB, khususnya Amanah Saham Nasional dan Amanah Saham Bumiputera yang dikatakannya sebagai tidak adil kepada masyarakat Malaysia.

Isu YAPEIM dan Jamil Khir Baharom sebenarnya memerlukan penyelesaian yang lebih bijak dan lebih tuntas. Tindakan juga harus diambil terhadap penfitnah, dan tidak lagi bersandarkan kepada 'SEMANGAT' semata-mata seperti yang ditunjukkan oleh Jamil Khir Baharom dalam kes fitnah yang dibuat oleh Sam Ketot ke atasnya.

Walau penjelasan atau keputusan daripada siasatan ke atas YAPEIM dibuat nanti, persepsi negatif sudah lekat iaitu YAPEIM telah digunakan untuk menyelewengkan wang orang ramai. Kemusnahan telah pun dilakukan walaupun penjelasan demi penjelasan dibuat sepertimana yang berlaku dalam isu 1MDB.

Rakyat Malaysia sudah terlalu gila untuk percaya kepada kebenaran kerana kebenaran bagi mereka adalah tuduhan palsu dan fitnah!

Justeru, Jamil Khir seharusnya terus bertindak dengan menyaman Akmal Nasir dan tidak memberikan ruang kepadanya untuk meminta maaf atau menyatakan kekesalan. Orang seperti Akmal Nasir dan Rafizi Ramli hanya boleh diajar dengan jumlah saman fitnah yang sangat besar, sama seperti yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew ke atas musuh-musuh politiknya... sama seperti Lim Guan Eng yang tidak akan memberikan ruang langsung kepada kebenaran diketahui dengan mengambil tindakan saman dengan nilai besar terlebih dahulu.

Ada nilai-nilai 'baik' yang perlu diteladani dan diikuti daripada Lim Guan Eng dan para pemimpin Pakatan Harapan apabila mereka mematikan persepsi dan kebenaran!!!

Masalahnya, mampukah Jamil Khir bertindak atau sekali lagi memberikan maaf kepada penfitnahnya sebagai cara penyelesaian?


Friday, November 13, 2015

DIFITNAH DIBIAYAI DUIT ORANG MISKIN DAN ANAK YATIM, JAMIL KHIR BAHAROM TUNTUT AKMAL NASIR MINTA MAAF ATAU BAKAL DISAMAN... TUNTUT APA LAGI, SAMAN JER JALAN TERAFDAL UNTUK GOLONGAN PENFITNAH PKR NIH!!!



Kenyataan Media Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Baharom


13 November 2015

AKMAL MESTI MOHON MAAF ATAU DISAMAN

Merujuk kepada kenyataan media Akmal Nasir (Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW) merangkap Ketua Cabang Keadilan Johor Bharu) pada 13 November 2015. Sesungguhnya dakwaan yang mengatakan saya menyalahgunakan duit anak yatim dan miskin yang diperoleh daripada hasil sumbangan orang ramai bagi membiayai perjalanan ke luar negara bersama isteri, main golf dan lawatan ke pusat membeli belah adalah satu kenyataan jahat berupa fitnah dan menyimpang (misleading) daripada fakta sebenar.

Kunjungan saya selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 – 29 Mei 2014 adalah bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah seliaan saya terutamanya YaPEIM dengan kerjasama Kedutan Malaysia di Amerika Syarikat dan Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1000 orang pelajar daripada Amerika Syarikat dan Kanada.

Melalui strategi penganjuran bersama secara "Strategi Lautan Biru" khususnya yang melibatkan peserta Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN) tajaan YaPEIM dan beberapa kumpulan sasaran lain yang berada di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada, beberapa program besar telah diatur dan dilaksanakan.

Program-program tersebut melibatkan kursus kepada pelajar yang memfokuskan aspek motivasi Kenegaraan dan Keusahawanan; Simposium Perdana Perkahwinan Kekeluargaan, Pengurusan dan Isu-isu Semasa Negara; Kursus Pra Perkahwinan bagi membantu pelajar-pelajar memenuhi syarat perkahwinan JAWI; Kelas Pengajian untuk isteri-isteri dan Kakitangan Wanita Kedutaan; menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang yang tidak berkemampuan dan pertemuan bersama usahawan-usahawan Malaysia. Program dan pertemuan ini melibatkan pelbagai kumpulan sasaran yang diadakan di Indianapolis dan Washington DC, Amerika Syarikat.

Bersempena dengan perasmian Mid West Game di Amerika Syarikat itu juga, beberapa acara sukan telah dianjurkan oleh Education Malaysia (EM) di Indianapolis termasuklah acara golf yang dikelolakan secara bersama dengan pihak Kedutaan Malaysia AS di Washington yang saya turut terlibat bersama TYT Duta dan kakitangan kedutaan.

Justeru dakwaan kononnya program saya di AS lebih bersifat bersuka-ria menggunakan dana anak yatim adalah satu fitnah yang besar dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah saya selaku Menteri di Jabaran Perdana Menteri. Adalah tidak adil hanya mempamerkan dokumen yang mengelirukan dan tidak menggambarkan keseluruhan program melibatkan saya.

Adalah menjadi sebahagian tugas dan tanggungjawab saya selaku Menteri di JPM bagi memenuhi jemputan rasmi kedutaan apatah lagi program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah tanggungjawab saya. Segala perjalanan dan kegiatan rasmi saya ditanggung oleh agensi berkenaan mengikut polisi dan tatacara kewangan agensi berkaitan.

Tiada apa yang perlu disembunyikan kerana segalanya mengikut prosedur dan tatacara yang ditetapkan. Saya sentiasa terbuka dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak berkuasa untuk disiasat sekiranya benar wujudnya salah laku yang melibatkan diri saya atau agensi di bawah seliaan saya.

Dengan ini, saya menuntut Akmal Nasir, Pengarah NOW dan The Malaysian Insider menarik balik segala dakwaan dan fitnah jahat yang dibuat serta memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam. Jika tidak, saya akan memulakan tindakan saman fitnah dan malu melalui peguam saya kerana tindakan ini benar-benar telah menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya.



 
Blogger Templates