Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label pembohongan DAP. Show all posts
Showing posts with label pembohongan DAP. Show all posts

Friday, January 20, 2017

NAK MUNTAH SUNGGUH BILA DAP KATA, MEREKA TIDAK KEJAR KUASA... YANG GUAN ENG KEKAL JADI KM PULAU PINANG WALAUPUN ADA KES RASUAH DAN SALAHGUNA TU, APA BENDANYA?!!!



Kenyataan u-TUrN Mahathir yang memecahkan tembelang DAP, sekaligus membenarkan dakwaan Tunku Abdul Aziz pada 31 Disember yang menyebabkan Mukhriz Mahathir cuba menonjolkan diri sebagai seorang pemberani, membuatkan DAP mencari jalan pantas untuk segera menutup cerita.

Dan seperti biasa, DAP cuba menafikan berita tersebut sambil cuba mendabik dada kononnya mereka adalah sebuah parti yang ideal dan penuh idea, bukannya pencari kuasa dan kedudukan.

Walhal apa yang berlaku pada tahun 2008 di Perak dan sehingga kini di Pulau Pinang serta Selangor adalah sebaliknya. Bahkan di Sarawak di mana DAP hanyalah sebuah parti pembangkang, lagak mereka seolah-olah mereka adalah penguasa terbesar. Bahkan gerak kerja mereka yang mencetuskan pelbagai polemik dan kontroversi termasuklah mempertikaikan kedudukan agama Islam, Raja-Raja Melayu, bahkan Bahasa Melayu dan hak keistimewaan Melayu-Bumiputera, selain begitu bersungguh-sungguh mempertahankan, bahkan mahu sekolah-sekolah vernakular, khususnya aliran Cina, menunjukkan kegilaan mereka yang sebenarnya.

Menariknya, sebuah parti yang dipenuhi dengan golongan hipokrit yang cuba tunjuk baik mendakwa, mereka sebenarnya tidak pernah berhajatkan sebarang jawatan termasuklah jawatan Timbalan Perdana Menteri seperti yang dicanangkan.

Liew Chin Tong yang merupakan Pengarah Pendidikan Kebangsaan DAP berkata, laporan yang menyatakan Mahathir memecahkan tembelang keinginan DAP untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri itu telah DISALAHLAPOR dan DIPUTARBELIT oleh media.

Sebaliknya, Liew Chin Tong menyalahkan MCA yang meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri pada April 2009 ketika Najib Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Agak menggelikan hati apabila Chin Tong berkata, DAP tidak berminat dengan jawatan padahal, di Pulau Pinang dan di Selangor, selagi ada jawatan yang berduit dan boleh buat duit, semuanya disapu bersih. Malahan ketika Pakatan berkuasa selama 11 bulan di Perak pada tahun 2008 sehingga Februari 2009, DAP dan para pemimpinnya menjadi PENYEDUT HAMPAGAS sehingga muncul isu terbesar iaitu 999 tahun untuk pajakan tanah kampung-kampung baru selain tanah-tanah balak, kuari dan bekas-bekas lombong yang disapu licin.

Contoh terbaik ialah bagaimana Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham melalui syarikat mereka boleh menguasai tanah balak berkeluasan lebih 10 ribu hektar di Hulu Kelantan yang menjadi salah satu punca banjir lumpur dan balak besar pada penghujung 2014 kalau benar sepertimana yang didakwa oleh Liew Chin Tong.

Bahkan jawapan mengapa DAP sangat cenderung untuk MEMERANGI Perlembagaan Persekutuan, tidak pernah dijawab sehingga ke hari ini.

Liew Chin Tong tidak payah berlakon. DAP memang mengejar kuasa. Dan DAP juga sangat mengejar jawatan. Sepertimana yang ditunjukkan oleh Setiausaha Agung DAP sendiri yang kalau orang lain, sudah lama meletak jawatan sementara kes rasuahnya sedang dalam kes mahkamah. Bukan terus memegang kuasa dan membuat pelbagai onar untuk menutup cerita rasuah dan salahguna kuasanya.


Sunday, November 27, 2016

TERESA KOK MULA BAGI AMARAN, DAP AKAN PERBANYAKKAN LAGI PEMBOHONGAN DAN FITNAH!!!



Aisay... 

Bila babi pakai telekung atau jubah tapi tak puas hati kenapa masih digelar sebagai NAJIS MUGHALLAZAH...

DAP menerusi Teresa Kok mengeluarkan amaran terbaharu. 

Kali ini dia memberi amaran setelah Ean Yong Hian Wah menafikan telah cuba campurtangan agar pegawai penguatkuasa MBSA yang cuba dicabul dan dihalang tugas oleh sepasang suami isteri di Sungai Buloh, menarik balik laporan polis, sekaligus menyelamatkan pasangan tersebut daripada hukuman. Sebaliknya Ean Yong Hian Wah yang mempunyai kaitan rapat dengan pembunuhan diri Teoh Beng Hock berkata, MBSA akan mengambil tindakan undang ke atas pasangan tersebut tidak lama lagi - dakwaan yang boleh diragui memandangkan sebarang tindakan yang diumumkan sebelum ini terutama sekiranya melibatkan kaum dan ahli parti sendiri, akan hanya dalam bentuk lisan iaitu pengumuman, bukannya tindakan undang-undang yang dimaksudkan.

Ean Yong Hian Wah menafikan dakwaan tersebut dan menuduh 'musuh DAP' telah menfitnahnya.

Teresa Kok kemudiannya menokok, berita-berita palsu dan 'menghasut' seperti itu akan dibuat oleh musuh-musuh DAP untuk menunjukkan DAP bersalah dan jahat. 

Hakikatnya, kaedah berita fitnah dan menghasut dipelopori dan disuburkan oleh DAP. Bahkan DAP mempunyai tentera-tentera terlatih untuk tujuan tersebut yang dimasukkan dalam propaganda mereka. 

Dan sememangnya RBA milik DAP dan mereka yang sangat bengap, lebih hebat melakukan tugas-tugas ini iaitu mencipta dan menyebarkan propanda serta pembohongan. 

Tak payah jauhlah... ambil contoh apa yang berlaku dalam PRU-13 pada tahun 2013 apabila DAP bersungguh-sungguh menuduh, 40,000 orang rakyat Bangladesh telah mengundi untu pihak BN dan tidak cukup dengan itu, bagi lebih meyakinkan mengapa BN boleh menang adalah BLACKOUT di pusat-pusat pengiraan undi walaupun pada masa yang sama, wakil-wakil parti pembangkang juga ada di pusat-pusat mengundi tersebut. 

DAP yang paling lantang mempropagandakan pembohongan itu. Malah turut menubuhkan 'pasukan' untuk memastikan tiada warga Bangladesh yang membuang undi sehinggakan warga tempatan pun dinafikan hak mereka untuk mengundi. 

Pembohongan dan fitnah tersebut berjaya dibuktikan oleh BERSIH dan DAP sendiri beberapa bulan kemudian apabila mereka sendiri mengakui bahawa laporan seperti yang disiarkan itu tidak pernah berlaku, malah mereka tidak mempunyai sebarang bukti pun. 

Pun begitu, masih ramai rakyat Malaysia yang terpedaya dengan propaganda tersebut seperti yang dapat kita lihat dalam hujah-hujah mereka di Facebook terutamanya. Cuma mereka tidak pernah boleh menjawab, mengapa tiada seorang Bangla pun daripada 40,000 yang didakwa itu, pernah ditangkap atau lokasi di mana blackout berlaku. 

Begitu juga bagaimana mereka mencipta berita palsu semata-mata untuk menjatuhkan dan menggulingkan bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim. Khalid Ibrahim digambarkan sebagai seorang yang cukup kuat rasuah dan tidak pandai menjaga negeri. Tetapi akhirnya setelah disaman oleh Khalid, mereka menarik balik kenyataan tersebut, meminta maaf tanpa sebarang syarat dan kalah dalam perbicaraan walaupun mereka sangat kuat menipu.

DAP juga paling lantang menuduh kadar GST akan meningkat 10% sekiranya BN menang dalam Pilihanraya Negeri Sarawak. Kadar GT meningkat 8% kata mereka setelah 10% yang disebutkan tidak menjadi kenyataan, dalam kempen PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar. 

Bagaimana pula dengan 'Malaysia akan bankrap' yang dipopularkan oleh DAP dan kini menjadi hujah sangat popular di kalangan para pentaksub Mahathir dan Cap Bunga? DAP telah mempelopori ajaran 'Malaysia akan bankrap' semenjak tahun 60-an, 70-an, 80-an, 90-an sehinggalah kini tetapi pengasas DAP, Chen Man Hin menjadi sangat kaya apabila berjaya menjual syarikatnya kepada FELDA dengan harga RM1.2 bilion pada tahun 2013. Malah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula hidup mewah dengan Mercedez S-Class selain tinggal di hartanah berkeluasan 10,550 kaki persegi yang bernilai jutaan ringgit di salah satu kawasan mewah di Pulau Pinang. 

Begitu juga dengan RUMAH PUTIH di Ipoh yang dimiliki oleh Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Pada ketika DAP begitu bersungguh-sungguh memberitahu rakyat bahawa Malaysia akan bankrap, para pemimpin DAP pula menjadi bertambah-tambah kaya.

Jadi, siapa sebenarnya yang sangat bergantung kepada berita-berita fitnah seperti yang dituduh oleh Teresa Kok?

Siapa yang akan mengeluarkan lebih banyak berita dan cerita fitnah demi memastikan tembolok mereka terus kembong?


Wednesday, August 12, 2015

DAP PELAWA NAJIB TUN RAZAK DATANG KE FUND RAISING DINNER UNTUK TUNJUK MACAM MANA DAP DAPAT DERMA!!!



Kalau bab berlakon baik, DAP memang hebat.

Yang jahat, yang rasuah, yang salahguna kuasa, yang menyeleweng, yang rasis... SEMUANYA UMNO!

Yang baik, yang mulia, yang suci, yang maksum, yang lurus bendul, yang tak reti cakap Cina kecuali Bahasa Kebangsaan... SEMUANYA DAP!!!

Apabila terbocor rahsia yang DAP menentang keras pembentangan usul agar setiap parti politik mendedahkan sumber dan dana politik mereka, DAP mendiamkan diri. Tiada pemimpin DAP yang pantas menjawab atau memberikan reaksi walaupun pada masa yang sama Lim Kit Siang sibuk duk membalun Najib pasal RM2.6 bilion.

Namun diam DAP bukanlah diam. Sebaliknya mereka sibuk mencari jalan bagaimana untuk menutup rahsia dengan lakonan ala-ala suci.

Dan hari ini, Tony Pua pun muncul dengan skrip yang menunjukkan DAP sangat suci bak embun pagi!!!

Menurut Tony Pua, DAP tidak pernah ditunjukkan atau dibawa berbincang bagi deraf usul sebelum dibentangkan di Parlimen, termasuklah yang membabitkan usul dana politik.

Kata Tony Pua lagi, kebanyakan daripada bantahan DAP tidak dipedulikan tetapi dalam hal dana politik, tiba-tiba sahaja DAP menjadi sangat berkuasa apabila DAP dikatakan telah menolak usul tersebut sedangkan kebanyakan undang-undang yang diluluskan tidak mempedulikan bantahan DAP.

Antara pembentangan usul dengan kelulusan akta pun, Tony Pua cuba nak goreng!

Paling menarik ialah, apabila dia berkata, "DAP tidak pernah membantah sebarang usul dana politik dan akan menyokong sebarang usul yang meperkenalkan ketelusan dan akauntabiliti."

Dengan mengambil kira janji Perdana Menteri untuk mengisytiharkan dana politik yang diterima oleh UMNO sekiranya DAP dan parti-parti politik lain membuat pengisytiharan, hari ini Tony Pua kata DAP bersetuju untuk melakukannya.

Pengisytiharan yang dibuat oleh DAP itu adalah menerusi kutipan derma makan malam!

Dengan kata lain, DAP cuba memberitahu seluruh dunia, mereka hanya memperolehi dana kewangan, dan politik daripada kutipan derma makan malam. Daripada kutipan itulah, mereka mengoperasikan keseluruhan program dan aktiviti politik mereka dari tahun 1965 sehingga sekarang.

Tidakkah ianya sesuatu yang amat suci?

Ia samalah seperti Tony Pua tidak menceritakan bagaimana syarikat multimedianya yang bermodal kecil dan dalam keadaan hampir bankrap, kemudiannya dijual kepada sebuah agensi dengan harga puluhan juta ringgit!

"Kami akan menyediakan dua kerusi khas di meja VVIP untuk anda dan isteri anda di majlis kutipan derma makan malam pada hari Rabu nanti di Petaling Jaya untuk anda melihat sendiri bagaimana DAP mengumpulkan dana." (RUJUK SINI)

Kata Tony Pua lagi, DAP berjaya menjual kesemua 300 meja untuk kutipan derma itu dalam tempoh tidak sampai 10 hari.

"Kami hendak menunjukkan kepada Perdana Menteri apabila 3000 orang rakyat Malaysia hadir dalam makan malam kami, mereka sanggup bayar dan menderma untuk hadir," kata Pua. "Berbeza dengan makan malam Barisan Nasional di mana kesemuanya adalah percuma, diserikan lagi dengan cabutan bertuah untuk mendapatkan barangan yang bernilai tinggi."

Menurut Tony Pua, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng telah pun mempelawa Pengarah Strategik Barisan Nasional, Abdul Rahman Dahlan untuk ke majlis tersebut tetapi telah ditolak kerana tidak sanggup melihat 'kebenaran'.

Kutipan derma dan punca dana politik DAP adalah dari jualan meja makan malam?

Nak pembohong apa gamaknya si Tony Pua ni?

Macam mana dengan cerita isterinya ada RM3 juta dalam akaun di luar negara yang ditimbulkan oleh bekas pembantu peribadi Teresa Kok yang sehingga kini senyap begitu sahaja oleh Tony Pua? Takkan itu pun menerusi jualan meja makan malam juga kut?


 
Blogger Templates