Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label kemelut di Kedah. Show all posts
Showing posts with label kemelut di Kedah. Show all posts

Saturday, May 7, 2016

PERANGAI HODOH SWAPPING TANAH DI KEDAH BOCOR TAK DIDUGA, BUATKAN KAEDAH GUNA GAMBAR PALSU TERBAIK UNTUK ALIH CERITA SEBENAR!!!



Puak Pro-Tun nampaknya sudah semakin terdesak. Deklarasi Rakyat yang sebelum ini diuwar-uwarkan akan menjadi pemangkin kepada kembalinya kuasa Dinasti Mahathir, kini tidak ubah seperti strip komik sepintas lalu yang hanya seronok dibaca tetapi kemudian dilupakan. Kumpulan-kumpulan pemimpin dari barisan Pembangkang yang sepatutnya menjadi sandaran utuh untuk kumpulan Pro-Tun menggerakkan operasi mereka secara cergas, juga nampaknya tidak peduli untuk membantu pun.

Pukulan hebat di Sarawak ke atas kepala dan muka para pemimpin Pembangkang, menjadi salah satu punca gerakan Pro-Tun langsung tidak mendapat tempat walaupun di Manjoi khabarnya, meriah dengan orang ramai.

Tetapi perlu juga diingat, pada PRU yang lepas, Manjoi jugalah yang menjadi tempat yang sangat ramai dengan kehadiran para pengundi, tetapi akhirnya penyandang kerusi DUN Sungai Rapat, akhirnya tertungging dengan jumlah undi yang dikutip walaupun sebelum itu bekerja sangat keras menjaga para pengundinya.


DUN Sungai Rapat telah dimenangi oleh calon PAS dengan penuh bergaya menewaskan calon dan juga penyandang sebelum itu, Hamidah Osman pada PRU-13 lalu.

Untuk membangga-banggakan kejayaan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah, hampir tiada sebarang bukti yang dapat ditampilkan. Mukhriz Mahathir mengambil Kedah ketika pengundi dan rakyat Kedah sudah bosan dengan pasifnya pentadbiran PAS Kedah yang tidak berbuat apa-apa untuk rakyat.

Rupa-rupanya Mukhriz yang dibentang permaidani merah dan ditatang di atas dulang emas, hanyalah SEKETUL TAHI yang tidak mengandungi apa-apa nilai. Bahkan untuk dijadikan baja pun, tidak boleh!

Tiada sebarang perubahan yang dilakukan oleh Mukhriz sepanjang dia menjadi Menteri Besar Kedah kecuali menukar aksesori menjadi Islamik walaupun di luar Kedah, Mukhriz kembali semula ke 'kubang asalnya'.

Perbandingan yang ditunjukkan oleh Allah Taala dalam kes perebutan kuasa di Kedah ini cukup menarik bagi mereka yang tahu menilai dan tahu pula mengkaji hikmah setiap kejadian.


Dengan seorang Menteri Besar Kedah yang kononnya sangat hebat, sangat berkariktur dan sangat bijaksana kerana terhasil daripada air mani seorang mamak bendahara bergelar Tun Dr. Mahathir, pengakhiran untuk mendapatkan hasil untuk negeri adalah dengan menawarkan sejumlah tanah bagi menyelesaikan sesuatu masalah, termasuklah dalam bidang penajaan bola sepak.

Kemudian digantikan dengan seorang Menteri Besar Kedah yang diketahui tidak mempunyai latar belakang akademik yang tinggi dan hebat, malah sekadar naik dari peringkat street fighter dan bukannya dilahirkan daripada keluarga politik untuk dijelmakan sebagai pemimpin... SI BEBAL dan KAKI LENA itulah pula yang nampak ada sesuatu yang tidak kena dan segera menarik hand-brake sekaligus merencatkan rundingan yang telah dimeterai sebelum dia dilantik sebagai Menteri Besar Kedah.

Banyak benda mulai pecah. The Star Boy, Mukhriz Mahathir, ternyata langsung tidak berbakat dan boleh diharap. Jadi disebabkan itulah, kelab peminatnya sendiri mula menggunakan kaedah fitnah sebagai jalan mudah untuk mendapatkan perhatian.



Ada sesetengah orang yang berkata, kelab yang sedang seronok menebarkan fitnah menggunakan gambar-gambar photoshop di dalam Facebook sekarang adalah, kelab klon bikinan musuh UMNO-BN. Mereka sengaja menggunakan nama kelab si boboi kerana ia dianggap lebih mudah memandangkan tenaga kerja di dalamnya bukan sahaja tidak mahir bekerja tetapi juga sangat lembab dalam serba-serbi,

Nampaknya sekarang, Deklarasi Rakyat dan cita-cita Mukhriz untuk menjawat jawatan Perdana Menteri sudah semakin jauh dari gapaian. Tun Mahathir sendiri bukanlah crowd-puller apatah lagi dengan cerita-cerita kenyanyukan dan sikap pelupanya yang teruk kebelakangan ini, telah menghilangkan sebahagian besar daripada rasa hormat kepadanya.

Tiada apa-apa yang dapat dilakukan sekarang kecuali dengan menggunakan kaedah FITNAH sekalipun kaedah tersebut akhirnya akan memukul kepala mereka sendiri!!!

Lepas D'HERBS HOLDING dan tanah 60 hektar di Jabi, setinggi mana pula loncatan dan lompatan daripada puak-puak Pro-Tun terutama sekali Mukhriz Mahathir dan orang-orangnya di Kedah apabila kisah-kisah 'dalam kain' seperti MBI pada 'saat-saat akhir Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah' dan beberapa tabung lagi yang mempunyai kaitan rapat dengan ADUN Sungai Tiang, pula akan terbongkar.


NOTA: JANGAN TANYA KENAPA GAMBAR TAK SAMA DENGAN ARTIKEL, KERANA POKOK PANGKAL PERMASALAHAN INI ADALAH DUIT!'


 
Blogger Templates