Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label PAN. Show all posts
Showing posts with label PAN. Show all posts

Tuesday, March 20, 2018

PAN TAK BOLEH BUAT APA-APA BILA DILUDAH DAP... MAKLUMLAH, MACAI SERPIHAN!!!



Kalau tak kerana Wee Ka Siong, Timbalan Menteri merangkap Ahli Parlimen Ayer Hitam menyerang dan melondehkan Lim Guan Eng dengan skandal terowongnya, sudah pasti PAN yang akan bertanding di Parlimen Ayer Hitam sebagaimana yang telah dijanjikan oleh DAP kepada Mat Sabu.

Maruah Lim Guan Eng bererti perlu mengalahkan dan seterusnya membenamkan lawannya dalam pilihanraya. Kemenangan dalam pilihanraya bermaksud, Lim Guan Eng adalah seorang dewa, seorang yang suci dan seorang yang tidak bersalah.

Ketika cerita Terowong Dasar Laut Pulau Pinang semakin terdedah termasuklah pendedahan yang melibatkan Lim Guan Eng dengan seorang penipu yang dikenali sebagai Dato' Seri Gnaraja semakin membesar, DAP terpaksa menutup cerita tersebut dengan menimbulkan pelbagai isu lain.

Kaedah terbaik untuk membuatkan orang ramai terlupa tentang skandal Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang mencecah puluhan bilion ringgit itu ialah dengan menyibukkan orang ramai dengan isu-isu remeh yang disensasikan.

Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Kluang yang cukup susah untuk ditemui di kawasan yang diwakilinya, bahkan besar kemungkinan tidak tahu pun di mana terletaknya Kluang, dikatakan akan menjadi calon di Ayer Hitam.

Sekaligus membenamkan hasrat PAN yang bercita-cita besar mahu memperolehi sekurang-kurangnya satu kawasan Parlimen yang kukuh memandangkan Ayer Hitam mengandungi 56% pengundi Melayu.

Pada PRU-13 lalu, Pakatan diwakili oleh calon dari PAS, Hu Phang Chaw. Hu Phang Chaw dari Dewan Himpunan Penyokong PAS bagaimanapun kalah kepada Wee Ka Siong dengan majoriti 7,310 undi.

Sepatutnya berdasarkan kepada persetujuan, di mana kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PAS mewakili Pakatan pada PRU-13 lalu, akan diambilalih oleh PAN. Apatah lagi, kerusi Ayer Hitam sebenarnya kerusi majoriti Melayu. DAP sendiri sudah pasti tidak akan menyerahkan kerusi DUN Yong Peng yang merupakan salah satu daripada DUN dalam Parlimen Ayer Hitam kepada PAN sebagai tukar ganti, apatah lagi pada PRU-13 lalu, calon DAP, Chew Peck Choo berjaya memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,475 undi.

Penelanjangan Lim Guan Eng oleh Wee Ka Siong telah menyebabkan DAP berubah fikiran. DAP menggunakan kuasa vetonya untuk mengenepikan PAN yang sebenarnya tidak ada apa-apa, melainkan terpaksa merengek belas ehsan daripada DAP.

Untuk menutup mulut Wee Ka Siong, sekaligus menutup sebarang skandal dan salahlaku serta penyelewengan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng, PAN perlu dikorbankan. Masyarakat pengundi Melayu di Ayer Hitam dipaksa mengundi DAP dan Liew Chin Tong.

Apa yang boleh dilakukan oleh PAN?

Menangis tak berlagu sajalah!!!


Sunday, February 11, 2018

PAN AKAN JADIKAN PULAU PINANG NEGERI ISLAM LIBERAL!!!



PULAU PINANG – Parti Amanah Negara (PAN) akan menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai negeri ‘Islam Liberal’ jika berjaya memenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

Ketua Bahagian Kajian Politikal Dan Sosial badan pemikir DAP, Penang Institute, Wong Chin Huat berkata, jika PAS kalah dan parti serpihan PAS itu berjaya memenangi PRU-14 nanti, Malaysia akan dapat merasai Islam ala Tunisia dan bukannya Saudi atau Iran.

“If this time PAS did not survive and Amanah survive better. That basically say PAS survival is a big question?

“This does not mean that Islam gonna fade out from Malaysian politic but it’s a different kind of Islam.

“It’s a different kind of political Islam. It’s not your Saudi or Iranian style but Tunisian style, its one that is going to be much more inclusive and so on,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu forum yang dianjurkan badan itu sendiri, pada 25hb Januari lepas.

Chin Huat berkata begitu semasa cuba meyakinkan hadirin yang datang bahawa sekiranya parti serpihan PAS itu berjaya memenangi PRU-14 yang bakal menjelang tidak lama lagi, Islam yang akan berkembang di negara ini adalah Islam yang lebih inklusif ala Tunisia.

Untuk maklum, golongan liberalis suka mengagung-agungkan Rached Ghannouchi dan suka menjadikan Tunisia sebagai jawapan kepada negara Islam ideal kerana memilih sebuah Perlembagaan sekular.

Pada tahun 2012, parti pemerintah Tunisia pernah dilapor berkata, pihaknya tidak akan menerapkan undang-undang syariah dalam Perlembagaan baru negara ini, sebaliknya akan mengekalkan unsur sekular di negara Afrika itu, tindakan yang menimbulkan kemarahan golongan konservatif.

Bagaimanapun pada Ogos tahun lalu, Rached Ghannouchi memuji Malaysia sebagai sebuah negara Islam sebenar yang patut diikuti mana-mana negara Islam lain termasuk juga Tunisia.- UtaraNews.com

Friday, December 8, 2017

SURAT TERBUKA PENYOKONG PAN YANG PANAS HATI DENGAN KEPIMPINAN PARTINYA YANG JADI PENGECUT!!!



Semalam mendapat mesej dalam group Amanah, SU meminta ahli² Amanah turun berdemo di hadapan kedutaan U.S

Saya terpaksa megambil cuti mengejut memandangkan ini adalah suatu manifestasi besar penentangan terhadap Zionis Israel dan Donald Trump U.S. Saya bersama seorang kawan bergerak ke kedutaan, dan di tengah² ribuan penyokong parti Pas, kami bertemu Y. Bhg Ustaz Ahmad Awang yang ditemani dua orang berumur 40an berpakaian awam (India Muslim). Kami berkumpul bersama sehingga berjumlah hampir 20 orang.

Saya zahirkan perasaan malu utk mengeluarkan bendera Amanah di tengah belasan ribu penyokong Pas, sebetulnya saya silap memakai baju Amanah. Kami hanya berada sekelompok memekakkan telinga kerana pentas bergerak (Hilux) Pas berada dekat dengan kami.

Saya amat kesal dengan sikap pimpinan terutamanya Tn Hj Anuar Tahir yang sebelumnya menulis memo arahan berdemo, padahal batang hidung beliau langsung tidak kelihatan. Saya juga amat kesal panglima perang demo seperti Tn Hj Presiden, Dr Hatta, Yb Khalid dan semua pimpinan tidak langsung cakna dengan program yang diarahkan.


Bilangan kami yang amat sedikit, tidak memungkinkan kami berani meminta ruang berucap di pentas bergerak Pas atau umno, sedangkan semua Ngo dan wakil mahasiswa diberi peluang berucap. Apa yang mampu kami lakukan ialah mengadakan FB Live Ustaz berlatar belakangkan penyokong Pas. Suatu waktu port kami dihimpit oleh kumpulan Ngo Perkasa. Kumpulan kami terburai apabila Perkasa membakar patung Donald Trump, dan polis datang menyuraikan kekecohan tersebut.

Akhir kalam, kami amat kesal dengan sikap lepas tangan pimpinan dan membiarkan Ustaz Ahmad Awang keseorangan. Maaflah untuk masa hadapan, malu ini masih menempek muka, apatah lagi lensa kamera yang dihala kepada kami seperti sinis mentertawakan kumpulan kami yang amat kecil.

Ahmad Mazlan
Cheras Baru
8/12/2017


Thursday, November 23, 2017

KUASA DEMO PAN! DEMO 42 JAM, MINYAK TURUN HARGA, KADAR RINGGIT NAIK!!!



Sikit-sikit demonstrasi... tapi hasil demonstrasi, hanyalah menyusahkan pengguna yang lain.

Lain pula halnya apabila PAN buat demonstrasi 42 jam sehingga menyebabkan bukan sahaja harga minyak turun 8 sen, kadar Ringgit Malaysia berbanding Dollar Amerika Syarikat pun mengukuh.


Bayangkanlah kalau PAN buat demonstrasi secara berterusan selama berbulan-bulan, sudah pasti rakyat Malaysia bukan sahaja menikmati minyak percuma bahkan kerajaan perlu membayar rakyat bagi setiap liter penggunaan. Malahan rakyat Malaysia hanya perlu bekerja sekali dalam hidup kerana wang gaji sekali itu sudah boleh menampung hidup selama berpuluh-puluh tahun kerana nilai matawang Malaysia yang tersangat-sangat tinggi.


Tidak mustahil ramai yang akan percaya dengan cerita dongeng PAN dan demonstrasi 5 orang mereka itu telah menurunkan harga minyak dan menaikkan kadar Ringgit Malaysia walaupun pada masa yang sama, maklumat-maklumat bagaimana kaedah pengiraan harga apungan petroleum dikira  atau dijangka, boleh diperolehi dengan mudah. Atau bagaimana kadar Ringgit berbanding matawang-matawang utama lain berbeza-beza nilainya.

Apatah lagi dengan akidah dan kepercayaan yang sangat menebal bahawa apa-apa yang berlaku dalam negara ini adalah 'SEMUA SALAH KERAJAAN, SALAH UMNO dan SALAH NAJIB.'

Thursday, August 24, 2017

RUNDINGAN GAGAL, AMANAH SEDIA ARAH PKR KELUAR PAKATAN HARAPAN!!!



PAS menerusi Naib Presidennya, Nik Amar menyatakan dengan tegas, PAS tidak akan bekerjasama dengan PKR lagi walaupun terdapat desas-desus menyatakan penyatuan kedua-dua parti itu membabitkan pembahagian atau penentuan kerusi bagi menghadapi Barisan Nasional pada PRU-14.

Menurut Nik Amar, keputusan itu jelas selepas PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR pada Mei lalu. Biarpun usaha untuk menjalin semula hubungan dan pujukan dilakukan oleh wakil-wakil Pakatan Harapan, usaha mereka dilihat tidak ubah seperti jantan yang gilakan talak.

Usaha memujuk PAS semakin ketara apabila PAS Permatang Pauh menghantar isyarat, yang mereka mahu bertanding semula di Parlimen Permatang Pauh yang sekarang ini diwakili oleh Wan Azizah Wan Ismail.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Khairuddin Aman Razali pula menyarankan agar PKR 'bertaubat nasuha' terlebih dahulu sebelum menjalinkan hubungan dan kerjasama semula dengan PAS.

PKR Selangor berhadapan dengan masalah yang sangat kritikal ekoran keengganan PAS menyertai Pakatan Harapan.

Sementara itu, dalam satu kenyataan media lewat petang ini yang disiarkan dan ditularkan menerusi kumpulan WhatsApp pro-PAN, Pengarah Komunikasi PAN, Abdul Khalid Samad pula berkata, PAN sudah menjangkakan PAS akan menolak sebarang usaha untuk bergabung biarpun didesak oleh PKR. Ini adalah kerana menurutnya, PAS sangat yakin mereka cukup kuat untuk memenangi semua kerusi atas kekuatan diri mereka sendiri tanpa bantuan daripada mana-mana pihak. Sekaligus penolakan ini akan dilihat sebagai pengakuan bahawa PKR sebenarnya tidaklah sekuat sepertimana yang didakwa selama ini.

Selain itu, menurut Khalid lagi, PAS turut menyedari bahawa PAN sudah bersedia untuk bersaing dengan mereka di semua kerusi. Pilihanraya akan datang ini dilihat sebagai peluang keemasan untuk membuktikan bahawa PAN tidak mempunyai sokongan dan daya tarikan di kalangan masyarakat Melayu khususnya.

Khalid menambah, PAN sudah bersedia untuk berhadapan dengan PAS di semua kerusi. Justeru, sekiranya PKR masih mengharapkan PAS, maka tindakan tersebut dilihat sebagai bukti bahawa PKR sebenarnya yang takut untuk berhadapan dengan PRU-14 tanpa PAS.

Sehubungan dengan itu, PAN mengharapkan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan disegerakan untuk memutuskan kedudukan parti-parti yang ingin membawa PAS bergabung dalam Pakatan Harapan. PAN menurutnya berpendapat, sukar untuk Pakatan bergerak selagi PKR masih tidak putus asa memujuk PAS untuk bersama-sama sedangkan PAS tidak sekelumit pun untuk bersama.

Oleh kerana itu, PAN bersedia untuk menolak PKR keluar dari Pakatan Harapan dan bergerak bersama DAP dan Parti Cap Bunga.


Bagaimanapun, sejam selepas kenyataan media Khalid Samad itu tersebar menerusi sistem WhatsApp, satu pemberitahuan mengatakan kenyataan media tersebut adalah PALSU.

Namun sesuatu yang pasti, rasa tidak puas hati di kalangan para pemimpin PAN yang dikatakan 'masih bayi' dan 'tidak mempunyai pengaruh' oleh Elizabeth Wong dalam usaha memujuk PAS supaya menjalinkan kembali kerjasama dengan PKR, amat menebal. Rata-rata di dalam Group WhatsApp yang dianggotai oleh ahli-ahli pro-PAN dan DAP mengutuk dan menyelar tindakan PKR serta Azmin Ali kerana masih memandang PAS tanpa menghiraukan PAN yang bersungguh-sungguh mahu bekerjasama dengan PKR.


Tuesday, July 25, 2017

PAN VIRAL KONONNYA PENEROKA FELDA KEMAHANG 1 NAK BAGI DUIT INSENTIF RM5000 KEPADA MEREKA... ANGAN-ANGAN SANGAT TINGGI!!!



Pasukan propaganda dan kempen Parti PAN menerusi media-media sosial, khususnya WhatsApp dan Telegram sedang menviralkan kisah 'unik' mereka kononnya 223 orang peneroka Felda Kemahang 1 di Kelantan, akan menyerahkan wang pemberian insentif hujung bulan ini sebanyak RM5000 kepada parti itu sebagai cara 'membuang sial' dan 'menyucikan pendapatan'.

Penyerahan wang tersebut juga adalah untuk persiapan PAN menghadapi PRU-14 yang akan datang.

Dalam propaganda tersebut, wakil kumpulan berkenaan yang dinamakan AYUB berkata, mereka sepakat untuk menyerahkan kesemua wang berkenaan kepada PAN atau Pakatan Harapan Kelantan kerana tidak yakin wang tersebut halal digunakan.

Seorang wakil rakyat daripada PAN akan dijemput untuk menerima wang itu bagi pihak Pakatan Harapan.


Felda Kemahang Tanah Merah terdiri daripada Kemahang 1, Kemahang 2, Kemahang 3 dan Kemahang 4 yang tiada peneroka.

Sebelum ini, Felda Gugusan Kemahang Tanah Merah adalah seramai 1208 orang. Yang tanam semula dan menjual hasil semula dengan  FELDA adalah seramai 909 orang. Felda Kemahang 1 pula merupakan kubu kuat PAS yang terdiri daripada 400 orang lebih peneroka. Sebahagian besar daripada mereka masih bersama-sama FELDA dan sebahagian pula bersendirian semasa proses tanam semula kali kedua.

Difahamkan kesemua peneroka di sini telah habis hutang mereka dengan FELDA.

Bukan kesemua peneroka FELDA yang akan menerima insentif tersebut. Sebaliknya pihak FELDA hanya akan membayar RM5000 kepada para peneroka yang masih bersama-sama FELDA. Manakala peneroka-peneroka yang bersendirian dan merupakan penyokong kuat PAS serta PAN, tidak akan memperolehi insentif tersebut.

Sedar tentang hal tersebut, menyebabkan mereka tidak berpuas hati. Habuan besar yang menanti untuk para peneroka yang masih setia bersama-sama FELDA, turut mahu dinikmati oleh mereka yang tidak lagi bersama-sama FELDA, walaupun masih berada di tanah rancangan tersebut.


Seperti yang diterangkan oleh seorang Facebooker FELDA, Zaki Abdul Sani yang mengibaratkan para peneroka FELDA seperti penyimpan deposit di sebuah bank, kemudian berpindah bank, tetapi apabila bank pertama memberikan pelbagai insentif, para peneroka yang 'berpindah' tersebut tidak selayaknya bercakap tentang keberadaan mereka dalam FELDA lagi walaupun mereka masih tinggal di tanah-tanah rancangan FELDA. Begitu jugalah dengan para peneroka terbabit.

PAN sebenarnya sedang bergelut dengan masalah kewangan yang sangat teruk. Kalau sebelum ini, kewangan mereka banyak bersumber dari DAP, DAP sendiri nampaknya terpaksa berbelanja besar selepas Lim Guan Eng dan DAP berhadapan dengan pelbagai natijah undang-undang, membuatkan peruntukan untuk PAN dari DAP tersekat atau dihentikan.

Itulah antara sebab Mazlan Aliman, Presiden ANAK, dilihat bergelut teruk untuk membayar saman fitnah sebanyak RM500,000 kepada FELDA seperti yang diarahkan oleh mahkamah. Manakala beberapa orang pemimpin PAN lain, terpaksa mengemis simpati dan dana dari orang ramai untuk membina bilik-bilik gerakan di tempat masing-masing. Malahan ada yang terpaksa meminta dan mengemis daripada orang ramai semata-mata untuk menyara hidup dengan alasan 'PERJUANGAN'.


PAN lebih kalut apabila di sebalik cerita-cerita dan cakap-cakap besar kononnya PAN sedang mendapat sokongan besar daripada rakyat Kelantan, bahkan Husam Musa sendiri telah dimartabatkan dan diangkat oleh Lim Kit Siang sebagai bakal Menteri Besar Kelantan menggantikan Ahmad Yaakob dari PAS, Ijtima' Ulama yang diadakan di Kota Bharu beberapa hari lepas telah berjaya menghimpunkan lebih 50,000 orang yang rata-ratanya adalah golongan muda.

Sedangkan pada masa yang sama, PAN sendiri sedang bergelut untuk mengumpulkan para penyokong dan pendengar ceramah serta kempen mereka walaupun bergabung dengan PKR, Parti Cap Bunga dan DAP.

PAN sedang berusaha untuk menempatkan diri di kalangan ahli-ahli PAS, bahkan sedang berusaha untuk menyerang dan menawan kubu-kubu kuat PAS.

Cerita kononnya para peneroka FELDA yang tidak akan dapat insentif RM5000 itu akan memberikan wang insentif berkenaan kepada PAN, adalah cerita yang bersifat angan-angan semata. Ianya bertujuan untuk menunjukkan kononnya PAN telah berjaya menembusi kubu kuat PAS di Kemahang 1 biarpun pada masa yang sama, jumlah para peneroka yang menyokong PAN berbanding PAS, terlalu kecil. Apatah lagi sebilangan besar mereka, masih lagi bersama-sama FELDA dan tidak terpengaruh langsung dengan cakap-cakap subversif Mazlan Aliman!

Sebagai peringatan, pada 16 Oktober 2015, Mahkamah Tinggi Temerloh menolak tuntutan tiga orang peneroka FELDA ke atas FELDA dengan kos. Ketiga-tiga peneroka tersebut menfailkan permohonan untuk mendapatkan satu deklarasi dan perintah mandamus bahawa keputusan FELDA untuk tidak memberikan wang sebanyak RM300 kepada para peneroka sebagai pemberian wang insentif yang masih menyaman FELDA pada tahun 2014 adalah tidak sah kerana mereka masih mempunyai hak yang sama seperti peneroka-peneroka lain.

Hakin setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak pada 2 Jun 2015 menolak permohonan peneroka-peneroka tersebut pada 2 Oktober 2015. Antara alasannya ialah mahkamah mendapati para pemohon tersebut gagal menunjukkan mana-mana peruntukan dalam Akta yang boleh mewujudkan satu tugas atau tanggungjawab FELDA untuk membayar wang insentif kepada para peneroka. Wang insentif tersebut adalah daripada sumber kewangan FELDA sendiri dan keputusan pembayarannya dibuat atas kapasiti FELDA sebagai badan korporat, maka para peneroka tidak boleh mencabar keputusan tersebut melalui proses Semakan Kehakiman. (RUJUK SINI)


Thursday, June 8, 2017

KEDAH JADI PENGKALAN BARU DAN KOTA KARA PAN SERTA CAP BUNGA!!!



Walaupun denial syndrom begitu kuat dirasakan dan diperlihatkan di Kedah terutama membabitkan UMNO-BN dan PAS, hakikatnya Kedah kini telah menjadi pengkalan utama Cap Bunga dan PAN.

Menampilkan tenaga-tenaga muda yang bukan sahaja aktif di kalangan mereka, tetapi juga melangkau sempadan dan kelompok sendiri, kedua-dua parti tersebut jelas mahu menjadikan Kedah sebagai kota kara mereka yang baru.

Umum mengetahui, Cap Bunga walaupun mahu menjadikan Johor sebagai pengkalan di selatan Semenanjung dan menggunakan proksi di Sabah menerusi parti ciptaan Shafie Apdal, Parti Warisan, sambutan untuk parti yang dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir itu lebih mendapat sambutan di Kedah. Lebih daripada itu, tanpa terikat kepada pemimpin-pemimpin tradisi yang sudah berusia dan berpengalaman, Cap Bunga dilihat sebagai sebuah parti anak muda dengan Mukhriz Mahathir sebagai ketuanya.

Sekurang-kurangnya itulah yang cuba digambarkan menerusi pembabitan aktif pengundi-pengundi muda dalam parti berkenaan.

Bergandingan dengan Cap Bunga adalah Parti Amanah Negara atau PAN yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi PAN Kedah, Phahrolrazi Zawawi. Meskipun hanya berjawatan Timbalan, tetapi Phahrolrazi Zawawi sebenarnya adalah ketua PAN Kedah yang mengatur semua operasi PAN.


Kalau Cap Bunga beroperasi di kalangan ahli-ahli UMNO, PAN pula beroperasi dan cuba mempengaruhi ahli-ahli PAS terutama sekali golongan muda yang melihat kemenangan adalah segala-galanya walaupun kaedah yang digunakan adalah matlamat menghalalkan cara.

PAN atau lebih awal lagi, PASMA atau Gerakan Harapan Baru yang dimulakan oleh Phahrolrazi Zawawi mempunyai kaitan rapat dengan DAP. Phahrolrazi Zawawi sendiri sewaktu masih di dalam PAS dan masih menjadi Exco di bawah pentadbiran Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, telah mencantumkan dirinya dengan Lim Guan Eng. Ia bukanlah satu rahsia lagi apabila Phahrolrazi dan gerakannya mendapat bantuan penuh daripada DAP yang berkubu di Pulau Pinang.

Phahrolrazi Zawawi sendiri mengakui, beberapa orang ADUN PAS sebenarnya cenderung kepada PAN tetapi masih tidak berani untuk menyatakan pendirian atau keluar dari parti. Nama-nama seperti Nasir Mustafa, ADUN Kubang Rotan seringkali dikaitkan dengan PAN walaupun Nasir masih kekal di dalam PAS. Begitu juga dengan Mahfuz Omar yang merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena.

Menurut Phahrolrazi, PAS di Kedah berbeza dengan PAS Pusat. PAS Kedah mempunyai hubungan yang baik dengan PAN. Dengan kata lain, sama ada PAN wujud atau tidak, sebenarnya tidak banyak berbeza. (RUJUK SINI)

PAN Kedah wujud kerana masalah nasional. Berbeza dengan Cap Bunga yang wujud kerana kehilangan kuasa dan kepentingan yang melibatkan kem Mahathir.

Phahrolrazi Zawawi mengakui PAS dan PAN seringkali mengadakan program bersama seperti yang dibuktikan menerusi penyertaan anak ADUN Tokai, Surya Putera Taulan yang sering bergandingan dengan Faiz Fadzhil, anak bekas Presiden PAS, Allahyarham Fadzhil Noor yang merupakan tenaga utama PAN di Kedah.

Pergerakan PAN dan Cap Bunga banyak dibuat menerusi pasukan PEMUDA PAN dan ARMADA. Pemuda PAN diketuai oleh Asmirul Anuar Aris. Menjadi tulang belakang PAN di Kedah dan menjadi pemudahcara kepada ARMADA yang masih baru dan kurang dikenali dengan Pemuda PKR dan DAP merupakan antara fungsi utama PAN.


Dibantu oleh nama-nama seperti Ridzuan Abu Bakar yang merupakan Pengarah Komunikasi PAN, Ruslina Hussain yang merupakan Pengarah Biro Komunikasi Wanita Amanah Kedah (AWAN), Dr Rohani Abdul Mutalib yang merupakan Ketua AWAN Kedah dan Dr. Ismail Salleh, Pengerusi PAN Kedah, gerakan PAN mulai memasuki kawasan-kawasan FELDA yang sebelum ini merupakan kubu kuat UMNO dan PAS. Kerjasama dengan Cap Bunga atau lebih khusus, Tun Dr. Mahathir memudahkan kerja mereka kerana kewujudan ahli-ahli UMNO di Felda-Felda yang kuat menyokong Dr. Mahathir.

Rohani Abdul Mutalib mula aktif dalam politik pada tahun 1999. Tiga kali menjadi calon di Sik. Pernah memegang jawatan sebagai Ketua Muslimat PAS Kubang Pasu dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat Negeri sebelum berhijrah ke PAN.

Manakala Dr. Ismail Salleh pula adalah bekas ADUN Alor Mengkudu dan pernah menjadi Exco semasa Kedah di bawah pentadbiran Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Melihat kepada pejabat PAN dan Cap Bunga Kedah di Star Gate yang terletak saling bersebelahan di Alor Star, sudah cukup untuk menggambarkan harapan besar kedua-dua parti itu untuk menguasai Kedah. Ditambah pula dengan operasi dan sokongan daripada pengundi-pengundi generasi muda, gabungan kedua-dua parti tersebut benar-benar boleh mengancam UMNO dan PAS Kedah.

Mungkin melihat kepada kurangnya sambutan kepada ceramah-ceramah yang melibatkan PAN membuatkan sangkaan bahawa parti berkenaan kurang mendapat sambutan dan tidak akan mampu bertahan lama.

Namun, trend terkini di mana masyarakat pengundi terutama golongan muda yang tidak bernafsu untuk menyemakkan tapak ceramah tetapi berkerumun di hadapan komputer apabila akses kepada Internet lebih mudah, membolehkan pengundi-pengundi senyap menzahirkan sokongan mereka menerusi pembabitan dalam siaran langsung video di Facebook Live.

Manakala AWAN pula bergerak bersama-sama Cap Bunga bagi memonopoli undi kaum wanita yang kurang mengakses Internet, dengan berkempen secara langsung dan secara konvensional yang menyaksikan sokongan kepada mereka semakin lama semakin bertambah walaupun cuba dinafikan oleh UMNO dan PAS Kedah.

Pengundi-pengundi senyap terutama dari golongan muda adalah kunci kepada kemenangan di Kedah. Dan itulah yang sedang dilakukan oleh PAN dan Cap Bunga.

PAS dan UMNO Kedah boleh terus hidup dalam denial syndrom selain saling memuji diri sendiri!!!


Friday, April 28, 2017

KERANA IKRAR 'JAHANAM PAN', PEMIMPIN-PEMIMPIN DAN PENYOKONG TERPAKSA CARI KITAB-KITAB HADIS UNTUK MEMBELA DIRI!!!



Tak sia-sia DAP menaja dan mendidik PAN!

Gara-gara laungan 'JAHANAM PAN', secara tiba-tiba puak PAN yang sangat gemar memaki hamun dan mengkafirkan orang lain, termasuklah puak PAS yang dahulunya mereka adalah sebahagian, kelam-kabut mencari kitab-kitab hadis dan buku-buku agama untuk mencela pemimpin PAS yang melaungkan 'JAHANAM PAN' di Muktamar PAS di Alor Star.

Seperti PAS, orang yang paling berautoriti untuk mengeluarkan kenyataan membabitkan isu-isu sebegitu adalah Mursyidul Amnya.

Mursyidul Am PAN adalah Ahmad Awang.

Ironinya, sebelum ini, mulut dan lidah yang sama jugalah yang mencelakakan pihak lain, khususnya UMNO dan Barisan Nasional. Dan samalah seperti pembelaan yang dilakukan, celaan dan segala celaka itu turut menggunakan hadis dan sumber-sumber agama.

PAS sebelum ini memperkukuhkan iltizam mereka untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan PAN dengan apa cara sekalipun. Manakala Dewan Ulama PAS pula secara sebulat suara tanpa bahas, menerima usul memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

PAS ditohmah menerima wang atau rasuah atau sogokan daripada Najib Abdul Razak untuk menukar sikap keras penentangan terhadap UMNO kepada sikap yang lebih lunak dan lebih mesra. Dalam beberapa isu, termasuklah RUU355, PAS dan UMNO berganding bahu dan menunjukkan persefahaman, sesuatu yang tidak pernah selepas pentadbiran Allahyarham Tun Hussein Onn selepas PAS keluar dari Barisan Nasional yang sama-sama ditubuhkannya.



PAN bersama-sama PKR dan ditunjangi oleh DAP, menyerang PAS sebelum muktamar dengan mengaitkan 'perubahan sikap' PAS itu dengan wang sogokan Najib Abdul Razak. Meskipun PAS telah menafikannya, bahkan Presiden PAS turut menyaman pemilik Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown atas fitnah yang dimulakannya dan kemudian digunakan oleh tukang propaganda PKR serta PAN.

Husam Musa dan Rafizi Ramli mempopularkan fitnah tersebut walaupun mereka tidak mempunyai sebarang bukti. Namun ketiadaan bukti itu, tidak menghalang fitnah tersebut daripada tersebar dan digunakan secara meluas. Sama ada penafian dibuat oleh pihak PAS mahupun Najib Abdul Razak, ia tetap juga dipercayai dan digunakan untuk memperlekehkan PAS dan Najib.

Ia samalah seperti kes cincin RM24 juta yang akhirnya terbukti fitnah apabila Rafizi Ramli meminta maaf dan menyatakan dia hanya bergurau ketika ditanya di mahkamah, tetapi isu tersebut tetap juga digunakan untuk menyerang peribadi Rosmah Mansor oleh puak-puak PAN, DAP dan PKR, malah sekarang ini, modal yang sama turut digunakan oleh tukang propaganda Cap Bunga.



Thursday, December 15, 2016

MUKA TAK TAHU MALU!!! KALAU MENANG, KAU CURI... DAH KALAH, KAU SURUH ORANG BAYAR?!!!



Ni betul-betul jenis muka tak tahu malu... jenis tak ada maruah dan jenis tak sedar diri!

Kata hebat sangat... kata kuat sangat... kata ramai sangat penyokong sampai peluang untuk rampas Kelantan dan Terengganu sangat cerah. 

Maka betul sangatlah bila orang PAS kata parti tajaan Lim Guan Eng, PAN, betul-betul tak malu. Bukan sahaja tak malu, bahkan bantuan daripada Malaysiakini untuk menunjukkan mereka pandai juga, tidak lebih daripada sekadar menambahtebalkan taik kat muka mereka.

PAN dengan bantuan Malaysiakini cuba menggambarkan PAS tidak adil dan jenis lepas tangan.

Kisahnya tentang orang yang kalah dalam membuat petisyen pilihanraya dan kemudian mahkamah mengarahkannya membayar gantirugi sebanyak RM50 ribu.

Kerusi yang dipetisyenkan itu adalah kerusi yang ditandingi oleh PAS pada PRU lalu.

Bagaimanapun, calonnya adalah Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden PAN.

Yang buat petisyen itu pula adalah bekas ahli PAS yang kini merupakan ahli PAN.

Kalaulah petisyen tersebut dimenangi, kerusi berkenaan akan menjadi kerusi PAN, bukannya kerusi PAS tetapi sekarang, yang dipersalahkan kerana tidak mahu membantu dan enggan membayar gantirugi seperti yang diarahkan oleh mahkamah adalah PAS.

Setiausaha Pertubuhan PAN, Suhaizan Kaiat cuba berlagak baik apabila berkata PAN akan cuba membantu Zaaba dan telah mengumpulkan derma sebanyak RM11,000 bagi tujuan tersebut.

"Kami mensasarkan kutipan sebanyak RM50,000. PAS langsung tidak mahu membantunya. Jadi kami (PAN) akan membantunya," kata Suhaizan Kaiat.

Puak PAN memberi alasan, Zaaba menfailkan petisyen tersebut ketika dia masih lagi menjadi ahli PAS dan telah diarahkan membayar kos ketika dia juga masih ahli PAS. Jadi PAS perlu membayarnya walaupun selepas dia menyertai PAN.

Ini namanya BANGANG ABADI!!!

Kerusi-kerusi yang ditandingi dan kemudian dimenangi oleh beberapa orang pemimpin PAN sekarang adalah di bawah logo PAS. Malah dibiayai oleh PAS. Sepatutnya semua kerusi-kerusi tersebut milik PAS, bukannya dibawa lari dan dimiliki oleh PAN. Kenapa tidak dipulangkan semula kepada PAS.

Samalah dalam kes ini... yang dituntut adalah kerusi yang ditandingi oleh Timbalan Presiden PAN. Yang menuntut juga sekarang ini sudah menjadi ahli PAN. Jadi PAN tanggunglah semuanya.

Ini tidak, kerusi yang para pemimpin PAN menang di bawah logo PAS, dicuri. Kerusi yang mereka kalah, PAN suruh PAS bayar pulak...

Lawak betul angkatan Mat Sabu nih!!!


Monday, December 12, 2016

PRINSIP SONGSANG PAN YANG AKAN PERTAHANKAN DAP SAMPAI KE TITISAN DARAH TERAKHIR!!!



PAN tidak lagi berselindung yang mereka sebenarnya 'dijadikan' hanya untuk mempertahankan DAP daripada diserang oleh UMNO dan kini PAS. Walaupun pada masa yang sama, PAN memperlekehkan Melayu-Melayu did alam UMNO dan PAS namun alasan yang diberikan oleh PAN ialah, UMNO dan PAS menjadikan DAP sebagai kambinghitam untuk memenangi hati orang Melayu bagi menghadapi PRU akan datang. 

Menggambarkan PAN sebagai sebuah parti yang tidak RASIS kerana membela DAP yang dianggap sebagai pejuang anti-rasis, PAN berikrar dan mengambil tanggungjawab untuk mempertahankan DAP daripada serangan UMNO dan PAS. DAP dikatakan menjadi sasaran mudah untuk UMNO dan PAS yang menyebabkan PAN perlu mengambilalih tanggungjawab sebagai perisai. 

"Itu adalah satu cara untuk mereka menang pada PRU akan datang. Kita perlu menyebarkan fakta bahawa DAP bukanlah musuh kita," kata seorang delegasi PAN dari Selangor, Jamzuri Ardani dalam konvensyen PAN yang diadakan di Shah Alam. 

Menurutnya lagi, PAN akan menangkis sebarang isu yang dibangkitkan oleh PAS dan UMNO ke atas DAP.

"Kita akan ke akar umbi dan menghapuskan semua sentimen perkauman yang diwujudkan oleh UMNO. Kita akan bertindak berdasarkan fakta dan kebenaran."

Sayang betul nampaknya PAN dengan DAP!

Mempertahankan DAP kononnya untuk menentang rasis tetapi menyerang UMNO dan PAS tidak pula rasis... semuanya hanya kerana PAN makan dedak DAP!!!


Saturday, September 10, 2016

MAT SABU KATA, PARTINYA TELAH DIPINGGIRKAN OLEH PKR DAN DAP KERANA CAP BUNGA!!!


Kesian sungguh Mat Sabu...

Mengeluh-ngeluh dia kerana dia dan parti pimpinannya tidak mendapat perhatian sewajarnya terutama sekali daripada PKR. Bahkan, kehadiran PAN di dalam Pakatan Harapan, seumpama malukut tepian gantang. Ada tidak berguna, tiada pun tidak dirasa.

PAN ditubuhkan dengan bantuan kewangan dan taktikal DAP selepas barisan kepimpinan pilihan Lim Guan Eng kecundang dalam pemilihana agung PAS yang lepas. DAP menerusi Lim Guan Eng telah menunjukkan permusuhan keterlaluan terhadap Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dan Harun Din, Mursyidul Am PAS.

Penubuhan PAN diharapkan dapat menggantikan PAS di dalam Pakatan Harapan. Pakatan Harapan pula ditubuhkan oleh Lim Guan Eng bagi menggantikan Pakatan Rakyat setelah DAP memutuskan hubungan dengan PAS.

Walau bagaimanapun, PKR di Selangor tidak  memutuskan hubungan dengan PAS dan Pakatan Rakyat juga masih wujud walaupun secara rasminya, Pakatan Rakyat telah dibubarkan manakala DAP dan PKR di luar dari Selangor telah memutuskan hubungan dengan PAS.

Kehilangan jawatan dan kuasa di Selangor, menyebabkan Azmin Ali yang mengetuai Kerajaan Negeri Selangor terus mempertahankan hubungan dengan PAS dan kewujudan Pakatan Rakyat dengan DAP sekali masih salah satu komponennya.

PAN sudah beberapa kali melahirkan perasaan tidak puas hati kerana PKR dan Azmin Ali bahkan DAP masih tidak menghalau dan memutuskan hubungan dengan PAS, selain merampas kedudukan serta bahagian PAS untuk diserahkan kepada PAN.

Kewujudan Cap Bunga mendapat lebih perhatian daripada PKR dan DAP berbanding PAN yang telah bertungkus lumus untuk mempertahankan ketuanan DAP. Malahan, terdapat ura-ura untuk menyerahkan kerusi-kerusi Parlimen dan DUN untuk ditandingi oleh Cap Bunga pada PRU akan datang yang sebelum ini ditandingi oleh DAP dan PKR.

PAN pula terus melopong.

Justeru apabila Mat Sabu, Presiden PAN menyatakan yang partinya seperti terpinggir, memang ada benarnya. Selain kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PKR dan DAP, sebahagiannya akan diserahkan kepada Cap Bunga, kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PAS pada PRU lepas juga, akan diserahkan kepada Cap Bunga. PAN dilihat tidak menarik perhatian kepimpinan tertinggi PKR dan DAP sungguhpun dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PAN mencatatkan keputusan yang agak cemerlang walaupun baru sahaja ditubuhkan.

Pada masa yang sama, ketakutan dan kebimbangan DAP serta PKR terhadap PAS semakin membuatkan PAN terasing dan tidak digantung harap. Dari tahun 1999 lagi, sama ada DAP mahupun PKR, kekuatan mereka sebenarnya sangat kuat bersandar kepada PAS. Terserlah dalam setiap demonstrasi jalanan yang dianjurkan, penyertaan PAS telah menyebabkan ratusan ribu orang berarak di jalan-jalanraya di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Tanpa PAS seperti yang berlaku dalam BERSIH 4.0 serta Gerakan Tangkap MO1, jumlah pendemonstran sekadar boleh dibanggakan di dalam media-media sosial seperti FB dengan gembar-gembur yang sangat melucukan.

Kesian Mat Sabu... kesian PAN... makin meneballah benci Mat Sabu kepada Cap Bunga dan Mahathir sendiri!


SAARI SUNGIP PAN TUNTUT MAHATHIR BERTAUBAT SECARA TERBUKA!!!



Dendam lama atau sebenarnya satu lagi drama untuk mukaddimah bagi menghilangkan sakit hati silam, sekaligus memujuk hati sendiri?

Timbalan Presiden PAN, Saari Sungib mendesak Mahathir membuat permohonan maaf secara terbuka kerana perbuatan silamnya, sekaligus mewujudkan kredibiliti bagi dakwaannya bahawa Pengerusi Cap Bunga itu bertindak untuk kepentingan negara menerusi kerjasama dengan Pakatan Harapan. 

"Kalau dia mahu bekerjasama dengan kami, amat perlu bagi Mahathir untuk mengisytiharkan semua kesalahan yang telah dilakukannya sewaktu dia berkuasa," kata Saari Sungib. "Dia juga mesti megakui kesalahan-kesalahannya dan wajib meminta maaf kepada rakyat serta keluarga Anwar Ibrahim."

Saari Sungib, bersama-sama Naib Presiden PKR Tian Chua, bekas Ahli Majlis Tertingi PKR Badrulamin Baharom serta Hishamuddin Rais dan Badaruddin Ismail telah ditahan di bawah ISA pada tahun 2001 ketika Mahathir masih lagi Perdana Menteri Malaysia. 

Mahkamah Persekutuan baru-baru ini telah memutuskan penahanan mereka tidak sah dan Kerajaan pimpinan Najib Abdul Razak pula diarahkan membayar gantirugi kepada mereka sebanyak RM5 juta.

Parti Cap Bunga telah diluluskan pendaftarannya oleh ROS. Terdapat beberapa teori yang mengatakan, Parti Cap Bunga akan mengambilalih kedudukan PKR di mana ahli-ahli Melayunya akan diserap ke dalam Parti Cap Bunga manakala yang bukan Melayu akan dihalau ke dalam parti DAP.

Ini adalah langkah terawal untuk mengelakkan pertembungan serta perebutan kerusi-kerusi DUN dan Parlimen yang akan ditandingi pada PRU-14 nanti. Cap Bunga dilihat cuba menguasai PKR dan DAP bagi menggantikan kedudukan PAS yang tidak begitu berminat untuk bekerjasama dengan mereka.

Bagaimanapun, beberapa pihak di dalam PKR, tidak bersetuju dengan iltizam Cap Bunga untuk mengambilalih. Sebaliknya, Cap Bunga didesak supaya lebih akur dengan PKR yang 'lebih berpengalaman' untuk berhadapan dengan UMNO-BN. 

Dalam bahasa yang lebih mudah, Cap Bunga diminta untuk memberi laluan kepada PKR dengan Cap Bunga hanya perlu membantu untuk PKR menang.

Keterdesakan Mahathir untuk menggulingkan Najib, menyebabkan Mahathir merendahkan egonya dengan meminta kerjasama Anwar Ibrahim. Beberapa pihak terutama sekali penyokong Mahathir beranggapan gabungan Mahathir-Anwar akan membolehkan Cap Bunga lebih kekar walaupun pada masa yang sama, gelombang besar yang mereka harapkan di kalangan rakyat sepertimana yang berlaku pada Semangat 46 dan PKR ketika awal penubuhan, tidak berlaku kali ini.

Manakala DAP pula difahamkan, telah 'diarahkan' oleh Muhyiddin Yassin agar tidak berceramah atau dilihat berkempen bersama-sama dan untuk Cap Bunga bagi mengelakkan Cap Bunga dijauhi penyokong-penyokong Melayu-Bumiputera.


Sunday, June 5, 2016

AKHIRNYA AZMIN ALI KALAH KEPADA WAN AZIZAH DAN KIT SIANG... KESIAN PAS, TERTIPU LAGI!!!



Azmin Ali yang dikatakan merajuk sebelum ini, tiba-tiba sahaja memunculkan diri ketika acara pencalonan PRK Sungai Besar. Dan lebih menarik lagi ialah, walaupun PAS merupakan rakan sekongkol dalam Kerajaan Negeri Selangor, Azmin Ali nampaknya lebih gemar menunjukkan sokongan kepada calon Parti Amanah Negara.

PAS nampaknya telah tertipu dengan jaminan yang diberikan oleh Azmin Ali dan PKR Selangor. Azmin Ali, sekalipun menguasai Selangor dengan bantuan PAS, tidak mampu keluar daripada cengkaman kuasa DAP dan Wan Azizah.

Justeru, apabila PKR dan DAP telah mengumumkan yang mereka menyokong calon PAN, maka mahu tidak mahu Azmin Ali juga terpaksa berbuat begitu. Apatah lagi dengan pendedahan dan laporan SPRM yang dibuat oleh Rafizi Ramli, Azmin Ali lebih memerlukan bantuan daripada DAP dan PAN berbanding PAS, apatah lagi UMNO-BN.

Tindakan Majlis Daerah yang memaksa bendera UMNO-BN diturunkan kerana ketiadaan permit beberapa hari lepas, merupakan petunjuk utama peralihan arah sokongan PKR kepada PAN yang dibuat dalam keadaan terpaksa dan terdesak.


Ditambah pula dengan RASUAH TONG SAMPAH yang tertera tulisan, "Sumbangan dari Kerajaan Selangor and hakmilik MDSB (Majlis Daerah Sabak Bernam)" dengan tong sampah berwarna jingga yang menyamai warna rasmi PAN.

Biarpun penyediaan tong-tong sampah merupakan kewajipan bagi PBT dan Kerajaan Negeri, malah ianya bukan satu SUMBANGAN sebaliknya KEWAJIPAN, nampaknya tong sampah dilihat sebagai medium utama untuk mempromosikan calon PAN di Sungai Besar.

Untung calon PAN berbanding calon-calon yang lain dalam pertandingan tiga penjuru itu. Bukan sahaja Azmin Ali dan Kerajaan Negeri Selangor dipaksa membantu PAN, tetapi juga mendapat sokongan sukarela daripada kumpulan PROTUN.


Namun yang pasti, dalam keadaan sekarang di Sungai Besar, PAS yang selama ini banyak membantu bahkan mengorbankan prinsip dan perjuangan mereka demi PKR dan DAP, menjadi korban mudah yang diperkotak-katikkan seolah-olah PAS langsung tidak bernilai, biarpun pada masa yang sama, PAS masih lagi merupakan faktor utama Azmin Ali kekal menjadi Menteri Besar Selangor seperti sekarang.


Friday, May 13, 2016

PARTI AMANAH HALAU PAS KELUAR DARI SELANGOR DAN LARANG BERTANDING DI SUNGAI BESAR!!!



PAN atau lebih gemar membahasakan diri mereka sebagai AMANAH, menerusi Setiausaha Agungnya, Anuar Tahir bagaikan mabuk todi atau terminum air limbah yang tidak sempat dikorek buang oleh Azmin Ali.

PAN menghalau PAS, memadankan muka PAS dan berkata, kalau PAS ada maruah, PAS akan meninggalkan Pakatan bersama PKR, dan meninggalkan semua kerusi mereka selepas tidak lagi mempunyai kaitan dengan DAP, taukeh besar PAN.

Pada PRU-13 lalu, PAS yang bertanding 20 kerusi DUN, berjaya memperolehi 15 kerusi DUN. Selepas krisis sokongan kepimpinan, dua orang ADUN PAS, melompat parti dan menyertai PAN yang baru ditubuhkan dengan harapan, PAN mempunyai peruntukan sebagai Exco dan Ahli Majlis PBT.

Daripada 56 kerusi DUN Selangor, PAS memiliki 13 kerusi, DAP 15 manakala PKR pula 13 dan BEBAS 1 kerusi. PAN yang bertindak sebagai 'pencuri' berjaya memperolehi 2 kerusi dan selebihnya dimiliki oleh BN.

PAS awal-awal lagi sudah mengumumkan mereka akan bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Memang patut pun kerana PAS tidak pernah ketinggalan untuk bertanding di kedua-dua kerusi tersebut semenjak beberapa pilihanraya umum lalu.


PAN yang berlagak, sepatutnya tidak mencabar PAS, sebaliknya membuktikan mereka lebih berwibawa, lebih berpengaruh, lebih berkuasa dan lebih disenangi oleh pengundi-pengundi di Sungai Besar khususnya. PAN tidak seharusnya memaksa dan mendesak PAS agar menarik diri atau berunding dengan Pakatan Harapan (PKR-DAP-PAN) untuk bertanding di Sungai Besar mahupun di Kuala Kangsar.

Apatah lagi jikalau dibandingkan kekuatan PAN yang tidak seberapa dengan kekuatan PAS di Selangor, seperti membandingkan warna hitam dengan warna putih. Terlalu banyak bezanya.

Sepatutnya PAN ikut macam Azmin Ali... nak lawan dan nak halau PAS, tak berani, jadi dipujuk PAS supaya kembali menyertai Pakatan, sekaligus sekali lagi bersama-sama DAP menjadi kuli dan batak parti chauvinist yang tarikh 13 Mei setiap tahun semenjak 47 tahun lalu, adalah hari peringatan kewujudan parti berkenaan.

DAP sendiri pun meminta PAS agar berunding kembali dengan Pakatan, mengapa pula PAN yang jadi lebih gelojoh dan berlagak tak tentu arah, malah persis seperti seekor monyet jantan yang cuba merogol seekor gajah betina.

PAN patut sedar diri dan segera tahu bahawa mereka sebenarnya tidak ada pengaruh apa-apa pun di Sungai Besar. Mereka hanya menunggu masa untuk disepak dan diterajang oleh PAS sahaja. Setakat yang tinjauan yang dibuat pun, tak ada sebarang markaz PAN di Sungai Besar yang cukup besar untuk dikatakan atau digelar sebagai markas. Kalau ada pun, hanyalah pondok kecil yang dihiasi warna oren.

Apa-apa pun kita tengoklah keputusan DAP nanti... Azmin Ali pun dah berkampung di Sungai Besar walaupun di kawasannya, Bukit Antarabangsa, haram payah sekali tiga bulan nak tengok muka dan kehadirannya mengambil tahu masalah di DUN yang berada di bawah jajahan Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang cukup terkenal dengan 'serba-serbi'.

DAP pun tentu mempunyai perancangan yang lebih besar bagi menunjukkan mereka adalah kukasa sebenar di Selangor.


Friday, April 1, 2016

NAIB KETUA PEMUDA PAN GESA RAKYAT MEMBERONTAK DAN MELANCARKAN REVOLUSI UNTUK JATUHKAN KERAJAAN!!!



Di kalangan pemegang jawatan dalam parti-parti yang pelbagai di dalam negara ini, nama Naik Ketua Pemuda Parti Amanah Negara, sememangnya agak terkebelakang. Malah kalau dia berjalan depan orang ramai sambil mengenakan name tag sebesar papan plywood sekalipun, kalau ada yang kenal pun, mungkin akan buat-buat tidak kenal.

Berbekalkan title 'Mantan Presiden PMIUPM', Shazni Munir yang kini merupakan Naib Ketua Pemuda PAN cuba menimbulkan polemik yang kesannya amat luar biasa. Shazni mencadangkan rakyat Malaysia untuk melakukan revolusi dan kekacauan bagi menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional yang telah dipilih oleh majoriti rakyat di Parlimen.

Shazni sebagaimana yang dilaporkan berkata, demokrasi tidak lagi boleh diharapkan untuk mengalahkan Barisan Nasional. Sebaliknya rakyat perlu berkorban dengan mengadakan perarakan dan demonstrasi besar-besaran di jalanan bagi menekan dan membuatkan Barisan Nasional memberikan kemenangan kepada Pakatan Harapan yang dianggotai oleh PAN. (RUJUK SINI)


Sama ada dia bercakap di luar kesedaran atau kewarasan atau barangkali juga kerana memang sifatnya begitu, Shazni Munir sebenarnya sedang mendedahkan dirinya kepada satu situasi yang jauh lebih sukar memandangkan kenyataannya itu adalah satu hasutan dan ancaman kepada kedamaian serta kedaulatan negara.

Maka dia perlu bersedia untuk berhadapan dengan konsekuens daripada kata-katanya kerana kenyataan tersebut bukan sahaja dipetik dan disiarkan semula oleh Netizen tetapi juga menjadi tajuk perbincangan hangat yang menjurus kepada anarki dan elemen subversif.

Dia juga perlu bersedia dengan jawapan-jawapan taichi yang mampu menyelamatkannya daripada dikenakan tindakan undang-undang kerana menghasut rakyat negara ini untuk melakukan perbuatan bughah sekaligus meletakkan dirinya setaraf dengan para penjenayah yang lain, termasuklah lanun-lanun Sulu.

Sudah bersediakah Naib Ketua Pemuda PAN untuk itu?

Atau ianya merupakan satu troll dan gurau senda kasar yang ditujukan kepada Shazni bagi mewujudkan satu gelombang dan sesi perkenalan diri dengan publisiti yang amat murah?

Jawapan pasti akan menyusul!!!

Kita hanya mengharapkan ini hanyalah satu 'gurauan' semata-mata kerana natijahnya kepada Shazni amat besar...






Monday, October 5, 2015

PARTI CAP CANGKUL MILIK MAT SABU BEREBUT HARTA DENGAN PAS DI JOHOR!!!



Tak diketahui pula, rupa-rupanya HARTA SEPENCARIAN bukan hanya melibatkan suami isteri, tetapi juga melibatkan parti politik.

Parti Amanah Negara (Tanah Air Tercinta) telah ditubuhkan apabila para pemimpin PAS yang pro-DAP hilang jawatan dan gagal dalam perebutan jawatan menerusi pemilihan baru-baru ini. Diketuai oleh Mat Sabu yang gagal mempertahankan jawatannya selaku Timbalan Presiden PAS, PAN ditubuhkan dan mendapat sokongan kuat daripada DAP. Malah DAP tidak berselindung langsung dalam menyatakan, PAN ditubuhkan bertujuan untuk menggantikan PAS yang sudah tidak berguna lagi di mata DAP.

Rupa-rupanya, PAN bukan sahaja bertujuan mengambilalih peranan PAS di sisi DAP, bahkan mengambilalih harta-harta PAS atas alasan 'pencarian bersama'.

Ini lawak!

Masa PAS memperolehi harta-harta tersebut, PAN tidak wujud langsung. Tiada PAN dan tiada pernikahan atau persekongkolan untuk pencarian berkenaan. Sebaliknya PAN tertubuh apabila kekecewaan kerana kehilangan jawatan, sekaligus mengeluarkan PAN dari kelompok jemaah PAS.

Secara qiyasnya, seseorang yang telah keluar secara sukarela daripada jemaah, tiada lagi mempunyai sebarang hak ke atas jemaah yang ditinggalkan, termasuklah harta pusaka atau warisan. Tuntutan-tuntutan biasanya tidak laku dan tidak akan dilayan.

Bagaimanapun, PAN yang turut menjadikan Islam sebagai topeng perjuangan demi mendapatkan sebanyak mungkin undi Melayu-Islam buat DAP, tidak menggunapakai hukum tersebut, sebaliknya mereka bersandar kepada hukum akal.

Baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi PAN Johor di bawah:

Amanah Johor seawal penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Aset bagi menangani aset sepencarian semasa bersama PAS. Keanggotaan jawatankuasa ini adalah terdiri daripada kalangan peguam, perunding hartanah, profesional dan asatizah. Satu panduan telah dikeluarkan iaitu ;
1. Aset yg dlm geran tanah atas nama PAS adalah menjadi aset milik PAS.
2. Aset yg dlm geran tanah atas nama pemegang amanah bagi pihak PAS adalah menjadi aset milik PAS.
3. Aset yg dlm geran tanah masih atas nama pemilik asal dan pemilik asal tersebut telah meninggal dunia maka aset itu menjadi milik PAS.
4. Aset yg dlm geran tanah masih atas nama pemilik asal dan pemilik asal masih hidup maka tuantanah berhak untuk memberikan atau mewakafkan tanah tersebut samada kpd PAS atau AMANAH.

Bangunan yg didirikan diatas tanah adalah mengikut definisi Tanah dlm Kanun Tanah Negara (KTN) dimana bangunan yg terdapat diatas tanah adalah menjadi sebahagian drp tanah. Dengan kata lain hakmilik keatas bangunan adalah merujuk kepada pemilik tanah tersebut.

Panduan diatas jelas menunjukkan bertapa terbukanya Amanah Johor dalam penentuan pemilikan aset sepencarian ketika bersama PAS. (Secara statistiknya peluang Amanah untuk menuntut aset sepencarian bersama PAS adalah 12.5% sahaja).

Insiden yang diviralkan dalam media baru-baru ini berkaitan dengan pemilikan sebuah markas oleh Amanah di Tenggara sebenarnya tidak lari darpada panduan yang dinyatakan diatas (rujuk panduan 'd').

Penyelesaian yang dibuat oleh Amanah Pontian ke atas sebuah markas milik Amanah Pontian tetapi sanggup menjadikannya sebagai bangunan gunasama antara Amanah dan PAS menunjukan contoh keterbukaan Amanah Johor.

Adalah diharap kenyataan diatas dapat menjawab beberapa tuduhan tidak berasas yang menuduh Amanah Johor adalah perampas aset milik PAS.

YB Tn. Hj. Aminolhuda Hasan
Pengerusi AMANAH Johor
3 Oktober 2015

Sepatutnya Aminolhuda Hasan berasa sedikit malu untuk mendabik dada kononnya PAN terbuka dan berlapang dada sedangkan hakikatnya, yang terbuka dalam isu ini adalah PAS. PAS Tenggara yang sepatutnya diberikan pujian apabila membenarkan PAN menumpang premis mereka, bukan sebaliknya.

Malangnya, apabila sudah tidak mempunyai perasaan malu kerana di belakang mereka adalah DAP, apa yang berlaku, ialah apa yang kita dapat kita lihat di Johor dan dinyatakan oleh Pengerusi sebuah parti perampas dan pengkhianat di Johor!!!

 
Blogger Templates