Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label adun dap. Show all posts
Showing posts with label adun dap. Show all posts

Monday, May 15, 2017

YEO BEE YIN CUBA TUTUP MALU DALAM KES ECRL DAN PERMATA, DENGAN SALAHKAN PAS SELANGOR PULAK!!!



Yeo Bee Yin, ADUN Damansara terus cuba memperbetulkan semula kesilapannya setelah terlupa yang kenyataannya dua hari lepas bertentangan dengan kenyataannya sendiri beberapa bulan lalu membabitkan ECRL.

Dalam kenyataannya pada 30 Mac lalu, Yeo Bee Yin meminta agar Kerajaan Negeri Selangor tidak membenarkan projek ECRL merentasi negeri Selangor. Alasan yang diberikannya ialah, projek berkenaan tidak menguntungkan Selangor walaupun hakikatnya, antara lain ECRL yang merupakan antara salah satu laluan melibatkan jajaran laluan perdagangan utama yang menguasai 60% perdagangan dunia, menyambungkan Pelabuhan Kuantan dengan Pelabuhan Kelang tanpa perlu lagi melalui Singapura yang jelas dipinggirkan dalam projek besar dagangan dunia blok timur itu.

Bagaimanapun, pada 19 April 2017, Yeo Bee Yin mempersoalkan, mengapa projek ERCL telah 'mengenepikan' Pelabuhan Kelang yang terletak di negeri Selangor. Sekaligus dia sendiri tidak berpuas hati apabila 'nasihat dan tuntutannya' agar ECRL tidak melibatkan negeri Selangor bagi mengelakkan rakyat Selangor terbeban dengan kos projek tersebut, dituruti oleh SPAD.

Hari ini, Yeo Bee Yin 'membetulkan' kesilapan bodohnya itu. Yeo Bee Yin tidak lagi bercakap tentang ECRL apatah lagi PERMATA NEGARA yang telah membiru-biratkan mukanya, sebaliknya Yeo Bee Yin bercakap pula tentang PAS di dalam Kerajaan Negeri Selangor.

Kata Yeo Bee Yin, PAS Selangor tidak bermaruah kerana masih enggan menarik diri daripada Kerajaan Negeri Selangor walaupun pada masa yang sama, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali selepas menghadap KDYMM Sultan Selangor memberi jaminan bahawa ketiga-tiga orang Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor bukan sahaja tidak akan dipecat, sebaliknya akan dikekalkan.


Yeo Bee Yin yang merupakan ADUN DAP, sudah tentu buta kayu tentang kedudukan KDYMM Sultan Selangor serta kuasa-kuasa baginda dalam Kerajaan Negeri Selangor. Dia hanya melihat DAP sebagai kuasa SUPREMACY di Selangor yang mana semua pihak perlu akur dan tunduk sujud kepada DAP.

Kata Yeo Bee Yin lagi, sepatutnya kesemua Exco PAS itu telah pun meletakkan jawatan, sekaligus mengosongkan Kerajaan Negeri Selangor bagi membolehkan DAP membariskan kerusi-kerusi DUN yang ingin ditawan parti sembahan Lim Kit Siang-Lim Guan Eng itu.

DAP Selangor menerusi satu kenyataan Pengerusinya, Tony Pua beberapa minggu sebelum PAS ditendang keluar dari Pakatan Rakyat secara rasmi, telah mengatakan akan meletakkan calon-calon mereka pada 8 kerusi DUN yang sekarang ini dikuasai oleh PAS termasuklah Cempaka dan Lembah Jaya serta Dusun Tua.

Kalau Menteri Besar Selangor yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR sendiri pun tidak berani menentang titah raja, mengapa pula Yeo Bee Yin yang merupakan salah seorang daripada ahli mesyuarat negeri berlagak seolah-olah rajanya adalah Lim Guan Eng?


Wednesday, March 22, 2017

YEO BEE YIN ADUN DAP DAMANSARA UTAMA SALAHKAN ROSMAH MANSOR DAN PERMATA BILA PENYELEWENGAN YAWAS LIBATKANNYA DIADU KEPADA POLIS DAN SPRM!!!



ADUN Damansara Utama Yeo Bee Yin menggelupur sakan. Selepas Jamal Mohd Yunos membuat pendedahan tentang YAWAS dengan demonstrasi Keranda dan Van Jenazah di hadapan pintu pagar SUK Selangor, Yeo Bee Yin tahu, dia akan diperkatakan dan terlibat. Jadi, dia cuba mengalihkan tumpuan tersebut dengan menjadikan Rosmah Mansor dan PERMATA sebagai sasarannya.

Jadi, kalau Jamal Mohd Yunos terus memperhebatkan kempen dan pendedahan tentang YAWAS atau apa-apa sahaja skim bantuan kewangan yang atas kertas dan publisitinya cukup gah tetapi praktikalnya langsung tidak ada, Yeo Bee Yin bolehlah menuduh Jamal Mohd Yunos dibayar oleh Rosmah Mansor dan PERMATA. Serangan Jamal Mohd Yunos itu sebenarnya adalah untuk menutup pendedahan tentang Rosmah Mansor dan PERMATA.

Kalau ada yang berkata, Jamal yang buat pendedahan dulu, Yeo Bee Yin nanti akan kata, dia yang buat pendedahan dulu... macam dia mempertahankan Betty Chew yang kononnya menolak tawaran jawatan dalam PCCC sebaik-baik sahaja ditawarkan walaupun laporan mahupun daripada Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang itu sendiri mengatakan, Betty Chew hanya menolak jawatan tersebut seminggu menerimanya. Itu pun selepas dikritik teruk memandangkan jawatannya adalah berkaitan hartanah, manakala suaminya yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang adalah Exco Pulau Pinang.

Jamal Mohd Yunos membuat pendedahan dengan disusuli laporan kepada pihak berkuasa termasuklah SPRM dan polis tentang penyelewengan dana YAWAS. Selain itu, dicabarnya juga kalau Yeo Bee Yin atau Teresa Kok tidak berpuas hati selain berasakan dia telah melakukan fitnah ke atas mereka, maka mereka wajar menyamannya di mahkamah.


Yeo Bee Yin menggunakan kaedah bela diri Teresa Kok... jemput datang ke pejabat dan tunjukkan segala fail yang kononnya menunjukkan ketelusan dan integritinya.

Jamal mendakwa, waris anak negeri Selangor di kawasan itu sepatutnya diberikan wang khairat kematian berjumlah RM2,500 tetapi mereka terpaksa menunggu berbulan-bulan sehingga jumlah akhir diterima hanya sekitar RM300 hingga RM500.

Jelasnya, wang berkenaan bukan sahaja tidak diterima pengundi Barisan Nasional (BN) malah penyokong tegar pembangkang di kawasan ber­ke­naan yang turut menjadi mang­sa penyelewengan tersebut.

“Berdasarkan maklumat ter­dapat penyelewengan dan pecah amanah dilakukan oleh ADUN DAP itu yang mencecah nilai berpuluh ribu ringgit de­ngan ratusan anak negeri Sela­ngor tidak memperoleh wang tersebut.

“Kita mempunyai bukti yang kukuh berdasarkan dokumen yang diperoleh daripada tahun 2015 dan 2016. Kita akan serahkan kepada pihak polis untuk tujuan siasatan,” kata­nya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Peta­ling Jaya dekat sini, hari ini.

Sehubungan itu, Jamal ber­kata, beliau mencabar Ahli ADUN DAP itu untuk menafikan dakwaan berhubung salah laku dan pecah amanah yang dilakukan oleh Bee Yin,

Malah beliau menyifatkan per­buatan berkenaan adalah sa­tu pengkhianatan kepada rakyat Se­langor lebih-lebih lagi penyo­kong tegar parti pembangkang.

“Saya ingin tanya ke ma­nakah wang itu pergi dan saya akan tunggu surat saman daripada Bee Yin jika perkara yang dinyatakan adalah bohong dan fitnah,” ujarnya. (RUJUK SINI)

Reaksi Yeo Bee Yin ialah... SEMUA INI SALAH ROSMAH DAN PERMATA! (RUJUK SINI)

Sementara itu, Yeo mempersoalkan tindakan Jamal yang tiba-tiba membuat laporan polis terhadapnya selepas beliau mempersoalkan kelayakan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menaungi Program Permata Negara (Permata).
“Saya menuntut Rosmah meletakkan jawatan sebagai penaung Permata sepanjang seminggu lalu.
“Sekarang saya terus menjadi sasaran Jamal. Adakah ini satu kebetulan? Siapa sebenarnya bos Jamal?
“Adakah orang di sebalik Jamal ini cuba mengganggu saya supaya tidak lagi membangkitkan isu Permata? Ataupun ini taktik untuk mengalih tumpuan orang ramai daripada Permata?,” soalnya.

Tuesday, March 21, 2017

RIZAL MANSOR CUNGKIL PEMBOHONGAN YEO BEE YIN BERHUBUNG BETTY CHEW, BINI GUAN ENG!!!



Penulis: Rizal Mansor

ADUN Damansara Utama telah menuduh saya berbohong dan mendakwa kononnya Betty Chew telah menolak tawaran dari PCCCC sebaik saja dimaklum hal itu. Sila rujuk lampiran ‘screenshot’ di bawah di mana nama Betty Chew telah pun tersenarai sebagai ahli di dalam komiti pengurusan dan pembangunan hartanah PCCC. Selepas seminggu dikritik, barulah dimaklumkan yang beliau telah menolak tawaran berkenaan.

Malah, dalam laporan yang disiarkan pada 14 Jan 2015 oleh edisi versi cetak Sin Chew (seperti yang dilampirkan), Datuk Choong Khuat Seng , pengerusi komiti itu telah mengesahkan bahawa Betty pada mulanya bersetuju untuk menerima tawaran jawatan itu.

"Datuk Choong berkata, semasa majlis makan Dewan beliau telah mempelawa Betty Chew untuk menyertai biro dan Betty bersetuju."


Juga telah dilaporkan di Malaysiakini : http://www.malaysiakini.com/news/286222

"When contacted, PCCC property development, construction and management committee convenor Finn Choong Khuat Seng claimed Chew agreed to join the committee when she was approached by the PCCC."

Berdasarkan laporan-laporan media di atas, ia menunjukkan Betty telah bersetuju dengan tawaran jawatan itu dan hanya menolak selepas dikritik hebat . Ia sangat berbeza dengan apa yang dinyatakan oleh Yeo yang kononnya Betty Chew telah menolak tawaran jawatan itu dengan segera sebaik sahaja dimaklumkan mengenainya.

Saya mahu Yeo membuat permohonan maaf atas tuduhan beliau yang mengatakan saya berbohong atau tindakan undang-undang akan diambil.

Yeo seperti tidak memahami peranan panel PCCC itu yang bertujuan membantu memudahkan urusan perniagaan khususnya peniaga-peniaga dari Pulau Pinang dalam bidang pembangunan hartanah . Hal ini jelas menunjukkan ‘conflict of interest’ kerana suami beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap EXCO tanah dalam negeri itu yang memainkan peranan penting meluluskan isu dan hal berkaitan tanah di negeri itu.


Saya berasa pelik bagaimana Yeo boleh membandingkan hal berkaitan peranan komiti PCCC yang membantu peniaga-peniaga dalam urusan perniagaan mereka dan peranan Datin Seri Rosmah sebagai penaung bagi PERMATA yang memberi pendidikan yang lebih baik untuk kanak-kanak? Sekali lagi saya minta Yeo untuk faham apa maksud ‘penaung’ itu sendiri.

Selain itu, saya juga mendapati Yeo langsung tidak menyentuh mengenai pendedahan berkaitan syarikat Excel Property.

Saya masih menunggu komen Yeo untuk persoalan berikut ;

Adakah Betty Chew pernah menjadi pengarah syarikat perunding hartanah Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd bersama Phang Li Koon dan adik beradik Phang?

Syarikat Excel Property ini menyatakan bahawa "nature of business" adalah "Property management and consultancy services".

Bukankah jelas ada 'conflict of interest' di situ di mana Betty ada kepentingan di syarikat yang menjadi perunding kepada pihak pemaju dan hartanah ketika suaminya ialah Ketua Menteri serta EXCO tanah?

Adakah sebab nak menjaga kedudukan dalam parti DAP, YB lebih rela bersikap hipokrit dan berdiam diri dalam hal ini?


Friday, June 17, 2016

PILIHANRAYA KECIL PUJUT PULA AKAN DIADAKAN EKORAN ADUN DAP ADA DUA KERAKYATAN!!!



Sepatutnya SPR awal-awal lagi telah dapat mengesan tentang pemilikan dua kewarganegaraan oleh mana-mana calon pilihanraya. SPR ada kemudahan itu tetapi tidak digunakan dengan sebaik-baiknya. Ia samalah seperti SPR tidak berbuat apa-apa dalam meningkatkan kapasiti talian Internet di kawasan-kawasan berlakunya PRK atau PRU, walaupun SPR adalah pihak yang paling layak meminta TELCO untuk meningkatkan keupayaan mereka sepanjang tempoh kempen dan hari pengundian.

Sepatutnya ada tapisan yang lebih ketat terhadap calon-calon pilihanraya. Mana-mana calon yang gagal berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Kebangsaan, secara automatik mereka tidak layak untuk menjadi calon. Mana-mana calon yang diketahui mempunyai rekod membenci Malaysia, secara automatik tidak boleh menjadi calon bagi mana-mana parti politik. Malahan orang itu seharusnya diheret ke mahkamah bagi kemungkinan melucutkan kewarganegaraannya.

Tapi nak buat macam mana...

Di Malaysia nih, semuanya akan hanya kelihatan, menjadi bahan perdebatan, hangat sementara dan mencetuskan panik di kalangan pemuka-pemuka pemerintah apabila ianya sudah berlaku.

Sebab itulah, apabila media mendedahkan tentang warga asing yang bermaharajalela di negara ini, barulah Imigresen kelam-kabut buat kenyataan, panggil wartawan tv dan media lain untuk buat liputan operasi, mencipta keazaman yang bukan-bukan, cuba menunjukkan yang operasi membanteras imigran haram berlangsung setiap masa, tetapi akhirnya rakyat melihat bahawa ia tidak ubah sebagai satu lakonan semata-mata kerana usaha tersebut tidak pernah dibuat secara berterusan.


Di DUN N74 Pujut, ADUNnya dari DAP, Dr. Ting Tiong Choon dikatakan memiliki dua kewarganegaraan. Datuk Hii King Chiong, calon BN untuk DUN tersebut, telah mencabar keputusan bagi kerusi Pujut.

Peguamnya, Peter Lin Kuah Yuh berkata, petisyen itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Miri atas alasan kemenangan Dr. Ting Tiong Choon dari DAP tidak sah kerana dia adalah warganegara sebuah negara lain.

Petisyen tersebut difailkan mengikut Seksyen 16 dan 17 (g) Perlembagaan Negeri Sarawak berkaitan kewarganegaraan. Mengikut Seksyen 16 dan 17(g), seseorang ADUN akan hilang kelayakan sekiranya dia secara sukarela memperolehi kewarganegaraan sebuah negara lain.

Dalam PRN Mei Lepas, Ting Choon menang dengan majoriti 1,759 undi dalam pertandingan empat penjuru melibatkan calon DAP, BN, PAS dan BEBAS.


Thursday, December 31, 2015

ADUN DAP PANDAI PINJAM, TAK PANDAI BAYAR HUTANG... KINI TAKUT DAN MINTA POLIS TOLONG LINDUNG DIA DARIPADA PEMUNGUT HUTANG!!!!



Seorang ADUN DAP di Pulau Pinang membuat laporan polis ekoran bimbang akan keselamatan dirinya yang kini diburu pemungut hutang selepas dikatakan gagal melunaskan pinjaman sebanyak RM200,000.

Difahamkan, wakil rakyat lelaki berusia 35 tahun yang memenangi kerusi negeri dalam Parlimen Tanjong dalam pilihan raya umum ke-13 itu membuat laporan polis pada Selasa selepas beberapa kali menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang menuntut hutangnya sejak Isnin lepas.

Sumber berkata pusat khidmat ADUN itu di Jalan Free School, di George Town turut didatangi dua lelaki pada Selasa bagi menuntut hutang yang dipinjam wakil rakyat berkenaan.

Katanya berdasarkan siasatan awal polis mendapati peniaga berusia 37 tahun yang memberi pinjaman kepada ADUN itu mendakwa mereka mengenali antara satu sama lain sejak tahun 2012 dan beberapa kali memberi pinjaman kepada wakil rakyat berkenaan.

"Lelaki yang merupakan pemilik sebuah kedai pajak gadai itu mendakwa memberikan pinjaman wang tunai beberapa kali dan paling banyak RM150,000 pada tahun lepas iaitu bagi menampung kos pembinaan sebuah projek perumahan yang dijalankan ADUN berkenaan dengan seorang ahli perniagaan di negeri ini.

"Semua urusan pinjaman itu dibuat di pusat khidmat ADUN itu bagaimanapun tiada sebarang dokumen perjanjian kerana ia berdasarkan atas faktor percaya pada kawan," katanya.

Sumber itu berkata wakil rakyat berkenaan bagaimanapun menafikan ada membuat pinjaman walaupun sebelum ini telah beberapa kali menerima panggilan telefon daripada individu terbabit yang mahu menuntut hutang daripadanya.

Katanya peniaga itu juga memaklumkan sehingga Mei tahun lepas, hanya dua bayaran melalui cek berjumlah RM20,000 dibuat oleh ADUN berkenaan dan selepas itu tiada sebarang bayaran dibuat.

"Selepas itu lelaki berkenaan beberapa kali menghubungi wakil rakyat terbabit untuk menuntut pinjamannya bagaimanapun pelbagai alasan diberikan ADUN tersebut.

"Sebab itu dia buat keputusan untuk menghantar dua pekerjanya ke pusat khidmat wakil rakyat berkenaan pada Selasa bagi menuntut hutang sebelum laporan polis dibuat ADUN terbabit kerana bimbang keselamatannya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan polis dari ADUN itu.

- Bernama


Tuesday, September 15, 2015

MUSA HASSAN MENGAMUK APABILA KENYATAANNYA TENTANG PEMBUNUHAN ALTANTUYA DAN PENANGKAPAN RAZAK BAGINDA, DIPUTARBELIT!!!



Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan berang apabila kenyataannya telah diputar belit dan menimbulkan fitnah baru oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pihak yang ingin mengenakan Najib Abdul Razak dengan pembunuhan Altantuya Shiiribu dengan sengaja telah memutarbelitkan dan memberikan interpretasi bertentangan daripada kenyataan sebenar Musa Hasan. Mereka menyatakan yang Musa Hasan telah meminta keizinan dan kebenaran daripada Najib yang pada ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri untuk menangkap Abdul Razak Baginda, orang yang mempunyai hubungan asmara dengan model dari Mongolia tersebut.

Menurut Musa Hasan, dia telah diminta oleh Perdana Menteri pada waktu itu, Abdullah Badawi untuk menyampaikan kepada Najib tentang penangkapan tersebut, bukannya bertanya sama ada Abdul Razak boleh ditangkap atau sebaliknya.

Selepas dimaklumkan, Najib berkata kepada Musa, Musa perlu menjalankan tugasnya. Bukannya dia diberikan 'lampu hijau' oleh Najib untuk penangkapan tersebut.

Ketua Polis Negara tidak memerlukan sebarang 'lampu hijau' daripada Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri!

Musa Hasan sekadar memaklumkan kepada Najib memandangkan Razak Baginda adalah rakan Najib.

Sudah bertahun-tahun Musa Hasan menegaskan bahawa PDRM tidak mempunyai dan menemui sebarang bukti kaitan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya. Malahan Abdullah Badawi juga telah mengesahkan hasil siasatan PDRM.

Bagaimanapun, golongan yang sudah sebati dengan fitnah Tian Chua dan Anwar Ibrahim, bahkan sekarang ini, kumpulan yang digelarkan sebagai Pro-Tun terus mengulangi fitnah tersebut, bertujuan untuk memaksa rakyat percaya kepada fitnah mereka.

Bekas Menteri Propaganda Nazi, Joseph Goebbels berkata, penipuan yang berulang-ulang, akhirnya akan dianggap sebagai satu kebenaran.

Lebih menarik lagi, Tun Dr. Mahathir menggesa Najib agar menyaman Al-Jazeera sekiranya laporan keterkaitan Najib dengan pembunuhan Altantuya, adalah fitnah semata-mata. Pengaruh besar Mahathir yang masih ada, telah digunakan untuk tujuan berkenaan.

Sebab itulah, Tun Mahathir yang suatu ketika dahulu, cukup terkenal dengan 'permusuhannya' dengan media-media Barat, sekarang ini sudah berubah sikap. Apa-apa sahaja yang dilontarkan oleh media-media Barat berkenaan keburukan dan kelemahan Najib, akan digunakan sebagai hujah terbaharunya untuk menyingkirkan Najib Abdul Razak.


Monday, February 23, 2015

ADUN DAP BALAKONG MASIH TAK MENGAKU WALAUPUN SUDAH TERKANTOI BERJUDI DALAM PREMIS DAP!!!



Eddy Ng, ADUN Balakong yang kelihatan 'berang' sehingga butang bajunya tidak dikenakan, telah dirakamkan gambarnya ketika sedang bermain poker dengan timbunan duit di atas meja di sebuah premis milik DAP, sedang beredar dengan hebatnya di Internet semenjak dua hari sudah.

Gambar-gambar tersebut asalnya disiarkan oleh rakan Facebook, Chee Chong Tan (Tony) dan Tan Khai Beng, turut disiarkan oleh berita berbahasa Cina di NTV7 selain beberapa akhbar berbahasa Cina utama. Malahan Malaysiakini turut melaporkannya. (RUJUK SINI)




Apabila diminta komen, Eddie Ng memberikan jawapan klasik:

"Gambar itu tidak jelas. Tiada komen sehinggalah saya boleh ingat sama itu adalah saya, bila dan di mana gambar tersebut diambil."

Pengerusi Badan Disiplin DAP, Tan Kok Wai yang juga merupakan Pemangku 'Presiden' memberitahu Malaysiakini yang partinya mengharamkan mana-mana premis milik DAP digunakan untuk berjudi, sama adalah membabitkan duit atau tidak.




Menurutnya lagi, dia akan menghubungi Ng dan mendapatkan penjelasan bertulis berhubung perkara berkenaan.

Menariknya, seseorang telah membocorkan gambar-gambar YB Eddie Ng bermain mahjon di dalam pusat khidmat masyarakat DAP Balakong.

Walaupun perjudian di kalangan ahli keluarga dalam kawasan tertutup di rumah sendiri merupakan satu budaya masyarakat Cina Malaysia selama beratus-ratus tahun, tetapi perjudian di Pusat Khidmat Maysarakat di mana peruntukannya datang dari Kerajaan Negeri Selangor dilihat amat melampau walaupun pada hari sambutan Tahun Baru Cina.




DAP terutama sekali menerusi Lim Guan Eng acapkali cuba menggambarkan bahawa DAP dan para pemimpin dan ahli-ahlinya bukannya kaki judi. Judi tidak dianggap sebagai budaya dalam masyarakat Cina sebaliknya Lim Guan Eng pernah memperolok-olokkan kerajaan Barisan Nasional kerana bercadang mengenakan sekatan ke atas aktiviti perjudian menerusi pengenalan lesen dan permit judi.



Saturday, November 22, 2014

ADUN PEKAN NANAS MARAH CADANGAN LUCUT KEWARGANEGARAAN KERANA TIDAK BOLEH BERBAHASA KEBANGSAAN!!!

Cadangan ADUN Jorak kepada Kerajaan agar melucutkan kewarganegaraan mereka yang tidak boleh berbahasa Kebangsaan telah menimbulkan kemarahan kepada ADUN DAP Pekan Nanas. (SARAWAKIAN MARKS)

Yeo Tung Siong membuat laporan polis ke atas Shahruddin Md. Salleh di Balai Polis Nusajaya.

Sememangnya cadangan ADUN Jorak itu merupakan satu perkara yang TERBAIK dan paling berani daripada seorang rakyat Malaysia.


Apa sebenarnya yang ADUN DAP Pekan Nanas tu sakit hati sangat dengan cadangan ADUN Jorak? Adakah ADUN Pekan Nanas itu sebenarnya tidak boleh berbahasa kebangsaan dan dia bimbang sekiranya undang-undang baru perlucutan kewarganegaraan dibuat, maka dia akan terbabit sekali atau hampir 75% penyokong DAP tidak lagi boleh mengundi?

Ketakutan luar biasa yang ditunjukkan oleh ADUN DAP Pekan Nanas itu pastinya mempunyai 'tangan ghaib' di belakang yang melihat kerugian besar kepada mereka sekiranya cadangan melucutkan kewarganegaraan bagi rakyat Malaysia yang tidak boleh berbahasa kebangsaan seperti di Brunei Darussalam.


Malaysia seharusnya tidak boleh terlalu lembik lagi dalam hal penguatkuasaan Bahasa Kebangsaan. Undang-undang sepatutnya lebih jelas dan pemaksaan ke atas penggunaan, kefasihan dan kefahaman menggunakan Bahasa Kebangsaan perlu dilakukan. Mereka yang tidak boleh berbahasa kebangsaan tidak selayaknya mendapat sebarang keistimewaan sebagai rakyat, walaupun taraf penduduk mereka dikekalkan.

Masakan setelah lebih setengah abad berada di Malaysia, masih ada lagi yang tidak boleh berbahasa kebangsaan?

Kalau sekolah vernakular mereka pertahankan, mengapa pula keberadaan mereka di negara ini tidak dipertahankan menerusi penguasaan Bahasa Kebangsaan terutama sekali generasi muda mereka yang cukup aktif berpolitik?

Friday, October 24, 2014

BILA PENDEDAHAN TENTANG SARANG PENJENAYAH DIBUAT, MENGAPA DAP MENGGELUPUR SANGAT?


Sejak Sabtu lalu Utusan Malaysia melaporkan beberapa siri pendedahan dan rencana khas mengenai kegiatan jenayah terancang di Kuala Sepetang, Perak yang turut mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pada sabtu lalu Utusan menerbitkan laporan eksklusif, “Mafia Kuala Sepetang Bermaharajalela”. Pada Ahadnya, akhbar Mingguan Malaysia memaparkan lanjutan pendedahan tersebut di bawah tajuk “Di Sebalik Wajah Polos Kuala Sepetang”, dan hari ini sekali lagi tajuk muka depan akbarnya dengan tajuk “Robin Hood Berkuasa?”

Sungguhpun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan kewujudan kumpulan mafia menjadi dalang kegiatan haram dan jenayah di Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga seperti yang dilaporkan dalam akhbar hari ini.

Namun jelas Khalid, pihaknya tidak menafikan berlakunya jenayah di kawasan terlibat namun tidaklah serius seperti yang digambarkan termasuk didalangi kumpulan mafia yang kebal daripada tindakan penguat kuasa.

“Belum ada tempat di mana-mana juga di negara ini yang membuatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berasa takut untuk berhadapan apatah lagi jika keadaan tersebut mengancam keselamatan dan ketenteraman awam,”

Bagaimanapun apa yang menarik ialah kesungguhan ADUN Kuala Sepetang (PKR) yang menafikan jenayah merupakan masalah di Kuala Sepetang.

Bercakap kepada Malaysiakini.com, ADUN Kuala Sepetang, Chua Yee Ling, menyatakan menyatakan kekesalannya terhadap laporan berturut-turut Utusan Malaysia berhubung dakwaan kegiatan haram dikawal mafia di Kuala Sepetang, Perak.

Beliau malah menegaskan masalah utama Kuala Sepetang bukan jenayah, sebaliknya kemudahan infrastruktur dan prasarana awam.

“Selepas (laporan) mafia bermaharajalela, sekarang Robin Hood berkuasa, saya tidak pasti apa laporan lagi yang akan dibuat oleh Utusan Malaysia.

“Spekulasi dan dakwaan yang tanpa berasas ini bukan sahaja tidak profesional, tetapi agak melucukan.

“Penduduk-penduduk di Kuala Sepetang juga berasa tuduhan Robin Hood ini tidak masuk akal,” kata beliau.

Tanda Tanya

Kesungguhan Chua Yee Ling menafikan laporan penyiasatan Utusan Malaysia sangat mengelirukan kerana ia bukan dalam bidang kuasa beliau. Apa yang diutarakan oleh Utusan ialah aktiviti-aktiviti jenayah termasuk penyeludupan dan pengedaran dadah, senjata api, rokok serta pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tidak mungkin diketahui oleh penduduk setempat.

Sungguhpun Polis tidak menganggap ia kegiatan mafia atau jenayah terancang, namun Kementerian Dalam Negeri mengakui wujud masalah kegiatan jenayah ini dan telah mengarahkan telah mengarahkan tiga pasukan polis elit iaitu Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (Sting), Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) dan pasukan taktikal jabatan siasatan jenayah untuk mengepalai operasi gempur berkenaan.

Jadi apakah ada hubungan tertentu untuk ADUN Kuala Sepetang tersebut sehingga perlu muncul membelasah Utusan Malaysia dan mengalihkan tumpuan kepada isu prasarana Kuala Sepetang yang semakin daif?

Isu yang ditimbulkan oleh Utusan bukan isu rakyat setempat tetapi isu keselamatan negara. Justeru adalah sangat menghairankan untuk seorang wakil rakyat yang tiada pengalaman dan pengetahuan dalam bidang jenayah tampil untuk meremeh-temehkan laporan tersebut.

Apakah ada hubungan tertentu antara adun terbabit dengan pihak-pihak yang didedahkan oleh Utusan Malaysia tersebut. “Jika tiada apa-apa masakan tempua bersarang rendah.”

SUMBER
 
Blogger Templates