Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label pelacuran. Show all posts
Showing posts with label pelacuran. Show all posts

Thursday, June 18, 2015

MALAYSIA DESTINASI YANG PALING DIMINATI PELACUR-PELACUR CHINA DAN SINDIKET!!!



Polis mendapati faktor bahasa dan pemakanan yang tidak jauh berbeza antara negara China dan Malaysia menjadi punca lambakan pelacur warga China menjadikan negara ini sebagai destinasi kerjaya maksiat "freelance" mereka.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata pelacur warga Republik China juga lebih selesa dengan suasana iklim di negara ini kerana tidak jauh berbeza keadaannya daripada negara mereka, terutama di bahagian selatan China.

Beliau berkata pelacur warga China itu bertutur dalam Mandarin dan ini memudahkan mereka untuk bergaul dengan masyarakat Cina di negara ini serta makanan di negara ini juga hampir sama dengan tempat asal mereka.

“Sosiobudaya yang seakan-akan sama dengan kita dari segi bahasa, pemakanan dan cuaca selain kemudahan pengangkutan menjadi galakan kepada pelacur di sana datang ke negara ini.

"Kos yang murah dalam sistem pengangkutan contohnya ada ‘penerbangan kos murah’ dan mudah untuk dicapai melalui internet menjadi pemangkin untuk mereka hadir ke negara ini," katanya kepada Bernama.

Abdul Jalil berkata pendedahan itu dibuat setelah pihak polis menyoal siasat 13 wanita warga China yang ditahan dalam serbuan kerana menyalahgunakan pas pelajar dan salah guna pas lawatan sosial pada 16 Feb lepas di sebuah pusat urut, di Sri Petaling, Brickfields.

Beliau berkata mengikut siasatan awal, pelacur warga China yang pernah memasuki Malaysia sebagai pekerja seks melalui sindiket, akan kembali semula bekerja di negara ini menggunakan visa pelajar dan menjalankan kegiatan pelacuran secara 'freelance' kerana pendapatan yang lumayan.

"Ada dua taktik pertama iaitu mereka akan menggunakan ejen atau sindiket untuk bawa mereka masuk tetapi apabila mereka dah duduk sini mungkin dalam setahun, dah tahu kawasan, mereka akan gunakan pula taktik kedua iaitu dengan berpatah balik tanpa melalui sindiket.

“Mereka berani dan tidak ada masalah untuk datang secara sendiri kerana mereka dah tahu nak pergi mana, bekerja di mana, tahu sistem pengangkutan di Malaysia contohnya turun di LCCT, naik bus RM9 pergi ke KL Sentral kemudian naik teksi ke Pudu dengan kos RM20, sebelum menetap di rumah yang sebelum ini mereka pernah duduk seterusnya kembali menjalankan kegiatan pelacuran,” katanya.

Abdul Jalil berkata kebanyakan warga China yang disoal siasat adalah atas kapasiti bukan untuk belajar tapi hanya menggunakan pas tersebut sebagai platform supaya nanti mereka boleh pergi ke satu tempat yang lain dan akhirnya langsung tidak mendaftar di institusi pengajian mereka semata-mata untuk menjadipelacur.

“Mereka sebenarnya cuba mengaburi pihak berkuasa contohnya ketika berada di pintu masuk utama Imigresen, Imigresen tengok mereka pegang visa pelajar dan tengok mereka sebagai pelajar sahaja dan beranggapan budak ni nak belajar jadi tidak akan tanya banyak soalan sebaliknya kalau tengok mereka sebagai pelancong, Imigresen mesti akan tanya nak pergi mana, duduk hotel mana, dan sebagainya,” katanya.

Statistik terkini Unit Pencegahan Maksiat Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Polis Bukit Aman pada Januari hingga 15 Feb menunjukkan warga China merupakan jumlah paling ramai ditangkap kerana terbabit dalam pelacuran iaitu seramai 653.

Tangkapan itu diikuti dengan warga Vietnam (367), Thailand (300), Indonesia (177), Filipina (55), Uzbekistan (19), Myanmar (14), Kemboja (10), Bangladesh (9), Mongolia (6), Nigeria dan Sri Lanka masing-masing empat tangkapan dan India satu.

Berdasarkan statistik polis, warga China kekal mencatatkan tangkapan tertinggi bagi tiga tahun berturut-turut iaitu pada 2009 seramai 5,753; 2010 (6,378) dan 2011 (5,922). - Sumber


Friday, December 12, 2014

TAHNIAH!!! MALAYSIA TERSENARAI SEBAGAI NO.8 NEGARA PALING BANYAK PELACUR DI DUNIA!!!

Malaysia kononnya Negara Islam...

Ahli-ahli politiknya sangat cenderung kepada agama. Tak kiralah sama ada mereka Islam, Buddha, Hindu, apatah lagi Kristian yang pelbagai mazhab. Begitu juga dengan rakyatnya. Yang beragama Islam, sibuk nak mengislam negara ini. Asal bercakap sahaja, semuanya syurga dan neraka. Nampak rambut perempuan, nafsu ghairah mereka tidak tertahan-tahan dan akhirnya mendahului Allah Taala dalam menjatuhkan hukuman neraka kepada perempuan sasaran mereka. Yang beragama Hindu pula, tak kiralah apa dewa yang mereka sembah, berlumba-lumba membina tokong sehinggakan kita boleh lihat, berselang beberapa meter sahaja, ada tokong baru dan lama, kecil dan besar dengan tok saminya pula semakin tebal calit di dahi dan di perut. Kuil pula yang jemaahnya tidaklah seramai mana, jauh lebih cantik dan selesa berbanding rumah jemaahnya, manakala saminya pula walaupun tidak bekerja, kaya raya dengan emas berbungkal di tangan, jari dan leher. Yang Kristian, cuba meliberalkan pegangan agama mereka sendiri, terutama sekali golongan Katholik dan Methodist sehinggakan terpaksa menipu dengan memasukkan kalimah ALLAH dalam Bible semata-mata untuk salvation dan meneruskan Perang Salib yang kali terakhir, mereka kehilangan Baitul Maqdis tetapi berjaya dirampas kembali oleh British menerusi pengkhianatan Kamal Attaturk, si Ateis yang merupakan Presiden sekular pertama Turki.

Pendek kata, kalau dilihat dari mata kasar, dengan gabungan semua agama di Malaysia, sepatutnya tidak adalah unsur-unsur dosa, khianat, kejahatan mahupun kemaksiatan dan jenayah. Ini adalah kerana dalam kesemua agama utama rakyat Malaysia, memiliki satu persamaan dari segi teori dan amalan iaitu menjauhkan kejahatan dan mengamalkan kebaikan.

Namun keagamaan di Malaysia hanyalah topeng semata-mata. Pembohongan dan pendustaan lebih mudah dilaksanakan menerusi jalan agama. Mencari kuasa dan pengaruh juga amat senang apabila gerombolan politikus menggunakan agama sebagai platform mereka, tak kiralah sama ada di masjid-surau, kuil, tokong atau gereja, bahkan di bawah pokok besar yang dibalut kain berwarna kuning, jingga dan merah sekalipun.

Senarai negara-negara yang mempunyai pelacur teramai di dunia, turut menyenaraikan Malaysia di tempat ke-8. Sesuatu yang amat 'membanggakan' kerana sebagai sebuah negara yang kuat beragama dan dikenali sebagai negara Islam moderat terkemuka dunia, Malaysia berada dalam senarai pelacuran yang sangat hebat.


Menurut Denis Foynes, terdapat lebih kurang 3 juta orang mengembara setiap tahun dalam perjalanan pelancongan seks dan jumlahnya bukannya semakin kecil. 10 buah negara yang mempunyai jumlah pelacur bagai setiap 10,000 orang rakyatnya, disenaraikan di bawah.

1. Venezuela: 119 orang pelacur bagi setiap 10,000 orang rakyatnya.
Persekitaran ekonomi di Venezuela amat buruk dan ini merupakan antara salah satu alasan yang telah menggandakan jumlah pekerja seks di negara tersebut.

2. Korea Selatan: 110 orang pekerja seks bagi setiap 10,000 orang rakyatnya.
Sekalipun terdapat undang-undang yang melarang pelacuran selain penguatkuasaan polis, pelacuran semakin berkembang di Korea Selatan, manakala pekerja-pekerja seks semakin aktif beroperasi di seluruh Korea Selatan.

3. Peru: 102 orang pekerja seks bagi setiap 10,000 orang rakyatnya.
Di Peru, pelacuran adalah aktiviti yang sah bagi wanita berusia 18 tahun ke atas dan sekiranya mereka berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan selain membawa sijil kesihatan. Bagaimanapun, negara itu turut menunjukkan peningkatan dalam pelacuran kanak-kanak saban tahun.

4. Filipina: 85 orang pekerja seks bagi setiap 10,000 orang rakyatnya.
Filipina menawarkan khidmat wanita-wanita penghibur yang dikenali sebagai 'bargirls'. Wanita-wanita itu biasanya perlu berpakaian teg pengenalan 'bargirl' di tempat-tempat yang telah dikenalpasti. Mereka juga perlu menjalani pemeriksaan penyakit kelamin secara kerap.



5. Nigeria: 63 orang pekerja seks bagi setiap 10,000 orang rakyatnya.
Pasaran pelancongan seks untuk wanita-wanita barat yang sudah bercerai sedang meningkat dengan pantas di Nigeria.

6. China: 60 orang pekerja seks bagi setiap 10,000 orang rakyatnya.
Menurut sesetengah pengkaji yang terkenal di China, terdapat lebih kurang 10 juta orang pelacur aktif di seluruh China. Dengan kata lain, aktiviti pelacuran ini telah menyumbang kepada KDNK negara tersebut sebanyak 5% (sekalipun pendapatan tersebut tidak dicukai, ia masih menyumbang kepada ekonomi menerusi kepenggunaan).


7. Brazil: 53 pekerja seks bagi setiap 10,000 orang rakyatnya.
Pelacuran adalah dibenarkan menurut undang-undang Brazil. Bagaimanapun pusat pelacuran atau mengupah pelacur dengan sebarang cara adalah bersalahan dengan undang-undang negara itu.

8. Malaysia: 52 pekerja seks bagi setiap 10,000 orang rakyatnya.
Pelacuran di Malaysia amat aktif. Amerika Syarikat telah meletakkan Malaysia dalam senarai teratas negara-negara yang terlibat dengan pemerdagangan manusia dan pencabulan hak asasi termasuklah pelacuran kanak-kanak. Menariknya, hampir 95% wanita yang terlibat dengan pelacuran adalah warga asing, manakala agennya pula adalah warga tempatan dari kalangan masyarakat Cina. Kelonggaran dan kurangnya penguatkuasaan terutama membabitkan Imigresen membolehkan aktiviti pelacuran berkembang biak dengan pantas di Malaysia. Kebanyakan pelacur menggunakan visa pelawat tamat tempoh dan pas pelajar untuk bekerja dalam sektor pelacuran di Malaysia. Pertumbuhan pesat pusat-pusat hiburan selain pusat-pusat urut, juga merupakan antara faktor penting pertambahan jumlah pelacur di Malaysia.



9. Jerman: 49 orang pekerja seks bagi setiap 10,000 orang rakyatnya.
Pelacuran juga halal di Jerman. Agak menakjubkan apabila fakta mendapati pelacuran terancang dan tersusun di negara itu sudah bermula dari tahun 1200 Masehi lagi.

10. Thailand: 45 orang pekerja seks bagi setiap 10,000 orang rakyatnya.
Pelacuran adalah haram di Thailand tetapi wujud tolak ansur oleh pihak berkuasa memandangkan ia menjadi tarikan pelancongan utama di Thailand. (DIPETIK DARI SINI)




Tuesday, December 2, 2014

BERITA GEMBIRA BUAT SI HIDUNG BELANG!!! PEKERJA SEKS SEMAKIN BERTAMBAH DI PULAU PINANG!!!


Berbeza dengan dakwaan Lim Guan Eng dan DAP, industri seks di Pulau Pinang semakin bertambah makmur, semakin bertambah maju dan semakin beraneka jenis.

Industri seks di Pulau Pinang mencapai tahap tertinggi selepas DAP mengambilalih tampuk pentadbiran daripada Barisan Nasional bermula dari tahun 2008, terutama sekali membabitkan peningkatan jumlah pelacur-pelacur warga asing. Jumlah pada tahun ini, bertambah sekali ganda berbanding tahun lepas.

Ketua Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Basri Othman berkata, jumlah pelacur yang memasuki pulau tersebut telah meningkat menjadi 536 orang tahun ini.

"Kebanyakan orang asing yang memasuki Malaysia dengan pas lawatan sosial dan pelajar, berakhir di tempat-tempat seperti kelab malam, lounge karaoke, hotel dan pusat-pusat urut," katanya.

"Banyak kumpulan-kumpulan haram terlibat dalam perdagangan seks ini," kata Basri lagi.

Menurut Basri, kebanyakan lot kedai dibina dengan laluan rahsia bagi membolehkan pelacur-pelacur melarikan diri dan sukar ditangkap oleh pihak berkuasa, sekaligus membolehkan pelanggan masuk dan keluar secara rahsia ketika pihak berkuasa membuat serbuan.

Seorang pelacur dengan pakaian seksi di Penang Road apabila malam menjelang. 

Sekurang-kurangnya terdapat 200 kawasan panas yang menawarkan khidmat seks di seluruh Pulau Pinang dan kebanyakannya terletak di Penang Road, Chulia Street, Muntri Street, Love Lane dan Batu Feringgi.

Trend terkini juga menunjukkan terdapat permintaan tinggi untuk pelacur-pelacur dari Vietnam, Filipina, Thailand dan China.

Seorang ibu ayam bernama Dung yang menjaga dan mengawal sekumpulan pelacur berkata, dia membawa masuk ramai wanita-wanita pelacur dari Vietnam ke Pulau Pinang setiap enam bulan.


Wanita-wanita pelacur berkeliaran di sekitar Chulia Street.

"Untuk memuaskan hati para pelanggan, saya turut memberikan kursus bahasa kepada mereka bagi membolehkan mereka berkomunikasi lebih baik dengan bakal pelanggan," kata Dung.

Memandangkan pelacur-pelacur Vietnam lebih popular, Dung mengenakan bayaran antara RM200 sehingga RM1,600 untuk satu sesi.

Basri Othman turut menambah, sesiapa yang ditangkap kerana melacur atau menjadi muncikari akan didakwa di bawh Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan yang turut membawa hukuman penjara selama setahun atau didenda, atau kedua-duanya.

SUMBER: HCTV NEWS
 
Blogger Templates