Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label pencemaran. Show all posts
Showing posts with label pencemaran. Show all posts

Thursday, March 14, 2019

TAK PERLU UPAH CLARE REWCASTLE-BROWN SARAWAK REPORT, TAK PERLU BAYAR DOJ DAN WHITE HOUSE, TAK PERLU BELANJA WALL STREET JOURNAL, MALAYSIA KINI TERKENAL KERANA KEBODOHAN PEMIMPIN UTAMANYA!!!!



Situasi bahaya yang berlaku di Pasir Gudang kesan daripada ketamakan, kelalaian, kelekaan dan kecuaian turut mengundang pelbagai pemandangan yang amat menjelekkan.

Dan sudah tentulah perkara pertama yang diambil perhatian adalah mereka yang dipertanggungjawab untuk menangani kemelut berkenaan.

Sudah 10 hari, baru dua hari ini sahaja, baru Menteri Besar Johor dan barisan Exco, selain Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Alam Sekitar kalut hendak bermesyuarat.

Biarpun sudah lebih 1000 orang yang dirawat di wad hospital, Menteri Besar Johor yang lebih terkenal dengan jolokan Mat Datsun masih lagi mengatakan, isu pencemaran toksik di Pasir Gudang bukanlah isu yang besar dan membimbangkan. Usul supaya perisytiharan darurat dibuat di Pasir Gudang telah dibuat di Dewan Rakyat.

Dalam tempoh dua hari ini, Menteri Besar Johor kelihatan sangat jelas kebingungan dan tenggelam punca. Dia seperti tidak tahu apa-apa dan disuruh bercakap sehingga membuatkan kenyataan yang keluar dari mulutnya, sangat memalukan dan ditertawakan oleh seluruh negara.

Sudah pastilah, 'jenakanya' yang paling terkenal adalah menerusi klip video yang mana dia mengatakan, keadaan di Pasir Gudang tidaklah terlalu serius memandangkan kebanyakan kes hanya melibatkan sekolah dan kawasan-kawasan perumahan tidak terjejas langsung.



 

Alasannya ialah, kebanyakan rumah tutup pintu!

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shamsul Anuar Nasarah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lenggong, menulis...

Sekali lagi nama Malaysia menjadi sangat terkenal di peringkat antarabangsa. Terkenalnya nama Malaysia tanpa perlu mengupah Sarawak Report atau Wall Street Journal. Tanpa perlu mengupah pelobi di White House atau pun DOJ. Sebaliknya nama Malaysia cukup terkenal kerana pembuangan toksik di Sungai Kim Kim Pasir Gudang yang telah mengakibatkan hampir 1000 orang, majoritinya pelajar terpaksa menerima rawatan intensif di hospital akibat sakit kritikal.


Sebelum ini, Malaysia sangat popular dengan isu sijil palsu Menteri dan anggota kabinet, kini masyarakat dunia sekali lagi dapat melihat betapa kelam-kabutnya golongan yang bijak bercakap, yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan ratusan juta ringgit semata-mata untuk mengalahkan dan memberi nama busuk kepada Najib Abdul Razak dan yang hanya mementingkan duit, menguruskan bencana yang berpunca daripada kelemahan pihak berkuasa menangani pembuangan sisa toksik.

Sekurang-kurangnya berita pencemaran ini dan kelemahan pengurusan bencana oleh kerajaan menjadi berita nombor empat paling popular di baca di akhbar The Guardian, United Kingdom selepas berita tragedi pesawat Ethiopian Airlines terhempas.

Di dada-dada akhbar seperti South China Morning Post (HongKong), Bangkok Post dan The Straits Times (Singapore), berita tragedi itu diletak sebagai berita utama. Kita percaya banyak media cetak dan online lain turut memberi fokus utama kepada tragedi ini.


Isu yang harus diteliti di sini adalah, bagaimana langkah kerajaan menangani krisis ini dari mengelakkan ia menjadi  bad publicity kepada Malaysia? Daripada ia hanya sebagai berita kemalangan biasa apabila beberapa pelajar diberi rawatan, ia bertukar menjadi bola api yang besar kerana crisis management tidak ditangani dengan baik, terutamanya dari aspek media briefing.

Laporan media bahawa lebih 900 orang menjadi mangsa terhidu gas beracun, lebih 100 sekolah serta premis terpaksa ditutup dan sebagainya, tidak akan menjadi tajuk utama media antarabangsa, sekiranya kerajaan Johor dan Pusat, pantas menilai skala imej negatif besar yang bakal terhasil daripada insiden ini.

Seperti kata Jabatan Bomba dan Penyelamat, kenapakah puluhan tong buangan sisa toksik itu, tidak diuruskan dengan baik daripada awal? Kenapa ia dibiarkan bersepah sepah? Apakah kita masih di takuk pemikiran lama, selepas berlaku sesuatu yang buruk, baharulah nak ditubuh jawatankuasa atau diambil tindakan?

Seperkara lagi, kenapa hanya selepas satu minggu berlaku tragedi ini, yang asalnya hanya 35 orang dikejarkan ke hospital untuk rawatan,  baru lah kerajaan bertindak mengeluarkan arahan menutup sekolah ?


Kenyataan pimpinan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, serta kemusykilan ramai ahli parlimen, termasuk Ahli Parlimen Pontian dan saya, mengenai kelemahan SOP tindakan pasukan Krisis Bencana Negeri Johor dan  Negara, tidak wajar diambil ringan, kerana ia membabitkan nyawa ribuan manusia.

Kejadian di Sungai Kim Kim menjadi  penanda aras, apakah kita masih terkapai kapai menguruskan tragedi akibat gas beracun, sedangkan banyak pelaburan sudah dibuat, termasuk menghantar anggota penyelamat menjalani latihan di luar negara.

Kita yakin keupayaan anggota penyelamat dan perubatan kita setaraf dengan kemahiran pasukan penyelamat di negara maju lain di dunia. Tetapi mereka dalam pasukan penyelamat memerlukan arahan jelas, pantas dan tegas dari menteri kabinet atau Exco Kerajaan Negeri bagi membuat keputusan dan tindakan selanjutnya.

Dunia sedang memerhatikan langkah seterusnya yang akan kita ambil. Tragedi ini bukan satu tragedi kecil dan ia boleh menjadi lebih meluas kerana tiupan angin yang membawa partikel toksik. Bagaimana kepimpinan di negeri di mana kejadian ini berlaku masih boleh menganggap ia dalam keadaan terkawal?

Apakah pelan tindakan seterusnya? Selamatkah lagi kawasan sekitar Sungai Kim Kim itu untuk didiami? Benarkah penduduk yang menutup pintu atau tingkap itu dijamin selamat? Berapa lamakah mangsa tragedi ini akan terpaksa duduk di hospital ? Moga Allah melindungi anak anak dan penduduk Pasir Gudang ini !


RUPA-RUPANYA KERAJAAN NEGERI JOHOR LEBIH PENTINGKAN WANG RINGGIT BERBANDING NYAWA DAN KESELAMATAN PENDUDUK!!!




Sepatutnya wasap toksik tidak wujud di Pasir Gudang, Johor sekiranya bahan kimia yang dibuang secara haram di situ, cepat-cepat dipindahkan dan dilupuskan, kata Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat, Datuk Mohammad Hamdan Wahid.

Kenyataan Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat itu jelas mempersalahkan pihak berkuasa yang enggan melupuskan bahan-bahan kimia tersebut selepas membuat kesimpulan bahawa bahan-bahan kimia tersebut tidak lagi aktif, selain melibatkan kos. 


Dengan kata lain, pihak Kerajaan Negeri Johor yang dipimpin oleh Osman Sapian lebih mementingkan wang ringgit berbanding keselamatan penduduk. Kos yang perlu dikeluarkan untuk melupuskan ancaman daripada sisa toksik tersebut dilihat lebih penting daripada nyawa penduduk.

Kegagalan dan kecuaian Kerajaan Negeri Johor itu dibidas dan dikecam oleh bekas Perdana Menteri, Najib Abdul Razak. Menurutnya Kerajaan Negeri Johor terlalu bimbangkan kos pembersihan berbanding nyawa penduduk, sekaligus menggalakkan lagi pencemaran toksik di Pasir Gudang yang lewat ditangani dan ratusan orang keracunan. 


Memetik kenyataan bomba, Najib berkata, pencemaran dan sisa kimia yang dibuang secara haram ke dalam Sungai Kim Kim patut dibersihkan dengan segera apabila dikesan minggu lepas. Keputusan cuai Kerajaan Negeri Johor itu menyebabkan lebih 500 orang menjadi mangsa termasuklah murid-murid sekolah. 

Sikap Kerajaan Negeri Johor yang lebih mementingkan wang ringgit, benar-benar dikesali. 

"Apakah itu pendekatan terkini menangani bencana oleh kerajaan sekarang? Siapakah dalam Kerajaan Negeri dan Pusat yang patut bertanggungjawab ke atas bencana ini?" soal Najib. 

Terdahulu, media memetik kenyataan Ketua Pengarah Bomba, Mohammad Hamdan Wahid sebagai berkata, selepas berlaku kejadian pertama, bomba mendapati masih ada pencemaran gas di kawasan berkenaan dan bahan pencemaran juga tidak dibuang, menyebabkan situasi sama berulang. 


Hamdan berkata, ketika sekolah dibuka semula, memang dikenalpasti ada gas dan bahan tidak dibuang kerana percaya tidak ada reaksi terhadap bahan itu.

Menurutnya lagi, setelah bomba mengenalpasti jenis bahan kimia yang menyebabkan pencemaran tersebut, bomba telah menyerahkan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk tindakan selanjutnya. 

Kes pencemaran toksik di Pasir Gudang sudah masuk hari ke-8 hari ini, menyaksikan jumlah kes keracunan meningkat kepada lebih 500 orang yang sedang dirawat dengan 9 daripada di Unit Rawatan Rapi.


Terbaru, Kementerian Pendidikan mengarahkan kesemua 111 buah sekolah di Pasir Gudang ditutup sehingga situasi kembali pulih.  

Kementerian Kesihatan menggerakkan 6 pasukan klinik kesihatan; 2 ambulans dan 2 pasukan dari Hospital Sultan Ismail; 2 ambulans dan 2 pasukan dari Hospital Sultanah Aminah; serta bantuan ambulans daripada badan bukan kerajaan untuk menangani pesakit.

Dalam perkembangan terbaharu, DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menyalurkan bantuan berjumlah RM1 juta untuk menyelamatkan mangsa wasap toksik di Pasir Gudang. 

Bantuan tersebut disalurkan selepas baginda mendengar rakaman audio seorang lelaki menangis meminta bantuan untuk anaknya, menuru Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Idris Shah. 

Sumbangan itu bagi membolehkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis dan agensi-agensi lain membei apa-apa sahaja keperluan untuk menyelamatkan mangsa," titah Permaisuri di dalam satu perutusan menerusi Pejabat Media Istana Johor yang kemudian disiarkan menerusi Facebook Rasmi Sultan Johor.


Wednesday, March 13, 2019

AKIBAT BERMENTERIBESARKAN MB 'DATSUN' DAN MB 'SINGER', KERAJAAN NEGERI JOHOR GAGAL DAN LEMAH DALAM ISU PENCEMARAN METANA SUNGAI KIM KIM PASIR GUDANG!!!



KESAN dari pencemaran Sungai Kim Kim telah menjadi satu malapetaka yang mengakibatkan insiden terburuk hingga menyebabkan ancaman bahaya kepada kehidupan manusia di Daerah Seri Alam. Tragiknya, setelah seminggu berlalu, radius kawasan tersebarnya toksik gas metana terhasil dari sisa pembuangan industri itu semakin luas, malah memakan ramai mangsa terutama para pelajar sekolah.

Sehingga semalam angka terlibat telah meningkat mendadak apabila 207 mangsa direkodkan dengan 29 mangsa dirujuk ke Klinik Kesihatan, 77 mangsa ke Hospital Sultan Ismail dan 35 ditahan di wad. Turut membimbangkan apabila empat mangsa terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Angka ditahan di wad biasa dan ICU ini tidak termasuk mangsa gelombang pertama.

Terkini dimaklumkan, jumlah tersebut telah meningkat lagi kepada seramai 566 mangsa melibatkan kalangan orang awam dan pelajar. Manakala sebanyak 16 sekolah terpaksa diarahkan tutup serta menghentikan sesi akademik. Namun, Kerajaan PH Negeri Johor hanya mengumumkan mesyuarat berkaitan dan mengaku telah menangkap tiga suspek berkaitan kes ini.

Pun begitu, Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Alam dan Mesyuarat Pengaktifan Jawatankuasa Kerja bagi menangani kejadian ini dilihat sama sekali gagal membendung keresahan rakyat. Malah, perkembangan yang berlaku menunjukkan kelemahan amat ketara khususnya Exco berkenaan iaitu Dr Sahruddin Jamal, seolah teraba-raba untuk menggerakkan tindakan operasi yang sepatutnya.

Walhal isu pencemaran tersebut telah sering dibangkitkan penduduk, tetapi reaksi pihak kerajaan seakan enak nyenyak tidur. Tidak hairanlah jika Sultan Johor, Tuanku Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut murka dengan kejadian yang berlaku. Oleh itu selaku Exco bertanggungjawab, Dr Sahruddin sewajarnya meletakkan jawatan atas kelemahan dan kegagalan melaksanakan tindakan menangani tragedi.

Kami juga mengesyorkan agar segera dibentuk Jawatankuasa Khas Bertindak Persekutuan untuk membantu menangani masalah ini dengan lebih berkesan. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin yang mungkin masih sibuk dengan majlis perkahwinannya diminta supaya secepatnya meneliti isu ini secara lebih dekat, apatah lagi beliau merupakan Ahli Parlimen Bakri.

"Islam Memimpin"
"Terus Mara"


NAZMAN CHE IBERAHIM
Pengerusi
Lajnah Alam Sekitar
Dewan Pemuda PAS Malaysia
- HARAKAHDAILY 13/3/2019

PENCEMARAN SUNGAI KIM KIM PASIR GUDANG: WALAUPUN RATUSAN NYAWA ORANG AWAM TERJEJAS, DISEBABKAN KAWASAN SENDIRI, PARA PEMIMPIN PAKATAN SENYAP SUNYI!!!



Biarpun nyawa lebih 200 orang terancam dengan 6 orang daripada mereka berada di ICU dalam keadaan kritikal, berita tentang cubaan membunuh penduduk tempatan, hampir tidak ada di dada-dada media utama. Malahan, pemimpin-pemimpin politik khususnya DAP yang sebelum ini cukup lantang menyuarakan tentang ancaman terhadap keselamatan rakyat dan penduduk dari mana-mana projek, juga senyap sunyi.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hasan Abdul Karim yang juga merupakan Pengerusi PKR Johor, juga seperti sudah mati, bisu dan barangkali turut berada di ICU kesan daripada pencemaran gas methana dan pencemaran Sungai Kim Kim oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.


Yeo Bee Yin, Menteri Sains dan Alam Sekitar yang sebelum PRU-14, cukup peka dengan PERMATA, barangkali terlalu sibuk dengan majlis perkahwinan dan bulan madunya, sehinggakan masalah yang sepatutnya melibatkan Kementeriannya, langsung tidak diambil peduli.

Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin DAP yang cukup kuat berkempen menentang Lynas dan Rapid Pengerang sebelum mereka jadi kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, juga telah menghilangkan diri dan langsung tidak bersuara lagi.



Utusan Online semalam melaporkan, jumlah mangsa pencemaran ekoran pembuangan sisa toksik ke Sungai Kim Kim, Khamis lepas telah meningkat mendadak kepada 207 orang sehingga jam 11 malam tadi tadi susulan berlaku insiden gelombang kedu.

Gelombang kedua itu membabitkan majoriti kes pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Pasir Putih.

29 orang telah dihantar ke klinik kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan manakala 77 orang mangsa pula telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dengan 35 orang daripada mereka ditahan di wad untuk rawatan lanjut.


Daripada jumlah 35 orang yang ditahan itu, empat daripada mereka dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Selepas 16 orang pesakit daripada gelombang pertama dibenarkan pulang, jumlah kini yang masih berada di HSI adalh 44 orang (enam di ICU dan 38 orang di wad HSI).

Daripada jumlah 44 orang itu, 11 orang dewasa dan 33 adalah murid sekolah.

Mangsa pencemaran dilaporkan mengalami pedih mata, loya, muntah, pening, sakit dada dan sesak nafas.

SK Taman Pasir Putih dan SMK Taman Pasir Putih kini telah ditutup sementara.

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, dilaporkan murka dan kesal terhadap pihak yang terbabit dalam kes pembuangan bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim di Pasir Gudang sehingga memberi kesan buruk kepada murid dan orang awam.

Dalam entri terbaharu baginda di Facebook rasminya, baginda bertitah agar pihak berkuasa segera melakukan siasatan secara menyeluruh dan pada masa yang sama, baginda turut melahirkan penghargaan kepada pasukan perubatan yang bertungkus-lumus memberikan rawatan kepada mangsa.

"Disebabkan perbuatan tidak bertanggungjawab ini, ratusan orang termasuk murid serta pelajar sekolah terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan. Malahan ada yang bertarung nyawa dalam IC. Ini adalah rakyat saya dan saya tidak akan membenarkan perkara ini melarat. Saya menggesa semua pihak berkuasa kerajaan untuk segera menangkap dan menghukum pelakunya.


"Saya berasa amat sedih apabila melihat ramai yang merana akibat tindakan mereka yang tidak berperi kemanusiaan. Bukan sahaja kanak-kanak tetapi juga orang dewasa yang hanya melakukan tugas seperti pemandu ambulans dan pekerja kantin sekolah," titah Sultan Ibrahim.

Jabatan Alam Sekitar JAS Negeri Johor mengesahkan penahanan dua pemilik syarikat dan seorang pekerja disyaki melakukan pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor, Khamis lepas. Kesemua suspek berusia antara 40 hingga 50 tahun. Penahan dilakukan di dua lokasi berasingan di sekitar Kulai dan Pasir Gudang.
 
Blogger Templates