Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label prn sarawak. Show all posts
Showing posts with label prn sarawak. Show all posts

Sunday, May 8, 2016

RAKYAT SARAWAK DIMAKI HAMUN, PENGANUT KRISTIAN DIHINA DAN CINA SARAWAK DICIKAI-CIKAIKAN KERANA KEKALAHAN DAP DALAM PRN!!!



Maki hamun ke atas rakyat Sarawak yang enggan memilih DAP dan PKR sebagai pemerintah baru Sarawak, tercetus oleh sebilangan penyokong DAP-PKR menggunakan media sosial.

Mereka menyatakan rakyat Sarawak secara keseluruhannya adalah bodoh!

Rakyat Sarawak juga adalah penghuni hutan yang bodoh kerana menerima GST, serta menolak kemajuan apabila masih lagi memilih parti-parti tempatan Sarawak dalam Barisan Nasional berbanding DAP dan PKR yang didatangkan dari Semenanjung.


Kalau anda rajin mencari dan sanggup membacanya, anda akan dapati perbuatan membuli dan menghina dilakukan sewenang-wenangnya oleh para penyokong parti DAP dan PKR yang berasal dari Semenanjung kepada rakyat Sarawak yang lebih percayakan parti-parti politik tempatan seperti PBB dan PRS yang bersatu di dalam Barisan Nasional (BN).

Kini para penyokong DAP dan PKR itu bukan sahaja marahkan ibu bapa atau datuk nenek mereka, sebaliknya menggelarkan mereka sebagai puak Asli tidak berpendidikan yang hanya mempunyai hak untuk hidup miskin selama-lamanya.


Menariknya, ada yang membayangkan rakyat Sarawak kebanyakannya seperti puak Indian Amazon yang kerap ditayangkan di saluran dokumentari tanpa mengetahui, hampir keseluruhan Sarawak telah boleh dikunjungi dari serata dunia, malahan sistem jalanraya Sarawak sesetengahnya jauh lebih baik dan bermutu tinggi berbanding beberapa negeri di Semenanjung, termasuklah Selangor dan Pulau Pinang.


Kini penyokong DAP-PKR itu menyalahkan agama (penganut Kristian tamak yang tidak diperlukan hak mereka dipertahankan) dan bangsa (Cina Tamak.)

Marah betul puak-puak ini. Kegagalan menggunakan helah yang sama di media sosial seperti PRU-13 lalu, membuatkan ramai yang beralih kepada cara makian yang lebih tradisional.

Tiada apa-apa nilai baik yang ditunjukkan oleh DAP dan PKR kecuali menyemarakkan kebencian, menjadi biadab dan pengaruh buruk kepada semua rakyat Malaysia.

Bagi mereka yang sering ke ceramah-ceramah DAP, terutama sekali yang menggunakan bahasa Cina, pasti akan faham apa yang dimaksudkan. Perkataan-perkataan seperti 'LUT', 'CHOW KOW', 'HAM KAR CHAN', 'POK KAI' merupakan perkataan-perkatakaan biasa dalam ceramah DAP.

Justeru, kekalahan besar mereka di PRN Sarawak pada kali ini memunculkan kembali 'ANAK-ANAK ANJING' yang dilatih untuk memaki hamun dan menggunakan tekanan serta ancaman dan ugutan kepada masyarakat yang enggan menyokong DAP.

Dan yang pastinya, selepas ini, DAP akan semakin kurang ajar dan masyarakat Cina yang telah menolak mereka, akan menerima pelbagai hukuman dari pelbagai bentuk...



PRN SARAWAK: CINA CUMA BERMINAT DENGAN ADENAN SATEM, BUKAN DENGAN BARISAN NASIONAL!!!



Antara indikasi yang sangat penting dan seringkali ditunggu-tunggu dalam setiap Pilihanraya ialah reaksi pengundi Cina. Walaupun pengundi Cina bukannya majoriti di negara ini, malah jumlahnya juga tidak membolehkan pembentukan sebuah negara, hakikatnya persepsi dan stigma masyarakat terutama sekali kepimpinan tentang kedudukan orang Cina dalam politik Malaysia, dilihat terlalu penting.

Malah kepentingannya mengatasi segala-gala.

Dek kerana itulah, semua pihak politik di negara ini akan berusaha mengambil hati pengundi Cina dengan apa-apa cara sekalipun, termasuklah mempertaruhkan teras kewujudan negara ini mahupun Perlembagaan Persekutuan.


Sarawak ada kuasa autonominya sendiri. Begitu juga dengan Sabah. Namun negeri-negeri lain di dalam Persekutuan Malaysia, tertakluk terus kepada Federalisme kecuali beberapa perkara termasuklah melibatkan adat-istiadat Melayu dan hal-ehwal agama Islam serta tanah yang berada di bawah jurisdiksi kuasa negeri.

Melihat dan mengkaji Perlembagaan Persekutuan, memang akan membuat kita berasa cukup aman dan yakin namun apabila melibat kepada situasi politik masakini, kita sedang melibat penyanjungan berlebihan ke atas sebuah kumpulan kaum yang mempunyai juzuk dalam kuasa politik di negara ini.

Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-11 baru sahaja berlalu semalam dengan kemenangan besar menjadi milik Barisan Nasional Sarawak yang menggabungkan parti-parti tempatan Sarawak yang cuba disaingi oleh parti-parti pembangkang dari Semenanjung iaitu PAS, PKR dan DAP.

Walaupun DUN Sarawak mengalami penambahan kerusi menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 82 namun Barisan Nasional kali ini berjaya menguasai 72 kerusi DUN sekaligus menjadikan kuasa Adenan Satem dan Kerajaan Negeri Sarawak di bawah pentadbirannya, tidak dapat digegarkan kalau setakat suara Chong Chien Jien menyalak dari seberang Sungai Sarawak.

Bersandarkan kepada kuasa dan autonomi Sarawak sendiri, mana-mana unsur dari Semenanjung yang cuba menjadi mahaguru sepatutnya, mentertawakan diri mereka sendiri kerana dalam keadaan sekarang, Adenan Satem dan Barisan Nasional Sarawak adalah SANGAT KEBAL!



Penghinaan yang dibuat oleh para penyokong parti Semenanjung ke atas para pengundi Sarawak, termasuklah menghina mereka sebagai masyarakat tidak bertamadun kerana masih lagi memilih Barisan Nasional, akan menambahkan lagi jurang antara parti-parti Semenanjung yang berada di Sarawak seperti PKR dan DAP.

Ini adalah kerana para pengundi Sarawak memilih PARTI-PARTI SARAWAK yang membentuk Barisan Nasional Sarawak berbanding menyerahkan tengkuk mereka kepada parti-parti Semenanjung yang cuba berlagak lebih Sarawak dari orang Sarawak.

Adenan Satem mempunyai perancangannya yang tersendiri. Kemenangan 100% parti pimpinannya iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dalam PRN kali ini, jelas menunjukkan kuasa yang tidak boleh dikesampingkan dengan sekadar memetik masalah-masalah Semenanjung untuk dijadikan modal politik di Sarawak.

Kerajinan Najib sendiri turun padang ke Sarawak, terutama di kawasan-kawasan yang dianggap pedalaman dan jauh dari Kuching, merupakan petunjuk jelas bagaimana, hasutan dan fitnah terhadap batang tubuh Perdana Menteri Malaysia itu langsung tidak menjejaskan mode kemenangan Barisan Nasional.


Kemenangan beberapa orang calon dari parti SUPP yang merupakan klon MCA di dalam Barisan Nasional, diulas dan diberikan seribu satu macam jenis pujian, walaupun hakikatnya, kemenangan calon-calon SUPP tersebut mempunyai kaitan rapat dengan Adenan Satem serta Presidennya sendiri, Dr. Sim.

Selebihnya, DAP yang berjaya merampas 7 kerusi pada tahun 2011 menjadikannya 12 kerusi walaupun PRN sebelum itu, DAP sudah pun menguasai 5 kerusi DUN. Jadi, berbanding tahun ini di mana BN dilihat menjadi juara kerana kejayaan merampas '5 kerusi kubu kuat DAP', sebenarnya DAP hanya menguasai kerusi-kerusi berkenaan selama dua penggal sahaja iaitu pada PRN ke-9 tahun 2006 dengan kemerosotan prestasi BN telah diperlihatkan pada tahun 2001.

Justeru, keseronokan kerana berjaya merampas lima DUN kubu kuat DAP, tidaklah perlu diagung-agungkan sangat kerana yang jelas, kemerosotan jumlah pengundi yang turun membuang undi, menjadi salah satu pemangkin kemenangan tersebut. Dan pada masa yang sama, isyarat sekali lagi diberikan oleh kelompok yang diberikan terlalu banyak perhatian dan keistimewaan politik di negara ini, kepada Adenan Satem dan kepimpinan negeri, ulangan sejarah 2001-2006-2011 boleh sahaja berlaku pada PRN Sarawak Ke-12 nanti.


Janganlah hendaknya keputusan PRN Sarawak ke-11 ini dijadikan kayu pengukur kepada prestasi Barisan Nasional Semenanjung yang jauh lebih kritikal dan mempunyai pelbagai rencah.

Walau apa pun yang diberitahukan dengan penuh gembira, kononnya masyarakat pengundi Cina telah kembali kepada Barisan Nasional, hanyalah omongan dongengan, kerana di Sarawak, pengundi Cina hanya memenangkan 7 daripada 13 kerusi Cina yang ditandingi oleh parti Cina Sarawak, SUPP, manakala PBB dan PRS yang mewakili kaum Bumiputera Sarawak pula mencatatkan kemenangan 100% pada semua kerusi yang mereka tandingi.

'Kemenangan' SUPP sebanyak 54% tidaklah sebesar mana kalau dibandingkan dengan kemenangan yang disumbangkan oleh parti-parti Bumiputera Sarawak.


CUCU DERHAKA, AZIZ ISA SANGAT KECEWA KERANA KALAH DI BATU KITANG, DESAK CALON BN BERTERIMA KASIH KEPADA NENEKNYA!!!



Antara yang cuba diberikan perhatian oleh DAP dalam Pilihanraya Negeri Sarawak kali ini ialah 'kemunculan' Aziz Isa, pecacai tegar Chong Chien Jien yang merupakan Pengerusi DAP Sarawak sebagai calon di DUN yang baru ditubuhkan iaitu DUN Batu Kitang. 

Gambarannya sangat hebat seolah-olah Aziz Isa adalah figura keramat dalam masyarakat Melayu Sarawak walaupun sebenarnya lebih ramai yang memendam perasaan ingin meludah dan mengkahakkan mukanya berbanding bersalaman dan bertukar-tukar senyuman dengan Aziz Isa. 

Punca perhatian itu diberikan kepada Aziz Isa, bukannya susah sangat. Aziz Isa adalah satu-satunya calon Melayu yang mampu DAP ketengahkan walaupun DAP mendabik dada kononnya mereka tidak mengamalkan perkauman. 

Kalau benar Aziz Isa hendak dinaikkan dalam hierarki DAP Sarawak, bukan DUN Batu Kitang yang menempatkannya, sebaliknya kawasan-kawasan selamat DAP seperti Padungan, Kota Sentosa, Bukit Assek, Pelawan mahupun Pujut.

Walau bagaimanapun, DAP tidak berminat dengan Aziz Isa. Dia hanyalah bidak yang dipertaruhkan untuk membuktikan bahawa Bumiputera Sarawak boleh dibelai, disekeh dan disuruh menggigit tulang babi sambil mengangkat kaki sebelah seperti yang dilakukan oleh Aziz Isa. 

Kekalahan Aziz Isa di Batu Kitang sudah dijangkakan dari awal. Tidak sahaja kerana dia tidak mempunyai sebarang harapan terutama dengan taktik zaman TOK NADO' ALA-SEMENANJUNG yang tidak lagi digunakan iaitu menyemaikan kebencian dan ucapan berkobar-kobar yang diisi dengan kejian dan cercaan ke atas lawan.

Jelas, Abdul Aziz Isa yang mengidamkan kerusi Ketua Menteri Sarawak, begitu kecewa dengan kekalahannya sehinggakan mendesak Barisan Nasional berterima kasih kepada neneknya kerana telah berjaya mengalahkannya di Batu Kitang. 

Aziz juga mengucapkan tahniah kepada calon BN yang dihinanya sebelum itu iaitu Lo Khere Chiang kerana berjaya memenangi pertandingan Batu Kitang tetapi kemudian mengingatkan bahawa sokongan daripada neneknya, Mazuyin Abdul Manan yang membolehkan Lo Khere Chiang menang.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada nenek saya kerana membantu Lo menang."

Lo berjaya memperolehi 6,494 undi berbanding Aziz yang mendapat 4,628 undi dan calon PKR, Voon Shiak Ni yang memperolehi 889 undi sahaja.

Friday, May 6, 2016

TUTUP BUKU LAMA, BUKA BUKU BARU... JANGAN BUAT POSTER LAWAN!!!



"Tutup buku lama dan buka buku baharu," itu pesanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merujuk kepada sebarang konflik dalaman parti-parti komponen BN di Sarawak pada hari terakhir kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11(PRN-11) 

Timbalan perdana menteri mengakui setiap pemimpin mempunyai penyokong mereka sendiri, justeru sokongan kepada calon yang selain daripada pemimpin mereka, sudah tentu akan berbelah bahagi.

Namun, beliau mengagumi penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Marudi Sylvester Entri Muran, yang turun bersama beliau untuk beri sokongan penuh kepada calon langsung BN bagi kerusi itu pada pilihan raya kali ini, Datuk Dr Penguang Manggil.

"Beliau juga meminta semua penyokong untuk sokong calon sebagai calon BN. Kalau beliau sudah sokong, pengikut jangan cakap apa-apa pula.

"Jangan buat poster tak elok, sebab kita berada di bawah satu payung," katanya ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rela, di sini hari ini.

Pada majlis itu, kedua-dua calon turut bersalaman dan berpelukan di atas pentas dan menerima tepukan serta sorakan gemuruh lebih 3,000 hadirin.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata atas semangat BN, semua jentera perlu bekerja keras untuk setiap calon yang telah dipilih.

"Esok hari paling penting untuk kita. Kita mahu tebus maruah. Kita mahu tolong Tok Nan (Ketua Menteri Sarawak). Pastikan Tok Nan jadi Ketua Menteri Sarawak semula.

"Kita mahu kerajaan Tok Nan kuat. Oleh itu yang lama dan yang baharu perlu bersatu hati dan pastikan anak-anak buah masing-masing beri sokongan pada Tok Nan melalui calon yang dipilih," tambahnya.

PRN-11 bagi Dun Marudi akan menyaksikan Penguang berdepan calon PKR Elia Bit dan calon Bebas Luois Jalong.

Pada PRN 2011, Sylvester menang selesa dengan kelebihan 3,202 undi dalam pertembungan empat penjuru menentang calon PKR, SNAP dan Bebas. - Bernama


Tuesday, April 26, 2016

KESIAN SATU-SATUNYA CALON MELAYU DAP YANG MAHU DIKORBANKAN UNTUK EGO DAP!!!



DAP masih tidak berpuas hati apabila PKR meletakkan calon-calon pada enam kerusi DUN yang ditandingi mereka. DAP menuduh, kononnya PKR menipu mereka. PKR pula memberikan alasan yang DAP langsung tidak mahu berbincang dan tidak menghiraukan penjelasan serta kerasionalan PKR bertanding di kerusi-kerusi DUN berkenaan. Sebaliknya DAP membuat keputusan muktamad bahawa PKR memang tidak boleh bertanding di kerusi-kerusi tersebut kerana DAP telah meletakkan calon-calonnya.


Ng Wei Aik telah mengatakan, 'PKR boleh pergi mampus' yang kemudian ditukarkan/diedit menjadi 'Azmin boleh pergi mampus'.

Lim Guan Eng pula secara terus terang menyatakan PKR menipu DAP dan PKR tidak boleh dipercayai.

Lim Kit Siang memohon maaf kerana satu lawan satu dengan BN tidak kesampaian dan sebarang keputusan berhubung tindakan PKR enggan patuh kepada perintah DAP, akan dibuat selepas PRN Sarawak.

Chong Chien Jen, Pengerusi DAP Sarawak memberikan kaedah penyelesaian yang paling mudah... tarik balik semua pencalonan PKR di kelima-lima kerusi DUN yang bersilang dengan DAP dan DAP pula akan menarik diri daripada bertanding di DUN Batu Kitang.


Calon PKR di Batu Kitang adalah Voon Siak Ni.

DUN Batu Kitang merupakan DUN baharu yang diwujudkan menerusi proses persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).


Calon DAP untuk Batu Kitang adalah Aziz Isa, pembantu khas Chong Chien Jen dan merupakan satu-satunya calon Melayu dari DAP untuk PRN kali ini. Aziz pada mulanya dikatakan akan dicalonkan di Tupong. Tetapi kemudian 'ditendang' ke Satok. Selepas itu, dia 'ditendang' sekali lagi ke Batu Kitang sebelum 'dicampak' pula ke Stakan. Namun akhirnya dia dicalonkan di DUN Batu Kitang.

Belum sempat Aziz Isa menarik nafas panjang, Chong Chien Jien berterus-terang tentang niat sebenar DAP mencalonkannya.

Aziz Isa hanyalah bidak yang dipertaruhkan untuk menguasai PKR. Aziz Isa menjadi buah dadu yang dibaling oleh Chong Chien Jen dan DAP, sekaligus membuktikan DAP langsung tidak mempercayai orang Melayu sebagai calon mereka walaupun pada masa yang sama, DAP kata mereka tidak rasis.


Daripada sekian banyak calon DAP yang lain, mengapa Aziz yang merupakan satu-satunya calon Melayu DAP yang dipertaruh untuk ditukarkan dengan persetujuan PKR agar menarik kembali calon-calon mereka pada 5 kerusi DUN yang bersilang tanding dengan DAP?

Aziz Isa sebelum ini mempunyai masalah dengan Voon Siak Ni yang hampir mengheretnya ke mahkamah. Tetapi campurtangan Chong Chien Jen yang memohon maaf bagi pihak Aziz, akhirnya 'membebaskan' Aziz.

Ini adalah contoh paling klasik dan paling terbaharu bagaimana DAP melayan Melayu-Bumiputera di mana-mana.

Kesian Aziz yang sentiasa mendewa-dewakan Chong Chien Jen dan DAP kerana akhirnya dia tidak lebih daripada seekor anjing kurap yang buruk kepala!


DAP MAKIN KUAT MENGARUK APABILA GOBIND SINGH DEO PULA TIDAK DIBENARKAN MASUK SARAWAK!!!



Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Puchong adalah nama terbaharu yang tidak dibenarkan memasuki Sarawak. Dia menyertai Anthony Loke, Teresa Kok, Tony Pua, Teo Nie Ching, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Shamsul Iskandar, Zuraida Kamaruddin, Sim Sze Tsin dan Mohamad Sabu.

Anak lelaki Karpal Singh yang juga merupakan penasihat perundangan kepada Lim Guan Eng dan terkenal kerana kesamsengannya, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 11:30 pagi tetapi sebaik-baik mendarat, dia telah diarahkan menaiki pesawat untuk berpatah balik ke Kuala Lumpur. 

Imigresen tidak memberikan sebarang arahan berhubung perintah larangan memasuki Sarawak yagn dikenakan ke atasnya tetapi berpegang kepada Seksyen 65 (1) (a) Akta Imigresen 1959/63.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem sebelum ini berkata, beberapa individu telah dihalang daripada memasuki Sarawak untuk melindungi negeri itu daripada 'unsur-unsur tidak baik'.

Beliau berkata, mereka bebas untuk masuk ke negeri itu selepas pilihan raya negeri pada 7 Mei.

Adakah Gobind Singh Deo yang sama terkenalnya dengan Lim Guan Eng dalam bab saman menyaman, akan mengambil tindakan undang-undang dan mempersoalkan serta mencabar undang-undang imigresen yang dikenakan ke atasnya?

DAP sudah beberapa kali meluahkan kemarahan mereka apabila ramai pemimpin DAP dari Semenanjung tidak dibenarkan memasuki Sarawak pada PRN kali ini. Alasan yang diberikan ialah, mereka adalah rakyat Malaysia dan rakyat Malaysia dijamin kebebasan untuk bergerak dalam wilayah-wilayah Malaysia. 

Bagaimanapun, Sarawak bersama-sama Sabah mempunyai kuasa autonomi mereka sendiri yang dijamin oleh Perlembagaan. Antaranya termasuklah kuasa-kuasa Imigresen.

KERANA PHANG LI KOON DAN SKANDAL TANAH, LIM GUAN ENG LEPASKAN MARAH KEPADA PKR!!!



Skandal tanah dan penyelewengan kuasa oleh Lim Guan Eng, akhirnya membuatkan dia kehilangan kuasa yang dinikmatinya selama ini terhadap PKR. Pembelian banglo murah menerusi pembabitan firma guaman isterinya dan Phang Li Koon dengan kolateralnya adalah tanah Taman Manggis, akhirnya memberikan kesan yang sangat buruk ketuanan DAP, khususnya dalam PRN Sarawak ke-11 yang sedang dalam proses kempen sekarang.

Kegagalan DAP memastikan, PKR mengikut telunjuk mereka dan tidak menyaingi DAP di kerusi yang sama, nampaknya melebarkan lagi masalah yang melanda antara DAP dan PKR.

Sekalipun Baru Bian, Pengerusi PKR Sarawak menyatakan, pintu rundingan masih lagi terbuka menjelang hari pengundian pada 7 April antara PKR dengan DAP, nampaknya DAP lebih berminat untuk menghentam dan mengutuk PKR kerana gagal mengikut telunjuk mereka.

Lim Guan Eng sendiri mengecop PKR sebagai penipu, walaupun hakikatnya, yang menipu adalah DAP!

DAP memilih-milih kerusi DUN yang dilihat mampu mereka menangi, manakala kerusi yang agak sukar, diserahkan kepada PKR untuk ditandingi. PKR yang telah memasang cita-cita tinggi semenjak dari PRN-10 dahulu, beranggapan mereka mempunyai peluang yang lebih besar berbanding DAP di kawasan-kawasan luar bandar. Apatah lagi DAP lebih dikenali sebagai Parti Cina di Sarawak, bahkan di seluruh Malaysia berbanding PKR yang mengandungi calon daripada pelbagai kaum dan agama.


Pada 9 Januari 2016, satu perjanjian membabitkan Presiden-Presiden PKR, DAP dan PAN telah ditandatangani. Dalam perjanjian tersebut, Pakatan Harapan berjanji akan meletakkan satu calon sahaja mewakili Pakatan Harapan di dalam mana-mana pilihanraya di mana-mana peringkat.

Namun itu hanyalah di atas kertas. Menjelang hari penamaan calon di PRN Sarawak, PKR dan DAP mula bertelagah kerana beberapa kerusi menjadi rebutan dan setiap daripada kedua-dua parti tersebut telah meletakkan calon masing-masing. Sekurang-kurangnya enam kerusi DUN di Sarawak menyaksikan pertembungan sesama sendiri antara DAP dan PKR.

Mungkin tepat kalau dikatakan, ini membuktikan JANJI DICAPATI!

Sama ada PKR dan DAP kedua-duanya sudah mati akal atau bermain kayu tiga, yang pastinya, Pakatan Harapan langsung tidak boleh dipercayai dan diberikan harapan.

Mereka hanyalah terdiri daripada gerombolan tamak kuasa yang langsung tidak bernilai walau satu sen pun. Mereka sanggup menipu dan memperdayakan walaupun sesama sendiri.

Perjanjian yang mereka sendiri tandatangani pun mereka gagal patuhi!

Memang patutlah Lim Guan Eng mengamuk kerana masalahnya semakin bertambah-tambah dan jalan untuknya terlepas jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang semakin terbentang luas.


Monday, April 25, 2016

PRN SARAWAK MEDAN PERTEMBUNGAN PARTI TEMPATAN SARAWAK MENENTANG PARTI DARI SEMENANJUNG!!!




Bermulalah sudah 'perang' di Sarawak membabitkan parti-parti politik Malaysia. Namun berbeza di negeri-negeri lain, di Sarawak, pertembungan sebenar adalah antara parti-parti politik tempatan, sama ada yang bergabung dalam Barisan Nasional atau bersendirian dengan parti-parti dari Semenanjung yang diketuai oleh DAP.

Parti-parti komponen dalam Barisan Nasional yang aktif di Semenanjung dan Sabah, tidak terlibat di Sarawak. Sebaliknya obor dan panji-panji Barisan Nasional digalas utama oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diketuai oleh Adenan Satem, yang juga merupakan Ketua Menteri Sarawak.

UMNO tidak wujud di Sarawak. Dan UMNO juga tidak memainkan peranan utama di Sarawak, sekalipun sepanjang kempen, ramai pemimpin UMNO yang turun membantu kempen Barisan Nasional di Sarawak.

Momokan oleh DAP dan PKR tentang UMNO di Sarawak, secara tidak langsung berbalik ke batang hidung mereka sendiri kerana DAP dan PKR merupakan parti-parti Semenanjung @ Malaya yang sedang mencari kuasa di Sarawak.

Walaupun Chong Chien Jen, Pengerusi DAP Sarawak menyatakan bahawa DAP Sarawak adalah berbeza daripada DAP di Semenanjung, hakikatnya ia adalah pembohongan semata-mata kerana berbanding Chong Chien Jen, kuasa sebenar DAP Sarawak, masih di tangan Lim Guan Eng yang merupakan orang yang terpalit dengan skandal tanah dan penyelewengan kuasa di Pulau Pinang. 

Dengan dua kemenangan tanpa bertanding yang dimiliki oleh BN Sarawak setakat artikel ini ditulis, peluang BN Sarawak untuk menambah koleksi kemenangan dalam PRN-11. Apatah lagi PKR dan DAP pula bergasak sesama sendiri pada sekurang-kurangnya 8 DUN.

Pertandingan sesama sendiri membabitkan DAP-PKR di DUN-DUN tersebut, pastinya akan memberikan ruang yang lebih besar kepada Barisan Nasional. Dendam antara PKR dengan DAP, membuatkan mereka saling tuding-menuding dan salah menyalah serta menuduh pihak lain sebagai 'perampas' dan 'pemungkir janji', pastinya akan memberi ruang dan peluang kepada calon-calon Barisan Nasional yang sudah lama bekerja untuk rakyat di kawasan tersebut berbanding calon-calon PKR dan DAP yang hanya muncul pada musim pilihanraya.

Barisan Nasional muncul dalam kempen-kempen pilihanraya dengan modal kesejahteraan, keselesaan dan kesenangan rakyat, manakala DAP dan PKR pula akan menggunakan isu-isu di Semenanjung dengan memburuk-burukkan keperibadian Perdana Menteri dan isteri serta UMNO sebagai modal mereka. DAP juga akan cuba untuk membangga-banggakan 'pencapaian' Lim Guan Eng di Pulau Pinang tanpa mereka berani bercakap tentang skandal dan penyelewengan Lim Guan Eng yang didedahkan secara besar-besaran.... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247


Sunday, April 24, 2016

SARAWAK WAJIB BERKETUA MENTERIKAN BUKAN ISLAM KERANA PEMIMPIN ISLAM ADALAH PEROMPAK DAN PENJARAH, KATA KOLABORATOR DAP!!!


\

Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP semakin galak bermain dengan isu perkauman dan keagamaan di Sarawak. Selepas mereka berjaya menghancurkan toleransi dan semangat muhibbah di kalangan antara kaum di Semenanjung, kini mereka membawa pula barah itu ke Sarawak menerusi PRN yang akan menyaksikan undi-undi pemilih direalisasikan pada 7 April nanti.

DAP dan Pakatan Harapan seringkali mendabik dada kononnya mereka tidak mengamalkan budaya perkauman, keagamaan mahupun membeza-bezakan masyarakat walaupun hakikatnya merekalah yang paling kuat mengamalkan rasisme dan menghina agama Islam. 

Dan ini terbukti dalam siri kempen dan ceramah calon-calon DAP di Sarawak termasuklah kempen yang dijalankan oleh penyokong DAP di portal-portal dalam talian. 

Mariam Mokhtar yang diketahui penyokong kuat Pakatan Harapan khususnya DAP, sekali lagi menulis di dalam 'The Ant Daily' sekaligus membuktikan rasisme dan anti-Islam mereka tidak dapat disorok dan dibendung. 

Menurut Mariam: 

"Rakyat Sarawak telah melihat bagaimana para pemimpin Islam di Putrajaya telah merompak dan menghancurkan negara ini dan kemudian membahagi-bahagikan rakyat Malaysia. Rakyat Sarawak juga menderita di bawah Taib Mahmud, bekas Ketua Menteri. Jadi, mengapa harus letakkan kepercayaan kepada para pemimpin Islam lagi?" - THE ANT DAILY

Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah, Adenan Satem telah menjalankan tugasnya selaku Ketua Menteri Sarawak dengan penuh berkesan sepanjang dua tahun perlantikannya dan popularitinya telah mendahului semua isu perkauman dan keagamaan walaupun dia sendiri adalah seorang Islam. 

Mungkin kerana itulah, Mariam Mokhtar atau kolaborator Pakatan yang bercita-cita untuk melakukan ethnic cleansing dan perampasan tanah secara besar-besaran seperti di Pulau Pinang berkata, pemimpin beragama Islam tidak boleh dipercayai dan Sarawk perlu memiliki Ketua Menteri yang bukan beragama Islam. 

Inilah permainan sebenar Pakatan Harapan, sama ada pemimpin mahupun media pro mereka yang menjadikan perkauman dan keagamaan sebagai asas penting perjuangan mereka. Mereka tidak dapat melepasi kepopularitian Adenan Satem, justeru mereka sekarang beralih kepada peraminan bangsa-agama pula. 

Apa yang mereka lakukan ialah sebenarnya bertujuan untuk menarik perhatian kumpulan-kumpulan sayap kanan dalam UMNO untuk bertindak sembrono. Justeru, permainan ini sebenarnya lebih kepada memerangkap UMNO sekaligus membenarkan tuduhan yang UMNO akan masuk ke Sarawak.



Tontoni klip video membabitkan ADUN DAP Pending, Violet Yong Wui Wui pada PRN tahun 2011 apabila secara jelas - terutama sekali sewaktu dia berucap dalam Bahasa Cina - memainkan isu perkauman tanpa sedikit pun berasa bimbang.

DAP seringkali berkata mereka tidak akan menggunakan isu perkauman atau keagamaan tetapi hakikatnya sangat jauh berbeza, terutama sekali apabila mereka mula bercakap dalam Bahasa Cina. 

Klip video di atas adalah buktinya!


Saturday, April 23, 2016

BETINA OINK-OINK MALAYSIAKINI KELAM-KABUT LARI BALIK SEMENANJUNG SEBAB TAKUT!!!



Perbuatannya dengan sengaja memainkan isu perkauman dan keagamaan sebagai kempen Malaysiakini untuk memenangkan DAP, telah memakan dirinya.

Dua hari sudah, dia berlagak besar kepala kerana berasakan terlindung oleh DAP selain cukup yakin, semua tulisannya itu akan mencetuskan sentimen sekaligus melindunginya daripada sebarang natijah perundangan.

Setelah dua hari dan beberapa laporan polis dibuat, akhirnya Kow Gah Chie, BINATANG MALAYSIAKINI, cabut lari meninggalkan Sarawak dan pulang semula ke Semenanjung.

Difahamkan, Editorial Malaysiakini pada jam 2:00 petang tadi telah mengarahkan Kow Gah Chie segera keluar dari Sarawak bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang kerana cubaan mencetuskan permusuhan kaum dan agama di negeri itu.

Wartawan tersebut dikatakan telah menaiki penerbangan pulang dengan pesawat Air Asia jam 6:00 petang tadi.

Sebelum ini, wartawan tersebut telah menulis berita bertajuk, "UNDI BN UNTUK PASTIKAN UMAT ISLAM JADI KM SARAWAK' yang dipetik di luar konteks ucapan penyandang DUN Nangka, Dr. Annuar Rapa'ee, yang telah telah menyebabkan wujudnya kekeliruan umum.

Dr. Annuar telah menafikan laporan tersebut dan mencabar wartawan tersebut agar menyiarkan keseluruhan ucapannya.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang tindakan undang-undang yang diambil oleh Dr. Annuar ke atas wartawan tersebut serta portal Malaysiakini yang cenderung untuk menyebarkan berita fitnah sebelum meminta maaf setelah dihantar perintah bela diri kerana saman fitnah.


SETELAH MENFITNAH SARAWAK DAN ADENAN SATEM, NGA KOR MING MENGAMUK TAK DIBENARKAN MASUK KE SARAWAK!!!



Nga Kor Ming tidak berpuas hati kerana daripada 10 orang ahli DAP Perak yang berada dalam rombongannya, hanya dia sahaja yang dihalau keluar dari Sarawak ketika dia dan rombongannya tiba di Lapangan Terbang Sibu.

Nga Kor Ming bertanya, adakah menjadi satu kesalahan baginya untuk berkongsi kasih sayang bersama-sama rakyat Sarawak. Katanya, dia sayangkan Sarawak dan sanggup berkongsi pilihan alternatif dengan rakyat Sarawak.

Barangkali Nga Kor Ming terlupa, dua bulan lalu, dia telah menfitnah Adenan Satem dengan teruk dan langsung tidak beretika. Dia sengaja memutarbelitkan kenyataan Adenan Satem dan cuba menyemarakkan perangai perkauman yang sudah sebati dengannya apabila menyiarkan berita kononnya, Adenan Satem menghalau orang Cina balik ke Tongsan!


Tidak sekali pun, Nga Kor Ming meminta maaf di atas keterlanjurannya. Sebaliknya dia semakin galak menfitnah Sarawak dan Adenan Satem sehinggakan sekeping gambar yang telah diketahuinya ianya adalah pemandangan biasa di sebuah pedalaman di Indonesia, difitnah kononnya itu adalah situasi di Sarawak yang jauh mundurnya.

Nga Kor Ming berhadapan dengan beberapa saman fitnah terutama membabitkan Perdana Menteri dan isterinya. Pada 15 Jun 2015, Perdana Menteri dan isterinya telah menyaman Nga Kor Ming selepas Ahli Parlimen Taiping itu memuatnaik gambar berunsur fitnah ke atas mereka di Facebook pada Mac tahun yang sama.


17 Mac 2016, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak permohonan Nga Kor Ming untuk membatalkan saman fitnah Perdana Menteri dan isteri ke atasnya. Mahkamah memutuskan, Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor mempunyai locus standi untuk meneruskan kes tersebut.

Penghujung 2014, Nga Kor Ming didedahkan bersama-sama dengan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Kor Ham memiliki kawasan pembalakan yang luas di Hulu Kelantan yang terlibat dalam banjir besar. Banjir besar lumpur dan kayu balak itu telah melanda kawasan berhampiran lokasi pembalakan syarikat yang dimiliki oleh Ngeh Kor Ham dan Nga Kor Ming.

Ketika bantuan daripada pelbagai pihak khususnya Barisan Nasional dan UMNO dihantar ke Hulu Kelantan untuk membantu mangsa-mangsa banjir lumpur dan balak, Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham sekadar membuat penafian syarikat mereka adalah penyebab banjir lumpur dan balak itu. Malah mereka mengancam akan menyaman sesiapa sahaja yang cuba mengaitkan mereka dan syarikat mereka dengan malapetaka itu.




BINATANG MALAYSIAKINI TIDAK BOLEH DIAJAR DENGAN CABAR, SEBALIKNYA PERLU DIHERET UNTUK SAMAN FITNAH DI MAHKAMAH!!!



Selepas The Malaysian Insider (TMI) tutup operasi, tinggallah Malaysiakini sebagai pembuat fitnah terbesar yang tidak tercabar, meskipun terdapat beberapa portal lain yang turut cuba menyaingi kehebatan Malaysiakini membuat fitnah dan tohmahan liar.

Dan bukan rahsia lagi siapa yang menaja kewangan Malaysiakini walaupun pada masa yang sama, Malaysiakini turut mendapat sumber kewangan dari pengiklanan membabitkan GLC biarpun telah didedahkan berulang-ulang kali bahawa Malaysiakini dibiayai oleh George Soros.

M.O Malaysiakini amat jelas iaitu menjadikan Islam, Melayu dan Bumiputera sebagai musuh Malaysia. Imej Islam, Melayu dan Bumiputera berada pada tahap paling rendah dalam persepsi Malaysiakini. Jadi, dalam apa cara sekalipun, Malaysiakini akan berusaha MEMBABIKAN Islam, Melayu dan Bumiputera apabila mendapat peluang.

Pilihanraya Negeri Sarawak menyaksikan Malaysiakini menghantar wartawan-wartawan totok kecinaan dan berhati khowloon mereka dari Semenanjung ke Sarawak untuk memburuk-burukkan Bumiputera dan Islam. Wartawan-wartawan totok yang tidak pernah bercampur dengan kaum-kaum lain.


Sama ada tidak faham bahawa politik perkauman dan agama tidak wujud di Sarawak, atau gagal memahami Bahasa Inggeris atau sememangnya telah ditanam dengan sifat terlaknat dalam dirinya, wartawan Malaysiakini, Kow Gah Chie melihat peluang terbaik untuk menaikkan sentimen anti orang Islam di Sarawak dengan membuat laporan fitnah ke atas calon BN DUN Nangka, Dr. Annuar Rapa'ee. 

Ucapan Dr. Annuar Rapa'ee agar para pengundi memilih dan mengundi BN untuk mengekalkan Adenan Satem sebagai Ketua Menteri, telah ditukarkan oleh wartawan Malaysiakini itu sebagai UNDI BN UNTUK KEKALKAN KETUA MENTERI ISLAM.

Annuar yang juga Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu (LAKIS), berucap di hadapan kira-kira 400 orang hadiri yang menghadiri forum bertajuk, 'Keluarga dan Kepimpinan Islam'. Dalam ucapannya, dia hanya menyentuh tentang pentingnya mengundi BN serta mempertahankan kepimpinan sedia ada kerana kepimpinan itu mendapat sokongan meluas atas layanan adil antara masyarakat Islam dan penganut agama lain.

"Saya sendiri sejak kecil hidup berjiran dengan masyarakat daripada kaum lain. Adakah saya terlalu dungu sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan seperti itu? Kita di Sarawak tidak berpolitik dengan isu perkauman. Kita memperjuangkan keperluan dan membela nasib rakyat," kata Dr. Annuar.


Menurutnya, dia juga telah memberi penjelasan lanjut ketika ditanya oleh wartawan tersebut tetapi binatang Malaysiakini itu memilih untuk tidak menyiarkan penjelasan itu, sebaliknya secara sengaja mengaitkan agama Ketua-Ketua Menteri terdahulu serta membuat perbandingan jumlah penganut
agama di Sarawak.

Dr. Annuar telah membuat cabaran kepada wartawan Malaysiakini yang berasal dari Semenanjung itu. Sebenarnya ia bukanlah sesuatu yang wajar dilakukan oleh Dr. Annuar atau mana-mana pemimpin politik dari Sarawak.

Satu-satunya cara untuk mengajar BINATANG MALAYSIAKINI itu adalah dengan mengheret dan menyaman fitnah dengan kadar kerugian berjumlah besar selain tidak menerima permohonan maaf dan penarikan kembali artikel seperti yang diamalkan sebelum ini.

Itu sahaja cara untuk mengajar penfitnah-penfitnah tegar yang mewakili DAP itu!!!


JAHAT TAKTIK DAP DI SARAWAK, PENDUDUK TAK MAMPU BAYAR YURAN GUAMAN, DIMINTA SERAHKAN TANAH MEREKA!!!



Menjadi persoalan penyokong Pakatan Harapan Sarawak mengapa berlaku perpecahan serta perebutan kerusi antara DAP dan PKR untuk ‪#‎PRNSarawak11‬ini.

DAP Sarawak secara tiba-tiba fokus kepada kawasan luar bandar sedangkan mereka tidak berjaya dikawasan bandar.

Hakikat dan fakta kawasan bandar dibangunkan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Menurut SUMBER DALAMAN DAP, dibawah adalah sebab mengapa DAP sanggup 'merampas' kerusi dari PKR Sarawak:

1. Kawasan tanah yang begitu luas di Sarawak

2. Contoh gerakan kejayaan DAP Pulau Pinang merampas tanah milik orang miskin (Taman Manggis) akan diimplimentasi di Sarawak.

3. DAP sudah menang kawasan bandar, mereka perlu merampas tanah diluar bandar yang mana kerusi-kerusi sasaran akan menjadikan kawasan jajahan DAP bercantum dan semakin luas.

STRATEGI DAP:

1. Memenangi hati penduduk luar bandar terutama masyarakat Dayak yang mana majoriti pemilik tanah di kawasan tersebut dan khasnya Dayak adalah rakyat majoriti di Sarawak.

2. Mengaburi mata rakyat pedalaman dengan projek-projek kecil

3. Membangkitkan isu tanah untuk tujuan menawarkan khidmat guaman sebagai umpan untuk membantu kes-kes berkaitan tanah.

PENEMUAN BUKTI: (maklumat dari penyokong PKR Sarawak)

Temubual bersama 'mangsa' yang telah ditawarkan khidmat guaman oleh wakil DAP Sarawak. Menurut beliau, "kami mula-mula fikir mereka (DAP) bagi service (guaman) free..tapi akhirnya mereka minta bayaran..kami tidak cukup duit...sebahagian tanah kami terpaksa bagi mereka"

# Diharap anda semua bersabar menunggu pendedahan dokumen serta video mengenai strategi DAP di Sarawak.



PENTAKSUB MAHATHIR CUBA SABOTAJ BN SARAWAK DENGAN MEMOMOKKAN CERITA UMNO MASUK SARAWAK MENERUSI PEMIMPIN PBB!!!



Pentaksub Mahathir yang selama ini sangat bergantung kepada segala macam teori dan langsung tidak memerlukan dalil dan bukti, kembali mengaktifkan pembohongan dan fitnah mereka demi kelangsungan nama Tun Dr. Mahathir.

Dalam hampir kesemua isu yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir dan pentaksub-pentaksubnya, ternyata jelas, mereka adalah penipu dan pembuat fitnah. Dan apabila Mahathir bersama-sama dengan Lim Kit Siang serta Mat Sabu dalam usaha untuk menggulingkan Najib sebagai Perdana Menteri dan UMNO sebagai parti politik tulang belakang Barisan Nasional yang menjadi kerajaan negara ini, pembohongan serta fitnah itu semakin jelas.

Penjelasan yang dibuat oleh Menteri Luar Arab Saudi dengan pinjaman RM2.6 bilion sudah menjadi liang lahad buat Mahathir dan pentaksubnya sehingga mereka terpaksa mencipta cerita lain yang lebih sensasi tetapi kurang mendapat perhatian. 

Pilihanraya Negeri Sarawak dilihat sebagai peluang terbaik untuk memburuk-burukkan Najib sekaligus menjatuhkan Najib dan kerajaan yang ada pada hari ini. 

Namun indikasi yang ada, tidak menunjukkan ke arah itu, sebaliknya Najib yang berulang-alik ke Sarawak dari Semenanjung lebih dari 50 kali, dilihat menjadi pemangkin dan ditambah pula dengan faktor Adenan Satem selaku Ketua Menteri Sarawak, sokongan rakyat Sarawak kepada Barisan Nasional jauh lebih utuh berbanding sebelumnya. 

Ditambah pula pertentangan antara DAP dan PKR yang masih tidak dapat menyelesaikan peruntukan kerusi-kerusi yang akan ditandingi pada PRN nanti serta beberapa perkembangan terkini membabitkan parti-parti kecil tempatan Sarawak yang bukan sahaja mengalihkan sokongan daripada menjadi hamba abdi DAP kepada mesra BN, Najib dan Adenan Satem kukuh di Sarawak.

Barangkali kerana itulah, pentaksub Mahathir terpaksa memomok-momokkan tentang UMNO yang sedang menyusup masuk dan berakar umbi di Sarawak. UMNO merupakan entiti yang paling dibenci oleh DAP dan UMNO juga sudah bertahun-tahun dimomokkan sebagai punca petaka negara, sekalipun kewujudan DAP sendiri adalah kerana toleransi Kerajaan UMNO.

Pentaksud Mahathir menyatakan, UMNO sedang memasuki negeri itu menerusi beberapa orang pemimpin PBB yang merupakan parti tulang belakang BN di Sarawak. Sabotaj tersebut sengaja dibuat agar rakyat Sarawak menjadi marah dan kemudian bertindak menentang Barisan Nasional. 

Walaupun sudah berkali-kali diberitahu bahawa UMNO tidak akan masuk ke Sarawak sebagaimana Mahathir menjanakan UMNO di Sabah bagi menggantikan USNO dan kemudian bertindak menikam belakang Allahyarham Tun Datu Mustapha, pengasas USNO, tokoh yang menyertakan Sabah ke dalam Malaysia dan bekas Ketua Menteri Sabah yang berpengaruh apabila USNO dilihat terlalu kuat di Sabah dan bekerjasama dengan PBS yang dipimpin oleh Pairin Kitingan, namun pentaksub Mahathir tetap memomok-momokkan kebimbangan tersebut. Kebimbangan Mahathir bahawa dia akan kehilangan kuasa, telah menyebabkan Sabah kehilangan USNO buat selama-lamanya, cuba direalisasikan di Sarawak menerusi tindakan sabotaj yang cuba dilakukan oleh pentaksub.

Sepanjang sejarah pemerintahan BN di Sarawak, PBB telah memainkan peranannya yang utama dan berkesan. UMNO tidak diperlukan lagi di Sarawak berbanding Barisan Nasional. Apatah lagi hubungan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat di bawah Adenan Satem dan Najib  Abdul Razak sangat baik, tidak memungkinkan UMNO dibawa masuk ke negeri tersebut.

Menjelang tarikh akhir pembuangan undi, kita akan dapat menyaksikan lebih banyak usaha sabotaj yang dilakukan oleh pentaksub-pentaksub Mahathir. Amat mudah untuk memahiri taktik mereka... jialau Mahathir tidak dapat menguasai dan mengawal UMNO-BN, tiada sesiapa pun boleh dan UMNO-BN perlu kalah dalam setiap pilihanraya.

Amat jelas, sekiranya orang-orang Mahathir cuba mensabotaj BN dalam Pilihanraya Negeri Sarawak, tidak mustahil mereka akan turut mensabotaj Barisan Nasional pada PRU-14. Ini adalah kerana mereka terdiri daripada golongan manusia tamak yang tidak puas-puas dengan apa yang telah diperolehi pada zaman Mahathir dan mereka mengharapkan Najib akan turut memberikan dedak kepada mereka sebagaimana mereka dapat pada zaman Mahathir.

Ini kes proposal tak dilayan dan permintaan untuk menguasai sektor tertentu ditolak, membuatkan mereka meradang dan bertukar sifat menjadi 'pejuang rakyat' walaupun sebenarnya kerana sakit hati tidak dapat membolot lagi!!!

Cubaan sabotaj ini boleh dirujuk DI SINI sebelum dipadamkan oleh pemiliknya kerana si pemilik memang akan memadam semua entri selepas dibiarkan sehari dua kerana bimbang dikenakan tindakan undang-undang. Itu sudah menjadi amalannya semenjak dahulu lagi.


Friday, April 15, 2016

SELEPAS BERJAYA BUKTIKAN SPRM TAKUT DENGANNYA, GUAN ENG UJI PULA KEKEBALAN AUTONOMI SARAWAK, ISNIN NANTI!!!



Di sebalik larangan DAP Sarawak ke atas dirinya agar menjauhi Sarawak atau DAP Sarawak akan kehilangan lebih banyak sokongan yang mungkin akan menyebabkan mereka kehilangan kerusi, Lim Guan Eng merancang untuk ke Sarawak pada hari Isnin nanti bagi menguji sama ada dia akan dibenarkan masuk ke Sarawak atau sebaliknya. 

Semalam, Lim  Guan Eng telah menghantar sepucuk surat kepada Ketua Menteri Sarawak meminta agar para pemimpin DAP dibenarkan memasuki negeri itu dan dibenarkan terlibat dalam kempen dan ceramah politik bagi memenangkan DAP pada PRN awal Mei nanti.

Tindakan Kerajaan Negeri Sarawak tidak membenarkan beberapa orang pemimpin DAP dan PKR memasuki negeri itu, dilihat benar-benar merencatkan rancangan DAP untuk menguasai Sarawak pada PRN akan datang. DAP yang bergantung sepenuhnya kepada politik RASIS yang mempertikaikan hak Bumiputera dan Pribumi, dilihat terkapai-kapai apabila pagi tadi, Anthony Loke yang terkenal dengan kebenciannya kepada Melayu-Islam dan Bumiputera, dihalang memasuki Sarawak walaupun bapa Lim Guang Eng, Lim Kit Siang dibenar lepas.

Anthony Loke merupakan orang keenam yang dialarang memasuki Sarawak pada tahun 2016. Antara yang dilarang memasuki Sarawak tahun ini termasuklah, Teo Nie Ching, Ooi Leng Han, Mohamad Sabu dan Dr. Afif Bahardin. 

Semalam, Jamal Yunos, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar turut dikenakan larangan yang sama. 

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem sebelum ini berkata, Kerajaan Negeri akan melarang mana-mana individu yang 'tidak dikehendaki dan memberikan ancaman' kepada negeri itu menerusi promosi rasisme dan amalan ekstremisme daripada memasuki Sarawak. 

Kesemua yang dilarang memasuki Sarawakw itu bagaimanapun, bebas datang semula ke Sarawak selepas Pilihanraya Negeri pada 7 Mei.

Dalam masa yang sama, DAP Sarawak mendakwa parti itu dan rakan sekutunya, PKR akan berhadapan dengan cabaran tiga penjuru sekiranya perjanjian pembahagian kerusi tidak dimuktamadkan. 


Chong Chien Jien berkata, terdapat tiga fraksi dalam PKR yang tidak bersetuju dengan apa yang telah ditetapkan oleh pemimpin mereka, termasuklah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dipuji Chong Chien Jien kerana telah menyelesaikan perkara itu lebih awal. 

"Sekiranya, PKR tidak berpegang kepada janji mereka, sudah tentu akan berlaku pertembungan tiga penjuru. Seelum ini, terdapat dua puak dalam PKR, satu yang berpihak kepada Presiden dan satu lagi kepada Timbalan. Rundingan adalah sukar, tetapi Azmin Ali telah membolehkan kedua-dua pihak menyetujuinya. 

"Tetapi sekarang, puak ketiga pula muncul yang mana mereka tidak bersetuju dengan pembahagian kerusi. DAP akan berpegang kepada perjanjian awal dan kita berhadap PKR akan menghormati apa yang telah dipersetujui."

Chong turut mengumumkan DAP akan bertanding di 29 kerusi, 15 daripadanya adalah kerusi bermajoritikan orang Dayak. 

"Daripada 29 kerusi itu, Dayak adalah 15, Cina 13 dan 1 Melayu."

Calon Melayu tunggal adalah dipercayai pegawai khas Chong iaitu Abdul Aziz Isa. 

"Kerusi-kerusi Dayak termasuklah Bidayuh, Iban dan Orang Ulu. Semua calon akan diumumkan pada 20 April," kata Chong. 

Ahli Parlimen Bandar Kuching itu juga menegaskan, DAP tidak akan berunding dengan PAS untuk mana-mana kerusi, sekalipun wujud kerjasama antara PKR dengan PAS di belakang mereka. 

Sementara itu, dalam satu sidang media yang lain, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata, para pemimpin PKR Negeri tidak bersetuju dengan konsensus yang telah dicapai pada peringkat kebangsaan. 

"Kami telah menjelaskan kepada para pemimpin pusat bahawa kami tidak dapat menerima keputusan tentang pembahagian kerusi itu. Sekaligus membuatkan kami menarik balik mandat yang telah diberikan dan akan membuat keputusan akhir tentang kerusi-kerusi yang kita akan tandingi," katanya dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat PKR Sarawak. 

Thursday, April 14, 2016

KELUHAN SEORANG IBU TENTANG KEMPEN RASIS DAP DI SARAWAK!!!



Bagi mereka yang baru sampai ke Sarawak, terutama dari kawasan ekstrim agama Semenanjung, sudah pasti mereka akan mati dengan mata terjegil kalau tidak pun kebuluran atau paling tidak pun, tidak mampu berganjak dari tempat dia berdiri.

Sudah pastinya juga, dalam sepuluh patah perkataan yang keluar dari mulutnya, sudah pastilah perkataan 'HARAM' jauh melebihi perkataan-perkataan lain. Bagi yang perasan mereka adalah warga Arab berbanding Ajam, sudah pasti akan tertelan-telan air liur sendiri apabila diberitahu, di dalam sebuah rumah di Sarawak, terdapat pelbagai suku kaum dan agama.

Sarawak dan Sabah merupakan contoh terbaik perpaduan antara kaum dan toleransi keagamaan. Pada ketika di Semenanjung sudah bertukar menjadi sebuah negara Arab, Sarawak dan Sabah masih kekal dengan nilai-nilai tinggi perpaduan dan persefahaman antara pelbagai kaum dan agama yang menjadi teras di negeri-negeri tersebut.

Itulah yang membuatkan ramai ahli politik dari Semenanjung yang kantoi kerana kaedah-kaedah politik ganas di Semenanjung, tidak sesuai langsung diamalkan di Sarawak dan Sabah. Dan itulah juga yang membuatkan ramai ahli-ahli politik terutama sekali dari kalangan DAP dan PKR yang tidak dibenarkan memasuki dan menjejaki tanah Sarawak.

DAP di sebalik laungan mereka, kononnya adalah sebuah parti yang terdiri daripada pelbagai kaum dan untuk semua, hakikatnya hanya berjuang untuk masyarakat Cina. Dasar politik keras yang diamalkan oleh DAP di mana mana-mana Cina yang enggan menyokong DAP, akan dikenakan pelbagai tekanan, termasuklah ugutan dan ancaman, menyebabkan laungan mereka tentang hak kesamarataan hanyalah alasan bodoh untuk membenarkan penguasaan dan ketuanan Cina semata-mata.

Malah apabila DAP berkuasa, sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang, kaum lain langsung tidak mendapat tempat. Kalau ada pun, hanyalah seperti anjing yang dibaling tulang, sedangkan isinya dikaut oleh mereka. Selain Pulau Pinang, contoh terbaik yang dapat dilihat adalah selain Pulau Pinang adalah Selangor.

Di Sarawak, DAP menggunakan isu RASIS untuk mendapatkan sokongan. Masyarakat yang menjadi tumpuan mereka adalah DAYAK atau lebih tepat lagi IBAN. Ini adalah kerana Iban merupakan masyarakat majoriti di Sarawak selain penganut agama Kristian teramai.

Sebelum PRN-10 tahun 2011, kempen berunsurkan perkauman dan keagamaan, agak kurang dilakukan di Sarawak. Namun pada tahun 2011, ramai pemimpin-pemimpin politik dari Semenanjung yang masuk ke Sarawak dan membawa budaya songsang tersebut. Hasilnya ialah, kempen perkauman dan keagamaan yang sangat menebal sehinggakan DAP berjaya menambah sejumlah kerusi yang lebih besar dalam sejarah penyertaan mereka dalam PRN.

Semenjak itu, DAP cuba menjadikan kaum IBAN sebagai pemangkin kemenangan mereka. Elemen-elemen perpaduan dan keharmonian yang selama ini diamalkan, telah menjadi rapuh. Kebencian antara kaum telah disemai semata-mata untuk memastikan DAP mendapat sokongan.

Namun tidak semua rakyat Sarawak terutama sekali kaum IBAN bodoh sebagaimana sangkaan kaum yang memiliki dan menguasai kekayaan di Sarawak itu. Masyarakat rumah panjang itu sentiasa memerhatikan gelagat masyarakat berumah agam yang bertembok tebal walaupun kaum DAP berterusan menganggap mereka boleh terus membodoh-bodohkan masyarakat majoriti di Sarawak.

Berita tentang apa yang dilakukan oleh DAP di Pulau Pinang dan Selangor, sampai ke Sarawak. Semakin ramai masyarakat Iban yang sedar bahawa mereka hanya dipergunakan oleh kaum DAP untuk merampas kuasa tetapi apabila kuasa sudah dipegang, mereka akan ditendang seperti sampah, bahkan akan kehilangan banyak hak terutama sekali yang membabitkan tanah.

Namun yang lebih memberi kesan adalah hubungan antara kaum yang cuba dicerai-beraikan oleh DAP yang kini mendapat perhatian daripada penduduk Sarawak sendiri.

Anda boleh baca keluhan seorang ibu seperti yang tercatat di atas.

Itulah yang sedang berlaku di Sarawak pada ketika ini. Walaupun keadaannya belum kritikal namun seandainya DAP dibenarkan terus berleluasa, keadaan yang lebih teruk akan berlaku di Bumi Kenyalang.




LIM GUAN ENG TERLALU MEMALUKAN DAP SARAWAK SEHINGGAKAN NAMANYA PUN TIDAK DISEBUT DALAM KEMPEN PRN!!!



Lim Guan Eng yang suatu masa dahulu adalah 'STARBOY' DAP, kini telah bertukar menjadi TOKSIK. Malah telah terbukti pun, dia merupakan racun yang perlu dielakkan oleh DAP dalam PRN Sarawak sekiranya, cita-cita Chong Chien Jien untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak ingin dicapai. 

Cerita tentang penyelewengan, rasuah dan salahguna kuasanya yang membabitkan skandal tanah di Pulau Pinang, sudah diketahui secara menyeluruh, termasuklah di ceruk paling pedalaman di Sarawak, walaupun di sebalik tanggapan DAP bahawa masyarakat Sarawak secara keseluruhannya masih ketinggalan dalam maklumat komunikasi. 

Dr. Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah berkata, isu yang membabitkan pembelian banglo mewah pada harga rendah selain kontroversi tanah Taman Manggis yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang Barisan Nasional sebelumnya untuk golongan miskin, telah menggelapkan sebahagian daripada kerjaya politik Lim Guan Eng Eng. 

"Disebabkan itulah, saya tidak fikir DAP Sarawak akan menggunakan Lim Guan Eng untuk berkempen membantu mereka dalam pilihanraya kali ini. Sama ada dia bersalah atau sebaliknya, ia tidak akan memberikan banyak beza," kata Dr. Lee, yang terlibat dalam perbincangan meja bulat tentang pilihanraya Sarawak yang dianjurkan oleh Majlis Profesor Negara. 

Penganalisa politik, Profesor Bersekutu Dr. Jeniri Amir pula berkata, Ketua Menteri, Adenan Satem tidak sahaja berusaha mengekalkan penguasaan dua pertiga majoriti tetapi turut berusaha untuk memastikan undi kaum Cina kembali kepada Barisan Nasional. 

Menurutnya pada Pilihanraya Umum 2013, Barisan Nasional hanya memperolehi 37% undi Cina, merosot 12% daripada undi yang diperolehi dalam Pilihanraya Negeri pada tahun 2011. 

Persoalannya kini, adakah Ketua Menteri mampu memenangi undi kaum Cina dan sekaligus mengalihkan sokongan mereka daripada DAP kepada Barisan Nasional?

Dr. Jeniri bagaimanapun meramalkan, akan wujud peningkatan dari segi undi dan sokongan kepada Barisan Nasional pada Pilihanraya Negeri kali ini. 

Pilihanraya Negeri pada 2011 merupakan kemuncak kepada DAP dan PKR. Bagaimanapun, dalam Pilihanraya Negeri kali ini, DAP dan PKR sendiri kurang keyakinan yang mereka mampu mencapai kejayaan seperti tahun 2011.

"Saya tidak fikir, DAP akan dapat meningkatkan pemilikan kerusi DUN mereka berbanding yang mereka menangi pada PRN lepas. Sehabis baik pun, mereka mungkin mengekalkan jumlah yang telah dimenangi tetapi yang lebih teruk, mereka mungkin akan kehilangan empat DUN," kata Jeniri.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal-Ehwal Antarabangsa, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, Barisan mempunyai kelebihan kerana pembangunan masih menjadi isu penting di Sarawak dan Barisan mampu merealisasikannya.

Tuesday, April 12, 2016

DAP MAHU TUBUHKAN NEGERI CINA SARAWAK, PERSOAL KEWUJUDAN DAN HAK BUMIPUTERA!!!



Kalau tak pertikaikan hak-hak Bumiputera dan kedudukan Pribumi, bukan DAP ler namanya.

Violet Yong yang merupakan penyandang DUN Pending dalam salah satu ceramahnya, mempersoalkan tentang kedudukan orang Melanau sebagai minoriti yang dibenarkan menjadi Ketua Menteri berbanding orang Cina. 

Violet Yong mahukan Sarawak menjadi Negeri Cina walaupun penduduk Cina di Sarawak, tidaklah mengatasi masyarakat Bumiputera dan Pribumi.

Video di atas adalah bukti YB DAP mahu tubuh "Chinese Government" di Sarawak dengan mengutuk serta merendahkan bangsa lain.

Bagaimana dengan janji DAP terhadap orang Dayak? Hanya digunakan untuk mendapat undi?

Mengapa YB DAP ini perlu mengutuk bangsa lain? Adakah dia bertujuan mengganggu gugat keharmonian kaum di Sarawak?


Saturday, April 9, 2016

AHLI PARLIMEN DAP STAMPIN TUNJUK LAGAK DAN BESAR DIRI KERANA DIA YB DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUCHING!!!



AMBOI SOMBONGNYA AHLI PARLIMEN STAMPIN, JULIAN TAN DARI DAP!!!

"Kawasan ini siapa YB? Siapa YB? Saya YB!"

Bangang ke haper Ahli Parlimen DAP ini, tempat dia cuba tunjuk lagak itu adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di mana tiada sebarang YB, tiada sebarang Ahli Parlimen dan tiada sebarang orang politik yang berkuasa, sebaliknya yang berkuasa adalah Pihak Berkuasa dan dalam isu ini, adalah Polis Lapangan Terbang.

Sepatutnya, Ahli Parlimen Stampin itu ditangkap dan disumbatkan ke dalam lokap kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas, bahkan kerana menyalahgunakan kuasanya.

Dia ingat besar sangatlah kuasa dia sebagai YB?

Baru jadi Ahli Parlimen, lagaknya mengalahkan Maharaja China?

Ini yang dibangga-banggakan sangat DAP nak jadi Kerajaan Negeri Sarawak? Baru jadi Ahli Parlimen pun dah tunjuk lagak, kalau dah jadi Kerajaan Negeri, mampuslah Bumiputera dan Pribumi Sarawak dilanyak dek kaum yang punya rumah-rumah besar di bandar-bandar besar seluruh Sarawak, sedangkan Bumiputera dan Pribumi pula hanya berumah sederhana, malah sesetengahnya lebih layak digelar reban ayam berbanding rumah sebenar.


Friday, April 1, 2016

PRN-11 SARAWAK... KITA BAKAL TENGOK, DAP BALAS DENDAM DENGAN MENCABAR UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA SEPERTI PRN-10!!!



Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan pada 11 April 2016. Sekaligus membuka satu lagi 'peperangan' merebut negeri Sarawak dalam Pilihanraya Negeri ke-11 antara parti-parti politik melibatkan Barisan Nasional, Pakatan Harapan (DAP-PKR-PAN), PAS dan beberapa parti tempatan Sarawak untuk merebut 82 kerusi DUN.

DAP Sarawak dipimpin oleh Chong Chien Jen manakala 'pembantunya' dari Semenanjung adalah Tony Pua. Bagaimanapun, Tony Pua dan Teresa Kok berhadapan dengan masalah imigresen Sarawak apabila mereka tidak dibenarkan memasuki dan menjejakkan kaki ke tanah Sarawak lagi bagi mengelakkan kekacauan di kalangan masyarakat tempatan. 

Lim Kit Siang melihat Sarawak sebagai negeri kedua selepas Pulau Pinang yang mempunyai potensi untuk dikuasai oleh DAP memandangkan komposisi pengundi-pengundi Cina di Sarawak selain penganut Kristian yang dilihat lebih mesra DAP berbanding BN.

Pada PRN-10 lalu, DAP melancarkan kempen-kempen panas dan penuh kontroversi termasuklah menggunakan isu Bible berbahasa Melayu yang tidak sepatutnya timbul, memandangkan Kerajaan Persekutuan mengecualikan Sarawak dan Sabah dalam hal membabitkan penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam hal tersebut. 

Itu adalah perjanjian dan persetujuan ketika Malaysia hendak ditubuhkan. 


Bagaimanapun, DAP yang terdesak dan melihat ruang yang lebih besar untuk memanipulasinya, telah menggunakan isu tersebut dengan sebebas-bebasnya seolah-olah Kerajaan Persekutuan anti-Kristian. Malah dalam satu kempen di kawasan bandar Kuching, beredar juga makalah-makalah anti-Jesus dan anti-Christ yang kemudian para pengundi diminta mengundi DAP untuk memastikan ancaman ke atas agama Kristian dan penganut agama Kristian di negeri tersebut.

Lim Guan Eng dikatakan arkitek utamanya, sehingga kemudian selepas PRN-10, berlaku 'baiah' di Hotel Red Rock, Pulau Pinang yang menggemparkan negara ekoran aku janji tentang Negara Kristian dan Perdana Menteri beragama Kristian, yang kemudian dinafikan oleh DAP dengan sekeras-kerasnya.

Kini Lim Guan Eng sedang berhadapan dengan masalah yang lebih besar membabitkan perundangan. Seluruh perhatian DAP kini ditumpukan untuk membela Lim Guan Eng dan banglo serta hartanahnya yang dibeli dengan diskaun besar.

Projek IMPIAN SARAWAK yang dibuat oleh DAP Sarawak dan Pusat juga nampaknya tidak berkesudahan dengan baik kerana helahnya telah pun bocor. Projek IMPIAN SARAWAK hanyalah projek mengambil dan meletak nama, manakala kesudahannya disiapkan oleh Kerajaan Negeri dan agensi Kerajaan Pusat. 


PRN-11 bakal menyaksikan kempen-kempen panas DAP membabitkan perkauman dan keagamaan walaupun tidak menampilkan pemimpin-pemimpin utama mereka dari Semenanjung. DAP Sarawak cukup terkenal dengan kempen-kempen yang langsung tidak mengikut undang-undang termasuklah menggunakan kanak-kanak sebagai tentera-tentera kempen  mereka sepertimana yang tertera dalam gambar di atas.

Pun begitu, populariti dan penerimaan ke atas Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem, dilihat cabaran utama kepada DAP yang sedang bercita-cita untuk bertanding di 40 atau 50 kerusi DUN dalam PRN kali ini.

Maka tidak hairanlah mengapa Lim Kit Siang meroyan sakan apabila anak lelakinya berhadapan dengan kemelut banglo RM2.8 juta di Pulau Pinang sehingga menuduh anak lelakinya itu sengaja dilibatkan dengan kemelut tersebut bagi mengelakkan Lim Guan Eng menjanakan kempen serangan di Sarawak. (RUJUK SINI) 

Dan pada masa yang sama, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen pula bakal berhadapan dengan ketidakabsahannya untuk bertanding dalam PRN kali ini kerana telah mempunyai rekod jenayah.


 
Blogger Templates