Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label n.surendran. Show all posts
Showing posts with label n.surendran. Show all posts

Sunday, July 26, 2015

SEPERTI YANG DIJANGKA, N.SURENDRAN DAN PKR BELA ORANG ASING YANG GANGGU-GUGAT MALAYSIA!!!



Pemilik dan Pengasas Sarawak Report, Clare Rencastle-Brown tidak boleh diektradisi ke negara ini.

Ahli Biro Politik PKR, N Surendran berkata, berkata mengikut undang-undang United Kingdom, seseorang itu boleh diektradisi jika turut melakukan kesalahan di negara berkenaan.

“Mengikut Akta Ektradisi UK 2003, seseorang yang hendak diektradisi mesti disabitkan kesalahan mengikut undang-undang di negara berkenaan.

“Kes prima facie terhadap tertuduh perlu dibuktikan untuk membolehkan hakim daerah mengeluarkan arahan ektradisi.

“Dalam kes Clare ini, dia tidak melakukan kesalahan di UK. Oleh itu, dia tidak boleh diektradisi ke Malaysia,” katanya menerusi kenyataan media.

Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi amat melucukan apabila berkata Clare mungkin diektradisi ke negara ini kerana mencampuri urusan politik dalaman.

“Adakah Zahid yakin kerajaan UK akan membenarkan rakyatnya diektradisi ke negara ini kerana mendedahkan skandal berbilion ringgit?” katanya.

Katanya, tindakan terdesak itu hanyalah taktik kerajaan untuk mengalihkan isu skandal 1MDB dan dakwaan RM2.6 bilion disalurkan ke akaun Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, Sarawak Report mendedahkan dakwaan itu bersertakan dokumen-dokumen lengkap yang sepatutnya dijawab oleh kerajaan dan Perdana Menteri bukannya mengambil tindakan menakut-nakutkan pihak yang mendedahkan skandal. (SUMBER)


Monday, May 4, 2015

PAKATAN ANCAM NAK PENJARAKAN ISMAIL SABRI KERANA UCAPANNYA YANG DIANGGAP RASUAH!!!



N.Surendran, peguam pasangan Latheefa Koya merangkap Ahli Parlimen Padang Serai, kembali semula dengan kenyataan bodoh, karut, berniat jahat dan wajar dikenakan tindakan lebih berat.

Dengan memutarbelitkan kenyataan Ismail Sabri pada 1 Mei di Permatang Pauh, N.Surendran cuba mencipta fantasinya sendiri menerusi dakwaan kononnya Ismail Sabri cuba merasuah pengundi-pengundi di Permatang Pauh dengan kelulusan projek pertanian.

Oleh kerana itu, N.Surendran berkata, Ismail Sabri telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 10(a) Akta Pilihanraya 1954 kerana cubaan memberi rasuah menerusi tawaran atau membuat janji 'memberikan ganjaran' kepada para pengundi dalam usaha menggalakkan mereka untuk mengundi mana-mana calon.

"Seksyen 11(1) menyatakan, kesalahan rasuah akan dihukum dengan hukuman penjara sehingga dua tahun," kata N.Surendran. (RUJUK SINI)

N.Surendran turut menyalahkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz yang menurutnya hanya mendiamkan diri dan tidak mengambil sebarang tindakan berhubung amalan rasuah tersebut. Menariknya, janji dan rasuah Lim Guan Eng, tidak pula disentuh oleh N.Surendran. (RUJUK SINI)

Kalau kita jenis berfikiran sehala, kita akan menerima bulat-bulat apa yang dikatakan oleh N.Surendran. Bagaimanapun, penjelasan Ismail Sabri sendiri berhubung perkara tersebut, menjelaskan bagaimana Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Pakatan Rakyat sendiri cuba MEMBUNUH dan MEMUSNAHKAN golongan yang terbabit dalam bidang pertanian terutama di kawasan Permatang Pauh. Dan Ismail Sabri menggunakan inisiatifnya sendiri bagi membela golongan yang ditindas oleh Pakatan Rakyat itu.

Perlu diingat, sebarang berita tentang masalah yang melanda di kawasan Permatang Pauh, jarang sampai ke pendengaran awam kerana sikap Pakatan Rakyat yang bertindak menyembunyikannya. Justeru apabila Pilihanraya Kecil Permatang Pauh diadakan dan para pemimpin serta pelbagai agensi digerakkan ke kawasan tersebut, barulah pelbagai masalah yang selama ini disembunyikan di bawah karpet, terbongkar.

Barangkali kerana malu itulah, N.Surendran cuba mengugut untuk memenjarakan Ismail Sabri.

Maka tidak hairan jugalah, mengapa Lim Guan Eng yang begitu malu kerana PERANGAI JAHAT Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke atas penduduk Permatang Pauh, khususnya yang terlibat dalam bidang pertanian, menjadi marah dan menggelarkan Ismail Sabri sebagai KURANG AJAR dan BIADAP. (RUJUK SINI)

Berikut adalah penjelasan Ismail Sabri yang dibuat menerusi Facebook peribadinya: (RUJUK SINI)

Apabila saya berucap di kg kuala mengkuang permatang pauh..saya membandingkan lebih mudah saya bantu mrk melalui wakil rakyat bn dari wakil rakyat pembangkang. Pertamanya krn saya kenal suhaimi personally..seterusnya krn dari parti yg sama. Lagi pun selama saya menjadi menteri tdk seorg pun wakil rakyat pembangkang mohon bantuan dari saya utk rakyat yg mrk wakili.

Yg lapurkan ucapan saya tsb adalah malaysia insider yg tentukan saja akan spin. Maka melompat lah pemimpin pembangkang termasuk lim guan eng attack saya atas alasan diskriminasi kepartian..
Tapi yg sedihnya mca komponen bn pun spt dap attack saya.

Tambah menyedihkan ramai di kal penyokong2 umno dlm media sosial pun attack saya.
Sedih krn mrk menari ikut rentak pembangkang..kita seolah2 bersetuju yg dap di penang tdk mengamalkan diskriminasi kepartian.

Apakah dap berlaku adil & melayan baik adun umno dgn meluluskan permohonan adun umno utk rakyat kaw mrk??
Apakah kaw yg diwakili adun umno mendpt layanan yg sama??
Jawapan nya TIDAK!!!
Adun umno & kaw mrk dianak tirikan!!
Permohonan JKP & perda utk dirikan 10 ribu rumah mampu milik utk 30 ribu pemohon ditolak wpun di atas tanah milik perda.
Why?? Sbb JKP & perda di bwh kerajaan pusat BN.
Permohonan fama utk ujudkan bbp pasar tani utk bantu peniaga kecil juga di TOLAK!!. Sdgkan penguatkuasa pbt2 bertindak ganas merampas brg perniagaan mrk jika berniaga di tepi2 jln.
Why tolak?? Sbb fama agensi kerajaan pusat BN.
Sewa tapak utk pasar pagi di batu kawan utk peniaga2 kecil yg dianjurkan oleh koperasi usahawan TEKUN dinaikkan dari rm300 kpd rm3000. Tujuan nya tdk lain dari nk menutup pasar pagi tsb..
Why?? Sbb koperasi usahawan Tekun adalah di bwh progrem Tekun..ie agensi di bwh krjaan pusat BN.
So apakah dap tdk menjlnkan diskriminasi kepartian??
Jadi jgn lah mudah terperangkap dgn lge & dap yg berlagak malaikat yg menyebabkan mca & bbp yg lain terperangkap dgn attack saya seolah2 pemimpin2 umno ni yg jahat krn mengamalkan diskriminasi kepartian.
Sebenarnya lge & dap lah yg mengamalkan diskriminasi kepartian selama ini.
Kpd mca & dll...lge & dap lah yg perlu diserang!!


Tuesday, February 24, 2015

N.SURENDRAN NI BETUL KE PEGUAM? KALAU PEGUAM, KENAPA DIA BODOH SANGAT TENTANG AKTA PERHIMPUNAN AMAN?



Wah, bukan main lagi N.Surendran cuba nak tunjukkan yang sepatutnya diberikan gelaran HARIMAU sama seperti Karpal Singh yang mendapat gelaran Harimau Jelutong kerana mempunyai reputasi sebagai peguam ulung yang banyak mendapat kes-kes berprofil tinggi.

Bagaimanapun, berbeza dengan Karpal Singh, N.Surendran hanyalah mempunyai reputasi sebagai peguam cikai yang terpaksa bergantung kepada BELALAI ANWAR IBRAHIM kerana kebanyakan kes yang membabitkannya hanyalah kes-kes seputar PKR dan para penyokong Anwar Ibrahim. Selain itu, beberapa kes membabitkan masyarakat India pula, sekadar untuk mendapatkan publisiti tetapi akhirnya memberikan kesan negatif kepada masyarakat India itu sendiri seperti ketiadaan kad pengenalan dan kad pengenalan merah yang membuktikan bahawa kebanyakan yang diperjuangkan oleh N.Surendran melibatkan warga asing yang cuba menjadi warganegara Malaysia dengan jalan mudah.

N.Surendran yang barangkali megah kerana berjaya 'membebaskan' beberapa orang konco Anwar Ibrahim daripada tindakan undang-undang seperti Hishamuddin Rais, Zunar, Adam Adli, Tian Chua dan sebagainya, cuba menggertak pihak polis sekaligus cuba juga memutarbelitkan undang-undang di negara ini.

Menurutnya, polis tidak mempunyai hak untuk menyekat perhimpunan aman. Sebarang perhimpunan aman juga tidak memerlukan permit. N.Surendran berkata begitu dalam usahanya untuk terus membela perhimpunan untuk sokongan kepada Anwar Ibrahim. (BACA DI SINI)

Sama ada dia benar-benar seorang PEGUAM TOLOL atau barangkali langsung tidak tahu tentang AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012, N.Surendran sepatutnya dinilai semula sebagai peguam. Dia tidak layak menjadi peguam kerana dia bukan sahaja tidak faham undang-undang di Malaysia, bahkan dia berkecenderungan untuk menyelewengkan fakta dan melakukan penipuan demi mengaut keuntungan besar dalam perniagaan guamannya!

AKTA PERHIMPUNAN AMAN secara jelas menggariskan peranan PDRM bahkan memberikan hak kepada PDRM untuk bukan sahaja mengeluarkan permit atau sebaliknya, bahkan membubarkan perhimpunan tersebut sekiranya perhimpunan berkenaan melanggar syarat-syarat yang membenarkan perhimpunan aman.

Mungkin dia tidak mempunyai sesalinan Akta Perhimpunan Aman 2012. Jadi, kita kepilkan di sini ringkasan bagi memudahkan N.Surendran mengulangkaji dan mengakui bahawa dia adalah PEGUAM PALING TOLOL yang pernah DILAHIRKAN OLEH PKR dan Pakatan Rakyat sepanjang kewujudan negara Malaysia di dunia ini!!!












HARAP-HARAPLA... ADA PENYOKONG, PENJILAT, PENTAKSUB DAN PENGKAGUM N.SURENDRAN yang membaca blog ini, sudi menyalin semula grafik-grafik berkenaan AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012 untuk diserahkan kepada N.Surendran bagi mengubati penyakit BODOH, BEBAL dan TOLOLnya!!!


 
Blogger Templates