Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label pakatan selangor. Show all posts
Showing posts with label pakatan selangor. Show all posts

Thursday, April 12, 2018

KHALID SAMAD SAHKAN, PAKATAN SELANGOR BERGASAK SESAMA SENDIRI BEREBUT KERUSI MENANG!!!



Grup-grup WhatsApp termasuklah yang pro-Pakatan turut membincangkan kemelut pembahagian kerusi di Selangor yang masih belum selesai. Walaupun cuba menafikan pertikaian tersebut, sebaliknya cuba menggambarkan Pakatan Harapan Selangor berada dalam keadaan bersedia, hakikatnya pengesahan daripada pemimpin Pakatan Selangor sendiri menunjukkan isu pembahagian kerusi masih belum selesai.

Ada yang membuat tuduhan, PKR mahu membolot kesemua kerusi DUN di Selangor terutama sekali yang dilihat berpotensi untuk menang. Manakala kerusi-kerusi yang dilihat sukar dimenangi diserahkan kepada PAN dan PPBM yang bertanding menggunakan logo PKR pada PRU kali ini. 

Daripada keempat-empat parti komponen Pakatan Harapan di Selangor, hanya DAP sahaja yang 'bebas' memilih kerusi-kerusi untuk mereka tandingi. Selain daripada kuota DAP yang membolot kerusi-kerusi bermajoriti Cina, DAP turut mengintai kerusi-kerusi yang mempunyai campuran pengundi yang mempunyai peratusan Cina ramai termasuklah yang pernah ditandingi dan disandang oleh PAS. 

Khalid Samad yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Shah Alam, mendedahkan wujudnya kemelut berpanjangan pembahagian kerusi Pakatan Harapan di Selangor yang yang berpunca daripada dua faktor.

Penyandang kerusi Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendedahkan kemelut berpanjangan pembahagian kerusi Pakatan Harapan di Selangor berpunca daripada dua faktor.

Menurut Khalid Samad, kesemua parti komponen Pakatan Harapan berebut kerusi yang dijamin boleh menang, manakala kerusi-kerusi yang sukar menang pula, ditolak. Disebabkan itulah, pembahagian kerusi Pakatan Harapan Selangor masih lagi tersangkut. 

“Sebab itu dia sangkut, jadi nak beri pun orang tolak dan mana yang nak ambil, semua orang tarik,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam, hari ini. (RUJUK SINI)

Dia berkata demikian ketika mengulas faktor utama mengapa HARAPAN mengambil masa yang agak lama bagi memutuskan agihan kerusi di negeri itu.

Tarikh PRU 14 telah ditetapkan pada 9 Mei depan, namun rundingan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kalangan mereka difahamkan masih belum selesai.

Rupa-rupanya penggunaan logo yang sama juga, masih tidak menyelesaikan masalah. Yang pasti, DAP tetap untung besar!


Saturday, February 3, 2018

PKR-AMANAH SEDANG RETAK MENANTI BELAH... AZMIN ALI DILABELKAN PAN SEBAGAI 'BADUT' YANG KUAT MENIPU!!!!


Mengikut Fasal 3.3 dan Fasal 3.4 Perjanjian Pakatan Harapan yang ditandatangani pada 9 Januari 2016, hendaklah wujud dalam Pakatan Harapan itu "sebuah Badan Perantara (yang) dilantik oleh Majlis Presiden" di mana badan yang dianggotai oleh seorang wakil dari setiap parti ini berfungsi "untuk mendamaikan pihak yang mempunyai pertikaian di dalam Pakatan Harapan dengan mencari penyelesaian yang paling adil kepada pihak dan parti terbabit setelah aduan mengikut Fasal 3.2 dirujuk kepadanya".

Mengikut Fasal 3.2 Perjanjian Pakatan Harapan ini pula, "setiap anggota dari setiap parti berhak membuat aduan terhadap anggota dari parti lain di dalam Pakatan Harapan sekiranya perbuatan anggota parti lain itu melanggar peruntukan-peruntukan Fasal 2.2 dan Fasa 2.3 sehingga mengakibatkan kerugian, memalukan atau mencemar nama baik anggota atau parti yang membuat aduan itu."


Semalam, beberapa perbuatan yang mengakibatkan kerugian, memalukan dan mencemar nama baik anggota AMANAH dan PKR sebagai pemimpin parti politik serta nama baik AMANAH dan PKR sebagai parti politik telah dilakukan oleh kedua-dua pemimpin PKR dan AMANAH.

Ia bermula dari tindakan Timbalan Presiden PKR yang juga Pengerusi PKR Selangor dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menggelarkan AMANAH sebagai pembohong dan tidak AMANAH yang diikuti oleh tindakan Pengerusi AMANAH Selangor, Izham Ramli, menggelarkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai badut yang tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor dan Pengerusi Pakatan Harapan Selangor.


Terbaru adalah tindakan Pegawai Khas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Muhammad Hilman Idham, yang menggelarkan AMANAH sebagai "parti 2 peratus" dan tindakan Timbalan Ketua AMK Pusat yang juga Ahli EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin, yang menggelarkan AMANAH sebagai "parti 1.4-1.5 peratus".

Perbuatan gelar-menggelar yang sudah bertukar menjadi hina-menghina antara pemimpin PKR dan AMANAH ini memberikan imej yang sangat tidak baik terhadap kesatuan politik dalam Pakatan Harapan di mana Pakatan Harapan seolah-olah langsung tidak mempunyai sebarang mekanisme untuk mendisiplinkan ahli-ahlinya.


Benar, Perjanjian Pakatan Harapan memberi hak kepada setiap anggota dari setiap parti untuk membuat aduan terhadap anggota dari parti lain melalui Badan Perantara, tetapi malangnya sehingga kini Badan Perantara ini tidak diketahui telah diwujudkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan menyebabkan aduan begini tidak dapat dibuat di samping tiadanya tindakan proaktif dari pimpinan tertinggi Pakatan Harapan sendiri untuk menyelesaikan pertikaian.

Bila gelar-menggelar sudah bertukar nada menjadi hina-menghina, alamatnya hubungan kedua-dua parti politik ini bagai retak menanti belahlah.

Ini kerana hanya parti politik yang tidak bermaruah sahaja yang ahli-ahlinya sanggup membiarkan parti mereka dihina sesuka hati.

Dr Kamarul Zaman Yusoff
3 Februari 2018


Monday, January 1, 2018

TAK SALAH PAKATAN GEMBIRA PEMANSUHAN TOL LEBUHRAYA PERSEKUTUAN... NAK HARAPKAN KERAJAAN AZMIN ALI, KENYANG CERITA RETORIK SAJALAH!!!



PEMBEBASAN Lebuhraya Persekutuan daripada kutipan tol akhirnya dimuktamadkan apabila kutipan tol di pondok tol Batu Tiga dan Sungai Rasau secara rasmi berakhir pada tengah malam tadi. Bermula dari jam 12:01 tengah malam sehinggalah sampai bila-bila tiada lagi kutipan tol di lebuhraya berkenaan.

Semua pihak bergembira. UMNO Shah Alam mendakwa, perjuangan merekalah yang menyebabkan Perdana Menteri mengumumkan dalam Bajet 2018 pemansuhan kutipan tol di kedua-dua pondok tersebut. Manakala Pakatan Harapan Selangor yang diterajui oleh Azmin Ali pula mendabik dada bahawa Kerajaan UMNO-BN akhirnya terpaksa akur untuk menutup dan memansuhkan kutipan tol di kedua-dua lokasi berkenaan. Ini adalah kerana sebelum UMNO Shah Alam meminta dan mendesak Perdana Menteri agar memansuhkan kutipan tol di situ, terlebih dahulu Pakatan pada 5 tahun lampau telah melakukannya.


5 tahun lalu, ketika Pakatan yang ketika itu dianggotai oleh PKR-DAP-PAS memekak tentang kutipan tol di kedua-dua lokasi, banyak persoalan dilontarkan khususnya kepada DAP yang sentiasa cuba menjadi juara mendesak kutipan tol dimansuhkan. Ini adalah ekoran kegagalan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP untuk memansuhkan tol Sungai Nyior meskipun berada di bawah kawalan kuasa Kerajaan Negeri. Begitu juga dengan banyak tol di lebuhraya-lebuhraya Lembah Kelang di mana Kerajaan Negeri Selangor mempunyai pegangan termasuklah di Kesas mahupun di Jalan Cheras-Kajang.

Baik Kerajaan DAP mahupun Kerajaan PKR Selangor, kedua-duanya tidak pernah mempunyai keinginan untuk menghapuskan tol lebuhraya kerana sedar, pampasan untuk konsesi adalah terlalu tinggi ekoran perjanjian berat sebelah yang dimeterai pada zaman Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Tiada sebarang usaha daripada DAP mahupun PKR untuk memansuhkan kutipan tol di negeri masing-masing.

Tetapi apabila membabitkan Kerajaan Persekutuan, DAP dan PKR cukup kuat menyalak. Meskipun pada masa yang sama, peruntukan MARRIS dan PBT yang diserahkan kepada kedua-dua negeri saban tahun, hilang entah ke mana, tetapi baik Azmin Ali mahupun Lim Guan Eng bijak mengalihkan isu dengan menyalahkan Kerajaan Persekutuan.


Dalam menuntut kredit seperti yang dilakukan oleh Pakatan, mungkin bagi UMNO dan para penyokong mereka, sesuatu yang menjengkelkan. Apatah lagi di sebuah negeri yang pertumbuhan industri maksiat, jenayah dan dadah selain kadar demam denggi yang tertinggi di seluruh Malaysia. Kenaikan pelbagai cukai termasuklah cukai dan premium tanah di Selangor, selain skandal dan penyelewengan yang turut melibatkan seluruh keluarga Menteri Besar Selangor, sebenarnya jauh lebih besar berbanding penutupan pondok tol Sungai Rasau dan Batu Tiga.

Justeru, tidak sepatutnya para penyokong dan pemimpin Pakatan yang mahu merasai sedikit keseronokan daripada nikmat pentadbiran Barisan Nasional menerusi pemansuhan kutipan tol di kedua-dua lokasi terbabit diperlekehkan. Sebaliknya, mereka perlu diraikan.



Bukan mudah untuk berasa gembira di sebuah negeri yang penuh dengan retorik, yang penuh dengan cerita-cerita indah di atas kertas tetapi praktikalitinya entah di mana, yang rakyatnya kenyang dengan pelbagai cerita mendabik dada oleh Azmin Ali dan pentadbiran Kerajaan Negeri tetapi gagal sehingga kini untuk menerangkan ke mana hilangnya peruntukan MARRIS daripada Kerajaan Persekutuan bernilai lebih RM2 bilion sedangkan mutu jalanraya di Selangor di bawah Kerajaan Negeri jauh lebih teruk berbanding di kawasan pedalaman Sabah mahupu Sarawak.

Biarkan mereka gembira...


Thursday, December 28, 2017

TERLAMPAU TERDESAK, PKR BERTINDAK MENCURI PIMPINAN PARTI KAWAN!!!




Tertarik dengan komen beberapa pemimpin PKR mengenai desas-desus yang ditimbulkan oleh portal berita The Malaysian Insight 23 Disember lalu kononnya 10 ADUN PAS di Selangor akan menyertai PKR dan bertanding menggunakan tiket PKR menjelang PRU14.

Pada 25 Disember, Timbalan Ketua Wanita PKR Selangor, Dr Daroyah Alwi, dilaporkan oleh portal berita Sinar Harian sebagai berkata, “jika ada (ADUN PAS di Selangor) yang berminat (menyertai PKR), kita tiada halangan dan menyambutnya dengan berlapang dada”.

Kenyataan Dr Daroyah ini dibuat di sebalik kesedaran beliau bahawa “memang semalam Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, memberitahu dakwaan itu sebagai khabar angin dan hanya perang siber”, tetapi, mengikut Dr Daroyah, “itu pendapat (Datuk Iskandar) saja”.

Semalam, 27 Disember, Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, pula, ketika ditanya mengenai desas-desus kononnya ADUN PAS di Selangor akan menyertai PKR, dilaporkan oleh portal berita Sinar Harian sebagai berkata, “jika tiada angin masakan pokok bergoyang”.

Tambah Shamsul Iskandar lagi, “walaupun ada penafian (daripada para pemimpin dan ADUN PAS di Selangor), saya fikir kita mesti beri komen berdasarkan fakta”, dan “kalau ada keseriusan ke arah itu (ADUN PAS di Selangor mahu menyertai PKR), kami alu-alukan”.

Masalah utama dengan kenyataan Dr Daroyah dan Shamsul Iskandar ini adalah bahawa kenyataan mereka ini tidak diasaskan kepada apa-apa bukti yang konkrit, apatah lagi bila telah wujud beberapa penafian daripada para pemimpin dan ADUN PAS di Selangor terhadapnya.

Perumpamaan “jika tiada angin masakan pokok bergoyang” juga tidak boleh dipakai sepenuhnya kerana boleh dihujahkan bahawa, walau tiada angin pun, pokok masih boleh bergoyang juga jika umpamanya di atas pokok itu ada makhluk tertentu seperti monyet yang menggoyangnya.


Pada hemat saya, kenyataan Dr Daroyah dan Shamsul Iskandar ini akan hanya lebih menyerlahkan lagi imej PKR sebagai Pencuri Kepimpinan Rakan setelah ia umpamanya bertindak mencuri Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar, dari PAS pada 11 September 2015.

Sebagai rekod, PKR pernah bergaduh besar dengan DAP sewaktu ia masih bersama dengan PAS, DAP dan PRM di dalam Barisan Alternatif pada awal tahun 2001 dulu kerana tindakan PKR mengambil bekas pemimpin DAP Pulau Pinang, Teoh Teik Huat, menjadi ahlinya.

Ekoran tindakan PKR ini, Pengerusi DAP Pulau Pinang pada waktu itu, iaitu Chow Kon Yeow, mengumumkan, pada 26 Februari 2001, bahawa DAP Pulau Pinang akan menjarakkan hubungan mereka dengan PKR (“will 'loosen' their relationship with PKR) sehingga isu ini diselesaikan.

Begitu juga dengan Pengerusi DAP pada waktu itu, iaitu Lim Kit Siang, yang mengumumkan, pada 27 Februari 2001, bahawa beliau tidak lagi akan menghadiri mana-mana perbincangan dan mesyuarat Barisan Alternatif yang menyentuh hubungan PKR-DAP.

Turut dibangkitkan pada waktu itu adalah mengenai persetujuan Majlis Kepimpinan Barisan Alternatif pada 28 April 1999 bahawa mana-mana parti komponen Barisan Alternatif tidak dibenarkan sama sekali mencuri ahli (atau bekas ahli) mana-mana parti komponen lain.

Bagaimanapun, ternyata hingga sekarang perbuatan mencuri ahli, malah mencuri pemimpin, parti rakan, sama ada sesama parti Pakatan Harapan atau sesama parti pembangkang, terus menjadi amalan di dalam parti yang cogan perjuangannya ialah “Keadilan Untuk Semua” ini.


Sunday, April 30, 2017

NAMA KHALID IBRAHIM DAN FAEKAH HUSSIN KEMBALI TERDENGAR... AZMIN TERPAKSA BUBARKAN DUN SELANGOR PADA SELASA NANTI?!!!



Digelar 'MENATE AZMIN' oleh puak-puak PAN selain pemberontakan yang sedang berlaku di dalam PKR Selangor, kedudukan Azmin Ali sekarang ini benar-benar seperti telur di hujung tanduk.

Rafizi Ramli dan Zuraidah Kamaruddin dikatakan mengetuai 'pasukan pemberontak' di Selangor. PKR Selangor telah terbahagi sekurang-kurangnya kepada tiga puak iaitu puak Azmin dan puak Wan Azizah yang diwakili oleh Rafizi. Manakala Zuraidah Kamaruddin pula mengetuai puak ketiga.

Rafizi Ramli sebelum ini menyerang hebat Adam Rosly dan pegawai khas Azmin Ali, Hilman yang memiliki kekayaan luar biasa dan sekelip mata.

Semuanya kerana PAS!

Pihak yang menjadi KHAWARIJ dan 'penghasut Syiah' pula adalah PAN yang sudah tidak sabar-sabar mahu menggantikan PAS serta jawatan-jawatan yang dipegang oleh PAS di dalam pentadbiran dan Kerajaan Negeri Selangor.

Terdapat desakan kuat agar Azmin Ali bertindak dengan menyingkirkan kesemua ahli-ahli pentadbiran dari PAS sama ada di dalam PBT, mahupun dalam GLC apatah lagi di dalam Kerajaan Negeri dan digantikan dengan wakil-wakil dari PAN yang dikatakan lebih setia kepada Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP.


Tiga hari lepas, beberapa sayap di dalam PAS terutama Dewan Ulama dan Dewan Pemuda telah mengusulkan agar hubungan Tahaluf Siyasi antara PAS dengan PKR diputuskan. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dalam kenyataan balasnya, menggesa agar semua pemimpin PAS yang mempunyai jawatan di dalam pentadbiran Negeri Selangor agar melepaskan jawatan masing-masing. Kenyataan Saifuddin Nasution itu bagaimanapun, mendapat reaksi Ketua Pemuda PAS yang baru, Khalil Abdul Hadi, wakil-wakil PAS di Selangor tidak perlu melepaskan jawatan mereka kerana mereka bukannya dilantik oleh Azmin Ali.

Terbaharu, khabar-khabar angin tentang empat orang ADUN dari PKR yang mahu menghadap KDYMM Sultan Selangor untuk menyatakan mereka akan melompat parti bagi membentuk satu kerajaan majoriti mudah baru di Selangor, semakin kuat kedengaran.

Nama keempat-empat ADUN PKR itu bagaimanapun, belum didedahkan.

Pada tahun 2009, tiga orang ADUN dari Pakatan Rakyat (1 DAP dan 2 PKR) telah melompat parti di Perak membuatkan Kerajaan DAP yang berbonekakan Nizar Jamaluddin kehilangan pegangan ke atas Perak. Selama beberapa bulan, Nizar Jamaluddin seperti orang sasau selepas semua kuasanya beralih tangan kepada Zambry Abdul Kadir, MB baru dari UMNO. Nizar juga dalam beberapa keputusan peliknya, termasuklah bersidang DUN di bawah pokok, cuba menggunakan kuasa mahkamah untuk membubarkan DUN Perak bagi membolehkan pilihanraya negeri dijalankan.

Namun ketika sudah terdengar ura-ura lompat parti, Nizar Jamaluddin berkata, PRN tidak perlu diadakan kerana berdasarkan nasihat yang diberikan oleh Nga dan Ngeh, cerita-cerita tentang lompat parti agak mustahil berlaku di Perak. Tetapi selepas hilang kuasa, Nga dan Ngeh sekali lagi menasihati Nizar Jamaluddin agar menggunakan semua ruang-ruang perundangan yang ada bagi mengisytiharkan Kerajaan Negeri baru yang diberikan kepada UMNO-BN sebagai tidak sah dan tidak menurut Perlembagaan.

Nampaknya, keadaan yang serupa sedang berlaku di Selangor.

Adakah hari Selasa nanti, Azmin Ali akan memanggil sidang DUN khas bagi mengusulkan pembubaran DUN Selangor sekaligus membolehkan PRN baru diadakan di Selangor?

Masih ada masa sekurang-kurangnya 48 jam untuk memujuk sesiapa sahaja yang mahu melompat parti itu agar mengekalkan Kerajaan Negeri Selangor sedia ada sehingga sekurang-kurangnya sehingga PRU-14.

Yang pastinya, nama Tan Sri Khalid Ibrahim dan Faekah Hussin kembali kedengaran!




 
Blogger Templates