Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label lgbt. Show all posts
Showing posts with label lgbt. Show all posts

Monday, March 11, 2019

AMBIL KESEMPATAN HINA DAN FITNAH ISLAM DALAM ISU PERKAHWINAN KANAK-KANAK DEMI MEMBELA KESONGSANGAN LGBT!!!!



Setiap kali kaum LGBT cuba menghalalkan aktiviti dan amalan mereka, setiap kali itulah juga kita akan mendengar tentang betapa luhur, zuhud dan ikhlasnya puak-puak songsang tersebut menentang perkahwinan kanak-kanak.


Setiap kali mereka bercakap tentang perkahwinan kanak-kanak-kanak, mereka akan menyentuh dengan Nabi Muhammad s.a.w yang berkahwin dengan Syaidatina Aisyah r.a yang mereka dakwa pada usia Syaidatina Aisyah r.a 6 tahun, sedangkan rujukan-rujukan sejarah muktabar Islam pula menegaskan, usia pernikahan Syaidatina Aisyah r.a dengan Nabi Muhammad s.a.w adalah pada usia enam belas tahun dan bersama-masa baginda pada usia 19 tahun. (RUJUK SINI)


Hadis-hadis yang diriwayatkan Hisham bin Urwah pada ketika ingatannya sudah semakin lemah selepas berpindah ke Baghdad (RUJUK SINI), seringkali dijadikan sandaran oleh kaum LGBT di Malaysia untuk menyerang tubuh badan Nabi Muhammad s.a.w selain untuk menunjukkan betapa figura penting umat Islam itu seorang yang gila seks.

Namun pada hakikatnya, zaman moden ini, perkahwinan bawah umur atau perkahwinan kanak-kanak bukanlah 'hak mutlak' masyarakat Islam sebagaimana yang cuba digambarkan oleh musuh Islam.


GLOBAL CITIZEN melaporkan di Amerika Syarikat sahaja antara 2010 sehingga 2014, seramai 78,400 orang kanak-kanak telah dinikahi. (RUJUK SINI)

Ironinya, musuh-musuh Islam yang mahu menyerang Nabi Muhammad s.a.w menerusi amalan phedophilia, tidak pula memetik fakta dan data zaman moden yang melibatkan negara pujaan mereka.


Bahkan perkahwinan bawah umur kalau mengikut agama, INDIA DAN HINDU memiliki jumlah pengantin kanak-kanak paling ramai di dunia. (RUJUK SINI)

Umat Islam di Malaysia dikawal selia oleh jabatan-jabatan agama termasuklah pejabat kadhi dan sebagainya, justeru sebarang urusan perkahwinan dan nikah cerai atau lebih tepat lagi, munakahat terutama sekali melibatkan bawah umur, bukanlah boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Apatah lagi perkahwinan berkenaan didaftarkan dan dibuat secara rasmi.

Dan Islam bukan satu-satunya masalah yang patut dikecam kerana perkahwinan kanak-kanak, sebaliknya agama Kristian juga membenarkan perkahwinan dan hubungan seksual dengan kanak-kanak. (RUJUK SINI)


Justeru apabila ada golongan yang melabelkan Nabi Muhammad s.a.w sebagai penjenayah seksual hanya kerana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh seorang periwayat yang mengalami masalah ingatan pada usia tuanya dan pada ketika riwayatnya sudah tidak terpakai lagi, mereka sebenarnya bukan mencari keadilan seperti yang cuba digambarkan, sebaliknya sengaja mencari susuk-susuk dan ruang untuk menghina Islam walaupun pada masa yang sama, kaum dan agama mereka sendiri jauh lebih teruk amalannya dalam bab perkahwinan bawah umur dan perkahwinan kanak-kanak.


Wednesday, September 7, 2016

APA YANG PEGUAM WANITA 'JARI TENGAH' INI TAKUT SANGAT DENGAN HUDUD SAMPAIKAN PENGUKUHAN MAHKAMAH SYARIAH PUN JADI ISU SENSITIF KEPADANYA!!!



Peguam dan aktivis Siti Kasim tidak menyesal menunjukkan jari tengahnya kepada hadirin wacana rang undang-undang Mahkamah Syariah Isnin lepas.

Menurut Siti, jari tengahnya ditujukan khas untuk “Islamis jahat” dan “si bodoh yang dicuci otak” yang hadir memenuhi ‘Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi’.

Tidak seperti wacana lain yang pernah disertainya, Siti menjelaskan golongan yang menghadiri wacana anjuran Kumpulan Karangkraf itu percaya mereka sedang menegakkan undang-undang Tuhan, oleh itu tidak boleh terima pertentangan pendapat.

“Sudah banyak forum yang saya sertai. Saya pernah ajukan soalan yang mengesankan tetapi saya tak sangka suatu hari nanti saya akan tunjuk jari pada penonton wacana,” katanya di Facebook malam tadi.

“Saya tak menyesal tunjuk jari. Bagi saya, Islamis jahat layak terima lebih daripada itu.

“Kasar? Biadab? Sejak bila seorang wanita tak boleh berlaku kasar dan biadab terhadap orang jahat dan si bodoh yang dicuci otak?”

Menurut Siti, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, salah seorang pembahas di wacana itu, kelirukan penonton semasa menjelaskan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau Akta 355.

“Pembahas daripada PAS dan Umno bertegas ia bukan rang undang-undang hudud. Walaupun bukan rang undang-undang hudud tetapi ada kena mengena dengan hudud.


“Tanpa rang undang-undang menghadkan hukuman mahkamah syariah, mereka tidak akan dapat menjalankan hukuman yang tertulis dalam enakmen hudud mereka.”

Takiyuddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom nafi dakwaan itu, menjelaskan pindaan bertujuan menambah kuasa mahkamah syariah berhubung kesalahan yang dinyatakan dalam Akta 1965.

Siti bagaimanapun mendakwa rang undang-undang yang dibawa ke Parlimen oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi kuasa tanpa batas kepada mahkamah syariah untuk mengenakan hukuman hudud yang lain.

“Kesalahan hudud termasuk kesalahan zina (seks tanpa nikah), qazaf (membuat tuduhan zina yang tidak benar terhadap orang lain), syrub (minum arak) dan irtidad atau riddah (keluar agama) dan menurut Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan (II) (1993) 2015, hukuman untuk kesalahan tersebut adalah rotan antara 40 hingga 100 kali.


“RUU mahu menggantikan Seksyen 2 Akta 355 dengan seksyen baharu yang nampaknya meluaskan skop bidang kuasa jenayah mahkamah syariah, yang secara sedia ada terhad kepada kesalahan oleh penganut terhadap Islam,” dakwa Siti.

Mereka yang pertikaikan bantahannya terhadap undang-undang Islam, Siti menjelaskan perbuatannya menjawab undang-undang ciptaan manusia.

Tambahnya orang Melayu dan penganut Islam perlu dibenarkan berbincang hukuman yang ditetapkan, serta mencadangkan mereka diberi pilihan mahu diperintah undang-undang sekular atau undang-undang agama.

“Saya enggan diperintah undang-undang ciptaan manusia yang menggunakan Islam sebagai dalih. Mereka cuba dagangkan Islam. Kita tertipu lama dah.

“Saya tahu tidak mudah untuk meyakinkan golongan pelampau kerana otak mereka sudah dibasuh ustaz, mullah dan sistem kita.

“Mereka asyik brkata mengapa kita mahu halang mereka amalkan agama mereka, jadi kita tak boleh sekat mereka. Orang Melayu yang tidak mahu diperintah oleh undang-undang agama ciptaan manusia, perlu dibolehkan untuk berbuat demikian.

“Saya tidak akan tunduk kepada undang-undang ciptaan manusia yang menyamar sebagai Islam.”



Tuesday, August 23, 2016

ANAK PEREMPUAN MAHATHIR MARAH KERANA POLIS TANGKAP NAWAWEE DAN TUNDUK KEPADA DESAKAN PENGANUT AGAMA DI MALAYSIA!!!



Anak perempuan Mahathir yang seringkali dikatakan oleh Mahathir 'mempunyai fikirannya sendiri' dbukan kerana didikan, begitu marah apabila Namewe atau nama sebenarnya Wee Chee Meng ditangkap sejurus mendarat dari Taiwan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur selain direman selama empat hari bagi membantu siasatan selepas 4 buah NGO membuat laporan berhubung pengeluaran dan penyiaran klip video muzik terbaharunya yang dikatakan menghina setiap agama di Malaysia.

Kata anak perempuan Mahathir, apa salahnya dengan sebuah klip video sebaliknya kata Marina Mahathir, tindakan polis itu adalah ekstrim dan besar kemungkinan hanya untuk memenuhi kehendak masyarakat Islam yang terlebih sensitif.

Menurutnya lagi, golongan sepertinya yang menyokong prinsip menghentam Islam dan umat Islam tetapi amat membela jikalau umat Islam membela Islam, tidak boleh tunduk kepada golongan yang sentiasa mencari salah orang lain. (RUJUK SINI)

Bagi Marina, umat Islam di negara ini tidak mempunyai iman yang teguh sebaliknya terlalu takut dengan lambang salib pada atap, atau DNA babi di dalam cokelat. Marina mencemuh sikap umat Islam di negara ini yang malu untuk mengakui kelemahan iman mereka dan perlu mendapatkan perlindungan daripada undang-undang pada sepanjang masa.

Mengkritik penangkapan dan penahanan Namewee, Marina Mahathir berkata, Namewee tidak seharusnya dilayan sebegitu rupa. Pihak berkuasa perlu menonton klip video tersebut lebih terperinci dan mengenalpasti undang-undang mana yang telah dilanggarnya. 

"Hanya kerana segelintir orang berasa tersinggung, tidak bermakna ianya adalah satu jenayah," katanya.

Marina bagaimanapun, mengakui belum menonton klip video itu lagi.

Bagi para pengikut dan pemuja Mahathir, perlu sangatlah mendengar kata-kata nasihat Marina Mahathir ini. Islam dan umatnya adalah untuk dihentam, tetapi yang menghina dan melakukan provokasi ke atas Islam dan umatnya perlu dibiarkan kerana itulah kebebasan bersuara. 

Kebebasan bersuara gaya puak ZINDIQ yang menyamar sebagai orang Islam!!!


 
Blogger Templates