Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label anwar ibrahim. Show all posts
Showing posts with label anwar ibrahim. Show all posts

Monday, December 9, 2019

ZURAIDAH KATA, PECATLAH DIA DAN AZMIN KALAU BERANI... AZMIN PULA KATA, KEPALA BAPAK KAU KEPADA SETPOL ANWAR!!!



Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Malam yang penuh bersejarah sekaligus membuka lembaran baru dalam politik negara. Persekongkolan, penyekutuan, kerjasama, konspirasi, malahan hubungan romantik... namakan apa sahaja, kini sudah bertukar menjadi kecaman antara satu sama lain. Hubungan yang dahulunya dilihat akrab, rapat dan padu depan belakang, kini sudah bertukar menjadi masam, kelat, malahan sudah dilihat jijik antara satu sama lain.

Dan berdasarkan seperti cerita Zuraidah Kamaruddin yang mula menjadi konco rapat Azmin Ali selepas dia menjadi Menteri Besar Selangor dahulu, modal yang digunakan sebagai alasan adalah kes liwat membabitkan Azmin Ali yang klip videonya tular di media sosial sebelum ini. Secara panjang lebar, Zuraidah Kamaruddin yang sebelum ini kuat menyokong Anwar Ibrahim, mula menghunuskan muncung senjata kepada Anwar Ibrahim kembali.


Zuraidah menceritakan bagaimana empat pucuk surat telah ditulis kepada Anwar untuk meminta agar diberikan ruang kerana mereka mewakili 60% pengundi yang memilih PKR. Bagaimanapun, keempat-empat kalinya ditolak dan tidak dipedulikan oleh Anwar. 

Namun yang menarik dalam cerita Zuraidah itu ialah bagaimana Anwar cuba memujuknya supaya meninggalkan Azmin Ali dengan cerita kononnya Mahathir menyuruh Anwar memecat Azmin Ali. Anwar dalam cubaannya untuk memujuk Zuraidah itu telah menggunakan klip video semburit dan mengesahkan yang pelaku di dalam klip video tersebut adalah Azmin Ali. (RUJUK SINI)


Malahan Zuraidah Kamaruddin secara sinis menyindir Akmal Nasir, Ketua AMK yang pada 13 November 2019 mengeluarkan kenyataan keras tentang ketidakhadiran Azmin Ali sebagai punca mengapa namanya digugurkan daripada merasmikan Kongres AMK. (RUJUK SINI)

Kata Zuraidah, dia dan Azmin langsung tidak hairan dengan amaran 'budak Pampers dan Gangsters', sebaliknya bersedia untuk dipecat dari parti kerana hendak bawa PKR ke landasan yang betul.

"Pernahkah kita (PKR) guna gengster, baju hitam? Siapa jadi petugas-petugas itu?
"Sokong satu tahun tak datang mesyuarat, ada bising? Presiden tak datang mesyuarat, ada bising? Kenapa nak pertikaikan kami tidak datang mesyuarat?

"Saya berani cakap di sini, tanya kawan semua. Saya orang taat datang mesyuarat paling punctual. Sebelum Anwar Ibrahim jadi Presiden dahulu saya dah mesyuarat. Tidak payah hendak ajar saya mesyuarat. Saya nak dengar cakap engkau ke yang hingus ini?

"Ini semua 'budak Pampers', jangan nak berlagak nak tegur kita. Kami yang buat deklarasi jadi jangan nak ajar kami kalau tidak ada sebab nak melakukan perkara itu," tegas Zuraida dalam ucapannya. (RUJUK SINI)

Secara tidak langsung, pekung di dada telah pun dibuka untuk tatapan umum. 


Azmin Ali dalam majlis yang sama turut meneruskan kecaman dengan berkata, PKR bukannya dibina oleh satu keluarga, sebaliknya dibina oleh rakyat seluruh Malaysia. Secara tidak langsung, pertempuran kali ini lebih tepat dikatakan sebagai KARTEL VS KELUARGA. 

Dan yang menariknya, Azmin Ali sendiri merupakan 'keluarga' Mahathir. Dan kepastian tersebut terserlah menerusi kehadiran Khairuddin Abu Hassan yang menandakan sokongan Mahathir kepada Azmin Ali.



Kenyataan keras Azmin Ali tentang kecaman Farhash Wafa Salvador yang beberapa hari lepas mengecamnya disudahi dengan perkataan 'KEPALA BAPAK KAU'. 

“Sebab itu saya amat kesal ada dua tiga kerat, nama pun bukan macam nama orang Malaysia. Akulah reformasi, akulah perjuangan, kamu pengkhianat. Kepala bapak kamu!" kata Menteri Ekonomi, Azmin Ali, dalam ucapan Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 semalam. 



Azmin Ali seperti tidak dapat menahan marah apabila digelarkan pengkhianat oleh Farhash Wafa Salvador dengan membuka 'rahsia' Anwar Ibrahim sendiri dan mengungkit kisah pengorbanan yang dilakukannya sepanjang bersama-sama PKR berbanding golongan seperti Farhash Wafa Salvador yang merupakan Pengerusi PKR Perak yang baru menyertai parti tersebut tetapi berlagak lebih lajak dari laju. (RUJUK SINI)

Malah Azmin Ali juga berterus-terang menyatakan kemarahannya apabila Anwar Ibrahim dalam ucapannya, menggelarkannya sebagai pengkhianat dan menceritakan tentang bagaimana Si Kitul meruntukan Kerajaan Melayu Melaka abad ke-16 lalu. Dan semua orang tahu, Si Kitul yang dimaksudkan oleh Anwar Ibrahim dalam ucapannya itu adalah merujuk kepada Azmin Ali walaupun Anwar Ibrahim kemudiannya berkata, Si Kitul adalah watak dalam Sulalatus Salatin, kitab sejarah yang dikarang oleh Tun Seri Lanang. (RUJUK SINI)



Baik Anwar Ibrahim mahupun Azmin Ali, kedua-duanya seringkali menanggapi dan mahu seluruh manusia percaya bahawa perbuatan liwat yang dirakamkan menerusi klip video dan tersebar ke seluruh dunia yang dikaitkan dengan mereka berdua hanyalah konspirasi politik dan fitnah semata-mata.

Namun pada masa yang sama, ketika ini, klip-klip video itulah juga yang digunakan untuk menyerang antara satu sama lain walaupun turut digunakan alasan PRINSIP PERJUANGAN. Pada masa yang sama, polis telah mengesahkan menerima Akuan Bersumpah dan laporan polis yang dibuat oleh Muhammed Yusoff Rawther, orang yang mendakwa Anwar Ibrahim telah cuba meliwatnya beberapa hari lepas. (RUJUK SINI)


Muhammad Yusoff Rawther juga merupakan orang yang terlibat dalam pergaduhan dengan Farhash Wafa Salvador di Ibu Pejabat PKR pada Jun lalu. Muhammed Yusof Rawther yang merupakan penyelidik sukarela telah dituduh telah memecah masuk ke premis tersebut dan menyalahgunakan dadah. Farhash Wafa Salvador sebelum itu didakwa telah membelasahnya sehingga mengalami kecederaan pada bulan Mei. (RUJUK SINI)


Saturday, November 16, 2019

FRAKSI AZMIN ALI DAN ANWAR IBRAHIM MULA BERBALAS-BALAS KENYATAAN... PKR MAKIN PANAS!



PRK Parlimen Tanjung Piai sudah hampir melabuhkan tirainya. Kempennya sudah berakhir malam tadi. Menjelang senja nanti, keputusan pembuangan undi 52,471 orang pengundi akan diketahui dan dihebahkan.

Yang kalah akan tunduk merenung telur sendiri. Yang menang pula akan mengangkat tangan dan melonjak. Untuk beberapa hari, kisah PRK Tanjung Piai akan terus diperkatakan.

Perkembangan politik di negara ini tidak habis begitu sahaja. Di Sabah dan Sarawak, cerita politiknya semakin membesar. Sarawak dengan GPS yang kelihatan bersendirian dan terpaksa bekerja keras menjaga rakyat tanpa Kerajaan Persekutuan. Manakala Sabah pula, berhadapan dengan kemelut kemarahan rakyat tempatan dan Orang Asal kerana sikap Kerajaan Negeri Sabah yang dikuasai oleh WARISAN yang terlalu mesra dengan PTI.

Di Semenanjung, kemelut perebutan jawatan Perdana Menteri Ke-8 antara Azmin Ali dan Anwar Ibrahim terus memuncak walaupun cuba diselindungi dan dikalihkan kepada isu Najib, 1MDB, FGV, FELDA dan sebagainya.


Umum mengetahui, orang yang paling meroyan dan berkehendakkan sangat jawatan Perdana Menteri Malaysia seolah-olah jawatan Perdana Menteri Malaysia adalah hak miliknya, adalah Anwar Ibrahim. Dari awal kemenangan Pakatan Harapan pada 9 Mei 2018 lagi, Anwar Ibrahim telah mengatakan, dia adalah Perdana Menteri Malaysia yang sepatutnya. Bukan Mahathir. Mahathir hanya menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7 atas belas ehsannya. Mahathir dianggap sudah lapuk dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan Malaysia dan melonjakkan status hidup rakyat Malaysia.

Selama lebih 500 hari selepas kemenangan 9 Mei 2018, hampir setiap hari jugalah Anwar Ibrahim meratibkan jawatan Perdana Menteri yang akan diserahkan kepadanya. Janji Mahathir kononnya, dia hanya akan menjadi Perdana Menteri interim selama dua tahun, cuba dituntut oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya.

Malangnya, Mahathir tetap Mahathir.

Di sebalik janji Mahathir bahawa dia akan serahkan jawatan yang sangat diidam-idamkan oleh Anwar Ibrahim itu kepada Presiden PKR itu, Mahathir mengeluarkan banyak kenyataan yang sama sekali menunjukkan kecenderungannya untuk mungkir janji atas alasan, Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri.



Ramai yang melihat, Azmin Ali sebenarnya yang menjadi pilihan Dr. Mahathir. Disebabkan itulah, Azmin Ali yang baru sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor, telah dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, kementerian yang baru diwujudkan semata-mata untuk Azmin Ali oleh Dr. Mahathir.

Dan sudah tentulah sebagai orang yang mengidamkan sangat jawatan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim tahu dan dapat melihat apa yang cuba dilakukan oleh Mahathir.


Terbaharu, Kongres Pemuda PKR pada 6 Disember depan, sudah sah tidak menjemput dan memulaukan Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presiden PKR. Sebaliknya perasmian kongres akan dilakukan oleh Penasihat PKR yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Secara tradisinya, Timbalan Presiden PKRlah yang akan merasmikan Kongres Pemuda atau AMK. Namun keputusan kali ini diambil ekoran sikap Azmin yang sudah tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan parti, malah tidak pernah hadir mesyuarat MPP dan Biro Politik PKR semenjak setahun yang lalu.

"AMK bertanggungjawab memberikan mesej yang jelas kepada seluruh anggota PKR bahawa AMK akan kekal teguh mendokong kepimpinan parti yang sekaligus memelihara tradisi perjuangan PKR," kata Ketua AMK, Akmal Nasir yang juga merupakan Ahli Parlimen Johor Bahru ketika mempertahankan keputusan menggugurkan Azmin. (RUJUK SINI)

Azmin Ali menyifatkan pembatalan jemputan ke atasnya itu adalah disebabkan 'tangan ghaib'. Menurutnya dia telah menerima surat jemputan dan telah menjawab akan hadir tetapi mendapat tahu, jemputan tersebut telah dibatalkan. Menurutnya lagi, dia yakin Ketua AMK tidak berani melakukan sesuatu tanpa ada tangan-tangan ghaib di belakangnya. (RUJUK SINI)

Anwar Ibrahim pada masa yang sama, secara sinis menyangkal dakwaan Azmin Ali tentang 'tangan ghaib' di sebalik keputusan membatalkan jemputannya untuk merasmikan Kongres Nasional Pemuda PKR (AMK).


"Mungkin dia tengok dari langit, bulan," kata Anwar. 

Menurut Anwar, apa-apa pun mesyuarat biro politik diadakan dua kali sebulan atau secara mingguan, manakala mesyuarat MPP (Majlis Pimpinan Pusat) pula diadakan setiap bulan. Semua boleh beri pandangan, semua boleh bantah dan tolak. Semua keputusan dibuat oleh MPP, katanya. 

"Apa-apa perubahan bukan (dibuat melalui) ugutan oleh mana-mana tokoh tetapi mesti dibuat oleh mesyuarat," kata Anwar lagi. (RUJUK SINI

Akmal Nasir dalam jawapan kepada tuduhan Azmin Ali berkata, tindakan pembatalan jemputan ke atas Azmin adalah disebabkan kegagalan Azmin sendiri untuk memberikan jawapan selepas enam minggu surat jemputan dikirimkan. 

"Saya cuba sebaiknya menguruskan isu ini dengan mengekalkan perbincangan secara dalaman dan tidak mengheret media, ternyata dia tidak lagi ada rasa hormat kepada parti dan perjuangan. 

"Keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan AMK pada 20 Oktober 2019 untuk membatalkan jemputan kepadanya adalah disebabkan kelemahan Azmin sendiri untuk memberikan jawapan selepas diberi tempoh selama 6 minggu (surat jemputan bertarikh 11 September 2019) untuk berbuat demikian," kata Akmal dalam kenyataan medianya.


Menurut Akmal lagi, Azmin juga gagal hadir ke mesyuarat parti Majlis Pimpinan Pusat (MPP) atau Biro Politik selama setahun dan seringkali mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan disiplin parti serta semangat Pakatan Harapan seperti dalam isu 'tangan ghaib' dalam KEADILAN. (RUJUK SINI)

Tindakan membatalkan jemputan kepada Azmin Ali, mendapat reaksi panas daripada para penyokong Azmin dalam PKR. 

21 daripada 25 Kepimpinan Pusat AMK yang menang dalam pemilihan lalu, diketuai oleh Hilman Idham, orang kuat Azmin Ali, telah mengeluarkan kenyataan rasmi membantah keputusan tersebut. 

Kepimpinan pusat AMK mengandungi 43 anggota. Dua puluh lima daripada mereka dipilih dalam pengundian manakala 18 lagi jawatan lantikan.

Dalam pemilihan parti itu sebelum ini Akmal terlibat dalam kumpulan Naib Presiden Rafizi Ramli manakala Hilman pula dalam pasukan Azmin. Sebahagian besar kepimpinan utamanya dikuasai pasukan Azmin.

Manakala Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, telah memberikan kata dua untuk membatalkan konvensyen PKR Negeri itu yang dijadualkan berlangsung di Miri pada 23 November sekiranya isu pembatalan jemputan Azmin tidak diselesaikan. 


Pengarah Konvensyen PKR Nik Nazmi Nik Ahmad membidas keputusan PKR Sarawak membatalkan konvensyen PKR negeri itu yang dijadualkan berlangsung di Miri pada 23 Nov ini.

Nik Nazmi berkata, PKR Sarawak tidak boleh sewenang-wenangnya membatalkan konvensyen negeri yang sudah dibincangkan dan diputuskan secara bersama memandangkan perbincangan terakhir sudah dibuat pada 14 Nov lalu. (RUJUK SINI)

HEBAT BETUL PEREBUTAN JAWATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8 NI. Kita tengok sajalah, siapa yang akan memenangi perebutan ini. Adakah Azmin Ali yang terpalit dengan video semburit dan kegagalan membayar hutang keluarganya melancong atau Anwar Ibrahim yang semakin kehilangan sokongan akar umbi sebaliknya terpaksa bergantung sepenuhnya kepada DAP?


Sunday, May 19, 2019

BERSEDIAKAH UMAT ISLAM DAN MELAYU MALAYSIA MENERIMA BAKAL PERDANA MENTERI YANG DI BELAKANGNYA ADALAH ZIONIS SEPERTI ANWAR IBRAHIM?!!


Berita tentang meroyannya Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri, boleh kita baca hampir saban hari. Ada-ada sahaja kenyataan Anwar Ibrahim yang berkaitan dirinya sebagai Perdana Menteri.

Ada tajuk berita yang mengatakan, dia akan menjadi Perdana Menteri yang menjaga Islam (Utusan, 16 Mei 2019). Ada juga berita yang mengatakan, tarikh perlantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 sedang dibincangkan (Berita Harian, 15 Mei 2019). Malah dari mulut Anwar Ibrahim sendiri, dia yakin dan sangat optimis, dia akan dilantik sebagai Perdana Menteri (14 Februari 2019). Paling menarik ialah apabila Anwar Ibrahim menyatakan, isu peralihan kuasa sebagai Perdana Menteri telah pun selesai (Astro Awani, 5 April 2019). Semasa berkempen di Rantau untuk PRK DUN Rantau yang akhirnya menyaksikan Mohammad Hassan memenangi kerusi DUN tersebut dengan pertambahan undi yang lebih besar, Anwar Ibrahim berkata, dia tidak akan mengabaikan Rantau selepas dilantik sebagai Perdana Menteri (Utusan, 11 April 2019).

Pendek kata, apa sahaja kenyataan kepada media yang dibuat oleh Anwar Ibrahim adalah berkenaan jawatan Perdana Menteri yang terlalu ingin disandangnya.


Sejarah Anwar Ibrahim mahu menjadi Perdana Menteri ini, sudah ramai ketahui. Dari semenjak dua tahun sebelum bermulanya Zaman Reformasi, Anwar Ibrahim sudah meroyan hendak menjadi Perdana Menteri. Menjadi Perdana Menteri sementara selama dua bulan ketika Perdana Menteri yang ketika itu disandang oleh Mahathir, sedang bercuti dan berlayar pada tahun 1997, kebanyakan yang hidup matang pada waktu itu tahu apa yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim sehingga menimbulkan keluhan besar, dan seterusnya mendorong kepada kejatuhan ekonomi dan kewangan besar-besaran pada 1998.

Biarpun kejatuhan tersebut merupakan manifestasi kebencian terhadap amalan Kronisme, Korupsi dan Nepotisme yang menjadi amalan Dr. Mahathir, namun campurtangan Anwar Ibrahim dengan IMF dan Bank Dunia mempercepatkan dan menjadikan keadaan bertambah parah sehingga Mahathir hilang kawalan sepenuhnya, mengakibatkan Anwar Ibrahim 'direhatkan' daripada jawatan Menteri Kewangan dan Mahathir terpaksa menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara.


Dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negara yang turut dianggotai oleh Daim Zainuddin dan 24 Ahli MTEN yang lain, Anwar Ibrahim sekadar dilantik sebagai Timbalan Pengerusi dan Pengarah Eksekutif. Lantikan yang sebenarnya hanya untuk cukup syarat sebelum Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO dan disingkirkan daripada semua jawatannya dalam Kerajaan atas tuduhan liwat dan salahguna kuasa.

Selepas Abdullah Badawi 'terpedaya' dan mengeluarkan Anwar dari penjara tanpa sempat Anwar menjalani hukuman penjara untuk kesalahan penyalahgunaan kuasa selama 6 tahun lagi pada tahun 2004, Anwar terus berhubung dengan kawan-kawannya di luar negara sebagai persediaan untuk menjadi Perdana Menteri sebaik-baik sahaja tempoh 'berkurungnya' selaku bekas banduan berakhir. Dan tidak lama selepas itu, mengumumkan dia sudah punya cukup 'jumlah kerusi' dan mendesak agar Abdullah Badawi mengadakan sidang Dewan Rakyat Khas untuknya mengusulkan undi tidak percaya kepada Abdullah Badawi sekaligus menggulingkan Abdullah Badawi. (RUJUK SINI)


Bukan lagi rahsia, Anwar Ibrahim adalah agen neoconservative yang mempunyai hubungan erat dengan elemen-elemen pro Zionis dan Israel di Washington.

Tony Cartalucci, penyelidik di New Eastern Outlook, mendedahkan pada 2015, bahawa:

“Anwar Ibrahim mempunyai hubungan yang sangat erat dengan Washington dan Wall Street. Membuktikan kenyataan ini, kumpulan Bersih misalnya menerima pembiayaan yang cukup mewah dari National Endowment for Democracy (NED) dan sayap-sayapnya.”
Bukan sahaja itu, malah Anwar juga secara persendirian, seringkali hadir ke majlis-majlis NED di Washington.” (RUJUK: https://journal-neo.org/2015/03/12/malaysia-more-to-anwar-ibrahim-than-meets-the-eye/)

Kenyataan Cartalucci ini, diakui oleh NED itu sendiri.

Dalam sebuah siaran media pada tahun 2007, NED mengesahkan kehadiran Anwar Ibrahim sebagai panelis bagi sesi bertajuk “The Legacy of Westminster: Democracy Assistance Since the Founding of NED and the Challenges Ahead“, dalam sebuah majlis NED bergelar “2007 Democracy Award“. (RUJUK: http://www.ned.org/wp-content/uploads/annualreports/2007/PDFs/NED_AR_NewsEvents07.pdf)


Anwar Ibrahim turut menjalin hubungan erat dengan Centre For International Private Enterprise (CIPE), satu daripada 4 institusi utama di bawah NED.

Hal ini diakui oleh CIPE, yang mendedahan dalam laman web mereka, bahawa Anwar Ibrahim merupakan salah seorang daripada 29 panel pembentang untuk organisasi itu (RUJUK: http://www.developmentinstitute.org/presenters/).

Seorang penyelidik prolifik lain, iaitu Nile Bowie, turut berkongsi pandangan yang sama, apabila berkata:

“Apabila Anwar Ibrahim bercakap di pentas ceramah tentang agenda “Malaysia Spring” oleh pihak Pakatan Harapan, itu satu petunjuk bahawa (gerakan “Bersih”) diyakini mempunyai kaitan dengan organisasi yang sama, yang telah merencanakan “Arab Spring” di Asia Barat pada 2011. Organisasi sedemikian beroperasi dengan memanipulasi rakyat teramai yang pasif.

Di samping itu, mereka (NED) mengeksplotasi masalah domestik yang berlaku, demi mencetuskan kemarahan rakyat dan seterusnya mewujudkan tekanan bagi menumbangkan sesebuah kerajaan.” (RUJUK: https://www.globalresearch.ca/towards-a-colored-revolution-in-malaysia-us-and-pro-israel-foundations-channel-support-to-pakatan-rakyat-opposition/5305869)

Apa sebenarnya fungsi dan aktiviti sebenar NED?


Bekas operatif Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA), Philip Agee berkata:

“Apabila NED berkata bahawa mereka mempromosikan demokrasi…hakikatnya “demokasi” itu hanya kiasan bagi mengaburi operasi sebenar mereka, iaitu membiayai partipolitik tertentu di sesebuah negara.
“Dalam bahasa mudahnya, NED berperanan mengukuhkan pihak-pihak pembangkang (di negara yang mana kerajaan mereka tidak tunduk kepada Amerika Syarikat) seperti Venezuela.
“Dalam kes tertentu, NED juga membiayai mana-mana rejim yang patuh kepada Amerika Syarikat, bagi menguatkan rejim itu daripada ditumbangkan oleh kuasa yang anti-Amerika.” (RUJUK: https://nilebowie.blogspot.com/2013/04/understanding-us-funding-to-malaysian.html)

Allen Weinstein, iaitu Presiden NED yang pertama, membuat pendedahan berikut:

“Apa yang kami di NED lakukan sekarang, telah pun dilakukan oleh CIA 25 tahun dahulu” (RUJUK: https://www.washingtonpost.com/archive/opinions/1991/09/22/innocence-abroad-the-new-world-of-spyless-coups/92bb989a-de6e-4bb8-99b9-462c76b59a16/?utm_term=.1f9f249f8ceb) dan itu merupakan bukti bahawa NED hanyalah perkakasan yang digunakan CIA bagi melestarikan penjarahan kuasa Amerika Syarikat (AS).


Dr. Mahathir Mohamad, sewaktu berucap di pentas Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) tahun 2003 berkata:

“Kaum Yahudi memerintah dunia melalui proksi. Mereka merekrut pihak lain supaya berperang dan mati demi kepentingan mereka.”
“Mereka mencipta ideologi sosialisme, komunisme, hak asasi dan demokrasi, agar memastikan bahawa sebarang usaha untuk menghukum kaum mereka tidak berjaya dilakukan, dan mereka akan memperoleh hak yang sama dengan bangsa lain.”
“Dengan langkah itu, mereka akhirnya berjaya menguasai negara paling berkuasa di dunia (Amerika Syarikat), dan kaum yang kecil bilangannya ini, sekarang telah menjadi kuasa dunia.” (RUJUK: https://www.washingtonpost.com/news/worldviews/wp/2016/06/27/former-asian-leader-wont-stop-claiming-jews-rule-the-world/?utm_term=.daf0dcdf8fa5)

Dr. Mahathir tidak bersendirian mendedahkan pengaruh Zionis di Amerika Syarikat dan dunia. Malahan Archibishop Desmond Tutu dari Afrika Selatan, turut membuat pendedahan yang sama:

“Kamu dan saya, kita semua tahu bahawa Israel dan Amerika Syarikat bergerak seiringan. Sebarang kritikan (terhadap Israel dan Yahudi) hanya akan mengundang si pengkritik dilabel sebagai anti-semitik…penduduk di AS kini dalam ketakutan (dilabel anti-semitik), kerana pelobi Israel sangat berkuasa di negara itu…” (RUJUK: https://www.theguardian.com/world/2002/apr/29/comment)
Pelobi Israel yang disebut oleh Desmond Tutu ini ialah kumpulan “Neoconservative” atau singkatannya “neocons“.

Mereka ini adalah perencana kepada gerakan menumbangkan rejim di serata muka bumi, dari benua Amerika Latin sehinggalah ke Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Justeru apabila Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan belakangnya pula ada sokongan NED, ianya benar-benar menimbulkan kesangsian. Di sebalik pelbagai janji lunak Anwar Ibrahim untuk menjaga negara, umat Islam, agama Islam, bahkan seluruh rakyat Malaysia tanpa dia memperincikan rancangan besarnya untuk menyelamatkan negara, timbul persoalan, adakah Anwar Ibrahim sebenarnya sedang mengugut Dr. Mahathir agar segera menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepadanya agar apa yang berlaku kepada Saddam Hussein di Iraq, tidak berlaku kepada Dr. Mahathir.


Kathleen dan Bill Christison, bekas penganalisis di CIA, mendedahkan; 

“Walaupun kini neocons terbukti bertanggungjawab terhadap kejatuhan rejim (Saddam Hussien) di Iraq… Namun cukup sedikit pendedahan yang dibuat mengenai (gerakan itu) serta matlamat utama neocons untuk mengukuhkan keselamatan Israel.” (RUJUK: https://ifamericaknew.org/us_ints/neocons.html)

Friday, March 1, 2019

IDENTITI RAMELI BIN MUSA TERDEDAH... ANWAR GUNA RAFIZI SUPAYA DEDAHKAN NAMA RAMELI SEBAGAI 'AMARAN' KEPADA MAHATHIR?!!!



Pertempuran antara kem Anwar dengan kem Mahathir semakin menarik. Walaupun yang dilihat menjadi sasaran adalah PAS dan UMNO, hakikatnya pendedahan yang dibuat oleh Rafizi dalam tiga status berturut-turut menerusi FB peribadinya (RUJUK SINI), menunjukkan Anwar Ibrahim sudah bersedia untuk berperang merebut jawatan Perdana Menteri yang dijanjikan oleh Mahathir kepadanya.

Semuanya bermula apabila Anwar Ibrahim mengatakan, dia mempunyai bukti PAS telah membayar Clare Rewcastle-Brown, editor Sarawak Report untuk membubarkan kes saman dan fitnah mereka di mahkamah London.


Clare kemudiannya menampilkan sekeping cek. Americk Sidhu yang namanya tertera pada cek tersebut telah mengesahkan cek berkenaan adalah asli. Bagaimanapun, Americk Sidhu memilih jalan selamat apabila menamakan pihak Maybank sebagai pihak yang sewajarnya memberitahu dari mana datangnya cek tersebut. (RUJUK SINI)

Sesuatu yang menarik sudah tentulah nama RAMELI BIN MUSA yang didedahkan oleh Rafizi Ramli.

Siapa RAMELI BIN MUSA yang cuba digambarkan oleh Rafizi Ramli sebagai penyalur manfaat kepada Clare Rewcastle-Brown.

Rameli bin Musa yang terkenal sekarang adalah Rameli bin Musa yang sekarang ini adalah Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad yang baru menggantikan Nawawi Ahmad, bekas Ahli Parlimen Langkawi bermula pada 4 Februari 2019. (RUJUK SINI) iaitu pada tempoh yang hampir sama, cek berkenaan dikeluarkan. (RUJUK SINI)

Namun 'sejarah' Rameli bin Musa ini jauh lebih panjang berbanding dengan perjawatannya selaku Pengerusi KTMB. Dia mula terkenal dalam dunia korporat selepas Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Kewangan. Abang iparnya adalah Kamaruddin Mohd Nor yang merupakan orang penting ABIM dan orang yang melantik Anwar Ibrahim mengetuai WAMY (World Association of Muslims Youth) yang mempunyai kaitan dengan Ikhwanul Muslimin.


Menurut Raja Petra Kamaruddin menerusi blognya, Malaysia Today:

Mengapa Anwar meminta Rameli untuk membayar Clare sebanyak RM1.4 juta dan mengapa dia membocorkan 'rahsia tersebut, masih lagi misteri. Lebih misteri lagi ialah mengapa mereka berpura-pura yang RM1.4 juta tersebut merupakan penyelesaian luar mahkamah membabitkan Hadi dan Clare? Adakah itu membolehkan mereka menggubah wang berkenaan dan memindahkannya ke United Kingdom tanpa sebarang masalah? 

Terdapat juga cakap-cakap yang Anwar mahu mewujudkan tanggapan bahawa Rameli ialah budak Dr. Mahathir dan Mahathir sebenarnya yang meminta dia membayar Clare sebanyak RM1.4 juta. Secara tidak langsung, ini merupakan 'bukti' yang Clare sebenarnya bekerja untuk Mahathir dan RM1.4 juta itu merupakan bayaran Mahathir bagi kerja-kerja dan perkhidmatan yang telah diberikan oleh Clare. 

Anwar is certainly playing a very strange game. Maybe this is Anwar’s way of killing two birds with one stone: Mahathir as well as PAS for declaring it will support Mahathir in the event Anwar launches a coup against the Prime Minister. But then this has always been Anwar’s modus operandi from way back.

Dalam satu perkembangan lain, Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan telah menamatkan kontrak mewah 25 tahun SPANCO milik Robert Tan yang dikaitkan dengan Daim Zainuddin, kroni utama Dr. Mahathir.

Nampaknya desas-desus Lim Guan Eng dan Tony Pua memerangi Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin itu semakin menunjukkan wajahnya.

Lim Guan Eng mau Spanco ditamatkan dan satu tender baru dibuka untuk membuka ruang kepada syarikat kroni DAP menggantikan Spanco.

Tun Daim sebelum ini menegur Kerajaan Pakatan Harapan supaya memberi tumpuan kepada usaha menunaikan janji kepada rakyat yang mengundi mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 dan melupakan apa yang berlaku pada masa lalu. (RUJUK SINI)


Friday, February 22, 2019

TERUK SUNGGUH DAH PENYAKIT KEMARUK ANWAR NAK JADI PERDANA MENTERI, DAH ELOK DIA DAFTAR KE HOSPITAL UNTUK RAWATAN!!!



Sana sini, sampai ke luar negara, Anwar Ibrahim memberitahu, dia yakin dia akan dilantik sebagai Perdana Menteri kurang dari tempoh 2 tahun. Sampai ke luar negara Anwar Ibrahim mencanangkan dia adalah bakal Perdana Menteri ke-8.

Memang teringin sangat Anwar dengan jawatan Perdana Menteri. Keinginan yang tidak pernah disembunyikan semenjak tahun 1997 lagi. Keinginan yang menyebabkan tercetusnya perpecahan besar dan kemudian muncullah pelbagai drama antara Mahathir dengan Anwar.

Sehingga kini, kesan daripada keinginan besar Anwar untuk jawatan Perdana Menteri tidak pernah pulih. Dan menariknya, Anwar juga tidak pernah pulih dari sakitnya ingin menjadi Perdana Menteri.

PRU-14 sepatutnya merupakan medan Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri. Namun keberadaannya di dalam penjara kerana jenayah liwat, menyebabkan Anwar sekadar menelan air liur, apatah lagi kemenangan Pakatan Harapan pada PRU-14 menggunakan lambang dan logo mata lebamnya.

Lebih malang lagi ialah apabila musuh utamanya yang menjadi pemangkin kepada keinginan membara Anwar untuk menjadi Perdana Menteri pula yang terpilih sebagai Perdana Menteri. Anwar hanya mampu bersenang hati dengan janji kononnya, Mahathir akan meletak jawatan dalam tempoh dua tahun dan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.

Sewajarnya Anwar Ibrahim menjadikan sejarah sebagai panduannya.

1 September 1998, di Pulau Pinang, Mahathir mengulangi kata-katanya bahawa dia sudah pun memilih pengganti. Penggantinya adalah Anwar Ibrahim.

Tak sampai 24 jam kemudian iaitu pada 2 September 1998, Mahathir memanggil satu sidang media untuk memaklumkan pemecatan Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan semua jawatan kerajaan yang disandangnya. Bukan itu sahaja, Anwar Ibrahim juga dipecat dari parti dengan alasan, masalah moral.


Sejarah nampaknya berulang. Sekalipun Mahathir bersetuju untuk membolehkan Anwar Ibrahim mendapat pengampunan DYMM Yang Di-Pertuan Agong bagi semua kesalahan jenayahnya, dibebaskan dari penjara dan rekod kesalahannya dipadamkan, namun itu hanyalah umpan Mahathir untuk mendapatkan sokongan dari dalam PKR buat dirinya sendiri. Mahathir berjaya dengan taktik tersebut. Sebahagian besar daripada pemimpin PKR mengalihkan kiblat, dari Anwar kepada dirinya. Azmin Ali, Zuraidah Kamaruddin, Tian Chua dan sebagainya yang lantang menentang Mahathir, kini tidak ubah seperti kucing mandul yang sentiasa menggesel betis Mahathir minta dibelai.

Hanya sekelompok kecil sahaja pemimpin PKR seperti Wan Azizah, Nurul Izzah, Rafizi Ramli dan Abdullah Sani yang masih berharap Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri. Dan harapan mereka nampaknya semakin pudar apabila Mahathir yang licik, mula mengatur strategi lain yang lebih mengukuhkan kedudukannya.

Anwar sebenarnya sudah terlambat. Dia mempunyai peluang yang sangat besar untuk menjadi Perdana Menteri ke-8 ketika UMNO-BN memberikan isyarat akan menolongnya untuk ke jawatan tersebut. Pada ketika itu, UMNO-BN masih ada 79 orang Ahli Parlimen. Anwar juga secara tradisinya mempunyai sokongan dari PAS. PAS memiliki 18 kerusi Parlimen. Komponen utama Anwar adalah DAP yang memiliki 42 kerusi Parlimen. Dicampur dengan Ahli-Ahli Parlimen dari PKR sendiri, senang-senang sahaja Anwar Ibrahim mendapat lebih 2/3 majoriti sokongan.


Namun Anwar memilih untuk berlakon gentleman. Anwar yang baru menang sebagai Ahli Parlimen Port Dickson cuba berlakon kononnya dia tidak gelojoh walaupun ke sana ke mari bahkan sampai ke luar negara dia menjaja dirinya sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Malah, lebih memalukan, dia menjadi menteri tak berportfolio tidak rasmi menemani isterinya melakukan lawatan-lawatan rasmi ke luar negara dan tampil di kamera media sebagai 'bakal Perdana Menteri'.

Dengan perkembangan terkini, kedudukan Mahathir jauh lebih kukuh berbanding Anwar Ibrahim. Anwar Ibrhaim sendiri dilihat sebagai sudah tidak relevan dan ketinggalan. Idea-idea dan hujah-hujah Anwar, bukan sahaja tidak mampu menarik minat, bahkan ditertawakan oleh penyokong-penyokongnya sendiri.

Dan apabila Anwar mengutuk PAS di hadapan wartawan, Anwar Ibrahim sebenarnya sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada jawatan Perdana Menteri dan dia sudah boleh mendaftar di mana-mana hospital untuk mengubati penyakit meroyannya!!!

Lebih-lebih lagi kalau PPBM menang pula dalam PRK DUN Semenyih, Anwar Ibrahim boleh menangis di bucu katil sambil mengongoi, 'Aku Nak Jadi PM! Aku Nak Jadi PM!'


Thursday, December 14, 2017

MAHATHIR SUDAH TERLAMBAT UNTUK GUNAKAN ANWAR IBRAHIM BAGI MEMBEBASKANNYA!!!



Trick Mahathir untuk menarik seberapa ramai massa ke jalan raya bagi membantunya mencapai cita-cita dan impiannya sedang digunakan.

Namun Mahathir sebenarnya sudah terlambat hampir 20 tahun kerana kemuncak daripada kesanggupan orang ramai turun ke jalan raya mendesak Perdana Menteri meletak jawatan adalah pada tahun 1998 iaitu pada zaman dia berkuasa.

Beberapa isu yang membelenggu Mahathir khususnya melibatkan pertentangannya dengan pihak istana Selangor dan Johor, membuatkan diktator tua tua terpaksa mrnggunakan Anwar Ibrahim, nama yang pernah cuba dilianglahadkan pada tahun 1998.

Pada masa yang sama Mahathir mengharapkan persamaan dia dengan Anwar Ibrahim kerana mereka sama-sama terlibat dalam skandal Forex, akan membolehkan para penyokong dan pentaksub Anwar berpihak kepadanya.

Mahathir pada masa yang sama cuba untuk membuatkan orang ramai terlupa bahawa penyokong dan pentaksub Anwar wujud kerana kebencian yang amat keterlaluan kepadanya. Dan walaupun sekarang ini dilihat ada perubahan sikap terhadap Mahathir tetapi majoriti penyokong dan pentaksub Anwar tetap menyalahkan Mahathir kerana menggagalkan usaha Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan memperbaharui hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Israel.

Mahathir sudah jauh ketinggalan dan terlambat!!!


Tuesday, June 13, 2017

MARAH BETUL PKR KEPADA LIM KIT SIANG BILA DIKATAKAN ANWAR IBRAHIM TAK BOLEH JADI PM KE-7!!!



Lim Kit Siang payah hendak bercakap benar. Tetapi sekali dia bercakap benar, yang terluka dan terguris adalah kumpulan sekongkolnya sendiri.

Begitulah dalam kes membabitbkan Anwar Ibrahim.

PKR dan Anwar Ibrahim sendiri masih menaruh harapan, Penasihat dan Ketua Umum PKR itu akan menjadi calon Perdana Menteri Ke-7. Pelbagai cara telah digunakan, termasuklah pemanipulasian undang-undang dan menunda-nunda perbicaraan bagi menimbulkan persepsi buruk di kalangan masyarakat yang kurang membaca dan mengkaji tetapi lebih tertarik dengan kesensasian sesuatu isu yang membabitkan Anwar Ibrahim.

PRU ke-14 dijangka akan diadakan pada pertengahan tahun hadapan selewat-lewatnya. Anwar Ibrahim pula telah dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun oleh Mahkamah Persekutuan kerana kesalahan jenayah liwat pada tahun 2015 setelah kes tersebut mulai melibatkan perundangan pada September 2008. Keputusan Mahkamah Persekutuan yang panel hakimnya adalah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali. Panel hakim tersebut diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria. Keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 yang telah menjatuhkan hukuman yang sama ke atas Anwar Ibrahim. Perbicaraan liwat kedua Anwar Ibrahim itu mengambil masa lebih 5 tahun tanpa Anwar Ibrahim menampilkan saksi mahupun fakta-fakta yang boleh membela dirinya, melainkan mengarahkan para peguamnya bermain-main dari segi teknikaliti perundangan.

Dengan kata lain, bermula dari tarikh jatuh hukum, Anwar Ibrahim hanya akan dibebaskan seawal-awalnya pada penghujung tahun hadapan setelah mengambil kira cuti dan berkelakuan baik. Bagaimanapun, bebas dari penjara, tidak bermakna Anwar Ibrahim boleh terus terlibat dalam politik apatah lagi menjadi calon pilihanraya. Ini kerana kekangan undang-undang yang melarang mana-mana bekas banduan yang telah dihukum penjara melebihi setahun atau didenda melebihi RM2000 terlibat dalam politik selama 5 tahun.

Lim Kit Siang dalam hal ini berkata benar. Anwar Ibrahim tidak boleh langsung menjadi calon PM ke-7 sebagaimana yang dihajati oleh Anwar Ibrahim dan kelompok PKR.

Memang benar, hanya DYMM Yang Di-Pertuan Agong boleh mengampunkan dan mengeluarkan Anwar Ibrahim daripada penjara, tetapi klausa larangan ke atasnya berkuatkuasa. Apatah lagi, Anwar Ibrahim sendiri enggan meminta ampun daripada DYMM Yang Di-Pertuan Agong kerana prosedur yang perlu dipatuhinya ialah, dia perlu mengakui kesalahannya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu. Dia tidak boleh menggunakan wakil atau peguamnya, sepertimana yang dilakukan sekarang sebaliknya perlu meminta ampun dengan batang tubuhnya sendiri.

Bagaimanapun, PKR masih terus bertegas mengatakan Anwar Ibrahim adalah calon PM ke-7. Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani begitu marah dengan kenyataan Lim Kit Siang bahawa Anwar tidak layak menjadi calon PM ke-7 tetapi hanya boleh menjadi calon PM ke-8.

Usaha-usaha terbaharu yang dijalankan oleh PKR dengan mengaitkan Shafee Abdullah yang menjadi pendakwaraya dalam kes liwat Anwar Ibrahim sebagai cara untuk mengeluarkan Anwar dari penjara, tidak begitu efisien, memandangkan sumber mereka adalah Sarawak Report dan Clare Rewcastle-Brown yang telah terbukti melakukan fitnah dan pembohongan dalam kebanyakan kes dan isu yang dibawanya.

Sampai bila sebenarnya PKR hendak terus hidup dalam fantasi dan bayangan silam tanpa mahu menerima hakikat bahawa masa untuk Anwar Ibrahim telah lama berakhir?

Anwar Ibrahim telah memendekkan kerjayanya sendiri dengan kesalahan dan nafsunya tetapi masih sibuk menyalahkan orang lain. Bukti-bukti dan fakta-fakta di mahkamah telah menyatakannya demikian. Sewajarnya Anwar Ibrahim dan PKR berpijak di bumi nyata, sebagaimana Lim Kit Siang sendiri. Kalaupun masih ada sisa-sisa harapan, tak payahlah membohongi para pengundi dengan mencalonkan Anwar Ibrahim untuk PRU-14. Tunggu sajalah PRU-15. Itu pun kalau Anwar Ibrahim tidak terus mengulangi tabiat lamanya!!!


Thursday, June 8, 2017

CUBAAN TERDESAK ANWAR IBRAHIM UNTUK KELUAR DARI PENJARA GUNAKAN FITNAH YANG MEMBODOHKAN RAKYAT MALAYSIA!!!



Ahli Lawyers for Liberty dan PKR, Latheefa Koya memberitahu wartawan bahawa Anwar Ibrahim akan mencabar keputusan bersalah dan pemenjaraannya dengan menggunakan alasan pembayaran RM9.5 juta oleh Perdana Menteri kepada pendakwaraya kes Anwar Ibrahim, Shafee Abdullah. 

Ini bukanlah kali pertama, Anwar Ibrahim cuba membebaskan dirinya daripada penjara selepas didapati bersalah. Dia telah membuat banyak rayuan kepada mahkamah dan kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang memperlihatkan kegagalannya.

Tuduhan Pakatan bahawa Shafee menerima RM9.5 juta daripada Najib Abdul Razak kononnya berlaku pada dua tarikh iaitu 11 September 2013 dan 17 Februari 2014. Jadi menurut mereka, Anwar Ibrahim tidak bersalah!

Untuk ingatan, Anwar Ibrahim buat kali pertama didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 dan kemudian sekali lagi disahkan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015. 

Usaha Anwar terkini itu dijangka akan gagal kerana dia perlu membuktikan: 

1. Sama ada Shafee dibayar sebelum keputusn akhir Mahkamah Persekutuan pada 2015 memandangkan dia menuduh pembayaran dibuat kepada Shafee pada 2013 dan 2014. 

2. Jumlah yang dibayar oleh Najib bagi kes perbicaraan liwat dan Shafee yang juga dikenali sebagai 'Peguam UMNO' tidak ada buat kerja lain untuk Najib atau UMNO sepanjang tempoh 2 tahun itu yang memerlukan pembayaran atau fi tertentu untuk khidmatnya. 

3. Wang yang dibayar kepada Shafee telah berjaya mempengaruhi keputusan tiga orang hakim Mahkamah Rayuan dan 5 orang hakim Mahkamah Persekutuan yang mana kesemua mereka sebulat suara menjatuhkan hukuman bersalah kepada Anwar Ibrhaim. 

Shafee adalah pendakwaraya dan bukannya hakim yang menjatuhkan hukuman. Tugas pendakwaraya adalah membuktikan kesnya adalah betul dan orang yang dituduh bersalah. Hakim adalah pihak yang menjatuhkan mensabitkan dan menjatuhkan hukuman, bukannya pendakwaraya. 

4. Anwar Ibrahim juga perlu menjawab, mengapa dia suka meninggalkan air maninya merata-mrata sehingga boleh 'dicekup' oleh polis. Dia juga perlu menerangkan mengapa dia tidak memanggil 13 orang saksi termasuklah isterinya sebagaimana yang dirancang dari awal. 

Anwar Ibrahim juga tidak berani menjawab mengapa dia tidak berani bersumpah yang dia tidak bersalah. Malahan, Anwar Ibrahim tidak pernah mendedahkan bagaimana dia membayar upah 12 orang peguamnya di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. 

Sebenarnya, semua ini hanyalah cubaan terdesan Anwar Ibrahim untuk mendapat peluang membebaskan dirinya menggunakan apa-apa sahaja alasan yang dilihatnya wajar selain cuba menimbulkan persepsi bahawa sistem mahkamah di negara ini tidak adil dan telah dibeli oleh Najib Abdul Razak.

Kempen dan propaganda yang dilakukan oleh para penyokongnya sekarang, tidak lebih daripada cubaan membodoh-bodohkan rakyat Malaysia menggunakan alasan yang sangat basi dan remeh, hanya semata-mata untuk memastikan Anwar Ibrahim menjadi calon PM ke-7 walaupun, kalau benar Anwar dibebaskan, dia tidak mungkin boleh menjadi calon PM ke-7 kerana larangan undang-undang terhadap bekas banduan yang telah disabitkan dan dihukum penjara lebih dari setahun. 


Thursday, July 23, 2015

MACAM MANA ANWAR IBRAHIM YANG TERKURUNG DALAM PENJARA, BOLEH TAHU, DALANG GULINGKAN NAJIB BERADA DI LUAR NEGARA? ANWAR NAK KONA KE MANA?



Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak berkuasa supaya bekerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol) bagi mengheret 'watak utama' atau dalang disebalik dakwaan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke muka pengadilan.

Seolah-olah ada maklumat berhubung dakwaan penyelewengan 1MDB, bekas Ketua Pembangkang itu mendakwa 'watak utama' skandal membabitkan syarikat pelaburan milik kerajaan itu kini berada di luar negara.

"Walaupun beberapa tangkapan telah dilakukan, tidak salah untuk umum terus berasa curiga sehinggalah tindakan diambil terhadap ‘watak utama’ skandal ini.

"Pihak berkuasa mesti bekerjasama dengan badan-badan antarabangsa seperti Interpol, kerana beberapa ‘watak utama’ atau saksi kini berada di luar negara," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Bagaimanapun menerusi kenyataan yang disampaikan melalui peguamnya, Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun tidak menamakan 'watak utama' yang dimaksudkannya itu.

Sehingga kini pihak berkuasa menahan dua individu termasuk Pengarah Urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd, Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana 1MDB.

Shamsul ditahan pada petang Selasa di pusat beli-belah The Curve di Mutiara Damansara sebelum dibawa ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat, di mana beliau kemudiannya ditahan.

Beliau kemudiannya direman selama lima hari.


Sebelum itu, seorang pengarah sebuah syarikat swasta direman empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan berhubung akaun syarikat SRC International Sdn Bhd.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Lau Eric di Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM.

Suspek berusia 39 tahun tersebut ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang kira-kira jam 1 petang pada Isnin oleh Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB. - (MSTAR ONLINE)


Tuesday, June 30, 2015

HELAH LAMA YANG DIPERBAHARUI, ANWAR IBRAHIM SAKIT KETUMBUHAN 4 CM DALAM BUAH PINGGANG, DAN MAHU TAHANAN RUMAH, BUKANNYA DI PENJARA SUNGAI BULOH!!!



Ada-ada sahaja helah yang berjaya difikirkan oleh Anwar Ibrahim sepanjang dia berada di Sungai Buloh sebagaimana yang diketahui oleh awam. Dan seperti tahun 2000 dahulu, tahun 2015 juga nampaknya rakyat Malaysia dihidangkan dengan kisah yang boleh membuatkan hati sebal, air mata mengalir tanpa henti dan sedu-sedan mengiringi penjelasan Anwar Ibrahim, yang dia memerlukan layanan lebih baik berbanding terperuk dalam penjara.

Kalau dahulu, helahnya adalah sakit tulang belakang, sakit pinggang, dicucuk virus HIV dan diberi racun arsenik yang kemudian, nyata ia adalah pembohongan dan temberang besar agar nama dan keberadaannya terus relevan, kali ini lain pula sakitnya.

Nampak benar, sengaja enggan menggunakan trick lama agar golongan 1999-2005 tidak mengingati semula semua helah-helahnya. Bagi golongan yang baru nak hidup dan kenal Anwar Ibrahim, mereka pasti akan percaya penuh dengan apa-apa sahaja yang dinyatakan oleh Anwar Ibrahim dan para peguamnya, apatah lagi dengan lakonan serta air mata anak-anak perempuannya, khususnya Nurul Nuha dan Nurul Izzah.

Peguam Anwar Ibrahim, R.Sivarasa menyatakan Anwar Ibrahim perlu dikeluarkan dari penjara dan ditempatkan di rumah sebagai tahanan rumah bagi membolehkan dia mendapat rawatan kesihatan. R.Sivarasa Rasiah dan Jared Genser juga berkata, tahap kesihatan Anwar 'semakin teruk dan amat membimbangkang' kerana telah dinafikan rawatan perubatan yang sesuai.

Sesuai yang dimaksudkan oleh kedua-dua peguam tersebut, besar kemungkinan dengan membenarkan Anwar Ibrahim bebas dan bergerak ke sana ke mari melakukan apa-apa sahaja yang dikehendakinya tanpa perlukan tindakan atau natijah undang-undang.


Menurut Sivarasa dan Genser, Anwar telah kehilangan 6 kilogram berat badannya semenjak penahanannya pada 10 Februari, mengalami tekanan darah yang tidak menentu, KETUMBUHAN 4 CM pada buah pinggang, otot bahu yang terkoyak dan artritis kronik.

Semua alasan yang diberikan oleh kedua-dua peguam tersebut, tidak lebih nilainya daripada sekadar alasan untuk melepaskan Anwar Ibrahim. Walaupun menjalani perbicaraan panjang di mana pendakwaraya telah mengemukakan pelbagai bukti dan saksi dengan pasukan peguambela Anwar pula langsung tidak dapat menampilkan bukti sebaliknya lebih banyak bermain persepsi dan kesalahan teknikal, usaha telah dibuat untuk menampilkan Anwar Ibrahim sebagai TAHANAN POLITIK bukannya BANDUAN JENAYAH LIWAT sebagaimana mahkamah putuskan.

Sepanjang perbicaraannya, Anwar langsung tidak dibicarakan tentang pegangan politiknya, sebaliknya kerana PERBUATAN LIWATNYA!!!

Sementara itu, Perdana Menteri telah mengarahkan agar Anwar Ibrahim diberikan rawatan lanjut... MAKLUMLAH, KETUMBUHAN 4CM pada buah pinggang Anwar Ibrahim, merupakan kes-kes terpencil yang boleh dimasukkan dalam RIPLEY'S BELIEVE IT OR NOT!!!!




Friday, June 19, 2015

APA PENJELASAN KETUA PENGARAH PENJARA SUNGAI BULOH BERHUBUNG KEISTIMEWAAN ANWAR DIBEBASKAN UNTUK BERMESYUARAT DI TENGAH-TENGAH KUALA LUMPUR?



Beberapa persoalan sebelum ini telah dibangkitkan berhubung layanan istimewa yang diberikan kepada Anwar Ibrahim dan mengapa Anwar Ibrahim begitu bersungguh-sungguh mahukan Penjara Sungai Buloh sebagai 'kediamannya'.

The Unspinners telah mendedahkan bagaimana KEISTIMEWAAN diberikan kepada Anwar Ibrahim oleh Penjara Sungai Buloh dan bagaimana pegawai penjara mengeluarkan arahan kepada anggota-anggota polis yang mengiring agar tidak meneruskan iringan ke atas Anwar Ibrahim.

Beberapa persoalan kini muncul:

Apa istimewanya Anwar Ibrahim sehingga dia dibenarkan keluar dari Penjara Sungai Buloh untuk bermesyuarat atau bertemu peguam atau bersama-sama ahli keluarganya di luar lingkungan tembok Penjara Sungai Buloh?


Adakah banduan-banduan jenayah lain turut menerima layanan istimewa ini selain dari ke hospital dari Penjara Sungai Buloh atau penjara-penjara lain di seluruh Malaysia?

Arahan siapakah yang membolehkan Anwar Ibrahim menerima layanan seistimewa itu?

Atas peruntukan undang-undang yang mana, yang membolehkan Anwar Ibrahim menikmati sebegitu hebat layanan walaupun dia sebenarnya adalah BANDUAN JENAYAH LIWAT?

Dua puluh minit kemudian, anak Anwar dan AP Lembah Pantai, Nurul Izzah tiba ke Wisma Maran bersama ibunya, AP Permatang Pauh dan ADUN Kajang serta Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah

Saksi memberitahu dia difahamkan satu perbincangan dipercayai diadakan di Tingkat 8 dan perbincangan kes Anwar selesai pada pukul 10.55.

Kemudian dalam pukil 11 pagi, Anwar bertemu ahli keluarga di tempat perbincangan Tingkat 8 Wisma Maran hingga dia pulang ke penjara Sungsi Buloh pada pukul 12.15.

Suatu perkara yang pelik untuk Anwar keluar dari penjara Sg Buloh untuk hadiri perbincangan. (sumber)


Wednesday, April 1, 2015

RASMI, PENGAMPUNAN DIRAJA BUAT ANWAR IBRAHIM DITOLAK.. SELAMAT JALAN ANWAR IBRAHIM, DAN SELAMAT DATANG PRK PERMATANG PAUH!!!



Pengampunan ke atas Anwar Ibrahim secara rasmi telah ditolak, hari ini. Anwar Ibrahim yang dihukum penjara selama lima tahun, telah mengemukakan permohonan pengampunan menerusi keluarganya walaupun dikatakan, bukan Anwar yang meminta pengampunan diraja sebaliknya, isterinya iaitu Wan Azizah dan anak-anaknya.

Sekaligus, Anwar Ibrahim perlu meneruskan hukuman penjaranya selama lima tahun.

Pengampunan Diraja merupakan jalan akhir untuk bebas atau hukuman diringankan tanpa menyanggah keputusan Mahkamah Persekutuan. Si pesalah yang meminta pengampunan perlu memohon sendiri, menyatakan kekesalan atas perbuatan jenayahnya dan berikrar tidak akan mengulangi jenayah itu pada masa hadapan.

Sebelum ini, peguam-peguam dan keluarga Anwar Ibrahim enggan mengakui bahawa kerjaya politik Anwar Ibrahim telah berakhir apabila Pejabat Peguam Negara telah melupuskan permohonan ampun tersebut kerana tidak menepati syarat atau mengikut prosedur sepenuhnya.

Dengan penolakan ini, bererti tamatlah juga riwayat Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Parlimen Permatang Pauh kini sudah kosong dan satu pilihanraya kecil akan diadakan untuk mencari pengganti Anwar Ibrahim.

Wan Azizah dah buat 'road-tour' di Permatang Pauh. Hasilnya, tidak meyakinkan. Ditambah pula dengan konflik antara DAP dengan PAS. Lebih teruk lagi ialah apabila Lim Guan Eng memberi amaran kepada PKR, DAP tidak akan bersama-sama membantu dalam kempen PRK Parlimen Permatang Pauh sekiranya, PAS ada sekali.


PKR menerusi Azmin Ali cuba mengambil jalan singkat atau penyelesaian jangka pendek dalam usaha menjaga hati PAS agar penyokong-penyokong PAS di Permatang Pauh tidak bertindak memboikot PRK Permatang Pauh atau lebih teruk lagi memberikan undi kepada calon UMNO-BN dengan menyatakan, PKR tidak ada masalah dengan PAS di Selangor.

Salah seorang daripada peguam Anwar Ibrahim, Latheefa Koya berkata pihaknya akan membuat rayuan kepada penolakan tersebut dan akan mendapatkan maklumat lanjut tentang apa yang sedang berlaku.

Selamat jalan Anwar Ibrahim... Selamat datang PRK Permatang Pauh!!!


Wednesday, March 4, 2015

PERMOHONAN ANWAR UNTUK HADIRI SIDANG PARLIMEN DITOLAK OLEH PENJARA, NURUL IZZAH KECEWA!!!



Secara tiba-tiba timbul pula rasa kasihan dengan Nurul Izzah.

Apakan tidak, setelah berhempas pulas, membuat pelbagai onar dan ulah, mencipta pelbagai petisyen dan fitnah, akhirnya Jabatan Penjara Malaysia memberikan jawapan yang sangat negatif.

ANWAR TIDAK DIBENARKAN MENGHADIRI PERSIDANGAN PARLIMEN!!!

Anwar Ibrahim adalah BANDUAN JENAYAH dan bukannya TAHANAN POLITIK sebagaimana yang cuba dilabelkan dan dipersepsikan oleh Nurul Izzah, kaum keluarga serta para penyokongnya. Anwar Ibrahim sepatutnya menjalani kehidupan sebagai seorang BANDUAN JENAYAH selepas Mahkamah Persekutuan mensabitkan kesalahannya dan kegagalan Anwar serta berbelas-belas orang peguamnya untuk menampilkan bukti serta saksi bagi menyanggah fakta serta bukti pendakwaraya dalam kes liwat II yang berlangsung selama 7 tahun.

Sekeping kad bersampul surat berkepalakan 'URUSAN SERI PADUKA BAGINDA' telah dijadikan sandaran oleh Nurul Izzah sebelum ini, sebagai bukti kononnya PAPA JAHATnya telah dijemput sendiri oleh DYMM Yang Di-Pertuan Agong untuk minum teh bersama-sama.

Keputusan tidak membenarkan Anwar Ibrahim bergerak bebas seperti orang tidak bersalah, adalah tepat. Pengesahan telah diberikan oleh Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia sebentar tadi.

Maka, ngangalah Nurul Izzah dan puak-puak yang sibuk nak dapatkan 100 tandatangan sebagai petisyen untuk diserahkan kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong bagi membebaskan Anwar Ibrahim semata-mata untuk menghadiri Sidang Parlimen.


Dah BANDUAN JENAYAH tu, buatlah cara BANDUAN JENAYAH. Tak payahlah nak perasan awak tu TAHANAN POLITIK. Keputusan mahkamah adalah ANWAR IBRAHIM ADALAH BANDUAN JENAYAH LIWAT. Tiada suatu bukti atau saksi pun yang ditampilkan oleh Anwar sepanjang 7 tahun perbicaraan.

Malah Anwar dan berbelas-belas orang peguamnya pun tak dapat nafikan bagaimana air mani Anwar boleh berada dalam dubur Saiful sedalam 4cm berbanding KY Jelly yang cuba dibuktikan oleh para peguam Anwar, liwat tersebut berlaku SECARA SUKA SAMA SUKA!!!


Monday, March 2, 2015

MUKA TAK MALU!!! BANDUAN JENAYAH LIWAT NAK DAPATKAN KEISTIMEWAAN DIBENARKAN PERGI KE PERSIDANGAN PARLIMEN!!!



Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir pada persidangan Dewan Rakyat yang dijadual bermula pada Isnin depan.

Menerusi surat kepada Pejabat Speaker Dewan Rakyat, Anwar yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat turut mengesahkan kehadirannya pada hari pertama pembukaan sidang Parlimen itu.

Ketua Whip Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Johari Abdul berkata, surat jawapan balas kehadiran Anwar sudah diuruskan oleh pejabat ketua pembangkang itu.

“Abdul Malek Hussin selaku penyelaras pejabat ketua pembangkang sudah menjawab surat kehadiran Datuk Seri Anwar. Jadi beliau akan hadir pada sidang Isnin depan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Isnin.

Mengulas lanjut Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata, parti itu juga sudah memohon campur tangan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi memastikan Anwar dibenar hadir menyertai sidang Parlimen.

“Saya sudah menyerahkan surat kepada Tan Sri Yang di-Pertua Dewan Rakyat memohon supaya Pejabat Speaker menguruskan kehadiran Datuk Seri Anwar selaku Ketua Pembangkang bagi menghadiri sidang Parlimen.

“Tindakan saya ini selaras dengan peruntukan Fasal 48 Perlembagaan Persekutuan bahawa Datuk Seri Anwar masih merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang,” katanya.


Anwar ketika ini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu menolak rayuan akhir beliau terhadap kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari.

Pandikar Amin dalam kenyataan pada 24 Februari lalu menyatakan kelayakan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh akan ditentukan selepas petisyen pengampunan yang dikemukakan keluarga Anwar diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu pada 27 Februari lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak akan campur tangan dalam soal peraturan dan operasi Jabatan Penjara.

Menurut Ahmad Zahid kementeriannya menyerahkan kepada Peguam Negara untuk membuat tafsiran mengenai status Anwar sama ada dibenarkan atau tidak untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung dari 9 Mac hingga 9 April depan.

-mStar


Saturday, February 28, 2015

ISU ANWAR IBRAHIM SEBAGAI BANDUAN JENAYAH MUDAH SELESAI JIKALAU ZAHID HAMIDI BENAR-BENAR ADA TELUR SEBAGAI MENTERI KDN!!!!



Isu Anwar Ibrahim ke Parlimen ini tidak patut berpanjangan jika Menteri KDN memaklumkan kepada rakyat bahawa sebagai seorang banduan Anwar Ibrahim tidak boleh menghadiri apa-apa sidang Parlimen mahu pun apa-apa aktiviti di luar penjara kecuali membabitkan kes Mahkamah beliau.

Anwar Ibrahim sudah diputuskan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan iaitu saluran terakhir dalam sistem perundangan Malaysia.

Malah jika di peringkat Mahkamah Tinggi dan Rayuan pun jika seseorang itu didapati bersalah dan Mahkamah tidak membenarkan penangguhan hukuman, maka pesalah itu perlu dipenjarakan tanpa mengambil kira proses rayuan ke Mahkamah lagi tinggi.

Jika Anwar Ibrahim boleh hadiri sidang Parlimen maka semua banduan perlu dibenarkan bekerja di luar penjara bagi menyara keluarga mereka.

Menteri dan Timbalan Menteri KDN jangan tolak tanggungjawab kepada pihak lain atau pegawai kerajaan. Jika takut buat keputusan berhenti saja.

Sungguhpun Jabatan Penjara Malaysia di bawah Kementerian Dalam Negeri, namun Menteri Dalam Negeri dan Timbalannya menolak kepada pihak lain untuk membuat keputusan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata Anwar Ibrahim perlu mengemukakan permohonan kepada Jabatan Peguam Negara bagi membolehkannya hadir ke sidang Dewan Rakyat akan datang.

Manakala timbalannya Datuk Ser Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam yang mengatakan Anwar perlu membuat permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Zahid dilaporkan berkata,
“Saya fikir kenyataan itu patut dirujuk kepada peguam negara. Tidak perlu ada pendapat individu, sama ada di kalangan menteri atau ahli politik.
“Kita perlu meletakkan kebertanggungjawaban itu kepada pengamal undang-undang, terutamanya peguam negara, membuat tafsiran berdasarkan Perkara 49 dalam perlembagaan, dan klausa lain yang terdapat dalam undang-undang yang berkaitan.”
Soalnya apakah sebagai Menteri KDN beliau tidak boleh mendapatkan pandangan Peguam Negara lebih awal dan kemudiannya membuat keputusan muktamad menutup perbincangan mengarut ini?.... TERUSKAN BACAAN DI MYKMU.NET

 
Blogger Templates