Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label demonstrasi pelajar. Show all posts
Showing posts with label demonstrasi pelajar. Show all posts

Sunday, August 28, 2016

PELAJAR MELAYU DIPUJI BERDEMONSTRASI JALANAN, PELAJAR CINA SIMPAN DI MANA? DI TAIWAN? DI MACAU?



Bukan main meleleh lagi DAP memuji pelajar-pelajar universiti yang pergi berdemonstrasi semalam. Kononnya, para pelajar universiti tersebut adalah pemberani yang sanggup berjuang untuk mempertahankan negara ini daripada ancaman MO1.

Biarpun jumlah pelajar universiti yang datang ke demonstrasi jalanan semalam bolehlah dibilang dengan jari berbanding kehadiran orang yang tidak ada kena-mengena dengan universiti tetapi menggunakan pelajar-pelajar universiti, tetapi fenomena yang berlaku, sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing di seluruh dunia.

Gerakan pelajar secara tidak rasminya adalah gerakan blok ketiga yang sepatutnya tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, non-partisan. Bagaimanapun, teori kekal sebagai teori. Orang politik bijak memanipulasi keadaan dan suasana. Dan kerana itulah, di seluruh dunia, gerakan pelajar merupakan gerakan anti kerajaan yang bertunjangkan pembangkang. Pembangkang menggunakan gerakan pelajar dalam usaha meraih kelompok sokongan daripada pengundi-pengundi muda yang semakin bertambah.

Namun di Malaysia ada sesuatu yang sangat ketara kalau kita perhatikan secara tuntas.

Pujian yang diberikan oleh DAP kepada gerakan pelajar dalam #TANGKAPMO1 sebenarnya mengandungi muslihat yang jauh lebih besar. Gerakan tersebut diketuai oleh Sekolah Demokrasi yang diwujudkan oleh DAP dan mengkaderkan pelajar-pelajar Melayu yang tidak cemerlang dalam bidang akademik. Pencarian pengaruh juga di kalangan pelajar-pelajar berbangsa Melayu-Bumiputera walaupun tenaga pengajarnya adalah Cina totok DAP.

Dalam bahasa Cina totok, dalam fikiran Cina totok, dalam amalan Cina totok, dalam tuntutan Cina totok dan segala-galanya Cina totok, mengapa dalam hal ini, boleh pula pelajar-pelajar Melayu dipuji Cina totok?

Apakah kerana mereka Melayu yang menentang kerajaan, sekaligus memberikan keuntungan kepada DAP untuk jangka panjang, maka mereka dipuji walaupun pujian yang sama tidak pernah dihantar kepada pelajar-pelajar Melayu cemerlang yang diiktiraf dunia seperti Siti Aishah Kamaruzzaman, yang merupakan ketujuh terbaik dunia sebagai graduan ACCA (Association of Chartered and Certified Accountant), yang turut mendapat tawaran biasiswa daripada Binder Dijker Otte (BDO) dari Amerika Syarikat (AS).

Binder Dijker Otte merupakan firma perakaunan kelima terbesar di dunia.

Mungkin untuk menyedapkan hati, kita boleh katakan, DAP memilih pelajar-pelajar universiti Melayu dari kalangan yang lemah akademik mereka, yang tidak berminat dengan pelajaran tetapi sangat berminat untuk turut serta dalam politik, yang gilakan glamour dan perhatian serta mendapat pujian daripada golongan anti-establishment manakala golongan pelajar Melayu cemerlang, tidak diganggu dan dikacau agar kecemerlangan mereka diteruskan.

Justeru, timbul pula pertanyaan, mengapa hanya pelajar-pelajar Melayu-Bumiputera? Mana perginya pelajar-pelajar Cina? Di IPT manakah pelajar-pelajar berbangsa Cina mengaktifkan pergerakan mereka kerana setakat ini, mereka tidak wujud di IPTA mahupun IPTS tempatan termasuklah di Era New College milik DAP di Kajang pun!

Sedangkan pada masa yang sama, DAP mampu menghasilkan barisan pelapis kepimpinan dari kalangan Cina chaunivis yang apabila kita perhatikan pula, pemikiran mereka langsung tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan, bahkan mereka lebih cenderung untuk memerangi Perlembagaan seperti Hew Kuan Yau.


Adakah pangkalan latihan mereka di Taiwan serta Macau, mahupun di Singapura dan Australia mengajar mereka untuk menjadikan pelajar-pelajar Melayu-Bumiputera dari IPTA dan IPTS tempatan sebagai kader mereka demi merealisasikan motif perjuangan yang masih lagi disorokkan dan masih tidak berani dizahirkan secara berterus-terang oleh DAP?

Gerakan pelajar di Malaysia masih tidak dapat membezakan antara ketulenan perjuangan mereka dengan campurtangan politik seperti yang ditunjukkan dalam demontrasi jalanan terbaharu semalam. Membenarkan campurtangan golongan politikus mahupun NGO yang sudah terang bersuluh hala dan kecenderungan mereka, menjadikan perjuangan gerakan pelajar itu tidak ubah seperti boneka yang mengatasnamakan pelajar-pelajar universiti sedangkan pada masa yang sama, ia sebenarnya tidak lebih daripada sekadar satu helah untuk meruntuhkan dan melemahkan struktur masyarakat pada masa hadapan.

Memang benar, tidak semestinya menjadi pelajar universiti yang menikmati segala kemudahan daripada pentadbiran, polisi dan dasar kerajaan, membuatkan mereka bungkam mulut dan lidah. Tetapi amat jauh daripada kebenaran seandainya mereka membenarkan diri mereka sebagai alat pembangkang untuk menentang kerajaan dalam kesemua isu hanya semata-mata kerana mereka berasakan mereka masih muda dan terpengaruh dengan idealisme anti-establishment.

Gerakan pelajar seharusnya menjadi rakan kerajaan yang kritikal, yang mengkritik apa yang mereka rasakan tidak benar dan tidak betul tetapi pada masa yang sama menyokong dan memperkasakan seperti saranan Mustafa Mohamed yang menyeru para pelajar universiti untuk menjadikan IPT di Malaysia menerusi gagasan 'Soaring Upwards' yang berhasrat menjadikan universiti-universiti kita setanding dan setaraf Oxford dan Cambridge dalam tempoh 20 tahun akan datang.


Monday, December 15, 2014

70 ORANG BUDAK MELAYU PELAJAR UNIVERSITI MALAYA NI, KALAU DAP MENANG, MEREKA AKAN DIPECAT SERTA-MERTA!!!


DAP ada pusat pengajian mereka sendiri yang dikenali sebagai College New Era di Kajang. Tetapi tidak seorang pun pelajar dari kolej tersebut yang berani bermain politik menentang DAP. Sebaliknya sama ada yang masuk ke kolej tersebut anak orang MCA atau GERAKAN, mereka perlu akur kepada ketuanan DAP.

Sebab itulah, kita tidak pernah melihat sebarang demonstrasi atau luahan tidak puas hati dari kalangan pelajar Kolej New Era walaupun ada masalah yang berbangkit.

Berbeza pula di institusi-institusi pengajian tinggi awam yang majoriti pemegang kursus mudah lulusnya adalah Melayu. Budak-budak Melayu di kesemua IPTA hampir tidak berminat dengan pelajaran sebaliknya sangat berminat dengan politik pro-Anwar Ibrahim. Mereka sentiasa berasakan mereka lebih baik dan idea mereka lebih cemerlang berbanding kepimpinan sedia ada.

Disebabkan itulah, mereka tidak pernah cemerlang dan hanya mengharapkan STATUS MELAYU-BUMIPUTERA sahaja untuk kekal sebagai pelajar IPTA walaupun pada masa yang sama, mereka cukup cemerlang dalam bab-bab demonstrasi dan sebagainya yang berkaitan.

Hari ini kira-kira 70 orang pelajar Universiti Malaya yang hampir kesemua mereka adalah budak-budak Melayu yang telah menandatangani aku janji sebelum memasuki universiti tersebut, berdemonstrasi kononnya untuk 'membela' kawan-kawan UM8 mereka yang telah dikenakan hukuman denda kerana melanggar peraturan universiti.


Disebabkan pentadbiran dan pengurusan UM adalah dari kalangan yang lemah semangat, bacul dan tidak berani membuat sebarang keputusan kerana bimbang dimarahi oleh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, tindakan yang dikenakan kepada para pelajar yang tidak sedar diri itu, hampir tiada langsung.

Para pelajar itu seharusnya diberikan peluang untuk menjadi ahli politik sepenuhnya dan menamatkan peluang mereka berada di kerusi pengajian. Memang itu pun yang mereka mahukan. Kalau dibiarkan mereka terus belajar pun, mereka tidak akan dapat menumpukan kepada kecemerlangan akademik.

Maka tidak hairanlah mengapa minda anak-anak Melayu begitu merosot. Mereka telah dimuakan, dimanjakan dan dimomokkan dengan pelbagai kemanjaan yang akhirnya bukan sahaja akan menjahanamkan mereka sendiri dengan pelbagai kerenah manja dan tidak mampu berdikari, bahkan menjadikan keseluruhan bangsa Melayu-Bumiputera sebagai bangsa yang sangat lemah dan mudah diperkotak-katikkan selain MUDAH DIRASUAH dan diguna-gunakan.

Sunday, November 9, 2014

FAHMI ZAINOL TERSILAP JANGKA... AKHIRNYA TERSERET KE BALAI POLIS KOTA KINABALU UNTUK SARINGAN AIR KENCING!!!




Seramai 10 orang peserta flashmob telah dibawa balik ke Balai Polis Kota Kinabalu pagi tadi untuk tujuan dokumentasi dan saringan air kencing. 

Mereka adalah

(1) MOHD FATHIHIE B GADIUS - Pengerusi Gabungan Inspirasi Malaysia (GIM) UiTM Sabah
(2) MUHAMMAD ASYRAF CIK ANI - Pengerusi Pro M UMS Kota Kinabalu
(3) ADAM FESTIVAL - Pro Mahasiswa UM
(4) FAHMI ZAINOL - Presiden Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM)
(5) JAMHURI MUHAMMAD - Pengerusi Pro M UMS Kampus Labuan (UMSKAL)
(6) ABDUL MUQIT MUHAMMAD - Pengerusi Pro M Nasional
(7) AINULUFTI AZMAN - Pengerusi Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS) Sabah
(8) MUHAMMAD FADHLI ABDUL GHANI - Pelajar UMS Pro M
(9) MUHAMMAD ASHRAFF NAZRIN NOOR AZMAN - Pelajar UMS Pro M
(10) AMMAR FADZILLAH OMAR - Pelajar UMS Pro M

 
Blogger Templates