Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label malaysian insider. Show all posts
Showing posts with label malaysian insider. Show all posts

Saturday, September 5, 2015

LAGI SEMBANG DERAS TAPI TINDAKAN TETAP TIDAK BERANI DIAMBIL KE ATAS MALAYSIAN INSIDER!!!



Rahman Dahlan merungut yang The Malaysian Insider (TMI) sekali lagi telah memutarbelitkan kenyataannya dan mengada-ngadakan cerita dengan tujuan jahat.

Ini yang dikatakan oleh Rahman Dahlan:

This morning I was asked by TMI reporter what my response was to people who were concern that investigators currently investigating PM might not be able to do their job independently because they were answerable to PM.

I replied that no matter who the investigators answerable to, people would still accuse the investigators of not being independent.

For example, if they are answerable to parliament, people will say they are not independent because BN have more MPs in parliament than the opposition. Even if the investigators answerable to the King, there will still be people accusing His Majesty of favoring one side over the other. In other words, I was making a point that people will still accuse the investigators of not being independent no matter who they answerable to!

I also added that in the end, the voters would have the last say in the next general election. They can either vote us in or vote us out.

Unfortunately, this simple point has been spun by The Malaysian Insider. The headline screams, "No investigation against Najib can be independent, says minister". It is utterly irresponsible headline. I never said as such. All I said was no matter who the investigators answerable to, there would be people who want to doubt their independence.

I hope TMI will be more responsible and accountable in their reporting and avoid spinning my response. I have asked them to amend the posting immediately.

Ini bukan kali pertama pun, The Malaysian Insider yang dimiliki oleh Tong Koii Ong buat kerja macam ni. Sudah terlalu banyak kali.

Namun seperti biasa, semuanya sekadar merungut dan komplen tetapi tiada sebarang tindakan undang-undang yang diambil ke atas The Malaysian Insider. Walau putarbelit macam mana pun, TMI, mereka akan bebas daripada sebarang tindakan undang-undang. 

Paling-paling lebih, mereka sekadar dipanggil untuk memberikan keterangan. Dan selepas itu, mereka kembali mengulangi perangai lama kerana TMI dan pengurusannya sangat tahu, mereka akan dibebaskan daripada sebarang tindakan undang-undang. 

Nampaknya Abdul Rahman Dahlan juga tidak mampu berbuat apa-apa, melainkan melepaskan geram semata-mata dengan merengek!!!

Kalau Lim Guan Eng ih, belum siap artikel lagi, sudah pasti dia hantar surat saman!


Wednesday, August 12, 2015

TMI NAFI KETULENAN SCREENSHOT WHATSAPP PENGAKUAN MAHATHIR, NAJIB PERNAH ADA HUBUNGAN DENGAN ANAKNYA, MARINA!!




Dari pagi tadi beberapa screenshot telah menjadi viral. Bagaimanapun, ia kurang dipedulikan atau tidak menjadi begitu heboh walaupun pengedarannya lebih banyak di WhatsApp berbanding media sosial seperti Facebook kerana pautannya di dalam The Malaysian Insider sendiri gagal ditemui. Malah awal-awal lagi, kebanyakan group WhatsApp memperingatkan bahawa screenshot ini adalah palsu semata-mata.

Screenshot tersebut dibuat agar kelihatan dari The Malaysian Insider, sebuah portal berita dalam talian yang kerap membuat propaganda menjatuhkan kerajaan. Bagaimanapun, The Malaysian Insider telah menafikannya dan menyatakan screenshot tersebut adalah palsu.

The Malaysian Insider selalunya menyebarkan berita-berita benar yang digubah menjadi separuh masak dan separuh benar. Nampaknya kali ini, mereka pula yang terkena getah dengan taktik yang kerap mereka gunakan, terutama sekali penggunaan tajuk yang 'sensasi'.

Tajuk yang digunakan dalam screenshot tersebut adalah, 'Najib Pernah Ada Hubungan Sulit Dengan Anak Saya, Marina, Kata Mahathir'.

Reaksi kepada berita palsu tersebut, The Malaysian Insider secara rasmi menyatakan, tiada seorang pun kakitangan mereka yang telah menulis artikel tersebut dan laman berita dalam talian itu tidak pernah menerbitkan berita berkenaan. (RUJUK SINI)

Dalam keadaan sekarang, perlukah penafian The Malaysian Insider itu diberikan simpati dan kasihan belas?

Keadaan mungkin akan berbeza sekiranya template The Malaysian Insider itu digantikan dengan template Utusan Malaysia!!!


Sunday, August 2, 2015

TIAN CHUA DAN THE MALAYSIAN INSIDER WAJAR DIKENAKAN TINDAKAN KERANA PUTARBELIT DAN MENIPU!!!



Rasa-rasanya ramai yang terpedaya dengan penipuan yang dilakukan oleh Tian Chua menerusi Twitter semalam apabila dia mengeluarkan kenyataan kononnya reman ke atas Rashpal Singh dan Jessica Sidhu yang sedang disoalsiasat oleh polis, telah ditolak oleh majistret. Apatah lagi pembohongan tersebut dilakukan pada malam hari sebelum dijawab pada sebelah siang, sekaligus memberikan ruang dan tempoh masa yang panjang untuk ditanam dan dipercayai oleh pembacanya.


Pagi tadi, Ketua Polis Negara telah menafikan kenyataan awal Twitter Tian Chua. Malah Ketua Polis Negara menyifatkan Tian Chua cuba mengelirukan orang awam.

Pada masa yang sama, The Malaysia Insider yang merupakan milik Tong Koii Ong dan Ho Kay Tat, dua individu penting dalam JUSTO-GATE kerana pembabitan, penipuan dan pemerdayaan mereka, cuba memburuk-burukkan Cawangan Khas PDRM yang dikatakan telah menyerbu pejabat Timbalan Pendakwaraya SPRM, Ahmad Sazilee Abdul Khairy. (RUJUK SINI)

Dalam satu perkembangan yang lain, Timbalan Perdana Menteri yang turut difitnah mengeluarkan kenyataan kononnya akan bertindak menamatkan penggunaan media sosial di negara ini pada Selasa ini, menegaskan tindakan tanpa amaran akan dikenakan kepada mana-mana media yang memutarbelitkan laporan mereka.

Kenyataan tersebut dibuat ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Bayan Baru, Pulau Pinang pagi tadi.


Tuesday, May 26, 2015

ADI PUTRA...KORBAN KEEGOAN IBU BAPA DAN KEMANJAAN SERTA BANGGA DIRI, YANG AKHIRNYA TERSERLAH CIRI-CIRI MELAYUNYA IAITU MERENGEK!!!



Cerita tentang Adi Putra Abdul Ghani, kanak-kanak genius Matematik yang pernah menggemparkan negara beberapa tahun dahulu, kembali berkumandang. Agak menarik juga dan agak bersimpati juga dengan nasibnya terutama apabila dia mula menyalahkan kerajaan kerana tidak memberikan keistimewaan kepadanya kerana dia genius matematik dan telah menghasilkan buku-buku formula matematik yang dipasarkan kepada awam.

Dalam artikel yang disiarkan oleh The Malaysian Insider, jelas sekali Adi Putra meluahkan kekecewaannya kepada kerajaan kerana tidak menunaikan janji-janji yang telah diberikan kepadanya.

Bagi mereka yang cenderung untuk menyalahkan kerajaan pada apa-apa sahaja masalah, termasuklah terberak dalam seluar, artikel yang disiarkan oleh The Malaysian Insider itu dianggap sebagai DALIL dan NAS YANG TURUN DARI LANGIT KESEMBILAN yang wajib diimani.

Bagaimanapun, cerita Adi Putra itu hanyalah cerita sebelah pihak. Banyak cerita yang membabitkan keangkuhan, keegoan, keengganan dan penolakan yang dibuat dari sebelah pihak Adi Putra langsung tidak diceritakan, terutama sekali syarikat jual ubat ekspress yang ditubuhkan kemudian terdedah tentang dari mana ubat-ubat tersebut diperolehi.

Menteri Pelajaran pada ketika itu adalah Hishamuddin Hussein Onn. Kes membabitkan Adi Putra bermula pada zamannya. Walaupun genius matematik, Adi Putra nyata tidak genius untuk matapelajaran-matapelajaran yang lain, khususnya Bahasa Inggeris.

Dan kerana itulah juga barangkali bapa Adi Putra telah memindahkan anaknya dari sekolah kebangsaan ke Sekolah Islam Antarabangsa Gombak. Namun berdasarkan kepada pengakuan Adi Putra dalam artikel yang disiarkan oleh The Malaysian Insider itu, jelas, dia tersangat bergelut dan sukar untuk meneruskan pelajarannya kerana sekadar tersekat di peringat A-Level.

Tahun 2009, Kerajaan menubuhkan program untuk kanak-kanak pintar. PERMATA telah memberi dana kepada Universiti Kebangsaan Malayia untuk menubuhkan sebuah institusi pembelajaran yang kini ditarafkan sebagai Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan untuk kanak-kanak dan pelajar-pelajar pintar serta berbakat seperti Adi Putra.

DAN MENARIKNYA, ROSMAH MANSOR ADALAH ORANG YANG MEMPERJUANGKAN HAK PEMBELAJARAN PELAJAR PINTAR DAN BERBAKAT SEPERTI ADI PUTRA. (rujuk sini)

YABhg Datin Paduka Seri juga adalah orang yang bertanggungjawab meminta disediakan satu program untuk Adi tetapi setelah dibentangkan kepada ibu bapa Adi, bapanya menolak kerana memikirkan Adi perlu memberi tumpuan kepada sekolah sedangkan masa itu Adi sibuk dengan pengurusan syarikatnya.

Bermula dari situ, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah telah meminta agar pihak UKM dibawah bimbingan Tan Sri Sharifah Hapsah yang menjadi Naib Canselor waktu itu untuk meneroka kemungkinan mencari lebih ramai Adi Putra diseluruh negara. Datin Seri menekankan bahawa dalam proses pencarian tersebut, UKM perlu teliti dan mencari secara komprehensif tanpa meninggalkan mana-mana pelajar.

Maka lahirlah Ujian UKM 1 dan UKM 2 yang dibina oleh sekumpulan pakar dari UKM diketui oleh Prof Datuk Dr Noriah Ishak, Prof Datin Dr Siti Rahayah Ariffin, Prof Madya Dr Rosadah Abdul Majid dan Dr Siti Fatimah Mohd. Yassin.

Pihak UKM telah bekerjasama dengan Johns Hopkins University untuk menjalankan program pengayaan untuk pelajar pintar dan berbakat pada tahun 2009. Progam tersebut telah dijalankan dengan jayanya. Seterusnya Kolej PERMATA pintar Negara, UKM telah dibina untuk menampung proses pembelajaran pelajar-pelajar pintar dan berbakat tersebut.

Sehingga kini seramai 374 orang pelajar telah berjaya menamatkan pengajian mereka di Kolej PERMATA pintar, dan seramai 240 orang sedang menyambung pengajian mereka di peringkat Sarjanamuda di universiti terkemuka di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Jepun, Korea, German, Rusia, Jordan dan Mesir.

Apa yang dimahukan oleh Adi Putra dan keluarganya adalah keistimewaan. Untuk itu, anda perlu kembali berundur memerhati dan menelusuri sejarah dengan artikel-artikel yang telah mendedahkan tentang masalah sebenar keluarga Adi Putra khususnya membabitkan ibu bapanya dan Adi Putra sendiri, selum anda mula menyalahkan kerajaan dan PERMATA, apatah lagi ROSMAH MANSUR.




Adi Putra dan keluarganya jelas tidak bercakap benar dalam kes ini!!!

Dan kalaulah Adi Putra dan ibu bapanya sanggup mengorbankan sedikit rasa bangga diri dan mengikut proses serta prosedur sebenarnya, barangkali Adi Putra sekarang sudah pun berada pada kedudukan yang lebih baik sesuai dengan kepintaran matematiknya, bukannya merengek tidak dipedulikan dan diberikan keistimewaan seperti yang kita baca dalam artikel The Malaysian Insider.


Wednesday, April 8, 2015

SETELAH PUAS MENFITNAH, SEKARANG THE MALAYSIAN INSIDER MOHON MAAF KEPADA MAJLIS RAJA-RAJA!!!



Yang sedang tersebar di aplikasi WhatsApp sekarang...

Ini bukan kali pertama, selepas terkantoi dan membiarkannya dalam tempoh yang panjang, The Malaysian Insider, portal yang dimiliki oleh Tong Koii Ong, meminta maaf. Itu pun selepas laporan polis dibuat ke atas mereka dan tindakan undang-undang dikenakan ke atas mereka.

Dan permohonan maaf tersebut dibuat pada ketika The Malaysian Insider melihat tiada ruang untuk mereka berganyang dan menegakkan benang basah di mahkamah.

Tindakan The Malaysian Insider menfitnah Majlis Raja-Raja pada 24 Mac lalu, kononnya Majlis Raja-Raja telah menolak pindaan Perlembagaan bagi perlaksanaan Enakmen Syariah Kelantan (II) telah menimbulkan kemarahan sebahagian besar rakyat Malaysia khususnya orang Melayu. The Malaysian Insider dalam laporannya menyebut, mereka mendapat maklumat daripada 'sumber yang boleh dipercayai' bahawa Majlis Raja-Raja telah bersidang dan menolak pindaan tersebut.

Ekoran fitnah tersebut, pihak berkuasa telah menyerbu pejabat The Malaysian Insider dan menahan beberapa orang petugas kanan dan beberapa orang kakitangan yang lain untuk membantu siasatan. Ternyata, laporan mereka tiada asas dan The Malaysian Insider sekadar melakukannya dengan niat mencipta polemik, kontroversi dan provokasi.


Setelah hampir sebulan, The Malaysian Insider membuat pengumuman mereka memohon maaf di atas 'kesilapan laporan'. Walaupun artikel berkenaan telah ditarik balik pada 31 Mac sedangkan laporan polis dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja adalah pada 26 Mac, artikel berkenaan masih dikekalkan dalam senarai paling popular The Malaysian Insider. (RUJUK SINI) Menariknya dalam banyak hal, The Malaysian Insider sememangnya sengaja berbuat silap dalam setiap laporan mereka!

Budaya minta maaf bila dah buat silap, memang bagus, tetapi minta maaf atas perbuatan yang disengajakan untuk mencetuskan ketidaktenteraman di kalangan masyarakat, dan kemudian diulang-ulang pada bahagian yang lain pula, merupakan satu tindakan memperolok-olokkan undang-undang dan intelek rakyat Malaysia sendiri termasuklah di kalangan penyokong pembangkang.


Monday, March 30, 2015

SELEPAS PEJABAT RAFIZI RAMLI DIGELEDAH, KINI SKMM DAN PDRM SERBU PULA PEJABAT THE MALAYSIAN INSIDER!!!



Ini berita terbaik yang diterima sepanjang hari ini....

Lebih kurang 10 orang pegawai dan anggota dari SKMM dan PDRM telah menyerbu pejabat The Malaysian Insider, portal berita milik Tong Koii Ong yang terletak di Petaling Jaya. Dipercayai, serbuan tersebut mempunyai kaitan dengan laporan yang cuba menfitnah Majlis Raja-Raja menerusi keputusan tentang hukuman hudud.

The Malaysian Insider cukup terkenal dengan berita-berita fitnah mereka selain provokasi yang dibuat ke atas pihak berkuasa. Bagaimanapun, sehingga kini, hanya amaran diberikan kepada mereka manakala tindakan perundangan tidak pernah dikenakan.

Sementara itu Portal MalaysiaKini melaporkan, serbuan tersebut susulan laporan TMI yang menyebut Majlis Raja-Raja Melayu menolak hudud.

Difahamkan editor kanan Lionel Morais, Amin Iskandar dan Zulkifli Sulong akan diambil kenyataan dan ditahan di lokap Balai Polis Jinjang di bawah Akta Hasutan.


Pada 25 Mac lalu, TMI mengeluarkan laporan mengenai mesyuarat Majlis Raja-Raja menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan Pas Kelantan bagi pelaksanaan hudud.

Pada hari yang sama, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan dengan menyangkal laporan TMI.

Jurucakap SKMM ketika dihubungi mengesahkan serbuan tersebut namun enggan mendedahkan sebab serbuan itu dilakukan.

Semalam, PDRM telah menyerbu Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya. Rafizi Ramli dan macainya cuba mensensasikan cerita tersebut kononnya, polis telah menyerbu, memecah masuk dan memaksabuka selain menggeledah, sedangkan Rafizi Ramli turut ada sekali dalam serbuan berkenaan. 
Polis Diraja Malaysia (PDRM) me­nyerbu Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya berhubung kenyataan Naib Presiden parti itu, Rafizi Ramli yang mengeluarkan surat arahan kepada penyokong-penyokongnya supaya keluar beramai-ramai bagi membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad.

Beliau memberitahu, serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 1 petang itu bagi mendapatkan bahan-bahan berkaitan bagi membantu siasatan berhubung kenyataan berbaur hasutan yang dibuatnya.

“Ketika serbuan, sebuah komputer, sepucuk surat pekeliling dan kenyataan media berkait satu perhimpunan haram di ibu negara dirampas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Zainuddin, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan ditahan mengikut Akta Hasutan 1948.

Wednesday, March 25, 2015

MAJLIS RAJA-RAJA SUDAH MURKA SAMA THE MALAYSIAN INSIDER, TAPI PORTAL ZIONIS ITU SEDIKIT PUN TAK KESAL!!!



Berita pembohongan dan fitnah yang dilakukan oleh The Malaysian Insider, portal yang dimiliki oleh Tong Koii Ong dan George Soros, orang yang didakwa mempunyai kaitan dengan serangan ke atas matawang Ringgit Malaysia dan serangan berterusan ke atas 1MDB sebagai cara memastikan keuntungan besar tetapi pada masa yang sama dapat menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional, (RUJUK DI SINI), mula didedahkan. The Malaysian Insider telah melakukan fitnah besar yang sepatutnya membuatkan keseluruhan pengurusan, pentadbiran dan tenaga produksi The Malaysian Insider serta entiti-entiti berkaitan berhadapan dengan natijah undang-undang.

Hari ini sahaja, The Malaysian Insider membuat dua fitnah besar membabitkan Majlis Raja-Raja Melayu dan ucapan Perdana Menteri yang membabitkan Akta Hasutan.

The Malaysian Insider telah menfitnah Majlis Raja-Raja kononnya Majlis Raja-Raja telah menolak hudud PAS Kelantan sedangkan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung pada 11 sehingga 12 Mac lalu langsung tidak membincangkan tentang hudud Kelantan.

Satu kenyataan Penyimpan Cop Mohor Raja-Raja Melayu menafikan fitnah The Malaysian Insider boleh dibaca DI SINI.



Pejabat Perdana Menteri (PMO) turut mengeluarkan kenyataan menafikan fitnah yang dibuat oleh portal berkenaan membabitkan Akta Hasutan yang dikatakan oleh The Malaysian Insider sebagai akan diperkukuhkan oleh Najib untuk mencegah keganasan ATAU dengan kata lain, The Malaysian Insider cuba menggambarkan bahawa Perdana Menteri akan menggunakan Akta Hasutan 1948 sewenang-wenangnya untuk menyingkirkan musuh-musuh politiknya - sesuatu yang mahu dilakukan oleh Anwar Ibrahim jikalau berjaya menjadi Perdana Menteri!

Pada petang tadi juga Pejabat Perdana Menteri Malaysia mendedahkan bahawa Malaysian Insider langsung tidak memberi memberi sebarang maklum balas atau reaksi kepada permintaan mereka supaya membetulkan laporan yang tidak benar mengenai ucapan Perdana Menteri.

Tiga hari lalu, Pejabat Perdana Menteri telah menghantar nota bantahan dan memohon pembetulan dibuat ke atas laporan Malaysian Insider yang menyebut Perdana Menteri Mohd Najib Razak menyatakan “Akta Hasutan diperlukan bagi menghalang pengganas.”

Sebaliknya ucapan Perdana Menteri yang sebenar ialah, “Akta Hasutan diperkukuhkan kerana mengutamakan keharmonian antara kaum dan agama.”

Namun permintaan Pejabat Perdana Menteri untuk membuat pembetulan tersebut langsung tidak diendahkan oleh Portal berita ini. (BACA SETERUSNYA DI MYKMU.NET)

Kesalahan yang dilakukan oleh portal berita milik Tong Koii Ong itu amat serius dan benar-benar mengancam keselamatan negara. Portal berkenaan telah menjadikan fitnah dengan niat jahat semata-mata untuk memastikan negara ini hancur dan mudah dikuasai oleh pihak-pihak tertentu.

Pihak berkuasa, khususnya SKMM dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Dalam Negeri seharusnya bertindak secara lebih agresif untuk memastikan gejala negatif yang dibawa oleh The Malaysian Insider dibanteras secepat mungkin memandangkan The Malaysian Insider berada di bawah jurisdiksi mereka!!!

Walaupun Lee Kuan Yew mungkin dibenci oleh ramai orang terutama sekali orang Melayu dan Islam, tetapi pendiriannya bahawa UNDANG-UNDANG PERLU DIKUATKUASAKAN AGAR UNDANG-UNDANG TERLAKSANA, perlu dipraktikkan di negara ini. Bukan dengan sikap lemah lembut, lembik dan sangat takut dengan suara-suara tekanan Peguam-Peguam Majlis Peguam dan Pakatan Rakyat seperti yang berlaku sekarang!!!


 
Blogger Templates