Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, November 30, 2015

SIASATAN KE ATAS TIAN CHUA DAN NURUL IZZAH BERHUBUNG MESYUARAT DENGAN MUSUH NEGARA, DIRUJUK KEPADA PEGUAM NEGARA!!!



Siasatan kes melibatkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berhubung pertemuannya dengan Jacel H.Kiram, anak perempuan bekas ketua pengganas yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 2013, akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sudah selesai merakamkan percakapan Nurul Izzah, dan laporan itu akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara setelah pihaknya mengambil keterangan Anggota Parlimen Batu Tian Chua.

"Dalam satu dua hari ini kita akan panggil Tian Chua untuk rakam percakapan...selepas itu polis akan kemaskan siasatan dan serahkan kepada Jabatan Peguam Negara," katanya kepada pemberita selepas memakaikan pangkat kepada 21 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia di sini, Isnin.

Nurul Izzah dalam kenyataannya sebelum ini mengakui beliau bertemu Jacel pada 9 Nov lepas semasa berada di Filipina bersama Tian Chua sebagai sebahagian daripada rombongan PKR bertemu dengan pelbagai pihak berkepentingan di negara itu.

Beliau sebelum ini dilaporkan membuat permohonan maaf selepas gambarnya bertemu Jacel di Filipina dimuat naik di laman Facebook mendapat kritikan, manakala pada Ahad, Tian Chua pula menafikan beliau adalah dalang pertemuan itu.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata peguam Americk Sidhu memaklumkan kesediaannya untuk bekerjasama dengan polis berhubung kenyataan yang dibuat anak guamnya, Charles Suresh Morais.

Charles, adik Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais, dilaporkan oleh portal berita Malaysiakini baru-baru ini yang mendakwa pembunuhan abangnya itu mempunyai kaitan dengan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Khalid berkata Americk dijangka memberi keterangan sama ada hari ini atau esok.

"Kita terpaksa panggil beliau kerana kita nak tahu apa perbicangan beliau dengan Charles...pendedahan itu merupakan pendedahan yang serius," katanya.

Mayat Kevin, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya pada 16 Sept lepas setelah beliau dilaporkan hilang pada 4 Sept lepas. (SUMBER)


UMPAN PAU AGAR NAJIB DISUKAI DAN DISAYANGI? HARGA MINYAK TURUN!!!



Khabarnya...

Harga bahan bakar bagi bulan Disember 2015 berkuatkuasa 1 Disember 2015 sepertimana yang sedang viral ketika ini.

RON95 berharga RM1.95 seliter (turun 10 sen)
Sebagai perbandingan pada Disember 2014, harganya adalah RM2.26 seliter

RON97 berharga RM2.45 selitar (tidak berubah)
Sebagai perbandingan pada Disember 2014, harganya adalah RM2.46 seliter

DIESEL berharga RM1.90 seliter (tidak berubah)
Sebagai perbandingan pada Disember 2014, harganya adlah RM2.23 seliter

Harap-harap harga bahan bakar tidaklah seperti yang dikhabar-khabar anginkan seperti di atas. Bukannya apa, dah tak larat nak tepis cerita kononnya, harga minyak telah digunakan untuk mengumpan rakyat agar suka dan sayangkan Najib Abdul Razak.


WAN AZIZAH PUJI KHAIRUDDIN KELUAR LOKAP TERUS INSAF, TAPI LUPA LAKINYA DUA KALI MASUK PENJARA KERANA TAK RETI-RETI NAK INSAF!!!



"Bila kena tahan (lokap), kena denggi mungkin beliau (Khairuddin) sudah insaf," demikian respon Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail apabila ditanya tentang kenyataan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang menyokong gesaan supaya bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada penjara.

Mengulas lanjut, Azizah mengulangi pendirian beliau sebelum ini bahawa Anwar tidak bersalah dan perlu dibebaskan.

"Anwar tidak bersalah sepatutnya dibebaskan, berilah keadilan bukan sahaja pada Anwar dan keadilan untuk warganegara Malaysia termasuk YB yang dikenakan Sosma macam pendakwaan terpilih tidak sepatutnya terjadi," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu Khairuddin dalam satu kenyataan mengatakan bahawa beliau menyokong penuh mana-mana daya usaha untuk membebaskan Anwar dari penjara Sungai Buloh.

‎Katanya, sudah tiba masanya Anwar berada di luar penjara Sungai Buloh untuk menyemarakkan lagi landskap serta senario politik tanah air. (SUMBER)


BERAT DAKWAAN NIH!!! PENGGUNA FACEBOOK DAKWA DUA ANGGOTA POLIS DIRAKAM BUAT KERJA TIDAK BERMORAL!!!



Seorang pengguna Facebook mendakwa dua orang lelaki yang dipercayai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan kegiatan yang tidak bermoral (menerima rasuah) di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan.

Azam Daniel berkata, dia mempunyai bukti bergambar yang dirakam tanpa pengetahuan dua lelaki terbabit yang menaiki kereta yang mempunyai logo PDRM, nombor pendaftaran WYT 5937. Dakwanya, dua anggota terbabit datang setiap bulan untuk mengambil 'duit tepi' dari seorang pengusaha besi lusuh yang beroperasi secara haram.


"Bro, aku ambil gambar ini tadi jam 4 petang. Diorang datang ambil duit dengan pemilik satu tempat kegiatan haram yang memang selalu diserbu oleh pasukan polis. Tak sempat rakam wajah mereka. Aku pernah laporkan di laman rasmi PDRM tetapi tiada tindakbalas. Memang selalu dua orang ini datang," kata Azam Daniel.

Gambar yang mula tersebar ini mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya mengakui tidak hairan dengan pendedahan itu.

"Mana-mana tempat seluruh negeri sama saja. Anggota jenis bilis kebanyakan inilah duit tepi diorang. Cari tauke jual nombor haram, tauke lori sawit, tauke-tauke yang ramai pekerja asing, boleh dikatakan ada saja lubang duit untuk mereka cari dengan alasan wang perlindungan," kata Rasztanz'der Kellanna.

"Benda ini dah lama berlaku. Kawan aku pun pernah buka kedai besi buruk. Hari-hari kena belanja anjing-anjing makan free," kata Ailias Azizan.

Dakwaan ini adalah amat berat dan jika terbukti benar, ini telah menjejaskan imej PDRM. Mohon Ketua Polis Negara siasat dan ambil tindakan terhadap mana-mana anggota PDRM yang terlibat. - THEHYPEMEDIA.COM


VIDEO VIRAL: ANGKARA TERGILA-GILAKAN BINI MUDA, ANAK-ANAK KANDUNG DILAYAN SEPERTI ANJING BURUK KEPALA!!!



video


Viral sebuah rakaman video berdurasi 3 minit di laman Facebook yang menunjukkan beberapa adik beradik disimbah dengan air oleh seorang lelaki.

Difahamkan, 4 beradik berkenaan datang mahu berjumpa dengan bapa kandung mereka itu untuk meminta diwalikan, namun disimbah dengan air sebanyak tiga kali.

Menurut individu yang memuat naik video tersebut, lelaki itu bekerja sebagai seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMK Sanglang, Perlis.

"Kesan hasutan bini muda janda beranak tiga akibat terkena sihir. Selepas berkahwin dengan isteri muda, pertalian dengan anak hilang. Si bapa sudah menjadi seperti dikawal oleh si bini muda. Moga Allah memberi balasan yang setimpalnya pada si bini muda yang meruntuhkan pertalian darah daging," katanya.

Tampil pula seorang individu yang mendakwa kejadian itu berlaku pada saudaranya sendiri.

"Ayah kepada saudara saya telah berkahwin dengan isteri baru. Apa yang berlaku ialah ayahnya seolah-olah bukan dirinya yang dulu. Dia melupakan anak-anak dan ibu kandungnya sendiri. Tanggungjawab sebagai ayah dan anaknya juga telah diabaikan. Walaupun begitu, anak-anak selalu merinduinya.

"Mereka pergi ke rumah lama mereka untuk bertemu dengan ayah. Apa yang berlaku ialah si anak disambut dengan 3 simbahan air baldi oleh ayah, isteri baru dan anak-anak tirinya. Si anak menunggu untuk bertemu dengan ayah sambil membaca rukyah dan sehingga azan berkumandang.

"Tiba-tiba keluar perkataan 'Lada Ayah' di dinding rumah lama mereka yang kini didiami oleh ayah dan isteri mudanya. Jadi saya ingin tahu, apa maksud kejadian ini? Lada Ayah? Dari mana datangnya tulisan ini? Apa yang harus mereka lakukan? Hubungi saya untuk tindakan yang perlu kami ambil," kata Adam Haziq.

Video yang dimuat naik itu telah ditonton sebanyak 243,362 kali dan dikongsi sebanyak 8,460 di laman Facebook. - THEHYPEMEDIA.COM




RAKAMAN PEMANDU TOYOTA COROLLA WTB 9336 MEMBULI DI LEBUHRAYA PLUS EXIT IPOH TERSEBAR!!!


video

Semasa saya sedang memotong di lorong kanan, datang sebuah kereta jenis Toyota Corolla, nombor pendaftaran WTB9336, dari jauh 'high beam' beberapa kali. Saya yang sedang memotong cuba masuk ke lorong kiri semula, namun tiada ruang untuk berbuat demikian menyebabkan saya terpaksa mengambil masa sedikit untuk kembali semula di lorong kiri. Selepas berjaya kembali ke lorong kiri, pemandu kereta Corolla itu terus memotong dan menghimpit kereta saya. Saya sempat melihat wajah pemandunya yang kelihatan seperti tidak berpuas hati dengan saya.

Selepas itu, pemandu terbabit terus bermain dengan brek di hadapan kereta dengan niat untuk melakukan provokasi dalam tempoh hampir 10 minit. Pemandu kereta itu juga merekod insiden itu, namun saya tidak faham apa tujuannya berbuat demikian kerana apa yang terjadi bukan berpunca dari saya atau mungkin dia melihat cermin depan kereta saya ada 'Dashcam' membuatkan dia risau jika saya menyebarkan insiden yang berlaku walaupun dia yang bersalah dan melanggar kereta saya.

Saya menghubungi 999 untuk memohon bantuan, tetapi hampir 1 jam menunggu di RTC, Peronda tidak jua muncul. Saya terus menghubungi talian hotline PLUS dan mereka menasihatkan saya agar teruskan perjalanan dan mereka akan memaklumkan perkara itu kepada peronda lebuhraya untuk memantau kenderaan itu. - Hafiz Aziz

Lokasi: Lebuhraya PLUS (Selatan - Utara) berhampiran EXIT Ipoh.
Tarikh: 29 November 2015.
Waktu: Lebih kurang pada jam 3.30 petang.




NIK NAZMI TAK SEDAR DIRI... KALAU KJ CUMA JADI BINTANG TV, DIA JADI APA KALAU KEDUDUKANNYA SENDIRI MAHU DIGULINGKAN KERANA TAK BUAT KERJA?!!!



Pemuda Umno membidas Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad susulan ucapannya pada penggulungan Kongres Nasional PKR hari ini yang menyerang ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Exco Pemuda Umno, Ibdilillah Ishak berkata, politik sempit dengan cara menyerang peribadi Khairy tidak mencerminkan Nik Nazmi sebagai pemimpin yang kononnya intelektual dan progresif.

“Sebagai seorang yang menjawat jawatan Ketua AMK dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, beliau seharusnya lebih matang dalam berpolitik. Beliau perlu cermin diri dahulu sebelum menuduh dan menyerang peribadi orang lain.

“Selama beliau menjawat jawatan Ketua AMK dan Exco Selangor, apakah pencapaiannya? Apa yang telah beliau anjurkan untuk anak muda Selangor selain hanya menyampaikan ceramah ataupun ucapan yang berunsur retorik politik semata-mata?,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nik Nazmi hari ini melalui ucapan penggulungannya menyarankan agar Khairy fokus untuk menjadi bintang TV susulan kegagalannya dalam mengekang belenggu perkauman, menghentikan kemusnahan hak-hak asasi dan kebebasan politik serta kesetiaannya terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibelenggu banyak skandal dan kontroversi.

Mengulas lanjut, Ibdilillah berkata, sepanjang Khairy menjadi Ketua Pemuda dan Menteri Belia dan Sukan, Ahli Parlimen Rembau itu tidak henti menganjurkan program, mencadangkan idea, polisi dan dasar yang memberi nilai tambah kepada orang muda Malaysia.

“Pemuda Umno dibawah kepimpinan beliau mengambil pendekatan politik khidmat bakti. Pelbagai program yang telah dianjurkan dan pelbagai idea yang telah direalisasikan kerajaan.

“Contohnya, berkait kos sara hidup rakyat, pemilikan rumah mampu milik, peluang pekerjaan, kadar gaji minimum, pendidikan dan berbagai lagi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan kenyataan Nik Nazmi itu sebagai satu helah untuk mengalih perhatian rakyat daripada krisis kepercayaan ahli AMK terhadapnya sekarang.

“Saya difahamkan YB Nik Nazmi sedang berdepan krisis kepercayaan dalam AMK yang beliau sendiri terajui.

“Namun menyerang peribadi YB Khairy bukanlah 'jalan keluar' daripada krisis politik dalaman yang serius dalam AMK itu,” katanya. (SUMBER)


Sunday, November 29, 2015

JAWAPAN KENAPA MASUK 'HOSPITAL SWASTA BERBULAN-BULAN MASIH HIDUP, MASUK HOSPITAL KERAJAAN TERUS MATI'!!!




Saya selalu defend hospital kerajaan. Kini saya juga terpanggil untuk defend rakan2 saya di sektor swasta. Lebih2 lagi apabila isu ini dijadikan sebab oleh sesetengah individu untuk membabitkan dan menghukum seluruhnya perkhidmatan kesihatan negara Malaysia sudah ketinggalan zaman. 🙄🙄🙄🙄

Saya bukan pakar Otorhinolaryngology (ORL/ENT). Saya merujuk kepada rakan saya, seorang pakar ENT di KKM tentang perkara ini. Apakah benar prosedur sialoendoscopy tidak dapat dilakukan di negara kita. Berikut adalah apa yang saya rumuskan hasil dari penerangan beliau.

Sialoendocopy adalah merupakan satu teknik memasukkan scope ke dalam saluran kelenjar air liur dalam mulut bagi tujuan diagnosis batu karang kelanjar air liur (salivary duct/gland stones. Ia juga boleh digunakan untuk tujuan (terapeutik) memecah dan mengeluarkan batu tersebut jika boleh dilakukan melalui scope.

Ia merupakan satu prosedur yang rumit kerana saluran kelanjar adalah sangat kecil lagi halus dan risiko perforation atau kebocoran saluran kelenjar boleh berlaku. Kes salivary gland stones juga adalah kes yang kurang bilangan kesnya di negara kita.

Atas sebab itu, ramai pakar2 ENT dan juga pakar oral surgery yang boleh merawat masalah ini tidak mahu melakukan prosedur ini kerana komplikasinya. Pakar di swasta apatah lagi. Mereka mahu memberikan perawatan yg baik dengan komplikasi yang minima demi menjaga imej mereka dan hospital swasta bagi menjana pendapatan dalam perniagaan mereka. Kerana itulah kes2 yang complicated bisanya akan dirujuk ke hospital kerajaan kerana:

1. Peralatan dan kepakaran serta kemampuan untuk merawat komplikasi pembedahan bagu kebanyakan kes adalah lebih baik di hospital kerajaan.

2. Rawatan bagi kes yang mempunyai komplikasi mungkin memakan masa dan pesakit mungkin tidak akan mampu menanggung kos rawatan.

3. Imej doktor di swasta akan lebih terjaga seandainya mereka merawat kes yg straight forward dengan kaedah paling selamat.
Kita biasa dengar bukan, "Lama pesakit dirawat di hospital swasta. Elok saja. Transfer ke kerajaan terus je mati. Spital kerajaan ni mmg tempat bungkus orang."
Hakikatnya, pesakit telah dirawat di hospital swasta dengan pelbagai komplikasi hingga tidak mampu membiayai kos rawatan lagi atau sudah exceed limit kredit insurans. Oleh itu pesakit terpaksa di transfer ke hospital kerajaan dalam keadaan kritikal. Apa yg mampu hospital kerajaan buat apabila pesakit tiba dalam keadaan terlalu tenat?
Jadi, nama baik kekal pada hospital swasta, tapi segala yg busuk adalah terpalit kepada hospital kerajaan. Hospital kerajaan sungguhpun tahu keadaan yg sedemikian, pasti akan tetap menerima rujukan dari sesiapapun kerana memikirkan aspek kemanusiaan serta kasihankan rakyat. Mana lagi mereka hendak pergi?

4. Sesetengah kes seperti kes ini misalannya tidak banyak dan adalah tidak berbaloi bagi hospital swasta melabur wang bagi kes seperti ini. Lagipun pesakit yg mempunyai masalah batu karang kelenjar air liur ini biasanya akan mengalami jangkitan kelenjar yang kronik. Mana2 doktor pakar juga tahu cara melakukan pembedahan bagi mengeluarkan batu ini dengan mudah dan selamat. Ia tergolong sebagai minor surgery sahaja.
Sebagai analogi, Ectodermal dysplasia adalah merupakan kes yang amat jarang sekali (anggaran 7000 kes di seluruh dunia). Apakah hospital swasta perlu membeli baju coolant dari NASA berharga berjuta2 sebagai stok hanya untuk kes2 yang mungkin hampir tiada di negara kita? Dan bila tiada kita dikatakan ketinggalan? Hihihi.

5. Jika saya pun berkhidmat di hospital swasta, saya juga akan melakukan prosedur2 mudah, selamat, rendah komplikasi dan lumayan. Buat apa mengambil risiko membuat kes2 dan prosedur berisiko dan kemudian membazirkan masa naik turun mahkamah sedangkan masa saya begitu berharga dan lebih baik digunakan utk menjana pendapat lumayan di klinik saya. 😉😉😉😉

Merujuk kepada komen beliau bahawa Malaysia telah ketinggalan zaman kerana tiada prosedur ini, ia juga adalah merupakan tuduhan yang dibuat tanpa melihat kepada realiti sebenar.
Hospital swasta enggan melakukan prosedur ini atas sebab2 yg saya sebutkan di atas.
Namun prosedur ini boleh didapati di hospital kerajaan spt HTAR, Hospital Selayang dan juga Penang Hospital. Malah Dental juga boleh melakukannya di PPUM.

Jadi membayangkan seolah2 prosedur ini langsung tidak ada atau tidak boleh dilakukan di negara kita adalah merupakan satu tanggapan yang dangkal.

Dr Abdul Rahman. 


LUAHAN HATI ANAK MUDA TERHADAP TUN DR. MAHATHIR!!!



Maaf Tun Dr Mahathir. Saya lihat apa yang diperkatakan oleh Tun ibarat terkena ke batang hidung Tun sendiri. Rakyat semua tahu bagaimana dan apa yang telah dilakukan oleh Tun pada saat dan ketika Tun sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Tun bernasib baik kerana pada ketika itu, ahli UMNO, Ketua Cawangan UMNO tidak mempunyai telefon bimbit yang mempunyai internet dan pada ketika itu rakyat tidak lagi mempunyai kemudahan laman media sosial.

Waktu Najib dan Tun sangat berbeza, bagi pendapat saya apa yang dilakukan oleh DS Najib adalah satu tindakan yang penuh cermat dan munasabah. Sampai Najib sering digelar pengecut dan penakut kerana tidak tangkas mengambil tindakan seperti pemecatan pemimpin atas kesalahan melanggar tatatertib dan perlembagaan parti. Walhal Tun, sesiapa sahaja yang dilihat menentang pasti akan terkesan.

Oleh demikian, saya selaku budak yang pernah sangat mengagumi Tun, dan menangis ketika Tun membuat pengumuman mengejut untuk meletakkan jawatan memohon jasa baik Tun agar bersikap lebih rasional dalam membuat teguran. Seperti kata pepatah melayu terbilang, bagaikan ketam nak mengajar anak ketam berjalan betul (straight).

Mohon maaf jika ada pihak terasa, saya bukan anti Tun ataupun pro Najib, tapi saya tertarik untuk membuat komen apabila Tun mengelar parti UMNO milik Najib. Untuk pengetahuan Tun, jikalau kita selaku ahli UMNO benar benar merasakan Najib sudah tidak layak, lebih baik kita rapatkan saf sekarang dan kita menggunakan platform pemilihan UMNO yang akan datang untuk melakukan perubahan. Saya sebenarnya tak sanggup lagi melihat drama politik UMNO yang penuh dengan adegan-adegan melagakan pengikut dan juga baling batu sembunyi tangan.

Sekian.

Aizat Reko


KISAH MAHKAMAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN JALAN DUTA YANG SANGAT-SANGAT 'BERHANTU'!!!



Cerita Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Jalan Duta. Berhantu???

1. Hari ni sya kesana menemani seorg hamba Allah utk membuat Pengesahan Lafaz Cerai.

2. Makhamah Syariah yg tersergam indah ini hanya menambah mimpi ngeri bagi semua para isteri yg dtg dgn pelbagai tuntutan berkaitan rumahtangga..nafkah..hak penjagaan anak, tuntutan nafkah.tuntutan harta sepencarian dan sebagainya..

3. Bayangkan utk sampai kesini bas awam x ada..si isteri yg dtg pulak jenis x ada duit..tidak di beri nafkah ditinggalkan buta2 oleh si suami..datang terpaksa naik teksi.contohnya lah..Ya lah siapa nk mengantar..adik beradik dah tentu bekerja

4. Oleh kerana dia kenalan lama sya menolongnya secara ikhlas.. kerana sya berharap dia jga mendapat hak yg di nafikan oleh pihak suami.Masaalahnya pun dah puluhan tahun..tabik jgak saya pd dia dek kesabaran yg tinggi..mampu menyara 6 org ank .Memikul 2 tanggungjawap sebagai bapa dan ibu.alang2 mental juga di buatnya.

5. Masaalah status jga perkara yg sgt penting dlm kehidupan sekarang..nak di letak sebagai ibu tunggal masih ada suami.nak bersuami mcm ibu tunggal.Segala keperluan di letak di atas bahunya..

6. Mohon lah mna mna bantuan pun ooh..bantuan ni utk ibu tunggal je..jdi yg ibu tinggal atau ibu tunggul ni setengah2 label yd diberi org ..nak kemana hala tuju..nak tuntut cerai bukan sesuatu yg mudah..semuanya perlu duit..yg jdi ibu tunggul ni sbenarnya mereka bukan tidak mahu menuntut hak2 mereka di Mahkamah Syariah ..masalah utama wang ringgit..

7. Balik pd cerita tadi..sampai mahkamah.lepas ambik nombor di panggil ke kaunter l.

8.Di beri 2 borang.l borang untuk dokument peribadi .l borang lagi cerita lafaz dari si suami

9. Puan lengkapkan borang ni dulu..tpi x boleh tulis tangan tau .Kena taip kat bilik sebelah luar sana..

10.. Kawan tdi dah merenung muka sya dgn wajah muram..Tak pe..kita isi dulu..x cukup duit ..sya ada bawa duit sikit pujuk sya .Muka dia dah keruh airmata dah mula menitik.
Kasihan betul..

11. Sampai ke jurutaip dia hulur borang ..sehelai ni rm 20.00 ya puan..tibatiba sya rasa nk tercekik x sempat menelan airliur.. ya rm 20..ulangnya sekali lagi.

12. Agak2 la pun tak kan naik taip mcm ni hanya name alamat..butir peribadi charge sampai rm20... klau 2 helai dah rm40. Otak ya ligat mengira.

13.Puan tenguk sini carta ni Pihak Mahkamah dah sedia maalum..klau x puas hati boleh complain kat dia orang..sambil menunjukkan l senarai harga bayaran setiap borang ada yg rm30 ada rm40 mengikut jenis tuntutan..

14. Kawan tdi dah bisik bisik..jom lah balik ..x cukup duit la...sya ada rm50 je ni..sya duduk dikerusi yg ada tarik tangan dia..tak pe..dah sampai sini kita buat je..x cukup sya bantu..alang alang dah sampai sini.

15.lsi borang no 7..rm20..save dlm memory nk tanya balik kat kaunter nnti kenapa semahal tu harga A4 paper..yg bertaip.

16. Balik kaunter l..oleh kerana kawan tdi dah sendu sya bukak mulut tanya pulak pd pegawai ..jawapan yg paling mudah..standart kata org sekarang..ooh itu jurutaip persendirian x ada kaitan dg mahkamah ni..Mak ai senangnya jwp ..yg sana kata harga tu dah dipersetujui oleh mahkamah ..mahkamah kata x ada kena mengenai pulak.. sapa nk jwap ni..?

17. Sya tanya lgi kenape borang ni x boleh tulis tangan je...ooh itu mmg law..hakim x terima..kalau tulis tangan..? Fikir dlm hati agaknya Hakim ni dah tua tua kot rabun baca kes setiap hari..

18.Selesai pegawai tdi merekodkan sesuatu..dia tunjuk arah pergi ambik tarikh bicara kat kaunter sebelah tu..nnti byar pendaftran rm27.00.

19. Lagi sekali tangan sya direntap..eh dah dekat rm47.00 ni mcmana ..x cukup duit la ..tak pe nnti kita buat rayuan mintak kurangkan byaran.Sya cuba memujuk utk menenangkan dia.
Sya kat sini rekod je puan.Nak kurangkan bayaran mintak kat kaunter pembayaran nnti Pegawai tu memberitahu dgn yakin..Tapi hati saya mmg x yakin ni takat lepas tenguk je..

20.Ke kaunter bayaran .rm27..00 puan. Tak boleh kurang ke laju kawan sya bertanya mana boleh.. laju pegawai tu menjawap..
Nak je sya ke kaunter sebelum tadi tunjal dahi pegawai lelaki tdi kerana menipu.. kali ni tangan pulak tangan sya ditarik oleh kawan sya ssb dia boleh agak tindakan sya nak bgi sikit " kata kata manis kat staff yg kata ..nk kurang bayaran pg kaunter bayaran "mmg Pegawai penipu..X faham jgak kenape lah kena byar pendaftran pun rm27.. sgt sgt membebankan..dia warganegara bukan pendatang asing atau pun Pr suami pun warganegara.

21.Andai kata kejadian berlaku pd org yg betul2 ssh .dtg sekadar bawak duit tambang je macamana alamat balik jln kaki..dah duit tinggal rm3.00 je..apa tahlagi nk menjamah nasi .air seteguk pun lepas

22. Siapa yg nak membela wanita 2 macam..ni Mana .dan Apa pihak Kementeria
an Wanita buat..dgn kes kes mcm ni..terlepas pandang ke ..atau di anggap hanya kes2 terpencil.. atau jadi kes isteri di tikam di rodok suami dgn senjata tajam barulah org tu org ni dtg tanya barulah Mak Menteri dtg berkunjung tanya itu ini..baru nak perhatian.Siapa yg sudi nk bg bantuan isteri yg teraniya mcm ni..nak mohon brim dah tentu lah x layak.Ssb di tuntut oleh ketua keluarga..dah tentu kalau jenis suami dah lafaz talak x mahu dtg bukak file ke mahkamah..jgn haraplah duit brim sampai ketangan isteri.

23. Sewajarnya Kementerian sedia maklum berape ramai wanita di nafikan hak untuk mendapat brim tergantung kerana kes penceraian masih belum selesai..kadangkala sampai 2 ke 3 tahun..

24.Atas sebb inilah sya sampai ke mahkamah kerana mahu pembelaan yg sewajarnya pda isteri yg di nafikan haknya.

25.Teringat kata kata seorg sahabat sya jga. Mahkamah Syariah ada lah tempat paling berhantu dah seboleh bolehnya dia mengharamkan kaki ke situ lagi..sekarang baru sya faham maksudnya.

26. Di sini sya nk mohon lah mna2 pihak ada kuasa seperti persatuan ibu tunggal mana NGO.. memberi perhatian masaalah ni demi wanita2 yg masih terbelit masaalah di Mahkamah kerana kekangan wang ringgit..



INILAH NASIB MELAYU PULAU PINANG... HANYA BERNIAGA PISANG TANPA GANGGU LALU LINTAS, TAPI DIZALIMI PENGUATKUASA MELAYU PULAU PINANG!!!


video

Melayu di Pulau Pinang hanyalah si pecacai dan tidak ubah seperti Arab di negara haram Zionis Israel.

Itulah gambaran mudah yang boleh diberikan.

Menariknya, anggota-anggota penguatkuasa berpangkat rendah bermajoritikan Melayu manakala Ahli-Ahli Majlis yang berkuasa pula, tidak pernah muncul ke hadapan sekalipun arahan yang dikeluarkan membabitkan orang Melayu.



Peristiwa menyayat hati berlaku di Bukit Mertajam, semalam kalau mengikut kepada laporan media sosial.

Seorang lelaki tua Melayu yang telah bertahun-tahun berjualan pisang, bukan sahaja dizalimi, bahkan barang perniagaannya yang tidak bergerai, tidak juga berlokasi tetap dan tidak mengganggu lalu lintas, telah dirampas untuk dimusnahkan oleh anggota-anggota penguatkuasa MPSP yang keseluruhannya adalah Melayu.



Barangkali terlalu sedih atau terlalu letih mempertahankan barangan jualannya yang tidak beberapa ringgit pun keuntungannya, si lelaki tua Melayu itu pengsan.

Si anak lelakinya terus berang.

Dan akhirnya, si anak lelaki itu melakukan sesuatu yang biasanya digunakan untuk mempertahankan penjawat awam daripada dipersalahkan kerana tidak bersikap kemanusiaan iaitu MENGGANGGU ATAU MENGHALANG PENJAWAT AWAM DARIPADA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB.

Itu situasi yang berlaku di Pulau Pinang... juga di tempat-tempat lain.



Anggota-anggota penguatkuasa PBT tersangat rajin, sangat cekap bertindak, sangat pantas dan sangat berpegang teguh kepada buku undang-undang, kalau 'mangsa' mereka adalah Melayu-Bumiputera. Tetapi bertukar menjadi kelu, bisu, buta, tidak sensitif dan langsung tidak faham undang-undang apabila membabitkan bukan Melayu-Bumiputera yang terlibat.

Pak cik penjual pisang itu barangkali tidak berlesen, tidak berpermit dan pemilik bangunan pula tidak senang hati, jijik dan berasa geli melihat seorang lelaki Melayu berjualan pisang di kaki lima bangunannya lantas memanjangkan aduan kepada pihak berkuasa.

Namun apa salahnya kalau pak cik itu sekadar dihalau, ditunjukkan tempat sepatutnya dia berjualan tanpa mengganggu tokeh-tokeh besar pemilik bangunan dan kakilima. Berapa sen sangatlah jualan pisangnya berbanding dimusnahkan untuk memberikan KEPUASAN kepada seragam yang disarung.

Atau sekadar diberikan amaran, saman dan disuruh berpindah sahaja tanpa perlu dirampas barang-barang jualannya.



Menjalankan perintah dan amanah?

Bagaimana pula dengan tempat-tempat lain yang jelas-jelas melanggar undang-undang tetapi tidak diambil tindakan serupa di Pulau Pinang?

Tidak malukah Melayu-Melayu yang menyarung seragam anggota penguatkuasa tetapi gagal menggunapakai otak dan kewarasan mereka?


SURAT TERBUKA 'KERAS' PARPUKARI KEPADA MUHYIDDIN... JANGAN JADI KONDOM!!!



Dah lama aku perhatikan tentang isu Tan Sri Muhyiddin ni, Aku diamkan diri dan nak bagi dia masa untuk apa tindakan dia selanjutnya. Dia yang membuka mulut tentang 1MDB dan 2.6 Billion yang masuk ke akaun peribadi PM. Maka terbakarlah satu negara dengan kisah-kisah itu. Terpecah belah la UMNo dalam 2-3 kelompok, ada yang menyokong dan ada yang menentang yang pasti Ketua Bahagian semua bersama PM.

Sejak dari itu aku pun nak tengok apa yang akan dibuat oleh bekas TPM ini setelah dia dipecat dari jawatan tersebut, Hari berganti minggu, bulan nak berganti tahun dah. Apa yang kita nampak? Sekadar kisah-kisah simpati je, kata nak lawan. Tahukah Tan Sri berapa ramai penyokong Tan Sri yang tunggu bilakah harinya Tan Sri nak bukak silat. Bunga sudah bukak tapi sampai ke sekarang buah tak nampak.

So Tan Sri, you have to decide, nak lawan ke atau NAK TAGIH SIMPATI DAN ORANG DAH MULA BOSAN dan kalau dah tak nak lawan, terus sokong PM atau letak saja jawatan tanda tidak puashati. Jangan la main geli-geli macam ni, lama-lama orang dah hilang stim naik meluat pulak nanti.

Bila perasmian sayap Tan Sri itdak dipilih untuk dirasmikan, kita ingat Tan Sri akan buat satu stetement yang akan membakar semangat sesiapa yang menyokong Tan Sri, tapi apa yang kita nampak hanyalah statement tagih simpati. Tak jalan macam ni Tan Sri, maafkan saya Tan Sri, i may be sound rude but you have to make up your mind, makin lama dibuat begini adalah tidak baik untuk parti.

Ada baiknya kalau Tan Sri nampak UMNO dah tak boleh nak buat apa maka letak saja jawatan dan biarlah UMNO dengan masalah mereka dan Tan Sri boleh retire sepenuhnya. Tetapi kalau nak lawan maka Tan Sri kena bangkit. Kat bawah dah ramai mula cakap yang Tan Sri tak berani nak kedepan. Bukan saya kata tau. Orang UMNO sendiri kata begitu.

So come on Tan Sri! To be or not to be!

Saya sentiasa doakan agar anda semua bersatu kebali macam dulu dan saya cukup risau tengok statement terbaru Tun M yang kata takkan ada parti yang memerintah selamanya. Ini merisaukan sebab dulu Tun M kata dia nak tukarkan Najib tapi sekarang sebab nampak Najib tak boleh nak jatuh maka dikata sebegini. Jangan silap ya saya tetap hormat pada Tun Mahathir sebagai mantan PM dan Tan Sri sebagai Mantan TPM.

Sama-sama kita nantikan keputusan dari Tan Sri. nak lawan, lawan betul-betul, kalau tak baik tak payah buang masa dan buatlah apa yang patut!



Saturday, November 28, 2015

MAKIN LAMA, TUN MAHATHIR SEMAKIN MENGARUT.. CAKAP PUN DAH MULA BERBELIT-BELIT!!!



Bagi penentang-penentang Mahathir dari zaman awal Premiershipnya terutama sekali pada tahun pertengahan 80-an, bahkan pada projek-projek meganya yang dilihat sekadar menjadikan Melayu dan Bumiputera sebagai pekerja kelas kedua dan ketiga sahaja, Mahathir pada hari ini, bukanlah sesuatu yang pelik.

Memang benar Mahathir telah banyak berjasa kepada negara ini. Mahathir telah mempercepatkan pencapaian negara ini secara makro, tetapi dari sudut mikro, khususnya Melayu-Bumiputera telah bertukar menjadi masyarakat yang bersifat kebendaan dan kehilangan banyak masa kerana mengejar materialistik atas alasan, materialistk itulah yang dinamakan kemajuan.

Dan sepanjang tempoh itu jugalah, Melayu kehilangan banyak tanah walaupun pada negara-negara asing, Malaysia mempunyai nama yang cukup harum. Melayu adalah kelompok yang paling banyak dikorbankan, dan tanah-tanah mereka juga paling banyak diambil untuk membangunkan negara di bawah Kanun Tanah Negara 1965.

Melihat dari sudut makronya, Mahathir telah berjaya mengubah Malaysia menjadi sebuah Harimau Timur. Namun dari sudut mikronya, pribumi dan bumiputeranya terpaksa bergigih serta bertungkus lumus kerana terlalu banyak kehilangan di sudut mereka hanya mereka mengejar meritokrasi yang Melayu dan Bumiputera lain, tidak mampu terkejar selepas mereka diasak dan ditekan dari pelbagai sudut.

Sepanjang tempoh 22 tahun pentadbirannya, tiada sesiapa pun kecuali kaum penentangnya yang berani berkata, Mahathir berjaya membangunkan negara hasil daripada pengorbanan Melayu-Bumiputera yang ditagih secara paksa walaupun akhirnya kejayaan daripada keputusan pentadbirannya hanya mampu dnikmati oleh sekelompok manusia Melayu-Bumiputera elit yang sehingga sekarang, tetap dahaga, tetap lapar dan tetap kebuluran tanpa sedikit pun mahu berkongsi atau mewujudkan pewaris yang mampu mengembangbiakkan kejayaan Melayu-Bumiputera.

Memang benar, ramai orang Melayu-Bumiputera yang berjaya keluar dari kepompong hidup kesederhanaan dan mengejar materialistik tetapi melihat kepada situasi terutama sekali kesukaran membeli hartanah hari ini, memperlihatkan kesukaran yang bakal dialami oleh generasi kedua dan ketiga serta seterusnya Melayu-Bumiputera selepas pentadbiran Mahathir. Ditambah pula dengan kekuatan DAP dan kumpulan yang pro mereka, yang semakin hari semakin jelas bersifat lintah darat yang mahu menakluk hak-hak istimewa Melayu-Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, bolehlah dikatakan secara ringkas, Melayu-Bumiputera akan bertukar menjadi pengemis di negara sendiri.

Pelbagai skim diwujudkan kononnya untuk membantu Melayu-Bumiputera, tetapi kemudiannya berakhir dengan alasan, orang Melayu-Bumiputera hanya pandai menjadi Alibaba, senang jadi taukeh, dan lebih rela jadi kuli makan gaji. Akhirnya pelbagai skim insentif dan bantuan yang diwujudkan atas nama Melayu-Bumiputera, tetap juga pergi ke kelompok elitis yang sama.

Selepas 22 tahun mentadbir Malaysia dengan corak dan kaedahnya yang tersendiri, selain dibaluti dengan kemasyhuran serta kegemilangan Malaysia di mana Melayu-Bumiputera hanyalah malukut tepian gantang, sebarang perubahan untuk menukar sistem tersebut, amat payah diterima. Bahkan dianggap sebagai tidak mengenang budi dan cubaan menghapuskan legasi pentadbiran Tun Dr. Mahathir.

Daripada pelbagai projek-projek mega sepanjang 22 tahun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan empat orang Timbalan Perdana Menteri yang mana salah seorang menjadi penggantinya, berapa kerat Melayu-Bumiputera yang ada di dalam projek-projek mega tersebut?

Daripada sekian banyak GLC dan syarikat-syarikat yang diwujudkan pada zamannya untuk menguruskan kewangan dan perniagaan berasaskan Kerajaan, berapa banyak yang dinikmati oleh Melayu-Bumiputera berbanding GLC-GLC tersebut yang sekarang ini lebih mementingkan keuntungan berbanding tanggungjawab sosial mereka berasaskan Melayu-Bumiputera walaupun modal mereka adalah Melayu-Bumiputera?

Mana jutawan-jutawan Melayu yang dihasilkan pada zaman Mahathir? Berapa kerat lagi yang masih tinggal dan sedar mereka mempunyai tanggungjawab untuk membantu anak bangsa berbanding yang tidak kenyang-kenyang dan terus memburu hasil untuk diri sendiri sebelum kemudian mereka mendabik dada, kononnya kejayaan mereka adalah kejayaan diri sendiri?

Mahathir bukan sempurna dan maksum. Bahkan setiap Perdana Menteri yang menjawat jawatan tersebut bermula dari gelaran Ketua Menteri pada tahun 1955 sehinggalah Perdana Menteri pada tahun 2015, tidak lepas daripada berbuat kesilapan dan kerugian kepada bangsa dan negara.


Kalau pada zaman Mahathir, kritikan diberikan kepada Almarhum Tunku dan Hussein Onn kerana mengkritik pentadbirannya, bahkan sanggup pula bersekongkol dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang kalah hanya beberapa undi dalam Pemilihan Agung UMNO, sehingga akhirnya diwujudkan sistem kuota bagi memastikan kedudukan Presiden terjamin dan mutlak sebelum diubah kembali di bawah pentadbiran Najib, mengapa pula Mahathir tidak boleh dikritik apabila dia mula meracau-racau dan bercakap tunggang terbalik?

Selepas mantan Perdana Menteri bercakap tunggang terbalik seperti yang dapat kita lihat sekarang, ia sudah cukup menggambarkan betapa bahayanya kedudukan Melayu-Bumiputera pada zaman hadapan melainkan ada yang berani menyanggah dan keluar daripada acuan yang ingin diterapkannya.

Kepimpinan masakini perlu lebih berani berhadapan, perlu lebih berani menyanggah bahkan perlu lebih tegas menyatakan tentang beberapa 'pembetulan' yang dibuat ke atas kesilapan-kesilapan Mahathir sepanjang tempoh 22 tahun pentadbirannya, terutama sekali yang melibatkan konsensi yang jelas merugikan rakyat untuk tempoh panjang sekalipun dalam tempoh pendek berjaya melonjakkan negara.

Negara ini bukan milik Mahathir, bukan juga milik Najib, apatah lagi milik UMNO. Negara ini milik semua rakyatnya yang telah banyak berkorban segala-galanya. Negara ini perlu mengikut acuan keperluan rakyat semasa dan akan datang, bukannya berdasarkan nostalgia legasi 22 tahun yang akhirnya menyaksikan lebih ramai rakyat yang berputih mata melihat rumah-rumah cantik yang dimiliki oleh rakyat asing berbanding mereka!


SAH, CHARLES MORAIS CABUT LARI... POLIS CUMA KESAN TAPI TAK DAPAT TAHAN!!!



Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan adik kepada mendiang Anthony Kevin Morais, Charles Morais sudah melarikan diri keluar dari negara ini melalui Tambak Johor.

Khalid berkata, Charles melarikan diri selepas mengadakan sidang media mendakwa beliau mempunyai bukti mengenai kes yang disiasat abangnya sebelum mati dibunuh. 

"Tindakan pengecut...sudah buat sidang media selepas itu lari. Polis mengesan dia melarikan diri melalui pintu Johor Bahru pada jam 1.30 pagi Khamis lalu," katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Perbarisan Tamat Latihan Inspektor Siri 2/2015 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, sebentar tadi. 

Sementara itu, BERNAMA melaporkan, media sosial dan portal berita melaporkan baru-baru ini Charles membuat pelbagai dakwaan berhubung kes pembunuhan abang itu, antaranya (Kevin) terlibat dalam siasatan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 

Khalid berkata pihaknya akan memanggil peguam Charles iaitu Americk Sidhu dalam masa terdekat bagi membantu siasatan. 

"Jika dia (Americk) gagal membantu siasatan polis akan guna kaedah lain bagi mengesan Charles," katanya. 

Beliau berkata selain itu, polis juga membuka kertas siasatan terhadap Charles di bawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan maklumat dan Seksyen 124L kanun sama kerana cuba melakukan sabotaj. 

Mayat Kevin, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 Sept lepas setelah beliau dilaporkan hilang pada 4 September lalu. 

Kevin kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini, untuk ke tempat kerjanya di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya. (SUMBER)

Friday, November 27, 2015

KATA ADA BUKTI KUKUH, KENAPA PULA CHARLES MORAIS LARI KE AMERIKA SYARIKAT?!!!



Charles Suresh Morais yang mendakwa memiliki butiran berkenaan pembunuhan saudara lelakinya, Mendiang Kevin Morais dan kemudian telah cuba dijadikan sebagai BERITA SENSASI menyerang Najib dan kepimpinan negara, dilaporkan telah MELARIKAN DIRI ke Amerika Syarikat.

Itu yang telah disahkan oleh peguam yang mewakilinya, Americk Sidhu.

Menurut Americk lagi, polis telah menghubunginya untuk disoal.

Semalam, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar dilaporkan sebagai berkata, PDRM telah meminta Charles Suresh untuk menyerahkan maklumat yang ada dalam simpanannya dan akan menghubunginya menerusi peguamnya, Americk Sidhu sekiranya dia telah pergi ke Amerika Syarikat.

Menurut Khalid lagi, satu siasatan baru akan dibuat ke atas Akuan Bersumpah (SD) yang telah dibuat oleh Charles Suresh. PDRM menurutnya tidak akan dapat bertindak sekiranya Charles Suresh enggan berkongsi maklumat itu dengan mereka.

Dalam SD 18 mukasuratnya, Charles Suresh berkata, mendiang Kevin Moaris sebelum kematiannya, telah menyerah pena pemacu yang mengandungi 'pendedahan mengejutkan dan jelas tentang siasatan yang dijalankan oleh Kevin sebelum dia ditemui mati, yang turut membabitkan personaliti berpengaruh dan berjawatan penting di Malaysia'.

Menurut Charles lagi, pena pemacu tersebut berada di Amerika Syarikat dan dalam simpanan selamat. Di dalam Akuan Bersumpahnya juga, Charles menegaskan bahawa mendiang Kevin telah menyalurkan maklumat-maklumat penting membabitkan kerja-kerjanya terutama sekali kes yang membabitkan individu-individu ang berkuasa.

Mayat Kevn telah ditemui di dalam sebuah tong dram yang dipenuhi simen konkrit di Subang Jaya 13 hari selepas dia diculik ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya dari rumahnya di Bangsar pada 4 September.

Ketika kematiannya, Kevin memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pejabat Peguam Negara di Divisyen Perbicaraan dan Rayuan.

Charles Suresh pada Isnin telah memohon perintah mahkamah bagi bedah siasat kali kedua, tetapi lokasi mayat Kevin dikebumikan tidak diketahui selepas mayatnya dituntut oleh seorang lagi saudara lelakinya, Richard Morais tanpa pengetahuan Charles Suresh dari Rumah Mayat Hospital Kuala Lumpur. (RUJUK SINI)



TERKELAM-KABUT AHLI PARLIMEN MELAYU DAP BAGI ALASAN APABILA MENANTU PM HENDAK MENYAMANNYA!



Ahli Parlimen Raub, Ariff Sabri barangkali baru sedar bahawa kata dua agar dia menarik balik artikel dari blog peribadinya bukan sekadar gertakan kosong, sebaliknya akan disusuli dengan saman. Dan apabila menantu PM, Daniyar benar-benar mengotakan kata-katanya, mahu menyaman Ariff Sabri, dia cepat-cepat 'membela diri' menerusi blognya dan kemudian menyalahkan sebuah portal yang katanya, telah memutarbelitkan maksud artikelnya.

Dan katanya lagi, dia tidak mempunyai sebarang kuasa atau kebolehan untuk melakukan sebarang pengeditan dalam portal tersebut.

Tinjauan ke atas portal dalam talian tersebut yang kerap menyiarkan berita-berita anti-Najib termasuklah mencipta pelbagai fitnah yang bersandarkan kepada Sarawak Report dan Wall Street Journal mendapati artikel yang dipetik daripada blog Ariff Sabri telah dipadamkan.

Bagaimanapun, di dalam artikel terbaru yang dilihat lebih kepada bermaksud membela diri sendiri, Ariff Sabri dilihat cuba 'membetulkan' semula beberapa maksud di dalam artikel sebelumnya. Dia cuba menjustifikasikan persepsi yang diciptanya menerusi artikel yang menyebabkan dia disaman itu.


Perkataan yang membawa maksud pertanyaan, sebenarnya terletak jauh dan tersembunyi di sebalik persepsi negatif yang telah diwujudkan terlebih dahulu.

Agak menarik ialah apabila Ariff Sabri menawarkan diri untuk berbincang bagi membuang mana-mana bahagian yang sepatutnya dalam artikel tersebut yang dirujuk sebagai fitnah dan memohon maaf kepda orang yang difitnahnya iaitu menantu Perdana Menteri.

Mengapa sepanjang tempoh yang diberikan untuk dia menurunkan artikel dan membuang artikel tersebut daripada siaran serta memohon maaf, dia tidak berbuat begitu? Bukankah Surat Tuntutan telah dihantar oleh Tetuan Noorhajran Mohd Noor kepadanya dan memaklumkan perkara itu kepadanya?

Mengapa hanya setelah saman fitnah difailkan, baru dia hendak berbincang dan membuang sebahagian daripada artikel tersebut dan memohon maaf?


Semudah itu sahaja melepaskan diri? Mencipta persepsi jahat yang berunsurkan fitnah dan kemudian mahu berbincang bagi permohonan maaf.

Tetuan Noorhajran sewajarnya menasihati anak guam mereka untuk meneruskan prosiding saman fitnah dan tidak termakan dengan helah DAP yang berpura-pura naif dan meminta maaf kerana persepsi telah pun dibuat. Ianya tercatat jelas di dalam artikel berkenaan walaupun pada bahagian ayat tertentu, Ariff Sabri yang menggunakan nama pena, Sakmongkol AK47 cuba berselindung dengan kata-kata, "I hope this news is not true. If it were, it affirms how insatiable and rapacious Najib is. Even small business he wants them all."

LIM GUAN ENG BAGI 'SEJUTA ALASAN' UNTUK ELAK HILANG JAWATAN KETUA MENTERI KALAU BERTANDING DALAM PEMILIHAN DAP PULAU PINANG!!!



Masa dia menyibuk dengan urusan UMNO dan PAS, tidak pula dia gunakan alasan, dia bukan ahli UMNO, bukan ahli PAS untuk dia menyibuk.

Masa dia mengutuk Hadi Awang dan memaksa PAS mengikut kehendak dia dan DAP, pandai pula dia gunakan pelbagai alasan lain, kecuali alasan menjadi ahli.

Masa dia mengutuk Najib Abdul Razak dan UMNO, pandai pula dia bercakap tentang CAT tetapi dia sendiri bukan ahli UMNO.

Tapi bila Huan Cheng Guan mendesak dia bertanding jawatan dalam DAP Negeri Pulau Pinang, bagi menjustifikasikan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinangnya, Lim Guan Eng cepat-cepat mengatakan, Huan Cheng Guan tidak layak bercakap begitu kerana bukan ahli DAP!!!

Habis tu, yang bapanya sibuk bercakap tentang hal ehwal UMNO, bercakap seolah-olah menjadi salah seorang Ketua Bahagian Pro-Mahathir, kenapa pula dia tidak tegur? Kenapa dia tidak mengingatkan bapanya, jadi ahli UMNO dulu barulah boleh bercakap tentang UMNO?

Sebab dia DAP?

Sebab dia Chauvinist?

Sebab dia Ultra-Kiasu?

Sebab dia rasa kepalanya sudah cukup besar?

Dia menolak cadangan Huan Cheng Guan agar dia bertanding dalam pemilihan DAP Pulau Pinang. Dia menolak untuk bertanding populariti dengan Chow Kon Yeow. Konon katanya, dia dan Chow Kon Yeow saling bekerjasama.

Yalah, memang dia bekerjasama. Bekerjasama supaya Chow Kon Yeow tidak mendesak dia melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri memandangkan Lim Guan Eng tidak ada apa-apa jawatan dalam DAP Pulau Pinang.

Barangkali kalau perkara yang dibuatnya, berlaku dalam UMNO dengan Setiausaha Agung UMNO tiba-tiba menjadi Menteri Besar mana-mana negeri, barangkali tak cukup suara Lim Guan Eng memperolok-olokkannya. Tapi bila dia sendiri yang buat, semuanya jadi serba okay.

48 orang pemimpin DAP Negeri sedang mengintai-ngintai 15 kedudukan dalam Jawatankuasa Negeri pada hari Ahad ini. Para pemerhati menjangkakan, kumpulan fraksi Chow akan menyapu sekurang-kurangnya dua pertiga daripada jawatan yang dipilih.

Huan Cheng Guan menyindir Lim Guan Eng yang jelas amat 'KETAKUTAN' dan 'KEBIMBANGAN' sehingga terpaksa memberikan alasan 'kerjasama' bagi mengelakkan bertanding jawatan di Pulau Pinang walaupun pada masa yang sama, Lim Guan Eng adalah seorang yang amat berpegang dan percaya kepada UNDI POPULAR.

Lim Guan Eng juga merupakan antara orang yang sangat percaya kepada pemilihan dan pertandingan populariti. Sehinggakan PBT pun hendak dibuat pilihanraya. Namun dalam isu pemilihan parti terutama di negeri di mana dia menjadi Ketua Menterinya, lain pula alasan yang diberikan oleh Lim Guan Eng.

"Lim Guan Eng patut bertanding untuk membuktikan kepada kita yang dia mempunyai sokongan daripada ahli-ahli DAP Pulau Pinang, sesuatu yang amat saya ragui. Adakah dia sebenarnya takut untuk bertanding?" sindir Huan.

Kata Huan lagi, "Saya akan menyertai DAP sekiranya dia bertanding dalam pemilihan itu... tetapi sekiranya saya menyertai DAP, dia akan mendapat mimpi ngeri."


Thursday, November 26, 2015

SUDAH HAMPIR PASTI, PAS DIISYTIHARKAN PEMBANGKANG DI SELANGOR BERSAMA-SAMA UMNO-BN!!!



Majlis Presiden Pakatan Harapan sebentar tadi difahamkan telah membuat keputusan mengisytiharkan PAS sebagai parti pembangkang di Selangor di samping BN dan wakil bebas.

Keputusan ini bagi menunjukkan solidariti Pakatan Harapan sebagai satu komponen setelah Penang mengambil tindakan yang sama minggu lepas. Ia telah dipersetujui dan mendapat restu semua Menteri Besar/Ketua Menteri terlibat.

Disamping itu, ia juga bagi mengelakkan pilihanraya negeri Selangor diadakan lebih awal seperti mana yang dirancang DAP sebelum ini.

Serentak dengan itu juga, seorang wakil PKR di DUN Kelantan juga akan menjadi pembangkang seperti mana wakil PAS di Penang.

Berkuatkuasa minggu depan, semua ahli majlis PAS di Selangor akan dipecat dari jawatan itu, melainkan mereka menukar parti dengan menyertai mana-mana parti komponen Pakatan Harapan seperti PKR atau PAN mahupun DAP.

Ahli-ahli PAN yang telah dikenalpasti akan mengambil alih jawatan dan semua kemudahan yang dinikmati ahli majlis dari PAS.

3 Exco PAS dalam kerajaan Selangor turut akan dipecat dengan semua urusan berkaitan, termasuk mendapat perkenan pihak Istana juga akan disegerakan. Tempat mereka akan digantikan oleh 2 ADUN PAN iaitu Saari Sungip (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib).

Jika semuanya berjalan dengan lancar, majlis angkat sumpah akan diadakan seawal-awalnya Rabu minggu hadapan.

Setelah semua ini selesai, Pakatan Rakyat secara rasmi akan berkubur dan era Pakatan Harapan yang sebenarnya akan bermula. (SUMBER)


YANG NAK DIBEDAH, KAKINYA, KENAPA PULA DIBOGELKAN SAMPAI KEMALUANNYA TERDEDAH?... INI PENJELASANNYA!!!



Semalam saya telah membuat satu posting bagi memperjelaskan tentang isu sensiviti gender dan aurat pesakit yang kononnya terabai dan tidak terjaga di hospital.
Alhamdulillah ia menerima respons positif dan semakin ramai yang memahami realiti sebenar dan skop kerja penjawat awam di sektor kesihatan khususnya para doktor, jururawat dan juga MA.

Namun komentar seorang wanita ini telah menarik perhatian saya (rujuk gambar). Ia agak lucu sebenarnya kerana menunjukkan betapa masyarakat awam begitu memandang serong dan bersangka buruk pada prosedur perawatan yg diberikan kepada pesakit. Saya kira cerita2 seperti inilah yang akan melompat dari mulut ke mulut sebagai cerita2 seram rakyat dan mitos atau dalam bahasa Inggerisnya disebut 'Urban Legend'.

Beliau mempertikaikan jawapan balas dari jururawat bahawa waris pesakit adalah orang yang paling elok menguruskan pampers, memandikan, mencuci najis dan kencing pesakit mengikut hukum Islam memandangkan masyarakat begitu keras mengkritik warga KKM sebagai tidak sensitif terhadap isu aurat dan tidak sensitif gender kononnya.

Beliau (pengkomen) berkata bahawa ada ketikanya sungguhpun waris menguruskan perkara tersebut, terdapat waktu dan ketika pesakit berada luar dari kawalan dan pemantauan waris contohnya ketika pembedahan.

Ringkasnya, beliau membangkitkan 4 perkara ini di dalam komennya:

1. Pesakit memakai pampers kerana tidak boleh berjalan ke tandas kerana patah kaki.

2. Pesakit perlu menjalani operation kaki memasukkan besi.

3. Di dewan bedah pembantu/nurse telah diarahkan oleh doktor untuk membuka pampers pesakit atas alasan 'menggangu tugas doktor'.

4. Beliau menimbulkan pertanyaan, kenapakah alat sulit didedahkan sedangkan bahagian yang akan dilakuan operation adalah kaki.

Pertamanya, harus kita sedar bahawa operation yg hendak dilakukan adalah pada bahagian anggota kaki pesakit. Daripada tindakan waris yang memakaikan pampers kepada pesakit jelas menunjukkan bahawa ia adalah kepatahan yang serius. Ini ditambah pula dengan pembedahan memasukkan besi yg perlu dilakukan di dewan bedah. Ia memberi maksud bahawa tulang yang terlibat adalah tulang besar (long bones) seperti femur atau tibia.

Jika melibatkan tulang2 kecil, amat jarang pesakit mahu memakai pampers. Mereka lebih suka bergerak sendiri ke tandas dengan kaki yg bersimen bagi menunaikan hajat. Para perawat juga akan menggalakan mereka bergerak seandainya stabil bagi mengelakkan mereka mengalami penyakit sumbatan darah dalam salur darah kaki atau Deep Vein Thrombosis (DVT) akibat kurang pergerakkan.

Memandangkan operation perlu dilakukan di dewan bedah, adalah menjadi satu prosedur rasmi mana2 dewan bedah seluruh dunia agar pesakit memakai gown dewan bedah. Semua pakaian pesakit termasuk pakaian dalam dan juga barang2 kemas mestilah ditanggalkan dan tidak boleh dibawa masuk ke dewan bedah.

Bukan hanya pesakit sahaja yang perlu melakukan demikian, para doktor, jururawat, MA serta sesiapa sahaja yang ingin masuk ke dewan bedah perlulah menanggalkan pakaian mereka dan memakai pakaian dewan bedah yang telah disediakan!

Ini adalah kerana dewan bedah mahu mengekalkan sterliti atau kawasan suci kuman. Pakaian2 anda di luar dan pakaian dalam semestinya mempunyai kuman dan berpotensi merebak ke dalam luka anda apabila pembedahan dilakukan. Oleh itu spender dan pantist anda tak kira apa brand dari semahal Calvin Klein atau semurah brand ayam pasar malam wakaf che yeh perlu ditanggalkan. Pampes juga perlu ditanggalkan apatah lagi pampers yang sedang menakung najis! Ini adalah kerana kuman mmg amat suka untuk 'menginap' di pakaian khususnya pakaian dalaman anda.

Jika operation hendak dilakukan di sesuatu bahagian anggota badan, kawasan tersebut sememangnya perlu didedahkan. Kami bukan bomoh bedah batin yang boleh mengeluarkan batu karang dengan jari dari depan abdomen tanpa luka. 😏😏😏😏
Tolong jangan keliru profesion kami dengan para bomoh tersebut.

Kawasan yang didedahkan sewaktu pembedahan oleh doktor adalah kawasan yang perlu sahaja. Selebihnya akan ditutup dengan draping towel yang tebal kerana kita tidak mahu kuman dari anggota badan pesakit yang terdedah merebak dan masuk ke dalam luka pembedahan.

Suhu di dalam dewan bedah juga adalah ditetapkan rendah antara 18 hingga 20 darjah celcius bagi mengurangkan aktiviti kuman. Jadi para perawat memahami pesakit kesejukan kerana berpakaian ringkas. Oleh itu pemanas/warmer dan tuala2 sterile yg panas akan digunakan untuk membungkus pesakit dan meminamakan sebanyak mungkin anggota badan yg terdedah. Kita tidak mahu pesakit mengalami hypothermia kerana ini akan memudaratkan pesakit dan meningkatkan pendarahan!

Jadi adalah amat tidak masuk akal dan tidak logik apabila dikatakan bahawa pesakit dibedah dalam keadaan bogel.
Pemikiran seperti ini mungkin terjadi akibat terlalu banyak menonton video2 tidak senonoh atau akibat fantasi peribadi yang tidak kesampaian. 😝😝😝😝

#Kesimpulan:

1. Terdapat banyak kisah karut yang berlegar di sekeliling masyarakat kita terutamanya dalam hal perubatan.

2. Masyarakat diseru supaya tidak mempercayai buta2 segala yang disampaikan kepada mereka terutamanya perkara yg sedang viral.

3. Sila siasat kesahihan dan bertanya (konsep tabayyun) sebelum menyebarkan berita yang tidak pasti.

4. Rujuklah kepada orang2 yang ahli dan berilmu dalam sesuatu bidang.

5. Warga hospital sentiasa berusaha melindungi dan menjaga maruah pesakit setiap masa.

6. Menjadi satu kesalahan yang amat berat seandainya maruah pesakit tidak dijaga dan didedahkan dengan sengaja dan tanpa sebab. Ia satu kesalahan etika pengamal perubatan yg boleh berhadapan tindakan di tamatkan perkhidmatan.

Semoga bermanfaat.



KERAJAAN PERUNTUKKAN RM600 UNTUK BEKALAN MAKANAN DAN KEPERLUAN DAPUR, KONTRAKTOR SAPU PULA!!!



Penduduk kaum Penan yang terjejas projek mega pembinaan Empangan Hidroelektrik Murum kesal dan tidak berpuas hati dengan tindakan kontraktor dilantik yang disifat tidak amanah kerana menyedia bekalan makanan dan keperluan dapur tidak menepati nilai RM600 diperuntuk kerajaan kepada mereka.

Penduduk kampung memberitahu, selain nilai makanan dan keperluan dapur tidak menyamai jumlah RM600 itu, lebih teruk lagi, bekalan makanan adakalanya hampir buruk dan berbau serta sudah luput tarikhnya.

Bantuan makanan dan keperluan dapur bernilai RM600 itu ditambah wang tunai RM250, menjadikan jumlahnya RM850, merupakan bantuan yang dijanji kerajaan negeri, sebagai pendapatan sokongan sementara Pendapatan Sokongan Sementara selama lima tahun kepada penduduk terjejas, yang disediakan oleh kerajaan negeri dan Sarawak Energy Berhad (SEB).

Ia diberi secara bulanan sejak mulai berpindah ke kawasan penempatan semula disedia iaitu di Tegulang dan Metalun.

Seramai 335 keluarga Penan dan 18 keluarga Kenyah Badeng terjejas akibat projek pembinaan empangan hidroelektrik dipindahkan ke situ.


“Pada awalnya kami menjangka dan berharap bantuan diberi secara tunai RM850, tetapi selepas kami berpindah sebaliknya duit berjumlah RM600 diberi dalam bentuk barangan makanan dan keperluan dapur termasuk beras, telur, daging ayam beku, makanan dalam tin dan sebagainya, hanya RM250 sahaja diberi tunai,” kata wakil penduduk Gereng Jadung.

Beliau ditemani dua penduduk kampung, Tejok Surek dan Polbu Jadung terpaksa turun ke sini, bagi mewakili penduduk lain untuk bertemu dengan penasihat Penan Murum yang juga seorang peguam, Abun Sui bagi membantu menyelesaikannya selepas beberapa aduan dan suara mereka sebelum ini tidak ‘didengar’ oleh pihak terbabit.

“Hanya pada awal pelaksanaan iaitu beberapa bulan pertama sahaja kami menerima barang makanan dan keperluan dalam keadaan baik dan memuaskan namun lama-kelamaan, barangan semakin kurang dan tidak padan dengan nilai RM600, bawang sudah busuk, ikan bilis pula berbau dan makanan dalam tin ada yang sudah luput tarikh dan sebagainya.

“Apabila kami meminta resit pembelian sebagai bukti atau cuba mengira jumlah nilai barangan dihantar, kami pula ditengking dan dimarahi. Nilai dan wang RM600 itu milik kami bukan pihak kontraktor,” katanya.

Justeru, katanya penduduk kampung dan ketua kaum daripada lima kampung yang dipindahkan ke penempatan semula itu sebulat suara bersetuju agar khidmat kontraktor terbabit dihenti.

Menurutnya, biarlah nilai antuan RM600 itu diberi secara tunai sebagai tambahan kepada RM250.

“Biar kami mengurus sendiri wang kami dan membeli makanan lebih baik untuk keluarga berbanding ia diurus orang lain atau pihak ketiga,” katanya.

Gereng menjelaskan, senarai barangan dihantar kepada penerima tidak sama nilai harga RM600 dan adakala tidak sampai separuh nilai tersebut.

Selain nilai jauh kurang daripada RM600, Gereng berkata semua penduduk tidak tahu siapakah yang dilantik kerajaan untuk memegang wang bantuan tersebut.

“Malah penduduk juga mahu tahu bagaimana kos pengangkutan membawa barangan tersebut kepada kami?

“Adakah ia ditanggung oleh kami dan dipotong daripada bantuan RM600 itu atau ditanggung kerajaan mahupun SEB, jika ia ditolak daripada bantuan tersebut maka lebih baik kami menerimanya dalam bentuk tunai,” jelasnya.

Katanya penduduk sudah bosan dipermainkan dan melihat sahaja bantuan diberi kepada mereka dibelanja sewenang-wenangnya oleh pihak lain.

Sementara itu, pada sidang media semalam, Abun Sui mahu kerajaan menyelesaikan isu itu dengan segera kerana ia boleh menjejaskan masyarakat Penan dan Kenyah yang bergantung sepenuhnya kepada bantuan setelah hilang tanah, tempat berburu dan kampung halaman, ekoran pembinaan Empangan Murum.

“Mereka mengalami banyak kerugian ekoran pihak kontraktor tidak amanah dalam menjalankan tanggungjawab diberikan kerajaan dan jika dibiarkan berlarutan, semakin banyak mereka kerugian pada setiap bulan,” tambahnya.

Mengenai dakwaan Gereng bahawa cop rasmi milik ketua kaum yang mungkin telah disalahgunakan bagi mengesahkan penerimaan bekalan makanan mereka yang diagih oleh kontraktor, Abun berkata beliau akan menyiasat perkara tersebut dan mahu pihak berkuasa berkaitan mengambil tindakan tegas.-Utusan Borneo


PADAN MUKA!!! SABAH HARAMKAN NURUL IZZAH DAN TIAN CHUA JEJAKKAN KAKI KE BUMINYA!!!



Akhirnya, DUN Sabah meluluskan usul MENGHARAMKAN ANAK ANWAR IBRAHIM, Nurul Izzah dan temannya, Tian Chua daripada menjejakkan kaki ke Bumi Sabah.

Satu tindakan yang sudah pasti akan menaikkan kemarahan para penyokong yang buta perut dan tidak tahu atau tidak faham dengan keistimewaan Sabah dan Sarawak di dalam Malaysia, khususnya membabitkan Imigresen.

Walaupun Sabah dan Sarawak merupakan komponen Malaysia, tetapi kedua-dua negeri itu mempunyai keistimewan autonomi mereka yang tersendiri. Antara keistimewaan dan hak Sabah serta Sarawak yang tidak boleh dipertikaikan oleh Persekutuan adalah hal-hal membabitkan Imigresen.

Negeri-negeri lain di Semenanjung, tidak ada hak imigresen seperti Sabah dan Sarawak... sesuatu yang amat kurang difahami oleh kebanyakan penyokong bebal.


Semalam, satu protes ke atas Nurul Izzah dan Tian Chua telah diadakan di luar DUN. Hari ini, DUN Sabah mengundi, meluluskan usul MENGHARAMKAN Nurul Izzah dan Tian Chua daripada memasuki Sabah apabila telah terbukti mereka merupakan 'rakan' kepada musuh negara, Jacel Kiram.

Undi yang menyokong pengharaman ke atas kedua-dua Naib Presiden PKR itu adalah 47 berbanding 7 (3 berkecuali dan 2 ponteng sidang DUN).

Sabah mempunyai 60 Kerusi DUN dengan 48 daripada mereka adalah BN. Speaker DUN dari BN tidak boleh mengundi, namun kesemua 47 ADUN BN lain telah mengundi menyokong usul pengharaman.

3 orang ADUN Pembangkang pula enggan menyokong Nurul Izzah dan Tian Chua, sebaliknya mengambil sikap BERKECUALI.

Mereka adalah Wilfred Bumburng (menang atas tiket PKR tetapi sekarang ini adalah BEBAS), Dr. Edwin Bosi (DAP) dan Jeffrey Kitingan (STAR).

7 orang ADUN Pembangkang lain dari PKR dan DAP mengundi menentang usul tersebut manakala dua orang ADUN pembangkang pula, ponteng sidang DUN.

Adakah PKR akan naik angin dengan ADUN DAP yang enggan menyokong kedua-dua orang Naib Presiden PKR sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang kepada kelima-lima orang ADUN PKR yang mengundi menentangnya?


2 HARI TELAH BERAKHIR, SELEPAS SAMAN KPN DAN ISMAIL SABRI, NURUL IZZAH ADA BAGI KETERANGAN DI BAWAH SOSMA KE TIDAK KEPADA PDRM?



3 hari lepas, Nurul Izzah diberikan tempoh selama dua hari untuk diambil keterangan berhubung pertemuannya dengan Jacel H. Kiram.

Isu pertemuan antara Nurul Izzah dan Jacel Kiram bersama-sama dengan Tian Chua dan gambar-gambar Nurul Izzah dan Jacel Kiram memegang plakad yang bertulis 'BEBASKAN ANWAR' telah menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat, terutama sekali di Sabah dan keluarga anggota-anggota keselamatan yang terkorban mempertahankan negara daripada pencerobohan dan penjarahan lanun-lanun Sulu Kiram pada tahun 2013.

Pelbagai alasan telah diberikan oleh Nurul Izzah dan kawan-kawan sekongkolnya. Malah Tian Chua juga menjadi begitu garang apabila mengancam untuk menyaman Timbalan Perdana Menteri yang juga adalah Menteri Dalam Negeri kerana menuduhnya sebagai dalang yang mempertemukan Nurul Izzah dengan Jacel Kiram.

Hari ini terkeluar pula cerita Nurul Izzah akan menyaman Ketua Polis Negara dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri atas alasan telah menfitnah dan memanggilnya sebagai pengkhianat. (RUJUK SINI)

Sepatutnya hari ini, Nurul Izzah telah memberi keterangannya kepada pihak polis. Malangnya tiada sebarang berita tentang perkara tersebut kecuali berita tentang tindakan samannya ke atas Ketua Polis Negara dan Ismail Sabri sahaja.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh pada 24 November lalu berkata, polis telah menerima lebih 90 laporan berhubung perkara berkenaan dan kes telah diklasifikasikan untuk disiasat mengikut Seksyen 124 SOSMA.

Menurutnya lagi, polis telah berhubung dengan pihak Nurul Izzah dan memanggilnya utnuk merakamkan percakapanya. Bagaimanapun, sehingga setakat 24 November, polis gagal berjumpa dengan Nurul Izzah kerana komitmen Nurul Izzah dengan tugasan hariannya. (RUJUK DI SINI)

Macam skrip yang sama dengan apa yang berlaku kepada bapanya dahulu jer... saman sana sini bila dah tahu akan dipanggil untuk merakamkan percakapan.

Ingat lagi, 'YOU ULANG, I SAMAN'?


 
Blogger Templates