Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label keluarga anwar ibrahim. Show all posts
Showing posts with label keluarga anwar ibrahim. Show all posts

Saturday, March 28, 2015

MANA PERGI HABIS SEMUA AHLI KELUARGA ANWAR IBRAHIM DALAM DEMONSTRASI HARI INI?



Selalunya yang paling kalut hendak berdemo demi membebaskan Anwar Ibrahim adalah ahli-ahli keluarga Anwar Ibrahim membabitkan Wan Azizah, Nurul Izzah dan Nurul Nuha.

Memandangkan hari ini dikatakan himpunan terbesar yang akan memalukan Najib dan Rosmah serta Kerajaan Malaysia, sepatutnya ada ler kelibat Wan Azizah kalau tidak pun Nurul Izzah mahupun Nurul Nuha.

Malangnya, #kitalawan yang tidak mampu menghimpunkan jumlah besar pendemonstrasi sepertimana yang dijangkakan, turut tidak memperlihatkan kelibat Wan Azizah, Nurul Izzah mahupun Nurul Nuha. Kalau ada pun yang menyalak, cumalah para peguam pro-Anwar Ibrahim seperti Latheefa Koya dan N.Surendran serta Eric Paulsen.

Ada yang beritahu yang Wan Azizah dan anak-beranaknya 'lari' ke Turki untuk mendapatkan bantuan. Tidak pula diketahui, bantuan yang sebagaimanakah yang diperlukan, memandangkan pada tahun 2008, Turki pernah menolak permohonan bantuan daripada Anwar Ibrahim yang cuba melarikan diri dengan meninggalkan anak beranaknya setelah laporan polis dibuat oleh mangsa liwatnya.

Laporan polis itulah yang akhirnya menyebabkan pada 10 Februari 2015, 7 tahun kemudian, Anwar Ibrahim menjalani hukuman penjara selama 5 tahun. Ketika cuba mendapatkan bantuan daripada Turki, Anwar Ibrahim menerusi mulut Wan Azizah memberi alasan, ada pihak yang mahu membunuhnya. Justeru itulah, dia melarikan diri walaupun hakikatnya, sepanjang 7 tahun perbicaraan, tidak ada sekali pun ancaman keselamatan ke atasnya. Malah cubaan untuk membuktikan kebenaran ancaman pembunuhan itu menerusi kerosakan pada bahagian brek keretanya yang tidak digunakan, telah menambahkan lagi koleksi lakonan Anwar Ibrahim dan keluarganya yang tidak menjadi.

Atau barangkali juga ahli-ahli keluarga Wan Azizah sudah berasa malu kerana jumlah yang berdemonstrasi semakin hari semakin mengecil jumlahnya dan jumlah tersebut mengecil bukan secara perlahan-lahan, sebaliknya secara drastik!

Sebab itulah mereka tidak menunjukkan batang hidung, kut?

Wednesday, February 25, 2015

PENGESAHAN ANWAR PELIWAT DATANGNYA DARI KELUARGA SENDIRI DAN KHALID SAMAD, WALAUPUN CUBA DINAFIKAN RAFIZI RAMLI!!!



Tiada yang lebih ditunggu-tunggu melainkan pada penghujung hari semalam iaitu hari terakhir Anwar Ibrahim sepatutnya menghantar petisyen memohon pengampunan daripada DYMM Yang Di-Pertuan Agong bagi pembebasannya dari penjara selepas dihukum penjara selama 5 tahun.

Ramai sudah pun menjangkakan Anwar Ibrahim akan mengambil peluang terakhir dalam siri proses perundangan negara selepas Mahkamah Persekutuan mengesahkan hukuman yang ditetapkan oleh Mahkamah Agung.


Dua hari sudah, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli cuba berdrama kononnya, Anwar Ibrahim enggan menggunakan peluang mendapatkan pengampunan diraja bagi membebaskan dirinya dari penjara. Kononnya, Anwar Ibrahim tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada parti bagi mendapatkan proses semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan bagi tujuan pembebasannya. Anwar kononnya enggan mendapatkan pengampunan diraja kerana dia kekal dengan pendirian bahawa dia tidak bersalah tetapi telah dipenjarakan kerana konspirasi dan fitnah politik.


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Rafizi Ramli itu kemudiannya 'disahkan' oleh Khalid Samad, sekutu kuat Anwar Ibrahim di dalam PAS. Menurut Khalid Samad, Anwar tidak akan memohon pengampunan diraja kerana permohonan pengampunan bererti Anwar Ibrahim telah mengaku meliwat, insaf dan berikrar tidak akan mengulangi perbuatannya. Sedangkan selama 7 tahun, hanya di mahkamah sahaja, kenyataan LIWAT SUKA SAMA SUKA dikeluarkan di hadapan hakim oleh dua orang ketua peguambela Anwar Ibrahim iaitu Mendiang Karpal Singh dan Gopal Sri Ram.

Nurul Nuha yang membuat kenyataan bagi pihak keluarganya yang ke istana dengan mengheret anak dan cucu Anwar bagi mendapatkan simpati awam, cuba memutarbelitkan kenyataan kononnya mereka sekeluarga ke Istana Negara dan menyerahkan petisyen agar DYMM Yang Di-Pertuan Agong memerintahkan agar semakan kehakiman dibuat atas dasar Anwar Ibrahim tidak bersalah walaupun mahkamah telah memutuskannya bersalah hanya bersandarkan kepada kepercayaan bahawa Anwar telah dikenakan fitnah politik.


Dan lebih menarik lagi, Nurul Nuha cuba mengheret Institusi Diraja dalam kancah politik murahan PKR yang akan menyeret segala-galanya dalam usaha memartabatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia.

UNTUK SEBARAN SEGERA
KENYATAAN MEDIA  
24 FEBRUARI 2015 
Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa. 
Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Illahi dengan sokongan dan semangat solidariti daripada rakan-rakan serta para penyokong di dalam dan dari luar negara. 
Hari ini merupakan minggu kedua ayah kami Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan sebagai tahanan politik Malaysia. 
Atas inisiatif keluarga, kami memutuskan untuk menghantar petisyen kepada Duli Yang Maha Mulia Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Yang Dipertuan Agong - berdasarkan berlakunya pengenepian prinsip-prinsip keadilan dan pembelaan daripada penganiayaan fitnah ke atas Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Mahkamah mungkin telah menjatuhkan hukuman bersalah tetapi, namun ayahanda kami tidak bersalah. Justeru itu kami membuat permohonan petisyen bersandarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. 
Kami meletakan keyakinan kepada proses perlembagaan ini serta percaya prinsip keadilan akan ditegakkan apabila kesemua fakta-fakta diteliti secara menyeluruh tanpa campur tangan politik maupun mana-mana cabang kerajaan bersesuian dengan prinsip pemisahan kuasa melalui intitusi Raja Berperlembagaan. 
NURUL NUHA ANWAR
Penyelaras #March2Freedom

Artikel 42 Perlembagaan Malaysia yang mempunyai 13 Fasal tidak menyatakan langsung tentang kuasa DYMM Yang Di-Pertuan Agong untuk memansuhkan hukuman yang telah diputuskan oleh mahkamah, melainkan untuk mengampun, menangguhkan hukuman atau meremit, menggantung ata mengurangkan hukuman-hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah. (RUJUK FASAL 1, 2 dan 10 ARTIKEL 42 Perlembagaan Malaysia). Pengampunan pula dilakukan oleh Jemaah Pengampunan yang antara lain turut mengandungi Peguam Negara atau wakil Peguam Negara bagi menasihati DYMM Yang Di-Pertuan Agong dalam kes pengampunan berkenaan.


Nurul Nuha tidak sepatutnya mengheret ibu, anak dan saudara-saudaranya ke Istana Negara hanya untuk menyampaikan petisyen agar DYMM Yang Di-Pertuan Agong membuka semakan penghakiman Mahkamah Persekutuan dan mengenepikan hukuman tersebut sebab bukan itu fungsinya Istana Negara.

Sepatutnya dia berterus terang bahawa dia dan keluarganya ke Istana Negara untuk mendapatkan pengampunan diraja buat Anwar Ibrahim. Dia dan keluarganya sudah mengakui bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat dan sekarang meminta agar hukuman diringankan.

Keluarga ini kuat bohongnya. Mereka meminta pengampunan diraja dan mengakui Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat, tetapi masih lagi cuba berdalih kononnya meminta agar DYMM Yang Di-Pertuan Agong melakukan semakan kehakiman bersandarkan Akta 42 bikinan mereka sendiri!

Tuesday, February 24, 2015

ANWAR IBRAHIM AKHIRNYA MENGAKU MELIWAT DAN AHLI KELUARGA MINTA YANG DI-PERTUAN AGONG AMPUNKANNYA!!!



Hari ini, keluarga Anwar Ibrahim terpaksa mendatangi Istana Negara. Hari ini juga, keluarga yang cuba menghapuskan Kesultanan Melayu dan memandang hina kewujudan Institusi Kesultanan Melayu selain melihat sultan-sultan sebagai berhala, sebagaimana yang seringkali disebut oleh para pengikut mereka, terpaksa juga datang menyembah dengan penuh adat semata-mata bagi mendapatkan pengampunan dan pembebasan Anwar Ibrahim.

Sekaligus menyelamatkan Anwar Ibrahim daripada dibatalkan kerjanya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Mungkin sebelum ini, keluarga Anwar Ibrahim cukup yakin mereka akan berjaya mengumpulkan seramai mungkin penyokong, berarak dan menyerang istana, sekaligus menakutkan DYMM Yang Di-Pertuan Agong.... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247

Monday, February 16, 2015

DULU WAN AZIZAH UMPAN ANAK-ANAK UNTUK TAGIH SIMPATI, SEKARANG NURUL NUHA PULA HERET ANAKNYA UNTUK TUJUAN YANG SAMA!!!


Kalau dah namanya keluarga Anwar Ibrahim, skrip yang mereka gunakan sangat sama. Malah kalau kita dengar ucapan dan ceramah mereka pun, balik-balik perkara yang sama. Mereka akan mengulang ayat-ayat yang sama. Frasa-frasa yang sama, maksud yang sama, malah objektif yang sama iaitu MEMBEBASKAN ANWAR UNTUK BERMAHARAJALELA DAN BERBUAT SEKEHENDAK HATI DI DUNIA INI.

Kerana itulah, taktik berceramah di merata-rata tempat, elemen menarik simpati akan dibuat selain pembohongan dan pembelitan fakta oleh keluarga ini.


Semalam sahaja, selepas sangat yakin Cheras yang menjadi kubu kuat PKR menerusi kemenangan beberapa PDM di Cheras semasa PRK Kajang, satu ceramah perdana dibuat membabitkan beberapa orang pemimpin besar DAP termasuklah Lim Kit Siang dan Teresa Kok. Turut hadir juga adalah A.Samad Said, karyawan yang marah kerana DUIT. Sebelum itu, mereka turut mengadakan ceramah yang serupa di Balakong.

1998, Wan Azizah mengheret anak-anaknya ke sana ke mari, menjaja cerita-cerita sedih dan syahdu bagi meraih simpati. Manakala jurutulis-jurutulis mereka juga, turut mengarang cerita-cerita sedih yang meruntun jiwa bagi menaikkan sentimen dan mendapatkan sokongan.

Tidak dinafikan, kaedah tersebut berjaya sepenuhnya memandangkan lautan manusia yang hadir untuk mendengar cerita-cerita temberang Wan Azizah.


2015, kaedah yang serupa digunakan oleh Nurul Nuha, anak Wan Azizah-Anwar yang bakal menjadi calon Parlimen Permatang Pauh mewakili PKR. Setelah melihat sambutan hambar di kubu kuat Anwar Ibrahim di Permatang Pauh malam sebelumnya, Nurul Nuha mengheret anak kecilnya dan menjajakan cerita yang sama skrip dengan ibunya 17 tahun lampau.

Konon, anaknya bangun sahaja dari tidur terus bertanyakan datuknya, Anwar Ibrahim. Konon, anaknya merengek dan tidak ceria kerana rindukan datuknya. Konon, anak kecilnya menghadapi trauma kerana datuknya dipenjarakan kerana kesalahan politik walaupun sebenarnya kesalahan yang dilakukan oleh datuknya adalah kesalahan jenayah.


Kesian, bukan tak kesian tapi lebih kesian lagi kerana keluarga ini benar-benar terdesak untuk mendapatkan kuasa sehingga perlu mengheret segala-galanya demi mempermain-mainkan sentimen dan emosi orang ramai.


Wednesday, February 11, 2015

PEREBUTAN CALON PERMATANG PAUH SUDAH PUN BERMULA ANTARA NURUL NUHA DENGAN MAT SABU!!!



Anwar Ibrahim dan 'kekejaman' ke atas KETUM yang kini bergelar BANDUAN SUNGAI BULOH, hanyalah alasan. Yang sebenarnya, Wan Azizah segera mencongak-congak dan cuba memastikan kedudukan keluarganya setelah Anwar Ibrahim lepas ke dalam.

Perlu diingat, PKR ditubuhkan semata-mata untuk menyedut duit serta sokongan rakyat untuk keluarga Anwar Ibrahim, sekaligus membenarkan apa-apa sahaja yang dibuat oleh keluarga Anwar Ibrahim, walaupun perkara paling maksiat di muka bumi ini. Retorik keadilan, anti-rasuah, anti kkn dan sebagainya, tidak lebih daripada sekadar satu alasan untuk menutup isu sebenar iaitu membela keluarga Anwar Ibrahim.

Nurul Nuha dari awal 2013 lagi telah dinamakan sebagai calon untuk Parlimen Nibong Tebal. Namun memandangkan isu Keluarga Anwar Ibrahim telah mula dilihat sebagai serakah kuasa, akhirnya namanya tercicir.

Dalam politik PKR, selain Anwar, sudah ada Wan Azizah selaku Presiden parti manakala Nurul Izzah, anak sulung mereka pula adalah Naib Presiden dan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang terpaksa mengaku membuat fitnah ke atas Raja Nong Chik untuk menang PRU-13 lalu di kerusi yang sama.

Satu sidang media sempena pelancaran Kempen 'March To Freedom' telah diadakan jam 11:00 pagi tadi bertempat di kediaman keluarga mewah Anwar Ibrahim, di No.11, Jalan 3/61, Bukit Segambut, Segambut Dalam, Kuala Lumpur. Sidang media tersebut sekadar mahu memperkenalkan NURUL NUHA, anak kedua Anwar Ibrahim-Wan Azizah untuk meneruskan penguasaan keluarga mereka dalam PKR.

Dilihat, tindakan atau kempen ini sebenarnya lebih kepada pengenalan Nurul Nuha sebagai calon PKR untuk kerusi Parlimen Permatang Pauh yang mana Anwar Ibrahim telah hilang kelayakan secara automatik apabila dia dihukum penjara selama 5 tahun.

Dari tahun 1982 sehingga kini kerusi berkenaan dipegang secara bergilir antara Anwar Ibrahim dan Wan Azizah. Pada 2013, ada ura-ura, Nurul Nuha akan bertanding di Permatang Pauh manakala Anwar Ibrahim pula akan bertanding di Nibong Tebal. Anwar Ibrahim gagal memujuk Zulkifli Nordin melepaskan kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baru apabila Zulkifli Nordin bertindak keluar dari PKR walaupun Anwar cuba menyatakan bahawa Zul Nordin dipecat dari parti.


Pada masa yang sama, sudah ada gesaan dari kem Guan Eng-DAP sendiri untuk mengutarakan nama Mat Sabu sebagai calon PAS-DAP di Parlimen Permatang Pauh. Ini adalah kerana Mat Sabu merupakan salah seorang daripada pemimpin PAS yang bakal dijadikan senjata oleh DAP untuk melawan dan menggulingkan Hadi Awang daripada jawatan Presiden PAS.

Untuk memudahkan operasi penggulingan itu, Mat Sabu memerlukan sekurang-kurangnya jawatan Ahli Parlimen yang mendapat bantuan sepenuhnya daripada DAP. Apatah lagi, berbanding Nurul Nuha, Mat Sabu jauh lebih berpengalaman, manakala orang-orang PAS di Permatang Pauh sendiri sudah menyatakan kebosanan kepada penguasaan keluarga Anwar Ibrahim di kawasan tersebut.
 
Blogger Templates