Social Icons

Pages

BULETIN 247

Showing posts with label berita hiburan. Show all posts
Showing posts with label berita hiburan. Show all posts

Wednesday, December 13, 2017

ANTARA KEBEBASAN BERSUARA SI ARTIS DENGAN ARTIS PERLU BERSUARA!!!



Isu golongan artis bersuara sinis tentang permasalahan negara, bukannya dimulakan oleh Fathia Latiff atau pun Sheila Majid. Dari sebelum zaman merdeka lagi sudah wujud golongan yang memperkatakan tentang permasalahan masyarakat di kalangan artis. Bahkan ada antara mereka yang diketahui sebagai pejuang kemerdekaan seperti Allahyarham Datuk S. Roomai Noor, bapa kepada penyanyi Anita Sarawak dan Noorkumalasari yang merupakan salah seorang pejuang API.

Selepas merdeka, artis-artis seperti Tan Sri P. Ramlee, Jamil Sulong, A.Amin, Husin Hanif dan sebagainya turut menjadikan naskhah-naskhah karya mereka sebagai medan mengkritik kerajaan mahupun masyarakat.

Bagaimanapun, kritikan mereka jauh berbeza berbanding kritikan-kritikan atau teguran-teguran atau lebih tepat lagi suara-suara lantang artis masakini yang menggunakan media sosial untuk melampiaskan perasaan masing-masing.

Jikalau dahulu, kritikan dibuat untuk menambahbaikkan pengurusan dan pentadbiran masyarakat selain desakan agar kerajaan memperkukuhkan masyarakat Melayu-Bumiputera yang terlalu jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi datangnya daripada kumpulan artis yang memang menjalani hidup dengan dunia yang mereka perkatakan, berbeza dengan sekarang di mana suara-suara artis yang membuat teguran pula, lebih kepada memperjuangkan gaya hidup yang bersifat kufur nikmat. Tidak ada satu pun suara-suara artis yang mempunyai pengaruh besar di kalangan masyarakat masakini yang menyeru kepada sikap berjimat cermat atau bijak berbelanja sebaliknya menyalahkan kerajaan kerana harga barang naik atau kerana kononnya ekonomi tidak baik menyebabkan produk-produk hiburan mereka tidak mencapai tahap box office.

Ada yang main hentam keromo sahaja berdasarkan hearsay. Ada yang tidak segan silu meluahkan kejengkelan mereka di media sosial berdasarkan apa yang diberitahu oleh kawan-kawannya yang sudah suram bintang mereka.

Sebenarnya tidak salah untuk mereka menyuarakan rasa tidak senang, jengkel atau jijik dengan pentadbiran masakini. Itu hak mereka. Sama seperti hak mereka untuk memilih mana-mana parti pun pada pilihanraya nanti. Tiada sesiapa yang boleh memaksa mereka untuk memilih apa-apa parti yang dirasakan wajar. Sebaliknya mereka bebas memilih mana-mana pemimpin atau parti yang berkenan di hati.

Berbanding mengkritik menggunakan medium filem atau lagu, menggunakan media sosial, bermakna artis-artis terbabit meminta agar wujud interaksi dua hala. Bermakna mereka mengeluarkan kenyataan dan pada masa yang sama, ada interaksi dan reaksi daripada para pembaca mereka.

Jadi, apabila mereka menghentam kerajaan atau menegur atau mengkritik, sudah pasti mereka akan mendapat reaksi daripada para penyokong kerajaan yang ada di dalam media sosial dan telah terbaca kenyataan mereka.

Agak menarik apabila artis-artis tersebut merengek dan mengeluh yang mereka telah dihentam kerana mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan. Maksudnya mereka tidak bersedia untuk berhadapan dengan penentang sebaliknya mereka hanya mahukan golongan penyokong sahaja.

Sepatutnya mereka berlapang dada. Mereka mengecam maka mereka perlu bersedia untuk dikecam. Mereka mengkritik maka mereka perlu bersedia untuk dikritik. Artis atau golongan penghibur bukannya golongan maksum yang segala kata-kata mereka hanya boleh diterima dan ditelan semata-mata.

Mereka menggunakan media sosial. Maka mereka perlu bersedia untuk berhadapan dengan kesan daripada penggunaan media sosial juga. Tidak kesemua netizen dan pengguna media sosial sealiran atau satu fahaman dengan mereka.

Keadaan sudah berubah. Bukan lagi media sosial pada tahun 2008 sehingga 2013 di mana penguasaannya lebih kepada pembangkang. Mereka mungkin sudah tersilap zaman!


Thursday, May 18, 2017

TAMPARAN MAT OVER KE MUKA DAVID TEO... ANTARA ADAB DAN TARAM LAMA!!!



Walau apa pun yang berlaku semasa Sesi TN50 membabitkan penggiat seni semalam, sesuatu yang positif harus dipandang dan dicungkil keluar.

Sebahagian besar daripada penggiat seni yang datang ke rumah PM itu sebenarnya mempunyai sikap yang sangat skeptikaldan kritikal terhadap Perdana Menteri. Malah tidak kurang juga yang memperolok-olokkan Najib dan Kerajaan di media-media sosial dengan pelbagai kecaman dan tuduhan.

Namun adab dan sopan tetap menjadi pegangan. Adat sebagai tetamu tetap dijaga.

Difahamkan, masalah David Teo adalah dengan Rosyam Noor. Pemilik syarikat filem itu tidak berpuas hati kerana Rosyam lambat memberi peluang kepadanya untuk bertanya. Namun gaya dan pertuturannya yang kedengaran dan bernada provokasi, menyebabkan ada yang naik angin.

Mat Over atau Sulaiman Yassin hanyalah manifestasi daripada sekalian ramai yang tidak berpuas hati dengan David Teo.

Industri hiburan juga sama seperti industri politik. Ada benci ada sayangnya.

ADAB adalah kunci kata daripada insiden malam tadi.

Tak kisahlah siapa yang betul dan siapa yang salah.

Di sebalik insiden tersebut, isu tentang geran kerajaan untuk industri filem kembali diperkatakan. Peruntukan yang dilihat ramai sebagai satu pembaziran memandangkan kebanyakan filem yang terhasil dan dihasilkan terutama daripada golongan yang paling pandai bercakap mengkritik kerajaan itu ini, sebenarnya tidak lebih bertaraf sampah dan tidak ke mana.


Berapakah geran yang telah disapu oleh David Teo untuk syarikatnya? Berapakah jumlah keseluruhan yang disapu oleh David Teo untuk menyajikan karya-karya sampah dan hiburan ringan kepada masyarakat Melayu memandangkan operasi dan khalayak yang menonton produk-produknya adalah Melayu?

ADAB tetap kunci kata daripada insiden malam tadi.

Daripada sekian banyak sikap biadap yang dilakukan bahkan provokasi melampau ke atas orang Melayu dan umat Islam di negara ini oleh orang-orang bukan Melayu, khususnya dari DAP, manifestasi kekerasan pasti akan terjelma dengan pelbagai asbab dan sebab-sebab yang tersendiri.

Semuanya kerana ADAB!!!


Malanglah buat David Teo walaupun pada masa yang sama, Nga Kor Ming memberikan sokongan kepadanya, bahkan juga mendapat sokongan daripada para penyokong DAP yang lain. Pastinya kemarahan terhadap dia yang tidak BERADAB akan berpanjangan termasuklah pertikaian tentang 100 buah filem Melayu yang dicita-citakannya untuk diterbitkan nanti.

Cuma agak menarik juga apabila terdengar perbualan antara Rosyam Noor dengan Najib Abdul Razak dalam klip berkenaan:"

Rosyam: Dia memang kurang ajar.
Najib: Tapi tak bolehlah sampai pukul-pukul. Salah tu tetap salah.




Wednesday, August 10, 2016

BILA MENTERI PENERANGAN PUN TERPAKSA AKUR DENGAN KEBIMBANGAN UNDI BUKAN MELAYU YANG MENOLAK BAHASA KEBANGSAAN!!!



Seperti yang dijangkakan, Menteri Komunikasi dan Multi Media, Salleh Keruak akhirnya akur bahawa Bahasa Kebangsaan bukanlah sesuatu yang penting di negara ini. Bahasa Kebangsaan juga tidak boleh dijadikan identiti perpaduan sungguhpun sejarah dan ketamadunan negara ini, bahkan seluruh wilayah Nusantara adalah berasaskan kepada Bahasa Melayu.

Isu filem-filem yang tidak menggunakan Bahasa Kebangsaan yang dipertandingkan dalam Festival Filem Malaysia, akhirnya 'diselesaikan' dengan formula yang diberikan oleh Menteri KMM. Formulanya ialah, ketepikan kepentingan Bahasa Kebangsaan, sebaliknya pilih populariti yang dilihat boleh mendatangkan sokongan pada PRU akan datang.

Pada ketika negara-negara lain di seluruh dunia memperkukuhkan Bahasa Kebangsaan mereka menerusi filem dan drama mahupun karya-karya seni lain, Malaysia lain pula ceritanya. Kesanggupan untuk menyembah dan menjilat telapak kaki golongan RASIS yang berlindung di sebalik jubah LIBERAL dan mempergunakan perkataan PERPADUAN, amat memualkan, terutama apabila membabitkan orang politik.

Apa gunanya mansuhkan kategori Filem Bahasa Malaysia dan bukan Bahasa Malaysia? Bukankah lebih baik kalau mansuhkan terus industri filem di negara ini kerana filem-filem yang dihasilkan pun, memang tidak pernah pergi jauh. Kerajaan sendiri seringkali melaungkan-laungkan tentang Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) sebagai Bahasa Kebangsaan yang dapat menyatukan rakyat negara ini sepertimana yang diamalkan oleh negara-negara di seluruh dunia, tetapi akhirnya menteri dari kerajaan itu sendirilah yang memperlecehkan Bahasa Kebangsaan.

Mengumumkan Kategori Khas untuk Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan benar-benar merupakan satu penghinaan kepada kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Sepatutnya yang diumumkan adalah Filem Terbaik Bukan Bahasa Kebangsaan. Kenapa?

Takut undi bukan Melayu hilang? Takut dikatakan RASIS?

Mengapa Bahasa Kebangsaan didiskriminasi?

Di negara lain, kategori sampingan, 'Best Film in Foreign Language' diadakan untuk mengiktiraf filem-filem bukan Bahasa Kebangsaan, di Malaysia pula, lain jadinya.

Kalau dah berani sangat mengusik kepentingan dan kedaulatan Bahasa Kebangsaan, mengapa TIDAK BERANI LANGSUNG nak bercakap tentang sekolah-sekolah vernakular yang sepatutnya dimansuhkan dan disatukan dalam aliran kebangsaan sahaja?

Payah kalau orang politik nak masuk campur semua perkara bagi mendapatkan populariti dengan mengorbankan kepentingan kebangsaan berbanding kepentingan sekelompok manusia rasis yang tidak akan sama sekali menyokong mereka pun pada PRU!!!

BERITA SEBENAR DI SINI


Sunday, July 3, 2016

SECIKAI-CIKAI PELAWAK MALAYSIA, MEREKA TIDAK CUCI JAMBAN DAN TIDAK JADI LUBANG JAMBAN MACAM SEORANG PELAWAK SINGAPURA TU!!!



Berbeza dan amat jauh bezanya antara pelawak Melayu Malaysia jika ingin dibandingkan dengan pelawak Melayu Singapura.

Di Singapura, pelawak Melayu tidak akan mampu menjadikan Perdana Menterinya sebagai subjek hiburan. Jauh sekali menjadikan dasar kerajaannya sebagai bahan satira. Dalam sejarah Singapura, belum ada. Yang terjadi baru baru ini adalah seorang V-log atau Video Blogger yang menghina Lee Kuan Yew tetapi berakhir dengan pendakwaan segera.

Di Singapura, pelawak Melayu adalah artis kelas ketiga, kalau ada show maka upahnya mampu bertahan untuk 2 atau 3 hari dan akan kembali kepada kerja hakikinya samada pencuci jamban pejabat yang tiada Melayu di dalamnya sebagai staf atau kerja di kedai-kedai makan non halal serta restoran muslim bukan milik mamak. Kalau ada rezeki lebih, dia mungkin akan diambil secara tetap oleh mana-mana stesen yang hidup dengan pembiayaan ahli atau parti politik.

Di Singapura, pelawak berbangsa Melayu tidak akan mendapat tempat di stesen TV utama negara tersebut. Paling kuat, mendapat tempat di stesen yang hidup dengan 'pancaran youtube'. Itu sebabnya pelawak Melayu Singapura yang dikatakan asalnya dari Melaka itu terpaksa menyebarkan sendiri lawak bodohnya dalam usaha menghina Perdana Menteri Malaysia kelmarin. Mungkin itu juga antara sebahagian perjanjian skop kerja, lawak yang disusun skripnya dan wajib menyebarkan sendiri hasil lawak bodohnya itu.

Di Malaysia, pelawak Melayu diajar dengan adap sopan, bahan lawak untuk membina generasi seterusnya. Paling ketara, di Malaysia pelawak Melayu tahu makna "bersyukur selalu" dengan pemberian rezeki yang melimpah dari Kerajaan yang perihatin kepada semua golongan. Lupa, di Malaysia pelawak Cina juga boleh cari makan setanding dengan pelawak Melayu Malaysia.

Mungkin di Singapura, itu sahaja cara untuk terus dapatkan dedak bagi seorang yang bergelar pelawak Melayu!



Wednesday, March 23, 2016

PENERBIT CLEVER GIRL MALAYSIA MINTA ORANG RAMAI HENTI KECAM PESERTA RANCANGAN ITU!!!



Penerbit Clever Girl Malaysia meminta orang ramai supaya berhenti mengecam peserta rancangan terbabit apabila dianggap kurang bijak ketika menjawab soalan diajukan kepada mereka dalam program itu.

Shazreena Kassim berkata, 14 peserta yang dipilih mempunyai tahap IQ sangat tinggi, namun dek rasa gemuruh ketika berdepan ujian yang diberi, ia membuatkan sesetengahnya gugup. 

"Sebagai penerbit yang mengendalikan program baharu, segala kritikan diterima dengan hati yang terbuka. Cuma janganlah mengecam peserta secara berlebih-lebihan. Mereka sangat bijak sebenarnya, cuma kerana gugup, jawapan betul yang patut diberikan menjadi salah pula. 

"Mengatasi sifat gemuruh juga antara ujian buat mereka kerana ia mampu memberikan fokus yang penuh dalam melunaskan tugasan diberi," katanya kepada BH Online. 

Pada episod pertama rancangan itu, seorang peserta, Wan Zarith Sofea yang mewakili Johor menerima kecaman dan sindiran hebat daripada netizen apabila beliau tidak dapat membezakan antara Mother Teresa dengan Mahatma Gandhi. 

Selain itu, peserta Selangor, Arina Mohd Fairin juga gagal menjawab soalan mudah mengenai bilangan warna bendera Malaysia. 

Pada episod kedua yang bersiaran semalam, pihak produksi pula mendapat kritikan hebat apabila soalan; "Berapa banyakkah filem P Ramlee yang ada perkataan Bujang Lapok?" menyaksikan kebanyakan peserta memberikan jawapan "tiga". 

Seterusnya jawapan itu disahkan betul oleh pengacaranya, Alif Satar. 

Perkara itu membuatkan golongan netizen mengecam pihak produksi yang dikatakan tidak bijak menyediakan soalan kerana jawapan sebenar untuk soalan berkenaan ialah empat, iaitu Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Ali Baba Bujang Lapok. 

Berikutan itu, netizen menyifatkan pihak produksi masih tidak mengambil iktibar daripada kontroversi pada minggu pertama program terbabit. 

Shazreena berkata, walaupun menerima pelbagai komen sama ada baik mahupun sebaliknya, program itu menjadi topik utama (trending) di laman sosial Twitter. 

"Saya tahu pihak kami perlu mengambil setiap kesilapan sebagai pengajaran agar dapat diperbaiki pada episod seterusnya. Saya juga yakin, Clever Girl Malaysia akan diterima masyarakat seiring dengan peredaran masa," ujarnya. 

Clever Girl Malaysia bersiaran pada setiap Ahad, jam 9 malam, bermula 13 Mac lalu.

Tuesday, December 1, 2015

RAKAN-RAKAN PELAKON YANG PERNAH DIBANTU ALLAHYARHAM YUS JAMBU, MENDEDAHKAN SATU PERSATU KEBAIKAN TERSEMBUNYI YANG DILAKUKANNYA!!!



Banyak sungguh berita sedih bertimpa2... Riza terkedu bila hubby Saddiq Raffali beritahu berita pemergian Allahyarham Pak Yuih.. cry emoticon Lama terdiam dan mamai. Riza mengenali beliau lama sebelum dia masuk bertanding Raja Lawak. Kami pernah sepentas di Perlis. Riza happy berlakon bersama beliau & Che Mat Rajalawak yg sgt sporting. Lama sebelum itu, mereka pernah berlakon drama di bwh arahan abg Ahmad Ibrahim, Sepi Angin Ke Kota London. Riza sebagai Penolong Pengarah di kala itu.

Beberapa tahun kemudian, Riza teruja sgt apabila mendapat tahu Pak Yus terpilih masuk bertanding Raja Lawak. Riza usahakan utk turun beri support. Walaupun selepas kejayaan beliau, kami hanya berhubung melalui panggilan telefon, sms & kemudiannya whatsapp, terkadang ada rezeki kami bertemu di majlis & acara pentas di mana2.



Sekadar berkongsi kebaikan beliau..... Sewaktu Riza memerlukan job lakonan yg tidak menentu pd tahun lepas, Riza hantar Whatsapp kpd rakan2 artis & production manager serta pengarah. Dari beratus yg Riza tanya khabar seandainya ada watak yg sesuai , hanya dua tiga rakan yg respon. Selalunya begitulah... Yg dua tiga org reply InsyaAllah sahaja tetapi tiba2 Yus reply cara lain.

Walaupun dia tak sempat menunaikan niatnya membantu, yg penting keikhlasannya. Riza tahu dia terlalu sibuk dgn show2nya yg tidak berkesudahan. Riza pun tak kisah... Alhamdulillah dia masih menghargai sebuah persahabatan.

Moga Pak Yuih tenang & bahagia di sisinya. Amin...

Al Fatihah...

Shahriza Mahmud


Sunday, July 26, 2015

SELEBRITI DAN SUAMINYA DIMARAHI OLEH PEKERJA STESEN PETRONAS SUNGAI PERAK BUKAN KERANA CUCI TANDAS TAPI KERANA TARIK SALUR PAIP DARI LUAR!!!



Tandas awam Malaysia cukup terkenal dengan kotor dan hancingnya... bukan setakat masyarakat tempatan dan pengguna tandas awam, tetapi juga sampai ke pihak antarabangsa.
Walaupun rakyat Malaysia rata-rata sangat sensitif dengan pelbagai isu tetapi apabila tiba bab tandas awam, mereka biasanya mendiamkan diri atau saling tuding jari menyalahkan orang lain. 

Tindakan seorang selebriti tempatan bersama suaminya mendapat pujian pengguna laman sosial apabila mereka bertindak membersihkan tandas awam yang kotor.

Yana Samsudin dan suaminya, Fadzil Zahari bertindak membersihkan tandas di sebuah stesen minyak di hentian rehat dan rawat (R&R) Sungai Perak pada Hari Raya ketiga.

Pasangan itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Kedah sebelum singgah di tandas berkenaan.

“Pada mulanya kami agak kecewa kerana bekalan air tiada dan tandas pula tidak dibersihkan.

“Jadi kami ambil keputusan untuk bersihkannya,” kata Fadzil.

Perbuatan baik pasangan itu bagaimanapun dimarahi oleh pekerja stesen minyak berkenaan kerana mereka menarik hos daripada luar.

“Tapi kami tak kisah sebab niat kami baik,” kata Fadzil, lapor Sinar Harian.

Pasangan itu tidak memuatnaik sebarang gambar atau status di laman sosial kerana ikhlas melakukanya.

Ia menjadi viral selepas seorang pengguna laman sosial yang memuatnaik status mengenai perkara itu yang dipercayai secara kebetulan melihat pasangan berkenaan mencuci tandas. (SUMBER)


Thursday, July 2, 2015

KERANA GST, KUTIPAN JUALAN TIKET KONSERT WINGS DI ISTANA BUDAYA, TERJEJAS TERUK, KATA AWIE!!!!



Kegagalan konsert Wings Ta'kan Melayu Hilang Di Dunia di Istana Budaya pada Jun lalu sehingga memberi kesan kepada kutipan tiket adalah berpunca daripada pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan kerajaan.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, berkata, masalah tersebut tiada kaitan dengan kontroversi rumah tangganya dengan Rozana Misbun seperti yang dianggap sesetengah pihak.

"Kontroversi melanda diri saya adalah masalah peribadi jadi tidak timbul isu orang ramai benci saya atau membenci anggota Wings yang lain.

"Kita jangan cakap mengenai konsert sahaja yang kurang mendapat sambutan tetapi pada hakikatnya bazar ramadan pada tahun ini pun tidak ada orang kerana mereka ingin melihat apa yang akan berlaku dalam masa enam bulan pertama selepas GST dilaksanakan," katanya kepada mStar Online.

Awie ditemui pada majlis berbuka puasa sempena sambutan 30 tahun kumpulan Wings, di 9 Kedondong, Ampang Hilir, di sini pada Rabu.

Tambah Awie, pelaksanaan GST amat memberi kesan bukan kepada barangan kepeluaran harian tetapi ia juga memberi impak yang besar kepada industri hiburan.

"Semua orang takut nak keluarkan duit mereka untuk berbelanja kerana semua perkara yang dilakukan akan dikenakan cukai jadi ia amat memberi kesan juga kepada industri hiburan.

"Sebenarnya pihak kami juga amat terkesan dengan GST yang dilaksanakan kerana cas tiket dikenakan kepada penonton amat tinggi jadi ia menyebabkan mereka rugi," katanya.

Dalam pada itu bercerita mengenai konsert 30 tahun kumpulan Wings pada 31 Oktober depan di Stadium Merdeka, Awie berkata mereka akan cuba untuk mencari penaja supaya dapat mengurangkan harga tiket yang dikenakan kepada penonton.

Tambahnya, dengan cara itu ia dapat meringankan beban yang dihadapi oleh peminat dan dalam masa yang sama mereka akan berhibur bersama kumpulan Wings.

Dalam perkembangan lain, Awie berkata dia akan muncul dalam sebuah telefilem Aku Benci Raya yang akan disiarkan pada Hari Raya pertama di saluran Astro. (SUMBER)

Tuesday, June 30, 2015

POWERNYA MR.KIPIDAP ABDUL RANI KULOP... SEKALI BAGI AMARAN SAHAJA, AZWAN ALI TERUS MELUTUT MINTA MAAF!!!



Setelah pelbagai pihak mengecam, Azwan Ali terus gah dengan bersaksikan puluhan ribu peminatnya.

Namun begitu, setelah Rani Kulup memberi amaran kepadanya, Azwan Ali terus mengeluarkan satu kenyataan melalui akaun Instagramnya memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat.

Hebat Ayahanda Rani Kulup ni...

Azwan menulis:

BILA AYAH CABAR AZWAN ALI? TAK JADI MASALAH BERSAKSIKAN 82. 5 RIBU LEBIH FOLLOWERS ? TEPAT JAM 450 PTG 30 JUNE 2015 ? SAYA AZWAN ALI MOHON MAAF JIKA ADA PIHAK PIHAK YG TERUS TERSINGGUNG ! AZWAN ALI SEORANG YG HORMAT ORANG TUA SEPERTI AYAH ATAU NAMA PENUH NYA ABDUL RANI KULUP ABDULLAH SELAKU PRESIDEN PERTUBUHAN MARTABATJALINAN MUHIBBAH
MALAYSIA ! TIDAK LANGSUNG BESAR HAMA ADA MASALAH & HARAP SEMUA PIHAK BERSIFAF TERBUKA & MENGHENTIKAN ISU YG TELAH DI PERBESAR BESAR OLEH PIHAK KE 3 YANG TIDAK BERTANGGUNG JAWAB ! BAK KATA AYAH "INI BULAN PUASA ! HARI BAIK BULAN BAIK" KEPADA SEMUA MELAYU
KHAS NYA SI BATU API TOLONG #MUHASABAH ! AZWAN ALI TIDAK GENTAR DGN BERDEPAN APA JUGA KEBENARAN ! BACA TERIMA MAAF & STOP ALL NONSENSE ! READ ON

Sunday, March 8, 2015

BELASUNGKAWA BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM HARUN SALIM BACHIK!!!



Harun Salim Bachik yang generasi sekarang mengenalinya kerana kumpulan BOBOI Maharaja Lawak, diberitakan meninggal dunia sebentar tadi.

Seorang pengguna Facebook turut memuatkan gambar jenazahnya di R&R Bukit Merah arah Selatan.


Allahyarham diberitakan dalam perjalanan pulabg ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang dan kemudian berhenti di Hentian Rehat dan Rawat itu sebelum kemudiannya dia jatuh di lantai bilik air dan meninggal dunia.

Nampaknya dunia hiburan Malaysia kehilangan sebutir lagi permata yang menyinari.

Al-Fatihah dan belasungkawa. Semoga dia ditempatkan di kalangan solehin dan taubat-taubatnya diterima oleh Allah Taala. Dan semiga rohnya dicucuri rahmat-Nya.




Friday, October 17, 2014

SUKA SANGAT BIKIN KONTROVERSI, AKHIRNYA ARTIS SEPERTI HANEZ SURAYA HILANG MATA PENCARIAN!!!

Memandangkan isu stesen televisyen tidak mahu mengambil Hanez Suraya untuk berlakon dalam mana-mana siri drama televisyen, simpati juga kami pada gadis ini. Memang rezekinya tertutup akhir-akhir ini.


Artis Berkontroversi Tidak Boleh Berlakon Buat Sementara Waktu, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, tergempar

Walaupun telah membuat rayuan, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar telah memaklumkan yang Rangkaian Televisyen Media Prima telah memutuskan tidak menawarkan artis berkontroversi seperti Hanez berlakon bawah produk stesen televisyen itu.


Artis Berkontroversi Tidak Boleh Berlakon Buat Sementara Waktu, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, tergempar

Menurut Ahmad Izham, keputusan itu diambil kerana penglibatan artis berkontroversi ini boleh menjejaskan rating dan sekaligus menyebabkan pihak Media Prima sukar mendapat iklan. Kata Ahmad Izham:-

Saya tahu ada ramai artis mengadu tentang perkara ini. Tetapi perlu diingat pihak stesen televisyen ‘hidup’ berdasarkan iklan. Sekiranya seseorang artis itu bermasalah dan peminat pun tidak suka, ia boleh menjejaskan rating penonton. Apabila perkara itu berlaku, pihak kami pula sukar mendapat iklan.

Nampak gayanya, semua artis yang penuh dengan kontroversi dan bermasalah harus tunggu masa supaya isu mereka reda dahulu sebelum Buat sementara waktu, memang mereka kenalah ikhtiar cari kerja lain. Semoga artis-artis bermasalah ini akan dapat kembali berlakon secepat mungkin.

Sumber : myartis.my
 
Blogger Templates